Sunday, February 27, 2011

love is forever- 14

LOVE IS FOREVER

Setelah sebulan, segala urusan penceraian kami berdua telahpun selesai. Umi marah. Baba marah. Ibu dan Ayah juga marah. Aku? Diam senyap membisu. Aku masih lagi kaget. Aku masih lagi terkejut. Cerai, bukan yang pernah aku pikirkan. Menjadi janda bukan satu keinginan. Haikal? Turut diam. Kami berdua seolah-olah berbicara dengan minda. Tunduk tak pandang muka. Segala yang berlaku disekeliling ibarat angin yang lalu menyapa. Sunyi tak nampak tapi rasa. Hati aku menangis. Aku semacam mahu menjerit. Tapi tak terdaya. Hati masih berpersoalan mengapa.

Tak terungkai segala persoalan. Tak terjawab segala pertanyaan. Aku memutuskan hubungan dengan dunia luar sebulan lamanya, terperuk di bilik. Hidupku kini ditikar sembahyang memohon kekuatan dan semangat. Bulan depan, hari konvokesyen aku. Semakin tiba hari itu semakin kuat ingatanku pada Haikal. Sungguh aku rindu.

” Abang jangan lupa... konvo Zu, Abang kena bagi a big bouquet of roses tau!” ujarku semasa mengambil angin dengan Haikal di Danga Bay. Setiap minggu itulah tempat bercinta kami. Penat nak ke tempat jauh, Danga Bay pun sesuai untuk ber’dating’, bukan aku mereka-reka, tapi itu yang Haikal kata.

” Jangankan rose, lili, kekwa, dahlia.. lavender pun abang kasi..kalau tak cukup bunga kertas pun abang bagi.. ” gurau Haikal sambil tangannya tak lepas mencubit pipiku. Makin tembam katanya, mahunya tidak, setiap minggu makan berat. Telefon aje tanya samada aku sudah makan atau belum. Kalau aku jawab belum, bernanahlah telinga nak menadah leteran Haikal yang kalah Ibu. Apatah kalau aku kata aku makan megi, diugutnya nak datang Johor malam itu juga. Serius! Haikal pernah buat. Malam itu aku tertidur selepas solat maghrib. Bangun-bangun aje dah pukul 12.00 tengah malam. hendak ke kafe, memang tidaklah. Kerja untuk kelas esok belum selesai, masih separuh jalan. Stok makanan dah habis dilantak oleh Ayuni malam semalam akibat over diet dia. Konon tak mahu makan malam, last-last kebuluran. Yang tinggal dalam simpanan aku, sepeket megi. Asal kenyang, biasalahkan bila namanya ’student’.

Nak dijadikan cerita, Haikal telefon, teringat katanya. Aku pula tengah asyik makan megi. Haikal macam pelik dengar aku makan tengah malam. Jarang, memang jarang aku makan lepas jam 9.00 malam, jaga badan katakan. Entah macam mana aku terkantoi, bila Haikal tanya aku makan apa. Dengan keasyikan melayan megi yang hanya celup air panas, aku jawab dengan selamba, ” megi,yum-yum-yum”. Terus berleter cik abang sayang. Diugut nak datang malam itu juga, nak bawa aku keluar makan. Aku pun dengan selamba ditambah bengang dengan leteran yang buat aku hilang selera, ” datang la, saya tak kisah” sakit hati mungkin, Haikal menamatkan talian, aku pula buat macam langsung tidak salah, sudah laparkan makan aje apa yang ada. Pukul 4.00 pagi, sesudah selesai semua kerja,baru aje aku nak letak kepala, telefon aku berbunyi. Haikal? Mahu apa tengah pagi buta.

” Zu baru nak tidur ni.. kenapa pepagi lagi dah call?” ujarku setelah panggilannya ku jawab.

” Siap and turun, Abang kat bawah. Cepat sikit!” arahan yang tegas dan kejutan buat aku.

Betul-betul marah. Aku turun dengan bebal dan mata yang mengantuk. Haikal diam tidak berkata sepatah pun. Sepanjang perjalanan Haikal protes untuk senyap. Aku tidak betah begitu, turun aje daripada kereta untuk ke gerai makan, aku guna taktik yang selalu aku buat. Aku kena ambil hatinya kembali, aku hulurkan tangan untuk bersalam. Setelah tangannya kukucup, dahi ku tidak akan tidak dihadiahi kucupan sayang Haikal. Itu yang membuatkan aku cukup bahagia. Haikal mencuit hidungku, manja. ”pandai ambil hati” itu kata-kata dia setiap kali aku mengalah dengan kedegilan aku sendiri. Malam tu, penuh perut aku sampai hilang semua mengantuk. Haikal pesan makanan macam makan tengah hari. Malu aku dengan budak lelaki yang ambil pesanan, terkejut dia bila Haikal memesan begitu banyak makanan. Haikal kata, itu denda sebab aku makan megi. Aku insaf! Takkan makan megi lagi.

Itu semua dulu. Kisah yang tidak akan lagi berulang. Mustahil untuk merasa semua itu kembali. Ya Allah, kurniakan aku ketabahan dan kekuatan. Berikan semangat untuk aku teruskan kehidupan. Ya Allah, andai dia bukan milikku, bukan untukku, bawalah semua ceritera tentang dia jauh dari hidupku.

+++++++++++++++++++

” sampai bila Zu, sampai bila nak macam ni? jangan buat ibu sedih sayang..” soal ibu bersama air mata. Aku memeluk ibu seeratnya. Tiada lagi air mata. Tiada lagi tangisan. Mata aku kering sudah dengan air. Hanya hati ini tetap melimpah rasa sedih dan tidak percaya. Ibu menangis dan menangis. Ayah sudah puas menasihati aku. Ayuni penat memujuk. Aku bagai menjeruk rasa. Muda. Terlalu muda untuk aku bergelar janda. Disaat aku menyulam cinta. Salah siapa? Haikal yang menduakan cinta atau aku yang tidak memberi peluang kedua?

Pelukan ibu ku lepaskan. Aku pandang Ayah. Aku pandang Ayuni. Dengan berat aku nyatakan kemahuanku. Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Louisiana State , Amerika Syarikat hujung bulan hadapan, dalam jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional selama 2 tahun aku serahkan kepada ayah. Ini impian aku sejak dahulu, ingin belajar di negara orang. Ini langkah pertama dan hampir kepada impian besarku untuk memegang satus doktor dihadapan nama. Aku nekad. Aku akan terima tawaran itu. Aku mahu pergi jauh dari kesedihan ini. Aku mahu luput Haikal daripada ingatan aku. Aku kecewa. Cinta ini akan ku bawa jauh daripada segala-galanya. Takkan aku biar air mata ibu terus berlinang kerana sedihku. Jika menangis, biar air mataku, bukan mereka yang aku sayangi.

++++++++++++

Walaupun sedih. Walaupun berduka. Tidak sedikit pun kesedihan ini menjejaskan kegembiraan aku dan rakan meraikan hari paling bahagia dalam hidup kami. Alhamdulillah empat tahun berhempas pulas belajar. Kami berjaya dengan jayanya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup). Masa terlalu pantas berlalu. Terasa seperti baru semalam kami kenal dan belajar. Aku dianugerah dua medal, aku gembira tidak terkata. Aku penerima Anugerah Dekan ( Kelas pertama dengan CGPA 3.89) dan Anugerah Naib Canselor. Ibu dan ayah paling gembira. Ini juga hadiah buat mereka. Aku usahakan buat mereka. Terima kasih buat dia juga. Dia banyak membantu aku setiap semester. Dia pembakar semangat. Dia tempat aku lepaskan stress belajar. Aku tak lupa jasa dia.

Dalam perjalanan pulang ke Kedah keesokkan harinya, umi menelefonku mengucapkan tahniah. Berita tentang Majlis Konvokesyen UTM ada dilaporkan di dalam surat khabar tempatan. Perbualan yang agak panjang menyebabkan Umi asyik menyebut nama dia, Haikal. Aku sempat berpesan pada Umi, ucapkan terima kasih pada dia, semua ini jasa dia, aku akan kenang jasa-jasa dia sepanjang perhubungan kami berdua suatu masa dulu.

Siapa kata cinta itu indah? Mungkin dia belum merasa kecewa. Siapa kata cinta itu sakit? Mungkin dia belum pernah merasa bahagia. Aku merasa kedua-duanya. Aku kecewa waktu remaja sewaktu Haikal memberi perkhabaran perkahwinannya. Aku bahagia tatkala Haikal menyayangi dan menyata cinta dia padaku. Aku bahagia pabila Haikal menjadi suamiku. Aku patah hati pabila Haikal menduakan aku, kembali pada kekasih lamanya. Aku pasrah pabila aku dan Haikal berpisah kasih akhirnya... aku redha ketentuan hidupku, aku redha.

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders