Tuesday, April 26, 2011

love is forever~19

 

LOVE IS FOREVER

Setibanya di Hospital Kuantan, terus aku melangkah ke wad kanak-kanak. Menurut Ummi, Asyaaf sudah ditukarkan ke wad biasa. Alhamdulillah. Aku percepatkan langkah, tidak sabar rasanya hati ini untuk bertemu dengan si kecil itu. Rindu terasa membuak-buak. Pintu bilik aku kuak, jelas terpampang wajah si kecil yang ralit tidur di atas katil. Aku menghampiri katil, kelihatan Ummi di tepinya. Ummi, aku salami. Lantas tangan si kecil itu aku capai. Aku pandang Asyaaf sepuas-puasnya. Tangan kecilnya ku cium dan ku bawa ke pipi.

“ Mama rindu Asyaaf..” bisikku ditelinganya. Dahi kecil itu aku kucup. Air mata bergenang ditubir mata. Aku terlalu rindu selepas hampir sebulan tidak bersua. Terasa tidak sanggup untuk meninggalkan dia selepas ni. Pipi kecilnya aku sentuh. Sungguh, terasa bagai dia anak yang aku kandung dalam rahimku 9 bulan.

Ummi meminta diri untuk pulang bersama Baba. Kasihan Ummi, sepanjang malam berjaga demi cucunya. Haikal keluar mencari makanan buat sarapan. Tinggallah aku dengan si kecil yang masih lagi tidur. nafasnya teratur perlahan, sepanjang malam penat berlawan dengan kesukaran bernafas mungkin telah membuat si kecil ini terlalu penat. Jam telah menunjukkan 9 pagi, ada panggilan yang perlu aku buat. Mungkin aku tidak dapat melapor diri dalam waktu terdekat. Susah rasa hati untuk aku meninggalkan si kecil ini.

Seusai membersihkan diri, aku kembali ke bilik yang menempatkan Asyaaf. Dari balik pintu aku lihat Haikal sedang asyik berbual dengan anaknya. Si kecil itu dah boleh ketawa. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepadaku. Aku atur langkah perlahan menghampiri mereka berdua. Senyuman terukir kala Asyaaf memandang ke arahku.

“ Mama…” jeritnya, sambil mendepakan tangannya. Aku berjalan pantas. Huluran tangan itu aku sambut. Aku dukung Asyaaf. Pipinya ku cium berulang-ulang kali sehingga dia ketawa, rimas. Dipeluknya aku erat. Kami saling merindu. Haikal hanya memandang dengan senyuman melebar.

“ Asyaaf.. anak ayah..” panggil Haikal. Asyaaf memandang terus kepadanya.

“ Asyaaf sayang mama?” soal Haikal. Aku hanya memandang pelik.

“ ayang..” ujar Asyaaf sambil mengangguk-angguk kepalanya. Aku tersenyum.

“Asyaaf suka tak kalau mama ikut kita balik rumah?” Haikal dah sewel agaknya. Manalah budak ni nak faham, ada ke tanya soal macam tu. Geram! Si Asyaaf pula seakan mengerti, lalu mengangguk laju.

“ caff ayang ma.. ayang yah..” ujarnya lalu memeluk leherku erat. Aku mengerling kepada Haikal yang tergelak-gelak sendiri. Sakit hati! Akal jahatku tiba-tiba muncul, bagus!

“ Asyaaf nak dengar satu cerita tak?”

“Nanak…” aku meletakkan Asyaaf ke atas katil. Aku tersenyum nakal kepada Haikal. Haikal sudah mengerutkan dahi dengan riak memikirkan apa cerita yang aku ingin sampaikan kepada Asyaaf.

“ Ayah Asyaaf nangis malam tadi.. habis hingus-hingus penuh..” semangat aku mengenakan Haikal dekat Asyaaf. Si kecil itu tergelak-gelak.

“ Yah tak alu.. angis..” aku turut terkekek ketawa pabila Asyaaf berkata demikian sambil jarinya menunding kepada Haikal. Haikal mengetap bibir tanda geram.

“ Tak malukan ayah, dah tua-tua nangis.. pastukan ayah minta coklat kat mama..” aku terus menerus mengenakan Haikal. Haikal makin geram bila Asyaaf terus ketawa besar.

“ Zu tipu! Mana ada saya minta coklat.” marahnya. Aku hanya menjelir lidah dan menerus cerita penuh mitosku. Haikal terus menghalang aku daripada bercerita kepada Asyaaf. Ditariknya kerusi aku duduk supaya berjarak dengan katil Asyaaf, dan dia terus menyatakan kepada Asyaaf yang aku tipu. Manalah si kecil itu mengerti apa-apa, yang dia tahu hanya ketawa. Haikal pula sudah jadi macam budak kecil, takut rahsianya bocor. Ummi dan Baba yang kemudiannya masuk pun kami tak sedar.

“ eh.. apa bising-bising ni..” teguran itu membuatkan kami memandang enam mata kepada Ummi dan Baba serentak. Aku hanya tersenyum dengan sisa ketawa, Haikal dengan muka tak puas hatinya dan Asyaaf masih lagi ketawa.

“ Cucu nenek ni gelak banyak ye..” soal Ummi yang kelihatan senang dengan keadaan cucunya. Aku menyalami Ummi dan Baba dan kemudian mengambil tempat disisi Asyaaf. Haikal juga membuat yang sama tetapi duduk berjauhan di sofa. Marah la tu. Baba hanya menggelengkan kepala.

“ Tok mi.. yah angis..” kata-kata Asyaaf membuat aku ketawa dan Haikal terkejut besar.

“ Mana ada Ayah nangis!” ujar Haikal keras sedikit walaupun nada rendah.

“ Mama akap adi an..” aku ketawa lagi, padan!

“ Mana ada ayah nangis!” nada yang tinggi itu telah membuat Asyaaf tersentak dan sebik. Aku juga terkejut. Aku peluk Asyaaf untuk memujuk. Apa la Haikal ni, dengan anak sendiri pun nak malu, bukan budak tu faham apa-apa lagi. hatiku merungut sendiri.

“ Apa kamu ni Haikal.. cuba cakap elok-elok dengan budak tu” marah Baba. Haikal mengeluh, mungkin tersedar dari silapnya. Haikal melangkah ke arah aku dan Asyaaf yang sudah teresak-esak. Anak ayah macam ni la, bila kena marah dengan Ayah mula la nak menangis. Haikal menjelingku. Asyaaf di ambil dan dipujuk. Aku hanya menjelir lidah. Dia ingat dia aje boleh kenakan aku? Ummi hanya menggelengkan kepala, mungkin penat melihat karenah kami berdua, sedari dulu begini.

“ Pandai awak tipu anak saya eh” rungut Haikal perlahan, cukup untuk didengari oleh aku dan dia. Belakang Asyaaf ditepuk perlahan. Aku hanya mencebik.

“ Buat mulut macam tu, cium karang” gatal! Dia fikir aku takut.

“ Berani buat la..” malas nak melayan karenah Haikal yang macam-macam tu. Umur aje matang, tapi perangai, Asyaaf lagi matang! Aku melangkah mahu ke sofa. Belum sempat, tanganku direntap dan.. cupp.. mukaku terasa panas. Haikal jahat! Mujur Ummi dan Baba tak perasan sebab mereka sedang berbual ditepi katil, manakala kami dipenjuru bilik.

“ Ei! Apa awak ni!!!” marahku, pipi yang dicium Haikal aku gosok seperti mahu membuang ciuman yang tertampal disitu. Haikal ketawa terkekek. Tengah dukung anak pun sempat menggatal! disebabkan geram, aku pukul-pukul tangannya. Haikal mengelak dari pukulanku dengan ketawa yang tak habis-habis. benci-benci!

“ eh.. Zu yang cabar saya tadi.”

“ Mana ada! Ei…”

“ Eleh.. tu la, kan dah kena cium.. nak lagi tak?”

“ Awak ni!!!”

Ummi dan Baba hanya tersenyum dan menggeleng melihat telatah kami. Asyaaf yang dalam kendongan Haikal terlentok tidur tak sedar apa-apa. Aku masih lagi mengejar Haikal untuk memukulnya. Haikal pula asyik mengelak daripada dipukul, dengan ketawa yang tak habis-habis. Keadaan ini kelihatan sungguh bahagia. Aku, dia dan Asyaaf. Inikah bahagia yang aku inginkan, dan benarkah aku bahagia?

+++++

“ Kenapa tak nak duduk rumah Ummi aje.. kan senang..” hari ini Asyaaf sudah boleh pulang ke rumah. Ummi dan Baba tak habis memujuk aku tidur di rumah mereka. Aku segan dan tak mahu kenangan manis kami dahulu terus menerus terbayang dan kembali aku imbas. Kenangan cinta yang mekar indah buat Haikal. Aku risau andai hati ini terus berdetak laju menyata cinta. Kembali merasa rindu, walaupun aku tahu, jauh disudut hati ini ada garis nama Haikal. Dia tetap cinta pertamaku.

“ Takpe la Ummi, Zu check in hotel je la, lagipun 2 hari aje,” aku cuba menolak pelawaan Ummi sehabis baik. Haikal yang sedang menyiapkan Asyaaf yang baru selesai dimandikan, menjeling tajam. Aku tak endahkan renungan yang buat hati ku kecut.

Sedang asyik mengemas pakaian Asyaaf ke dalam beg, Haikal datang menghampiri aku dan Ummi sambil mengendong anaknya. Barang Asyaaf diberikan pada Ummi. Aku direnungnya tajam.

“ Zu check in hotel mana?” soalnya, ada nada tegas disitu.

“ depan sikit hospital ni..” jawabku, ada rasa nak kena marah aje ni.

“ Jangan nak mengada, rumah Ummi setengah jam dari sini, awak nak ulang alik setiap hari?”

“ Ye la.. tak jauh pun.. dek..”

“ Tak payah! awak balik rumah Ummi, saya taknak ulangalik banyak kali!” belum sempat aku menghabiskan kata, Haikal memintas dan membuat keputusan sendiri, dasar autokratik! Aku juga lupa yang aku datang dengan kereta dia. Ala!

Asyaaf yang paling gembira pabila sampai kami ke rumah. Rindu dengan rumah agaknya. Dan aku rasa, kehadiran aku ke rumahnya membuatkan dia lagi gembira. Kalau tidak mesti dia tak keluarkan semua barang mainannya dan tunjukkan padaku. Aku pula tak penat melayan Asyaaf. Sikap dia yang pandai mengambil hati membuat aku tertawan. Bakal hero malaya, macam Haikal. Ish! Apa yang aku melalut ni, Haikal perlu disingkir jauh-jauh.

“ Ma.. ucin..” aku memandang Asyaaf kepelikan. Apa Ucin?

“ Apa sayang..”

“ ucin..” aku tak dapat menangkap apa yang dia maksudkan. Beria-ria dia menarik aku supaya bangun. Aku yang sudah terasa kepenatan melayan Asyaaf , sebaik melangkah ke teratak Ummi ni tadi malas nak melayan apa yang dia mahukan, lagipun aku tak faham.

“ Ma.. ucin.. ucin..” Asyaaf merengek lagi. Aku menggarukan kepala yang tak gatal. Aku menunjukkan barang-barang permainannya yang ada di situ, tapi Asyaaf tetap dengan Ucinnya. Apa tu? Entah macam mana idea bodoh aku muncul untuk mengenakan si kecil ini ditambah badan yang sudah terasa penatnya. Aku buat-buat pengsan. Keadaan yang tadi bising dengan rengekan Asyaaf tiba-tiba diam. Sunyi. Aku intai Asyaaf dengan bukaan mata paling kecil. Asyaaf kaku dirinya. Mungkin terkejut dengan keadaanku yang tiba-tiba terbaring. Dia melutut. Tangan kecilnya mencuit bahuku. Aku pejamkan mata, rapat-rapat. Asyaaf cuba menggoyang badanku yang besar darinya, sukar. Beberapa minit cubaan dia mengejutkan aku yang ‘pengsan’, aku dengar derap kaki kecilnya keluar. Bibirku terukir kecil senyuman. Seronok juga main dengan si kecil ni, bisik hatiku, nakal!

Mata yang sedia berat, tubuh yang sedia letih membuatkan mainan ‘pengsan’ ku seolah-olah benar. Aku terlena di atas permaidani bilik mainan Asyaaf. Suhu bilik yang nyaman membuatkan aku makin enak mengulit mimpi.

++++

Tangisan Asyaaf membuatkan solat Haikal menjadi tidak sebegitu khusyuk seperti rakaat sebelumnya. Sebaik salam diberikan, terus Haikal mendapatkan anaknya. Terkejut! Macam mana Asyaaf boleh masuk ke biliknya ditingkat dua dengan sendiri.

“ kenapa sayang?”

“ mama ecan..” ujar Asyaaf dalam tangisan. Haikal terpana. Zulaikha pengsan? Kenapa?

Anak kecilnya didukung, dan langkah diatur laju ke bilik mainan Asyaaf. Haikal melaung memanggil Ummi dan baba yang ada dibilik sebelah. Terkocoh-kocoh Haikal melangkah dengan mendukung Asyaaf. Ummi dan Baba menurut dibelakang, terkejut tatkala Haikal menyatakan yang Zulaikha pengsan.

+++

“ Boleh tak awak bertindak matang sikit!” telinga ini sudah penat menerima jerkahan dan marah Haikal sedari tadi. Aku tertidur, bukan sengaja nak main-main ‘pengsan’.

“ saya tak sengaja, dari tadi saya kata saya tertidur!” aku membalas perlahan. Malas nak bergaduh dengan Haikal yang ternyata dan jelas aku tidak akan pernah menang.

“ Alasan! Bagi la alasan logik sikit Zulaikha. Macam ni sikap awak nak jadi Mama Asyaaf? Macam budak-budak! Kalau jadi apa-apa dekat Asyaaf tadi macam mana? Asyaaf tu jalan pun tak betul lagi, panjat tangga. Apa awak fikir ye Zulaikha? Kalau awak penat tak payah jaga anak saya, jangan layan anak saya lagi!” Jerkahan demi jerkahan Haikal beri padaku. Aku sudah tidak terkata apa-apa. Aku juga salah, aku tertidur dalam bergurau dengan Asyaaf. Kalaulah Asyaaf jatuh dari tangga tadi... malas aku nak fikirkan. Haikal yang masih mencerlung memandangku aku tidak endahkan. Aku segera bangun dari duduk dan terus ke bilik, panggilan Haikal aku biarkan. Aku penat dimarahi. Aku penat dikatakan tidak matang atas ketidaksengajaan aku. Aku sedar aku orang luar untuk Asyaaf. Aku bukan ibu yang baik.

+++

Haikal meraup wajahnya. Dia melabuhkan dirinya ke atas sofa. Biarpun hatinya marah dengan sikap keanak-anakan Zulaikha namun peristiwa tadi membuahkan senyuman yang tidak lekang.

“ zulaikha..zulaikha..” bisik Haikal perlahan sambil menggelengkan kepala. Mungkin tidak terfikir yang Zulaikha masih bersikap macam budak-budak seperti dulu. Ingatkan Zulaikha pengsan kerana sesak nafas, setahu Haikal Zulaikha memang mempunyai asma. Langkah yang teratur laju terhenti di muka pintu bilik mainan Asyaaf. Kerisauan yang menggunung terus bertukar kepada marah yang meluap-luap. Pengsan apa kalau sedap peluk teddy bear Asyaaf. Siap senyum-senyum lagi. Ummi dan baba yang turut risau tadi, terkekek-kekek ketawa. Haikal menurunkan Asyaaf daripada kendongannya. Zulaikha dihampirinya. Geram!

“ Zu.. bangun!” kejut Haikal sambil menggerak-gerakkan tubuh Zulaikha yang asyik lena itu.

“ Melampau!.. Zu.. bangun!” Haikal meninggikan volume suaranya. Ummi dan Baba menggeleng kepala dengan tingkah Haikal.

“ Haikal.. biar dia tidur.. penat sangat agaknya tu..” ujar Baba yang tidak betah lagi dengan amarah Haikal yang tidak semena-mena. Ummi hanya mampu mengeluh kecil dan menggeleng. Malas melihat kedegilan Haikal, Ummi dan Baba terus beredar daripada situ, dibawa Asyaaf bersama-sama untuk dimandikan. Haikal mendengus marah. Dia mengambil tempat di atas kerusi kecil yang bertentangan dengan Zulaikha yang asyik dalam lenanya. Di ambilnya baby hammer dan menguit badan Zulaikha. Dalam tidak seberapa sedar Zulaikha menepis-nepis benda yang mengganggu tidurnya. Akibat terlalu rimas dengan gangguan tersebut, Zulaikah bingkas membuka mata, Haikal!

Terkejut, apabila membuka mata, wajah bengis Haikal yang terpampang. Zulaikha terus bangun dari pembaringan dan membetulkan tudung dan pakaiannya. Mukanya diraup perlahan, mana tau ada air yang tak diundang melekat di pipi. Haikal memandangnya bak harimau yang lapar, mata pun dah nampak warna merah. “Apa aku buat kali ni?” soal hati Zulaikha.

++++

“ Zu, taknak turun makan?” Aku yang baru selesai membaca Al-quran, hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Aku tiada selera, hilang mungkin.

“ dari sampai tadi Zu tak makan apa-apa, takkan tak lapar, Zu takut Haikal ye?” Ummi seolah terlalu mengerti. Tapi aku bukan takut, aku Cuma tidak mahu bertentang mata dengannya dan aku taknak dekat lagi dengan Asyaaf. Aku tahu aku tak layak untuk digelar Mama oleh si kecil itu.

“ Tak Ummi.. Zu tak lapar lagi, nanti Zu lapar, Zu turun ye Ummi..” aku menolak sehabis baik. Aku tak mahu disalah erti. Aku juga tak mahu hati Ummi terguris andai aku tersilap kata.

“ Jangan tahan perut tu Zu, kalau lapar turun ye, pedulikan Haikal.” Ujar Ummi sebelum menutup daun pintu bilik yang aku diami. Ummi seakan tahu perihal anak lelaki seorangnya itu, garang tak bertempat!

Aku mengeluh sendirian. Aku kembali memeluk tubuh dalam keadaan masih berteleku disejadah. Quran aku letak kemas di meja. Sampai bila aku harus menahan rasa ini? Aku perlu jauh dari Haikal, jika tidak sehingga bila-bila aku harus menghadapinya, wajahnya buat aku igau. Senyumannya buat aku termimpi. Suaranya buat aku terjaga dalam tidak aku terlena. Hangat tubuhnya buat hati ini kembali menggetar, menghidup rasa yang lama aku kuburkan. Allah, benarkah kami bisa bersama? Allah, adakah dia memang imam ku? Imam yang akan memimpinku kepada cintaMu? Allah, tunjukkan aku jalan keluar, jika dia bukan untukku, jauhkanlah rasa yang ada ini dari hatiku dan dia juga. Moga kami sentiasa dalam redhaMu. Amin.

++++

Hari ini, bangun aje pagi, perut aku bergendang kuat. Sangat kuat. Sebab hilang selera yang tiba-tiba selepas kena marah dek Haikal, aku terlupa pada gastrik yang aku ada. Sejak bermuram durja di negara orang, aku tak berapa menjaga kesihatan, aku sangat abaikan waktu makan, dan aku sudah dapat nasibnya. Perut terasa sangat pedih pagi ini. Aku terasa loya dan pening. Seusai solat subuh, aku bersiap. Hari ini aku akan ke Johor. Barangku telah aku siapkan semalam lagi. Aku gagahkan diri untuk bangun dari duduk dan mengheret beg bagasiku ke bawah. Tanganku kuat menekan perut yang terasa bagai dihiris-hiris dengan pisau tajam. Pedih! ubat dalam simpananku telah habis, lagi pula sejak kembali ke Malaysia aku tidak pernah diserang sangat ini lagi.

Sebaik aku membuka pintu bilik, Haikal tiba-tiba muncul dihadapanku. Mungkin kerana melihat wajahku yang hilang darah, dia menunjukan riak kerisauan.

“ Saya baru nak panggil Zu breakfast.. are you okay?”

“ Not so well.. i..” belum sempat menghabiskan kata-kata, perutku terus menjerut pedih. aku menekan kuat perutku dengan kedua-dua tangan.

“ Kenapa ni Zu.?” Soal Haikal, risau!

“ Pedih..” mana mungkin aku menjawab baik soalannya tika ini. Pening di kepala makin kuat rasanya, pedih perut makin memeritkan hinggalah, aku rasa duniaku kelam dan aku terjatuh ke lantai namun tak sakit. Perlahan aku dengar Haikal memanggil namaku.

++++

Cahaya terik mentari dari balik langsir membuatkan aku tersedar dari lena yang terasa panjang, badanku terasa pedih. lenganku terasa ada yang menyucuk. Perlahan aku buka mata yang aku rasa telah beberapa jam terpejam. Lain? Kenapa bilik ini nampak lain? Aku lihat keadaan sekeliling. Hospital? Macam mana aku boleh ada dekat hospital? Ingatan sebelum aku lena aku cuba imbas sebaiknya. “ Aku pengsan?” soal hatiku sendiri.

“ Awak dah sedar?” entah bila Haikal tiba dari balik pintu.

“ Lama ke saya dekat sini?” soal aku tanpa menjawab soalan Haikal, soalan yang tak perlu aku jawab rasanya. Haikal melangkah menghampiri. Dia sekadar tersenyum. Bungkusan yang dibawa bersama diletakkan dimeja di tepi katil.

“ Sekarang jam pukul 2.00, jadinya 6 jam awak tak sedarkan diri.” Jawabnya dengan senyuman. Ah! Sungguh, bisa menggoda hati semua wanita. Aku memalingkan muka dari terus melihat senyuman itu.

“ lamanya.. erm.. bila saya nak lapor diri.. satu-satu benda jadi..” aku merungut sendiri dan mengeluh kecil.

“ Jangan macam tu, ada hikmahkan setiap yang berlaku..” melihat aku yang seolah menyalahkan keadaan, Haikal terus menasihati. Sikap lamanya yang dulu sangat membuat aku tertarik dan membuat dia berbeza dengan lelaki lain yang aku kenal. Aku mengangguk lemah.

“ Saya ada bawak bubur ayam, Ummi buat untuk awak.” Haikal bersuara lagi, sambil mengeluarkan bekas makanan daripada bungkusan yang dibawanya sebentara tadi. Aku betulkan dudukku. Aku memang lapar, walaupun pedih dalam perut sudah tidak terasa sangat, tapi perut ini masih seronok bergendang.

“ Lain kali jangan merajuk sampai tak makan, kan dah masuk wad..” Haikal yang sedang membaca surat khabar bersuara, aku yang sedang enak menjamu selera terhenti suapan. Aku pandang Haikal, perli!

“ mana ada merajuk...” aku cuba menyangkal kata-kata Haikal. Aku tidak merajuk. Memang aku tiada selera semalam.

“ kalau tak merajuk, habis tu kenapa tak turun semalam?” Haikal melipatkan surat khabar yang dibaca tadi dan terus memandangku. Aku pula sudah berhenti dari makan, bubur yang ada aku main dengan sudu.

“ Takde selera plus.. meluat tengok muka awak!” Ha.. padan muka, tanyalah lagi, bentak hatiku.

“ Ye ke meluat? Or.. You fallen for me for the second time?” Haikal cuba serkap jarang. Aku mula gelabah. Bila pula aku fallen-fallen dengan dia, fikir the best answer Zu!

“ When did I’ve fallen for you for the first time?” aku rasa jawapan yang aku berikan ni menjerut leher sendiri. Haikal sudah mula tersenyum.

“ Then.. its true that you fallen for me right now.” Alamak! Kan dah cakap. Bodoh la kau ni Zulaikha Azra! Marah aku pada diri yang tak pandai bermain kata pabila berhadapan dengan Muhd Haikal Hazimi.

“ Jangan perasan..” aku menidakkan apa yang dinyatakan. Aku sememangnya tak nak terus mencintai dia, dan kalau boleh aku tak mahu rasa itu kembali dalam hati ini, walaupun aku tau tunas-tunas cinta itu mulai berputik.

“ I know Zu.. Saya akan tunggu waktu itu datang lagi.. dan saya nak Zu tau, apa yang saya rasa, sama dengan Zu rasa..” Haikal mula bermain kata.

“ Rasa? Benci? Baguslah.. biar kita saling membenci..” aku menjawab dan terus menghabiskan bubur yang ada. Aku tidak mahu mendengar bait kata cinta, bait kata rindu dari mulut Haikal, aku tak mahu tunas yang ada akan mula mekar dan terus berkembang dengan cinta. Cukuplah seksa yang dahulu!

Haikal hanya tersenyum dan menggeleng. Mungkin tidak terlayan dengan kedegilanku, dan kemarahanku padanya. Selesai makan, aku hulurkan kembali bekas kosong itu kepada Haikal. Haikal mengerut dahi, hairan?

“ Eh.. basuhlah.” Ujarnya.

“ Awak lah basuh..” aku menjawab ringkas.

“ Kenapa saya pulak, awak yang makan.” Haikal berdalih.

“ Lupa? Saya kan pesakit. Nah!” jawabku dan terus meletakkan bekas itu ke meja ditepi katil. Haikal hanya menggeleng,tak puas hati la tu! Aku menjelir lidah padanya bila dia berdiri sambil memegang bekas dan memandangku dengan riak tidak puas hati.

“ Comel la buat macam tu?”

“ Mesti la.. jeles!” jawabku dan terus menyelimuti tubuhku dengan selimut. Entah bila Haikal datang menghampiri dan.. Aduh!

“ Sakit la!” marahku, sambil menggosok kepalaku yang diketuk oleh Haikal.

“ Tu nak bagi awak matang sikit.. dah mak orang tapi perangai macam budak-budak.” Jawab Haikal dan dia berlalu ke bilik air untuk membasuh bekas. Bila pula aku beranak? Mengandung pun belum. Aku mencebik. Hatiku berdalih dengan pernyataan Haikal.

Berdua dengan Haikal membuatkan aku teringat saat bahagia kami bersama. Terasa saat kami berkongsi kisah, berkongsi rasa hati dan berkongsi satu cinta. Bahagia, sangat bahagia, walaupun bahagia itu Allah pinjamkan pada kami untuk seketika cuma. Namun, kenangan itu untuk selamanya. Dan kenangan itu juga bisa membuatkan aku tersenyum dalam duka.

6 comments:

zacky786 said...

ok .. satu perenggan da hbs baca.. sok smbg len.. hehee

akubersamaCahya said...

er.. satu pereggan? er..episod lain? hehehe

zacky786 said...

yeker.. oo sok mksd yerr t den bace episod len la ek.. hehee

blinkalltheday said...

wahhh,besttt..menantikan saat 2 diorg kahwin semula...haha

lia said...

bila la diorg ni nk kahwin blik ye...
Nk lg!!!

si_Akak_kpop said...

nak dorang kahwin balik...

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders