Monday, December 31, 2018

ABC TANYA APA KHABAR?

GOOD BYE 2018.
HELLO 2019!

Alhamdulillah wa syukur lillah. Berjaya melalui 2018 dengan baik walaupun abc masih gagal dalam perjanjian yang kita buat (post cerita tanpa gagal). ABC manusia yang banyakkkk khilaf. tidak malu untuk ABC minta maaf dekat korang yang sangat sangat SETIA! thanks wehhhh!

JUJUR abc sangat down selepas manuskrip abc yang pulun abc siapkan di tolak. abc terima tapi ermmm KECEWA (baca dengan nada tangisan berlagu tau!) kecewa weh. sangat-sangat. lepas ni abc nak buat yang terbaik untuk blog abc je. kiranya 2018 abc gagal dalam menghasilkan satu buku karya abc. aduh...

2019. abc akan cuba lagi. betulkan manuskrip abc dan hantar kepada publisher lain. hahaha pulun dak? mestilah! abc TERINGIN memeluk hasil karya abc. insyaAllah 2019 kan kan kan.

2019 umur abc melangkah ke ..... 30 an. tua dah abc ni. mula mendapat nama abc pada 2010, kiranya almost 9 tahun dah abc di blog tidak seberapa ni. harap boleh terus sampai 10 tahun lagi? walaupun sudah makcik makcik.

2019 abc akan terus berlangsung di sini. tidak selalu sebab 2019 abc akan mula dengan bisnes sendiri. sekarang pun tengah usaha sebab tu 2018 busy aje. lepas tu 2019 abc jadi ketua guru disiplin sesi petang. halamakkkk hebat dakkkkk hahahaha betapa garangnya aku nih! doakan abc tau, risau weh!!!!

banyak lagi perancangan 2019. nanti kita sambung okay. cerita baru tak dapat update sebab laptop (Mr,Dell rosak) ni guna laptop adik.

okay-okay anak abc reyauuuu! i go first!

#muchlovereaders

Thursday, July 5, 2018

Belum Ada Cerita Baru. Maaf.

Assalamualaikum.

Maaf ya, masih mood raya dan kerja. selepas dipantau dan siap soalan exam akhir tahun, abc akan mula post cerita baru. maaf cuti almost sebulan dah ni. maaf tau. stay tune!!!

#muchlovereaders

Tuesday, May 22, 2018

SALAM RAMADHAM KAREEM!

SALAM RAMADHAN KAREEM!

walaupun sudah jejak hari ke lima, tapi tak terlewat kan? semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. yukkk! jadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita! insyaAllah!!!


maaf kan abc ya. abc senyap almost 3 weeks. tetiba bertukar sesi sekolah ke sesi pagi. ambil alih tugas berat untuk bimbing pelajar PT 3. amanah dan tanggungjawab kena lah laksana sebaik-baiknya. semakin busy bila masuk bulan puasa. masakkkk aje kerja dia. anak-anak makin besar dan nak kan perhatian, so habis kerja sekolah kerja rumah, anak-anak minta masa dengan ibu. sorry I choose 'amanah Allah' dari segala-galanya. my sons.

ada karya. cuma belum post sahaja. ini pun curi-curi sambil nak key in markah PAJSK. tahu apa tu? tak yah tau lah hahaha. sibukkk beneran. :P

CAP: dalam penilaian penerbit.

Mini Novel BKT : terlalu berat sampai tak larat nak pikior (puasakan) sambungan demi sambungan.

Mini Novel LoqLaq: Habis baru abc post.

Novel Janji Terpateri : Nak mula balik, suami dah geleng hahahaha insyaAllah sebab 2013 pernah berjanji dengan seorang pembaca (penerbit jugak) untuk siapkan dan beri kepada dia untuk penilaian. sayangkan tak berusaha sungguh-sungguh huhuhu

lain-lain hal: dah macam tulis minit meeting (kejap lagi meeting lagi, udah le puaseee kome) harap semua paham...

Too YASMIN, THANK YOU FOR THE WISHES FOR HARI GURU!!

Thursday, May 3, 2018

Doakan ABC untuk CAP.

Salam Khamis.

Readers abc, masih ingat novel abc CINTA ATAS PAKSA? kalau cari dalam blog ada bab 1 hingga 4 serta sinopsisnya.

Alhamdulillah.... abc dah hantar kepada publisher yang abc berminat. Harap mereka pun berminat juga dengan karya abc tu. Harapppp sangat!

Bab yang ada dalam blog tu mungkin sudah berubah dalam manuskrip abc, sebab olahan 100% abc buat semasa editing. Watak masih sama, jalan cerita asal masih kekal cuma ada beberapa perubahan.

Doakan abc ya korangkorang. Abc sangat berharap (serious!) Tapi tak adalah sampai tahap kecewa kalau tak diterima.

Sebab puas hati dah hantar manuskrip, sabtu cerita baru ya!. Tapi nanti abc buat undian untuk genre cerita seterusnya. Teruskan sokong abc tau! 😘

#muchlovereaders


Monday, April 30, 2018

TERIMA KASIH READERS!

ASSALAMUALAIKUM!

ABC tak dapat nak balas komen satu persatu. terima kasih atas kesudian korang datang ke blog ABC yang dah lama sangat bersawang. sudi baca karya ABC dan sudi komen!

dah seminggu ABC mula kembali berkerja. jadi, sibuk sikit. inshaAllah tengah sesuaikan jadual kerja dan hobi abc (menulis). inshaAllah next cerita hujung minggu ni. tapi bila mula cerita baru tak boleh everyday ada entri ya. busy. mungkin seminggu dua kali aje. maaf ya. memang tak sempat bukak laptop.

abc cuba untuk sentiasa ceriakan hari-hari korang dengan cerita abc. mungkin nak buat cerita menangis pula. cerita seram ke (macam abc berani aje!) inshaAllah. abc akan post cerita DOKTOR SYAFIQ ATAU BUKAN KERNA TERPAKSA (cerita ni pernah post dah dulu.)

banyak sebenarnya, antara sempat atau tidak saja. maaf ya. takmau berjanji sangat nanti kena marah. haritu pun ada ANON marah sebab abc kata nak post bagi habis tapi post satu persatu pulak. maaflah. baru thrill kalau post satu persatu, iye dak.

doakan abc ya. CAP tengah siapkan sinopsis sahaja sebelum hantar kepada publisher. doakan abc tau!

Wednesday, April 25, 2018

Mini Novel 2018: Tuan Haji Esmael (THE) Part 15



Part 15 (End)

            Tuan Haji Esmael dan Nur Annisa tiba di rumah Hanem dan Sulaiman tepat jam 5 petang. Seperti yang dijanjikan semalam, selepas Asar mereka mereka tiba di rumah ibu dan abah Nur Annisa. Bunyi keriuhan di belakang rumah membuatkan mereka berdua terus ke belakang tanpa berlengah lagi.

            “Jangan lari sayang, hati-hati.” Pesan Tuan Haji Esmael kepada Nur Annisa yang kelam kabut mahu cepat sampai. Nur Annisa menarik tangan Tuan Haji Esmael supaya mereka beriringan ke belakang rumah.

            “Omar, hang kata hang akan kahwin dengan aku kalau aku buang yang aku kandung. Anak tu dah tak ada. Aku nak kahwin dengan hang… hang dah janjikan.” Nur Ain memegang kuat kaki Omar yang sudah pun berada di atas motor. Nur Ain kelihatan lemah, berkain batik.

            “Kau jangan nak perasan sangatlah Ain. Aku nak badan hang saja, untuk kahwin dengan hang? Aku minta maaflah, kalau dulu Nisa yang dara pun aku tak mau ini kan pulak hang yang kena tebuk merata dengan ramai jantan.” Omar terus menghidupkan motornya. Sulaiman yang sejak dari tadi hanya memerhati mula masuk campur.

            “Hang dah buat anak aku lagu ni hang tak mau bertanggungjawab. Hang yang ajaq dia jadi lagu ni. Hang memang tak guna!” Sulaiman mahu menampar Omar namun lelaki itu lebih cepat menepis.

            “Saya tak pernah nak ajaq dekat dia, dia yang ajaq saya termasuklah aniaya Nisa dulu. Ain yang ajaq saya untuk burukkan Nisa. Ain juga yang upah saya dengan Cik Hussin untuk racun semua lembu dan kambing Tuan Haji. Saya balaci saja Cik Man, anak Cik Man yang rancang semuanya. Saya dah meringkuk dalam penjara lama, saya tak mau terus dipenjara sebab Ain. Saya balik dulu.” Nur Ain yang masih berpaut pada kaki Omar, ditolak dengan kuat sehingga tersungkur di tanah. Hanem menangis di sisi Nur Ain yang meraung.

            “Sudahlah Ain, bertaubatlah nak bertaubat…” Hanem bersuara dalam sendu. Nur Ain yang terpandang Nur Annisa yang elok memeluk lengan Tuan Haji Esmael terus bangkit dan berdepan dengan Nur Annisa. Tuan Haji Esmael yang perasaan gerak geri Nur Ain terus menolak Nur Annisa ke belakangnya.

            “Jangan pernah fikir nak sakitkan Annisa!” Tuan Haji Esmael terus menempelak sebelum Nur Ain sempat bersuara. Nur Ain memandang Tuan Haji Esmael dengan pandangan yang tajam.

            “Sebab Nur Annisa aku jadi lagu ni. Aku rosak sebab dia! Perempuan sial!” Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Nur Ain. Nur Ain terpempan.

            “Jangan sesekali kamu sebut lagi tentang tu. Abah haramkan kamu dan sesiapa saja untuk gelarkan Nur Annisa dengan gelaran macam tu.” Sulaiman bersuara tegas, tangannya yang menampar Nur Ain masih menggeletar. Kali pertama naik tangan ke atas anak-anaknya.

            “Abah dengan ibu yang ajaq Ain untuk gelarkan Nisa anak sial. Salah ibu abah, kenapa la ni abah nak tampaq Ain?” Nur Ain bersuara keras.

            “Ain kamu jangan kurang ajaq dengan abah. Ya, memang kami yang selalu gelarkan Nisa dengan gelaran tu tapi waktu tu kami jahil, kami buta dan kamu buat kami jadi lebih buta. Sudahlah Ain, sedaqlah dengan keadaan kamu sekarang ni. Kamu yang pilih semua ni, kenapa nak salahkan Nisa? Ada Nisa suruh kamu juai diri kamu?” Hanem menempelak. Sebelum ini dia tidak pernah memarahi Nur Ain, tetapi dengan semua yang telah terbongkar, Hanem sedar inilah kesan dia mendidik Nur Ain dengan cara yang salah.

            “Oh, jadi semua  salah Ain? Salah Ain lah sebab bencikan Nisa? Siapa yang tumbuhkan rasa tu dalam diri Ain, siapa? Sekarang bila jadi macam ni semua salah Ain? Mana salah ibu, mana salah abah?” Nur Ain masih membela kesalahan dan keburukan sendiri.

            “Nur Ain! Cukuplah, takkan kamu tak sedaq diri lagi? Ya memang kami salah tapi ada kami suruh kamu juai diri kamu? Juai maruah kamu, ada? Cukup baik abah tak halau kamu keluar dari sini.” Sulaiman bersuara tegas, Nur Ain semakin melampau!

            “Ahhh! Semua salah Ain. Semua salah Ain. Ain benci keluarga Ain!” Nur Ain kemudian mahu berlari masuk ke dalam rumah. Entah silap di mana, Nur Ain tergelincir di muka pintu dapur, membuatkan dia tersungkur dan terhantuk di penghadang pintu. Nur Ain rebah dan terus tidak sedarkan diri. Sulaiman dan Hanem laju sahaja mendapatkan Nur Ain. Tuan Haji Esmael dan Nur Annisa kemudian mengikut di belakang.

            “Ya Allah, Ain… Allah….” Hanem menangis semahu-mahunya. Sulaiman mengangkat Nur Ain ke atas pangkuannya. Tubuh Nur Ain sudah kaku, tiada lagi nafas yang menghembus dari hidungnya.

            “Abang… Kak Ain…” Mata Nur Annisa mula berkaca. Dia melorot jatuh ke tanah, betul-betul di kaki Nur Ain. Tuan Haji Esmael merendahkan tubuh, memeluk bahu Nur Annisa erat.

~Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.~

            Majlis tahlil malam itu sungguh sayu. Sulaiman dan Hanem masih lagi berendam air mata. Nur Ameena tiba lewat maghrib bersama-sama Abdul Fateh. Berita yang mengejutkan seisi kampung. Baru sahaja tersebar berita Nur Ain keguguran anak luar nikah, sekarang tersebar pula berita Nur Ain telah meninggal dunia. Maka, terdiamlah mulut-mulut yang menyebar cerita. Ajal, entah bila akan tiba. Tak lewat tak cepat. Tepat.

            “Sebenaqnya petang tadi, ibu nak cerita dekat Ain pasal Nisa. Ibu dengan abah silap pi percaya khurafat yang satu kampung hebohkan. Bila jadi benda buruk sebaik Nisa lahir, ibu dengan abah seakan tak redha dan sama-sama salahkan Nisa yang tak tahu apa-apa. Ibu nak Ain minta maaf dengan Nisa. Tapi Ain dah jauh pi, tak sempat pun.”Hanem membuka suara saat mereka berkumpul satu keluarga.

            “Nisa dah maafkan semuanya ibu. Nisa tak pernah ambil hati. Nisa tau, kak Ain sayangkan Nisa.” Ujar Nur Annisa, sememangnya dia telah lama memaafkan Nur Ain. Tidak pernah simpan di dalam hati.

            “Ibu dengan abah pun nak minta maaf, kami tak adil dengan Nisa. Kami tak bagi kasih sayang yang elok untuk Nisa. Kami minta maaf.”        
  
            “Apa ni ibu, abah… tak perlu nak minta maaf. Nisa ni anak, Nisa yang patut minta maaf dengan ibu dan abah. Ibu dengan abah bagi cukup dah dekat Nisa, tengok Nisa sekarang dah berjaya habih belajaq pun. Semua hasil penat lelah ibu dengan abah hantaq Nisa pi belajaq jauh.”

            “Kami memang suka kamu pi jauh Nisa, sebab kami buta. Bagi kami bila kamu pi jauh, sial yang kami kata tu tak lekat dekat rumah ni. Jahil betul ibu dengan abah. Jahil betul.” Sulaiman mencelah. Nur Annisa menggeleng laju.

            “Taka pa abah. Bila pi jauh, Nisa belajaq banyak benda. Nisa nak terima kasih dekat ibu dan abah, sebab tak pernah buang Nisa. Nisa sayang ibu dana bah.” Nur Annisa memeluk Hanem dan Sulaiman. Pelukan pertama yang terasa ikhlas. Sebelum ini, setiap kali Nur Annisa ingin memeluk, pasti mereka akan mengelak sehabis daya. Nur Annisa bersyukur, Allah telah kirimkan dia sebuah bahagia yang tidak pernah dibayanginya.

            “Nisa ingat lagi, abang ada nak cerita sesuatu kan? Masa kak Meena datang rumah dulu… Allah mudahkan abang untuk dapat Nisa?” Nur Annisa menyoal sebaik membaringkan tubuh ke atas katil. Tuan Haji Esmael yang baru hendak berbaring sama, tersenyum lebar.

            “Ingat lagi? Baru ingat nak rahsiakan selama-lamanya.”

            “Apa dia tu… cepat cerita. Tak mau ada rahsia ya antara kita.” Nur Annisa mengingatkan. Tuan Haji Esmael membetulkan pembaringannya sebelum membuka cerita.

            “Kisahnya bermula bila abang dengan Imam pi Pekan sebab nak cari sejadah baru untuk surau kita tu. Lepas kami selesai beli sejadah, kami singgah makan dekat kedai Cendol yang famous dekat Pekan tu.”

            “Cendol Sarip tu?” Nur Annisa mencelah.

            “Betui. Tempat kerja Nur Annisa yang segak ni.” Tuan Haji Esmael mencuit dagu Nur Annisa. Nur Annisa berkerut kening.

            “Macam mana tau?” Soal Nur Annisa, setahunya dia tidak pernah bercerita tentang kerja-kerja sambilan yang dia lakukan di Pekan kepada Tuan Haji Esmael.

            “Sat, bagi abang cerita dulu sat.”

            “Kami pun order lah cendoi pulut istimewa. Lagi istimewa bila yang ambik order tu Nur Annisa.” Tuan Haji Esmael meneruskan ceritanya. Nur Annisa mendengar dengan tekun.

Flashback: Kedai Cendol Sarip

            “Imam apa habaq? Sihat ka, ustazah lagu mana?” Nur Annisa yang sudah memberikan order kepada Sarip, berbual sebentar dengan Imam Ahmad.

            “Sihat saja. Ustazah pun sihat. Nur Annisa tak mau balik kampung ka? Lama tak mai rumah.” Imam Ahmad kembali menyoal. Nur Annisa tersenyum saja.

            “Tak apalah imam, senang lagu ni. Sapa pun tak sakit hati.”

            “Kahwinlah, senang sikit. Ada orang boleh jaga, ustazah tu dok risau dekat Nur Annisa setiap hari.” Nur Annisa tersenyum, makin lebar.

            “Kahwin? Hat dok mai minang tu, semua tak boleh pakai. Buat merana saja imam kalau terima. Saya pun belajaq ada satu semester lagi. inshaAllah, Allah jaga saya.”

            “Saya dengan ustazah boleh carikan kalau Nur Annisa nak yang elok. inshaAllah ramai dok ada.” Imam Ahmad memberikan cadangan.

            “Ustaz ka? Berkenan tu memang tapi saya ni bukan baik mana Imam. Mengaji pun kena perbetul lagi.” Nur Annisa merendah diri.

            “Tak payah ustaz jauh-jauh, ni depan saya ni. Tuan Haji. Lama membujang.” Tuan Haji Esmael terus sahaja tersedak cendol yang dihirup sejak tadi. Tidak menyampuk perbualan Imam dan Nur Annisa, hanya mencuri pandang ke arah gadis itu. Wajahnya tenang sekali, tenang untuk terus dipandang.

            “Ish… tak mau Nisa, pak cik-pak cik… Nisa pi buat reja dulu nah Imam, kirim salam Ustazah.”

            Nur Annisa menekup mulutnya, menahan ketawa mendengar cerita Tuan Haji Esmael.

            “Mesti abang kecik hatikan? Nisa memang tak cam abang waktu tu. Rasanya tak perasan pun sapa. Nisa tak kenal Tuan Haji Esmael yang popular kat kampung ni.” Nur Annisa masih bersisa ketawa.

            “Kecik la jugak. Pak cik sekali dia bagi. Masa tu kali pertama abang jumpa dengan Annisa dan mula sukakan Annisa.”

            “Cinta pandang pertama ka?” Nur Annisa mengusik.

            “Lebih kuranglah… abang mula bertanya dengan imam tentang Nur Annisa. Tak banyak yang abang tanya sebab abang risau imam perasan yang abang syok dekat Annisa. Jadi, abang hanya curi-curi pandang kalau Annisa balik kampung. Sampailah kejadian dekat tepi bendang tu. Remuknya hati abang masa mula-mula dapat berita yang Nur Annisa kena tangkap basah dengan Omar.”

            “Mujur abang ni jenis cool saja dulu. Jenis dengaq bagi habih. Sebab tu boleh kahwin dengan Nur Annisa. Kalau jenis kalut, time dok remuk hati tu abang lari balik, tak dapatlah Nur Annisa.” Tuan Haji Esmael bercerita dengan diiringi ketawa.

            “Alhamdulillah, Allah mudahkan. Semudah itu saja Nur Annisa menjadi milik Tuan Haji Esmael. Abang doa hari-hari tau, dekatkan jodoh kita. Abang berkenan habihlah dengan sayang.” Nur Annisa tersipu-sipu malu.

            “La ni berkenan lagi ka? Nisa ni ketegaq.” Nur Annisa menyoal.

            “Sampai bila-bila, abang akan berkenan dekat Annisa seorang saja, Umi kepada anak abang.” Tuan Haji Esmael mengusap lembut perut Nur Annisa yang mula menunjukkan diri. Nur Annisa tersenyum memandang Tuan Haji Esmael.

            “Bila Annisa mula sukakan abang?” Soalan yang menjerat Nur Annisa. Nur Annisa mula berkira-kira sendiri.

            “Ka tak pernah sukakan abang?” Soal Tuan Haji Esmael apabila Nur Annisa hanya berdiam diri.

            “Kalau tak suka rasa-rasa boleh hasil ka baby ni?” Nur Annisa membidas.

            “Dah tu… senyap saja.”

            “Sat la. Nisa dok kira, bila masanya Nisa tak jatuh cinta dengan abang. Setiap saat dok jatuh cinta, jadi payah nak ingat bila kali pertama Nisa jatuh cinta dengan abang.” Kata-kata yang membuatkan Tuan Haji Esmael mencubit pipi Nur Annisa. Senyuman lelaki itu kian melebar. Pandai sungguh Nur Annisa mencuit hati Tuan Haji Esmael.

            “Abang dok beremosi tak betui macam la ni pun dok jatuh cinta?”

            “Abang kerut kening pun Nisa dah cayaq… abang berdehem pun cayaq… mau tak jatuh cinta. Ini kan pula abang kena tempias alahan Nisa yang mengandung ni, lagilah cayaq. Tanda suami Nisa ni, sayangggg sangat dekat Nisa.” Pandai sungguh Nur Annisa bermain kata-kata. Betullah kata Imam Ahmad, dalam hati Nur Annisa penuh kasih sayang dan kini Tuan Haji Esmael seakan dilimpahi kasih sayang yang tiada penghentian.

            “Terima kasih sayang, sebab jatuh cinta setiap saat untuk abang.”

            “Terima kasih Tuan Haji Esmael, doa setiap hari untuk jadikan Nur Annisa isteri. Berkat doa tu Nisa bahagia sangat-sangat sekarang.”

            “Okay, jom tidur. Annisa perlukan rehat yang cukup.” Nur Annisa kemudian memperbetulkan bantalnya.

            “Maaf naa kalau abang berdengkuq kuat, hidung ni tak selesa hari ni.” Suara Tuan Haji Esmael sebelum menutup lampu tidur.

            “Takpa. Abang berdengkuq pun Nisa cayaq…”

            “Erm… main-main…”

            “Dak… sungguh. Setiap apa Tuan Haji Esmael buat, Nisa cayaq.”

            “Sat nak kentut…”

            “Kentut pun wangi… cayaq.”

            “Main-main sungguh!”

            “Sungguh… cayaq.”

            “Dah… tidoq.”

            “Okay. Good night Tuan Haji Esmael, jumpa dalam mimpi naa. Kalau tak rindu…”

            “Iyalah Nur Annisa, jumpa sat gi. Tak sabaq nak jentik dahi. Main-main sungguh!”

            Bahagia kita yang cipta. Allah beri perkara yang kita usaha dan minta. Kadang kita rasa, kenapa kita di uji begini dan begitu? Yang kita tak tahu, Allah nak kita dekat dengan Dia. Allah suka mendengar rintihan kita. Ujian Allah bukan sesuatu yang sia-sia, ia adalah satu permulaan kepada sesuatu yang kita mahukan. Jadi, senyum dan terus berjalan. Allah ada untuk kita, sentiasa!


THE END

HABIS DAH. OKAY TAK MINI NOVEL KEDUA 2018?

Tuesday, April 24, 2018

Mini Novel 2018 : Tuan Haji Esmael (THE) Part 14


Part 14

            Walaupun dengan kejadian yang tiba-tiba sahaja berlaku semalamnya, hari ini majlis Nur Ameena dengan pasangannya, Abdul Fateh berjalan dengan lancar dan sempurna. Ada juga bisikan-bisikan yang didengari mereka sekeluarga berkenaan dengan Nur Ain tetapi dibiarkan sahaja. Nur Ain masih di hospital, keguguran. Kandungan sudah pun memasuki usia, empat bulan.

            “Hang seronokkan tengok aku macam ni? Aku jadi macam ni semua sebab hang. Hang punca semua ni.” Nur Ain masih menyalahkan Nur Annisa sebaik sahaja melihat Nur Annisa datang menziarahinya di hospital malam semalam. Dalam keadaan yang masih lemah, Nur Ain masih lagi tidak mahu mengaku kesalahan dan keburukan sendiri.

            “Bersyukurlah Nur Ain, Annisa sendiri beria-ria datang nak ziarah kamu sebab tak ada ahli keluarga kamu yang boleh datang melawat kamu malam ni. Bersyukurlah.” Tuan Haji Esmael menempelak.

            “Aku tak minta pun sesiapa datang. Dia sengaja datang sini nak gelakkan aku. Pi baliklah.” Nur Ain masih bongkak.

            “Ibu dengan abah dah tau semua yang kak Ain buat dekat Pekan. Nisa harap kak Ain bertaubat lepas ni. Kalau ibu halau kak Ain nanti, Nisa akan cuba pujukkan ibu untuk maafkan kak Ain.” Nur Annisa bersuara, tetapi Nur Ain terus ketawa dengan menjengkelkan.

            “Hang nak pujuk ibu? Piiirahhh… aku ni anak kesayangan ibu. Apa yang aku buat, ibu mesti maafkan, lagi pun ibu percaya ke semua tu. Hang jangan nak beranganlah.” Nur Ain masih tiada keinsafan.

            “Seingat Nisa, masa ibu tengok gambar-gambar kak Ain tu, itu macam terkejut besaq, tak taulah. Tak apalah kalau kak Ain dah cakap lagu tu. Takziah ya atas baby kak Ain yang masih baru tu. Nisa balik dulu.” Nur Annisa seakan menempelak Nur Ain secara halus. Nur Ain terdiam. Malu sendiri.  Nur Ain memandang Nur Annisa yang berlalu pergi dengan berpegangan tangan dengan Tuan Haji Esmael. Dalam hati dia terus berdendam untuk memusnahkan kebahagiaan Nur Annisa sekarang. ‘Kau tak boleh lebih dari aku!”

            “Kak Meena nak terus balik JB?” Soal Nur Annisa saat melihat Nur Ameena sudah siap mengemas pakaiannya. Nur Ameena mengangguk dengan senyuman.

            “Semalam akak dah mesej abang Fateh, terangkan semua, jadi dia faham. Akak tak boleh nak pandang ibu dengan abah sekarang ni. Hati akak rasa marah. Akak nak pi tenangkan diri dulu.” Ujar Nur Ameena. Nur Annisa mengeluh perlahan.

            “Baru tadi habis kenduri, tak letih ka?”

            “Kami singgah Taiping dulu, rumah abang Fateh. Esoknya kami bertolak ke JB.” Nur Annisa mengangguk perlahan.

            “Terima kasih buat semuanya untuk Nisa.” Nur Ameena memandang Nur Annisa sekilas.

            “Demi ibu dengan abah juga. Sampai bila nak berpemikiran macam tu. Syirik.”

            “Ibu dengan abah tetap ibu dengan abah Nisa. Walau macam mana pun depa.”

            “Dan tetap derhaka kepada anak namanya. Jangan ingat anak aje yang derhaka dengan ibu bapa tau, ibu bapa pun kadang kala tak tersedar yang depa derhaka dengan anak. Macam ibu dengan abah, dari Nisa baby lagi, langsung macam tak ada kasih atau sayang. Kak Meena nampak semua tu.”

            “Nisa tak pernah anggap depa buruk lagu tu. Ibu dengan abah tetap syurga Nisa.”

            “Nisa ni… baik sangat. Patut pun dapat Tuan Haji Esmael tu…” Nur Annisa tersenyum lebar.

            “Tak boleh sama baik macam abang Aji, dia baik sangat, cuma semalam, terkejut Nisa bila dia garang lagu tu. Tak pernah tengok lagi dia lagu tu.” Ujar Nur Annisa sambil membantu Nur Ameena meletakkan beg ke tepi bilik.

            “Kak Meena pernah tengok dah Tuan Haji mengamuk, sekali masa kita kecik dulu. Sebab bekas tunang dia tuduh dia curang kut, tapi sebenaqnya bekas tunang dia tu yang dok curang dengan banyak laki. Lepas tu memang orang kecut habislah.” Nur Ameena membuka cerita.

            “Awat Nisa tak tau pasal tu?”

            “Nisa kan dok asrama, mana nak tau. Hal lama. Ni kak Meena nak pesan, hang balik-balik jenguk ibu dengan abah selalu. Depa tak okay lagi tu. Kak Ain pun dalam pantang, esok baru keluar wad. Hang jangan jadi macam kak Meena tau, lantang sangat cakap semalam. Kak Meena tau dosa tapi kak Meena nak bagi reda dulu, nanti kak Meena balik sini untuk minta maaf dengan ibu dan abah.” Nur Ameena mengukir senyum nipis senyuman yang sekadar menyedapkan hati sendiri.

            “Nisa rasa ibu dengan abah tak marah pun dengan akak. Depa cuma serba salah. Yalah, selama ni tak pernah nak teguq kak Ain buat apa pun. Mungkin depa tak sangka sampai macam tu sekali kak Ain buat. Nisa pun mula-mula payah nak terima tapi nak buat macam mana, dah itu yang berlaku. Terima jalah.” Nur Annisa mengeluh perlahan.

            “Allah uji kita Nisa, sebab Allah sayang kita. Allah beri Tuan Haji dekat Nisa tanda kasih Dia. Jaga Tuan Haji elok-elok, jaga diri. Kak Meena sentiasa doakan yang terbaik untuk Nisa.” Tubuh Nur Annisa ditarik ke dalam pelukannya.

            “Terima kasih kak Meena, Nisa pun sayang kak sangat-sangat.”

            Nur Annisa dan adik-adiknya melambaikan tangan ke arah Nur Ameena dan Abdul Fateh yang sudah pun beransur pulang. Mereka melambai sehingga hilang kereta yang dinaiki pengantin baru itu dari pandangan.

            “Jom Annisa, dah lewat ni.” Tuan Haji Esmael menyarung siap sandalnya. Nur Annisa sekadar mengangguk kepala. Adik-adik menyalami Nur Annisa seorang demi seorang dan setiap seorang Nur Annisa berpesan supaya menjaga ibu dan abah dengan baik.

            “Alia, ingat ya, ada apa-apa terus telefon akak. Nombor akak dah tulis dalam buku telefon tu.” Nur Alia mengangguk laju.

            Nur Annisa kemudian naik ke beranda dan menyalami kedua orang tuanya yang masih berendam air mata.

            “Nak balik juga Nisa?” Hanem menyoal selepas Nur Annisa menyalami tangannya.

            “Abang ajak balik dah tu, esok dia kerja. Dah tiga hari dia tak pi tengok ladang dia.” Ujar Nur Annisa, mahu ibu dana bah memahami keadaannya. Hanem dan Sulaiman mengangguk sahaja. Tahu, Nur Ameena merajuk dengan mereka dan Nur Annisa takut dengan mereka berdua. Takut dihina dan dimaki oleh ibu abah kandung sendiri.

            “Esok ibu dengan abah nak bawa kak Ain balik, Nisa mai rumah naa, ada hal ibu nak cakap dekat Nisa dengan Ain.” Ujar Hanem sebaik sahaja Nur Annisa siap mahu ke kereta. Nur Annisa memandang ke arah Tuan Haji Esmael, memohon keizinan.

            “Esok kami datang, tapi lepas asar.” Tuan Haji Esmael membalas. Nur Annisa menguntum senyum.

            Tuan Haji Esmael mengeluh lagi dan lagi. Nur Annisa yang berada di sebelah hanya memandang tidak lepas.

            “Awat ni…?” Nur Annisa menyoal. Lengan Tuan Haji Esmael disentuh perlahan.

            “Geram tak habih.”

            “Istighfar… Astagfirullahal’azim…” Nur Annisa seakan memimpin Tuan Haji Esmael untuk istighfar beberapa kali.

            “Kenapalah Cik Man dengan Mak Cik Hanem boleh sayang lagi Nur Ain, cuba kalau Annisa yang jadi macam tu, rasanya dah lempaq jauh kut.” Nur Annisa tersenyum, perkara ini yang mengganggu emosi Tuan Haji Esmael ketika ini.

            “Ibu dengan abah…”

            “Tak biasa, lagi pun abang ni bukan beza banyak pun rasanya.”

            “Tetap ibu dengan abah… ada sebabnya. Anak, seburuk mana pun anak tetap anak. Salah siapa kalau anak tu buruk kalau bukan ibu bapa yang mendidik. Kalau pun di didik dengan baik, mungkin anak itu ujian Allah bagi untuk ibu bapa. Ujian kasih Allah.”

            “Abang tahu, cuma…”

            “Mana abang Aji Nisa yang penyabar, yang tak suka cakap tentang orang lain, yang sentiasa bersangka baik?” Nur Annisa seakan menempelak halus Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael mengeluh perlahan.

            “Maafkan abang. Terlalu terbawa-bawa dengan emosi. Tak bolehlah kalau orang kacau Nur Annisa abang ni.”

            “Jangan jadikan Nisa sebagai satu sebab yang buat abang menghimpun dosa. Nisa tak mau lagu tu. Jangan sebab Nisa abang jadi negatif.” Ujar Nur Annisa dengan nada penuh kerisauan.

            “inshaAllah… beremosi sangat abang belakangan ni. Cepat nak marah, cepat nak sedih. Entahlah.” Tuan Haji Esmael meluahkan rasa.

            “Bulan mengambang ka?” Gurau Nur Annisa. Tuan Haji Esmael memandang sekilas dengan renungan yang penuh tanda tanya.

            “Dah dekat empat bulan kita kahwin, abang tak pernah tau pun bila Annisa tak boleh solat? Tak pernah bulan mengambang?” Soalan yang membuatkan Nur Annisa terus terdiam dan berkira-kira.

            Last period, sebelum kita nikah… takkanlah?” Nur Annisa terdiam, tak mahu menerus kata, takut terlalu berharap. Tuan Haji Esmael terus menukar haluan jalan. Terus ke Pekan!

to be continue.
part 15 akan jadi part akhir.
apa yang Hanem nak bagitau dekat Annisa dan Ain?
Ain kata nak balas dendam, macam mana tu? Apa lagi Ain nak buat ni?
Tunggu Esok ya!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders