Sunday, December 11, 2011

JANJI TERPATERI - BAB 1

Alhamdulillah.
sampai jugak waktunya, abc publish novel kedua abc di Blog abc nih ^^
dalam sibuk mencari waktu untuk menulis.
abc sempat menjengah kisah disebalik Janji Irham dan Mustika.
baca and komen ye.
love u'ols.

+++++







BAB 1

            “Mungkin ada silap faham kut. Tunggu Mustika balik kejap lagi ye, dia pergi kubur kejap” Ujar Ibu kepada tetamu yang hadir. Ibu gundah sekali. Along sudah menggeleng-gelengkan kepala. Macam mana hal ini boleh terjadi? Ibu segera ke dapur. Pening untuk dia fikirkan.

            “Macam mana boleh jadi macam ni, diorang tak tahu ke hal Mustika Ibu.” Ujar Kak Idah kepada Ibu. Ibu meneguk air kosong yang diberikan Kak Idah kepadanya.

            “Itulah Ibu pening ni. Idah dah telefon Mustika?” soal Ibu setelah habis air diteguknya. Gelas digenggam erat. Kak Idah cuma mengangguk perlahan. Along dan Angah setia melayan tetamu yang datang dengan tiba-tiba bersama hajat yang besar dan amat memeranjatkan seisi keluarga.

            “Kenapa keluarga ni macam terkejut aje dengan kedatangan kami hari ni?” Soal Irham kepada Along dan Angah. Along dan Angah berpandangan. Bagaimana mahu diterangkan? 

            “Kita tunggu Mustika, nanti dapatlah jawapannya, insyaAllah.” Irham masih tidak puas dengan jawapan yang diberikan Along. Angah cuma mampu tersenyum dan mengangguk.

Dalam kesepian yang menyelubungi ruang tamu rumah tengah hari itu. Suara Haziq dan Mustika memecah kesunyian. Irham bingkas bangun setelah suara itu menyapa telinganya.

            “Mak Lang cepat, ramai tunggu Mak Lang tu.” Ujar Haziq sambil menarik tanganku. Aku hanya ketawa perlahan.

            “Sabarlah sayang, Mak Lang tak larat nak jalan laju dah...” 

            “Perut Mak Lang dah makin besar...” Ujar Haziq, mencuit tawaku. Langkah diatur perlahan ke dalam rumah. Kak Idah menyuruhku pulang dengan segera sewaktu aku masih di pusara. Hal penting katanya, bila ditanya apa yang penting, aku hanya disuruh pulang sesegera mungkin. Seusai habis bacaan Yassin aku sedekahkan, aku bingkas pulang. Entah kenapa sedari awal pagi, hatiku tidak enak rasanya. Orang kata, hati yang resah disebabkan dua perkara. Pertama ada antara doa kita dimakbulkan dan kedua, ada benda buruk yang berlaku. Aku hanya mampu berdoa agar, resah ini adalah kerana hal yang pertama. Ada antara doaku yang Allah makbulkan, mudah-mudahan.

            “Assalamualaikum..” Salamku berikan setelah ramai tetamu aku lihat bersama Along dan Angah. Ibu dan Kak Idah melangkah pantas ke arahku. Aku masih berdiri di depan pintu dan tersenyum. Senyumkan sedekah. Seorang lelaki muda, bingkas bangun setelah melihatku. Dari riak wajahnya, aku lihat dia begitu terkejut melihatku. Aku kenalkah?

            “Mustika?” Soal lelaki itu. Aku memandangnya pelik. Perutku yang semakin membesar aku usap perlahan. Gaya ibu mengandung, memang tidak asing bukan?

            “Ya, saya Mustika. Awak siapa? Erm.. Along, kenapa Mustika tak tahu ada tetamu hari ni?” Lelaki itu masih berdiri. Along aku lihat hanya membisu. Angah sudah tersenyum-senyum. Ibu menggamitku supaya mendekati mereka semua.

            “Inilah Mustika. Anak saya yang Puan hendak pinangkan untuk anak lelaki Puan.” Ujar Ibu kepada seorang wanita berusia di situ. Dia pun seakan amat terkejut. Aku lagilah terkejut dengan kata-kata ibu. Pinang? Is it meminang? Aku yang tengah sarat ni kena pinang?

            “Whats? Pinang? Astagfirullah. Mak Buyung kena pinang.” Aku tergelak kecil, namun mati dengan cubitan perlahan ibu di lengan. 

            “Awak tak kenal saya Mustika?” Lelaki itu masih berdiri dan memandangku. Aku pandang wajahnya. Macam pernah aku lihat sebelum ini. Tapi aku tidak berapa ingat dimana dan siapa dia. Aku hanya menggeleng dengan persoalan yang diberikannya.

            “Saya Irham Syakir. Irham Syakir, kekasih awak 8 tahun dulu..” Jawapan yang keluar dari bibirnya itu membuat aku terkedu. Nadiku seakan terhenti. Selepas 8 tahun berlalu, kini dia kembali? Untuk apa? Allahuakbar! Aku terduduk di situ. Kenapa aku boleh lupa wajah dia. Irham Syakir, lelaki pertama dalam hidupku, lelaki pertama yang  mencuri hatiku. Lelaki pertama juga yang telah mengecewakan aku, mengenalkan aku erti putus cinta! Ah! Kuat sungguh cinta Amzar buat aku, hingga segala kisah lama dapat aku lupakan sebegitu rupa. Aku tersenyum sendiri. Mohd Amzar.. suamiku.

++++++

8 tahun sebelum...

Kelas yang penuh dari pagi, membuatkan badan aku terasa sangat letih. Aku menghempaskan tubuhku ke katil. Petang-petang macam ni, semua pasangan bercinta akan terus keluar ber ‘dating’ termasuklah kawan sebilik aku, Misha dan ‘boyfriend’ tersayang Mizan. Aku? Tak sempat rasanya nak bercinta, kelas sudahlah setiap hari dari pukul lapan pagi sampai ke pukul lima petang, bila masa aku nak mencari ‘pakwe’. Erk? Cari pakwe? Siapalah aku untuk di ‘tackle’ jejaka-jejaka di Matrikulasi ni. Bukannya cantik, comel? Er..comel tu ada la juga. Ah! Buat apa fikir benda itu semua, walaupun sudah 19 tahun, semester kedua di Matrikulasi, aku rasa semua itu belum masanya untuk aku fikirkan. Orang kata, andai sudah masanya, ketemu jua cinta yang dipuja-puja, tak gitu? Masanya akan tiba. 

Deringan telefon menandakan satu mesej telah aku terima.

            ++ Hai..++

Aku lihat nombor pemilik mesej tersebut. 0134567890? Siapa pulak nih? Nama tak ada dalam simpanan pun? Mesti orang ni pun tak kenal aku. Sengaja tembak-tembak la tu. Ah! Layan je lah, lagipun tengah bosan. Laju sahaja tanganku membalas mesej tersebut.

            ++ Hoi.. sapa?++

            ++ Amboi... cantik bahasa?++

Aku hanya mengekek ketawa, padan siapa suruh menggatal? Mesej itu aku tetap balas. 

            ++ Secantik tuannya++

            ++ Perasankah?++

Aku mengerut dahi, agak ‘kureng asem keping’ mamat nih. Er... aku anggap aje lelaki, sebab ada ke perempuan mengurat perempuan. Lesbian? Takkanlah... mesej itu aku biarkan. Malas membazir kredit, telefon ibu lagi bagus, boleh dapat jugak lepas rindu. 

Walaupun jarak Kolej Matrikulasi ini hanya sejam lebih perjalanan dari rumah, aku bukan jenis yang setiap minggu akan pulang. Masa hujung minggu aku lebih suka habiskan dengan ke perpustakaan, mengulang kembali topik-topik yang kurang aku fahami. 

Jam ditangan aku belek, sudah hampir 6.30 petang, aku bingkas bangun untuk menunaikan fardhu asar. Waktu-waktu begini, hati aku mudah jadi sayu, dan terus merawang ingatan kepada arwah abah. Rindu.

++++++++

Perut yang rancak bermain gendang membantutkan aku dari terus membuat nota ringkas subjek fizik. Mulanya malas nak turun ke kafe beli makanan, jarang sangat aku makan malam. Oleh sebab perut dah suka sangat bergendang, bergitar segala, terpaksalah aku merajinkan diri untuk bersiap dan turun ke kafe.
“Makan cik Mustika?” Tegur teman bilik ku, Misha. 

“Perut aku dah sms dah, kata lapar.” Misha hanya tersenyum. Tudung aku betulkan seeloknya. Stokin aku capai dan pakai.

“Can I order?” Misha bersuara lagi. Aku hanya mencebik dan menggeleng. Misha sudah buat muka.

“Instead of just order, why not, cik Misha cayang Mizan ni teman cik Mustika ke kafe, alang-alang kita boleh candle light dinner sama-sama, would you?” Misha hanya ketawa kecil dengan tingkahku. Jarang mahu terima order, bukan tak tahu, aku sangat-sangat segan ke kafe seorang diri. Entah, aku sendiri tak tahu kenapa, segan semacam!

“Yolah cik Mustika cayang erm.....”

“No body, cik Mustika cayang ibu sahaja.” Aku mencelah kata-kata Misha, tak boleh dilayan, nanti mengarut, semua budak kuliah yang lelaki akan disebutnya. Misha hanya ketawa kecil dan terus bersiap-siap untuk ke kafe denganku.

            Menu ditangan aku belek, entah apa yang akan buat aku berselera. Semuanya nasi, berat sangat nak makan nasi, sekarang sudah pun pukul 9 malam. “Kalau ambil nasi, mesti mata berat, langsung tak sempat study,rugi tu..” hatiku mengomel sendiri. 

            “Mus, kau nak makan pe? Nasi Goreng?” Ujar Misha yang sedia dengan pen dan kertas untuk menulis tempahan makanan. Aku hanya menggeleng.

            “Tak jadi la, aku beli benjo aje kut. Takut lebih kenyang la Sha” Misha hanya menjungkit bahu dan memberikan kertas tempahannya kepada abang yang mengambil pesanan makanan. Aku melangkah ke gerai burger di tepi kafe. Ramai pulak budak lelaki, kafe dekat asrama lelaki dah ada datang juga sini, entah apa yang dicarinya. Aku mengendahkan sahaja kewujudan mereka semua yang nyata memandangku sedari tadi aku melangkah ke arah mereka. “macam tak pernah nampak perempuan!” bentak hatiku sendiri.

            “Benjo satu bang, mayonis lebih eh.” Aku memberikan pesanan. Suara-suara sumbang mula kedengaran. Aku biarkan dan kembali ke meja yang diduduki oleh Misha.

            “Benjo aje dik? Cukup ke?”Suara garau itu memberhentikan langkahku. Aku kalih ke arahnya yang tersengih-sengih macam kambing.

            “Awak nak belanja saya ke? Saya mampu benjo je.” Entah kenapa dengan slumber aku menjawab dan terus melangkah ke arah Misha. Mamat tadi masih tersengih namun bukan macam kambing punya sengihan dah, lembu pulak kut, makin melebar.

            “What happen? Kau cakap apa dengan mamat comel tu?” Aku kalih memandang mamat kambing tadi. Comel? Wekkk. Geli aku!

            “Comel apa nye la cik Misha, report Mizan kang...” Aku mengugut. Misha hanya mencebik. 

            “Dia tanya apa?” Misha masih mahu tahu.

            “Taktik mengurat insan yang cantik macam I.... bosan I nak layan nyah!” Aku membuat gaya gedik yang membuatkan Misha memandang ku dengan wajah yang ‘geli geleman’. 

            “Perasan.... aku tau la kau tu comel. Tapi tak payah la perasan sangat.” Aku membeliak mata seakan tidak percaya dengan kata-kata Misha.

            “OMG! Kau puji aku Misha? Comel? Really? Kena masuk dalam diari ni.” Misha susah nak puji aku, tambah-tambah hal cantik-comel-cute. Mesti dia nak menang. Walhal memang dia akan menang dan aku tahu aku kalah dan aku tak pernah terniat nak bersaing dengan dia pun. Misha mempunyai wajah Pan-Asia, kacukan Inggeris dan Bugis. Aku? Seratus-peratus melayu asli. Kulit kuning langsat! Perlu lagi ke bertanding? 

            “Yelah-yelah... puji sikit dah nak over. Menyampah!” Aku sambutnya dengan ketawa besar. Selang beberapa ketika berbual dengan si Misha ni, mamat kambing menghampiri meja kami dengan satu bungkusan ditangannya. Aku dan Misha memandangnya, dengan muka tanda soal. Seakan mengerti, mamat kambing tersengih lebar sebijik macam kambing Pak Mat kat kampung aku, Billy namanya.

            “Ye. Ada apa?” tegurku setelah melihat dia hanya tersengih-sengih.

           “Your order. Benjo. And my treat, Chicken Burger Double Special. Already paid, enjoy your dinner” Mamat kambing menghulurkan bungkusan itu kepadaku. Tak tunggu lama, dia beredar setelah aku menyambut hulurannya. Aku membelek ke dalam bungkusan tersebut. Ya, ada benjo dan burger. Aku menepuk dahi.

            “Alamak. Salah cakap la pulak, aku main-main, dia betul-betul.” Gurauan atau lebih kepada sindiran aku tadi, mamat kambing merealisasikannya. Ada jugak orang betul plus lurus macam tu, ke ada sotong di sebalik char koteow? 

            “Weh... mamat comel belanja dinner tu...,” Misha mula bersuara setelah dari tadi dia hanya memerhati, senyuman penuh makna tak lekang dari bibirnya.

            “Mamat kambing tu yang punya burger, aku pesan benjo aje.”

“Aku nak bagi balik.... kau ikut aku, jum cepat.” Aku terus melangkah mengejar Mamat kambing yang sudah hampir ke blok B5 asrama lelaki. Aku lajukan ayunan langkah kaki, Misha di belakang terkocoh-kocoh berlari-lari anak mengejarku yang sudah jauh ke depan.

      “Awak....” Aku cuba melaung memanggilnya. Gagal! Aku memberhentikan langkahku. Misha tercungap-cungap menghampiri aku yang setia memandang bungkusan di tangan. 

            “Kau ni, laju gila! Minum redbull ke apa hah...” Aku memandang Misha dengan muka kecewa.
             
           “La... pe hal pulak muka monyok? Orang comel belanja pun monyok?” Aku menunjal kepala Misha. Geram betul dengan ayat ‘mamat comel’ ‘orang comel’. Aku tak kisah comel ke tidak, yang aku tahu aku tak nak makan budi orang.

            “Aku nak bagi balik dua-dua makanan nih. Aku tak nak orang comel ke orang huduh ke belanja aku. Aku ada duit lagi nak makan.” Misha hanya menggeleng kepala.

            “Jual mahal pulak Cik Mus kita.” Misha menjuih bibirnya. Beberapa ketika memikirkan jalan untuk mengembalikan semula makanan itu, Mizan kebetulan lalu di jalan itu. Mungkin si Misha ni ada sms dia kut.

            “Hai, dah pukul berapa ni, belum balik bilik lagi Misha, Mus?” Mizan ni bukan calang-calang lelaki pilihan Misha. Nak kata warak tu tidaklah, tapi masih tahu dalam soal agama. Jarang sekali dia ‘berdating’ dengan Misha di waktu malam. Mereka hanya berjumpa waktu petang, itu pun waktu beriadah. Misha bukan suka dengan sukan, sebab nak jugak ‘dating’ terpaksalah layan si Mizan bermain badminton ataupun skuash. 

            “Awak tanya cik Mus kita ni. Dia yang ajak saya duduk kat jalan ni. Erm..” Mengadu pulak minah sorang ni.

            “La... nak percaya tak percaya aje saya.” Mizan ketawa.

            “Apasal pulak?” Celah Misha.

            “Yela, jarang si Mus ni keluar bilik waktu malam, nak suruh pergi dataran sebab ada hal kelas pun susahkan?” Aik, macam mana Mizan boleh tau?

            “Awak ni kenal Mus lebih dari saya pulak eh?” Ada nada cemburu dalam kata-kata Misha. Aku hanya memandangnya dengan senyuman mengejek.

            “Jealous eh? Awak lupa saya ni roomate dengan ketua praktikum dia, Sham?” Misha menekup mulutnya. Malu! Silap haribulan la dei!

            “Sham mengadu eh? Kureng punya ketua. Bukan tak suka keluar , saya akan cepat letih aje bila kena angin malam, tak tau kenapa. Ni pun sebab terpaksa aje.” Aku membela diri. Malu weh bila orang mula memperkotakkatikan kita.

            “Mus ni nak bagi balik makanan yang Irham bagi dia. Pelik aje, orang belanja dia menolak pulak.” Misha mencebik bibir. Aku membeliakkan mata memandang dia. She know him?

            “Irham belanja Mus? Wah... hebat jugak Mustika ni ye. Irham tu...” Siapa Irham? Mamat kambing?

            “Wait-wait. Korang berdua kenal mamat kambing tu?” Misha dan Mizan saling berpandangan dan ketawa. Aku jadi rimas.

            “Tell me la... jangan gelak aje.”

            “Lelaki paling kacak dalam Kolej, lelaki paling genius dalam Kolej, anak cina pun kalah. Kau tak kenal dia Mus?” Mizan cuba menjelaskan. Lelaki paling kacak? Macam kambing aje senyuman dia. Euw...

            “Mustika only know her books, her notes and all about her study, sebab tu dia panggil mamat kambing. Awak pun dia kenal sebab saya tau.” Misha mencelah. Aku menjuih bibir mendengar ‘kutukan’ Misha.

            “I knew my ketua pratikum, Shamsul Hadi.” Ketawa Misha dan Mizan kian rancak. Sakit hati aku dibuatnya. Aku menghulurkan bungkusan itu kepada Mizan.

            “Gelak puas-puas okay. Ni, bagi kat lelaki paling hensem dalam dunia tu. Gara-gara baik hati dia tu, perut aku yang kosong ni terus kenyang. Nah!” Terus sahaja aku berlalu dengan hati yang geram dengan ketawa sindiran pasangan sejoli itu. Memang aku tak kenal mamat kambing tu, so? Salah ke? What ever!!

+++++++++

            “I’ve told you, dia bukan gadis biasa Irham.” Mizan menghulurkan bungkusan yang diberikan oleh Mustika sebentar tadi. Irham mengambil dengan senyuman hambar.

            “I just try my luck la Mizan. Erm... tersangat bukan gadis biasa.” Irham meraup wajahnya. Buku yang sedari tadi dibeleknya, dia tutup.

            “Nak kata budak kampung, tak jugak. Duduk bandar, mungkin dia tak suka berkawan dengan lelaki, and we are only 19 la kawan.” Shamsul Hadi mencelah. Mizan mengangguk bersetuju dengan kata-kata Sham.

            “Semester kedua dan terakhir. Lelaki kacak kolej belum dapat insan pujaannya. Kegagalan yang amat dasyat!” Mizan dan Sham ternganga dengan pengakuan terlebih perasan Irham.

            “Buwekkk... perasan gila! I think, because of this, Mustika tak jatuh dekat kau.” Kata-kata Sham itu membuahkan ketawa mereka bertiga. 

            “Nak buat macam mana lagi eh? Mustika tu dah ada pilihan hati kut.” Irham masih belum berpuas hati. Bungkusan itu diperhatinya.

            “Belum la. Solo. Misha kan kawan baik dia. Misha kata Mustika masih mencari. Kau cuba approach dia depan-depan, mana tau cair. Ni tidak, diam-diam. Padan pun dia panggil kau mamat kambing.” Meletus ketawa Sham dengan kata-kata Mizan.

            “Really? Mamat Kambing dia panggil aku? Hai... tak cukup hensem untuk dia ke aku ni?” Sham menepuk dahi Irham. 

            “Perempuan macam Mustika tak pandang rupa. Ni, hati yang penting.” Ujar Sham sambil menepuk dadanya. 

            “Ahmad Hamizan, Irham Syakir, korang dengar sini.... perempuan, sekali dia tahu korang ikhlas menerima dia seadanya seperti mana dia menerima korang, selagi itu dia setia. Tapi sekali korang curang, selama-lamanya semua lelaki diorang benci. Ingat tu pesanan aku.” Irham dan Mizan mengangguk-angguk mendengar kata-kata Sham. 

            “Tetiba bagi pesanan, why?” Irham menyoal. Jarang Sham hendak berpesanan sebegitu. Sekali dalam setahun kut.

            “Sebab? Sebabnya, aku takut nanti aku yang single ni susah nak cari awek sebab perempuan semua dah fobia dengan lelaki-lelaki kasanova macam korang.” Terkekek Sham dengan jawapannya sendiri. Tak lama mendengar jawapan itu, Mizan mengambil bantal dan menghempuk Shamsul Hadi, Irham tidak ketinggalan untuk turut berperang bersama-sama mereka berdua. Riuh bilik mereka malam itu dengan karenah lelaki separuh masak seperti mereka bertiga.


4 comments:

Aida Nadia said...

akakkk...cpt la smbng

akubersamaCahya said...

i will. give a day. esok akak ada test yg killer punye.. hohoho

Unknown said...

adus. best cite nih...tp kalo boleh jgn la bg nikah paksa lagi ek...? hehe byk sgt topik tu. bez mmg la bez...tp pape pun sy follow cite ni jugak! hehe

akubersamaCahya said...

taklah. takde nikah paksa2.. semua kerana hati ^^v

LIF nikah paksa kan. hehehe

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders