Monday, December 20, 2010

selamatkan perjalananku. Amin.

malang itu tidak berbau. kadang-kadang kita tak dapat nak mentafsir apakah yang bakal atau bisa terjadi kepada diri kita dalam sesuatu masa.

kejadian kemalangan maut yang jadi kebelakangan ni, memang menakutkan, tambah-tambah lagi kuliah dah nak mula, perjalanan abc dari kedah ke johor tu panjang. fikir yang bukan-bukan itu takleh nak elak pun. seram and takut.

cebollita_animated_onion-26

mula kemalangan ngeri dekat ayer keroh melaka, lepas tu semakin banyak kemalangan ngeri yang melibatkan bas. hari ni gempar lagi kemalangan bas di simpang pulai-cameron highland, 20 mangsa maut. =.=” innalillah~

orang akan persoalkan, kenapa dan bagaimana boleh terjadi. salahkan driver, bawak laju sangat.tapi itu semua takdir dan ketentuan Allah. pemandu hanyalah menjadi sebab, selebihnya kita redha atas ketentuan.

kepada keluarga mangsa, takziah abc ucapkan. kuatkan semangat dan sabar menerima ketentuan Allah.

~~daripada Allah kita datang dan kepada Dia jua kita kembali~~