Thursday, September 9, 2010

love is forever~ 03


Jam telah menunjukkan jam 8.00 malam kiranya sudah hanpir tiga jam aku tidur. Mengenangkan aku belum lagi bersolat maghrib lantas aku bergegas mencapai tuala dan ke bilik mandi. Di sini bilik mandi nya berada di hujung bahagian setiap aras. Bilikku di aras tiga. Bangunan asrama di Universiti Teknologi Malaysia terdapat pelbagai bentuk, seperti rumah, apartmen dan ada juga seperti rumah pangsa. Itu lah yang dikatakan pelajar-pelajar di sini. Alhamdulillah, kursus yang aku ambil di sini membolehkan aku mendapat kolej di bahagian lingkaran dalam di mana bangunannya seperti sebuah rumah. Memang benar, kami yang di dalam setiap rumah seperti sebuah keluarga.

Aku cuma membersihkan badan sedikit kerana sudah hampir masuk isyak. Setelah selesai aku bergegas mendirikan solatku, terasa segar dan tenang jika solat selepas mandi, alhamdulillah. Selesai mengaminkan doa aku membaca sedikit ayat suci al-quran. Ibu sentiasa berpesan supaya aku mengamalkan pembacaan ayat suci al-quran selepas setiap solatku dan yassin di akhir setiap solat subuhku. Alhamdulillah aku sudah membawa kebiasaan ini sedari sekolah lagi. Alunan azan isyak kedengaran dari masjid yang tidak jauh dari bilikku. Aku terus mendirikan solat selepas selesai azan. Banyak lagi tugasan yang perlu aku selesaikan selepas ini.

Telefon yang ku matikan dibawah bantal aku ambil dan hidupkan. Aku bukanlah seorang pelajar yang sibuk dengan telefon sepertimana pelajar lain yang hangat bercinta, jadinya aku tidak akan mempunyai kemasukan sms yang banyak jika aku matikan telefon biarpun seharian. Namun, saat ini telefon ku tidak lagi berhenti dengan deringan tanda kemasukan sms. Siapa? Tiada nama cuma nombor sahaja yang tertera. Aku berdebar-debar. Haikal? Ya Allah hampir terlupa aku, setiap mesej yang ku terima aku buka. Tiga mesej selepas aku putuskan talian, dan tiga lagi pada jam 8.00 malam, dan mesej-mesej itu membuat aku terpana. Haikal di sini???

- Sayang... maafkn abg.
- Sayang .... nape x angkat call abg???
- Sayang….

- Salam sayang… abg kat UTM ni… syg kolej mane??

- Syg... nape tak on enset ni?? Abg tggu syg ni...

- Syg, abg depan blok syg ni....

Aku keluar dari bilik dan menjenguk keluar tingkap di bahagian depan arasku. Aku terlihat sebuah kereta honda wish di hadapan blok, dan terdapat seorang lelaki berpakaian kemeja bersandar dipintu kereta sambil membelek-belek telefonnya. Haikal?? Aku menghubunginya untuk kepastian.

” Abg kat mane?” ujarku sejurus talian disambung kepadanya, mata ini terus melihat ke arah lelaki tadi yang juga sedang menjawab panggilan. Aku pasti dia adalah Haikal.

” kat depan blok sayang la.. lama abg tunggu.” jawab Haikal penuh sopan, suara yang memujuk.

” kejap, 5 minit Zu turun.” jawabku terus matikan talian.

Tidak sampai lima minit aku sudahpun siap untuk bertemu dengannya. Gugup. Namun langkah ku teruskan. Dari jauh aku lihat dia tenang sahaja. Tetap bersandar di kereta. Setelah melihat kedatanganku dia tegak berdiri dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Senyuman yang bisa menggoda setiap wanita. Aku membalas senyumannya.

“Dah lama tunggu? Maaf...” suara ku setelah kami bertentang mata.
” lama juga.. tapi demi Zu seribu tahun pun abang sanggup..”jawabnya sambil tertawa kecil.

“nak tunggu sini sampai seribu tahun la? Zu naik bilik semula la kalau macam tu,” selorohku selepas mendengar jawapan darinya.

“ Eh.. jangan la.. tak kesiankan abang ke? Abang tak makan lagi tau…” ujar Haikal sambil memegang perutnya. Aku tersenyum dengan keletahnya.

“ Abang dah solat belum?”
“ Sudah.. dekat masjid UTM..” jawabnya seperti suatu kebanggaan baginya. Aku hanya mampu tersenyum.

“ abang tidur mana malam ni?” soalku seakan seorang isteri yang begitu mengambil berat. Aku tidak tahu soalan itu akan terkeluar dari bibirku. Ah... biarkan saja.. bicara hatiku.

“ Risau ke isteri abang ni…” soal Haikal sambil menarik tanganku ke dalam genggamannya.

“ Dah orang tu datang jauh-jauh nak jumpa kita takkan la tak nak ambil tahu kan..” jawabku sekadar menutup rasa malu di hati.

Tanganku digenggam erat.

“ Zu, teman abang malam ni? Boleh? ” kata-katanya membuat aku terpana. Yang keluar dari bibir ini hanya lah “kenapa?”

“Please sayang.. Only one night.. jauh abang datang ni..” jawabnya seakan-akan merengek. Aku mendiamkan diri mencari helah lain.

“ kalau sayang taknak, abang takkan berganjak dari sini. Biar sampai pengawal datang halau abang sekalipun abang takkan berganjak.” jawab haikal tekad.
Aku tidak dapat lari lagi kali ini. Aku mengalah.

“Okay, satu malam saja tau..” ujarku sambil menarik perlahan tangan yang digenggamnya sedari tadi.

“thanks..” jawabnya sambil membuka pintu kereta untukku. Aku masuk tanpa kata dan Haikal sedari tadi tersenyum gembira.

Aku sempat memaklumi Ayuni melalui khidmat pesanan ringkas(sms). Keretanya terus meluncur laju keluar dari kawasan universiti. Haikal agak cekap dengan kawasan sekitar sini. Daripada perbualan kami, dia sudah selalu datang memberikan ceramah untuk bengkel-bengkel atau seminar UTM yang memerlukan khidmatnya. Jadi dia tidak lagi kekok dengan kawasan di Johor. Lagi pula, salah sebuah cawangan syarikatnya ada di sekitar Johor.

Kami menikmati makan malam bersama di sebuah hotel terkemuka Johor Bahru. Aku hampir terlupa aku belum lagi makan malam, dari petang aku hanyut dibuai mimpi. Bila menu sudah digenggaman baru lah berbunyi perut ini minta diisi. Tak banyak yang di bualkan sepanjang kami menikmati makan malam Cuma bertanya khabar masing-masing dan keluarga. Haikal juga bertanyakan pelajaran aku di sini. Sedari dulu Haikal memang seorang yang mengambil berat akan pelajaran. Dari awal perkenalan kami, sering sahaja dia bertanyakan tentang pelajaranku dan banyak nasihat yang diberikannya. Apabila aku gagal dia yang berusaha menaikkan semangatku kembali. Dulu begitu indah, sehingga hati remajaku tercuit dengannya.

“ Kita check-in hotel ni je la kan, tak payah pergi jauh-jauh..” ujar Haikal setelah kami habis menjamu selera.
“ Kita? Tidur sini ke? ” jawabku penuh persoalan. Jangan main-main dia ni , takkan aku nak tidur sini dengan dia, soal hatiku.
“ habis sayang nak pergi mana malam-malam macam ni?”
“ suruh Zu habiskan malam ni dengan abang, ingat nak round Johor ke..” jawabku
“I’m tired honey… spent your night with me… actually there were lots of things that we have to discuss...” jawab Haikal serius.
“Tadi cakap lain, sekarang lain pula..” ujarku tidak suka dengan tindakannya.
“comel sayang abang ni… just spent your night with me, sayang takkan rasa rugi..” ujarnya sambil ketawa penuh makna. Aku tetap mencuka. Aku tak suka terlalu lama berada disampingnya. Aku rasa cinta. Aku rasa rindu. Aku takut dia tahu rasa cintaku padanya.

“Sayang tunggu sini, abang pergi check-in kejap.” Ujar Haikal lagi dan terus berlalu ke kaunter.

“2184.. ni dia bilik kita…” Haikal memecah keheningan antara kami. Aku masih serabut memikirkan aku akan bersama dengan dia satu malam. Satu malam bukannya singkat.. aduh… Tanpa di sedari dia menggenggam erat tanganku…

“Sayang tak suka ya abang buat macam ni?” soal Haikal setelah aku hanya mendiamkan diri sedari tadi. Aku tak menghiraukan pertanyaannya. Ku menghempaskan diri di katil yang empuk, ini kali pertama aku menyewa hotel Lima bintang. Patut lah lima bintang, banyak sungguh lampu-lampu yang terdapat dalam bilik ni. Seloroh hatiku, sekadar membuat resah yang bertapak sedari tadi. Tanpa sedari ia mengukir senyuman dibibir, Haikal menyedarinya.

“sayang ..senyum sorang-sorang.. ade ape..?” soal Haikal dan mula melabuhkan pembaringan di sebelahku.. Kerana tidak biasa dengan keadaan itu membuatkan aku terus bangun dari pembaringan. Haikal juga memberi reaksi sama apabila aku memberikan respon mendadak.
“kenapa?”soal Haikal. Soalan yang ada jawapan.
“tak biasa lah macam ni..”jawab ku spontan.
“thats why kita kena biasa kan.. Zu..” bisik Haikal perlahan..namun hinggap jua ditelinga.
”Kata penat tadi.. tido la..” ujar ku lalu berlalu ke tandas... Haikal hanya mampu memandang sepi..

Hampir berjam-jam lama nya aku menghabiskan masa di dalam bilik air. Aku cuba melarikan diri dari situasi yang kurang menyenangkan aku. ” Biarkan dia tido dulu..”bisik hati kecilku. Setelah aku merasakan keadaan sudah selamat, aku memberanikan diri melangkah keluar, gayaku seakan-akan melarikan diri daripada penjahat, apakan daya terpaksa. Sewaktu keluar daripada bilik air, haikal sudah pun tertidur di atas katil dengan pakaian yang belum di salin. Kasihan melihatnya, sampai bila dia akan bersabar dengan sikap aku? Aku hampiri tubuhnya yang terbaring lesu di atas katil. Tidur nyenyak seperti bayi kecil, ujar hatiku membuatkan aku tersenyum nipis. Aku duduk di sisinya, aku lihat wajahnya. Kelihatan wajah yang sangat kepenatan. Sempurna, wajahnya sempurna. Kacak. Aku tak nafikan. Suamiku sememangnya kacak, jika tidak masakan aku menyukai dia sangat aku belasan tahun. Ayuni juga pernah menyatakan yang sama. Kening yang lebat dan terlukis cantik menambahkan kekacakan Haikal. Wajah mulus. Berkulit putih. Berbeza dengan aku. Mungkin sebab itu juga aku selalu berasa rendah diri bila masa aku disampingnya. Aku memberanikan diri menyentuh rambutnya. Aku sayang. Makin sayang saat ini. Aku takut untuk kecewa buat kedua kalinya dengan dia. Aku lantas bangun daripada sisinya, saat ini hati ku merombak penuh perasaan. Belum sempat aku melangkah pergelangan tanganku dicapai Haikal dan dierntap membuatkan aku jatuh ke pembaringan betul-betul disebelahnya.
”tidur sebelah abang....”ujarnya perlahan. Tubuhku dipeluk erat. Aku tergamam dan tidak dapat mengeluarkan walau sepatah kata.

3 comments:

Cik Miza said...

maaf.. baru pertama kali jumpa blog u..tergoda baca cite ni... tp nak tegur skit.. ada ayat u tulis honda wish... actually bukan honda.. tp toyota wish...
harap xterasa ye

akubersamaCahya said...

^^ thank u
tak perasan, cite ni dh lama, n takde org perasan pun salah tu hehehe tq..

malunyaaaaaaa... =='

Anonymous said...

X pa akak. Saya x pernah taw jenis2 kereta yang baru2 ni. Kalau akak nak gebang pon saya percaya..hehe

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders