Thursday, April 11, 2013

Mini Novel : Pengganti 3




PART 3
Rudy sudah ketawa terbahak-bahak sedari tadi. Riak wajah Haikal yang mencemberot itu menambahkan geli di hatinya. Hampir sahaja air yang diteguknya itu tidak tersembur sewaktu Haikal menceritakan tentang hal itu.
“Sudahlah! Kau bab nak gelakkan aku memang nombor satu. Macam nilah kawan!” Haikal sudah panas hati. Gelak ketawa Rudy itu seolah-olah mempersendakan kejujuran yang cuba diluahkan hatinya. Haikal mendengus kasar, air jus oren itu diteguknya kasar.
“Sebab kawanlah aku gelak, kalau tak mau aku nak gelak cerita orang entah sesiapa?” Rudy membuat lawak agak bodoh. Haikal sudah menjeling tajam.
“Chill man! Macam tak biasa aje dengan aku.” Rudy bersuara lagi.
“Taklah, gelak sampai tak ingat dunia.” Rungut Haikal, Rudy masih lagi bersisa ketawa.
“Kau yakin itu dia?” Rudy menyoal lagi. Haikal sudah panas hati dengan soalan Rudy yang berulang-ulang.
“Kan aku dah cakap, aku yakin dari hari pertama aku jumpa dia lagi. Kejadian pagi tu meyakinkan lagi.” Haikal bersuara lebih jelas dan ditekan satu persatu perkataan itu agar Rudy tidak lagi mengulang soalan yang sama. Rudy mengangguk kepalanya tanda sudah faham.
“So, apa pelan kau seterusnya?” Suara Rudy kemudian kembali meneguk airnya sehingga habis. Haikal memandangnya seketika dengan riak wajah penuh makna dan senyuman yang sinis.
“Buat dia jatuh cinta!” Haikal kemudian ketawa besar. Rudy menggeleng laju dan kemudian turut ketawa. Sudah faham sangat dengan setiap pelan jahat rakannya ini. Pantang nampak perempuan cantik!
“Kau memang jahatlah Kal!” Ujar Rudy dalam sisa tawanya. Haikal mencebik.
“Bila masa aku baik?” Haikal menjawab dalam tawa. Mereka berdua berkongsi ketawa bersama petang itu. Ada sahaja yang cuba dirancang mereka berdua. Bukan tiada kerja, mereka berdua menjalankan perniagaan rangkaian komunikasi bersama-sama. Mengganggu dan memikat wanita itu seakan hobi masa lapang mereka berdua. Rudy masih ada hadnya, namun tidak Haikal. Perangainya semakin galak dan menjadi-jadi selepas tamat pengajian di Universiti dua tahun lalu. Rudy sendiri sudah puas menasihati, umur mereka sudah separuh 50 tahun. Sudah tiba masanya mereka berfikir matang dan mencari pasangan hidup.
Suha melangkah ke arah hentian bas berdepan KMC. Hari ini hari yang seterusnya dia mengajar di rumah Puan Johanna. Baru sebulan namun semuanya seolah-olah setahun lamanya. Kehadiran Haikal yang cuba merapatkan diri membuatkan Suha terasa rimas. Namun sebaliknya pula dengan Danial. Danial lebih sopan, lebih menghormati dirinya sebagai seorang perempuan. Sudah beberapa kali Danial membantunya apabila diganggu oleh Haikal. Danial menjadi pelindungnya sepanjang berada di rumah itu. Namun Haikal bukan jenis yang berputus asa, ada sahaja yang akan dilakukan terhadap Suha setiap hari.
“Dah lama tunggu Suha?” Ujar Danial sebaik membukakan pintu kereta untuk Suha. Kesekian harinya dia menjemput Suha untuk ke rumahnya. Sudah puas Suha menolak, namun Danial masih bertegas untuk menjemput dan menghantarnya pulang. Apabila Puan Johanna mula masuk campur, Suha terpaksa beralah. Sejak itu juga, Haikal semakin menjadi-jadi gilanya!
“Taklah, Suha baru aje sampai sini.” Jawab Suha berbasa basi. Suha melangkah masuk ke dalam kereta Danial tanpa banyak bicara. Kereta terus dipandu menuju ke destinasinya. Di dalam kereta, Suha dan Danial sekadar berbual kosong. Adakalanya mereka ketawa bersama-sama.
“Suha tak kisah kawan dengan saya?” Ujar Danial suatu petang, ketika menghantar Suha pulang ke rumah.
“Kawan ajekan?” Ujar Suha, tidak lagi menjawab soalan itu.
“Ya, kawan. Tak kisah?” Ujar Danial lagi. Suha sekadar tersenyum nipis dan mengangguk perlahan. Danial membalas senyum itu.
“Kalau lebih dari kawan?” Danial kembali menyoal, membuatkan Suha agak terperanjat. Soalan diluar jangkaannya. Hati Suha berdetak hebat.
“Saya tak tahu.” Suha yang sudah kelam kabut dalam perasaannya sendiri, mengambil langkah mudah.
“Tak tahu tu maksudnya apa?” Ujar Danial lagi, sengaja mahu mengusik gadis itu yang mula merona merah pipinya.
“Mungkin serah pada masa dan waktu.” Suha bermain kata sambil cuba menenangkan hatinya yang berkocak hebat. Jatuh cintakah dia kepada Danial? Suha sendiri tidak pasti, takut juga terperasan sendiri.
“Janganlah takut sangat, Dan gurau aje.” Kata-kata Danial itu membuatkan Suha mengangguk laju. Hilang terus debaran yang tiba-tiba menghempas pantai hatinya. Gurauan sahaja sudah buat dia hilang kawalan, kalau betul-betul lamaran? Pengsan agaknya!
“Kak Suha, esok malam datang rumah boleh?” Imtiyazz yang sedang menyiapkan kerja yang baru diberikan Suha, kini mula bersuara sambil tangannya masih ligat di atas kertas putih itu.
“Ada apa?” Balas Suha. Imtiyazz berhenti daripada menulis dan memandang tepat ke wajah polos Suha.
“Mama buat sambutan hari lahir Im. Akak tak payah baliklah esok petang, balik malam terus.” Imtiyazz cuba mencadangkan. Suha mengerut dahinya, memikirkan permintaan itu.
“Esok mana ada tuisyen, Jumaatlah esok. Kita cuti!” Suha mencubit kecil hidung gadis cilik di hadapannya itu. Imtiyazz menepis dan mula menggosok perlahan hidungnya. Bibir dicebikkan.
“Akak datanglah ye, permintaan birthday girl ni.” Imtiyazz cuba membodek.
“Susahlah Im, akak jarang keluar malam. Lagi pun bas takde malam-malam.” Suha menjawab sejujurnya. Lagipula dia tidak suka keluar malam, badannya cepat sahaja letih apabila berembun malam.
“Abang Dan ada, Abang Kal pun ada. Bolehlah akak, datang eh?” Imtiyazz terus merayu membuatkan Suha serba salah. Susah untuk dia membuat keputusan ketika itu.
“Akak fikirkan dulu eh, nak kena tanya ayah dan mak akak dulu. Lepas tu baru akak bagitahu keputusannya ye? Boleh?” Suha cuba memberikan alasan. Imtiyazz sudah mencebik bibir, namun tidak lama kemudian dia tersenyum lebar, kening sengaja diangkat beberapa kali.
“Makna apa tu?” Suha menyoal. Imtiyazz merapatkan tubuhnya kepada Suha.
“Im suruh abang Dan atau abang Kal teman akak balik nanti jumpa ayah dan mak akak.” Imtiyazz bersuara membuatkan Suha mengerut kening, hairan.
“Untuk apa abang-abang Im kena jumpa ayah mak akak?” Suha menyoal, dia tidak faham apa yang cuba di sampaikan Imtiyazz ketika itu.
“Bila abang-abang Im jumpa ayah dan mak akak, mesti diorang percaya lebih lagi. Yelah, diorang tahu siapa yang akan hantar akak malam tu. Betul tak?” Imtiyazz menjelaskan membuatkan Suha terus sahaja tergelak kecil.
“Kenapa akak gelak?” Imtiyazz menyoal tidak puas hati. Suha menggeleng kepalanya beberapa kali dalam ketawa bersisa.
“Im ni, ayah dan mak akak percayakan akak. Tak perlulah nak suruh abang-abang Im tu jumpa ayah dengan mak akak. Nanti lain pula yang diorang fikir.” Suha menolak baik cadangan ‘baik’ gadis cilik itu.
“Siapa fikir? Ayah dan mak akak?” Suha mengangguk.
“Baguslah kalau diorang fikir akak bawa balik calon menantu, Im sokong sangat akak jadi kakak ipar Im.” Imtiyazz memeluk erat tubuh genit Suha. Suha cuma tersenyum dengan keletah gadis cilik itu.
“Mana boleh, entah-entah abang-abang Suha dah ada pilihan diorang.” Ujar Suha. Jauh dilubuk hatinya, dia cuba mengorek rahsia kecil daripada Imtiyazz tentang abang-abangnya, terutama Danial. Entah kenapa, hatinya terasa mahu tahu lebih lagi tentang lelaki itu.
“Ah! Abang-abang Im tu tak pandai pilih. Semua tak sama macam akak. Akak lain sangat.” Imtiyazz mula memuji.
“Abang Dan dah ada pilihan dia? Abang Kal pun?” Suha cuba menutup persoalan mengenai Danial dengan turut menyebut tentang Haikal.
“Dua-dua tu dah berpunya tapi dua-dua mama dengan Im tak setuju.” Jawapan yang merentap tangkai hati Suha. Danial sudah punya cinta hati? Suha menyoal sendiri.
“Kecewa ke akak?” Usik Imtiyazz melihatkan perubahan raut wajah Suha yang muram.
“Ish taklah, Haikal?” Suha cuba menidakkan dan mula menyoal mengenai Haikal bagi menutup resah yang bertandang secara tiba-tiba.
“Abang Kal dengan Shaha dia tulah.” Ujar Imtiyazz. Gadis cilik itu kembali mengambil pensil dan mula menyambung kerjanya yang masih belum disiapkan.
“Shaha? Cantik tak....”
“Sangat cantik.” Belum sempat Suha meneruskan soalannya, Haikal yang melintasi ruangan itu menyampuk. Seperti selalu, matanya akan dikenyitkan kepada Suha. Membuatkan gadis itu tidak keruan. Suha termalu sendiri, menyoal tentang kekasih lelaki itu dibelakangnya. Suha mengetap bibirnya dengan kepala yang menunduk memandang buku-buku di atas meja.
“Cikgu Suha jatuh hati dekat saya ke?” Haikal menghampiri dan terus sahaja bersila di sebelah Suha. Kedudukan mereka cuma berjarak 2 cm, membuatkan Suha sudah merinik peluh!
“Maaflah, saya sekadar bertanya aje. Tak ada niat apa-apa pun.” Suha cuba menafikan sebarang salah sangka daripada lelaki itu. Haikal menjungkit bahu dan mengalih tubuh tepat memandang ke arah Suha yang sudah tidak senang duduk.
“Kalau suka kata suka. Kalau cinta kata cinta. Nanti lambat terlepas.” Haikal bersuara membuatkan Suha memandang ke arah Haikal dengan penuh tanda tanya. Imtiyazz sudah menjuih bibir, menyampah dengan kata-kata jiwang yang sentiasa ada dibibir abangnya itu. Masak sudah dengan perangai dan sikap Haikal!
“Tak, encik Haikal jangan salah faham. Saya tak cinta, tak suka pun dengan encik.” Suha menidakkan apa yang Haikal sedang fikirkan. Sungguh, tiada perasaan lain kepada Haikal selain daripada anak kepada majikannya.
“Cikgu tak suka saya?” Haikal menyoal dengan wajah yang sengaja dikerutnya, menampakkan dirinya tersinggung dan sedih dengan penyataan Suha itu. Suha mengeluh perlahan, penat melayan karenah lelaki di depannya ini.
“Bukan tak suka. Saya suka...” Belum sempat habis bersuara Haikal terus memintas. Haikal terus sahaja berubah riak wajah.
“Heard that adik? Cikgu Suha suka dekat abang Kal. Patutlah asyik pandang-pandang abang Kal selama ni.” Haikal menyakat lagi membuatkan Suha sudah termati kata.
“Bukan macam tu...” Suha cuba menafikan.
“What? Cikgu suka dengan Kal?” Danial yang baru turun dari tingkat atas mula menghampiri. Suha sudah bagai hilang darah di wajah. Pucat! Suha lantas berdiri, tegak.
“Bukan!” Suha menidakkan. Haikal sudah tersenyum lebar.
“I win bro!” Ujar Haikal sambil matanya dikenyitkan ke arah Danial yang masih berdiri di tangga. Danial tidak beriak. Matanya tajam sahaja memandang ke arah Suha yang sudah serba salah. Hatinya berdetak tanpa irama.
“Tahniah!” Danial bersuara, pendek namun jelas didengari semua. Imtiyazz sudah berkerut dahi.
“Eh, eh... abang Dan dengan abang Kal ni fights over kak Suha ke?” Soal Imtiyazz membuatkan Danial dan Haikal saling berpandangan. Serentak, mereka mengangkat bahu masing-masing sebagai jawapan kepada soalan Imtiyazz. Suha mula berfikir sendiri.
“Apa ni?” Suha mula menyoal. Danial memandang sekilas ke arah Suha, kemudian berlalu tanpa memberi sebarang jawapan. Suha tersentak kecil dengan tindakan Danial, pandangannya terus di lemparkan ke arah batang tubuh Danial sehingga kelibatnya tidak lagi kelihatan. Haikal memetik jarinya di hadapan Suha, mematikan pandangan gadis itu yang sedari tadi tertancap ke arah Danial. Haikal tersenyum hujung bibir, sinis.
“Now, you are mine!” Haikal berbisik, namun bernada tegas. Suha mengerut dahinya. Sudahlah tadi seperti dipermainkan dua beradik itu, kini dipaksa tanpa rela menjadi hak milik lelaki yang tidak disenanginya.
“Ehem!” Imtiyazz mahu mencelah, namun belum sempat mencelah panjang Haikal lebih cepat mengarahkan adiknya itu supaya berlalu dari situ. Imtiyazz menghentak kuat kaki sebelum berlalu ke arah dapur.
“Encik Haikal jangan nak memandai-mandai. Siapa encik nak tentukan saya ini milik siapa? Ayah saya sendiri tak pernah memaksa saya!” Suha mengambil kesempatan itu meluahkan segala rasa yang dipendamkannya. Haikal masih dalam lagak tidak bersalah, dipandangnya gadis itu tajam.
“Awak boleh cakap apa yang awak nak Suha. As I’ve said, starting this minute you are mine. I decided it like that, so?” Suha makin bengang dengan jawapan itu.
“Siapa awak nak tentukan hidup saya?!” Suha membentak lagi. Haikal ketawa sinis.
“Saya Khaliff Haikal!” Ujar Haikal, jarinya laju sahaja mencuit hidung kecil Suha, kemudian mula melangkah pergi. Suha terpempan, tindakan luar jangkaan. Jantung Suha berdegup laju, selaju Hussin Bolt! Haikal berlalu seolah tiada apa yang berlaku, Suha masih terpempan lama.

Imtiyazz tersenyum-senyum memandang Suha yang sedang memakai sandalnya di pintu rumah. Suha yang mula mengangkat wajah, berkerut melihat riak wajah Imtiyazz yang tersengih-sengih sendiri.
“Kenapa?” Suha menyoal. Imtiyazz menggeleng laju.
“Akak ingat tau, esok datang sini.” Imtiyazz menyoal tanpa menjawab soalan daripada Suha. Suha tersenyum serba salah. Sikap abang-abang gadis kecil di hadapannya ini membuatkan Suha serba salah untuk berada lama di rumah ini.
“InsyaAllah.” Ujar Suha, jawapan paling selamat untuk masa ini.
“Akak tak tunggu abang Dan?” Imtiyazz menyoal, sebaik sahaja Suha sudah mahu melangkah pulang.
“Tak apalah, akak balik...”
“Jom!” Danial memintas Suha yang baru hendak bersuara. Laju sahaja Danial membuka kunci kereta dan menghidupkan kereta. Suha serba salah.
“Takpelah Dan, saya balik dengan bas.” Suha menghampiri pintu bahagian pemandu dan bersuara.
“Get in!” Danial yang langsung tidak memandang wajah Suha, bersuara senada. Suha menelan liurnya, keras!
“Saya balik sendiri aje. Terima kasih.” Suha yang tidak mahu terkurung dalam keadaan serba salah, tetap menolak walaupun Danial kedengaran begitu bertegas ketika itu. Danial merengus kasar.
“I said, get in!” Danial membentak, kuat dan penuh amarah. Suha tersentak sehingga terhinjut kedua-dua belah bahunya.
“Danial?” Bibir mungil Suha berbisik perlahan. Danial merengus lebih kasar, tangannya dihentak ke atas stereng kereta. Suha tersentak kesekian kalinya. Danial menolak daun pintu, sekali menolak tubuh Suha yang berdiri di luarnya. Suha terdorong ke belakang. Tanpa sebarang kata, Danial mencengkam kuat lengan Suha dan terus ditarik ke kereta. Suha cuba merentap kembali lengannya itu, namun tidak berdaya.
“Danial!” Suha meninggi suara, sambil tangannya cuba direntap daripada cengkaman Danial yang sudah menggila. Danial kemudiannya melepaskan cengkaman tangannya pada Suha. Sebaik sahaja lengannya sudah terlepas daripada cengkaman itu, Suha terus menjauhkan diri daripada Danial yang masih dengan wajah yang bengis dan menakutkan.
“Gila ke?” Suha melawan, tangannya menggosok lengannya yang masih terasa sakit.
“Yes I am and let me show you how mad am I!” Danial menarik Suha sekali lagi dan terus menolaknya ke dalam kereta. Tanpa sempat untuk bertindak apa-apa Suha terpaksa mengikut Danial yang sudah mula menekan pedal minyak kereta serapatnya. Kereta yang dipandu itu meluncur laju seolah-olah tiada perhentian. Suha sudah resah dan gelisah, ke mana Danial mahu membawanya pergi? Suha bersoal sendiri. Jauh di sudut hati yang resah, dia berdoa agar Allah melindunginya. Allah!

11 comments:

Erna Shafiqah said...

lame betul kite tunggu cerita ni...hehe, nak lagi... boleh?

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

hehehe , ingat abis terus ni..best , lama kot tggu :)

Dayana Hunter said...

Kak abc!!thanks..hehehe...penantian yg akhirnya kunjung tiba...mesti akk sibuk nk bhagikn masa...maaf ye;)

akubersamaCahya said...

baru nak masuk klimaks. hehehe welcome! tungguuuu :)

Anonymous said...

Ek bila na ada sambungan nya ni...

Anonymous said...

yg ke 4 dah hilang :(

Anonymous said...

Mna next part???

Anonymous said...

mna next part???lma dh tggu ni ke sya je yg xnmpk???---lina

Anonymous said...

Next part please..•﹏•

Anonymous said...

It's 2016 already.. I want the next part .. Please?

akubersamaCahya said...

Cuba cari dalam blog ni. Ada la sampai the end. :)