Wednesday, November 10, 2010

love is forever~ 06


”Puan.. Puan.. dah sampai ke tempatnya Puan..”
Aku yang sedang enak diulit mimpi terbangun dengan sapaan pemandu teksi itu.. Sisa air mata ku kesat dengan telapak tangan. Setelah membayar duit tambang, aku keluar daripada perut teksi. Namun kaki ku berhenti disitu. Kelibat lelaki dan perempuan yang sedang berbual di hadapan blok kolejku. Pandangan mereka terarah kepadaku. Haikal? Ayuni? Apa lagi dia mahu? Macam mana dia boleh sampai dahulu dari aku? Ku percepatkan langkahku.. lagi cepat ku ayun setelah aku lihat Haikal melangkah ke arahku..
” Sayang... tunggu dulu... kita bincang... ” ujar Haikal terus menggenggam lengan ku.
” Lepas lah, takde ape lagi nak dibincangkan.. ” balasku sambil cuba melepaskan cengkamannya yang agak kuat, terasa sakitnya. Haikal memperketatkan lagi genggamannya dan cuba membawa aku masuk ke dalam keretanya. Rontaan aku untuk melepaskan cengkamannya hanya sia-sia dan meletihkan.
”Awak nak bawak saya pegi mane nih!!” kasar aku bertanya, Geram!
Ayuni hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum melihat keadaan aku dan Haikal.
”Zu.. hang pi ja lah ikut laki hang... buat macam kena culik ja.. apa la..” ujarnya sambil ketawa mengekek. Aku membalas dengan menjeling tajam. Sampai Hati!!
Aku pelik. Macam mana beg bagasi aku boleh siap sedia di tepi kereta?
”Ayuni, saya pinjam kawan awak ni seminggu ye.. nanti awak tolong salinkan nota-nota dan tugasan kuliah untuk dia ye.” ujar Haikal sambil tersenyum penuh makna.
” Stop! Apa semua ni? Kenapa beg saya ade kat sini.? Pinjam seminggu?” soalku penuh marah.
” Abang nak bawak Zu balik Kuantan, jumpa ummi dan baba.” tegas jawapannya. Aku terkesima. Senang hati betul dia buat keputusan.
” Zu taknak, siapa awak nak paksa-paksa saya?!.” jerkahku.
”Abang suami Zu!!.” jawab Haikal, keras. Aku terdiam. Senyap. Aku ditarik masuk ke dalam kereta. Paksa-Rela. Beg bagasi aku dimasukkan ke bahagian belakang kereta. Ayuni memandang aku penuh makna, senyumannya tidak lekang dari bibir. Aku memandangnya sayu. Seperti meminta untuk diselamatkan. Ayuni seperti mengerti;
” hang ikut ja la.. untuk kebaikan hang jugak.. seleseai baik-baik tau.” bisiknya padaku.
Aku hanya mampu mengeluh. Sampai hati Ayuni berkomplot dengan Haikal. Aku benci Haikal.
Perlahan kereta yang dipandu Haikal menyusur keluar.
” Jangan salahkan Ayuni, abang mintak tolong die siapkan baju Zu.. Abang..” belum siap Haikal habiskan kata-katanya, aku memintas.
”Zu taknak dengar ape-ape pun. Zu benci ape yang abang buat sekarang. Benci!” bentakku, keras. Keluhan Haikal kedengaran. Aku memandang keluar tanpa perasaan.
” Zu salah faham...” ujar Haikal perlahan tapi masih jelas di telingaku.
Aku hanya biarkan tanpa sebarang balasan. Aku masih terluka. Mata ku pejam rapat. Seolah-olah membiarkan semua masalah ini pergi dari fikiranku. Hati ku terus membisikkan doa, moga segala kesulitan ini menemui penyelesaiannya. Mudah-mudahan. Amin......
+++++++++++++++++++++++++++++

Tekak yang loya membangkitkan aku dari lena yang panjang. Tidak tertahan rasanya. Segala isi perut seakan-akan bertolak-tolak hendak keluar. Kepala aku pula makin berpusing-pusing seperti sedang bermain gasing. Ya Allah, kenapa ni...
” Abang.. stop kete...” suara ku sambil menekup mulut dengan tangan. Haikal yang terkejut dengan permintaanku yang tiba-tiba setelah lama menyepi, tidak terus memberhentikan kereta.
” Sayang kenapa? RnR baru je lepas..” jawabnya sambil sekali sekala mencuri pandang kepadaku.
” Berhenti cepat...nak mun...” belum sempat aku jelaskan segala isi perut ku sudah sampai ke garisan penamat. Seperti semua makanan yang telah terhadam aku keluarkan ketika itu. Bila dah aku termuntah, baru lah Haikal memberhentikan keretanya. Padan muka!
” Ya Allah... sayang kenapa nih..” soal Haikal sambil memicit belakang leherku. Aku ketika itu sudah pun keluar daripada kereta. Haikal memberikan sebotol air untuk aku berkumur. Setelah aku berasa selesa aku kembali ke kereta, aku melihat Haikal sedang mencuci sisa muntah di dalam kereta. Seluar aku basah dek muntah yang banyak. Aku makin mual dengan bau muntah yang melekat pada tubuhku. Aku menolak apabila Haikal menyuruh aku menukar pakaian di dalam kereta. Tidak sama sekali! Haikal hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap degil aku.
”Depan sikit nanti ada RnR.. kite berhenti rest kejap, sayang boleh la tukar baju kat situ.” ujar Haikal setelah aku berada di sisinya. Aku hanya mampu mengangguk. Kepala aku masih pening. Tangannya segera ke dahiku. Risau. Aku mengerutkan dahi.
” sayang pucat.. sakit kepala ye?” soalnya lagi. Aku menjawab dengan anggukan kecil. Malas. Aku masih terasa hati. Aku masih marah. Aku masih benci. Haikal sedar tentang itu. Keluhan demi keluhan darinya buat aku faham, dia masih boleh bersabar. Setelah beberapa minit kemudian. Kami meneruskan perjalanan. Sebelum itu,Haikal sapukan minyak cap kapak ke belakang leherku, itu pun setelah aku kalah untuk menolak. Haikal menyuruh aku membuka tudungku, bagi sejuk kepala katanya. Aku menolak. Nonsense. Sebab pemolakan itu, aku kena benarkan dia sapukan minyak ke belakang leherku. Hanya Tuhan yang tahu degup jantung aku ketika tangannya lembut menyentuh leher ku.
++++++++++++++++++
Tepat jam 11 malam, kami selamat tiba di rumah ummi dan baba. Ummi dan baba telah pun di khabarkan berita kepulangan kami lebih awal oleh Haikal. Aku disambut dengan gembira oleh ummi dan baba. Aida Hanis, adik kepada Haikal masih belajar di UDM, mengambil kurus diploma kejururawatan, hanya ummi dan baba dirumah seketika ini. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke rumah ummi dan baba. Pertama kali adalah semasa kenduri 6 bulan dahulu. Selepas seminggu kenduri, aku pulang ke Kedah bersama keluargaku atas alasan aku perlu menguruskan hal kemasukkan aku ke Universiti. Ya, aku pulang tanpa Haikal. Oleh sebab itu, Haikal tidak pernah tahu perihal kemasukkan aku ke UTM . Kedatangannya ke UTM dua hari lalu, merupakan kali kedua kami bertemu. Namun, hati ini tidak sekali melupakan dia. Saat ijab kabul, cinta buat dia, mekar dan terus mekar. Haikal takkan pernah tahu. Haikal? Aku pun tidak pernah tahu apa perasaannya terhadap aku. Cinta buat aku jauh sekali rasanya, jika tidak masakan ada ”sayang” yang menelefonnya. Perempuan yang menghancurkan angan-angan aku bahawasanya Haikal mencintai aku. Saat itu aku sedar aku hanya bermimpi!

2 comments:

mutmainnah said...

smbg cepat2 eh.. best lahhhh

akubersamaCahya said...

i'Allah..
sedang mencari ilham dan menyusun ayat dengan baik. =)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders