Wednesday, June 6, 2012

Novel : Janji Terpateri 6



            Kereta dihidupkan. Dibetulkan kedudukan untuk memandu dan kemudian memakai tali pinggang keledar. Gerak geri Lisa disebelahnya diperhatikan dengan wajah serius. Lisa yang perasan dia diperhatikan, mula mengangkat wajah memandang Irham. Serius aje muka! Hati Lisa sekuat mana pun masih terasa getarnya.

            Chill Mr.Irham…” Ujar Lisa dengan sengihan dan mengangkat dua jari yang menunjuk tanda ‘peace’. Irham masih mencerlung, lama dan kemudian menggosok kepala Lisa yang bertudung itu dengan senyuman.

            Thanks adik!” Lisa tercengang. Irham hanya membiarkan Lisa dengan wajah terkejutnya itu dan terus memandu pulang.

            “Tak rugikan 25 minit drive dari Seri Kembangan ke TTDI?” Soal Lisa sebaik sampai di rumah. Irham yang sedang menyusun kasutnya mengangguk kecil.

            “Lebih daripada untung.” Irham berlalu ke bilik dengan senyuman tak lekang. Lisa lagi terlebih senyum. Disangka akan didenda sebab merancang sesuatu yang besar sebegitu tapi sebaliknya! Mama perlu dikhabarkan segera, laju sahaja Lisa melangkah ke arah telefon di tepi tangga. Harap-harap mama yang berada di Kuala Terengganu atas urusan persatuannya belum lagi tidur.

++++++++++++++++++++

            Walaupun jam sudah hampir ke pukul 3 pagi, aku masih belum berjaya memejamkan mata. Badan terasa letih tapi fikiran ni masih ligat berkerja. Pertemuan sebentar tadi sememangnya mengganggu perasaanku tika ini. Kenapa Lisa temukan aku dengan Irham? Untuk apa? Fikiran aku terawang lagi, mengingati bicaranya ketika kami menikmati sup belut tadi.

            “Macam kita dulu-dulukan Mustika.” Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut. Tak faham, kita dulu-dulu?

            “Maksud saya, masa kita dekat Matrik Penang dulu. Ingat tak kita pergi makan Sup Gearbox dekat gerai luar pagar Matrik.” Aku mengerah otak aku untuk memikirkan kembali, berjaya tapi sengaja aku buat seolah aku gagal mengingati peristiwa yang mengeratkan hubunganku dan dia ketika dulu.

            “Tak ingat, dah lama sangat dan tak penting.” Jawapan aku mematikan senyuman Irham. Irham kemudian mengangguk perlahan.

            “Oh… dulu selalu keluar dating dengan Irham ye…” Angah cuba mengusik, pantas sahaja aku memintas.

            “Tak lah, waktu tu kami jaga checkpoint merentas desa. Kami jaga checkpoint last, dah lapar kami pergi makan dulu.” Aku menekup mulut pabila aku mula sedar aku terlepas kata.

            See… I knew that you are still remembered that time.” Ujar Irham dengan begitu gembira sekali. Angah, Kak Idah dan Lisa ketawa besar melihat aku yang sudah terkulat-kulat dan termalu sendiri. Nampak sangat aku menipu!

            Irham mula bercerita kisah kami berdua, tapi semua kisah yang lucu dan bahagia. Kisah yang telah melukakan hati aku, dan menjadikan aku seorang pendendam pada lelaki tidak pula dikisahkan. Tika itu, aku terasa ingin berlari pulang ke rumah. Rimas! Benci! Aku tidak suka dengan bahagia-bahagia yang cuba diimbaskan kembali. Semua sudah tiada ertinya. Bagi aku bahagia yang pernah aku ada adalah Amzar, suamiku!

            “Mustika, penatlah tunggu. Lama lagi ni, saya belum makan.” Aku yang duduk ditepi tembok longkang hanya memandangnya sepi. Roti yang dibekalkan kepada setiap AJK merentas desa aku sua ke arahnya. 

            “Ala, roti tak boleh kenyangkan saya. Jom.” Irham menunjuk ke arah sebuah gerai di seberang jalan. 

            “Karang orang dah sampai jenuh nak berlari ke sini balik.” Aku menolak.

            “10 minit aje, pekena sup gearbox, sedap tau.” Irham mengajak lagi.

            “Awak nak, awak pergi, biar saya aje tunggu sini.” Irham mencebik lalu melabuh duduk di sebelahku. Aku terus sahaja menjarakkan kedudukan. 

            “Takpe la, tak jadik.” Irham duduk diam disebelahku. Beberapa minit, aku perasan Irham yang tak senang duduk. Kejap-kejap bangun, kejap-kejap duduk. Perutnya digosok perlahan. Ah! Pancing aku la tu, getusku dalam hati. 

            Aku bingkas bangun dan menepuk seluar yang berpasir. Aku pandang Irham yang mengangkat wajah memandangku.

            “Jomlah, 10 minit je tau.” Ujarku, dan terus melangkah menyeberangi jalan. Irham tersenyum dan terus menyaingi langkahku. 

            Irham memesan dua mangkuk sup gearbox. Aku hanya memesan segelas air limau ais. Panas-panas macam ni, tak rasa pula nak makan sup. Irham hanya menjungkit bahu pabila aku menolak untuk memesan makanan.

            “Saya tak pesan pun sup. Awak makanlah.” Aku menolak semula mangkuk sup yang Irham tolak ke hadapanku.

            “Saya pesan untuk awak. Kita makan sama-sama, baru sedap.” Aku menggeleng laju.

            “Please…” Irham memujuk. 

            “Awak ni kan… saja je kan.” Aku akhirnya mengalah. Irham tersenyum kemenangan. Ah! Malas aku nak dengar suara-suara manja dan romantik Irham.

            “Sedap kan? Betul tak kata saya?” Irham bersuara selepas beberapa minit kami menikmati sup gearbox. Aku hanya mengangguk kecil sambil mengesat mulutku dengan tisu. Sesekali aku kalih ke arah tempat checkpoint, takut kalau ada yang sudah sampai ke situ.

            Setelah selesai Irham membuat bayaran, kami kembali ke tempat checkpoint. Belum ada pelajar yang sampai, mahunya tidak merentas desa sejauh 10KM, mesti ada yang sudah makan angin di belakang sana. 

            Selang beberapa ketika, kepalaku terasa berdenyut-denyut. Mula-mula perlahan, sekarang makin kuat. Sakit! Daripada kedudukan berdiri, aku melabuh duduk di atas tembok.

            “Kenapa Mustika?” Irham mula menyoal, apabila mendengar desahku. Aku hanya menggeleng. Kepala aku picit perlahan.

            “Awak sakit ke Mustika?” Soal Irham lagi. Aku tidak mampu menjawab apa-apa. Irham mengambil tempat di sisiku. Ditundukkan kepalanya memandang ke arah wajahku yang sedikit menunduk ke bawah.

            “You look so pale. Awak sakit eh?” Irham menyoal berulang kali. 

            “Kepala saya tiba-tiba sakit sangat.” Aku bersuara perlahan, bersama menahan sakit yang kian terasa. 

            “Minum air ni dulu.” Irham menyuakan sebotol air mineral kepadaku. Aku ambil dan terus minum beberapa teguk. Irham mula menyelongkar kotak kecemasan yang kami bawa bersama. 

            “Ada panadol aje, awak makan eh.” Aku hanya menurut, sedikitpun tidak membantah seperti yang selalu aku lakukan apabila bersama dengan Irham.

            “Saya rasa awak pergi ke tepi pokok tu, rest. Ada orang dah nak dekat sampai checkpoint kita.” Ujar Irham lagi. Dari kejauhan kelihatan beberapa orang pelajar sedang berlari ke arah kami. Aku bangun dengan berhati-hati mengawal keseimbangan badan. 

            Sampai sahaja ke tepi pokok renek yang dinyatakan Irham, aku terus duduk dan menyandar ke pokok tersebut. Mata aku pejam seeratnya. Aku perlu tidur sekejap, mungkin selepas itu sakit kepala ini akan hilang. 

…………………………………

            Beg pakaian telah siap aku kemaskan. Malam nanti aku akan pulang semula ke  Kedah. Sudah selesai segala urusanku di Kuala Lumpur. Pagi ini, aku bercadang mahu berjalan-jalan sambil membeli beberapa persiapan menyambut bayi sulungku. Saat ini, aku terasa rindu yang sangat mendalam kepada arwah suamiku. Waktu dia masih ada, aku pernah merancang untuk keluar membeli barangan bayi bersamanya. Tapi waktu itu, Amzar sudah tenat, hanya terbaring dikatil hospital. 

            “Mus… Kak Idah dah siapkan sarapan, jom.” Suara angah, menyedarkan aku daripada lamunan yang jauh kepada suamiku. Air mata yang berlinang tanpa aku sedar, aku kesat dengan jemariku. Aku bingkas bangun dan melangkah keluar. Baru sahaja keluar daripada bilik, angah menahan langkah.

            “Jangan kenang dan menangis. Ingat pesan Amzar?” Aku hanya mampu menguntum senyum biarpun kelihatan hambar. Aku mengangguk perlahan. Along, Angah, Ibu biarpun Haziq sendiri pasti akan mengulangi ayat yang sama. Ayat yang Amzar tuturkan sebulan sebelum dia pergi buat selamanya. 

            “Kenangkan yang bahagia. Kenangkan yang gembira. Tapi jangan kenangkan sekadar untuk air mata. Abang tak nak sayang abang menangis bila kenangkan abang. Abang bukan pembawa duka dalam hidup sayang. Betul tak?”

            “Masuk habuk…” Ujarku dengan senyuman. Angah menunjal dahiku perlahan.

            “Eleh… Haziq pun boleh tau mata masuk habuk ke apa, ni pulak angah. Sudahlah, jom…” Angah memeluk lenganku dan mula melangkah ke dapur untuk bersarapan.

            Seminggu selepas pemergian Amzar, aku berkurung di dalam bilik, makan tidak tidur pun tidak. Tapi aku tidak menangis. Mungkin sebab aku di sisi Amzar tatkala rohnya terpisah dari jasad. Air mata Amzar yang aku kesat saat itu. Pipinya aku kucup lama, dan salam terakhir aku berikan. Seminggu juga Along dan Angah duduk dikampung, semata-mata kerana aku. Mereka terlalu bimbangkan aku, satu-satunya adik mereka.

            “Mus nak keluarkan kejap lagi?” Angah menyoal sewaktu kami bersarapan.

            “A’ah, cadang macam tu la. Boleh angah?” Angah yang sedang menyuap mee goreng mengangguk perlahan.

            “Boleh aje, tapi tunggu kawan Mus datang ambil ye.” Aku mengerut dahi, kening aku jungkitkan.

            “Kawan?” 

            “Kawan lama Mus la, tunggu aje, kejap lagi sampai la tu.” Kak Idah mencelah. Angah hanya tersenyum dan mengangguk. Kunyahanku jadi perlahan, resah tiba-tiba. Siapa?

            Salam orang dari luar mematikan aku untuk terus berfikir. Kak Idah bergegas membuka pintu. 

            “Assalamualaikum…. Angah.” Aku yang baru hendak menyuap mee ke dalam mulut terhenti bagai patung. Takkanlah!

…………………………………….

            Aku melangkah laju, menyusuri deretan kedai. Hati yang mulanya teruja hendak membeli keperluan bayiku yang bakal lahir, sudah terbantut. Irham dibelakang cuba mengejar langkahku secepatnya.

            “Awak sepatutnya tak setuju dengan cadangan Angah.” Aku bersuara setelah penat dikejar begitu. Aku tidak selesa!

            “Kenapa perlu saya menolak bila Angah suruh saya temankan awak?” Aku menjungkit kening.

            “Jadi awak suka? Kenapa dengan awak ni Irham?” Irham memeluk tubuh, sama seperti aku sekarang ini. Dia tersenyum sinis.

            “Kenapa dengan saya? Saya menagih janji awak 8 tahun dulu Mustika.” Aku terlopong.

            “Gila! Saya sedang mengandungkan anak seorang lelaki yang amat saya sayangi. Lelaki yang telah membuatkan saya terus melupakan awak Irham!” Irham merengus perlahan. Wajah Mustika direnungnya tajam.

            “Dia sudah tiada. Sekarang, adalah masa saya untuk awak.” Aku mencerlung. Dia tidak berhak berkata begitu!

            “Sini, Amzar tetap dan akan sentiasa akan berada di sini.” Aku menepuk dadaku berulang kali,kemudian terus berlalu dari situ. Aku hampir terdorong ke belakang apabila lenganku disambar kejap oleh Irham.

            “Ya, Amzar akan sentiasa di hati awak. Tapi saya akan pastikan saya sentiasa di sisi awak!” Irham memandangku dengan panahan mata yang tajam. Aku mengigit bibir. Ah! Siapa dia untuk menentukan semuanya? Bentak hatiku sendiri.

            “Mustahil hari tu akan tiba.” Ujarku perlahan, genggaman tangan Irham aku rentap dan mula meneruskan langkah. Irham masih dibelakang, memandang aku yang penuh dengan sikap degilku. 

            “Okay, fine! Tapi hari ni mesti beli apa yang awak nak beli. Saya temankan, jom.” Irham menarik hujung lengan bajuku, agar menyaingi langkahnya. Mahu tak mahu, aku terpaksa menurut. Jauh di sudut hati yang nakal, aku tersengih sendiri, “rezeki anak”.
…………………………………..

cinta itu kadangkala payah hendak diungkap
cinta itu terlalu mahal
kalau terlalu ringan lidah melafaz
terasa bagai tiada nilai. ^^

Mustika dan Irham
jauh mana lagi harus mereka melangkah untuk dapat bersama akhirnya?


           

8 comments:

nae nematoda said...

salam abc , sy tgu next cerpen...
hehehe , bwat release tension study..bila baca cerpen abc , bwat sy tergelak...:)
syukran... cpat2 ye post cerpen terbaru... :)

akubersamaCahya said...

abc busy dgn study.. nk final exam, present projek akhir.. so agak lambat la nk update ^^

nae nematoda said...

selamat final exam..insyaALLAH
wish u good luck until the end :)

Mira_Othman said...

kak ABC.. chaiyok3x!!
wish u all the best.. ^_<

Anonymous said...

ala..bila kak abc nk sambung...lamanya..(qeela)

akubersamaCahya said...

qeela: akak pun tertnya2 bila nk sambung hehehehe inshaAllah, tunggu eh

Anonymous said...

Salam abc..next plez..cewahh..bg arahan tu..hihi.
cepat2 update yer dik..
tk..

akubersamaCahya said...

on my way heh! tunggu ye. nak edit2 bab 7 dulu. insyaAllah sabtu abc pos :)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders