Thursday, February 16, 2012

Cerpen : Hatimu sedingin salju.

Alhamdulillah.
dah tengah hari.
16hb Februari 2012

abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan?

baca dan komen yek!

+++++++++++++++


Setelah dua kali aku bermimpi aku berkahwin, aku tekad membuat solat hajat serta solat istikharah. Aku cuba mencari maksud mimpiku itu, namun pelbagai tafsiran di internet membuatkan aku makin keliru dan resah. Ada yang kata dimurahkan rezeki ada yang kata akan sibuk dan ada juga yang kata ajal makin hampir, astagfirullah! Itu yang aku takutkan. Belum cukup amalan untuk aku bawa. Allah, panjangkan umurku. 

Sudah seminggu hal itu berlalu, hari ini, sebaik pulang daripada mengajar, penuh kereta diperkarangan rumah. Mak buat kenduri ke? Debaran dihati terjawab, benar telahan ‘gatal’ aku waktu dalam kereta, orang datang meminang!

“Dah ada kata putus?” Suara mak mengejutkan aku yang sedang menelek cincin belah rotan itu. Aku hanya tersenyum memandang ibu.

“Dah, tapi mak macam mana? Okay ke?” Mak menarik tanganku dan menggosok perlahan dan penuh kasih sayang.

“Mak dah lama tunggu masa ni. Semua adik beradik atas Aishah semua dah kahwin, Aishah aje belum. Dah 30 tahun umur kamu, dah sesuai dan patut.” Aku tersengih malu. Terlupa usianya dah mengjangkau 30 tahun bulan lalu.

“Lupa.” Ujarku. Mak menarik hidungku.

“Tu lah kerja aje. Tak pikir masa depan.” Aku menjuih bibir. Bukan tak fikir, tak ada calon. 

“Cakap-cakap jugak, setuju tak?” Mak menyoal lagi, dengan malu-malu aku mengangguk perlahan. Mak mengucap syukur, dan menyarung cincin belah rotan itu ke jari manisku. Aku membelek jariku yang tersarung cantik dengan cincin tanda itu. Mak mula melangkah keluar dari bilikku.

“Eh, mak…” 

“Apa lagi Aishah?” Mak berkerut dahi melihat aku tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Gambar bakal suami Aishah takde?” Mak ketawa kecil, aku pula berkerut dahi.

“Kamu ni Aishah, hari tu dia datang sekali kan? Tak tengok ke?” Mak masih dengan sisa tawanya.

“Ada ke? Tak perasan la Mak, yang mana?” Mak menggeleng perlahan melihat aku yang tergaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Yang duduk dekat dengan pintu tu, yang tengok kamu tak kelip tu?” aku ternganga.

“Yang gelap tu eh Mak?” Mak bantai gelak besar.

“ Dah setuju kan, ye lah gelap sikit, tapi badan besar tu…” Mak mengusikku lagi. Aku mencebik lagi. Tak payah gambar pun dah cam. Serius, tak senyum. Macam terpaksa kahwin aje. Tapi tak nafi memang ‘tough’! I loike!
………………………………………

Majlis berjalan seperti yang aku inginkan. Disebabkan faktor usia, aku tidak mahu bertunang, terus sahaja akad nikah. Kenduri pun hanya kenduri kesyukuran dan doa selamat. Mak bantah juga, abah? Ikut aku aje. Adik beradik semua tak kisah. Mak kata biar meriah, sekali seumur hidup. Tapi aku tak mahu, yang penting nikah kan? Pihak lelaki pun setuju dengan rancangan aku. Alhamdulillah, sekali lafaz, aku kini sah menjadi isteri kepada Muhd Firdaus bin Harun.

Upacara pembatalan air sembahyang yang paling aku berdebar. Waktu itu, saat itu adalah pertama kali kami bertentang mata. Dalam tempoh persediaan majlis iaitu 3 bulan, kami tidak pernah berbual, apatah lagi bertemu. Mak dan ibu dia yang jadi perantaraan. Mak selalu membebel, tapi aku pulak pandai bagi alasan dan mengugut jugak, ugut tak jadi kahwin. Biasalah segan dan takut nak bercakap dengan stranger!

“Aishah duduk sana, jaga diri. Nanti abah uruskan pertukaran sekolah Aishah.” Mak mula bersuara, saat itu aku dan suami sudah siap untuk pulang ke kampungnya. Selepas ini, aku akan jadi salah seorang penduduk Kampung Tempoyak, Kuala Nerang. Aku tau tempat tu, jauh di pelosok utara Kedah! Tapi aku suka kampung, pelajar-pelajar dia mesti baik dan tekun. Aku dah biasa buat latihan mengajar di kawasan kampung. Akhirnya impian nak mengajar anak-anak kampung tercapai. Yeah!

“Aishah tau mak. Mak dan abah halalkan makan minum Aishah ye, sepanjang mak abah jaga Aishah.” Aku sudah menahan air mata dari mengalir. Mak memelukku erat. Tangan abah aku salami, begitu juga dengan Firdaus dan kemudian kami memulakan perjalanan yang hanya mengambil masa 4 jam. Iye lah, aku tinggal di Tanjung Malim, Firdaus Kuala Nerang, tak jauh pun! 

Sepanjang perjalanan, kami berdua hanya ditemani suara DJ radio. Dia senyap aku lagi la senyap. Walaupun aku seorang cikgu, tapi aku memang pendiam, tambah pula dengan seseorang yang baru aku kenali. Keadaan yang sepi ini seperti malam-malam sepanjang di rumahku. Waktu dengan abah dan mak serta adik-adik, dengar juga suara dia, tapi dengan aku sepi. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Kenapa? Aku  tak tahu dan tak paham!

“Awak kena kahwin paksa ke dengan saya?” Aku mula bersuara. Firdaus mengelingku disebelah sekejap.

“Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?” Suara garaunya membuat hatiku berdegup laju. Sungguh macho!

“Awak macam tak suka dengan saya. Sebab tu saya tanya macam tu.” Firdaus hanya berdiam diri. Jawab tidak, marah tidak, semua tidak. Aku mengeluh kecil. Radio aku kuatkan volumenya dan kemudian aku terus memejam mata. Tidur lagi seronok daripada senyap macam orang bisu!

Kereta yang terasa terhenti membuatkan aku terjaga daripada lena. Bunyi pintu kereta ditutup membuatkan aku terus membetulkan duduk. Sudah sampai. Aku betulkan tudungku yang senget, kemudian barulah aku keluar daripada kereta. Di tangga rumah, kelihatan ibu sudah menunggu. Ayahnya sudah 10 tahun meninggal dunia. Ibu tinggal sendiri dengan Firdaus. Dari usia 18 tahun Firdaus sudah bekerja, kerja kampung, menoreh getah, usahakan sawah, bela ayam ternak lembu kambing dan macam-macam lagi. Sebabkan perkerjaan dia tu, adik beradik semua menyoal aku banyak dan berulang kali. Abah terutamanya.

“Aishah betul terima?” Abah menyoal lagi. Kali ini waktu kami semua sedang menonton televisyen. Tadi masa berkebun depan rumah abah dah tanya. Aku berkerut dahi.

“Betullah abah, Aishah kira, dah 10 kali abah tanya, mak 9 kali along angah ateh, semua lah, asyik tanya soalan sama. Aishah terima Firdaus tu. Sepenuh hati. insyaAllah. Kenapa?” Aku menjawab penuh keyakinan.

“Aishah tahukan, dia kerja kampung, belajar takat SPM aje. Aishah ada master. Ingat tu. Sebab tu kami semua tanya, tak nak di masa depan ada masalah sebab hal ni.” Aku tersenyum dan menggeleng perlahan.

“Aishah belajar tinggi sebab suka belajar. Bukan sebab nak bezakan diri Aishah dengan orang lain. insyaAllah. Selagi dia bernama suami, tunai kewajipan sebagai suami yang baik, Aishah akan hormatkan dia. Doakan Aishah ye.” Aku memandang semua ahli keluargaku yang ada, mohon agar semua mendoakanku. Mak memelukku erat.
………………………

Semua beg pakaian aku telah siap diangkat oleh Firdaus. Ibu yang ditangga aku hampiri dan salami penuh hormat. Dahiku dikucup penuh kasih sayang. 

“Penat Aishah?” Firdaus yang berada dibelakangku terus sahaja memotong jawapanku.

“Tak penat lagi, berdengkuq sepanjang perjalanan bu.” Ibu mencubit lengan Firdaus sehingga dia mengaduh sendiri. Aku mencebik. 

“Tidur la, dah diam aje.” Aku merungut, ibu ketawa melihat kami berdua.

“Biaqkan dia Aishah, dia memang diam sikit. Tapi kalau dah lama-lama, banyak mulut jugak.” Aku hanya tersenyum mendengar kata ibu. Firdaus hanya menjeling tak puas hati.

Kami sampai pada jam 3.00 petang, ibu telah siapkan makan tengah hari. Selesai aku mandi dan solat, aku menelefon mak dan abah, untuk memberitahu bahawa aku telah selamat sampai di rumah Firdaus. Selepas itu, aku keluar ke dapur. Dari luar bilik, sudah kedengaran suara Ibu dan Firdaus berbual-bual. Boleh pulak bercakap, dengan aku bisu aje.

“Ha… Aishah, mari kita makan sama-sama ye. Ibu masak ikan keli sambai. Mak habaq Aishah suka?” Aku mengangguk dan terus duduk di kerusi berhadapan dengan Firdaus. Firdaus tika itu sudah diam tidak bersuara. Bisu balik!

“Suka, kalau ibu masak mesti Aishah lagi suka.” Aku cuba mengambil hati ibu mertuaku. Baru seminggu kan. Mesti tunjuk baik sikit. Firdaus mencebik.

Sepanjang waktu makan, hanya bunyi pinggan sahaja, sepi. Aku perasaan ibu memandangku dan Firdaus. Sepi. Tidak keluar sepatah pun. 

            “Nah, makan ulam ni Aishah, elok untuk kesihatan.” Ibu meletakkan ulam berbuas ke dalam pingganku. Alamak!

            “Aishah tak makan ulam daun-daun ibu. Maaf.” Ibu mengangguk faham, tapi Firdaus tak. Dia mengambil daun berbuas lagi banyak dan terus meletakkan ke dalam pingganku, kemudian terus mencedok sambal belacan ke atas ulam. Aku memandangnya dengan pandangan terkejut.

            “Dah kahwin dengan saya, duduk rumah ni, kena makan semua, tak boleh pilih.” Ibu menggeleng kepala. Aku menggenggam tangan di bawah meja. Geram! Takkan nak buang pulak? Apa kata ibu. Aku hanya mengangguk dan terus menjamah sedikit demi sedikit. Hampir terkeluar air mata menahan pahit dan pelik rasa ulam berbuas. Aku betul tak makan, bukan mengada-ngada. Ulam yang aku makan macam timun, jantung pisang, kacang kelisa, itu aje. Yang daun-daun hijau memang tak!

            “Toksah makan Aishah, nak termuntah ja muka tu ibu nampak. Nak seksa bini kau ni kenapa Daus?!” Ibu menyelamatkanku, di ambil semua ulam yang berbaki. Firdaus yang selesai makan, terus sahaja bangun dan ke sinki membasuh tangan dan pinggang makannya.

            “Belajaq la makan, bukan mati pun kan.” Firdaus menyindir lagi. Kenapa dia macam tak suka aku? Aku memandangnya sepi.

            “Sabaqlah Aishah, Daus memang lagu tu. Angin tak kira masa, tapi dia baik. Ibu kenai dia.” Aku meneguk air perlahan dan mengangguk faham.

………………………..

            “Air kat kampung ni ada masalah sikit Aishah, bilik ayaq takdak air. Aishah nak amik wuduk boleh pi kat bilik ayaq kat luaq tu, ada perigi.” Ibu memberitahuku sewaktu aku mahu mandi malam itu. Waktu maghrib dah masuk, petang tadi seronok sangat ikut ibu pergi bendang, sampai terlupa nak mandi awal.

            Aku menjenguk keluar rumah dari pintu dapur. Gelap gelita! Aku menelan air liur, terasa keras pulak. Aku pandang ibu yang sedang memasak.

            “Gelap la bu…” Aku mengadu.

            “Takut?” Ibu menyoalku. Aku mengangguk perlahan dengan riak muka mintak belas.

            “Firdaus….” Ibu melaung panggil Firdaus. Alamak! Mesti kena bahan. Terdengar derap kaki Firdaus di atas rumah.

            “Suruh Daus temankan ye.” Aku tak tahu nak kata apa.

            “Awat ibu?” Soal Firdaus memandang aku dan ibu yang berada di pintu dapur tika itu.

            “Teman Aishah, dia nak mandi, luaq tu gelap.” Firdaus memandangku tajam. Dia mengambil pelita yang terletak elok di para di dapur dan nyalakannya.

            “Jom.” Ujarnya sepatah sebaik menyarung selipar. Aku hanya membontoti langkahnya. Sampai dia depan pintu bilik air tu, dia berhenti. Dia memandangku dan aku pandang dia kembali.

            “Kenapa?” Soalku.

            “Kenapa apa? Awak yang nak mandi, masuk lah. Takkan nak teman sampai dalam.” Aku termalu sendiri. Tapi gelap?

            “Nah ni…” Firdaus memberikan pelita itu kepadaku, setelah melihat aku terjenguk-jenguk ke dalam bilik air itu setelah menolak daun pintunya.

            “Awak tunggu sini tau.” Aku menunjukkan tempat kami berdiri sambil berpesan, takut dia masuk ke dalam rumah. Seram weh!

            “Iye, cepatlah, lama sangat nanti saya tinggal.” Firdaus memberi arahan dan ugutan!

            “Tunggu tau…” Aku pesan lagi dan terus melangkah masuk. Air perigi betul-betul menguji diriku. Dah lama tak rasa, dulu masa Tok Abah ada selalu jugak balik kampung mandi perigi tapi perigi dalam rumah, tak takut macam ni. Selesai membasahkan diri, aku mencari-cari sabun untuk membersihkan badan. Tapi…

            “Ahhhhhh……” Aku terjerit sendiri, setelah terpicit katak yang aku sangka sabun. Terus sahaja ketakutan menjerat diriku. Aku menangis teresak-esak. Pintu bilik air diketuk oleh Firdaus dari luar.

            “Aishah, kenapa?” Firdaus mengetuk kuat pintu itu setelah mendengar tangisanku. Perlahan-lahan aku membuka selak pintu, Firdaus terus sahaja menolak pintu itu laju setelah mendengar selak itu dibuka.

            “Awak….” Aku menangis lagi, tanganku aku tunjuk ke arah katak yang sebesar tapak tanganku. Firdaus mengambil pelita dan menyuluh ke arah yang aku tunjukkan. Beberapa ketika dia kembali ke arahku yang masih berdiri di pintu bilik air. Aku masih teresak-esak menangis.

            “Sebab katak aje menangis?” Firdaus bersuara kasar.

            “Saya ingat sabun.” Aku kembali teresak.

            “Mengada tau tak!” Terus sahaja Firdaus meninggalkan aku di situ. Aku ambil tuala dan membalut tubuhku yang masih berkemban kain batik. Aku terus melangkah laju ke dalam rumah. Ibu sudah di pintu dapur, bertanya pelbagai macam soalan. Aku hanya menggeleng dengan air mata dan terus masuk ke dalam bilik air dalam rumah untuk menyalin pakaian. Sampai hati Firdaus!

            “Bini kamu tak makan Daus?” Ibu menyoal Firdaus yang sedang menjamah makanan.

            “Tidoq dah kut.” Ibu menggeleng perlahan, makin pelik perangai Firdaus.

            “Kamu marahkan ibu?” Ibu menyoal lagi. Firdaus berhenti menyuap nasi dan memandang ibunya.

            “Awat nak marah ibu pulak?” 

            “Sebab ibu yang pilih Aishah dan paksa kamu kahwin dengan dia.” Firdaus meneguk air perlahan. Memang dia mahu marah tapi itu ibu. Pilihan ibu pasti terbaik buat dia.

            “Takdak lah, awat?”

            “Kamu macam tak suka Aishah ja.”

            “Dak aih…”

            “Dah tu, awat layan dia lagu tu?” Firdaus mengeluh lemah.

            “Layan lagu mana, biasa ja.” Ibu yang sudah siap makan, bangun dari kerusi dan terus ke sinki membasuh tangan.

            “Cenge... garang tak kena tempat. Selalu dak pun.” Firdaus meneguk air sekali lagi. Bukan sengaja, cuma terasa!

            “Pi kejut dia makan, dok biaq dia tak makan pulak, kalau mak dia tau kata apa pulak satgi?” Ibu bersuara lagi, kali ini lebih tegas. Firdaus hanya menurut kata.

…………..

            Firdaus menolak daun pintu biliknya. Aishah dilihat terbaring lena di atas katil. Selangkah demi selangkah dia menghampiri Aishah, lalu duduk di sisi Aishah yang sedang nyenyak lena. Dengkuran halus menyapa telinganya. Firdaus tersenyum. Siapa tidak bangga, dapat isteri cantik, manis bertudung, baik dan lemah lembut serta berpendidikan. Tapi kalau diukur dengan dia, terlalu besar bezanya. Sudah diaju pada ibu soal kufu. Ibu kata keluarga dia akan terima, yakin sangat. Tapi betul, tiga hari selepas hari peminangan terus sahaja dapat kata putus. Tidak ditolak malah diterima baik. Kenapa? Sudinya dia menerima lelaki seperti aku? 

            “Tak kejutkan lagi pasaipa?” Ibu terus sahaja menyoal setelah melihat Firdaus keluar sendirian daripada biliknya.

            “Dah lena sangat dah bu, biaq dia lena ja la. Satgi lapaq dia bangun la kut.” Ibu mengangguk sahaja. Jauh dilubuk hati ibu, ada rasa terkilan dengan layanan Firdaus terhadapku.

……………….

            Kesejukan terasa hingga ke tulang! Penangan hidup di kampung. Segar setiap pagi. Seawal jam 5.00 pagi Firdaus sudah bangun, kemudian dengar suara ibu. Rumah sudah terang benderang. Mujur aku mengajar sebelah pagi, jadinya sudah biasa bangun seawal ini, tapi kadang-kadang lewat jugak. Setelah melihat Firdaus yang sudah siap mandi masuk ke bilik, terus sahaja aku bangun dan mengemas katil. Tuala aku ambil dan terus melangkah keluar. Tiada sapaan pagi, aku masih terkilan!

            “Pelita mana ibu?” Soalku pada ibu yang baru masuk ke dalam rumah. Ibu memandangku sambil tersenyum.

            “Ibu dah letak dalam sana dah. Nak Daus teman tak? Gelap lagi tu.” 

            “Takpe la bu, Aishah pergi sendiri.” Ibu hanya mengangguk. Aku yang mula melangkah, sudah terkumat-kamit membaca doa termasuklah doa supaya katak semalam tak ada lagi!

            Selepas satu curahan, aku berhenti dan berdiri memeluk tubuh. Sejuk! Dengan hembusan angin pagi… terasa lutut aku terketar-ketar. Kalau dekat rumah, ada water heater, takkan pernah rasa, lutut ketar lebih laju daripada bibir! Aku rasa dah sejam aku mandi, ye lah masa nak panaskan diri pun lama.

            “Aishah, awak mandi ke berendam dalam perigi” terkejut aku dengan suaranya yang tiba-tiba. Aku mengurut dada. Sudahlah tengah berwaspada, tiba-tiba datang tak bersalam, buat aku cuak aje!

            “Se…juk…” Aku yang mahu menjawab, terkeluar suara ketar-ketar.

            “Biasa-biasakanlah, sini tak macam rumah awak.” Aku terdiam. Perli dan menyindir. Tak pernah terlintas pun aku nak minta air panas atau suruh dia pasang water heater, tak pernah! Derap kakinya kedengaran berlalu. Aku timba air lagi, dan aku curah ke badan, curahan ini tak terasa sejuk sebab bercampur air mata. Aku terkilan!

            “Sejuk Aishah?” Soal ibu sewaktu aku melangkah masuk ke rumah.

            “Sejuk sampai terketar lutut. Tapi best!” Ujarku. Ibu sedang sibuk memasak di dapur.

            “Awal ibu masak?” Baru hampir pukul 6, takkan seawal ni sudah sarapan?

            “Biasalah, bekai untuk Daus, dia nak pi motong.” Barulah aku faham. Jadi lepas ni, aku kena masak awal jugak? Untuk dia? Erm… mujur ibu ada, terkekek aku dalam hati. Main-main!

            “Aishah pergi solat dulu, karang Aishah tolong ibu ye.” Terus aku melangkah laju masuk ke bilik. Firdaus baru sahaja melipatkan kembali sejadah, baru selesai solat, getus hatiku. Rambut aku keringkan beberapa saat dengan tuala dan kemudian aku sangkut tuala dipenyangkut yang ada. Sejadah aku bentang, dan telekung aku pakai. Sejuk dan dingin, selesa untuk mengadap DIA. Firdaus, aku tahu dia memerhati, namun aku biarkan. 

…………………

            Petang nanti ibu mengajak aku ke bendang lagi. Kali ini cari ikan. Ibu kata petang nanti orang akan lau padi, jadi selepas itu ikan akan banyak, boleh tangkap dengan tangan. Aku teruja. Teringat zaman kanak-kanak, Mak dan Abah tak bagi aku turun ke bendang, banyak lintah katanya, aku ni darah rendah, abah kata cepat lemah!

            “Banyak lintah tak ibu?” Soalku bila melihat ibu dan Firdaus serta beberapa anak kampung sudahpun berada dalam bendang. Ibu hanya ketawa, Firdaus tak, dia sentiasa bermuka serius.

            “Takdak aih. Mai la masuk dalam ni.” Ibu mengajak lagi. Aku cukup dewasa, aku tahu ada kemungkinan yang besar untuk lintah makan darahku.

            “Biaq dia ibu, mana dia lalu nak celup kaki dia kat dalam selut lagu ni.” Firdaus menyindir lagi. Aku mengetap bibir, sabarlah duhai hati! Aku hanya memerhati, tak berani ambil risiko, kalau abah tau nanti mesti kena piat telinga. Tak nak! Aku menekup telingan kanan, terasa pulak seperti abah akan piat! Berangan sendiri.

            “Abang Dausss… tolong..” Suara perempuan itu menampar gegendang telingaku. Aku pusing ke kanan. Laju Firdaus berlari dalam selut bendang itu ke arah perempuan yang memanggilnya. Perempuan itu mengangkat-angkat tangannya kepada Firdaus.

            “Ala Rose ni, pacat je pun…” Firdaus ketawa, begitu juga perempuan yang kelihatan tadi hampir menangis. Mereka tampak mesra.

            “Hai Rose sejak bila hang takut pacat lintah ni. Heran aku.” Ibu bersuara tapi dengarnya macam menyindir. Aku hanya memerhati, tak faham situasi. Perempuan bernama Rose itu menarik muka masam dengan kata-kata ibu, terus sahaja dia berlalu keluar daripada bendang.

            “Ibu ni…” Firdaus bersuara. Entahlah, macam ada cerita, tapi aku tak faham. Gatal-gatal di jari kaki membuatkan aku tergaru-garu tapi… SubhanaAllah! Benda apa panjang nih? Macam anak ular tapi sakitnya!

            “Ibu….!!!” Aku terjerit kecil. Ibu memandang, Firdaus juga.

            “Ada benda gigit jari Aishah…” Aku menahan sakit dan menahan geli melihat makhluk Allah itu. 

            “Sat ibu naik…” Ibu yang mahu melangkah di tahan Firdaus.

            “Eh, ibu, biaq kat dia. Kena la biasa kalau nak dok kampung.” Aku hanya menahan air mata. Sakit, perit digigit, dan sakit diperli.

            “Takpa ibu, dah takde dah. Aishah balik rumah dulu.” Terus aku berlari pulang dengan benda tu yang masih setia menghisap darahku. 

………………

            “Aishah, Aishah…” Laungan ibu kedengaran. Tapi aku masih dalam proses membuang benda kecil dan panjang itu. Makin aku tarik, makin sakit jariku, darah sudah mengalir keluar. Aku hanya mampu menangis!

            “Aishah… kamu kat dalam ka?” Ibu mengetuk pintu bilik air. Aku menekup mulutku agar tangisanku tidak kedengaran. Aku cuba kawal senduku, ibu masih memanggil dan mengetuk pintu. 

            “Ai…Aishah cuci kaki bu…” Aku menjawab setelah sendu berjaya aku kawal.

            “Oh… risau ibu, dok panggil Aishah tak jawab. Takpa na…” Setelah derap kaki ibu sudah tidak kedengaran, aku kembali berusaha membuang benda yang masih melekat di jari kakiku. Ranting kayu yang aku sempat ambil di bendang, aku gunakan untuk menolak benda tersebut. Nak menarik guna tangan, geli! Aku menolak benda itu, namun dia terlekat kuat. Aku cuba lagi, kali ini terasa perit sedikit, mungkin jariku sudah terluka, hingga beberapa cubaan barulah benda itu jatuh, terus sahaja aku tumbuk lumat dengan batu. Nak termuntah tapi bila bermain air mata semuanya jadi kepuasan. Darah mengalir lagi banyak, kepala aku sudah berpusing-pusing.

            “Aishah… awat pucat lesi ni?” Belum sempat menjawab aku sudah terjelopok jatuh. Duniaku kelam. Ibu terkejut, tidak sempat mahu menahan aku dari jatuh. Terus dijeritkan nama Firdaus. Selepas itu aku tidak tahu apa yang jadi.

            “Tu la kamu Daus. Baru tiga hari ja dia dok dengan kita, dah jadi macam-macam. Kalau hang tak suka hantaq dia balik. Ibu sanggup tahan muka malu dari seksa anak orang lagu ni.” Ibu sudah berlinang air mata. Firdaus hanya duduk diam di atas kerusi rotan.

            “Nak hantaq balik pasaipa pulak. Bini Daus tu.” Firdaus menjawab.

            “Ha.. menjawab! Tau pun bini. Yang pi layan lagu orang asing pasaipa? Dok perli dia setiap hari. Ingat ibu pekak? Tak dengaq kamu dok sindiaq dia?” Ibu sudah bersuara keras. Firdaus hanya mengeluh lemah. Dia terkejut bila melihat Aishah kaku dilantai petang tadi. Terkejut lagi melihat kaki Aishah yang berdarah. Terus diangkat Aishah ke bilik. 

            “Ibu, Daus cuma nak dia biasa dengan cara hidup kita, tu ja.” Ibu mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.

            “Awat? Dia ada mintak apa-apa kat kamu yang kamu tak boleh bagi? Dia ada komplen ka?” Firdaus menggeleng.

            “Takdak kan? Dah tu kamu nak dia biasa macam mana lagi? Dia boleh terima kalau kamu ajaq dia, bukan buat kurang ajaq lagu ni.” Firdaus hanya memandang ibu, sepi. Firdaus tersedar sendiri. Betul jugak, detak hatinya.

            “Ibu tak kira, sekali lagi hai lagu ni jadi kat dia, ibu sendiri pi hantaq dia balik. Kamu ingat tu.” Ibu sudah mengugut. Setelah kelibat ibu hilang dibalik pintu biliknya, Firdaus melangkah masuk ke bilik. 

            Tubuh isterinya yang terbaring dipandang sayu. Kaki yang sudah dibalutnya dipegang. Darah sudah berhenti. Diletak pula tangan di dahi isterinya, panas kian meninggi. Terus sahaja dia ke dapur mengambil sebekas air untuk dituamkan ke kepala isterinya.

…….................................

            Sengal-sengal di kaki, membuatkan aku terjaga. Terasa ada benda di kepala, terus aku pegang benda tersebut, kain? Aku pandang sisiku, ada sebekas air yang dicampur dengan daun hijau, mungkin daun bunga raya. Aku demamkah? Aku merasa dahi sendiri, agak panas. Aku bangun dan menyandarkan badan ke kepala katil. Kaki ku terasa sengal-sengal dan berdenyut.

            “Awak dah bangun?” Suara Firdaus menyapa telingaku. Aku hanya mengangguk. Kain yang diletakkan di dahiku tadi, aku letak kembali ke dalam bekas berisi air dan daun itu. Firdaus melabuhkan duduk di hujung kakiku. Dipegang kakiku yang berbalut. Berbalut? Bila pulak dibalut?

            “Sakit lagi?” Lembut sahaja suara Firdaus. Aku hanya mengangguk. 

            “Pukul berapa sekarang?” Aku menyoalnya setelah melihat dia berbaju melayu.

            “Pukul 11 dah. Kenapa? Lapar?” Firdaus menyoal, tidak lagi sekasar sebelum ini dan tiada nada perli.

            “SubhanAllah. Lama eh saya tidur. Saya tak solat maghrib dengan isyak lagi.” Aku bingkas menyelak selimut, untuk pergi mengambil wuduk. Eh, baju tidur? Bila aku tukar?

            “Saya pengsan ye awak?” Aku menyoal Firdaus yang masih duduk membelek kakiku. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Senyuman dia… macam pernah tengok, tapi tak pasti dekat mana. Aku terleka sebentar.

            “Awak nak solat? Saya buka balutan ni dulu ya.” Suaranya menyedarkan aku yang telah hanyut berfikir. Macam pernah tengok tapi di mana ya?

            “A’ah, nak solat. Eh, ibu ye tukarkan baju saya?” Soalku kepada Firdaus yang ralit membuka balutan kakiku.

            “Kenapa ibu? Saya kan suami awak… semuanya halal.” Selamba sahaja dia menjawab, terasa panas menyerbu mukaku. Malu! Aku terus sahaja bangun setelah dia siap membuka balutan kakiku. Ingat nak lari terus ke bilik air, tapi terlupa kaki aku sakit. Mujur tak terjatuh, tangannya lebih cekap.

            “Betullah saya cakapkan, awak halal untuk saya kan?” Firdaus menyoal lagi. Kali ini sengaja untuk membuat aku malu sendiri. Tangannya erat memeluk pinggangku, membantu aku berjalan. Kakiku sudah besar sebelah!

            “Kejap lagi, saya nak ambik wuduk, kalau awak pegang macam ni, batal la wuduk saya.” Soalku dalam langkah ke bilik air. Firdaus tersenyum lagi.

            “Balut badan dengan tuala, tak sentuh kulit tak batal kan?” Tak jadi jugak helah aku! Segan bila serapat begini.

…………………….

            Setelah sebulan urusan pertukaran sekolahku. Akhirnya semuanya selesai. Jamuan perpisahan turut diadakan khas untuk aku, oleh pelajar dan juga para guru. Terharu juga, bila diri kita dihargai oleh orang lain. Firdaus tak ikut aku pulang ke Tanjung Malim. Iyelah, kerjanya bukan makan gaji, semua kena urus sendiri. Pokok getah, kambing lembu, sawah lagi. Semua dia uruskan sendiri. Nak upah orang pun hanya waktu mengutip hasil. 

            Hubungan aku dengan dia makin baik. Tapi lebih kepada kawan, bukan suami isteri. Baiknya pun ada masa. Salah aku tetap dimarah, rajuk aku tetap tidak dipujuk. Hujung bulan ini, ibu mahu mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat, sekali menyambut kedatanganku ke rumah. Biarpun sudah hampir 3 bulan aku di situ tapi ibu tetap mahu mengadakannya. 

            “Berapa lama lagi awak kat rumah mak?” Firdaus menyoalku malam itu. Panggilan daripada dia amat aku tunggu-tunggu.

            “Kenapa? Dah rindu eh?” Sengaja aku mahu mengusik.

            “Ah… takdak masa nak rindu. Kat sini banyak benda nak kena buat, balik cepat sikit.” Aku mencebik. Ingat rindu.

            “Ye lah, saya nak balik malam awak tak bagi. Ni nak bising pulak, sekarang saya balik. Bye.” Terus aku tamatkan perbualan. Aku menghenyak tubuh ke katil. Baru nak lepas rindu, tapi dia….. Aku merungut sendiri. Telefonku berdering lagi.

            “Ye, saya tengah siap-siap nak balik la ni.” Sengaja aku berkata begitu. Tahu dia akan membebel dan marah, aku tahu dia sayang, tapi sombong!

            “Aishah, kalau awak sampai rumah awal pagi, siap awak. Tahu la saya kerjakan.” Firdaus mengugut.

            “Nak kerjakan konon. Dah suruh balik cepat. Dah siap pun ni, nak drive, bye.” Aku menahan geli hati.

            “Nur Aishah Ahmad.” Aku tahu, marahnya sudah meletus. Bila dia sudah memanggilku dengan nama penuh, aku tahu dia serius. Boleh bayang muka dia yang bengis tu.

            “Ye Muhd Firdaus Harun?” 

            “Awak tahu saya seriuskan?” 

            “Ye. Tak balik la. Esok lepas subuh baru saya bertolak. Sebelum tengahari sampai la.” 

            “Okay. Hati-hati, ingat esok sebelum bertolak telefon saya dulu.”

            “Iye tahu, esok saya call awak.”

            “Dah lewat, tidur, esok nak bawak kereta pulak. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Aku mengeluh perlahan. Pesanan demi pesanan. Teringat hari dia mahu bertolak ke Tanjung Malim, Firdaus tak tentu arah. Kejap duduk kejap berdiri. Termenung sana, termenung sini. Ada aje tak kena. Pagi ini patut pergi memotong dia tak pergi. Bila aku tanya, dia hanya diam. 

            “Janganlah risau, saya pernah drive jauh-jauh” Aku bersuara setelah melihat dia begitu risau.

            “Tak risau awak cakap? Awak tu cepat letih, dalam kereta tidur ja.” Aku terkejut dengan alasannya.

            “Eh, tidur tu sebab awak drive. Lepas tu senyap aje. Saya tidurlah.” Aku mempertahankan diri. Alasan tak kukuh!

            “Ye la tu, ingat berhenti rehat kalau mengantuk atau letih, tapi berhenti tempat yang ramai. Awak tu perempuan.” Aku tersenyum mendengar pesanannya.

            “Sayang jugak awak dekat saya ye.” Aku cuba mengusiknya.

            “Awak isteri saya, memanglah sayang.” Ujarnya lalu terus melangkah keluar bilik. Aku tersenyum-senyum sendiri.

………………..

            Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, tapi Aishah belum jugak sampai. Firdaus tidak senang duduk, hendak telefon takut Aishah sedang memandu. Sudah beberapa kali ibu menyuruhnya menghubungi Aishah namun di tolaknya. Takut Aishah menjawab sambil memandu, bahaya!

            Jam berputar lagi, kemudian telefon Firdaus bordering. Laju sahaja tangannya menekan punat telefon.

            “Aishah, awak dekat mana?” Tiada salam, terlalu kalut dan risau!

            “Awak, kereta saya rosak la.” Firdaus panik.

            “Ya Allah, awak dekat highway lagi ke?” Kepalanya sudah fikir yang bukan-bukan. Risau kerana isteri berkeseorangan.

            “Dah keluar highway dah, dekat Jalan Langgar. Takut pulak nak mintak tolong orang, bukan tempat saya.” 

            “Aishah, awak masuk kereta. Kunci ye. Setengah jam saya sampai. Tunggu tau.”

            “Okay, saya tunggu.” Setelah talian dimatikan, terus sahaja Firdaus bergegas keluar rumah. Sekarang ni musim ragut, rompak dan rogol. Takut jika apa-apa terjadi kepada isterinya. 

…………….................

            Dari jauh aku melihat kelibat Firdaus. Laju benar bawak motor? Betul-betul setengah jam. Setelah melihat Firdaus memberhentikan motor, aku keluar daripada kereta. Firdaus melangkah menghampiriku, tak semena-mena, dia memelukku erat dan terus mencium ubun-ubunku lama. Setelah beberapa minit barulah dia bersuara.

            “Aishah okay?” Aku hanya mengangguk. Terdengar dia mengucap syukur, perlahan tapi singgah juga dicuping telingaku. Terkejut juga aku dengan reaksinya. Firdaus datang bersama rakannya, mungkin mekanik. Setelah memeriksa dan memulas sini sana, keretaku dapat dihidupkan semula. 

            “Hang bawak kereta ni pi bengkel lepaih ni. Aku buat bagi boleh jalan ja.” Mail memberitahu Firdaus. Kemudian Mail pulang dengan motor Firdaus, dan Firdaus memandu keretaku. Dari tadi, dia tidak lepas menggenggam erat tanganku. 

            “Macam mana awak nak drive kalau awak asyik pegang tangan saya je ni?” Firdaus terus sahaja melepaskan genggaman tangannya. Kereta dihidupkan dan terus dipandu ke bengkel. 

Bengkel Mail dekat aje dengan rumah. Bengkel dalam kampung. Selepas menghantar kereta, kami pulang dengan motor Firdaus. Pertama kali Firdaus dan aku naik motor berdua, sebelum nip ayah, ke mana dia pergi tak nak bawak aku. Apatah lagi kalau nak naik motor, pujuklah macam mana pun, payah! 

“Pegang baju tau.” Firdaus memberi arahan. Aku mencebik.

“Kenapa?”

“Pegang aje la.”

“Ala, kalau pakwe makwe, diorang peluk apa, kita suami isteri pegang baju je?” Aku cuma mengusik. Firdaus buat muka serius.

“Nak balik ke tak ni?” Firdaus bersuara tegas. Aku menjuih bibir.

“Yelah-yelah….” Aku naik motor perlahan-lahan. Hujung baju Firdaus dipegang, seperti yang di arahkan sebentar tadi.

“Dia peluk kita takpe pulak.” Aku merungut dibelakangnya.

“Ha… merungut-merungut!” Firdaus menegur. Aku menekup mulut. Telinga macam lintah! Tak semena mena, dia menarik tanganku supaya melingkari pinggangnya. Aku tersenyum sendiri. Bagi pulak!

………………………….

            Pagi ini aku bangun awal daripada biasa, sebabnya aku nak ikut Firdaus pergi memotong! Firdaus tak bagi, tapi aku nak jugak, cuti sekolah sekarang, duduk rumah aje bosanlah. 

Ibu dan Firdaus tak bangun lagi, agak menghairankan, selalu ibu bangun awal sebab nak siapkan bekal untuk Firdaus. Memandangkan ibu belum bangun, aku ambil alih untuk memasak. Selalu ibu buat bihun goring, hari ni aku buat spaghetti goreng. Best jugak makan berdua di pondok dekat kebun getah tu nanti, aku berangan sendiri. Gatal!

“Awai Aishah bangkit hari ni?” Aku yang sedang memasak tersenyum dengan teguran ibu. 

“Ibu lewat hari ni? Aishah nak ikut Abang Firdaus pergi motong kejap lagi.” Ibu memandangku sambil berkerut dahi.

“Pi motong? Daus kata tak pergi pagi ni, dia dah upah orang.” Aku ternganga. Pulak!

“Betullah tu. Daus dah pesan kat Mat dengan kawan dia pi motong. Awatnya?” Firdaus yang baru turun ke dapur menyampuk. Firdaus memandangku yang sudah berubah riak. Geram!

“Awal awak bangun Aishah? Siap masak pulak tu?” Terus sahaja kerusi ditariknya dan terus melabuh duduk. Aku terus berlari ke bilik. Sentap weh!

“La… pasaipa pulak tu?” Ibu menyoal. Firdaus menjungkit bahu, tangannya laju sahaja menyenduk makanan. Ibu menampar bahunya.

“Kamu, buat perangai pengotoq pulak. Pi la mandi solat subuh dulu, baru la makan.” Firdaus tersengih-sengih.

“Bau sedap sangat bu, lapaq teruih!”

……………..................
           
Firdaus menghampiriku yang masih lagi duduk termenung di birai katil. Terasa, sangat terasa. Semalam tidak dikhabarkan pula yang dia tidak pergi memotong getah. Tidak juga beritahu bahawa dia telah mengupah Mat dan rakan untuk pergi memotong. Beria-ria dia  bangun pagi dan siapkan segala-galanya, akhirnya termalu sendiri.

“Aishah merajuk lagi ye…” Firdaus mengusik. Aku hanya mendiamkan diri. Novel yang terletak di atas meja kecil itu, aku ambil dan selak sehelai demi sehelai. Firdaus yang mulanya berdiri kini mengambil tempat di sisiku, rapat sekali. Novel itu di ambilnya, dan kemudian dibelek sebentar dan terus meletakkannya ditepi.

“Jangan merajuk lama-lama, saya tak pandai pujuk. Saya mintak maaf.” Firdaus mula bersuara. Aku hanya diam membatu.

“Aishah…” Panggilnya perlahan. Aku masih protes, masih diam membatu.

“Nur Aishah Ahmad…” Firdaus memanggil lagi, namun kini bernada tegas. 

“Ermm…”

“Dah pukul 10, awak tak makan lagi. Jom.” Firdaus menarik tanganku, mengajakku untuk turut berdiri. Aku hanya akur. Muka masih cemberut. 

“Mak cakap dekat saya awak suka makan pulut panggang. Here you go.” Firdaus menghulurkan sepinggan pulut panggang. Aku mengambil tanpa berkata apa-apa. Firdaus menarik kerusi dihadapanku dan terus duduk sambil menompang dagu. Aku hanya memandangnya sekilas. 

Daun pisang yang membalut pulut panggang itu aku buka. Aku makan pulut panggang yang terhidang. Firdaus masih menompang dagu, memerhatikan aku. Aku mengerut dahi, menyampah melihat dia begitu, sengaja nak menyakitkan hati.

“Aishah…”Firdaus memanggilku. Aku hanya memandangnya dengan muka tidak puas hati. Muka bengang!

“Aishah tahu tak, bila dengan suami mana boleh buat muka macam tu. Seorang isteri perlu menggembirakan hati suaminya. Betul tak? Saya rasa Aishah tahu tu.” Aku mula terasa sebak. Aku tahu salah untuk bermasam muka dengan suami, tapi hatiku yang terguris dengan sikapnya hari demi hari bagaimana pula? Pernah dia fikirkan? 

Pulut panggang aku ambil dan aku buka balutannya. Air mata yang aku tahan mengalir juga perlahan di pipi. Suapan aku teruskan lagi, sambil air mata yang mengalir aku kesat dengan belakang tangan. Makin aku laju suapan aku, makin laju air mata ini mengalir. Firdaus berubah riak.

“Aishah… saya tak bermaksud nak buat awak menangis.” Ujarnya, bingkas bangun dari kerusi dan terus melutut di sisi aku. Mendengar suaranya seolah-olah satu suntikan untuk air mataku kian laju mengalir. 

“Jangan Aishah… shhhh… jangan menangis…” Firdaus cuba memujukku, tapi setiap kali aku mendengar suaranya, membuatkan air mata merembes lebih banyak. Firdaus mengesat air mataku dengan jarinya. Dia memegang wajahku dengan kedua-dua tangannya. Mata Firdaus memandang tepat ke dalam anak mataku.

“Saya tak boleh nak stop.” Aku terus teresak-esak, lalu membuatkan Firdaus menarikku ke dalam pelukkannya.

“Shh… tangisan awak buat saya susah hati Aishah…” Aku menangis dalam pelukannya. Menangis semahu-mahunya. Seolah membuang segala ketidakpuashatianku terhadapnya selama 3 bulan lebih menjadi isterinya. 

Dari balik pintu, ibu memandang dengan senyuman. Bukan bergembira dengan tangisanku, sebaliknya bersyukur melihat hubungan kami seerat pelukan kami ketika itu.

……………..

            Tudung yang senget ditiup angin aku betulkan. Ais krim ditangan sesekali aku jilat. Firdaus disebelah hanya tersenyum melihat tingkahku. Petang ni sebagai tanda maaf, Firdaus membawaku ke tempat kesukaannya dalam kampung ni. Sungai dihujung kampung, atau boleh dipanggil Kuala, iaitu kawasan yang sudah hampir bersambung dengan laut. Dari sini, kita dapat melihat matahari naik atau terbenam. 

            “Aishah… umur awak 30 tahun kan?” Tersedakku dengan soalnya. Aku menjelingnya yang berada di sebelahku. Kaki yang tergantung dari atas titi kecil itu aku goyang-goyangnya.

            “Kenapa, ada masalah? Awak 35 kan?” Aku sengaja menyebut umurnya. Firdaus ketawa lagi.

            “Ada sikit masalah la… awak perangai macam umur 23, 24 tau tak.” Aku hanya menjelir lidah.

            “Ha.. tengok tu… betul tak saya kata.” Ujar Firdaus lagi sambil membaling batu-batu kecil ke dalam sungai. Aku menekup mulut dengan tanganku.

            “Refleks la…” Ujarku sekadar mempertahankan diri. Beberapa ketika kami senyap sendiri. melayan perasaan masing-masing.

            “Awak terpaksa berkahwin dengan saya?” Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar daripada mulutku setelah beberapa ketika ia berlegar dalam kepala.

            “Kenapa?” Firdaus kembali menyoal. Mungkin terkejut dengan soalan yang tiba-tiba.

            “Just jawab, ya atau tidak.” Aku cuba untuk bertegas.

            “Dalam soal perkahwinan Aishah, tiada soal paksa atau rela. Jika kita sudah menerima dan bergelar suami kepada seseorang, awak patut tahu jawapannya kepada soalan awak tu ialah YA.” Firdaus memberikan jawapan yang panjang lebar. Aku hanya mengangguk.

            “Saya pilihan awak?”

            “Tak, awak pilihan ibu dan saya terima.”

            “Terima seikhlasnya atau sebab ibu?” Firdaus mengeluh perlahan. dia tidak menjawab sebaliknya memberikan soalan.

            “Okay, awak pulak? Terima saya atau dipaksa menerima.” Aku tersenyum malu.

            “Dalam tiga hari, saya membuat keputusan untuk terima awak. So jawapan saya ialah saya terima awak, tiada siapa memaksa malah semua setuju.” Firdaus hanya mengangguk perlahan.

            “Kenapa awak terima saya?” Firdaus menyoal lagi.

            “Tiada jawapan untuk itu. Saya istikharah.” Aku menjawab ringkas. Sememangnya aku tiada jawapan untuk tu.

            “Saya pun istikharah tapi…” Firdaus menghentikan bicaranya tiba-tiba.

            “Ada tapi?” Aku menyoalnya apabila dia terus berdiam diri.

            “Hari dah lewat ni, jom kita balik…” Firdaus tidak menjawab tapi mengelak. Aku menarik tangannya, menghalang dia untuk melangkah.

            “Jangan berahsia dengan saya ye. Saya terima awak seikhlasnya. Sepenuh hati.” Firdaus hanya tersenyum dan mengangguk, kemudian mengelus pipiku. Kami melangkah ke motor sambil berpegangan tangan. Mungkin dia ada sesuatu yang sukar untuk menyatakannya, aku hanya perlu bersabar untuk beberapa ketika, kerana aku sedar sesuatu itu yang bisa membuatkan kami diuji sehebatnya.

…………………………..

            Ibu kelam kabut di dapur. Aku memandang dengan kerutan dan kepelikanan. Kenapa kalut sangat? Aku hampiri ibu yang asyik menyeduk nasi ke dalam bekas makanan.

            “Ibu, kenapa kelam kabut ni?” ibu memandang sambil melepas lelahnya perlahan.

            “Ibu terlewat bangun pagi ni, sedar pun masa Daus nak pergi motong dah. Tu yang kelam kabut ni ha, kejap lagi Aishah tolong pergi hantarkan ya.” Aku melihat jam di dinding.

            “Dah pukul 9.30 bu, bukan Abang Firdaus balik pukul 10 ke?” Ibu masih lincah membungkus makanan.

            “Hari ni dia dah cakap nak balik tengah hari sikit. Nak mesin semak-semak kat kebun getah tu…” aku hanya mengangguk-angguk.

            “Aishah pergi siap kejap ye bu…”

Setelah menukar baju ke baju lengan panjang dan memakai tudung yang sedia ada. Aku mula ke dapur untuk mengambil makanan yang telah siap ibu bungkus. Setelah itu, aku mula melangkah ke kebun getah, yang jauhnya hanya 10 minit berjalan kaki. 

Selang rumah di sini jauh-jauh. Jadinya, aku berjalan sorang-sorang macam ni tidaklah segan sangat. Kalau rumah aku di Tanjung Malin, rumah taman, segan kalau jalan macam ni. Ada aje mata yang memandang, langsung tak privacy!

Aku mula tersenyum bila pondok kecil tempat rehat Firdaus sudah kelihatan. Tinggal beberapa langkah panjang aje lagi untuk sampai ke situ. Peluh sudah merenik halus di dahi. Aku betulkan tudung yang mungkin tersenget, dan betulkan sedikit baju yang aku pakai. Senyuman aku hiaskan dibibir. 

Aku mula melangkah berhati-hati, rumput dan semak di kawasan itu agak tebal. Beberapa langkah kemudian aku hentikan. Suara dan gelak tawa itu membuatkan aku berasa hairan. Siapa? Aku langkah berhati-hati dan begitu perlahan mendekati pondok itu, pokok dan semak samun di situ mengganggu pandanganku. 

“Abang makan la ni… Rose masak tau.” Rose menyuakan kuih seri muka itu rapat ke mulut Firdaus. Firdaus dengan senang hati membuka mulut dan menjamah kuih tersebut. Aku menekap tangan di dada. Sakit! Amat sakit! Gelak tawa itu membuat aku terasa hati ini bagai tersiat-siat dengan belati.

Langkah laju aku atur. Air mata aku tahan sebaiknya. Setelah kian menghampiri, aku memberi salam dengan kuat.

“Assalamualaikum! Seronok berdating?” Aku menyindir. Bungkusan makanan itu aku hempas kuat ke atas lantai pondok. Rose menjeling-jeling. Firdaus cuma memandang tanpa riak.

“Nah. Saya tak masak makanan ni dan saya pun tak pandai nak suap orang!” Suaraku penuh marah dan terus melangkah pergi. Benci, sakit hati semua ada!

Hari itu hanya berlalu begitu sahaja. Aku tak tahu apa yang jadi antara mereka berdua di kebun selepas aku pulang, dan ibu hanya menyoal kenapa aku pulang begitu cepat. Sehari aku berkurung dalam bilik, menangis. Pada ibu, aku sudah beri alasan yang aku senggugut. Mujur, aku memang datang bulan. 

“Apa hai lagi ampa dua orang ni…?” Ibu menyoal Firdaus semasa mereka sedang makan malam. Firdaus hanya menjungkit bahu. Ibu menggeleng kepala. 

“Sejak dia balik dari kebun pagi tadi dok terperuk dalam bilik tu ha…” Ibu merungut lagi. Firdaus mengunyah perlahan nasi di dalam mulut. Wajah ibu dipandang sekilas dan kemudian memandang pinggannya kembali.

“Dia nampak Rose dengan Daus kat kebun tadi.” Firdaus menjawab ringkas. Ibu ternganga, terkejut dengan jawapan Firdaus yang bersahaja.

“Astagfirullahal’azim… Kamu buat apa dengan Rose dekat kebun tu hah?!” Ibu sudah bersuara tinggi.

“Ibu ni, ada Mail la kat situ.” Firdaus sudah berkerut kening, tak suka dengan ibu yang sudha fikir bukan-bukan.

“Kamu jangan lupa. Rose tu dah lama syok kat kamu. Lupa kes dulu yang dia buat kamu nahas ja kena cekup dengan dia, lupa?” Marah ibu. Aku yang berada di pintu tengah antara bahagian depan rumah dengan dapur hanya memasang telinga. Terkejut dengan pernyataan ibu.

“Ingat bu. Kan Daus cakap ada Mail kat situ.” Firdaus mengangkat pinggan ke dapur. Ibu mencerlung marah.

“Memang ada Mail. Tapi kalau orang nampak apa orang cakap sat gi?”

“Ibu jangan pikiaq jauh-jauh sangat. Tak da pa aih. Daus ingat semua tu bu.” Ibu meneguk air perlahan, bagai meredakan marah yang meledak dalam hatinya terhadap anak tunggalnya itu.

“Awat kamu tak jauhkan diri kamu dari Rose?”

“Rose tak dak masalah apa pun bu. Patutnya memang Daus patut kahwin dengan dia bu. Kami…” Belum sempat Firdaus menghabis kata aku memintas.

“Kenapa tak kahwin aje? Kenapa kahwin dengan saya?” Ibu dan Firdaus berpaling ke arahku. 

“Kenapa tak jawab?” Aku mula meninggikan ton suara.

“Aishah, jangan masuk campur.” Firdaus mula bersuara. Tinggi.

“Kenapa? Aishah orang asing? Macam tu?” 

“Aishah, Daus… jangan tengking-tengking macam tu.” Ibu menegur. 

“Aishah tak tahan bu. Aishah dah 5 bulan duduk sini, tapi Aishah rasa macam orang asing bila dengan Firdaus.” Air mata sudah bertakung penuh dalam kelopak mata. Firdaus merengus kasar. Dia mencengkam lenganku dan terus menarik aku ke bilik. Setiap kali aku meronta dan cuba merentap cengkamannya, dia menguatkan cengkamannya.

“Sakit lah. Awak dah gila ke?!” Soalku setelah melepas kasar cengkamannya.

“Awak tu yang gila.”

“Ye saya memang gila. Gila dengan sikap dingin awak!” 

“Nur Aishah Ahmad!” Firdaus menengking. Aku hanya diam, menggosok lengan yang merah dek cengkamannya.

“Kalau awak tak nak dekat saya, lepaskan saya dengan baik. Saya ingatkan awak, saya benci manusia yang curang.” Firdaus meraup wajahnya beberapa kali.

“Diam boleh tak, diam kejap.” Firdaus memeluk tubuh. Aku mengesat kasar air mata yang mula mengalir.

“Kenapa perlu diam?”

“Saya pening dengan awak yang marah-marah macam gini.” 

“Pening? Ye lah, dengan Rose tu awak gembira, boleh gelak besar kan.” Firdaus merengus kasar.

“Sekali lagi awak cakap macam tu, saya tampar mulut awak.” Aku terbangun dari duduk. Aku pandang dia dengan riak marah.

“Sanggup awak ye? Fine. Awak buatlah apa yang awak suka. Saya takkan pernah masuk campur, even awak nak kahwin dengan perempuan gedik tu sekalipun.” Suaraku, setelah itu aku terus keluar dari bilik. Hati siapa tak marah melihat suami dengan perempuan lain bermesra, sedang dengan isteri dingin macam di kutub utara!

“Aishah awak salah faham…” Tutur Firdaus perlahan, hanya dia sendiri yang mendengar.

………………………

            Telah sebulan hal itu berlaku. Aku? Aku masih dingin. Firdaus juga tak pernah mahu meleraikan kekusutan yang berlaku antara kami. Sejak kejadian itu, aku mencuba sebaiknya mengelak daripada bercakap dengan Firdaus. Hati aku benar-benar kecewa. Jika selama ini dia menganggap aku bertindak seperti budak-budak, sekarang aku bertindak seperti orang dewasa! Dewasa ke? Erk!

            Minggu lepas ibu sudah mula menyoal tentang kenduri yang telah aku minta ditangguhkan. Hati aku tiada lagi untuk semua tu. Jauh dalam hati, perpisahan mungkin yang terbaik, tapi bila difikirkan akal yang waras, penceraian adalah perkara terakhir akan aku buat!

            “Hari ni pun dah makan kat sekolah?” Firdaus yang berada di kerusi rotan itu menegur aku yang baru melangkah masuk. Ada nada sinis di situ.

            “Ye.” Jawabku acuh tak acuh dan terus masuk ke bilik. Firdaus membontoti langkahku.

            “Kenapa buat perangai macam ni Aishah?” Aku yang sedang membuka tudung, terhenti seketika. Aku pandang wajahnya sekilas.

            “Buat perangai apanya…” Tudung yang telah aku buka, aku sangkut sebentar di kerusi meja solek. Aku tanggalkan jam dan cincin dan kemudian meletakkannya di dalam bekas yang tersedia. Firdaus hanya memerhati sedari tadi.

            “Cuba cakap apa yang awak nak sebenarnya?” Firdaus menyoal. Aku hanya menggeleng sambil melipat lengan baju. Tuala yang tersangkut di dinding, aku ambil dan letakkannya diatas kepala. Sedia untuk mandi dan solat.

            “Aishah…” Firdaus memanggilku dengan nada keras, setelah aku mula melangkah keluar. Aku berpaling kepada dia yang berada dibelakang.

            “Saya tak nak apa-apa.” Jawabku dan terus melangkah keluar. Firdaus hanya mengeluh, dia melabuh duduk di birai katil. Bukan sengaja aku mengeraskan hati, tapi sebenarnya hatiku sudah hancur dengan kata-katanya tempoh hari. 
 
            Usai solat zuhur, aku lihat Firdaus masih setia di birai katil. Masih setia memerhatikan gerak geriku. Aku tanggalkan telekung dan kemudian meletakkan kembali di tempatnya. Sikat di atas meja solek aku ambil dan menyikat rambutku supaya kemas. Firdaus masih senyap tak bersuara.

            “Awak tak pergi kerja ke, yang asyik dok tengok saya je dari tadi kenapa?” Aku bersuara. Getah rambut aku ambil dan ikat rambutku jadi satu.

            “Aishah, kita bincang kejap.” Firdaus tidak membalas pertanyaanku sebaliknya mengajak aku untuk berbincang. Setelah sebulan baru nak bincang?

            “Bincang apa?” aku berdiri memeluk tubuh memandang Firdaus yang masih duduk di katil.

            “Tentang kita. Sampai bila awak nak mengelak dari saya?” Firdaus mencerlung memandangku. Aku hanya mengeluh kecil.

            “Dah sebulan baru nak bincang. Takde guna dah awak…” 

            “Saya biarkan awak sejuk dulu, dan hari ni kita selesaikan semua.” Aku duduk di kerusi meja solek. 

            “Erm… ikutlah mana yang baik.” Jawabku lemah.

            “Boleh buang marah awak tu sebelum kita berbincang?” aku ketawa sinis.

            “Bila saya marah?”

            “Dah tu, awak nak tak nak aje cakap dengan saya.”

            “Memang saya tak nak bercakap dengan awak, nak pandang awak pun saya menyampah”

            “Aishah… saya suami awak ingat tu.” Suara Firdaus, tegas.

            “Ingat. Ingat juga suami saya ni tak ingin pun nak kahwin dengan saya sebenarnya.”

            “Aishah, saya cakap baik-baik dengan awak kan?” 

            “Selama ni pun saya baik dengan awak, tapi apa yang saya dapat?” Aku bersuara dengan suara yang terketar menangis tangisan. Ah! Aku payah untuk marah, bila terlalu marah aku mudah menangis.

            “Saya tau saya punca semua ni, tapi awak tak tahu apa yang saya pendamkan.” Firdaus mula berdiri dan melangkah ke jendela.

            “Kenapa pendamkan? Saya pernah tanya, tapi awak terlalu banyak berahsia.” Aku memerhati Firdaus yang melempar pandangannya jauh ke luar jendela.

            “Saya rasa seperti seekor pipit yang terbang bersama seekor enggang sepanjang bersama awak.” Aku bangun berdiri mendekatinya.

            “Saya tak pernah letakkan jurang antara kita. Tak pernah!” Firdaus menyelak rambutnya yang melurut di dahi.

            “Memang awak tak pernah. Tapi orang lain? Telinga saya bernanah dengar semua tu.” Aku mengeluh lemah.

            “Kenapa dengar cakap orang? Dan apa yang enggang sangat saya ni? Saya kerja cikgu aje pun.” Firdaus memegang bahuku kejap.

            “Awak belajar sampai peringkat Master, sekarang pun awak sibuk dengan persediaan nak sambung lagi. Saya? Saya punya SPM pun cukup makan aje.” Aku ketawa kecil. Firdaus memandangku dengan pandangan pelik.

            “Awak pahamkan apa saya rasa.” Aku menekup mulutku. Alasan tak masuk akal.

            “Entah. Tak faham. Isu tu macam tak masuk akal.” Firdaus menggosok belakang tengkuknya. Mukanya beriak serius.

            “Aishah, awak fikir saya main-main. Awak tahu tak berapa ramai orang mengata sebab hal tu? Saya kerja kampung, awak satu hari nanti ada gelaran doktor depan nama.” Aku melangkah menghampirinya yang sudah kembali duduk di atas katil.

            “Okay saya tak jadi sambung belajar, tapi itu boleh mengubah kata-kata awak haritu? Awak memang nak kahwin dengan Rose kan?” 

            “Tak. Saya cuma tertekan. Saya tak tahu nak jelaskan macam dekat awak. Saya terasa rendah daripada awak Aishah. Apa yang saya boleh beri pada awak?” Aku melabuh duduk di sisinya.

            “Saya tak mintak apa-apa pun dari awak. Pernah saya mintak apa-apa yang membebankan awak, ada?” Aku memandangnya, ada kepiluan dalam matanya.

            “Saya tahu, tapi di masa depan?” Aku mengeluh lemah, tangannya aku tarik dalam genggaman.

            “Saya pernah cakapkan, saya terima awak setelah istikharah. Bukan keputusan saya semata, tapi berdasarkan ketenangan yang Allah beri pada hati saya sepanjang tiga hari tu. Saya terima awak seadanya, Muhd Firdaus. salah ke keputusan saya?” Genggaman tangan aku eratkan. 

            “Saya cuba, tapi…”

            “Masih ada tapi? Erm… kalau sebab pendidikan saya buat awak rasa perkahwinan kita ni satu kesilapan, saya sanggup berhenti kerja.” Firdaus menekup mulutku dengan jemarinya.

            “Saya tak maksud macam tu…”

            “Habis tu? Oh… tak nak saya sambung, saya boleh lupakan cita-cita saya tu…” 

            “Bukanlah, saya sokong awak nak belajar.”

            “Saya tak fahamlah. Apa masalah sebenarnya?”

            “Saya pun tak tahu.” Aku mengeluh kuat. Apa yang dia tahu?

            “Muhd Firdaus, suamiku, apa masalah kita sebenarnya?”

            “Kita takdak masalah, cuma kita berbeza dari segi pendidikan. Jurang yang besar.”

            “Takde masalah, tapi ada jurang? Senang aje, awak sambung belajar, saya tunggu, lepas tu nanti kita buat Phd sama-sama, amacam?” Firdaus pula yang mengeluh.

            “Aishah, suami awak ni, otak dia dah tepu. Saya kerja dari umur 18. Awak takpa lah tak berhenti-henti belajar.” Aku mencebik. 

            “Alasan lapuk je tu. Habis tu nak settle macam mana? Takkan kita nak ce…” 

            “Hissh! Jangan sebut!” Firdaus memintas kata-kataku, aku menekup mulut sendiri. Mulut capui betui!

            “Sekarang ni, awak tu yang bermasalah. Saya terima awak seadanya, tapi awak? Suka dengar cakap orang. Fine, awak kahwin dengan Rose, saya akan pergi dari sini.” Aku pula berdiri di tepi jendela. Dari jauh, sayup-sayup kelihatan beberapa orang sedang menyembur racun di tepi sawah. 

            Terasa ada tangan yang melingkari pinggangku. Aku kalih sedikit untuk memandang, wajahnya begitu hampir denganku. Jantung ini usah ditanya kelajuannya, mungkin sepantas cahaya. Fuh! Boleh tercabut rasanya.

            “Abang mintak maaf, abang cuma rasa, orang seperti Rose yang patut abang kahwini. Aishah terlalu hebat untuk abang. Abang terlalu banyak kekurangan untuk Aishah.” Kata-kata itu ditutur lembut dicuping telingaku. Aku pegang tangannya yang melingkari pinggangku tika itu.

            “Kenapa perlu rasa salah dalam perkahwinan kita? Kita sama-sama istikharah. Kurang atau lebih, kita terima seadanya. Yang selebihnya, kita serah pada DIA untuk menentukan. Jurang tu, hati abang yang bina. Aishah tak pernah adakan jurang antara kita, Aishah terima abang seadanya abang.” Firdaus mengangguk perlahan. 

            “Abang mintak maaf.”

            “Aishah sentiasa maafkan walaupun abang tak mintak maaf. Abang suami Aishah, syurga Aishah.” 

            “Petang ni teman abang tabur baja dekat padi eh.”

            “Serius ni?”

            “Serius la.”

            “Kena catat tarikh hari ni. First time abang ajak Aishah ikut abang.” Firdaus memandangku.

            “Sebelum-sebelum ni abangkan mana pernah ajak or bagi Aishah ikut abang pergi motong, pergi bagi kambing lembu makan, pergi sawah lagi la tak. Kenapa eh?” Firdaus mengucup pipiku lama.

            “Abang malu dekat Aishah, kerja abang semua kotor-kotor.” Aku membuat muka pelik.

            “Pelik la abang ni. Kerja Aishah pun kotor, kapur dengan marker pen tu lagi banyak bagi penyakit tau tak.” Firdaus mengeratkan pelukannya.

            “Aishah main-main bila abang serius.” Aku ketawa kecil mendengar rungutannya.

            “Abang tu pikir bukan-bukan. Aishah bangga ada suami macam abang tau.” Firdaus mencebik.

            “Apa nak di banggakan?”

            “Dari umur 18 abang dah kerja sendiri. Aishah masa umur 18, semua Mak Abah tanggung. Abang umur 18 dah fikir masa depan, Aishah? Aishah masih leka dunia remaja. Haa… now we can see, kurangnya Aishah dilebihkan oleh abang. Kurangnya abang dilebihkan oleh Aishah. Faham tak maksud Aishah?” 

            “Kita saling melengkapilah, macam tu maksud Aishah?” Aku mengangguk laju. Petang itu, kami menghabiskan masa muhasabah hubungan kami, diri kami. Seusai solat asar berjemaah, kami berdua ke bendang untuk membaja padi. Dalam hati aku sentiasa berdoa, hubungan antara kami akan sentiasa dibajai dengan cinta dan kasih sayang.

…………………………….

            “Daus, hang pi tengok bini hang tu, aku panggei dia dok senyap ja kat situ.” Mail tercungap-cungap itu mengadu pada Firdaus. Firdaus mula berlari-lari anak ke arahku yang berada di tengah-tengah bendang.

            “Aishah, kenapa dok situ, mai naik atas batas ni.” Aku hanya menggeleng laju. Firdaus melangkah lebih hampir. Dia memegang bahuku.

            “Hey, Aishah… kenapa ni? Pucat ni…” Aku memandangnya. Wajahku sudah lencun dengan air mata. Firdaus kaget, terkejut melihat keadaanku tika itu.

            “Aishah, abang ada ni, cakap dekat abang kenapa ni…” Firdaus memujuk. Aku yang masih kaku, cuba untuk bersuara.

            “Tadi Aishah dok tabur baja, lepas tu…” aku mula teresak. Firdaus menggosok lembut bahuku.

            “Lepas tu apa Aishah…” Aku memandangnya.

            “Ada benda dalam baju Aishah…” Ujarku perlahan.

            “Apa dia?” Firdaus mungkin tidak berapa jelas mendengar , aku bercakap dalam masa yang sama menangis.

            “Ada benda dalam baju Aishah.” Ujarku lebih kuat. 

            “Benda apa, mana? Tunjuk dekat abang…” aku teragak-agak untuk menyelak bajuku.

            “Abang tengok ya… abang nak tolong Aishah ni…”Firdaus mula menyelak sedikit bajuku. Beberapa saat kemudian, dia ketawa. Kulit di bahagian perutku terasa pedih-pedih.

            “Dah, Aishah abang dah selamat dah…” Aku yang masih menangis, memandangnya dengan penuh persoalan.

            “Benda tu dah takde?” Firdaus mengangguk dengan senyuman, terus sahaja aku mendakap dia ditengah bendang itu. Aku menangis semahu-mahunya dalam pelukannya.

            “Alolo… kesian isteri abang ni, lintah minat sungguh dekat dia. Jeles abang.” Firdaus cuba mengusik. 

            “Abang ni…” aku mula merengek, Firdaus masih dalam sisa ketawanya.

            “Dah betul, dulu kaki ja, sekarang masuk dalam baju. Nakai betui lintah ni…” Firdaus mengusik lagi. Aku menolak dia dari terus memelukku.

            “Merajuk tau la…” Firdaus hanya ketawa, walaupun aku mula tarik muka. Seronok dapat mainkan aku.

            “Eleh, merajuk la… Try merajuk, abang nak tengok…” Aku terus naik ke batas dan berlalu pergi. Baru beberapa langkah, Firdaus melaung.

            “Aishah, ada sekoq lagi kat kaki tu…” Terus sahaja aku pusing dan berlari laju ke arah Firdaus. Tubuhnya terus aku peluk dan kaki aku goyang sekuat hati supaya benda itu akan terjatuh dengan sendiri. 

            Firdaus ketawa besar. Mail dan kawannya juga tersenyum-senyum. Pak Harun yang baru melintas dengan motor kapcainya menegur kami yang berdrama di tengah bendang.

            “Daus oi… nak honeymoon hang bawak bini hang pi Langkawi nuu, yang dok berasmaradana kat tengah bendang buat pa.” Terus sahaja aku melepaskan pelukan dan menelek kakiku, tak ada apa-apa pun.

            “Abang tipu Aishah!” bentakku

            “Aishah merajuk dengan abang.” Firdaus membalas. Aku melangkah laju, pulang dengan perasaan bebal. Firdaus menyaingi langkahku dan mengenggam tanganku, erat!

            “Abang sayang Aishah.”Aku mencebik.

            “Aishah merajuk!” Firdaus mencuit hidungku, manja.

            “Lagi abang sayang…” Aku tersenyum bahagia. 

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)





 p/s; suami isteri saling melengkapi, sebab itu Hawa di jadikan daripada tulang rusuk Adam. Hadirnya Hawa merawat kesunyian Adam yang hidup sendiri kala itu ^^ 

much love readers!




51 comments:

Anonymous said...

comel je citer nii...
sambung lg leh x??
hihi.. ^^
~ syu ~

Anonymous said...

comelnyeeeee..:)

akubersamaCahya said...

thanks ^^

adilah said...

comel gilaaa..suka la cerpen2 awak.buat laa bbyk lg cerpen

Anonymous said...

comel le citer ni dik..

anyway, just a bit curious..
ada ke Kampung Tempoyak, Kuala Nerang?

and.. congrats! suka citer2 awak..

akubersamaCahya said...

sy google ada hehehe ^^
thanks for reading!

Anonymous said...

best sgt...mmg feeling hbs la

Anonymous said...

Baguskan kalau ada smbgn....smbglah...

muda_13 said...

hehe, suami istri dicipta tuk salingmelengkapi, citer best, ^_^. thanks

akubersamaCahya said...

tq... ^^
sambung?? erm... ala byknye nk kena smbung hui3 hehehe insyaAllah

misza said...

salam abc. cerpen ni rasa paling best pernah akak baca. lain dari yang lain. tak melibatkan golongan elit.

asfiedaimpiana said...

dekat penulisan1u dah bc. tp tetap nak bc lagi... best :)

akubersamaCahya said...

thanks ;)

Lieynaim mohd noor said...

sambungan la... best cerpen nie

Anonymous said...

Yes Best!!

akubersamaCahya said...

yes! tq hehehehe

Anonymous said...

Bila nak buat SE?? hehe!!

Anonymous said...

BESTTT, BESTTT, BESTTT!!!. Opss caption pulaaa. Muehehehe

ukht farhu said...

suasana kampung yang best!
buat sambungan boleh?

akubersamaCahya said...

insyaAllah :)

Anonymous said...

Dah lebih 5 Kali Saya dok bce cerpen ni, antara cerpen terbest yg pernah saya. Saya hrap cik writer boleh smbung cerpen ni,nak tahu ape terjadi kat si ros tu, masih menganggu...walaupun dah bce byk Kali air mata still keluar. Suka gilelah dgn cerpen ! :)
-SyaZu

Anonymous said...

novel ni best tapiiii sangat tak praktikal.dalam dunia realiti sebenar mungkin hanya satu dalam sejuta orang sahaja macam Aishah.Boleh terima lelaki macam Firdaus yg serba kekurangan secara amnya(tak ada rupa,tak ada pendidikan,kerja kampung).Mungkin, kalau aisyah sama level dengan firdaus boleh diterima akal lah juga.Dah tu layan aisyah punyalah teruk masa mula2 tu.entah pape.personally walaupun cerpen ni menarik tapi bila dibawakan watak lelaki macam tu saya stop baca .tak boleh terima.sorry ya writer. :)

Anonymous said...

Pelik dan sangat pelik.Kenapa orang yang educated macam Aishah nak kawin dengan lelaki macam Firdaus.yes,memang betul lah Firdaus tu baik tapi nak kawin bukan atas dasar baik semata mata.kenapa kita nak susahkan diri sendiri kahwin dengan lelaki macam tu?Kahwin bukan sekadar nak kasih sayang semata mata.Kadang2 perlu juga difikirkan pada masa depan,cth : bolehke dia bagi kesenangan pada anak2 nanti?merana tak anak2 nanti ? boleh ke dia penuhi impian anak2 kalau nak beli benda itu,benda ini.Hmm,pada saya Firdaus boleh nak kawin,tapi carilah yang sekufu.Cari perempuan yang biasa hidup kampung,susah macam dia,tak educated.Even allah pun suruh memilih pasangan yang sekufu.Maaf kepada writer sebab bagi komen yang mengkritik macam ni.Just my two cents.Thanks :)

akubersamaCahya said...

bestnya kalau cik anon bgi nama cik anon.. huhuhu :)

mmg dgr macam tak logik. but FYI cik anon, sy menulis selalunya buat research, baca buku2, dr pengalaman sendiri dan juga pengalaman org lain.

cerpen ni dgr macam tak LOGIK tapi inilah yg berlaku kepada sahabat ibu saya. :) jodoh itu rahsia Allah.

dari komen cik anon, macam hina aje orang takde rupa, takde pelajaran, n kerja kampung. :)

kalau cik anon rasa mcm tak logik, ehem3 ni namapun cerpen.. always like fairy tales. happy ever after ^^v

Happy Mind said...

this is the best cerpen!!! OMG...ini benar2 berlaku pada saudara saya. they live happily dan dah ada 1 anak pun...
abc, sambung...sambunglah ek? buat versi novel ke? why not?

akubersamaCahya said...

Happy Mind : hehehe kebetulan aje nih hehehe :) sambung? hehehe

banyaknyaaaa nak sambung jadi novel hik3 :)

Anonymous said...

saya baru jumpa blog & cerpen ni...best...byk kali saya mmbacanya..
klu blh smbg la lagi...rasanya perlu dijelaskn di mana aishah pernah terlihat senyuman firdaus tu...
tentang rose tu yg dh tak kacau firdaus lagi...carikan psgn utk si rose tu, mail mgkin...
citer ni mmg best & LOGIK sbb di sekolah tmpt keje saya ada guru yg dh master yg sama jodohnya ngan si aishah tu...
yg penting si suami tahu tanggjwb & rajin brkerja...jodoh tu kn rahsia Allah...
klu citer ni wat novel lagi best...klu blh saya nak org pertama yg beli...

aTie said...

Cerpen yg best.... byk kali bacapun x pe. Teruskan tulis cerpen ye. Guna bakat kurnian Allah sebaik-baiknya.

Anonymous said...

comel ler citer ni..best..dh byk kali baca pun tak jemu...hrp ada smbngn atau wat novel k...pasti best

Anonymous said...

suka sgt dgn cerpen ni..best. cik writer buat la sambungan..

Anonymous said...

wahhhh! best sgt cita nie. susah nk jmpa. tahniah. :3

akubersamaCahya said...

tq :)

ada said...

Best..

Anonymous said...

salam. First time singgah sini. Anyway, cerpen ni best giler. selalunya kita baca laki tu keje ceo la bla bla bla la.. Tp kali ni simple je. Laki keje kampung n pompuan cg. Sweet gitu. Kalo boleh sambung la lg cite ni. Bagi ada watak antagonis sket. Rose tu simple sgt. Takpon buat je ada orang ketiga dalam hubungan firdaus ngan aishah tu. Baru la ada 'thrill' .. Just suggestion. :D keep it up!

Nur Iffah said...

salam abc.. Best cite ni. Watak pon simple je. Memang la nampak tak masuk akal, cg lulusan master kawen ngan org keje kg yg blajarnya takat spm je. Tp itulah yang dikatakan kehidupan. Takde yang mustahil melainkan yang benar-benar mustahil. Well, keep it up abc! U're talented writer. Nanti kalo ada cerpen baru, boleh tak emel kan linknya kepada sy . Well, sy peminat tegar cerpen n novel cinta. :P

RyanaSakura said...

Sweeetttt

RyanaSakura said...

Sweettt gileeee...tersenyum jer aku cam org xbtol time baca cerpen ni������

RyanaSakura said...

Sweettt gileeee...tersenyum jer aku cam org xbtol time baca cerpen ni������

Anonymous said...

Bestnyee..laen drpd yg laen..kipidap!

Anonymous said...

Alolo..sweetnyee..best sgtt2..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sy bru baca.. Sy suka sy suka.. Mak Abah sy mcm ni.. Now,anak2 dh berjaya but they still romantic as always.. One of ex student Mak dy accountant n her day kerja pekebun sekadar ja.. Keep it up..

Unknown said...

*bapak dy kerja pekebun sekolah ja(typo hehe).. Tp anak comel2.. Hehe sebenaqnya rmai ja yg mcm ni,, Tp depend on us la how to create the happiness..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

best la cite ni bro...-iezahtakuya

Unknown said...

Boleh tahan...seronok baca cerpen...klu boleh buat light novel..boleh up bakat sikit...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Udah berkali-kali baca cerpen ini tapi engga bosen-bosen. Masyaallah ^^

Unknown said...

Penghujung 2019 & masih lagi membaca cerpen2/mini novel abc..
Keep up the good work dear..

akubersamaCahya said...

terima kasih

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders