Wednesday, November 17, 2010

love is forever~ 08


Peluh memercik ke dahi. Mulanya hanya menghantar nasi lemak ke kedai Haji Ali di hujung kampung dan Mak Temah yang hampir sedikit dengan Pekan, Haikal yang penuh muslihat ini membawa aku terus ke Pekan kecil kampungnya. Mulanya dia nak bawa aku ke Pusat Bandar, walaupun Pusat Bandar Kuantan hanya 25 minit dari rumahnya, awal-awal lagi aku tolak. Mau tidak. Apa pun tak dibawa, nanti tak fasal jadi PATI. Sudahlah pagi tadi aku dah bergaduh dan berbahas dengan dia. Kereta ada, nak jugak naik motor baba yang dah bertahun tersadai di tepi rumah. Baba pun dah warning macam-macam, Haikal? Nak jadi lawyer kut dahulu kala, menjawab memang hebat! Aku sebal! Macam-macam betul Haikal ni. Ada barang yang hendak dibeli katanya. Aku malas nak berbahas lagi dengan Haikal, mau berjam-jam pula nanti. Sejam aku tunggu dia mencari ’barang’ yang hendak dibeli tapi yang aku rasa hanyalah, Sakit hati! Color Pencil je?! Aku soal, dia sengih-sengih je, nak aje aku bersyarah dengan dia. Haish!
Perjalanan dari Pekan ke rumah yang hanya 10 minit menaiki motor, sekarang sudah jadi macam 10 jam. Argh! Motor ni buat hal pulak. Tayar pancit. Boleh Haikal kata aku penyebab tayar pancit,aku yang sedia lambat nak faham lawak ‘bodoh’ memang tak fahamlah.. kurang asam jawa betul!

“ sayang la ni.. tadi abang dah kata jangan makan banyak, tengok….”
“ apa kaitan?” jawabku bersahaja. Haikal dengan tersengih-sengih menjawab perlahan.
“ sayang berat sangat sampai meletup tayar motor baba..” selamba sungguh. Bakul nasi yang sedia di tangan aku hayun ke arah Haikal. Apa lagi, mengaduhlah. Baru tau. Tergosok-gosok bahagian badan yang terkena ayunan maut bakul aku. Padan! Aku melangkah jauh daripadanya. Menyampah! Sakit hati! Haikal terlari-lari kecil ke arahku selepas memarkirkan motor di bawah sebuah pokok besar. Takkan hilang katanya. Biarkan, hilang baru padan muka. Menjawablah dengan baba. Motor tu nostalgia ummi dan baba zaman remaja mereka. Kisah apa disebalik motor tu aku tak pasti, sebab ummi gelak tak berhenti bila baba sebut motor nostalgia. Mungkin zaman bercintan-cintun, agaknya lah. Kami berjalan beiringan. Sunyi yang menemani. Peluh didahi aku sapu dengan balik tangan. Penat jugak. Matahari dah mencanak terik atas kepala.

“ Sorry,” suara Haikal, perlahan, hanya telinga kami berdua yang mendengarnya. Aku memaling muka kepadanya. Muka penuh tanda soal. Kenapa?
“ Sorry, sebab abang, sayang kena jalan waktu panas-panas macam ni.” ujarnya tanpa memandang aku. Tangannya disilang ke belakang. Aku hanya mencebik dan mengangguk kecil. Memang aku penat! Aku makan sikit je pagi tadi, kalau Haikal tak kacau, mesti dapat makan banyak sikit. Kaki aku sudah lenguh-lenguh.

“ Hal dekat Hotel hari tu, abang mintak maaf.” Haikal bersuara lagi, dan aku benci mendengar hal itu.
“ Malas nak dengar.” Jawabku ringkas dan tegas. Langkah ku ayun lebih laju. Ya, aku lari dari mendengar kenyataan. Aku rela begini, daripada mengetahui cintanya hanya untuk perempuan itu. Aku rela! Haikal mengejar dan menarik lenganku. Memberhentikan aku daripada melangkah lebih laju.

“ Sayang.. Please, we have to discuss this, kalau tak sampai bila?” ujar Haikal penuh pengharapan. Aku menggeleng. Bakul ditanganku, di ambilnya. Tangan ku digenggam. Erat. Entah kenapa aku biarkan. Aku senang begitu?

“ Kalau sayang tak nak dengar, tak nak tau apa yang berlaku sebenarnya hari tu, tak ape tapi please.. tau yang abang tak curang dengan isteri abang, Zulaikha Azra bt Mohd Halim, percaya la! Hanya sayang dalam hati abang sekarang.. Believe me!” ujar Haikal bersungguh-sungguh.

Langkahku terhenti. Dunia yang berputar dipaksi seperti sudah terapung, hilang tarikan gravitinya. Betul. Biar betul? Aku memandang Haikal. Seolah-olah meminta kepastian. Haikal mengangguk. Aku diam. Masih memikirkan kata-kata yang baru keluar daripada mulutnya itu. Haikal mengeratkan lagi pegangan tangan. Bagai ada aliran elektrik mengalir terus ke jantung. Dup Dap Dup Dap. Makin laju dengupan jantung ni. Apakah aku tidak bermimpi? Haikal menarik bahuku perlahan supaya aku berdiri bertentangan dengannya. Mata kami saling berpandangan. Benarlah kata pujangga dari mata turun ke hati. Cintaku bagai semakin mekar dibajai. Tidak lama, aku tersedar dari lamunan cinta itu. Aku mengalihkan pandangan dan menarik tanganku yang digenggamnya dan terus melangkah laju, namun senyuman mengiringi langkah itu. Aku cinta dia!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders