Sunday, April 10, 2011

love is forever ~ 18

LOVE IS FOREVER

 

Minggu depan aku akan mula mengajar di tempat pengajian lamaku. Pastinya nanti akan lebih banyak kenangan yang akan aku imbas. Kenangan indah. Kenangan cinta. Kenangan aku dan dia. Lebih 3 minggu aku kembali ke Malaysia, aku telah mendapat tempat sebagai salah seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Mulanya aku perlu terus melapor diri sebaik kembali ke Malaysia, akan tetapi kerana terlalu lama meninggalkan keluarga, aku memohon untuk cuti berehat selama sebulan.

Seminggu sudah aku tidak bertemu dengan buah hatiku, Muhd Asyaaf Hakimi. Rindu ini terlalu tebal dan kian menebal setiap hari. Biarpun aku hanya mengenali sekecil itu baru seminggu, tetapi kasih pada dia tiada berbelah bahagi. Hanya Allah yang tahu betapa aku terseksa menanggung rindu kini. Semalam sempat juga ibu menyakat aku supaya menerima lamaran paksaan Haikal. Geram! Ibu dan ayah macam berpakat dengan Haikal supaya membuat aku kembali menjadi isterinya. Mustahil! Hati ini masih berdarah!

“ termenung apa tu Zu..” Ibu menegurku yang sedang asyik mengelamun ditaman. Aku hanya membalas dengan senyuman. Aku menghampiri ibu yang sedang menghidangkan minum petang. Sejak anak-anak ibu dewasa, inilah aktiviti ibu dan ayah setiap petang. Beristirehat berdua di taman. Romantik! Melihat kebahagiaan ibu dan ayah membuat aku cemburu. Dari aku kecil aku idamkan kebahagiaan berkeluarga seperti ibu dan ayah, entah mungkin belum tiba masanya untuk aku sebahagia mereka.

“ entahlah bu.. rasa kosong pulak.. isnin nanti Zu dah balik Johor” luahku.

“ Kosong? Asyaaf?” soal ibu dengan senyuman penuh makna. Aku membalas senyuman dengan segan, seraya mengangguk. Aku meletakkan kepala ku ke atas lengan di atas meja. Rindu! Sangat rindu!

“ telefon la, Asyaaf kan petah jugak..”

“ dah.. banyak kali, Haikal tak bagi”

“ Zu sayangkan Asyaaf.. kenapa tak setuju dengan syarat Haikal?” soalan itu membuatkan aku terbangun dari kemalasan dan ketidakmayaan ku tadi. Aku menggeleng laju.

“ Ibu tau kan bu.. hati Zu sakit sangat dengan Haikal? Ibu tau kan bu, Zu lari ke US sebab Abang Haikal.. Ibu taukan? Ayah pun tau kan.. Semua orang tau.. Zu tak boleh!” entah kenapa, aku terlalu sensitif dengan perkara itu setelah apa yang berlaku selama ini. Aku berlalu ke bilik dengan deraian air mata. Bukan aku sengaja untuk berkata demikian di depan ibu, aku hanya terlalu kecewa dengan semua orang yang mengambil mudah dengan perasaan aku. Dan seolah-olah selama ini perkara yang berlaku adalah atas kedegilan aku.

Di bilik aku menangis sepuas-puasnya. Aku seperti kembali menjadi Zulaikha yang lemah dan lemas dalam perasaan sendiri. Aku kembali seperti aku tiga tahun dulu. Zulaikha yang menangisi nasib yang menimpa diri. Allah, berikanlah aku jalan keluar kepada permasalahan ini. Segala peristiwa dahulu bagai terlintas ditubir mata. Dan gambaran Asyaaf membuat hati ini makin pedih. Kenapa aku terlalu menyayangi si kecil itu? Kenapa hati ini pedih seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya?

++++

Sudah dua hari aku berkurung di dalam bilik. Makan hanya bila terlalu lapar. Ibu sudah habis kata, ayah sudah habis marah. Aku tetap dengan degil dan protes. aku berkurung hanya untuk mengelak isu syarat Haikal itu timbul dan jadi butir perbincangan semua. Aku malas! Lebih baik aku habiskan masa di depan laptop kesayanganku sambil meng’update’ blog. Kadang-kadang, gambar-gambar Asyaaf yang aku ambil dengan telefon bimbitku aku belek. Comel. Haikal kejam dengan menjadikan Asyaaf sebagai alat untuk aku kembali kepadanya. Masih cintakah dia padaku? Kalau cinta kenapa dia sanggup mempermainkan hatiku dulu? Kalau cinta kenapa kembali kepada Alisya?

Deringan lagu cinta antara kita, mengganggu konsentrasi aku yang sedang asyik melayan game farm frenzy, inilah antara aktiviti kurang sihat aku bila ada masa yang sangat lapang. Tertera nama Ummi di talian. Bingkas aku bangun dari pembaringan dan menjawab panggilan. Dari kejauhan aku mendengar suara yang amat aku rindukan..

“ elo.. mama..”

“ hello sayang mama.. Asyaaf..” air mata ini bagai menjadi teman, kerinduan yang terlalu menebal membuatkan aku menangis kegembiraan tatkala suara sikecil itu mencecah ke gendang telinga.

“ caff.. indu ma..”

“ mama pun rindu dekat Asyaaf.. rindu sangat.. Asyaaf dah makan belum ni”

“ akan dah… yah uap..”

“ Asyaaf.. Asyaaf taknak jumpa mama ke? Mama rindu sangat..”

“ ma.. yah nak akap..” aku jadi tidak keruan pabila Haikal mengambil alih perbualan. Air mata aku seka, serak suara aku cuba kawal. Belum terubat lagi rindu ini pada si kecil itu.

“ Asyaaf takkan boleh jumpa Mama Zu selagi Mama Zu belum terima syarat Ayah Asyaaf, dan Mama Zu takkan dimaafkan oleh Ayah Asyaaf selagi syarat itu tak dipenuhi. Faham Zulaikha Azra?”

Butir bicaranya membuatkan aku kembali teresak-esak. Aku makin benci pada Haikal. Bukankah dia yang sepatutnya mencari kemaafan dari aku? Bukankah dia yang sepatutnya mendapat hukuman sebegini? Haikal kejam!

“ Andai apa jua yang berlaku, saya takkan sesekali kembali menjadi isteri awak, Mohd Haikal hazimi! Takkan!”

++++

Semua barang yang aku perlukan telah siap aku kemas. Esok akan bermula kehidupan berkerjayaku. Biarpun segala azam yang aku cipta sebelum pulang ke Malaysia seakan tidak menjadi, aku tekad untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Bak kata ibu segala yang berlaku pasti akan ada kebaikannya di masa hadapan. Biarpun jiwa yang penuh rindu tak terubat, aku tekad untuk sentiasa mengukir senyuman. Aku perlu memulakan hidup aku yang baru. Hidup yang lebih kuat, lebih tabah. Aku perlu yakin dengan segala aturan tuhan. Pasti akan ada sinar bahagia untuk aku. Mungkin bukan kini, tetapi esok? Tiada siapa yang tahu.

“ dah siap Zu?” soal ibu sebaik sahaja memasuki bilikku.

“ sudah bu.. lama dah tak pergi Johor. Mesti UTM tu pun dah banyak berubahkan.” tanganku masih ligat menyusun buku yang ada. Sambil mengemas barang yang hendak dibawa, sambil itu juga aku mengemas bilikku yang belum aku kemas sebaik tiba di Malaysia 3 minggu lalu.

“ Zu taknak singgah Kuantan kejap?”

“ Buat apa?”

“ Tak nak jumpa Asyaaf dulu?”

“ Anak orang bu.. dah ayahnye tak bagi.. takkan kita nak terhegeh-hegeh pulak” jawabku malas-malas. Kalau ikut hati, nak je aku culik Asyaaf bawa balik Johor.

“ Ibu dan ayah bukan sengaja nak paksa kamu baik balik dengan Haikal, Ibu dengan ayah tahu Zu terseksa lepas Haikal balik dengan Alisya dulu. Ibu dengan ayah cuma nak kamu bahagia. Kami tahu Zu masih sayangkan dia..” tutur ibu penuh kelembutan, cara ibu menegur sangat lembut. Belum lagi cara ibu memujuk. Hati sesiapa sahaja akan cair dengan tutur bicaranya.

“ Zu kalau boleh nak lupa segala-gala tentang Haikal bu.. Haikal sejarah yang mematangkan Zu. 23 tahun, seawal 23 tahun Zu jadi seorang janda. Memang benar-benar mendewasakan Zu.” Ibu mengangguk, aku tahu ibu faham jiwaku, ibu faham keinginanku, ibu lebih arif tentang diriku..

Andai orang lain sibuk bercinta dan bercanda seawal usia remaja, aku pula sibuk belajar menjadi seorang isteri yang dewasa. Jika orang lain sibuk melayan jiwa penuh cinta, bermadu asmara, aku pula berhadapan dengan dugaan perkahwinan yang tidak pernah aku terduga. Menjadi janda dalam usia terlalu muda. Segala-galanya aku hadapi sendiri, merantau jauh ke luar negara membawa hati duka. Perjalanan hidup aku terlalu berbeza dengan mereka, dan pastinya mereka tidakkan pernah memahami aku dan takkan pernah memahaminya. Aku memang berbeza.

++++

Ketukan kuat pada pintu bilik mengejutkanku. Kenapa keadaan serasa terlalu cemas? Aku bingkas membuka pintu.

“ Kenapa ayah?” raut wajah ayah penuh kebimbangan. Aku dengar suara ibu di ruang tamu dengan seseorang. Siapa?

“ Zu siap cepat, ikut Haikal.” arah ayah, cemas dan kelam kabut.

“ Kenapa pulak? Pukul berapa ni yah..” soalku, pelik. Entah pukul berapa sekarang, Haikal datang? Nak pergi ke mana pagi-pagi buta? Kenapa ayah cemas semacam?

“ Usah banyak tanya, cepat siap, bawak barang kamu nak bawa pergi Johor sekali, ayah tunggu kamu dekat bawah, cepat sikit.” ayah mengarah tanpa menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Apa ni!

Nak tak nak, aku ikutkan aje, mata pun masih berat lagi ni. rambut yang terurai aku ikat jadi satu. sejuk nak mandi pepagi buta membuatkan aku hanya menyalin pakaian tidur kepada t-shirt kelabu tangan panjang dan jeans, tudung aku hanya menyarung tudung syria biru gelap. Tidak cakap kemana, siap suruh aku bawak barang balik Johor. Balik Johor? Takkan ayah dengan ibu mahu Haikal yang hantar aku ke sana. Tak boleh jadi ni. Mata yang berat serta merta menjadi ringan, langkah kaki pantas aku atur ke ruang tamu.

Enam pasang mata penuh riak cemas dan risau memandangku. Aku dengan hati yang panas terus menerkam.

“ Kenapa awak datang pepagi buta ni?” jerkahku penuh amarah.

“ Zu kenapa kurang ajar sangat ni?” aku pula dimarahi ayah atas ketinggian nada suaraku. Aku betul-betul tak puas hati, kenapa mesti Haikal yang disebelahi ayah dan ibu.

“ Dia ni yang datang sini pagi-pagi, lepas tu ayah suruh Zu siap-siap ikut dia. Apa semua ni?” aku meluahkan ketidakpuasan hatiku.

“ Cuba bawak bersabar Zu, Haikal ni datang nak bawak kamu balik Kuantan, anak kamu tu, Asyaaf, masuk hospital sesak nafas, sekarang masih lagi dalam ICU.” Kata-kata ibu membuat aku hampir terduduk, mujur ada sofa di depan yang boleh aku tampung diriku. Aku pandang Haikal yang kebisuan dan lesu. Penuh riak cemas dan risau. Aku bingkas naik ke bilik dan mengambil semua barang-barangku.

“ Jum, kita bertolak sekarang.” Haikal memandangku tanpa perasaan, hanya anggukkan yang dibalasnya. Seusai bersalaman dengan ibu dan ayah, kami bertolak terus ke Kuantan. Hanya kebisuan yang menemani perjalanan kami. Sesekali wajahnya aku kerling. Baru beberapa hari lalu kami saling meninggi suara, hari ini dia datang dengan penuh riak kerisauan. Aku mengalih pandanganku keluar. Kitab kumpulan doa-doa aku keluarkan dari beg tanganku. Aku mohon pada Allah moga disembuhkan sakit anakku. Moga Allah masih memberikan anak kecilku kesempatan untuk terus merasa kasih sayang dariku. Dan moga aku masih sempat menyayanginya. Panjangkan umur anakku Ya Allah. Sedang aku ralit berzikir munajat, aku terdengar esakan kecil Haikal. Aku pandang wajahnya, aku lihat ada air yang mengalir di pipinya. Aku kaget. Susah benar hatinya. Ya Allah, tabahkan hati dia.

Isyarat ketepi diberikan. Kereta diberhentikan dipinggir jalan. Kenapa? Haikal terus keluar dari kereta. Aku memandang segala gerak gerinya. Diluar kereta Haikal membongkok-bongkok menahan tangis. Jeritannya membuatkan aku terkejut besar. Dia benar-benar tertekan. Aku keluar dari perut kereta dan menghampirinya.

“ Awak tak boleh macam ni Haikal. Sabar!” ujarku tegas. Semua orang risau, dan Haikal tidak boleh begini, anaknya perlukan kekuatan.

“ Saya mintak maaf Zu. Saya yang buat Asyaaf jadi macam tu. Kalau saya tak ikut rasa hati saya, halang awak dengan Asyaaf berjumpa even talking on phone, Asyaaf mesti sihat hari ni. saya silap!” Haikal meluah segala yang terbuku di hatinya. Aku hanya mampu menggeleng.

“ tak baik berkalau, membuka jalan kepada syaitan.”

“ saya menyesal! Saya mintak maaf.. Asyaaf dah 3 hari demam sebab rindukan awak, tapi hati saya degil, berkeras nak awak setuju dengan syarat saya”

“ Sudahlah.. lupakan dulu hal tu.. kita kena sampai Kuantan cepat, nanti tercari-cari si Asyaaf tu dekat awak.” aku bukan malas nak dengar luahan rasa Haikal tapi aku lebih risaukan Asyaaf ketika ini. Hati aku tidak tenteram.

“ tapi Zu.. saya betul-betul maksudkan untuk awak kembali menjadi isteri saya.. i mean it sayang..” aku terpana, sebab ini juga aku malas bila Haikal mula meluah segala rasanya. Aku menggeleng laju dan melangkah kembali ke kereta.

“Please Zu, just give me a minute to explain everything that happen all this time...”

“It’s over Haikal, its over!”

“Yes, it was my fault after all. I back to Alisya. Saya curang pada awak Zu.” Ayat yang aku tak mahu dengar, aku menekup kedua-dua belah telinga ku. Haikal yang aku belakangi tetap bersuara. Aku taknak dengar! Aku benci untuk dengar walaupun aku mahu tahu segala-galanya. Kenapa air mata ni terlalu murah dan mudah untuk jatuh? Aku rasa benci untuk menangis lagi, tapi tak berupaya untuk menahannya.

“ Saya curang pada awak tanpa saya sedar Zu. Saya hanya berniat untuk membantu Alisya masa tu, tapi dia cinta pertama saya, saya tak dapat kawal rasa hati saya. Tapi percayalah saya tidak langsung ada niat untuk kembali mencintai Alisya.”

“I said stop it Haikal, stop it! I hate to hear every single word that comes out from you!”

“You have to Zulaikha, dulu kita ambil langkah bodoh dengan berpisah sedangkan saya tahu pada masa awak harap kita kembali berbaik tapi ada sebab kenapa saya lepaskan awak! Awak perlu tahu semua tu Zu.” Bersungguh Haikal untuk memperjelaskan segala-galanya. Memang ini yang aku tunggu, tapi waktunya seperti tidak sesuai. Hati aku sebelah risau dengan Asyaaf dan sebelah lagi risau dengan penjelasan Haikal.

“Untuk apa Haikal? Saya dah anggap semua tu kenangan lama yang akan saya hapuskan.” aku kembali menghadapnya, berdiri bertentangan dengan dia.

“ Sebab itu awak perlu tahu, saya tak nak awak hapuskan cinta yang ada dalam hati awak untuk saya. Saya cintakan awak Zulaikha, bermula lafaz akad dulu hingga kini, cinta saya pada awak makin membukit dan tidak sekali runtuh atau hilang. Saya pernah membiarkan dan melepas awak pergi, tapi sekarang saya akan cuba sebolehnya untuk awak kembali ke sisi saya.”

Aku tidak lagi berdaya untuk mendengar segala kata cinta dari Haikal. Pantas aku melangkah ke kereta. Biarlah malam ini berlalu dan ianya hanya sebuah mimpi tatkala mata ini sedar. Aku tak mahu memikirkan tentang kisah cinta yang terpisah dulunya, aku hanya mahu berjumpa dengan si kecilku, Asyaaf.

7 comments:

blinkalltheday said...

sian la asyaff..zu,ksian la kt si kecil,,dgr la dulu pnjlsan haiqal..haiqal patut bgtau hal yg sbnr kt zu,,besttt la citer ni,,hope diorg rujuk balik,,

Anonymous said...

toksah rujuk.. pdn mke haikal tuh.. kuikuikui

akubersamaCahya said...

hehehe.. ^^v kite tgk nanti eh...

si_Akak_kpop said...

erm...rujuk atau x rujuk???
then I choose 'atau' haha...
patut ke bg peluang kat haikal???
tu kene tgu nex n3 dr penulis...hehe

Farah Hanim Mohd Alwi said...

hati zu msti trluka gilagila kn ? T__T
cpt sambung akk ! :D

lia said...

haraf zu akan terima haikal..
Nk lg n3...
Sambung la cepat..

sitinorafatien said...

pesal ak ase menyampah sngt kt Haikal?
xperlu bgi peluang kt Haikal.
dah bnyk da peluang zulaikha bgi b4 this..
i hate u Haikal

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders