Thursday, January 19, 2012

Melodi CINTA = cinta tidak buta



Cinta tidak buta
Manusia yang tiada mata
Cinta itu indah
Saat hati terngadah
Jatuh tak bertadah


Bagai semalam kisah pahit itu bermula. Malu. Itu yang mampu saya ungkapkan. Hendak senyumkah dengan perbuatan begitu? Akhirnya, keputusan bijak telah saya lakukan. Jika tidak, pasti hidup saya dalam keserabutan, ketakutan dan kebimbangan. Sejak keputusan itu saya lafazkan. Hati ini sentiasa berdegup riang hingga bisa membuahkan senyuman.
Terima kasih pada teman itu, yang meneguh keputusan saya. Tanpa dia, saya terlalu lembut dan pasti akan kembali menerima. Allahuakbar, Allah lemahnya hamba ini. Mengapa? Bukankah hamba ini dulunya garang seperti singa betina? Kuat dan teguh pada setiap kata-kata. Setelah sekian lama hamba hidup begitu, kini hamba menjadi selemah-lemahnya. Mungkinkah kerna cinta dosa itu? La haulawala Qu wata illahbillah.





Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”


Saya mahu memulakan hari yang baru dalam hidup ini. Mampu atau tidak, pada DIA saya telah serahkan segala-galanya, jiwa dan raga. Saya mahu mati dalam iman, dan suci daripada segala dosa, kerna saya takut azabnya neraka. Allahuakbar.

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.”
Surah Al Talaq : ayat 23

Saya dalam pencarian, sebuah jalan keluar. Ameen.

1 comment:

MiNi-CoOpEr(MIRAE) said...

Sudhanallah..
thanks kak ABC..tersentuh baca post yang ni..
teruskan usaha!!Ajaja hwaiting!=Dv