Friday, August 31, 2012

cerpen melalut.

Salam Syawal.

Salam Merdeka.

abc berehat sebab demam.
waktu siapkan CIA, editing and re-format ^^ CIA
abc demam, batuk selsema.

biasalah alah sangat-sangat dengan habuk dan cuaca sejuk
sejak-sejak asthma hui3

Alhamdulillah, sudah sehat tapi masih sengau.
abc sedang menghabes beberapa cerpen.
ada yang re-type, re-format, re-re-re lagilah.

ada yang termacam tersama cerita lama2 dulu pulak. aishhhh!
idea sudah kurang, sebab cinta sudah tarak. hu-hu-hu

.......

watching batman ni harap-harap boleh dapat siapkan cerpen satu.
esok abc join konvoi merdeka KELAB WAJA :)
syiokkkk!

doakan abc diILHAMI idea yang baek dan menarik serta boleh memberikan kita ilmu dan pengajaran.
taknak lah penulisan abc menjadi suatu yang sia-sia. ^^

apa yang penting??? KOMEN DAN KRITIKAN DARIPADA ANDA SEMUA.

much love readers


#currently abc terfikir nak bukukan semua cerpen abc dan jadikan hadiah istimewa buat pembaca blog abc yang bertuah, amacam care tak??? hek-hek-hek

Wednesday, August 29, 2012

Mimpi. Lili. Dia

Salam Syawal.
last entri sebelum tidur. 

semalam mimpikan suatu yang indah.
tapi mimpi mainan tidur kan?

mimpi abc:

lelaki chinese look. 
dia bagi abc 9 kuntum bunga lili.

apa maknanya ye?

lepas google, abc dapat beberapa jawapan.

9 kuntum : mencintai satu sama lain selamanya

bunga : Lily

Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai ciri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi

+++

nak tahu lebih lanjut, boleh check link kat bawah ni ^^



+++

abc sangat sukakan bunga lili.
tu yang men'sweet'kan mimpi abc :)

boleh buat cerpen nih.

p/s: komen takde lagi nih untuk CIA part 2 erm.....

 

Cinta Skodeng 2 = Cinta Itu Ada ^^

Salam Syawal.
Alhamdulillah.
Cinta Itu Ada sudah siap disiarkan.

abc harap sangat komen daripada readers semua.
baca dan komen okeh.
mungkin ada yang boleh diperbetulkan untuk penulisan yang akan datang :)

+++


CINTA SKODENG  PERNAH BACA?

kalau pernah baca,
bacalah sambungan kisah Adam dan Syafiqah dalam

CINTA ITU ADA.



genre mungkin berbeza yang sama ialah CINTA ^^



+++

lepas baca harap balas ^^
komen okeh.

much love readers!

Cinta Itu Ada - Part 2








Syafiqah mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Nombor Kak Ida dicari dan didail. Lama ditunggu sebelum panggilannya disambungkan.

            “Assalamualaikum… so how? Happy dapat jumpa suami tersayang awak tu?” Kak Ida terus sahaja bersuara sebaik menyambung talian. Syafiqah hanya tersenyum dalam sebak.

            “Waalaikummussalam… erm, mulanya happy la dah sampai tapi…” Syafiqah tak dapat menahan tangisnya. Air mata yang ditahan-tahan akhir melimpah keluar dari tubir mata. Esakan yang mulanya perlahan, kini kian menjadi-jadi.

            “Alahai, kenapa pula ni Ika?” Kak Ida terus sahaja menyoal sebaik mendengar esakan Syafiqah yang kian deras.

            “Ika sendiri tak faham kak, ingat dia happy bila Ika ada depan mata dia. Tapi tak, dia marah-marah.” Kak Ida hanya mampu beristigfar perlahan.

            “Sekarang Ika nak ke mana? Sarawak bukan tempat Ika kan…” Syafiqah mengawal tangisnya.

            “Adam suruh ke rumah sewa dia. Ika dalam perjalanan ke sana… Akak…” Syafiqah yang masih dalam sedu, cuba untuk terus meluahkan rasa hatinya.

            “Hati-hati kalau macam tu… kenapa Ika?”

            “Ika dah jumpa perempuan tu.” Syafiqah menarik nafasnya dalam-dalam. Lalu dilepaskan perlahan. Pandangan dilepaskan keluar tingkap teksi.

            “Perempuan tu? Perempuan mana?” Syafiqah melepaskan lagi lelahnya.

            “Perempuan yang hantar gambar dia dengan Adam, perempuan yang nakkan Adam.” Kak Ida terkedu. 

            “Apa yang jadi? Dia ada buat apa-apa?” Syafiqah tersenyum tawar dengan gelagat Kak Ida yang mula kelam kabut.

            “Jangan risau. Dia cakap benda yang sama macam yang dia mesej dulu. Cuma, dia kata dia akan minta Adam kahwin dengan dia sebagaimana Ika minta Adam kahwin dengan Ika. Ika tak berapa faham yang tu, entahlah tak faham Ika. Ada juga perempuan macam tu dalam dunia ni.” Syafiqah mula merungut.

            “Ika, kamu sedar ke tak ni?” Kak Ida bersuara tegas. Syafiqah mengerut dahi, sisa air mata di sapu dengan belakang tangan.

            “Kenapa?”

            “Hei, perempuan tu nakkan suami kamu. Kenapa kamu macam relax aje? Tak takut?” Nyaring suara Kak Ida menyoal.

            “Isteri mana tak risau kak. Nama dia Hanisah. Cantik, anggun dan sangat elegen. Mana-mana lelaki pun akan suka dengan dia. Ika takut, memang takut, lagi takut bila nampak yang Adam dan dia sangat mesra dan rapat. Tapi apa yang Ika boleh buat kalau mereka berdua memang saling suka satu sama lain?” Air mata yang sudah berhenti sebentar tadi kini kembali. Terlalu banyak perkara yang bermain difikiran Syafiqah. Sikap Adam, Hanisah dan bayi yang dikandungnya. Emosi Syafiqah bercampur aduk. 

            “Ika… jangan nangis ye dik. Sabar, akak minta maaf sebab cakap macam tu. Ika jangan lemah, jangan putus asa. InsyaAllah, Adam hanya untuk Ika.” Syafiqah tersenyum dalam tangis.

            “Ameen… Akak doakan ye, Ika takut Ika tak kuat dengan ujian ni. Terasa berat kak.” Syafiqah mengesat air mata yang mengalir perlahan dipipinya.

            “InsyaAllah. Ika kuatkan semangat ye dik. Erm… baby macam mana? Tak meragam?” Kak Ida cuba mengalih topik, tidak mahu lagi membuat Syafiqah terus menangis. Jika terus menerus menangis, dia akan mudah menjadi lemah. Sudahlah kandungannya masih baru. Tubuh Syafiqah masih belum biasa dengan perubahan yang berlaku.

            “Alhamdulillah, sepanjang perjalanan takde meragam. Mungkin dia pun teruja nak jumpa Ayah dia, tapi… erm…” Kak Ida mengeluh lemah, ingatkan sudah boleh beralih topik tapi makin ke dalam. Kak Ida menggigit bibir.

            “Jangan fikirkan sangat, Adam letih kut, balik karang okay la tu. Sabar ye.” Syafiqah mengangguk perlahan biarpun Kak Ida tidak dapat melihat.

            “Okay akak, kirim salam family ye. Eh, Ika dah sampai rumah, nanti kita sambung ye.” Sebaik memberikan salam, Syafiqah menamatkan talian. Tambang teksi dibayar dan kemudian dia melangkah masuk ke rumah. Kunci rumah yang diberikan Adam dikeluarkan daripada beg tangannya. Hati masih ragu-ragu, perlukah dia berada di sini? Langkah Syafiqah mati dan kaku di depan pagar rumah sewa Adam. Masuk atau tidak, itu yang bermain difikirannya. Kalau dia masuk, jadi dia harus berdepan dengan Adam malam ini, mampukah? Kalau dia pulang ke semenanjung, masalah antara dia dan Adam akan terus berlarutan, bilakah akan selesai? Syafiqah mengeluh sendiri. Perut yang mula berkeroncong mengganggu Syafiqah untuk membuat keputusan yang bernas. Langkah diatur semula, menjauhi rumah sewa Adam. 

+++++++++++

            “Siapa tu Adam?” Belum sempat melabuhkan duduk, Johan lebih cepat meluru dengan soalan.

            “His wife la…” Celah Hanisah. Adam hanya menjungkit kening. Hatinya serba salah. Bertindak sebelum berfikir. Terlalu gembira hingga terkejut dan terus sahaja bertindak luar fikiran. Wajahnya diraup beberapa kali. 

            “Your wife? Comel! Sebaya ke Adam?” Johan memuji, Adam memandang Johan dengan wajah yang serius.

            “Hey, aku puji ikhlas, takde makna lain la. Sebaya?” Johan menangkas pandangan Adam yang dari tafsirannya beriak cemburu. 

            “Nope. Muda setahun. Terima kasih kerana memuji isteri aku ye, dia memang comel.” Ujar Adam dengan senyuman yang melebar. Johan mencebik.

            “Eleh, menyampah.” Rungut Hanisah perlahan namun dapat juga didengari oleh Adam dan Johan. Johan menjungkit kening, Adam mengerut dahi. 

            “Nisah, you jealous ke?” Johan menempelak. Hanisah kalut sendiri.

            “Kenapa nak jealous? I lagi cantik dari dia. Am I right Adam?” Hanisah bersuara membangga diri. Johan ketawa besar, Adam cuma tersengih dan menggeleng.

            “Nothing can defeat my wife. Walaupun dia sudah berkedut nanti, dia tetap yang paling cantik di sisi I.” Ujar Adam sebelum melangkah ke bilik pengurusnya. Johan bertepuk tangan dan Hanisah hanya mampu melopong. 

            Hari ini merupakan hari terakhir Adam membuat latihan industrinya di Sarawak. Tempoh selebihnya akan di sambung semula di cawangan syarikat di Johor Bahru. Itu yang tertulis dalam perakuan perjanjian latihan industrinya dengan syarikat tersebut. Disebabkan dia tidak pernah ponteng kerja, prestasi kerja yang memuaskan dan hubungan baik dengan pengurus, Adam dapat pulang lebih awal pada hari terakhirnya. 

            “Sepatutnya hari last kena celebrate dengan kawan-kawan ofis tapi dia nak balik awal.” Rungut Hanisah yang sudah terpacak di tepi meja Adam. Adam hanya mengangkat bahu, malas untuk memberi sebarang komen. Hatinya berlagu resah, bersalah dengan apa yang telah dilakukan kepada Syafiqah.

            “Adam” Panggil Hanisah. Adam hanya membisu, tangannya ligat mengemas meja kerjanya. 

            “Adam!” Tempik Hanisah. Mengejutkan Adam, Johan dan beberapa pekerja yang lain.

            “What?” Suara Adam keras, rimas dengan sikap Hanisah yang mendesak.

            “I panggil you boleh buat pekak aje kan.” Rungut Hanisah.

            “Apa yang you nak Nisah?” Soal Adam. Tangannya masih ligat mengemas barangannya. Lagi cepat dia kemas lagi cepat dia dapat pulang ke rumah.

            “I belanja you lunch hari ni, jom?” Adam mengerut dahi, tangan berhenti dari mengemas. Pandangan pelik diberikan kepada Hanisah. Hanisah hanya tersengih.

            “Nisah, you tak faham eh? I kena balik cepat. Isteri I datang dari jauh sebab nak jumpa I, so I kena balik terus rumah. I habis hari ni bukan bermakna I dah habis praktikal, I kena sambung lagi tau, ada lagi tiga bulan. Jadi kalau you nak celebrate juga my last day, tunggu lagi tiga bulan okay.” Ujar Adam tegas dan jelas. Adam menyambung mengemas barangannya. Hanisah yang mulanya tersengih-sengih kini merengus marah. Langkahnya diatur laju ke mejanya. Johan yang melihat hanya mampu ketawa dan menggelengkan kepala. 

            “Semua kau nak try Nisah…” bisik Johan perlahan, lalu menyambung kerja-kerjanya.

Setelah selesai mengemas mejanya. Adam bersalaman dengan pekerja-pekerja yang ada. Setelah itu dia terus melangkah keluar daripada pejabat. Tugasnya di Sarawak sudah selesai, selebihnya akan disambung di Johor Bahru. Lusa dia bercadang untuk terus terbang ke Johor, tetapi kehadiran Syafiqah mungkin akan mengubah rancangannya. Mungkin Sarawak boleh jadi destinasi bulan madu mereka, fikir Adam sehingga membuahkan senyuman dibibirnya. 

            “Nakal kau Adam” Bisik hati Adam. Motosikalnya dihidupkan, topi keledar dipakai kemas. Gear dimasukkan, lalu terus bergerak laju ke rumahnya. Syafiqah sentiasa bermain difikirannya.

+++++++++++++

            Brek ditekan. Topi keledar ditanggalkan. Rumahnya sunyi, tiada nampak seperti ada orang di rumah. Hati Adam dipagut resah, mana Syafiqah? Kasut juga tiada. Pintu pagar dibuka dengan kunci pendua, dengan berhati-hati Adam menolak masuk motornya. 

            “Awal kau balik hari ni Adam?” Sapa jiran Adam.

            “Pak Selamat, a’ah hari ni last kerja dekat situ, lagi pun isteri saya datang harini.” Jawab Adam penuh sopan. Pak Selamat merupakan seorang pesara askar. Orangnya berasal dari Perak, oleh kerana bertemu jodoh di Sarawak jadi dia terus sahaja menetap di sini.

            “Oh… budak perempuan yang berdiri depan rumah kamu tu isteri kamu la?” Soal Pak Selamat lagi.

            “Pak Selamat ada nampak dia? Ni macam takde kat rumah aje ni.” Soal Adam dengan riak bimbang.
            “Tu la, pak cik tak sempat nak bertanya apa-apa, dia berdiri aje, lepas tu dia tahan teksi yang kebetulan lalu kat sini. Tak tau la ke mana dia pergi.” Adam menggigit bibir. Takkan Syafiqah pulang ke semenanjung?

            “Takpe la Pak Selamat. Terima kasih ye.” 

            “Ha... yelah, kamu telefonlah dia nanti ye, adalah ke mana dia pergi tu.” Ujar Pak Selamat lagi. Adam hanya mengangguk.

Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi telefon bimbit Syafiqah namun tidak dapat dihubungi. Telefon Syafiqah seperti dimatikan. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Semua salah aku, bentak hati Adam. Tubuhnya dihempas ke atas sofa, telefon bimbitnya dibelek lagi. Entah bagaimana untuk menghubungi isterinya.

            “Sayang… janganlah merajuk.” Bisik Adam perlahan, matanya dipejam erat.

            “Bila pulak Ika merajuk.” Suara itu mengejutkan Adam sehingga membuatkan dia terus berdiri tegak.

            “Sayang?” Soal Adam dengan wajah penuh persoalan dan hairan.

            “Kenapa tengok Ika macam tu? Kenapa? Tak suka Ika datang sini?” Sinis sahaja soalan Syafiqah. Adam memandang Syafiqah atas bawah, kedua-dua belah tangan isterinya penuh dengan beg plastik. Syafiqah ke pasaraya? Adam terus meluru ke arah Syafiqah yang melangkah perlahan menghampirinya. Tubuh Syafiqah terus dipeluknya erat. Syafiqah terkejut besar, dek kerana terkejut dan letih yang teramat, semua beg plastik yang dipegang terlepas daripada genggaman.

            “Abang ni… pecah dah telur Ika beli. Eii… apa abang ni.” Syafiqah cuba meronta untuk melepaskan diri. 

            “Sayang… Abang minta maaf. Abang minta maaf sangat-sangat. Maafkan Abang.” Suara Adam yang mula kendur dan berselang dengan esakan, mematikan rontaan Syafiqah. Pelukan Adam dibalas.

            “Kenapa ni?” Soal Syafiqah. Adam melepaskan pelukan. Wajah isterinya dipandang. Ciuman diberikan di dahi Syafiqah. Tangan Adam yang memegang wajahnya dicapai dan digenggam lalu disalaminya.

            “Abang….” Belum sempat menghabiskan kata, Adam memandang wajah Syafiqah yang dilihatnya pucat lesi.

            “Sayang sakit ke? Kenapa pucat sangat ni?” Syafiqah cuma tersenyum.

            “Ika letih aje, belum sempat rehat lagi sejak dari sampai.” Ujar Syafiqah bersahaja. Beg-beg plastik yang terjatuh dari tangan tadi di ambil semula, dan terus sahaja mahu melangkah ke dapur. 

            “Kalau dah letih, masuk bilik kat atas, mandi, solat dan tidur.” Ujar Adam. Semua beg plastik bertukar tangan.

            “Semua ni abang bawak ke dapur. Okay?” Syafiqah tersenyum lagi. 

            “Eh, sayang…. Mana beg baju?” Soal Adam, Syafiqah yang baru beberapa langkah ke bilik ditingkat atas terhenti di tangga.

            “A’ah, beg Ika kat luar, lupa nak ambil.” Ujar Syafiqah dengan sengihan panjang. 

            “Takpe kejap lagi abang bawak ke atas ye.” Adam bersuara lagi, Syafiqah hanya tersenyum. Sudah tahu sikap Adam yang ini, kalau buat salah sikap baik dan romantik seperti ini akan muncul. Tahu pun salah! Desir hati kecil Syafiqah.

+++++++++++

            Adam duduk di birai katil, duduk merenung isterinya yang sedang khusyuk berdoa. Rindu. Rindu yang sentiasa bertapak dihati kini kembali mekar menampakkan wajah. Mujur sahaja dia berwuduk kalau tidak, mahu sahaja dia memeluk isterinya itu sekarang.

            “Abang nak solat?” Suara Syafiqah sebaik menanggalkan telekungnya. 

            “Abang nak solat pulak. Ika hidangkan makanan ye. Abang dah siap masak semua.” Syafiqah terpempan.

            “La… abang dah siap masak? Kenapa tak tunggu Ika aje?” Kain telekung diletakkan di atas katil. 

            “Tak susah pun, untuk isteri abang jugak. Sayang tolong hidang ye, kejapa lagi kita makan sama-sama.” Syafiqah mengangguk perlahan. Marahnya pada Adam seolah sudah terbang menghilang. Adam pandai mengambil hati.

+++++++++

            Doa Adam seusai solat Maghrib berjemaah dengan isterinya malam itu, lebih panjang daripada biasa. Banyak yang dipohonnya daripada Allah, termasuklah kesejahteraan hubungan mereka berdua.

            “Maafkan salah silap Ika sepanjang jadi isteri abang…” Ujar Syafiqah sewaktu menyalami tangan Adam.

            “Abang maafkan. Abang pun minta maaf atas salah silap abang. Maafkan abang untuk sikap kasar abang di pejabat siang tadi.” Ujar Adam, lalu ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih. Dalam tangan yang masih berpaut antara satu sama lain, mereka saling berpandangan sehingga termalu sesama sendiri.

            “Abang akan jelaskan tindakan kasar abang siang tadi, abang harap sangat sayang dapat maafkan abang.” Adam bersuara lagi setelah beberapa ketika mereka berdiam diri.

            “Ika maafkan dan Ika memang nak abang jelaskan, sebab Ika terasa hati dengan apa yang abang buat.” Ujar Syafiqah dengan nada merajuk. Adam menarik Syafiqah yang masih bertelekung mendekatinya.

            “Hari ni, daripada awal pagi abang bangun. Hati abang rasa berbunga-bunga. Abang tak tahu kenapa. Lepas tu asyik teringat yang sayang kata nak datang sini. Abang cari baju baru nak pakai hari ni. Happy sangat. Abang sendiri tak tahu kenapa.” Syafiqah mengerut dahi. Wajah Adam yang kelihatan bahagia bercerita itu dipandang.

            “Kalau happy kenapa marah-marah waktu jumpa ika?” Adam mencuit hidung Syafiqah, Syafiqah mencebik, jari Adam yang mencuit hidungnya digenggam.

            “Abang happy sampai semua kawan-kawan pun perasan. In the middle of that, tiba-tiba nampak muka sayang ni, terpacul depan mata abang. Abang terkejut sangat-sangat. Dalam fikiran abang yang tengah terkejut tu, satu aje yang muncul. Bukan dah kata jangan datang ke?” Adam terus menjelaskan. Syafiqah hanya mencebik. Tubuh yang tadi disandarkan ditubuh Adam dijauhinya.

            “Ika rindu. Abang asyik busy, kadang mesej tak balas. Lately, macam-macam mesej dan call yang Ika dapat. Jadi, abang fikir Ika nak dudukk diam dekat Johor and buat tak tahu. Hati Ika ni meronta-ronta nak cari jawapan. Ika ikut hati Ika, sebab tu Ika sampai sini. Ika ingat abang happy tapi lain pula jadi.” Syafiqah merungut dalam rajuknya.

            “Abang minta maaf ye. Abang ada alasan kenapa tak bagi ika datang sini… abang dah..” belum sempat menghabiskan kata, Syafiqah mencelah.

            “Sebab abang dah suka dekat Hanisah tu?” Adam terpempan.

            “Aik? Apa kaitan Hanisah pula?” Adam menyoal dengan kerutan di dahi.

            “Kaitan la, dia suka dekat abang. Abang pun siap pakai lagi baju yang dia bagi.” Syafiqah bersuara lagi. Adam hanya ketawa kecil dengan rungutan Syafiqah.

            “Sayang… kalaulah semudah itu Abang dapat Syafiqah ni, mungkin semudah tu abang nak terima orang lain dalam hidup abang. Sayang lupa payahnya abang nak kenal sayang, payah nak dapat. Mujurlah sayang sendiri yang merayu abang kahwin dengan abang, kalau tak takde la kita sekarang ni.” Adam menggenggam erat jemari isterinya.

            “Ye la tu…Siap pakai baju dia bagi lagi” Syafiqah mencebik lagi.

            “Ala… dah orang bagi abang ambil la, rezeki jangan ditolakkan.” Adam cuba bergurau tetapi tiada respon.

            “Sayang tak percaya abang?” Adam menyoal penuh gusar.

            “Percaya, tapi satu syarat untuk bagi Ika percaya untuk selama-lamanya.” Syafiqah memandang Adam dengan matanya dikecilkan.

            “Apa dia sayang?”

            “Jangan marah Ika macam siang tadi. Bila-bila pun Ika buat surprise abang jangan marah macam tu, boleh?” Adam ketawa kecil.

            “Sayang ni… abang marah sebab abang dah cakapkan jangan datang, tapi Ika degil, datang juga. Tak bagitau langsung dekat abang pula tu.” 

            “Kan dah cakap, Ika rindu and nak buat surprise.” Syafiqah membela diri.

            “Tahu kenapa abang tak bagi datang?”

            “Sebab Hanisah” Syafiqah menjawab ringkas. Adam menggeleng, hidung Syafiqah dipicit.

            “Bukan. Sebab lusa abang dah balik semenanjung. Abang sambung praktikal dekat Johor.” Syafiqah menggigit bibir. Hidung yang dipicit Adam disapu perlahan. Bila Adam buat begitu tandanya dia dihukum.

            “Kenapa abang tak cakap dekat Ika? Sorry…” 

            “Dah… abang pun buat salah. Kosong kosong ye. Sayang pun dah kena picit hidung. Dah, meh sini…” Adam menarik Syafiqah supaya kembali ke dalam dakapannya. Syafiqah hanya menurut.

            “Jadikan ini ujian perkahwinan kita. Moga di masa akan datang, kita akan terus kuat walau apa pun yang mendatang.” Ujar Adam.

            “Kalau ada yang menggoda, abang janji untuk tak tergoda?” Adam ketawa dengan soalan Syafiqah. Isterinya cemburu, Adam begitu pasti.

            “Kalaupun ada Syafiqah nombor dua, tak dapat dia nak tandingi Syafiqah yang telah curi hati abang ni.” Syafiqah tersenyum.

            “Abang… hati abang dekat mana?” Adam ketawa lagi. Syafiqah kini terlalu manja.

            “La… kan sayang simpan, sayang dah buang ke?” Syafiqah ketawa, jawapan yang ditunggu dulu, kini dia dengari lagi. Syafiqah bersyukur, doanya dimakbulkan. Walaupun mulanya dia menangis, kini dia tidak henti-henti tersenyum gembira.

+++++++++++

Syafiqah mengambil plastik yang mengandungi ubat-ubatannya daripada beg tangan. Adam yang sedang menikmati nasi lemak air tangan isterinya hanya memerhati. Jumlah ubat yang banyak membuatkan Adam memandang pelik.

            “Banyaknya ubat? Sayang sakit apa sayang.” Syafiqah hanya tersenyum.

            “Takde apa-apalah. Kita nak keluar pukul berapa ni?” Syafiqah mengalih topik, niatnya untuk memberitahu Adam malam nanti.

            “Lepas makan ni kita keluar ye. Sayang cuba cakap betul-betul, semacam aje abang tengok ubat-ubat ni. Sayang sakit eh?” Adam membelek setiap satu ubat-ubatan yang diambil Syafiqah.

            “Abang la, dulu dalam Cinta Skodeng doakan Ika sakit, sekarang Ika dah sakit la.” Syafiqah sengaja mengeruhkan raut wajahnya. Adam terperanjat, apa yang di doakan?

            “Abang doakan? Bila? Takkan abang doakan isteri abang sakit?” Adam cuak.

            “Ala… doa Ika sakit, mual-mual, muntah-muntah… lupa?” Adam terlopong.

            “Sayang… are you pregnant?” Syafiqah hanya tersenyum.

            “Sayang… tell me…” Syafiqah ketawa akhirnya.

            “Ala… Ika baru nak buat surprise… Ika mengandung almost two month.” Adam mengucap syukur yang tak terhingga. Berkali-kali ucapan Alhamdulillah diucapkannya.

            “Sayang demam tu sebab perkara ni la? Kenapa tak bagitau abang?” Syafiqah cuma tersenyum. 

            “Nak bagi surprise la, surprise tak?” Gurau Syafiqah.

            “Sangat! Thank you sayang.” Adam memeluk erat isterinya. Syafiqah tersenyum bahagia. Pelukan Adam dibalas dengan pelukan yang lebih erat. Betullah kata orang, anak pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.
 
++++++++

            Syafiqah memeluk tubuh. Sebaik melangkah masuk rumah, beg tangan dan beg plastik barangannya semua dibuang ke lantai. Dia marah dan geram! Adam mungkir janji.

            “Ika… apa ni?” Adam menggeleng-gelengkan kepala, semua barangan Syafiqah dikutipnya. Syafiqah didepaninya.

            “Tell me…” Adam bersuara, wajah Syafiqah disentuh dengan jemarinya.

            “Kata nak jalan-jalan…” Adam melepas nafasnya perlahan.

            “Sayang, tengok muka sayang… pucat lesi. Sayang kena banyak rehat. Sayang tak makan apa pun lagi, macam mana nak jalan.” Syafiqah menepis tangan Adam yang memegang dagunya.

            “Kan Ika cakap Ika okay. Tak letih pun.” Adam menarik tangan Syafiqah supaya duduk di sofa.

            “Sayang jangan paksa diri. Abang tengok pun tahu sayang tak larat, kasihankan baby kita. Boleh?” Mendengarkan perkataan ‘baby’ Syafiqah mula mengalah tapi rajuk hatinya belum dipujuk.

            “Tapi esok dah nak balik, bila nak jalan-jalan lagi. Bukan selalu kita boleh datang sini.” Syafiqah bersuara lagi. Dia begitu teringin hendak berjalan-jalan di Sarawak, ini pertama kali dia ke mari.

            “Okay macam ni. Habis semester ni kita datang sini, abang janji. Boleh?” Syafiqah terpancing dengan kata-kata Adam.

            “Betul? Janji? Masa tu baby dalam empat bulan.” Adam mengangguk dengan senyuman.

            “Empat bulan boleh naik flight lagi. Abang janji habis aje semester ni kita datang honeymoon dengan baby dekat sini.” Adam mengangkat tangan kanan seolah-olah mengangkat sumpah. Syafiqah tersenyum gembira. 

++++++++++++

            “Abang, kenapa eh Hanisah cakap dia nak mintak abang kahwin dengan dia, macam Ika jugak. Ika tak faham lah…” Soal Syafiqah sewaktu mereka dalam kapal terbang menuju ke Lapangan Terbang Senai, Johor. Syafiqah kembali mengingati kata-kata Hanisah sewaktu dia ke pejabat tempat kerja Adam tempoh hari. Adam ketawa kecil. Syafiqah memandang pelik.

            “Don’t tell me, abang suka dia eh?” Adam membulatkan matanya. Syafiqah menjelir manja. Kepalanya yang dilentokkan ke bahu Adam dibetulkan.

            “Sayang ni… tak la, dia cakap macam sebab dia pernah tanya abang kenapa kahwin muda. Jadi abang jawablah, sebab sayang yang mintak abang kahwin dengan sayang.” Syafiqah terlopong.

            “Haaa… abang bocorkan rahsia!” Syafiqah bersuara tertahan menahan geram. Adam terkekek ketawa.

            “Alah, dia bukan tau pun. Mungkin sebab tu dia cakap macam tu dekat Ika. Jangan risaulah sayang, isteri abang akan kekal satu sampai bila-bila, insyaAllah.” Syafiqah mengangkat tangan seperti berdoa lalu meraup muka.

            “Amboi… kuat ameen dia…” Syafiqah ketawa kecil.

            “Hanisah tu cantik, tapi kenapa perangai macam tu eh?” Syafiqah bertanya lagi. 

            “Tepuk dada tanya iman. Waktu abang mula masuk situ, Johan dah bagi warning pasal Hanisah. Dari awal abang dah bagitau semua yang abang dah ada isteri. Alhamdulillah, dengan cara tu kurang sikit gangguan.” Syafiqah mengangguk, dia sendiri sedar. Suaminya bukan calang-calang, waktu di Universiti pun ‘popular’ ini pula ditempat kerja. 

            “Nasib badan dapat suami handsome…” Suara Syafiqah, namun masih dapat didengari oleh Adam.

            “Handsome ke abang?” Soal Adam kembali.

            “Nak perasan la tu.” Adam ketawa, Syafiqah menjuih bibir.

            “Tak perasaan, dah tau lama dah…”

            “Eleh… perasannya…”

            “Kalau abang tak handsome, tentu Ika tak mintak abang kahwin dengan Ika dulukan?”

            “Haa… macam mana abang tau?” Adam terkejut. Dari ingin mengusik, kini dia terkena sendiri.

            “Sayang!” Syafiqah ketawa. 

Betullah kata Hanisah, lelaki sebaik Mohd Adam Asyaaf siapa yang akan lepaskan? Syafiqah mengucap syukur pada Allah, dikurniakan lelaki sebaik Adam untuk dia dan bakal anak-anaknya. Kiranya pilihan yang dibuat dalam keterpaksaan membuat keputusan dahulu adalah pilihan yang terbaik. Kini, dia hanya mampu untuk terus berdoa, agar hubungan dia dan suaminya akan terus bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.

Betullah kata Ustaz Ismail dahulu, “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tetapi  janganlah berkata, dia terlalu baik iaitu tidak sesuai untuk diriku sebaliknya berusahalah untuk menjadi baik agar dikurniakan pasangan yang baik.” Terima kasih Allah, Syafiqah kurniaanMu yang terbaik yang akan sentiasa disyukuri. Adam terus bersyukur dan berdoa. Syafiqah yang sudah terlena dalam dakapannya, dipeluk erat. 

            ”Terima kasih sayang, kerana menerima abang dan sudi untuk mengandungkan zuriat abang. Abang akan terus menjaga sayang dan anak-anak semampu abang. InsyaAllah...” Bisik Adam perlahan di telinga Syafiqah. Adam turut memejamkan mata, kurang berapa jam lagi mereka akan tiba ke destinasi, dan meneruskan kehidupan mereka bersama-sama. Apa yang menanti di depan, mereka tidak pasti. Tetapi, mereka sentiasa ingat untuk saling percaya dan saling berkongsi kasih dan sayang. Moga bahagia milik mereka selamanya.

MOGA BAHAGIA MILIK MEREKA
nurwateeqa

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders