Monday, April 23, 2018

Mini Novel 2018 : Tuan Haji Esmael (THE) part 13


Part 13

            Hari ini hari rewang bagi kaum lelaki. Rewang potong daging dan menumis gulai. Kaum wanita kampung sudah berkumpul sejak sebelum raya lagi. Nur Annisa sudah dua hari berkampung di rumah ibu dengan abah atas keizinan Tuan Haji Esmael.

            “Awat muka lagu ni. Tak comei orang tengok isteri abang dok buat muka lagu ni.” Tegur Tuan Haji Esmael kepada Nur Annisa yang tiba-tiba melabuh duduk di sebelahnya. Tuan Haji Esmael masih sibuk memotong daging. Mujur sahaja duduknya agak jauh dengan yang lain, kalau tidak susah Nur Annisa mahu menempel.

            “Nisa meluat dok dengaq orang mengumpat Nisa. Berat bahu kanan ni ha.” Nur Annisa menyengetkan bahu kanannya. Tuan Haji Esmael ketawa kecil. Nur Annisa tak pernah tidak membuat dia ketawa.

            “Biaq pi lah. Depa memang suka mengata Annisa kan.”

            “Sat gi Nisa ikut abang balik naa. Tak mau tidoq sini, ibu asyik buat Nisa sakit hati ja. Sama macam, mak cik-mak cik yang dok potong bawang tu.” Nur Annisa mengerling ke arah sekumpulan wanita yang sejak dari tadi memandang ke arah mereka berdua.

            “Apa depa dok kata sampai merajuk lagu ni? Cuba cerita dekat abang, abang nak tau juga. Nak kena depa ni, kacau isteri abang.”

            “Depa kata Nisa ni kahwin express dengan abang sebab tak mau lepas abang. Lepas tu ada pula kata Nisa ni kahwin dan empat bulan tapi takkan tak mengandung lagi. Ada pula dok menambah kata kita ni gaduh sebab tu Nisa tidoq rumah ibu. Haa yang paling panassss depa kata Nisa yang plan dengan Omar bagi Nisa boleh kahwin dengan abang.” Nur Annisa mengadu. Tuan Haji Esmael menggeleng kepala laju.

            “Mujuq kita dah dengaq plan Nur Ain dengan Omar, kalau tak mau percaya juga abang yang Nisa yang plan. Yalah, abang kan handsome.” Tuan Haji Esmael bergurau. Nur Annisa cepat sahaja mencubit kecil pipi Tuan Haji Esmael.

            “Abang ni, Nisa sedih ni, sakit hati. Boleh dok buat lawak pula.” Nur Annisa memeluk tubuh. Muka masam mencuka.

            “Alalala…. Abang gurau saja sayang. Abang nak sayang senyum. Abang rindu sayang tau, takkan jumpa hari ini buat muka chom lagu ni.” Tuan Haji Esmael memujuk, Nur Annisa senyum sesaat sebelum kembali bermasam muka. Tuan Haji Esmael ketawa.

            “Tak ikhlas langsung. Biaqlah Nisa, payah orang kampung kita memang ada perasaan phd tu, abang pun tak tau nak buat lagu mana. Biaq depa kata kita bukan kita kata depa.”

            “Memanglah. Nisa sakit hati saja. Tak ada tempat nak luah, dekat abang jalah Nisa luahkan.”

            “Ya abang tau… abang dahaga, boleh tak Annisa ambik ayaq dekat abang. Ayaq suam.” Nur Annisa mengangguk, kemudian terus bangun dan melangkah ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dapur, ada Hanem dan beberapa orang saudara terdekat. Semua mereka mengerling tajam ke arah Nur Annisa.

            “Bila pula kenduri kamu Nisa?” Soal seorang daripada saudara yang ada. Nur Annisa yang sedang menuang air ke dalam cawan kalih sekilas.

            “InshaAllah, abang Aji kata nak buat hujung tahun. Tapi kenduri kesyukuran saja. Kalau jadi nanti abang Aji akan bagitau sendiri.” Ujar Nur Annisa dengan senyuman menguntum.

            “Tuan Haji mesti buat besar-besaran punya. Syok la hang Nisa, kahwin dengan Tuan Haji, masuk rumah cuci kaki saja. Semua dah serba lengkap.” Saudara yang lain mencelah. Nur Annisa sekadar tersenyum. Itu semua benar, takkan dia mahu menafikan sahaja.

            “Jangan dibawa sial dia sekali sudah, mahu lingkup Tuan Haji. Dari kaya terus papa kedana.” Nur Ain yang berada di anak tangga atas rumah mencelah. Menyindir Nur Annisa. Nur Annisa mahu membalas tetapi belum sempat berkata apa, Nur Ain sudah menjerit kesakitan akibat terjatuh dari tangga waktu mahu menuruni tangga.

            “Ya Allah, Hanem… Ain ni mengandung ka? Darah banyak ni…” Saudara yang ada bersuara penuh terkejut saat mahu membantu Nur Ain bangun, darah mengalir laju dari celah kangkang Nur Ain. Nur Ain mengaduh kesakitan, perut ditekan kuat. Hanem memandang dengan mata yang kabur dengan air mata. Di pintu dapur sudah penuh dengan mak cik-mak cik kampung yang merewang sambil membawang.

            “Tak guna punya anak!” Hanem menampar kuat muka Nur Ain. Nur Ain yang sudah sedia menahan kesakitan terus tidak sedarkan diri. Nur Annisa yang sedari memandang, kaku di tempatnya. Ya Allah, sebegini sahaja Engkau membuka satu rahsia yang ditutup lama tanpa perlu aku membukanya. Allah berikan ibu kekuatan menerima qada dan qadar Mu.

            Ambulans datang setengah jam kemudian. Nur Ain mengalami pendarahan yang agak teruk. Hanem sudah mengurungkan diri di dalam rumah. Sulaiman juga berada di dalam bilik, kedengaran seperti memujuk Hanem yang sedang teruk menangis.

            Nur Annisa dan adik-adik berdiri di luar pintu bilik ibu dan abah mereka. Tidak tahu menanti apa, cuma risau dengan keadaan ibu mereka. Teruk juga Hanem menangis meraung juga memaki hamun Nur Ain yang sedia lemah tidak berdaya.

            “Apa yang jadi sebenarnya?” Bisik Tuan Haji Esmael yang baru sahaja masuk ke rumah.

            “Allah balas apa yang dia dah buat dekat Nisa.” Laju sahaja Nur Annisa menjawab. Tuan Haji Esmael berdecit kecil.

            “Nur Annisa, tak baik cakap macam tu.” Tegur Tuan Haji Esmael sedikit tegas. Nur Annisa mengeluh lemah.

            “Mulanya ada sedara yang tanya Nisa, tak buat kenduri kahwin ke kita ni. Nisa habaqlah kata hujung tahun kalau jadi. Lepas tu kak Ain mencelah kata Nisa ni bawa sial dekat abang, katanya nanti-nanti sial Nisa akan buat abang papa kedana. Bila dia turun tangga entah macam mana dia boleh jatuh. Bila orang tolong dia bangun, darah dah penuh mengalir. Entah-entah sial yang dia kata tu kena kat dia.” Nur Annisa menceritakan tentang apa yang berlaku kepada Tuan Haji Esmael. Tidak semena-mena Hanem keluar dari bilik dan terus menampar kepala Nur Annisa.

            “Memang sial hang buat rosak habih satu keluarga. Sebab sial hang kak Ain hang pula kena bala! Dasar anak sial!” Hanem menempik. Orang-orang di luar mula menjengah pandang ke dalam. Hanem mahu menunjal lagi kepada Nur Annisa namun, Tuan Haji Esmael laju sahaja menghalang.

            “Mak cik Hanem! Jangan pernah nak hina dan sakitkan isteri saya lagi. Sekali lagi saya ingatkan, Nur Annisa isteri saya jadi jangan sesekali berani nak naik tangan dekat dia.”

            “Hang pun akan kena tempias sial dia ni. Hari tu hang dah rasa, nanti hang akan rasa lagi. Lepas tu hang sendiri akan bunuh perempuan sial ni!” Hanem masih memaki hamun Nur Annisa.

            “Perempuan sial yang mak cik Hanem kata ni, anak yang keluaq dari rahim mak cik Hanem sendiri. Jadi, sekarang mak cik habaq dekat saya dari mana sial Nur Annisa ni mai? Dari mana?” Nur Annisa sudah terdiam dengan air mata di belakang Tuan Haji Esmael. Hanem terdiam. Sulaiman meraup wajah.

            “Kalau mak cik Hanem dengan Cik Man kata Nur Annisa ni sial, dari mana sial tu datang kalau tak benih mak cik Hanem dengan Cik Man sendiri. Jadi sekarang ni, siapa yang sebenaqnya sial?” Pedih dan tajam sahaja Tuan Haji Esmael membidas. Adik-adik Nur Annisa sudah menangis memandang apa yang sedang berlaku di depan mata mereka.

            “Sudahlah Tuan Haji… sabaq banyak-banyak. Bawa Nur Annisa masuk bilik. Biaq saya cakap dengan Hanem dan Sulaiman. Sabaq.” Imam Ahmad laju menerpa saat mendengar suara kuat Tuan Haji Esmael. Tiada siapa pernah melihat sisi lain Tuan Haji Esmael yang ini. Hari ini semua terkejut besar, kecut habis gerangan yang suka membawa mulut tentang Nur Annisa.

            “Tak payah Imam. Ameena nak bagitau satu hal besaq yang lama Ameena simpan sorang. Ameena tak tahan dah tengok ibu asyik maki Nisa, abah pula macam patung bela ibu. Dari kecik kami dok dengaq ibu maki Nisa kata Nisa sial. Si sial ni lah yang banyak tolong ibu dengan abah, banyak bangga depa tapi satu apa pun ibu dengan abah tak pandang. Tapi kak Ain, depa pandang tinggi melangit. Sampai zina dia dok buat, ibu dengan abah tutup mata!” Nur Ameena menempelak. Cukup sudah dia menahan sabar selama ini, hari ini dia mahu membongkar segala-galanya.

            “Nisa ni dari mula dia reja, setiap sen hasil titik peluh dia, dia bagi dekat ibu dengan abah buat belanja dan tanggung adik-adik sekolah. Ibu dengan abah tau dak? Tak tau sebab apa, sebab kak Ain kata duit tu dia punya, dia yang reja. Nisa setiap kali ada duit dia akan pos atas nama kak Ain sebab dia percaya kak Ain baik dan jujur. Rupanya tak. Ain yang ibu dengan abah sangka pi reja dekat pekan tu, memang dia reja. Reja juai badan!” Kenyataan yang mengejutkan seisi keluarga.

            “Kamu biaq betui Meena, jangan dok tabuq fitnah.” Sulaiman berang. Nur Ameena tersenyum sinis. Masih abah mahu membela?

            “Kalau abah tak percaya, pi tanya Omar dalam penjara tu, dia pelanggan setia kak Ain. Abah pi pekan, abah tanya saja sapa-sapa, kenai dak perempuan nama Munirah. Tu nama yang kak Ain guna buat reja tak senonoh dia. Meena dah tau lama, tapi Meena taka da bukti. Hari ni Meena ada bukti sebab tu Meena berani.” Nur Ameena mengeluarkan beberapa keping gambar dan terus dihulurkan kepada Hanem dan Sulaiman.

            “Tengoklah anak kesayangan ibu dan abah. Anak yang dibangga-bangga sampai kami yang lain asyik kena hina. Nisa paling kesian, ibu dengan abah pukui dia tanpa ada belas.” Hanem menekup mulutnya, tangannya menggeletar melihat gambar-gambar di depannya. Sulaiman sudah jatuh terjelepok di lantai rumah.

            “Hal Nisa dekat kampung ni, siapa lagi yang selalu bawa mulut kalau bukan Kak Ain dengan Omar. Ibu sendiri tahu tapi ibu seakan iakan sahaja apa yang kak Ain buat. Meena syukur saat Tuan Haji kahwin dengan Nisa. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang sayangkan Nisa. Nak harap ibu dengan abah? Entahlah.”

            “Hari ni biaq satu kampung tau siapa Nur Ain. Biaq ibu dengan abah rasa apa yang Nisa rasa. Meena minta maaf kalau Meena kurang ajaq, tapi Meena minta ibu dengan abah, cukup-cukuplah dengan sial tu. Mana ada Allah lahirkan manusia dengan sial, melainkan dia sendiri menjadikan dirinya sial.” Nur Ameena terus melangkah ke biliknya. Biarlah apa sahaja yang hendak terjadi, biarlah esok majlis penting bagi dia. Nur Ameena perlu membongkarkan semua yang tersembunyi selama ini. Dia tidak tahan melihat dan mendengar makian ibu kepada Nur Annisa yang langsung tiada perhentian. Puas, Nur Ameena puas setelah rahsia yang disimpan selama ini dibuka.

            “Saya bawa Annisa balik rumah dulu. Malam nanti kami datang lagi.” Tuan Haji Esmael memeluk bahu Nur Annisa yang sejak dari tadi berendam air mata, melangkah keluar dari rumah. Adik-adik yang lain turut menghilangkan diri ke dalam bilik masing-masing.

            “Sudahlah Hanem, Sulaiman. Semua ini ujian kamu berdua. Sabar dan buat solat sunat. InshaAllah, semua akan baik-baik sahaja.” Imam Ahmad kemudian memberikan nasihatnya.

            “Malu besaq kami imam. Malu besaq.”

            “Anggap sahaja ini kafarah dosa kamu berdua. Biaq malu dekat sini, bukan dekat sana.” Imam Ahmad menambah. Sulaiman menekup mukanya.

            “Lagi satu, saya nak ingatkan, dalam Islam tiada istilah sial. Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda yang bermaksud… tiada sial atau majal dalam Islam. Syirik bila kamu berdua percaya malah menuduh Nur Annisa budak sial atau anak sial. Syirik, boleh rosak iman kamu. Dari dulu lagi saya dah bagitahu, tapi sikit pun kamu berdua tak dengar. Saya ingat bila lama-lama nanti kamu berdua akan berubah tapi tak, semakin teruk. Solat taubat, minta petunjuk Allah. Minta maaf kepada Nur Annisa, biar pun dia anak, dia sekali pun tak pernah derhaka dengan kamu berdua.” Imam Ahmad kemudian keluar meninggalkan Hanem dan Sulaiman yang masih menangis ujian yang menimpa mereka secara tidak dijangka. ‘Kafarah dosa…’ kata-kata it uterus terngiang-ngiang di telinga mereka berdua.


to be continue ... 
soon... 

KOMEN DULU, SIAPA SEBENAQNYA NUR AIN?
APA YANG NUR AMEENA NAK HABAQ KAT NISA MASA PART 12 RITU.. TEKA-TEKA.

9 comments:

Farah Hasan said...
This comment has been removed by the author.
aTie said...

Eeee, Asal Nur Ain buat Camtu... Nasib Ada Nur Ameena...

Anonymous said...

Tidak Allah jadikan manusia tu sial kecuali manusia itu yang memilih untuk jadi sial.
Abang aji dah hilang sabar... bagus-bagus abang aji jangan biarkan orang pijak kepala kita...

Kak min

Aya Damia said...

Terbaik arrr tuan haji 👍👍

noor huda hasanah said...

Ya Allah kesian nisa..tak sabaq nk tggu next chapter...

Anonymous said...

Bukan ka hari tu abc cakap, kalau boleh post, nanti nak post sampai habis? Ni tak habis ponnn. Tergantung lagi cerita nii

Anonymous said...

Betul. Abc cakap nak post sampai part akhir. Tapi...

Azzna Mus said...

Cayalah tuan aji....baru depa nak tutup mulut....idak ada je cite yg nak dijaja...baru depa tau sapa tuan aji....sarang tebuan jgn dijolok.... :-D

Khairun Najwa said...

Nur Ain sebenarnya tgh cari pak sanggup untuk anak dia? hehehe #doneteka