Wednesday, January 18, 2012

Melodi CINTA = mimpi!



lagu cinta
tetap setia
bertandang tak jemput
pergi tak bersahut.

Hari ini, hari saya bermula dengan kepelikan. Mimpi itu amat menakutkan. Allah seburuk itukah hamba? Setiap detik saat saya memikirkan tentang mimpi itu, persoalan itu yang terselit di karangan minda. Kenapa? Jangan soalkan wahai hati. 


Saya terduduk diam dikerusi komputer, sambil menyisir rambut yang masih basah. Allah seburuk itukah hamba? Pabila soalan itu menerjah, saya sedar itulah petanda, betapa lemahnya diri saya pada suara bisikan syaitan-syaitan yang direjam. Semudah itulah saya tersasar daripada jalan kasihNya, terus melangkah ke jalan yang amat dimurka, jalan penuh darah kekotoran zina! 

Allah. Ampunkan hamba. Hamba sedar dalam dosa yang hamba lakukan, tapi iman hamba bergoyah mudah, teramat mudah! jangan biar hamba lemah Ya Rabb. Kuatkan iman hamba, supaya akal hamba tinggi daripada nafsu yang membelengu jiwa.

“Orang-orang yang menerima petunjuk, Dia tambahkan kepada mereka petunjuk itu dan Dia berikan kepada mereka taqwa.”
Surah Muhammad: ayat 17

Moga esok lebih baik daripada hari ini. Ameen.

No comments: