Saturday, June 30, 2012

Love Is Forever - The End!



EPILOG

Selepas lebih seminggu di Kuantan, Haikal mengajak aku pulang ke Kedah. Mahu ke tempat paling bersejarah katanya. Entah di mana, aku tak tahu sehinggalah kami tiba di tempat yang dikatakannya. Memang bersejarah, sentiasa bersejarah dalam kehidupan Haikal dan Zulaikha. 
 
“Mama, why are we here?” Asyaaf makin dewasa kini, ada sahaja yang disoal, ada sahaja yang ingin dilakukan. Kami ke sini, tempat di mana cinta kami pernah terputus dahulunya,. Sekembalinya kami dari London dulu, kami sudah tidak menjejak kaki ke sini. London, pergi ke sana kerana mahu menghilangkan duka. Ya duka. Hidup kami penuh ujian. Namun redha dengan segala ketentuan. Anak pertama aku dan Haikal, meninggal sewaktu kandunganku berusia 7 bulan. Entah kenapa, doktor sendiri tidak dapat memberitahu sebabnya. Kecewa memang kecewa, namun Allah lebih menyayangi dia. Aku redha, Haikal juga.
 
            “Kita datang nak mengenang sejarah cinta Mama dan Ayah.” Jawabku, Haikal yang setia menggenggam erat tanganku, tersenyum penuh makna. Pohon rendang ini mempunyai banyak kisahnya. Di sinilah, kasih kami terlerai dek salah faham dan cinta yang disembunyikan balik hati. Mungkin jika aku berani meluahkan rasa hatiku, kami tidak terpisah. Siapalah kita untuk menghalang sesuatu yang telah Allah tentukan buat kita kan? 

            “Sejarah cinta? Mama and Ayah just like a kid la...” petah sangat mulut si Asyaaf ni. Haikal dan aku hanya ketawa mendengar tutur kata Asyaaf. Haikal mengangkat Asyaaf duduk di atas ribaannya. 

            When you grow up, you will understand about it. And no doubts if you will feel the same as us.”  Haikal suka mendewasakan anaknya itu. Asyaaf pula seakan cepat faham dengan penjelasan Haikal yang kadang kala bagi aku terlalu dewasa untuk Asyaaf memahaminya. Perutku yang makin membesar aku usap perlahan. Hati aku merasa cinta tika berada di sini. Tenangnya tidak terucap dengan kata-kata. Angin yang menyapa bagai lagu yang menjadi halwa telinga. Usapanku supaya anak-anak yang berada di dalam rahimku, merasa cinta aku dan ayah mereka. Allah mengambil satu, lalu Allah memberi dua sebagai ganti. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Haikal menarik tanganku ke dadanya. Terasa degup jantungnya yang berentak.

            Do you feel what I feel?” Soal Haikal kepadaku. Aku mengangguk perlahan dengan senyuman.

            “Love, it’s love.” Jawabku dan Haikal mengangguk perlahan dengan senyuman penuh bahagia. Dahiku dikucupnya, lama. 

            “Cinta kita selamanya sayang. Biarpun maut, bukan penghalang kasih sayang kita. Di syurga kita akan ketemu jua dan pasti di sana Ainul Mardhiah kita sedang menanti kita.” Aku tersenyum dengan kata-katanya. Ya, Ainul Mardhiah pasti akan menunggu kami di pintu syurga. Ainul Mardhiah anak perempuanku yang meninggal dalam kandungan. Kami namakan dia dengan nama bidadari yang paling cantik di syurga, kerana dialah bidadari kami selamanya.

Our love is forever.” ujarku, lalu menarik tangan Haikal ke perutku. Tendangan kecil anak-anakku dapat dirasainya. Asyaaf juga turut sama merasainya. Asyaaf, adalah seorang abang yang baik kepada bakal adik-adiknya. Petang itu, kami berkongsi ketawa bersama-sama. Haikal dan Asyaaf tak habis-habis mengusap perutku yang makin membesar. Kadang kala mereka meletakkan telinga di perutku untuk mendengar degup jantung bakal ahli keluarga baru. kadang kata cinta dibisikkannya. Macam-macam mereka lakukan, tidak sabar, ya kerana tidak sabar untuk menanti mereka hadir dalam kisah cinta kami. Moga dengan hadirnya mereka, kisah cinta kami terus bersemi buat selama-lamanya.

Indah itu tak pernah kita jangka di mana ia berada. Kadang tak terduga, dalam rasa remuk kecewa, indah datang dengan tidak semena-mena, bagai pelangi yang tiba selepas manusia rungutkan hujan yang lebat selebatnya. Cinta kita tak tahu bagaimana rasanya, kadang dalam jiwa yang duka dan lara, ia hadir membuahkan sebuah ketawa. Bagai lahirnya rama-rama cantik tidak terkata, dari ulat yang manusia geli akan melihatnya. Hidup ini tidak boleh dijangka bukan? Begitulah kisah Zulaikha dan Haikal, biar penuh duka dan luka, namun kerana redha dan yakin, cinta mereka bersemi buat selama-lamanya, because LOVE IS FOREVER.

18 comments:

nana said...

salam..
saya dah baca novel dari mula sampai habis..tahniah cerita yg menarik tetapi saya tertanya2 apa puncanya haikal curang dan menceraikan zu..saya tercari2 di setiap bab namun x jumpa..

akubersamaCahya said...

ada... ^^ haikal cerita sedikit demi sedikit :)

tak jumpa? nanti abc buat entri jawapan soklan nana ye :)

Anonymous said...

salam akak,.akhirnye habis gak..hee..thank ats cite yg menarik ni...enjoy la bce..cerpen ble plak??

akubersamaCahya said...

tunggu ye. masih bz huhuhu

Anonymous said...

best....terus berkarya...

asfiedaimpiana said...

salam, jumpa novel ni pukul 930pm dan habis membacanya 1.44am...sgt best, walau ada certain bab cam slow tp mmg best.. tahniah :)

akubersamaCahya said...

my very 1st novel :)
terima kasih.... ^^

Mira_Othman said...

bEST novel LIF ni. =Dv
teruskan berkarya kak (y)

>mira<

akubersamaCahya said...

terima kasih :) inshaAllah ^^b

aqmar said...

i love it!!! (berangan)
hahaa

akubersamaCahya said...

mentang2 kat UTM dh hahahaha
tq cik qma :)

Anonymous said...

Superb...teruskn berkarya...
Baca karya2 abc rasa Rindu kt UTM n kenangab zaman muda remaja kt situ...
(ladyF)

akubersamaCahya said...

ladyF, baca Cinta Skodeng. lagi rindu kut. tak pun baca Cik Abg BMW :) haaa tak lupa Mencari Adam dalam Yusoff. banyak part kat MSI ^^

Anonymous said...

bestt!!!!tahnia....teruskn brkarya,sepatutnya ending sampai bersalin n buat semua keluarga happy.hee..heee...jng marah.

Anonymous said...

Masih tertanya- tanya pasal kes restoran tu..betul ke yg zulaika nmpak alisya cium haikal..dan betulke alisya pernah berkahwin dgn haikal?

Siti said...

Awesome

Siti said...

Awesome

Unknown said...

Superb
Aku jatuh cinta dengan segala cinta yang diberi

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders