Wednesday, November 24, 2010

love is forever~ 09


Seminggu di Kuantan, banyak memberi erti dalam hidup aku. Cinta buat Haikal kian mekar dan aku tidak lagi menyembunyikan rasa cinta itu. Aku dapat rasakan cinta Haikal walaupun kadang-kadang dia seperti bermain tarik tali. Orang kata kalau asyik bermain tali bahaya. Takut terputus tengah jalan. Tapi aku? Aku tak pasti dia. Hati aku terlalu mencintai dia. Sangat! Kenangan seminggu dirumahnya takkan aku lupa walau sedikit. Hari kedua di rumah, bisa membuat aku tersenyum dalam tidur. Mana tidak. Petang itu, setelah membantu ummi dan baba mengemas kebun kecil dibelakang, aku segera mengambil tuala, cadangnya hendak membersihkan badan. Miang dan berpeluh. Ummi dan baba pula membakar sampah dan rumput yang dikumpulkan. Haikal? Asyik membasuh kereta dia aje. Suruh kaitkan kelapa, malas katanya. Geram aku! Mahu tak geram, jawab sudahlah pendek, siap nak jelir-jelir lidah pula. Sakit hati betul aku dengan sikap manja yang dibuat-buat. Menyampah!

Tudung yang aku pakai, aku sangkut dengan baik. Haikal pengemas orangnya. Aku? Kemaslah juga. Cuma kurang sikit dari sikap Haikal. Sekurangnya umur aku dengan dia. Aku belum lagi membiasakan diri tanpa tudung dihadapan Haikal dan Baba. Masih belum biasa. Setelah tuala aku ambil, aku segera ke bilik mandi yang berada didapur. Haikal entah hilang ke mana, aku pun tak tahu. Mungkin dengan baba dan ummi kut, detik hatiku. Biarlah. Belum sempat aku mengunci pintu bilik mandi.

” Haaaa!! Awak buat apa sini!!!” aku terkejut, Haikal belakang pintu?
” hehehe... sayang.. jum mandi sama-sama eh.. ” ujar Haikal sambil ketawa, mungkin melihat reaksi aku yang memang dijangkakan.
” Eii! Keluarlah.. ape awak nih... jangan mengade-ngade!!” marahku, tangan aku tak dapat menahan dari memukulnya. Geram!
” sayang ni.. sunat tau suami isteri mandi sama-sama..” Haikal menjawab dengan nada yang gatal dan geli untuk telinga aku mendengar. Haikal mula memegang tanganku dan cuba nak memeluk aku. Aku meronta-ronta sambil menjerit menyuruhnya keluar dari bilik mandi.

” Haikal! Saya tak suka macam nih...” bentakku.
” ala sayang.. boleh la..” rengek Haikal sambil menahan rontaanku. Tak boleh jadi ni, kena cari jalan, kalau tidak, habis aku! Sepantas kilat, idea menjengah kotak minda yang sedari tadi asyik ’refresh’ aje cari idea nak lawan idea jahat si Haikal.
” ummi!! Tolong... ummi!!!” jerit aku sekuatnya. Haikal terkejut dengan jeritanku, cuba menutup mulut aku dengan tangannya.

” Baba.. ummi tolong!!!” jeritku sekuat-kuat hati!..Aku selamat akhirnya, Haikal mengalah dan melepaskan tanganku. Mengeluh keras dan keluar dari bilik mandi. Ummi dan Baba pun dah terpacak depan pintu bilik mandi. Ummi seperti selalu, ketawa. Baba menggelengkan kepala, penat dengan karenah kami berdua yang macam kanak-kanak umur setahun. Haikal keluar dengan muka tak puas hati dan terus ke bilik. Aku cuma tersengih-sengih kambing, dan menutup pintu kembali. Selamat!

++++++++++++++++++++++

Selesai membersihkan badan, wuduk tak lupa untuk di ambil, sudah hampir waktu maghrib pun. Maghrib dan Isya’ selalunya kami akan jemaah. Baba kadang-kadang ke surau dengan Haikal. Dari ummi aku dapat tau yang Haikal ni, anak kesayangan kampung. Mana tidak, dari sekolah lagi Haikal yang paling cemerlang dalam kampung ni, dalam akademik mahupun kokurikulum. Lepas SPM, Haikal dapat tawaran untuk buat persediaan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pengurusan perniagaan. 4 tahun belajar di negara orang, tambah setahun bekerja di sana, balik sahaja Malaysia, Haikal mula membuat perniagaan sendiri, sampai sekarang. Pekerja Haikal banyak dari kalangan pemuda-pemudi kampung ini juga. Ummi kata, masa Haikal nak pergi ke luar negara, orang kampung banyak membantu dari segi kewangan, dan sekarang masa Haikal pula untuk membalasnya. Cerita-cerita tentang Haikal memang membanggakan, tapi membuatkan aku terasa tak layak untuk menjadi pendamping dia. Siapalah aku.

Aku masuk ke bilik, gelap. Pelik, Haikal ke mana? Dekat depan ku, ujar hati kecilki. Malas nak ambil tahu lagi sebab waktu maghrib sudahpun masuk, cepat-cepat aku bersiap untuk turut berjemaah. Setelah siap bertelekung, aku melangkah ke bilik ummi, dari jauh ummi sudah menanti.

” kita jemaah berdua aje ye Zu, Baba dengan Haikal dah ke surau pun” ujar ummi, mengejutkan aku. Merajuk ke dia? Tidak pernah Haikal ke surau tanpa tidak memberitahu aku. Sudah! Aku hanya mengangguk tanda mengerti pada ummi. Seusai solat maghrib, kami akan mengaji sehinggalah masuk waktu isya’. Ummi banyak membantu aku memperbetulkan semula bacaan dan tajwid aku. Terasa rindu pada ibu kurang sedikit dengan berada disamping ummi. Ummi melayan aku dengan begitu baik. Katanya dapat juga luahkan rindunya pada Aida.
Seminggu dekat Kuantan juga banyak membantu aku mengenali lebih dekat dengan keluarga Haikal. Mereka jarang makan berat waktu malam. Sekadar kuih-muih yang dibuat ummi atau dibeli sahaja. Aku yang telah biasa makan nasi waktu malam, meranalah juga pada awalnya. Haikal pernah bangun malam masak untuk aku. Perut aku asyik berbunyi katanya. Malu juga aku nak selindung. Hai la perut!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders