Thursday, December 9, 2010

aku + cinta = bahagia?

assalamualaikum.
selamat tengah hari!

baru lepas tengok WHI, rancangan yang aku suka tonton
dari sekolah lagi.

tajuk hari ni: "maseh releven anak ramai"

bagi aku selagi mampu, iaitu mampu mendidik dan mampu dari segi kewangan memang takde masalah. anak itu rezeki, tapi kalau luar daripada aras kemampuan, kenalah merancang. zaman dah maju, banyak kes sosial remaja, pendidikan pada anak-anak sangat penting, bagi mengelakkan mereka ter'join' dalam masalah-masalah tu. =)

okay, al kesahnya nak cerita topik minggu lepas2, tajuknya:

" Mr.Right"



korang percaya akan adanya mr.Right?
siapa mr.Right ni? haa... jawapan aku mudah dan simple. itulah suami yang Allah telah tetapkan buat kita, wanita!

jangan pulak ada yang soal, yeke suami saya mr.Right. ishhh... ade pulak cakap macam tu.
tak patut.

bagi aku, gadis 21tahun. nak mencari seseorang yang boleh jadik "mr.Right" itu bukannya mudah. mesti ada je yang tak kena, bila dah ada yang sayang, dia tengok laki lain lagik baek, haa...goyah dah hati dia.

sebenarnya, mr.Right ni wujud dalam angan-angan kita sahaja, ala-ala macam novel. kalau baca novel memang perfect watak hero dia kan? kita yang hidup didunia realiti ni kena sedar. mana ada manusia yang perfect. mesti ada kurang situ sini. =)

terimalah seseorang yang hadir dalam hidup kita seadanya, yang kurang kita lebih kan, yang terlebih-lebih kita elokkan. itukan cukup 'right' untuk hidup kita.

jangan terlalu melihat kurangnya orang lain tetapi lihat apa lebihnya dia.




reminder: aku mencari cinta abadi cinta Ilahi~~

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders