Friday, June 22, 2012

Love Is Forever ~ 30



Selepas keluar daripada hospital, Haikal mengambil cuti selama seminggu untuk membawa aku pulang ke kampungnya, Kuantan. Sudah lama tidak ke sana. Haikal mahu aku berehat 100 peratus dan dia juga mahu mengungkap kembali kisah cinta lama kami. Dengan mengenang kisah lama, sedikit sebanyak membuat kita menghargai masa sekarang, betulkan? Itulah yang cuba Haikal lakukan sekarang. Sikap inilah yang membuatkan aku sentiasa cinta dia!

Hampir sepuluh minit memberi salam, namun ummi dan baba masih belum menjengah keluar. Pintu terkatup rapat. Tiada siapakah di rumah? Selalunya jam begini ummi dan baba ada sahaja di rumah. Asyaaf masih enak lena di dalam kereta, tidak sedar yang kami telah selamat sampai di kampung. 

“Ummi ke rumah orang sakit kut b, selalu ummi dengan baba ada waktu macam ni kan?” ujarku pabila Haikal telah beberapa kali pusing mengelilingi rumah mencari ummi dan baba.

“Mungkin jugak. B nak call sekali lagi, mana tahu baba angkat call kali ni…” Haikal tidak berputus asa. Mungkin juga dek rasa risau dengan kedua-dua orang tuanya.

“Yelah…” jawabku sambil berlalu mahu melihat keadaan Asyaaf yang masih lena, lagipun aku sudah penat berdiri sedari tadi. Kandunganku sudah masuk 8 bulan lebih, sudah menunggu hari kata orang. Ayuni pun sudah mula membebel suruh aku berehat daripada membuat semua kerja, katakanya perut aku seperti mahu pecah tapi aku masih lagi aktif ke hulu hilir. Aku tak betah jika hanya duduk dan goyang kaki, it so not me!

Belum sempat aku melabuhkan duduk di tangga rumah ummi, Haikal kelam kabut mengajak aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya menurut tanpa soal. Kenapa ya? Haikal pantas memandu kereta keluar rumah. Apa telah terjadi kepada ummi dan baba, ya Allah lindungi mereka.

“Kenapa b, nak ke mana ni?” soalku, tidak mahu hanya berdiam diri.

“Mak Long cuba bunuh diri…” aku melopong.

“Hah?! Kenapa pulak?” 

“Entah, baba suruh ke rumah mak long, dekat sana kita tahulah sebab apa…” ujar Haikal, ada riak resah dan tidak senang diwajahnya.

“Astagfirullah…”aku mengeluh perlahan, seribu dugaan aku lalui, tak pernah terlintas walau sekilas angin niat dihatiku untuk membunuh diri. Mohon diperkuatkan imanku. Allahuakbar.

Sebaik sampai di perkarangan rumah mak long, ramai penduduk kampung sudah berada disitu. Ada yang berbual sesama mereka, ada juga yang keluar masuk rumah. Asyaaf yang masih lena, dikendong Haikal masuk ke dalam rumah. Dari jauh kelihatan ummi dan baba di muka pintu.

“Ummi mintak maaf Zu, ummi terlupa terus yang kamu semua nak balik harini…”ujar ummi, wajahnya penuh riak bersalah dan resah.

“Tak apalah ummi… macam mana mak long?” ummi memandang baba yang sedang berbual dengan Haikal. 

“Tak habis lagi meraungnya, entah mana pergi iman dia, terkejut ummi pagi tadi bila Samad datang kata Mak Long cuba bunuh diri. Hilang semangat…”adu ummi. Aku genggam tangan ummi erat, memberi semangat. Ummi menarikku masuk ke dalam rumah. Kedengaran esak tangis Mak Long, bila asyik terdengar raungan dan tangisannya, meremang bulu romaku. Aish…

“Apa yang jadi sebenarnya ummi?” soalku mahu tahu.

“Suria punya hal la… suami elok-elok ada dia mintak cerai. Sekarang lari dengan Indon yang buat renovation kat balai raya tu…” ada air bergenang di tubir mata ummi, mak long bukan orang lain, kakak sulung ummi, dan Suria anak saudara ummi juga walau buruk mana pun dia.

“Allahuakbar, kenapa jadi macam tu pulak…?” 

“Entahlah… tak paham ummi, suami dia dulu bukannya jahat ke apa, kerja cikgu lagi, nak jugak dengan mamat Indon tu…orang kampung tak sempat tangkap diorang sebelum lari keluar kampung, tapi semalam orang tangkap diorang berdua-duaan dekat rumah mamat Indon tu.” ummi berhenti seketika mengambil nafas, aku hanya mampu beristighfar. Sebelum ini aku hanya membaca di dalam akhbar tentang kes begini, akhirnya saudara terdekat aku sendiri mengalaminya.

“Suria nak kahwin dengan mamat tu, tapi Mak Long tak bagi. Akhirnya terbongkar rahsia yang Suria mengandung anak mamat tu… Mak Long pun apa lagi, marahlah, Suria la satu-satunya anak dia, tapi jadik macam ni pulak.” Ummi mengeluh perlahan. Kasihan Mak Long, walaupun Mak Long pernah memberi luka pada kisah hidupku, tapi aku tidak pernah berdendam. 

Sedang asyik mendengar cerita daripada ummi, terdengar sedikit kekecohan orang ramai dengan suara lantang Mak Long. Mak Long cuba untuk lari keluar rumah, tapi dihalang oleh beberapa orang wanita lain. Entah mana tenaga yang Mak Long dapat, ditolaknya dengan mudah beberapa orang yang menghalang pergerakannya. Belum sempat Mak Long berlari keluar langkahnya terhenti bersama pandangannya yang jatuh kepadaku. Tajam pandangannya, aku lihat ada api kemarahan di matanya.

“Kau buat apa kat sini hah perempuan! Kau buat apa kat rumah aku!!!” jerit Mak Long kepadaku. Ummi menarik aku kebelakangnya, melindungiku.

“Apa ni kak… ni menantu saya, anak saudara akak la jugak…” ummi berkompromi. Ah! Mak Long tengah serabut tu, pujuk hatiku. Takut jugak aku kalau-kalau Mak Long mengamuk dengan kehadiranku, sedari dulu aku ini dibencinya.

“Aku tak suka tengok dia, dalam rumah aku! Perempuan ni tak guna! Berani kau masuk rumah aku!!” lantang sahaja suara Mak Long tika ini. Aku pegang erat perutku, sudahlah baru keluar hospital. Mak Long cuba menghampiriku, masih terhalang dengan pegangan orang-orang yang ada. Allah, jauhkan aku daripada kecelakaan.

“Lepaskan aku, aku nak bunuh perempuan ni, sebab dia hidup anak aku hancur, sebab perempuan tak guna ni la!!!” jerkah Mak Long lagi. Aku tetap berlindung di belakang ummi.

“Apa bising-bising ni kak…” suara baba. Aku pandang Haikal di sebelah baba dengan mata bergenang air mata. Asyaaf yang sudah terjaga, meluru mendapatkanku begitu juga dengan Haikal. Haikal memeluk bahuku, dan Asyaaf memeluk pinggangku. Hero-heroku sudah ada, aku tidak gentar lagi!

“Budak haram ni pun ada, aku nak bunuh diorang berdua, lepaskan aku! Setan, aku bunuh kau setan…” Mak Long sudah memaki hamun. Baba dan ummi hanya mampu menggelengkan kepala. Wajah Haikal sudah merah menahan marah.

“Siapa haram? Siapa setan?” Haikal bersuara lantang, dan melangkah ke hadapan Mak Long yang erat dipegang oleh beberapa wanita.

“Bini dengan anak kau, diorang tu setan! Haram!” Mak Long bagai mencurah petrol ke dalam api, meletup!

“Setan tu dalam hati Mak Long, sebab tu Mak Long macam setan sekarang…!” jerkah Haikal.

“Haikal!” tegur baba, tegas!

“Tak boleh baba, Mak Long dah melampau, dari dulu Haikal sabar bila dia kutuk anak isteri Haikal, tapi harini Haikal takkan diam lagi.” Haikal tetap memberi pandangan tajam kepada Mak Long, tak pernah aku melihat Haikal segarang ini, seperti serigala jadian! Mata merah sahaja…

“Kau tak payah nak tunjuk kau baik, macam orang tak tahu siapa anak kau tu.. anak haram!” Mak Long bersuara keras. Matanya terbeliak luas. Wajahnya bengis sekali. 

“Siapa Mak Long nak tentukan halal haramnya manusia? Kalau anak saya haram, macam mana pulak cucu Mak Long dalam perut Suria tu?” Mak Long hilang kata-kata. Diam. Aku yang melihat hanya mampu senyap tanpa suara, Asyaaf aku peluk erat. Aku tahu Asyaaf memahami, dia matang dari usianya. 

“Aku benci kau dan keluarga kau, keluar setan keluar… pergi!!!!!!” jerit Mak Long sebelum berlari keluar rumah. Orang yang memegangnya tak terdaya menghalang lagi. Dibiarkan Mak Long berlari entah ke mana, semua hanya memandang. Ummi mengejar ke muka pintu. Tak lama, sebelum ummi menempik… Mak Long dilanggar lori tanah! Allahuakbar.

+++++++

Urusan pengebumian jenazah telah selesai, semuanya berjalan dengan lancar. Pemergian yang mengejutkan, dan juga menyedihkan. Moga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang beriman. Aku hampiri ummi yang masih lagi mengelap pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk kenduri tahlil sebentar tadi. Aku ambil tempat di sisi ummi, ummi kalih memandangku dan memberikan senyuman. Senyuman ummi tampak tawar. Ummi pastinya terasa kehilangan.

“Ummi mintak maaf bagi pihak Mak Long ye Zu..” aku hanya mengangguk perlahan.

“Zu tak pernah ambil hati dengan Mak Long. Dia dah takde pun, buat apa Zu nak terasa lagi. Erm... Ibu dan ayah kirim salam dan takziah, Zu sempat telefon tadi.” Ummi menjawab salam perlahan. Aku membantu ummi menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai.

“Zu pergi la berehat, perut tu dah sarat sangat dah…” ujar ummi.

“Kejap lagi Zu rehat ye ummi…” takkan aku tegar membiarkan ummi membuat kerja sendirian. Sedari tadi ummi tidak berhenti membuat kerja. Dalam diam, aku mencari Suria, di mana dia? Nak tanya ummi, macam tak patut pula, sudahlah ummi masih bersedih hati. Aku senyapkan sahaja segala persoalan yang ada. Mungkin aku boleh tanyakan pada Haikal nanti.

++++++

“Sayang buat kerja banyak sangat harini, baby-baby ayah okay?” Haikal mula berdialog dengan bayi di dalam perutku. Aku hanya mampu tersenyum dengan tingkahnya. Tangannya yang masih mengusap perutku aku genggam.

“Mama masih kuat, sebab baby dalam perut mama sihat dan aktif.” Haikal tersenyum lebar.
“Okay, jom mama, ayah pun dah letih, jom kita tidur.” Haikal menyelimut tubuhku dengan selimut. Tangannya seperti biasa akan melingkari pinggangku. Jika dulu penuh dipeluknya, tapi kini kami berempat, jadinya pelukkannya tidak lagi penuh pinggangku seperti selalu. Namun, terasa penuh cinta dan kasih sayang. Aku belai wajah suami yang amat aku cintai, Haikal tersenyum dengan tingkahku. 

“Ayah garang sangat hari ni, takut Mama.” Ujarku penuh manja. Haikal tersenyum dan mengelus pipiku perlahan. Giliran bibirku pula dielus perlahan oleh jemarinya. 

“Ayah sayang mama, ayah sayang Asyaaf dan baby-baby. Sebab tu ayah garang. Sabar ayah ada hadnya mama…” aku tersenyum.

“Mama tahu, semua orang tahu, ayah memang garang.” Aku ketawa kecil. Haikal mencuit hidungku.

“Mama ni…” 

“Mama nak tanya ni…. Ayah tahu mana Suria? Dari pagi kita sampai tak nampak batang hidung…” 

“Suria? Ummi tak cerita?” aku hanya menjungkit bahu.

“Suria ikut ayah anak dialah, balik Negara dia. Sebab tu Mak Long naik gila. Mak Long dah takde sesiapa kat sini melainkan Suria.” Aku terangguk-angguk, patutlah.

“B tahu kan, Mak Long nak Suria gantikan tempat Alisya dulu, lepas Alisya putuskan pertunangan.” Haikal memandangku dengan kening bertaut.

“Kenapa ni sayang… tiba-tiba?” 

“Saja, nak tanya b… boleh?” 

“Janji jangan merajuk or apa-apa yang negatif okay?” aku ketawa, tak mungkin aku akan cemburu lagi, Haikal milikku sepenuhnya.

“Okay!” aku menunjukkan tanda ‘peace’ kepadanya. Haikal tersenyum sahaja dengan tingkahku.

“B tahu… tapi Suria tu… entah lah… dah macam adik, macam Aida aje…” aku memandang Haikal pelik, kalau Suria macam adik… tapi…

“If Suria macam adik, masa tu kenapa Zu? Bukan ke Zu ni terang-terang adik angkat?” Haikal ketawa kecil. Ketawa yang membuat aku lagi hairan. Mesti ada udang disebalik batu!

“Haa… are you still hiding something from me. Right?” aku mula serkap jarang. Aku kecilkan mata memandangnya. Haikal masih lagi ketawa. 

“B tak pernah sembunyikan cinta b kan? So... there’s nothing hidden.” Ah! Aku masih tak faham!

“Yes, Zu tahu b sayang Zu, cintakan Zu… Zu tanya masa Zu 19 tahun dulu… bukan sekarang...”aku membentak kecil. Tak puas hati dengan jawapan Haikal.

“Sayang… Sayang… bila korek rahsia memang habis lubang cacing eh?” aku menjelir, merajuk manja.

“Zu nak tahu aje, kenapa Zu yang jadi pilihan masa genting tu…?” Haikal dengan pantas meletakkan jari dibibirku.

“Shh….kan b dah pesan, jangan cakap macam tu… B tak suka ingat balik waktu-waktu macam tu…”

“Jodoh… Allah sentiasa tahu yang terbaik buat hamba-hambaNya. Mungkin Zu yang terbaik buat b…” Haikal yang mendengar tersenyum senang hati.

“Betul… sebenarnya… b dah mula sayang dekat sayang masa kita asyik ber ‘chatting’ dulu… B setiap hari tak lengkap kalau tak chat dengan sayang… habis kelas, terus bukak laptop sebab nak chat. Kalau tak, macam tak sempurna aje hidup.” Haikal terus sahaja bercerita dengan wajah yang sangat ceria, comel! Aku? Terkejut dengan kenyataan itu.

“Hah… really? So… we feel the same here…” aku meletakkan tanganku ke dada. Kiranya kami saling mencintai namun tidak meluahkannya. Aku masih terlalu muda tika itu, masih beruniform sekolah!

“Kantoi… kecik-kecik dah gatal!” Haikal mencubit pipi perlahan. Aku menepis tangannya, mencebik.

“B pun gatal, jatuh hati dengan budak sekolah.” Haikal ketawa besar hingga aku terpaksa menutup mulutnya. Kalau ummi dan baba dengarkan tak manis, Mak Long baru aje dikebumikan siang tadi.

“Jangan la gelak kuat-kuat.” Tegurku.

“B just terkenang waktu tu, b memang terfikir, aku jatuh cinta dengan budak sekolah. Memang macam tak berapa masuk akal. Tapi siapa tahu kan…”

“Patutlah b macam bo layan aje Zu lepas tu…” 

“B takut sayang… masa tu b dah ada Alisya… B tak sangka hati b boleh berubah, tapi Allah tu adil, Dia memang memberi yang terbaik.” Haikal menggenggam erat jemariku. Aku tersenyum bahagia. Sungguh, aku sangat bahagia. 

You know what, b sujud syukur masa Alisya putuskan pertunangan kami. At the same time, b terus buat istikharah. Lepas tu, setiap hari b teringat sayang, sebab tu b call and paksa-paksa sayang terima cadangan b…” aku memeluk Haikal erat, dan dia membalasnya. Ah! Makin rasa cinta bila mengenang cerita lama.

“Ibu marah tau, ayah pun… Zu muda sangat masa tu…”

“B tahu, tapi bila b cakap b dah kenal lama dengan sayang, dah buat istikharah, ibu dan ayah dapat terima. Tapi macam-macam juga diorang pesan dekat b, nampak sangat sayang tak matang…” Haikal sengaja mengenakan aku. 

“Pandai la dia…” Haikal mengeratkan lagi pelukannya. 

“Apa-apa pun, kita dah bersama, kongsi hidup, kongsi cinta, kongsi segala-galanya… sampai bila-bila, B janji, cinta kita selamanya…” aku mengangguk dalam pelukannya. Cinta kami akan kekal selamanya, selagi masih bernyawa hingga menuju ke syurga! 

“Ada surat dari Alisya, tapi terlupa nak bawak..”

“Erm… dah baca pun…B dah maafkan semuanya…”

++++++++++++

kadang-kadang saya terberangan. seronoknya dapat suami macam Haikal.
ada ke?
^^v much love readers.

1 bab lagi, tapi pendek aje sebagai pengakhiran.
komen ye.
my first e-novel :)

6 comments:

Sumayyah Nadhirah said...

yeaa tamat...akhirnye terungkai yg haikal suke zu dr dulu lg... =)

Anonymous said...

sis..
tq ye sbb buat novel yg best mcm ni..
ske haikal tp xn suami yg pns baran.. hihi ^^
~ syu ~

Syira said...

salam

ingatkan cerita betul rupanya novel.hihi

Anonymous said...

terbaik..!hehe..endinye ble palk nk post??

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

hahaha , terbaik la... abc , mana cerpen untuk bulan ni..? hahaha , ari tu cakap nk post.. i'll waiting :)
last ending untk LIF , msti good ending , kan ? :)

Anonymous said...

Thanks for a marvelous posting! I certainly
enjoyed reading it, you happen to be a great author.
I will be sure to bookmark your blog and will often come back at some point.
I want to encourage yourself to continue your great writing, have
a nice weekend!

My web-site: blogger.com