Monday, June 18, 2012

Love Is Forever 25



Tinggal tiga hari sahaja lagi majlis perkahwinan Aida dan Hariz. Aku, Haikal dan Asyaaf pulang seminggu lebih awal daripada hari majlis. Aida satu-satunya adik Haikal dan pastinya Haikal perlu pulang lebih awal dan membantu mana yang perlu. Aku suka pulang ke Kuantan. Lebih suka dapat bersama Ummi. Ummi persis Ibu jadi aku sangat menyenanginya. Tapi yang buat aku tak suka, Mak Long. Dari hari pertama aku pulang ke Kuantan, dia sentiasa ada. Sentiasa sahaja mencari salahku. Geram! Sabar manusia itu ada hadnya bukan?

            “Aku duduk sini dari pagi, menantu kesayangan kamu tu mana Pah? Tak reti nak merewang ke?” sengaja Mak Long bertanya saat aku melangkah ke dapur. Sengaja memalukan aku di depan semua tetamu yang datang merewang petang itu. Ummi hanya menggeleng. 

            “Ada tu ha.. anaknya meragam.” Balas Ummi endah tak endah. Aku hanya membiarkan sahaja. Kalau dilayan memang menjadi-jadi.

            “Alah.. orang lain pun ada anak.. dia tu baru anak sorang, anak free pulak tu...” Aku tersentak? Apa maksud si tua ni? Anak free? How dare she?

            “Apa maksud Mak Long?” suaraku keras.

            “Ha... baru dengar suara, ingat dah bisu...” Mak Long bersuara lagi lebih mengjengkelkan. Aku menggenggam tanganku erat, menahan marah.

            “Apa maksud Mak Long dengan anak free?!” aku bersuara lagi lebih kuat dan tegas. Ummi memandangku, risau.

            “Alah, buat tak tahu pulak, semua orang kampung dah tahu. Budak yang kau kata anak kau tu bukan anak kau. Bukan anak Haikal. Anak haram, mak dia buang, ayah entah siapa-siapa.”

            “Mak Long jangan kurang ajar!” Jerkahku. Ummi terkedu.

            “Kau tu yang kurang ajar, nak memarah aku kenapa?” Mak Long bingkas bangun dan menghampiriku, gaya nak bertumbuk.

            “Mulut Mak Long tu dah takda insurans agaknya, kalau marahkan saya, kutuk saya aje, bukan anak saya!”

            “Anak kau ke? Ha? Kau tu dengan Haikal mana pernah ada anak, baru kahwin balik nak berlagak isteri mithali. Kau tu dengan anak kau tu, sama-sama haram!” Mak Long mencabar amarahku.

            “Orang tua kurang ajar!” Belum sempat tangan ku sampai ke muka Mak Long, ada tangan lebih besar menyinggah ke pipiku. Aku terpana, pedih! Aku lihat kepada empunya tangan. Haikal?

            “Abang tak pernah ajar Zu kurang ajar.” Sampai hati Haikal. Mak Long sudah ketawa sinis. 

            “Kau ajar sikit bini kau ni.. erm.. aku balik dululah Pah..” Ujar Mak Long melangkah pergi. Aku masih memandang Haikal tak berkelip dengan mata yang memerah dan berair, tanganku masih memegang pipi yang perit ditampar suami sendiri.

            “Aku benci kau!” ujarku kepada Haikal dan terus berlari ke bilik. Aku benci dia! Aku benci! Suara keras Haikal yang memanggil aku di belakangku, aku biarkan. Pintu bilik aku hempas, sekuat hati, aku menghempas tubuhku ke tilam. Aku menangis sepuas-puasnya namun tanpa suara. Haikal kata dia takkan sentuh aku macam tu, penipu!

            “Abang tak pernah ajar Zu kurang ajar dengan orang tua macam tu. Zu dah melampau!” entah bila Haikal masuk ke bilik. Terus menerus menyalahkanku. Aku benci Haikal! Penipu! Aku pantas bangun dan menghadapnya dengan juraian air mata.

            “Memang aku kurang ajar, tapi aku tak menipu! Aku benci kau!” Haikal mencerlungkan matanya.

            “Apa ni Zulaikha?! Nak kurang ajar dengan abang pulak?” ujar Haikal tak puas hati.

            “Aku bukan kurang ajar, tapi kau tu penipu! Aku benci kau!” Pekikku. Lantas aku mengambil beg baju dan mengemas pakaian. Haikal masih memandang dengan pandangan yang pelik.

            “Zu nak pergi mana ni? Kenapa kemas beg?” Haikal cuba merampas beg bajuku. Aku pantas menarik beg tersebut.
            “I’m not belongs here. I’m going back to JB tonight.” Aku terus mengemas barang-barangku

            “Jangan nak buat perangai!”

            “Not me but you… bila tak dapat merayu, berjanji indah bagai, dah dapat? Kau buat aku macam sampah!” Haikal merengus marah. Dirampasnya beg baju yang telah siap aku kemas. Dicampaknya ke tepi meja solek. 

            “Abang cakap dengar! Kenapa degil sangat? Kalau nak balik, okay, tapi bukan malam ni, lepas majlis lusa!” Tegas Haikal dan kemudian terus keluar dari bilik. Aku terjelepok ke lantai. Aku peluk lutut dan menangis semahu-mahunya. Aku benci Haikal! Aku benci dia!!! Pipi yang perit aku pegang perlahan. Peritnya pipi tidak seperti hati nak terluka!

++++++

            “Zu. Jom turun makan.” Panggil Haikal seusai solat jemaah. Sejak petang tadi, aku tidak keluar bilik. Bilik yang kami duduk sekarang sudah diubahsuai dengan ada bilik air sendiri. Jemaah pun aku tidak sertai. Aku benci andai ada yang memerhati dengan maksud simpati atau memerli. Dan aku benci melihat Haikal!. Panggilannya itu aku tidak endahkah. Aku tetap baring membelakanginya.

            “Zulaikha!” panggil Haikal lagi, sedikit keras. Aku tetap membatu. Aku benci dengar suara dia! Benci!

            “Zulaikha! Jangan nak buat perangai degil awak tu, jemaah keluarga tadi tak turun, ni makan pun tak turun. Cepat!” Haikal mula bersuara tinggi dan keras. Melihat aku yang masih baring membatu, Haikal menghampiriku dan menarik selimut yang menyelimuti tubuhku dan menarik tanganku untuk memaksa aku bangun dari pembaringan. Aku merengus marah!

            “Kau nak aku turun lepas kau tampar aku depan semua orang?” Soalku tegas dengan menunjukkan pipiku yang ditamparnya tadi. Haikal terkedu. Tangannya pantas mahu memegang pipiku, aku tepis.

            “Jangan mimpi nak sentuh aku lagi!” ujarku terus menyelimuti tubuhku kembali.

            “Zulaikha…” panggilnya dengan nada lebih perlahan. Pintu bilik dikuak dari luar, si kecil Asyaaf memasuki bilik.

            “Yah... Tokmi anggil akan...” Haikal mengangguk perlahan. Diangkat Asyaaf duduk di sebelahku.

            “Ayah nak turun bawah, Asyaaf jaga Mama ye…” pesan Haikal kepada si kecil itu. 

            “Okei...” ujar Asyaaf dengan senyuman dan membuat tanda ‘peace’ yang tidak berapa menjadi.

Haikal mula menapak keluar bilik. Asyaaf membaringkan dirinya disebelahku yang membatukan diri sedari tadi. Sebaik pintu ditutup, aku membuka selimut yang membalut tubuhku.

            “Cakk.. mama..” Asyaaf menyergahku. Aku tersenyum kecil.

            “Ma akit?” Soal si kecil itu sambil memandang ke arahku. Aku hanya mengangguk perlahan, dengan senyuman yang tawar.

            “Asyaaf.. Asyaaf sayang mama?’

            “Ayanng…” Jawab si kecil itu, pelat.

            “Ayah tak love Mama dah…” ujarku pada si kecil itu. Asyaaf menjadi tempatku mengadu nasib.

            “Yah yofe ma…” ujar Asyaaf bersungguh.

            “Tak… tengok ni… sakit tau... Ayah pok Ma tadi...” Luahku pada si kecil, entah kenapa kepada si kecil ini aku mengadu. Air mata ini mula mengalir perlahan. Jari jemari kecil itu mula menyeka air mataku, si kecil ini, persis ayahnya. 

            “Acaf ayang ma... ti... acaf pok yah... ma angan angis... acaf ayang mama” Pujuk si kecil itu. Asyaaf aku peluk seeratnya, dan kepada dia aku menangis sepuasnya. Tanpa sedar, ada yang mencuri dengar perbualan aku dan anakku. Haikal mengeluh berat.

+++++++

            “Haikal tak patut buat macam tu tadi…” Ummi mula memarahi tindak tanduk Haikal. 

            “Melampau sangat Mi..” Jawab Haikal sambil tangannya menyuap makanan.

            “Ummi pun sakit hati bila Mak Long kau cakap macam tu..” Haikal mengeluh kuat.

            “Macam Zu taktau perangai Mak Long, kenapa dia nak melawan, sampai nak dipukulnya orang tua tu…” Marah Haikal, masih menegaskan perbuatannya kepada Zulaikha adalah betul dan tak silap.

            “Kamu kalau dengar orang tanya ayah anak kamu pun kamu marah. Inikan Zulaikha, mak Asyaaf. Mestilah dia marah bila Mak Long kamu tu maki anak dia, cakap anak dia anak haram. Kamu boleh sabar?” ujar Ummi lantas terus melangkah pergi dari situ. Haikal tersentak. Mak Long cakap macam tu? Ya Allah… salahkah aku?

            “Abang dah salah buatkan?” Suara Aida menyedarkan Haikal dari membatu. Suapannya sedari tadi terhenti.

            “Lain kali dengar dulu, boleh aje abang tahan, ni tampar… kesian Kak Zu... Pandai-pandailah abang pujuk, merajuk benar tu...” Aida menambah rasa bersalah dalam diri Haikal. Pinggan makannya diangkat ke sinki. Kenyang serta merta. Apa patut aku buat? Aku salah lagi…

++++++

            “Zu… Abang mintak maaf…” ujar Haikal, Zulaikha masih mendiamkan diri. Beg pakaian di hadapannya, di ambil dan dikemaskan. Baru sebentar tadi majlis pernikahan Aida dan Hariz selesai. Zulaikha turut serta namun payah untuk melihat dia tersenyum seperti sebelumnya. Malam ini tekad, dia mahu pulang ke JB. Haikal mengeluh perlahan. Sedar salahnya besar, pasti kali ini rajuk Zulaikha akan berpanjangan. Ya Allah, berikan aku jalan keluar.

            “Zu.. takkan nak balik jugak?” Soal Haikal dengan tangannya menghalang Zulaikha daripada terus mengemas pakaiannya. Zulaikha mengeluh kuat. Tanpa memandang wajah Haikal, Zulaikha menjawab dengan amarah.

            “As you said, saya boleh balik JB lepas selesai majlis. Sekarang dah selesai, saya akan balik JB malam ni jugak.” ujar Zulaikha tegas. Setelah beg siap dikemas. Zulaikha mengambil tudung yang tersangkut di kerusi dan terus memakainya.

            “Nanti apa orang cakap bila Zu balik malam-malam ni?” Haikal cuba berkompromi.

            “Apa orang cakap bila awak tampar saya? Pernah awak fikir?” Soalan berbalas soalan.

            “Abang silap, abang minta maaf...”

            “Kenapa awak tak faham-faham tentang maaf? Maaf boleh ubah semua ni? Cukuplah hati saya pernah kecewa dengan awak, saya tak nak rasa buat kali kedua.”

            “Kenapa Zu nak marah sangat dengan abang?”

            “Awak lupa janji awak, awak cuba ulang sejarah kita. Saya benci semua tu.” Zulaikha mengambil beg baju dan bersiap seadanya untuk pulang. Belum sempat Zulaikha membuka pintu, pintu telah dibuka dari luar.

            “Sorry Kak Zu, abang.. Kawan abang datang tu, dia nak jumpa.” ujar Aida.

            “Siapa?” soal Haikal.

            “Dr. Hafizah.” 

            Kedatangan Hafizah mengejutkan kami. Tidak disangka selepas beberapa tahun, Hafizah kini kembali ke kampung halamannya. Kisahnya lebih perit jika dibanding dengan aku. Sebab itulah, orang selalu kata, jika kita fikir kita susah, ada lagi yang lebih susah daripada kita. Betul! Aku yakin dengan frasa tersebut. 

            “Merajuk lagi dengan Haikal?” Hafizah memulakan bicara kami lewat malam itu. Daniel dan Haikal, sakan berborak di luar rumah. 

            “Sakit hati, tapi lebih kepada malu.” Aku mula mengadu. Hafizah menggenggam erat tanganku.

            “Kalau Zu balik JB malam ni, Haikal tentu lagi malu. Biarpun ini hal rumah tangga kamu berdua, orang tetap mengata.”

            “Saya geram la awak..” Keluhan beratku lepaskan.

            “Merajuk dengan dia sudahlah, jangan dengan keluarga dia. Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai isteri Zulaikha.” Hafizah terus memujuk. Tanggungjawab isteri? Ya, menjaga maruah suami. Itu antara tanggungjawab isteri. 

            “Haikal pernah janji takkan tampar saya.”

            “Tugas suami menegur salah isteri. Mungkin caranya kasar tapi niat dia?” Aku terfikir sendiri. Haikal pernah cakap dia akan lakukan yang sama seperti mana dia lakukan pada Alisya, tapi niatnya lebih kepada mengajar.

            “Saya tengok tak nampak macam kena apa-apa pun. Zu sensitif sangat ni...” Hafizah menebak.

            “Memang tak sakit pun, rasa sejuk tangan Haikal aje.” Aku mula tersengih sendiri, bila aku sedar salahku. Malu pula merajuk lebih-lebih.

            “Hai awak ni Zu. Manja kalah Asyaaf.” Terburai tawa kami dengan kata-kata Hafizah. Hafizah pandai memujuk, pandai menegur. Pengalaman mematangkan kita bukan?

            “Saya tak sempat bercinta dulu, baru nak rasa bercinta agaknya.” Tuturku dengan tawa yang masih bersisa. Tak semena-mena, Hafizah menarik tanganku, dan memeriksa nadi.

            “Zu pucat semacam aje ni, muka pun nampak lain.” Aku memandang Hafizah dengan muka penuh tanda tanya, apa yang pelik? Pucat?

            “Pucat ke?” Hafizah hanya tersenyum bila aku mula meraba wajahku sendiri.

            “Pernah buat pregnancy test tak?” Soalan yang mengejutkanku.

            “Saya dan Haikal baru nak masuk tiga bulan, takkan...” kata-kata yang tidak dapat aku habiskan. Hafizah tersenyum penuh makna.

            Last period?” Aku tersengih mendengar persoalan tu.

            “Dah lewat dua minggu pun.. Tak perasan pulak.”

            “Zu dah kahwin tau, perkara ni kena aware sikit. Esok pergi klinik, buat check up. Saya rasa positif.” Hafizah tersenyum lagi, aku hanya menyambutnya dengan senyuman nipis. Aku tidak tahu apa rasa hatiku sekarang. Suka? Takut? Seram? Terbayang-bayang, video wanita bersalin yang aku tonton semasa sekolah dahulu, video yang membuat aku hampir pengsan kerana takut dan mual melihat darah yang banyak. Ya Allah, permudahkanlah.

++++++

            “Mana Zulaikha?” Soal Haikal sebaik sahaja Hafizah menghampiri mereka di pangkin.

            “Saya dah suruh dia masuk tidur. Tak sihat sangat tu.” Ujar Hafizah dengan senyuman.
            “Tadi okay aje...” 

            “Stress kut, awak jaga dia elok-elok, esok bawak Zu ke Klinik.” Ujar Hafizah lagi.

            “Kalau sempat nak ajak la, Zu dah tekad sangat nak balik JB.” Haikal pula mengadu.

            “Tak dah, dah okay dah. Haikal ni, nampak macam romantik, tapi sebenarnya tak. Kesian Zulaikha takde yang pujuk. Untung saya dapat Daniel, dah la handsome, romantik pula tu...” ujar Hafizah dengan tawa kecil, sengaja mengusik Haikal. Daniel hanya tersenyum mendengar pujian isterinya. Tangan isterinya dicapai dan digenggam erat.

            “Erm.. yelah korang, tu nak bermanja-manja la tu..”

            “Haikal, you jangan jeles, kami balik Malaysia pun nak honeymoon tau. Nak tambah ahli keluarga baru.” Daniel dan Hafizah ketawa. Haikal hanya tersengih sambil menggeleng kepala.

            “Iye lah Daniel. I juga tak bertambah lagi ahlinya.” 

            “Bakal bertambah.” Haikal dan Daniel memandang ke arah Hafizah yang masih tersenyum penuh makna.

            “Bakal?’ ujar Haikal

            “Jangan lupa esok, bawa Zu ke Klinik.” Haikal meraup wajahnya dan mengucap syukur, kata-kata kias Hafizah dapat difahaminya. 

Hafizah dan Daniel siap untuk pulang ke Hotel. Biarpun Hafizah punya rumah sendiri peninggalan arwah ayahnya di situ, tetapi dia tidak mahu menginap di sana. Kenangan lama tidak mahu dicungkil lagi.

            “Kami balik dulu, congrate!. You kena selalu manjakan isteri, even kita dah ada 10 orang anak. Ingat tu.” Haikal hanya mengangguk tanda faham dengan nasihat dan pesanan Daniel.

Setelah kereta yang dinaiki Daniel dan Hafizah hilang dari pandangan, Haikal terus naik ke bilik. Mahu berkongsi berita gembira bersama. Tapi hatinya tetap takut dengan rajuk Zulaikha yang bagai tiada berkesudahan itu. Ya Allah, redakan marah dan rajuk isteriku. 

++++++++++++++

^^
buat yang masih mengikuti LIF
thank u very much!

nanti abc update satu persatu ye

much love readers!

4 comments:

Sumayyah Nadhirah said...

nak sambungann..........

akubersamaCahya said...

orait... tgh kemas2 balik... :)

Anonymous said...

cerite yg menarik..keep writing sis..=)

akubersamaCahya said...

cerita ni dh habes, tinggal nak post aje. ^^ thank u for reading.