Tuesday, October 9, 2012

Cerpen : Bukan Pilihan.




Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menambat hati sang suami yang tetap dengan satu kata ‘Kau bukan pilihan’. Kuatkah prinsip yang dipegang Daniel Hakim untuk menangkis cinta si isteri kepadanya?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Majlis perkahwinan yang sederhana berlangsung dengan lancar. Daniel Hakim masih lagi segak dalam sut pengantinnya. Peluh yang meleleh di pipi dibiarkan sahaja. Peluh dihatinya tiada siapa tahu. Hendak tak hendak, mahu atau tidak. Gadis di hadapannya ini telah sah menjadi isterinya. Sungguh bukan pilihan hatinya!

“Saya mintak maaf kalau saya bersikap kasar. Saya dah jelaskan semuanya sebelum kita nikah, tapi awak tetap berdegilkan. Jadi, saya harap awak redhalah untuk terus makan hati. Faham?” ujar Daniel kasar. Shadha hanya tunduk menekur lantai.

“Awak bagitau saya malam semalam. Pagi ni kita dah nikah, macam mana saya nak batalkan. Kalau…” 

“Cukup! Jangan beralasan, saya nak awak tahu yang awak bukan pilihan saya.” Shadha terkedu, tidak sempat untuk menjelaskan apa-apa. Daniel Hakim terus sahaja menghukumnya. Shadha hanya mampu mendiam diri, langkah Daniel diperhatikan tanpa perasaan.

“Mana aku tahu…” rungut Shadha perlahan, dilabuhkan duduknya dibirai katil. Cincin yang tersarung dijari manisnya dibeleknya. Tidak terfikir olehnya penerimaan Daniel begini terhadap dirinya. Di awal pinangan Opah Imah, Shadha telahpun menyoal penerimaan Daniel, jawapan Opah seolah-olah Daniel bersetuju 100 peratus. Sebaliknya pula dengan penjelasan Daniel malam semalam. 

“Sha… kamu buat apa dalam bilik ni, Opah Imah cari kamu kat luar, diorang nak balik dah tu.” Suara emak menyedarkan Shadha daripada lamunannya.

“Sha rehat kejap tadi, jom mak…” Shadha menarik lembut tangan emak supaya menyaingi langkahnya ke ruang depan.

++++++++++++++

Shadha membuang pan-cake yang hampir hangus itu ke dalam tong sampah. Sudah kali ketiga dia cuba membuat pan-cake untuk suaminya. Tapi masih lagi gagal, entah kenapa asyik tidak menjadi. Resipi yang dicetak malam semalam dibelek lagi, setiap baris ayat dibaca tanpa meninggalkan satu titik pun. Lagi beberapa minit, pasti suaminya akan turun dan bersarapan, tetapi dia belum dapat menyediakan apa-apa.

            “Mana sarapan saya?” Suara garau Daniel mengejutkan Shadha yang sedang ralit membuat pan-cake, sehingga sudipnya terpelanting ke bawah. Daniel memandang dengan wajahnya serius. Kepalanya digeleng dan terus melangkah keluar daripada dapur.

            “Awak… Awak sarapan roti bakar boleh?” Shadha berjalan laju menyaingi langkah Daniel. Daniel memberhentikan langkahnya. Dipandang wajah Shadha yang sedang tersenyum dengan riak serba salah, dengan wajahnya yang bengis.

            “Semalam roti bakar, hari ni pun roti bakar?” Shadha terkulat-kulat mendengar suara Daniel yang garau dan tegas itu.

            “Saya janji esok saya buatkan pan-cake untuk awak. Boleh?” Daniel merengus kasar.

            “So, esok aje saya breakfast.” Daniel terus melangkah keluar rumah. Shadha masih berdiri ditempat yang sama, hanya memandang langkah Daniel dengan perasaan sayu. Shadha mengeluh lemah. 

            “Gagal lagi!” rungut Shadha. 

Sudah masuk bulan yang kedua mereka bergelar suami dan isteri. Daniel masih bersikap dingin atas alasan, Shadha tidak membatalkan perkahwinan mereka walaupun telah Daniel jelaskan semuanya. Shadha sendiri keliru, mana yang benar, mana yang palsu. Dia sendiri tidak pasti, yang dia tahu dan sedar, kini dia terpaksa makan hati dengan suami sendiri. Apa sahaja yang dilakukan oleh Shadha pasti ada yang tidak kena di mata Daniel, pasti ada salahnya. Terutama soal memasak, “Darin lebih hebat” “Darin buat lebih sedap” itu sahaja yang akan dikatakan setiap kali Daniel menjamah masakan Shadha. Isteri mana yang tidak terasa hati kalau suaminya memuji perempuan lain?

Darin, sepupu Daniel. Sentiasa jadi isu pertelingkahan mereka berdua. Semuanya kerana puji-pujian Daniel kepada Darin.

“Kenapa tak kahwin dengan dia? Kenapa setuju dengan Opah kahwin dengan saya?” Soal Shadha tegas, senduk nasi dihempas kuat ke dalam mangkuk nasi. Kerusi ditarik kasar, lalu terus melabuh duduknya. Hatinya sebal dengan Daniel yang asyik memuji Darin.

“Memang nak kahwin. Opah tak setuju, kalau tak takde aku dengan kau sekarang.” Jawab Daniel penuh angkuh, kerusi ditolak dengan badan lalu terus bangun dan berlalu. Shadha mengeluh kuat. 

“Penat aje masak. Tak makan jugak.” Jari jemari yang terlekat dengan butir-butir nasi di celup ke dalam air basuhan. Seleranya sudah mati.

++++++++++


Bunyi loceng menandakan waktu pengajarannya sudah tamat. Segala latihan sebagai kerja rumah telahpun dicatatkan di papan hitam. Buku-buku yang dikumpul, diberikan kepada ketua kelas untuk dibawa ke bilik guru.

            “Munirah, kamu tolong kumpulkan kerja sekolah yang cikgu bagi tadi Isnin pagi ye, terus hantar ke bilik guru. Sebelum rehat cikgu nak semua dah ada di meja cikgu ye.” Arah Shadha kepada penolong ketua kelas tingkatan 5 Delima itu. 

            “Okay kelas, jumpa lagi Isnin nanti. Assalamualaikum.” Ujar Shadha sebelum melangkah keluar daripada tingkatan 5 Delima. Suara anak didiknya jelas kedengaran menjawab salam yang diberikan.

Tamatnya pengajaran hari ini, menandakan tamat waktu persekolahan untuk hari ini. Esok hujung minggu, bermula lagi hari untuk bersemuka dengan Daniel. Kalau hari-hari biasa, susah hendak bertemu muka dengan Daniel. Shadha keluar seawal pagi, disebabkan jarak sekolah yang agak jauh daripada rumah mereka. Daniel pula pulang lewat malam, al maklumlah kerja sendiri, banyak hal perlu diuruskan setiap hari. Waktu hujung minggu adalah waktu rehat mereka berdua, tapi kadang kala bukan waktu rehat buat Shadha. Mungkin kerana terbiasa memberi arahan di pejabat, Daniel terbawa-bawa sehingga di rumah dan Shadha menjadi mangsanya.

            “Woi, menungkan apa?” tepukan dibahu yang agak kuat mengejutkan Shadha. Pandangan dialihkan ke sisi. Mustika.

            “Sakit la Tika. Takde menung pun, fikir nak masak apa je balik nih.” Ujar Shadha. Mustika mencebik.

            “Untung suami kau eh, rajin betul kau memasak.” Giliran Shadha mencebik. Untung? Seksa adalah, bentak hati Shadha. Tangannya ligat mengemas meja. Beg tangan diambil dan terus bangun dari duduk, kerusi ditolak masuk ke bawah meja.

            “Untung la jugak. Aku balik dulu, jumpa minggu depan.” Shadha melangkah keluar daripada bilik guru. Langkahnya tidak semangat seperti selalu. Esok Daniel mahu ke rumah Mak Longnya, ibu kepada Darin, Datin Munah. Hati Shadha resah dan menyampah. Datin Munah tidak suka kepadanya, memang tidak suka. Asyik menjeling dan memerli sahaja. Darin pula, gadis yang terlebih manja. Mampukah dia bertahan untuk duduk satu hari di sana? 

++++++++++

             Belum sempat mahu membuka pintu pagar, ada orang lain yang lebih awal membukanya untuk Shadha. Siapa? Shadha tidak pernah melihat perempuan tua itu sebelum ini. Kereta dipandu perlahan-lahan memasuki garaj. Beg tangan dan beg kerjanya diambil, lalu melangkah keluar. Perempuan tua itu setia menunggunya dengan senyuman.

            “Assalamualaikum.” Perempuan tua itu menyapa, sebaik Shadha keluar daripada kereta. Shadha dengan hormat terus menyalami perempuan tua itu, biarpun tidak mengenalinya. Dalam hati Shadha mengagak, mungkin kenalan atau saudara Daniel.

            “Waalaikummussalam… erm… maaflah kalau saya bertanya, Puan ni siapa ye?” Soal Shadha teragak-agak, takut menyakiti hati perempuan tua itu, mana tau perempuan itu mengenalinya dan dia sebaliknya.

            “Daniel tak cakap apa-apa ke?” Perempuan tua itu menyoal.

            “Takde pulak, kenapa ye?” Jawab Shadha, sambil menjemput perempuan itu masuk ke rumah walaupun perempuan tua itu memang dari dalam rumah.

            “Mak cik ni pengasuh Daniel, panggil aje Mak Esah. Daniel telefon mak cik minggu lepas suruh datang sini, katanya isteri dia malas masak.” Shadha terkedu. Mak Esah pula hanya ketawa.

            “Daniel merungut pasal saya ye Mak Esah? Saya bukan malas… Saya..”

            “Ish… Mak Esah kenal sangat dah Daniel, jangan risau ye.” Pintas Mak Esah sebelum Shadha sempat membela diri.

            “Saya masak, cuma pagi-pagi kadang sempat kadang tidak, sekolah saya jauh, jadi kena keluar awal. Lagi pun, Daniel jarang makan masakan saya, dia kata…. Erm…” Shadha tidak dapat meneruskan kata.

            “Dia kata tak sedap?” Mak Esah ketawa lagi. Shadha hanya mengangguk perlahan.

            “Daniel tu macam budak-budak sikit walaupun dah 30 tahun, erm… sabar aje ye Shadha…” Mak Esah memberi semangat.

            “Panggil aje saya Sha Mak Esah… Daniel mesti suka makan masakan Mak Esah kan?” Shadha mula selesa untuk berbual dengan Mak Esah.

            “Dari kecil Mak Esah jaga dia, dia dah biasa sangat dengan masakan Mak Esah. Tapi sekarang ni tak tahulah, mana tau dah angau dengan air tangan Sha ke?” Mak Esah cuba mengusik. Shadha mencebik.

            “Takde nye, Daniel jarang makan dekat rumah. Kalau makan pun sikit aje. Haa... Mak Esah mesti pandai buat pan-cake kan?” Mak Esah mengerut dahi.

            “Ha? Pan-cake?”

            “Daniel, setiap kali sarapan, dia nak saya buatkan pan-cake. Jenuh saya belajar tapi tetap tak jadi macam yang dia nak.” Shadha merungut manja.

            “Merapu betul budak tu. Tak pernahlah Mak Esah masak pan-cake, kek-kek semua tu. Lempeng ada la.” Shadha menggaru kepala yang ditutupi tudung.

            “Tapi…” Belum sempat menghabiskan kata, suara yang baru muncul dari balik pintu mematikannya.

            “Ibu!” Daniel menjerit. Mak Esah yang duduk di sofa dihampiri dan dipeluknya erat. Gaya anak manja!

            “Ya Allah, bertuah betul budak ni…” Mak Esah menariknya supaya duduk di sisinya.

            “Rindu. Lepas Dan kahwin, Ibu lari balik kampung ye? Frust eh?” Daniel mengusik. Shadha memandang dengan riak tidak percaya. Manja gila!

            “Ibu tak nak kacau privacy orang dah kahwin, takdak makna nak frustlah!” Ujar Mak Esah, Daniel mencebik.

            “Yang tercegat dekat situ kenapa?” Daniel menegur Shadha yang berdiri di hujung sofa.

            “Dan…” Mak Esah menegur. Shadha mengambil beg tangan dan beg kerjanya.

            “Saya naik atas dulu Mak Esah.” Shadha meminta diri. Langkahnya diperhati empat mata.

            “Kenapa layan dia macam tu?” Mak Esah mula menyoal. Daniel mengambil tempat di sofa berdepan dengan Mak Esah. Tali lehernya dilonggarkan.

            “Bukan pilihan Dan, Opah paksa Dan kahwin dengan dia. Kalau cun tak apa la jugak.” Daniel merungut.

            “Manis aje Ibu tengok.” Mak Esah mencelah. Daniel mencebik.

            “Tawar aje. She is not my cup of tea.”Tokok Daniel. Mak Esah ketawa kecil.

            “Kalau bukan teh, kopi pun jadilah…” Mak Esah cuba bergurau.

            “Ibu… main-main.” Daniel merengek persis anak manja.

            “Buka hati tu. Dah sah jadi isteri pun. Jadi, dia tanggungjawab kamu Dan. Amanah Allah.” Daniel mengeluh.

            “Dan tahu, tapi Dan tak boleh, dia bukan pilihan Dan.”

            “Bukan pilihan Dan tapi pilihan Opah dan insyaAllah pilihan Allah.” Ujar Mak Esah penuh dengan nasihat. Penuh makna tersirat. Daniel menyandar tubuh ke sofa, direnung wajah tua itu sedalam-dalamnya sebelum memejam mata rapat.

            “Jangan tidur sini, dah pukul tiga. Kalau belum solat Zuhur, bangun solat dulu.” Mak Esah menegur sebelum melangkah ke bilik yang berada di tengah-tengah antara ruang tamu dan dapur.

++++++++

            Dalam malas dan penuh debar, Shadha melangkah keluar daripada kereta BMW X6 merah Daniel. Daniel yang baru keluar daripada kereta memandang tajam wajah Shadha penuh dengan amaran. “Jangan malukan aku!” Amaran pertama sebelum sampai ke sini. 

            “Hai… Dah sampai rupanya Daniel ni… masuk-masuk, tunggu apa dekat luar, Darin…” Sudah muncul wanita separuh usia yang berlagak muda ni, hati Shadha mengomel sendiri. Shadha melajukan langkah agar beriringan dengan Daniel. Biarpun tahu Daniel bersikap dingin dengannya, tetapi kala ini hanya Daniel penguat dan pelindung bagi dirinya.

            “Awak…” Shadha berbisik perlahan sewaktu mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah bangle mewah itu. Daniel tidak menjawab sekadar merenung dengan tajam.

            “Jangan biar saya sorang-sorang eh.” Daniel merengus.

            “Tengoklah dulu.” Ujar Daniel sepatah, kemudian terus laju melangkah mendapat Dato’ Uthman yang sedia menyambut kedatangan mereka. Datin Munah masih lagi dengan kelam kabutnya, macam menyambut putera baru turun langit!

            Baru hendak melabuh duduk, Darin yang baru turun menyertai mereka yang berada di ruang tamu. Tanpa rasa malu atau segan, sesuka hati dia memeluk lengan Daniel, dan duduk rapat di sebelah Daniel. Shadha memandang lama, dan kemudian melarikan pandangan ke tempat lain.

            “Darin, his wife is here….” Dato’ Othman menegur. Darin hanya menjeling dan kemudian mengeratkan pelukannya. Daniel hanya tersenyum.

            “It’s okay Pak Long, my wife ni takde perasaan sikit orangnya.” Dengan selamba sahaja Daniel menutur kata. Shadha terkedu. Hatinya terasa sakit.

            “Erm… lambat pulak diorang ni hantar air. Shadha if you don’t mind, tolong pergi tengok dah siap ke belum air tu” Datin Munah mengarah. Shadha tidak terkata apa. Aku tetamu atau diorang tetamu?

            “Awak ni, diakan tetamu kita….” Dato’ Othman menegur lagi. Mungkin kurang senang dengan sikap anak isterinya itu.

            “You tak kisahkan Shadha, Daniel?” Datin Munah merenung penuh makna. Daniel terus sahaja melepas pandang ke arah Shadha. “Go.” Daniel memberikan isyarat.

            “Takpe, saya pergi tengokkan.” Shadha bangkit dari duduk. Beg tangan digalas bersama.

            “Erm… duit banyak agaknya, takut benar kita curi.” Darin setia menyindir. Shadha hanya tersenyum. Dia mengerti, lantas meletakkan beg tangannya di sofa. Daniel menghela nafas perlahan.

            “I’ll take care of it.” Ujar Daniel perlahan, lalu mengambil beg tangan Shadha dan meletakkan di sisinya. Shadha senang hati, bukan kerana banyak duit di dalam beg itu, cuma terasa beg tangan itu sesuatu yang peribadi bagi seseorang wanita. Macam dompet bagi seorang lelaki, betul? Dia senang hati dengan sikap ‘baik’ Daniel yang tiba-tiba itu.

            Shadha mengatur langkah ke dapur. Dari dapur sudah terdengar bunyi kalut orang membuat kerja. Shadha menjenguk ke dalam dapur.

            “Assalamualaikum.” Shadha menyapa mereka yang sedang asyik membuat kerja. Tiga orang semuanya. Seorang tua dan dua lagi muda, remaja lagi rasanya.

            “Waalaikummussalam. Maaf Cik, air baru siap ni… kejap saya hantarkan.” Yang tua itu menyambut salam, dan kemudian tangannya kalut mengambil gelas dan diletakkan ke atas dulang.

            “Takpe mak cik, biar saya bawa ke depan.” Shadha mengambil dulang daripada mak cik itu.

            “Minta maaf cik, nak siapkan makanan ni semua tak cukup tangan. Maaf ye.”

            “Eh, takpelah… mak cik sambung ye kerja-kerja tu dulu.” Ujar Shadha. Kasihan dia melihat mereka bertiga yang seperti dalam perang dunia dengan kuali dan periuk semua. Beberapa lauk sudah sedia terhidang dan ada beberapa lagi masih di atas dapur. Ramaikah orang akan datang hari ini?

++++++++++++++

            Shadha menyalami Datin Munah dan Darin. Shadha tetap memaniskan muka dengan mereka berdua yang sekadar bersalam hujung jari. Kotor sangat ke tangan aku? Keluh Shadha sendiri.

            “Kau nak bawak ke mana lauk-lauk tu Mak Piah?” Datin Munah bersuara tinggi. Mak Piah menunduk, nak menjawab dia sudah tergagap-gagap. Shadha melemparkan senyumannya kepada Mak Piah yang memandang ke arahnya seolah-olah meminta bantuan.

            “Datin tak kisahkan kalau saya minta lauk ni sikit? Bukan apa, saya suka sangat dengan lauk-lauk yang Datin hidang tadi. Terasa nak makan lagi, sebab tu tadi saya minta Mak Piah bungkuskan untuk saya sikit.” Shadha mencelah. Daniel memandang tidak percaya.

            “Hai… boleh pulak, nah lah, aku sedekah dekat kau.” Datin Munah mengambil bungkusan makanan itu daripada tangan Mak Piah, lalu menghulurkannya kepada Shadha. Shadha mengambil dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

            “Terima kasih Datin, Dato’.” Shadha berbahasa. Darin yang sedari tadi melihat menjeling tajam.

            “Mengidam ke?” Sampuk Darin. Riak wajahnya seperti tidak puas hati. Shadha dan Daniel saling berpandangan. 

            “No!” Daniel pantas sahaja menafikan. Darin tersenyum melebar. Shadha menahan tawa. Geli hati dengan soalan itu dan reaksi Daniel. “Hai la, tak suka betul dengan aku”. Bentak hati Shadha sendiri.

            Daniel memandu keretanya meluncuri jalan raya yang lengang petang itu. Hanya sepi yang menemani mereka berdua. Shadha sesekali menjeling ke arah Daniel. Beberapa kali sehingga Daniel yang menyedarinya naik rimas.

            “Nak tanya, tanya aje. Jangan jelling-jeling.” Daniel menegur. Shadha tersengih, kantoi sudah!

            “Erm… tak boleh ke seorang cikgu sekolah kahwin dengan CEO? Salah?” Daniel tersenyum hujung bibir.

            “Orang dengar macam, tak setaraf kut…” Shadha mencebik dan mengangguk.

            “Awak ada Master or Phd?” Shadha menyoal.

            “Nope, degree… UK.” Daniel menjawab dengan sedikit angkuh. 

            “Owh, UK… saya Master, but still in education and local aje.” Daniel diam dengan jawapan Shadha. Diam kerana baru mengetahui taraf pendidikan Shadha.

            “Seriously Master?” Daniel menyoal lagi.

            “Yup, kenapa tak percaya?” Shadha cuma tersenyum. 

            “Opah cakap awak cikgu sekolah. Itu aje.” Ujar Daniel, tiada nada angkuh seperti tadi.

            “Betullah tu, saya memang cikgu sekolah pun. Erm… tetap tak setaraf dengan awak kan.” Shadha bersuara lagi.

            “Forget it. Awak tetap bukan pilihan saya. Awak dah malukan saya, tak cukup ke saya bagi makan sampai nak mintak dekat Mak long?” Daniel cuba mengalih topik.

            “Saya bukan nak malukan awak, saya…”

            “Dah memalukan.” Daniel memintas kata-kata Shadha.

            “Maaf kalau saya dah malukan awak. Tapi niat saya nak sedekahkan dekat keluarga hujung taman kita tu.”

            “Tak boleh masak sendiri dan bagi? Kalau nak buat baik sekalipun, saya boleh bagi duit dekat awak, tak payah nak mintak makanan rumah orang.” Marah Daniel. Shadha diam seketika.

            “Saya ada sebab.” Tutur Shadha perlahan. 

            “Explain.” Ujar Daniel, tegas!

            “Masa saya tolong Mak Piah dengan anak-anak dia tu, saya tengok banyak sangat diorang masak. Kita makan sikit aje. Bila dah nak balik saya pergi tanya, diorang buat apa dengan makanan tu semua. Mak Piah kata, Datin Munah akan suruh buang.” Shadha menjelaskan panjang lebar.

            “Really?” Daniel seolah tidak percaya.

            “Pernah Mak Piah bagi dekat suami dia suruh bagi dekat jiran-jiran rumah diorang. Bila Datin Munah dapat tahu, teruk diorang kena marah. Sebab tu la saya suruh Mak Piah bungkus bagi dekat saya. Datin Munah takkan marah saya.” Daniel tersenyum sinis.

            “Dia tak marah, tapi dia lagi suka. Tahu kenapa?” Daniel masih dengan senyuman sinisnya. Shadha mengangguk.

            “Tahu. Dia tak pernah suka saya. Dia lagi suka saya meminta-minta macam tu, nampak miskin dan terdesak.” Shadha menjawab dengan nada sayu, pandangannya dilepaskan keluar.

            “Habis tu, buat jugak?”

            “Tak kisahlah, ada apa pada semua tu, saya hanya takut pada pandangan Allah.” Daniel diam. Tidak lagi mahu menyoal. Diteruskan pemanduannya pulang ke rumah.

            “Tolong hantar saya dekat hujung taman ye.” Shadha bersuara, setelah kereta yang dipandu Daniel memasuki kawasan perumahan mereka. Daniel hanya mengangguk perlahan.

++++++++++++

            Shadha menutup mulutnya yang menguap besar dengan belakang tangan. Dalam mata yang sukar di buka, dia melangkah menuruni tangga. Rambut yang serabut, di sisir dengan jari jemarinya, lalu mengikatkannya dengan getah rambut. 

            Ayam, udang yang ada di dalam peti sejuk di keluarkan dan kemudian diletakkan di dalam sinki. Peti sejuk dibuka lagi. Dibelek seketika.

            “Nak masak apa breakfast ni…” Shadha merungut sendiri. Peti sejuk ditutup kembali. Matanya kemudian tertancap pada sebungkus spaghetti, lalu dia tersenyum sendiri. Langkahnya diatur keluar dari dapur. Baru hendak menaiki tangga, bunyi pintu rumah dibuka mengejutkannya.

            “Siapa?” Shadha memberanikan diri untuk bersuara. Kelibat orang yang baru memasuki rumah mendebarkan hatinya. Kakinya seolah terkaku di anak tangga. Pintu rumah di tutup, bayang hitam itu kelihatan mendekatinya. Shadha menenyeh matanya yang rabun jauh itu.

            “Aku la…” Daniel menunjal dahi Shadha perlahan. Shadha menghela nafas lega. Dahinya digosok perlahan.

            “Bagi lah salam nak masuk rumah.” Shadha membebel, Daniel melangkah ke sofa, lalu terus membaringkan badannya.

            “Dah bagi, takkan nak jerit kuat-kuat tengah pagi buta ni.” Ujar Daniel keras.

            “Lewat balik?” Daniel tidak menjawab, matanya dipejam erat. Letih!

            “Awal bangun?” Giliran Daniel menyoal, setelah dia sedar Shadha masih berdiri di tangga.

            “Erm… ada orang kata saya malas masak.” Shadha bersuara perlahan. Daniel hanya tersenyum sendiri dipembaringannya. 

            “Awal masak?” Daniel menyoal lagi.

            “Belum masak, ready bahan-bahan untuk masak aje.” Jawab Shadha.

            “Kan baru pukul 5?” Daniel terus menyoal. Shadha melangkah menghampiri Daniel yang sedang berbaring di sofa.

            “Pukul 6.30 saya dah kena gerak ke sekolah. Sekolah saya setengah jam dari sini. Sekolah akan mula pukul 7.10 takkan saya nak pergi lewat?” Shadha menjelaskan, nadanya kedengaran tegas sedikit. Geram dengan Daniel yang ‘kurang’ faham jadualnya.

            “Tak payah masaklah lain kali.” Daniel berkompromi.

            “Takpe, saya tak nak dituduh isteri yang malas or lari dari tanggungjawab.” Shadha melangkah kembali ke tangga. Mahu kemas katil, mandi dan masak.

            “Lepas ni tak payah masak. Ibu ada, dia akan tolong buatkan breakfast saya.” Ujar Daniel yang sudah bangun dari posisi berbaring. Shadha dipandangnya. Shadha yang sudah berada di beberapa anak tangga, hanya sekadar mengangguk tanda faham. 

            “Baik pulak.” Shadha berbisik sendiri.

            “I heard that.” Hampir sahaja Shadha tersungkur dek kerana terperanjat dengan sura garau Daniel yang begitu hampir dengan telinganya. Bila dia dekat belakang aku? Shadha terkaku sendiri, pucat! Daniel menunjal dahi Shadha, perlahan. Bibirnya terhias dengan senyuman. “Silap makan ubat ke?” Desir hati Shadha sendiri. Langkah Daniel diperhatikan sehingga hilang daripada pandangan. 

            “Dia dah syok dekat aku kut.” Shadha perasan sendiri, tangannya menepuk pipinya perlahan. “Perasan kau Shadha!” Shadha melangkah ke bilik dengan senyuman yang kian melebar.

++++++++++++


            Shadha berdiri tegak di pintu dapur. Tangannya erat memegang serai yang baru di ambil dari belakang rumah.

            “Sudahlah, jangan sedih sangat.” Mak Esah yang entah bila masuk ke dapur mengejutkan Shadha yang termenung sendiri.

            “Penat aje saya kelam kabut semalam. Malam tadi langsung tak boleh tidur, sebab berfikir nak masak apa harini. Alih-alih….” Shadha merungut, langkah di atur lemah ke arah Mak Esah.

            “Esok-esok masaklah. Dah-dah, cepat tolong Mak Esah isi semua ni dalam pinggan. Karang lambat, bising pulak Datin tu.” Mak Esah mengambil beberapa pinggan di rak dan mula menukar daripada bekas ke pinggan. Shadha turut membantu walaupun masih kecewa.

            Shadha menatang dulang berisi air ke ruang tamu. Dikuatkan hatinya untuk berdepan dengan orang-orang yang tidak suka kepadanya.

            “Lamanya buat air….” Suara itu mula memerli. Shadha hanya tersenyum tawar.

            “Maaf Datin, Dato’ lambat sikit.” Dengan berhati-hati Shadha menghidangkan air. Lapan mata memerhatikannya, membuatkan dia sedikit gugup. Lagi gugup bila matanya bertemu dengan mata Daniel yang sedari tadi beriak mengejeknya. Sengaja!

            “Terima kasih Datin datang rumah, siap bawa makanan lagi. Saya baru aje nak masak tadi.” Shadha sekadar berbasa basi sambil menuangkan minuman. 

            “Aku susah sikit nak makan makanan orang luar ni. Takut juga, mana tau letak apa-apa ke…” Datin Munah bersuara sinis. Shadha hanya mengangguk dalam senyuman tawar.

            “Dan… bila kita nak keluar berdua? Dah lama you janji nak keluar dengan I.” Suara rengekan manja Darin membuatkan Shadha menjeling Daniel. Daniel yang menyedari, hanya membuat tidak tahu. Lagi dilayankan Darin adalah. 

            “Sila minum Dato’, Datin… Abang ajaklah Darin minum…” Sengaja Shadha membahasakan diri Daniel dengan panggilan ‘abang’ dan dengan sengaja ditekankan perkataan itu. Darin membeliakkan mata, marah! Daniel tersenyum hujung bibir, menggeleng. Shadha sudah pandai melawan.

            “Ish… gatal! Tak malu ke buat show depan mak bapak sendiri.” Shadha membebel sendiri. Mak Esah yang berada di dapur hanya memandang, tidak faham.

            “Lelaki ni kalau gatal, gatal jugak.” Shadha masih membebel, tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk yang ada. Daniel yang sudah berdiri berpeluk tubuh disebelahnya tidak disedari kehadirannya.

            “Ehem!” Daniel berdehem. Shadha terperanjat, hampir sahaja terlepas cawan daripada tangannya.

            “Kutuk saya? FYI Puan Shadha, yes I am your husband but you are not my choice. Not even my cup of tea. Please understand that. So, apa pun saya buat, is none of your business.” Jari telunjuknya mencuit hidung Shadha yang sedari tadi memandang tanpa suara. Daniel berlalu. Shadha terpana. “Mana hak aku? Langsung tidak ada?” Shadha menyoal dalam hati. 

            “Aku kan takde perasaan.” Shadha mengumam, tersenyum dalam tangis yang ditahan.

Mak Esah mendekati Shadha. Bahu gadis itu ditepuk perlahan. Shadha memandang dengan senyuman hambar. 

“Allah bersama orang-orang yang sabar. Mak Esah tahu, Shadha terima Dan kerana Allah kan, jadi teruskan dengan sabar. Ikut rentak dia, insyaAllah.” Mak Esah memberi semangat. Shadha mengangguk perlahan. Sedikit sebanyak, kata-kata itu masuk ke hati kecilnya. “Kalau kau rasa perkahwinan ni satu ‘game’, aku akan jadi pemain yang terbaik!” Shadha tekad. Tapi mampukah dia? Shadha mengeluh sendiri.

+++++++++++++++

            Sudah seminggu Daniel ke luar negeri atas urusan kerjanya. Shadha sudah kebosanan di rumah. Tiada teman bertelagah. Penat sudah dia mengikut rentak permainan Daniel. Terasa mahu mengalah dan berputus asa. Tapi dek kerana cinta yang kian menular dalam hatinya membuatkan dia kuat melayan karenah Daniel Hakim.

            Telefon bimbitnya dipandang sepi. Mahu ditelefon, terasa segan. Tidak pernah-pernah telefon takkan tiba-tiba aje? Shadha berkira-kira sendiri. Beberapa minit kemudian, dia tekad untuk menghubungi Daniel. Rindu yang memaksa dia untuk menghubungi. Bunyi deringan talian disambung cukup mendebarkan Shadha.

            “Hello.” Suara garau itu menyapa telinga Shadha, hampir sahaja membuat Shadha terkelu lidahnya.

            “He..l..lo… Daniel?” Shadha gagap.

            “Ye? Siapa?” Daniel menyoal, dari kejauhan kedengaran suara-suara orang. Mungkin Daniel sedang sibuk. Shadha disapa rasa bersalah.

            “Shadha ni, awak busy ke? Sorry ganggu, takpelah nanti saya call semula.”Shadha hampir sahaja mematikan talian.

            “Takpe. Kenapa call?” Shadha menggaru-garukan belakang kepalanya yang tidak gatal.

            “Saya… saya…”

            “Saya apa Shadha?”Daniel menyoal, lembut tapi tegas. Shadha malu untuk mengatakan yang sebenarnya. Siapa dia kepada Daniel?

            “Saya nak pinjam kereta awak, boleh?” Daniel mengeluh perlahan.

            “Mana kereta awak?” 

            “Ada, tapi kereta awakkan dah beberapa hari tak guna, boleh jugak saya panaskan enjin dia.” Shadha menggigit lidah. 

            “Erm. Gunalah tapi kalau ada calar, pandai-pandailah awak ye.” Shadha mengangguk dari jauh. Daniel mematikan talian setelah ada kerja yang perlu disiapkan. Shadha merenung telefonnya. Keluhan berat dilepaskan. 

            “Saya rindukan awak….” Shadha menyembam mukanya ke bantal. Siapalah aku kepada dia? Bolehkah aku rindukan dia? Shadha tersedu sendiri di bawah bantal. 

            “Isteri sudah rindu ke?” Darin menyoal Daniel yang baru habis berbual dengan Shadha.

            “Nope.” Daniel menjawab ringkas. Tangannya kembali menyelak dokumen-dokumen yang ada di atas meja.

            “Then?” Darin menyoal lagi.

            “Nak guna kereta I.” Jawab Daniel.

            “See… I’ve told you. Orang kampung macam Shadha tu memang nampak harta you je. Believe me, hari-hari dia doa you cepat mati, sebab nak harta you.” Darin sengaja memanaskan telinga dan hati Daniel.
            “I tak rasa Shadha macam tu.” Daniel seakan membela. Darin mencebik.

            “Awal lagi. Tunggu beberapa tahun nanti.” Darin menyucuk lagi. Daniel hanya menggeleng perlahan. Entah benar atau tidak. Namun yang Daniel pasti, Shadha seperti tidak berperasaan. Tidak cemburu, tidak pernah ambil tahu. Shadha lebih berusaha menjadi isteri bukan mencintai. Daniel Hakim mengeluh perlahan. 

+++++++++++++++

Shadha tersenyum memandang wajahnya di dalam cermin. Rambutnya yang separas pinggang telah di dandan kemas. Wajahnya dioles dengan sedikit solekan nipis. Bibirnya yang nipis dihiasi dengan pelembap bibir. Blaus merah jambu yang baru dibeli semalam dibetulkan. Hari ini Daniel pulang, hari ini juga genap setahun usia perkahwinan mereka. Shadha sudah menyediakan hadiah buat suami pilihannya. Sepanjang malam dia berdoa, semoga hari ini membawa seribu erti buat dia dan Daniel Hakim.

Bunyi kereta di hadapan rumah, membuatkan Shadha terus sahaja melangkah keluar daripada bilik. Mahu menyambut kepulangan suaminya. Shadha membetulkan baju dan rambutnya, kemudian pintu rumah dibuka perlahan. Senyuman yang terhias dibibir sedari tadi terus mati. Daniel pulang bersama-sama Darin yang erat memeluk lengan Daniel. Shadha melangkah laju ke bilik.

“Aik… kenapa pulak?” Darin menyoal dengan nada jengkel. Sejak hari Daniel menikahi Shadha, Darin sudah menanam benci dalam dirinya. Walaupun Daniel Hakim sepupu, tetapi itu tidak menghalang dia untuk mencintai lelaki itu.

“Shadha…” Daniel memanggil. Shadha yang sedang mengelap solekannya itu mempercepatkan kerjanya setelah mendengar panggilan daripada Daniel. Rambutnya dililit menjadi sanggul, seperti yang digayakan setiap hari. 

“Maaf, telefon saya bunyi tadi.” Shadha beralasan. Daniel dan Darin dihampirinya.

“Buatkan air.” Darin mengarah. Shadha mengangguk perlahan, tidak membantah walaupun hatinya menyampah. Langkah diatur ke dapur.

Dari dapur dia mendengar hilai tawa Darin. Hatinya sedikit sebanyak membengkak. Ditepuk dadanya perlahan, seolah menyabarkan diri sendiri. Air mata di hujung mata disapu dengan jari. Gelas berisi air  ditatang dengan dulang. 

“Jemput minum…” Shadha berbahasa. Wajahnya ditundukkan. Setelah siap menghidang. Shadha mengambil beg-beg Daniel.

“Saya bawa beg awak ke atas ye.” Tidak pernah dia berbuat demikian, dek kerana hati yang tidak mampu menahan melihat kemesraan Daniel dan Darin memaksa dia begitu. Daniel hanya mengangguk perlahan.

Best ada orang gaji free…” Darin mengejek. Shadha memejam mata, menahan sabar. 

“Darin…” Daniel kurang senang dengan kata-kata Darin.

What? I gurau je la.” Darin mencebik, dia menyampah apabila Daniel seolah-oleh membela Shadha.

Shadha melabuh duduk di birai katil. Bilik Daniel diperhati. Jarang-jarang dia masuk ke sini. Mak Esah yang selalunya mengemas bilik ini. Baru hendak membaringkan badan, Daniel sudah masuk ke bilik. Cepat-cepat Shadha bangun dari katil.

“Ibu mana?” Soal Daniel. 

“Mak Esah dah dua hari balik kampung. Anak dia bersalin.” Daniel berdecit.

“Kenapa?” Shadha menyoal.

“Tak. Darin tidur sini dua tiga hari. Pak long dengan Mak long pergi Dubai.” Shadha terkedu.

“So?” Shadha menyoal lagi.

“Awak tolong kemas bilik tamu boleh? Darin akan tidur situ untuk beberapa hari ni.” Ujar Daniel. Shadha hanya mengangguk. Baru hendak melangkah keluar daripada bilik Daniel, dia terserempak dengan Darin yang mahu masuk ke bilik.

“Cantiknya bilik you Daniel.” Darin memerhatikan segenap bilik Daniel. Tanpa rasa malu, dia membaringkan tubuhnya di atas katil Daniel. Shadha dipagut cemburu dan marah. Namun rasa itu menjadi satu rasa yang sayu. “Aku sendiri tak pernah baring dekat situ.” Desir hati Shadha. 

“Darin, tu kan katil I…” Daniel yang perasan pandangan Shadha, menegur tingkah Darin.

“So?” Daniel menggeleng, disabarkan dirinya.

“Shadha akan siapkan bilik you, so please…” Daniel memberi isyarat mengarahkan Darin keluar daripada biliknya.

“Ala… I tak suka la tidur dekat bilik tamu.” Darin merengek, mengada!

“Dah tu? Nak tidur bilik I. Stop your nonsense Darin. Please…” Daniel menunggu dipintu, mengarah Darin keluar. Darin menghentak kakinya kuat, lalu terus berlalu keluar.

Shadha membetulkan cadar yang baru dipasangnya. Baru hendak meletakkan selimut di hujung katil, Darin sudah pun menghempas tubuhnya ke atas katil. Shadha meletakkan selimut di sisi Darin. Darin memandangnya tajam.

“Beg aku dekat bawah, angkat dan kemaskan.” Darin mengarah, lagak seperti ‘mem’ besar! Malas bertengkar, dan kerana hormatkan tetamu ‘tak diundang’, dia hanya menurut sahaja.

Selepas siap menghidangkan makan malam kepada ‘dua merpati sejoli’ itu, Shadha terus masuk ke bilik. Tak sanggup lagi menahan sabar dengan karenah Darin yang suka mengarah. Tak sanggup lagi menahan cemburu melihat Daniel yang sangat berlembut dengan Darin, berbeza sungguh dengan dia.

Tubuhnya dihempas perlahan ke atas katil. Gambar yang diletakkan dibawah bantal tidurnya di ambil. Jemarinya menyentuh perlahan gambar itu.

“Abang dah balik… Happy 1st Anniversary abang….” Shadha berbisik perlahan, gambar itu ditenungnya. Gambar Daniel yang diambil daripada album perkahwinan mereka. 

“Sha, ada hadiah untuk abang…” Shadha mengambil teddy bear yang memakai kot hitam itu keluar daripada kotak. Teddy bear itu siap memakai sebuah jam tangan berjenama. Shadha memeluk teddy bear itu bersama-sama gambar Daniel. Air matanya mengalir dihujung matanya. Tidak berhenti mengalir sehingga dia terhanyut dalam lenanya.

“Shadha sayang abang….” Bicara itu hanya dalam hati dan hanya dalam mimpi tidurnya. Berhakkah dia untuk menyatakannya kepada Daniel?

++++++++++


Daniel melepaskan lelahnya di kerusi batu di depan rumahnya. Sudah lama tidak bersenam, hujung minggu seperti inilah masanya. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket seluar. Nombor Mak Esah di dailnya.

            “Ibu…” Daniel mula merengek manja apabila suara ibu kedengaran dihujung sana.

            “Kut ye rindukan Ibu, jawablah salam dulu.” Mak Esah menegur.

            “Waalaikummussalam. Ibu bila nak balik sini?” Soal Daniel, tidak sabar.

            “Lepas Kak Diah habis pantang Ibu baliklah.” Daniel mengeluh.

            “Lama tu ibu…” Mak Esah ketawa.

            “Ibu ada anak cucu nak dijaga dekat sini.” Ujar Mak Esah.

            “Habis tu, anak ibu ni?” Ujar Daniel, nada merajuk.

            “Dia ni… kamu dah ada isterikan, isteri kamu boleh jaga kamu.” Mak Esah sengaja mengusik Daniel. Daniel terdiam.

            “Tak sama la bu…” Daniel berdalih.

            “Nanti ibu baliklah. Jaga Shadha, dua hari lepas ibu telefon dia, dia demam katanya.” Mak Esah malas melayani kemanjaan Daniel yang menjadi-jadi.

            “Dah okay kut, sihat aje Daniel tengok. Hujung minggu pun mengajar.” Daniel merungut.

            “Kenapa? Ingat kamu aje boleh kerja hujung minggu? Cikgu pun banyak kerja nak buat. Kesiankan sikit isteri kamu tu Dan.” Mak Esah berpesan lagi.

            “Kenapa pulak?” Daniel menyoal seolah tidak mengerti.

            “Yelah, dekat sekolah layan perangai anak murid dia. Balik rumah layan perangai kamu pula. Silap haribulan, darah tinggi dibuatnya.” Daniel mencebik, Mak Esah sentiasa menangkan Shadha.

            “Dan dah kata, dia bukan pilihan Dan.” Mak Esah menggeleng.

            “Tuan Daniel Hakim, dah setahun dia jadi isteri kamu. Masih nafikan dia sebagai isteri?” Mak Esah bersuara tegas.

            “Dan tak nafi dia isteri Dan. Cuma Dan tak boleh terima dia dalam hidup Dan…” Daniel membela diri.

            “Tak nafi dia isteri, tapi nafi hak dia sebagai isteri. Apa semua tu Dan?” Daniel mengeluh berat.

            “Ibu suka bela dia.” 

            “Sebab Shadha dipihak yang betul. Opah Imah sendiri dah surrender dengan sikap kamu, jangan sampai Opah tu masuk campur lagi, nahas kamu. Apa yang kamu cari sebenarnya Dan? Shadha tu kira baik orangnya, sabar dengan kamu.” Mak Esah terus menasihati Daniel yang sudah dianggap sebagai anak.

            “Dan dah cakap dekat Opah Imah, Dan cari orang yang sayang Dan.” Daniel membela diri.

            “Shadha sayangkan kamu.”

            “Dia tak sayang dengan rela hatinya. Dia sayang sebab terpaksa, sebab dia isteri Dan. Nak tak nak dia kena sayang Dan.” Mak Esah mati kata. Payah bila bercakap dengan Daniel. Kalau satu katanya, satulah jawapannya.

            “Buka mata. Buka hati. Baru kamu nampak.” Mak Esah kemudian mematikan talian. Daniel meraup wajahnya. Hatinya ragu-ragu untuk memberi peluang, takut tersalah orang untuk memberikan hatinya. 

            “Kenapa awak duduk dekat luar? Dah dekat maghrib ni…” Suara Shadha mematikan lamunannya.

            “Bila awak balik? Kereta mana?” Soalan Shadha dibiar sepi. Daniel memandang ke arah ruang garaj.

            “Kereta saya rosak dekat depan sana. Tak boleh start, pak cik jaga tu kata minyak enjin kering.” Shadha meletakkan kasutnya ke rak kasut.

            “Kenapa tak call saya?”

            “Dah call, tapi busy. Call rumah, Darin kata awak keluar.” Shadha mengangkat beg-beg plastik barangan dapur yang dibelinya sebelum pulang ke rumah tadi.

            “Awak balik dengan apa?” Soal Daniel lagi.

            “Jalanlah, dengan apa lagi…” Shadha melangkah masuk ke rumah dan terus ke dapur. Sudahlah penat berjalan lebih kurang dua kilometer dari pondok pengawal di pintu masuk perumahannya ke rumah. Bertambah rasa penat melihat keadaan dapur yang kotor tidak berkemas.

            Beg plastik barangan dapur yang baru dibeli, diletakkan di atas kabinet dapur buat sementara. Tangan baju kurungnya disenteng hingga ke siku. Pinggan mangkuk di dalam sinki di basuh dan dilap kering. Sisa makanan di atas meja di kemaskan. 

            “You masak apa malam ni?” Darin yang menjengah ke dapur mula menyoal. Shadha menghela nafas.

            “Tak masak lagi.” Shadha menjawab ringkas.

            What? Hey, kau tau tak aku lapar? Pemalas betul!” Darin bertempik. Shadha tidak mengendah sedikitpun.

            “Kejap lagi saya masak la.” Shadha menjawab. Darin bercekak pinggang.

            “Senang lenang you jadi isteri Daniel eh. Pagi tak masak, tengah hari pun tak masak. Malam kalau Dan balik lambat tentu-tentu you dah tak payah masakkan.” Darin sengaja memanaskan hati Shadha.

            “Patutlah tak nak lepas Dan. Nak hidup senang, mewah! Betul-betul cara kampung!” Shadha menggeleng laju. 

            “Saya tak faham apa pun yang awak merepek Darin.” Ujar Shadha.

            “Kau sebenarnya nak kan harta Opah Imah aje, sebab tu apa pun Dan buat dekat kau, kau buat tak tahu je. Pulangannya lagi besar daripada apa yang kau rasa.”

            “Awak ni dah merepek sangat dah. Apa yang awak nak sebenarnya?” Darin merengus marah. Marah dengan Shadha yang tidak gelabah sedikitpun.

            “Ahhh! Masak aje la, I dah lapar.” Shadha mengerut dahi.

            “Okay, saya masak.” Darin terus berlalu daripada dapur. Shadha menggeleng laju.

            “Harta? Aku boleh cari sendiri…” Shadha berbisik sendiri. Tudung yang masih terletak dikepala ditanggal, kemudian disangkut ke kerusi meja dapur. Barangan daripada beg plastik dikeluarkan satu persatu. “Masak cepat, boleh rehat cepat.” Detik hati Shadha.

            Setelah semua siap dihidangkan di atas meja makan. Shadha kemudian mengambil beg tangan dan beg kerja serta tudungnya, melangkah keluar daripada ruang dapur. 

            “Cik Darin, semua saya dah siapkan. Silalah makan dengan berselera ye.” Ujar Shadha kepada Darin yang asyik mengunyah kacang sambil menonton televisyen di ruang rehat rumah. Setelah itu, Shadha segera melangkah ke bilik, dia belum mandi dan belum solat Maghrib. Di tangga dia bertembung dengan Daniel yang baru menuruni tangga, segak berbaju melayu. Mata Shadha terpaku sebentar sebelum dia melarikan wajah dan meneruskan langkahnya.

            “Awak ke mana?” Daniel menegur, mematikan langkah Shadha. Shadha menoleh kebelakang.

            “Nak masuk bilik, nak mandi dan solat.”

            “Tadi ke mana?” 

            “Kekasih hati awak tu kebulur sangat kut, paksa saya masak. Jadi saya masaklah dulu. Semua dah siap, bolehlah awak makan dengan dia.” Jawab Shadha. Dek kerana penat, dia menjadi ‘berani’ menjawab begitu.

            Watch your words. Darin, sepupu saya bukan kekasih.” Daniel membetulkan dalam tegas.

            Sorry.” Tutur Shadha perlahan. 

            “Saya nak makan dekat luar dengan Darin, dia requested nak makan sate. Hari ni birthday dia.” Ujar Daniel. Shadha menghela nafas.

            “La… saya dah siap masak dah.”

            “Dengar cakap dia buat apa. Simpan, esok boleh panaskan.” Ujar Daniel selamba. 

            “Okay.” Shadha menjawab ringkas. Penat, penat melayan Darin, penat dengan sikap Daniel, penat untuk menahan rasa. Shadha penat!

+++++++++++

            Semalam Darin sudah pulang ke rumahnya. Hati Shadha melonjak gembira. Akhirnya dia bebas menjadi orang gaji kepada perempuan gedik itu. Hari ini Shadha pulang awal daripada biasa. Kelas tambahan yang selalu diadakan dibatalkannya, dengan memberi alasan mahu ke klinik kepada pihak sekolah. Untuk hari ini sahaja dia mahu pulang ke rumah. Hari ini hari istimewa buat dia.

            Resipi chicken chops yang diberikan oleh Mustika, telahpun dia cuba sewaktu Daniel ke luar negeri beberapa minggu lepas. Hari ini dia mahu sediakan masakan ini buat Daniel. Semalam sudah diingatkan Daniel untuk pulang awal hari ini. Daniel sudahpun bersetuju tanpa banyak soal. 

            Untuk kesekian kalinya, Shadha bersiap cantik untuk Daniel. Hari ini dia mahu pastikan segala rancangannya menjadi. Hadiah yang tertangguh untuk diberikan kepada Daniel juga dia mahu serahkan pada hari ini. Shadha tersenyum sendiri.

            “Hari ni Shadha akan luahkan apa yang Shadha pendamkan. Apa pun jawapan abang, baik atau buruk, Shadha akan terima dengan hati terbuka. Biarpun hati Shadha terluka Shadha terima. Shadha sayang abang…” Ujar Shadha kepada gambar Daniel yang dipegang erat.

            Shadha memegang erat telefonnya. Sudah pukul 10 malam, Daniel masih belum pulang. Shadha sudah tidak senang duduk. Nombor Daniel didail.

            “Hello….” Shadha bersuara setelah talian disambungkan.

            “Daniel busy, you nak apa?” Darin yang menjawab panggilan itu. Shadha terkelu. Hatinya tersiat. Dari kejauhan dia mendengar suara gelak tawa orang. 

            “Daniel ada?” Shadha tidak mengalah, bukan dia tidak tahu Darin suka mereka cerita.

            “Dan busy, client buat parti. Kau jangan sibuklah.” Talian dimatikan, belum sempat Shadha mahu bersuara. Shadha mengeluh perlahan. Makanan yang terhidang di atas meja ditenungnya. 

            “Selamat Hari Lahir Shadha Shadiqah” Bisik Shadha perlahan bersama air mata.

Daniel meraba poket seluarnya. Poket kot turut dirabanya beberapa kali. Dia baru teringatkan sesuatu. Telefon bimbitnya dicari.

            Here…” Darin menghulurkan telefon bimbit Daniel.

            “Macam mana boleh ada dekat you?” Daniel terus sahaja mengambil dari tangan Darin.

            “You yang tinggalkan dalam kereta tadi.” Daniel mengangguk, tangannya sibuk memeriksa mesej dan panggilan.

            “Shadha call?” Daniel menyoal Darin, setelah melihat rekod panggilan.

            Yes… I cakap you busy.” Darin terus berlalu, setelah Daniel memberikan pandangan yang tajam kepadanya.

            Daniel yang teringat janjinya kepada Shadha terus menghubunginya. Lama ditunggu sebelum panggilannya dijawab.

            “Shadha… sorry saya tak dapat balik awal. Ada kerja.” Daniel menjelaskan.

            “Takpe, tadi Darin pun dah bagitau.” Ujar Shadha yang sahaja baru selepas solat isya’. 

            “Kenapa awak suruh saya balik awal?” Daniel mengagak Shadha ada hal penting untuk memberitahunya, terus sahaja menyoal. Shadha menarik nafas dalam.

            “Takde hal penting pun.”

            “Oh, ingatkan ada apa. Okay, got to go. Saya balik lewat macam selalu.” Shadha mematikan talian selepas memberi salam. Malas untuk berfikir lagi, Shadha mengambil Al Quran lalu menyambung bacaannya. Hatinya tenang begini.

++++++++++

            Shadha memasukkan beberapa sudu gula ke dalam teko yang sudah tersedia dengan satu uncang teh. Air panas dimasukkan kemudiannya. Dua set cawan diletakkan di atas dulang, lalu ditatang ke depan.

            “Mana Dan?” Opah Imah menyoal. Nampak gayanya, kedatangan Opah Imah bukan saja-saja, wajah Opah Imah sahaja sudah kelat dan begitu serius! Mak Esah hanya diam tidak berkata apa-apa.

            “Abang Daniel pergi Singapura, insyaAllah esok baru dia balik.” Shadha menghidangkan air teh kepada kedua-dua orang tuanya itu.

            “Macam mana kamu dengan Dan?” Opah Imah yang tadinya berdiri, kini sudah duduk berdepan dengannya.

            “Macam mana? Maksud Opah?” Soal Shadha.

            “Kamu jangan berdalih. Jangan buat tak tahu. Dah setahun lebih kamu kahwin, takkan masih macam dulu?” Opah Imah merenung tajam ke arah Shadha sehinggakan Shadha tidak berani untuk mengangkat muka.

            “Saya dah cuba, tapi…”

            “Kalau cuba mesti dah okay. Aku bukan saja-saja pilih kamu Shadha.” Opah bersuara tegas. Shadha menarik nafas dalam-dalam.

            “Abang Daniel ada prinsip dia sendiri. Susah saya nak ubah…” Shadha cuba menjelaskan. Opah Imah menggeleng laju.

            “Esah, apa kata kamu?” Mak cik Esah yang sedari tadi hanya memerhati, kini bersuara.

            “Macam Shadha cakap, Dan memang payah. Saya dah habis kata dah kak… Takkan akak tak kenal cucu akak sorang tu.” 

            “Daniel.” Gumam Opah Imah sebelum meneruskan kata-kata.

            “Aku dah tak boleh sabar dengan kamu berdua. Dua-dua keras kepala, ego. Selagi aku tak masuk campur, selagi tulah kamu berdua macam ni.” Opah Imah bersuara lagi. Air teh disisip perlahan.

            “Kamu mungkin tak cukup baik bagi Daniel.” Kata-kata Opah Imah mengejutkan Mak cik Esah dan Shadha sendiri. 

            “Akak!” Suara Mak Cik Esah.

            “Mungkin aku dah tersilap.” Ujar Opah Imah lagi. Mak cik Esah beristighfar dan Shadha hanya tunduk menekur lantai. Kata-kata itu ibarat menabur garam kepada hatinya yang sedia terluka. Opah Imah terus pulang ke rumahnya bersama-sama Mak cik Esah. Opah Imah betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya. Mungkin benar, aku bukan untuk Daniel. Bisik hati Shadha. Sebaik sahaja matanya dipejam, air matanya terus sahaja mengalir membasahi pipinya.

++++++++++++


            Daniel melangkah masuk ke rumah. Sunyi. Selalunya Shadha akan menyambut kepulangannya, hari ini Shadha tidak kelihatan. Daniel melabuhkan duduk di sofa, melepaskan lelah. Sampai di rumah baru terasa segala penat yang disimpan selama beberapa hari dia bekerja. 

            “Shadha…” Laung Daniel. Tiada jawapan. Daniel memandang ke arah tangga, masih tiada kelibat Shadha.

            “Shadha…” Laung Daniel lagi.

            “Awak dah balik?” Shadha yang baru menapak turun menyoal.

            “Buat apa sampai tak sedar saya masuk rumah?” Soal Daniel, Shadha diperhatikannya. 

            “Saya ada dalam bilik, sakit kepala sikit…” Ujar Shadha sebaik berada hampir dengan Daniel. Wajah pucat Shadha dapat dilihat. Daniel menarik tangan Shadha supaya menghampirinya. Suhu badan Shadha yang tinggi mengejutkan Daniel. Laju sahaja tangannya diletakkan di dahi isterinya itu.

            “Panas ni badan awak. Dah makan ubat?” Daniel menyoal. 

            “Dah, saya dah telan panadol tadi. Kejap lagi okaylah…” Jawab Shadha.

            “Betul? Kalau nak pergi klinik saya hantarkan.” Ujar Daniel.

            “Takpe, awak baru balik mesti penatkan. Saya okay je.” Shadha menuju ke arah beg pakaian dan beg kerja Daniel, baru hendak mengangkat Daniel menghalang.

            “Dah sakit kepala pun nak angkat jugak…. Kenapa ye, setiap kali saya balik dari out station, mesti awak angkat beg saya. Bukan nak salam tangan saya ke, tanya khabar ke?” Daniel menyoal, Shadha diam, tunduk menekur lantai.

            “Sakit sangat kepala tu sampai tak boleh jawab?” Soal Daniel yang kini berdiri berdepan dengan Shadha. 

            “Saya tak diberikan hak itu.” Jawab Shadha kemudian melangkah pergi, malas berlawan kata. Sungguh dia tidak larat hari ini. Kepalanya terasa sarat dengan pelbagai benda.

            Daniel terkedu dan terkelu. Jawapan yang bagai menampar pipinya sendiri. Daniel memerhati langkah Shadha yang lemah. Isterinya itu kelihatan lemah sekali. Daniel menghela nafas, kemudian mengangkat beg-begnya ke bilik.

            Pintu bilik Shadha yang tidak rapat menarik Daniel untuk menghampiri bilik tersebut. Dari luar dia mengintai ke dalam bilik. Dari celahan pintu itu, Daniel terlihat susuk tubuh Shadha yang sedang terbongkok-bongkok di birai katil, seperti sedang mengurut kedua-dua kakinya. Dek kerana perasaan ingin tahunya tinggi, Daniel menolak daun pintu.

            “Kenapa dengan kaki?” Daniel terus sahaja menyoal. Tanpa diundang, Daniel terus sahaja menghampiri Shadha di katil. 

            “Lenguh. Kereta saya asyik buat hal, semalam rosak lagi. Berjam-jam saya berdiri tunggu bas.” Ujar Shadha perlahan, lalu menegakkan tubuhnya. Shadha mendongak memandang Daniel yang berdiri di hadapannya.

            “Sebelum ni, awak boleh call saya dan cakap nak pakai kereta. Sekarang dah tak reti?” Daniel tunduk melutut. Kaki Shadha di capainya. Shadha tersentak.

            It’s okay….” Shadha cuba menarik kakinya dari pegangan Daniel. Daniel menjenggil matanya dan berdecit memberi tanda supaya Shadha diam dan lihat sahaja apa yang dilakukkannya.

            “Ibu pernah ajar saya mengurut, why not saya praktikkan dekat awak.” Ujar Daniel sambil tersenyum. Tangannya mengurut lembut pergelangan kaki Shadha. Shadha memerhatikan setiap perlakuan suaminya itu. Sesekali dia curi-curi menelek wajah Daniel Hakim. Dari rambut, mata, hidung hingga ke bibir. 

            “Awak beruntungkan. Suami awak ni handsome, kaya pulak tu.” Daniel Hakim bersuara setelah terperasan renungan Shadha, dilabuh terus duduknya dari melutut kepada bersila di atas permaidani. Kaki kiri Shadha pula di tarik, kemudian di urut perlahan. 

            “Dua-dua tak menjanjikan kebahagiaan.” Shadha bersuara perlahan. Daniel tersenyum sinis dengan kata-kata Shadha.

            “Kebahagiaan datang apabila adanya cinta.” Daniel membalas.

            “Cinta boleh dipupuk, tapi kalau hati sudah menolak. Cinta tu takkan tunjukkan bayangnya pun.” Bidas Shadha. Daniel tersenyum lagi, penuh makna. Tangannya berhenti mengurut.

            “Awak menyesal kahwin dengan saya?” Soal Daniel, matanya tepat memandang kea rah bola mata Shadha.

            “Tak. Saya redha, kalau Allah sudah tetapkan ini jalan hidup saya.” Shadha menarik kakinya daripada pegangan Daniel, lalu mahu berdiri dan berlalu daripada terus berlawan kata dengan Daniel.

            “Belum siap lagi. Duduk.” Daniel menarik kembali kaki Shadha, mujur sahaja di katil, kalau tersembam pun tidaklah sakit. Shadha mengeluh perlahan.

            “Opah yang memaksa saya. Ya saya tahu umur saya ni memang wajib kahwin. Saya mampu untuk berkahwin. Cuma saya jenis yang percaya pada cinta, baru ke arah seterusnya. Shadha Shadiqah bukan pilihan hati saya. Awak dengan saya macam langit dengan bumi.” Daniel terus bersuara.

            “Jadi apa pengakhiran kita?” Shadha menyoal terus. Giliran Daniel melepaskan keluhan.

            “Just go with flow…”Ujar Daniel ringkas. Kaki Shadha diletakkan perlahan. Wajah Shadha diperhatikan seketika, Daniel menguntum senyum lalu terus bangkit dari duduknya. 

            “Rest.. Badan awak panas. Kalau nak apa-apa bagitau saya je.” Ujar Daniel lagi.

            “Terima kasih…” Ujar Shadha. Daniel hanya mengangguk, kakinya menapak keluar dari bilik Shadha. Ruangan bilik Shadha diperhatikan sekilas, lalu matanya tertacap pada seekor anak patung beruang yang memakai kot hitam di atas meja solek Shadha. Keningnya di kerut.

            “Kenapa awak ada teddy bear jantan? Bukan sepatutnya betina ke?” Daniel menyoal Shadha, sambil digerak-gerakkan anak patung beruang itu kepada Shadha. Shadha terkejut, lalu terus laju melangkah menghampiri Daniel, mahu mengambil anak patung beruang itu daripada Daniel.

            “Biarlah jantan ke betina.” Daniel mengangkat anak patung itu lebih tinggi apabila Shadha cuba mengambilnya daripada dia. Shadha merengus marah. Daniel terus membelek-belek anak patung beruang itu.

            He’s wearing a watch….” Daniel cuba menanggalkan jam tangan itu daripada anak patung beruang tersebut. Shadha menghalang.

            “Awak, tu barang saya.”Shadha bersuara tegas. Daniel mencebik.

            “Jam tangan lelaki. Teddy bear berjantina jantan. Betul awak punya?” Daniel mengangkat-angkat keningnya, matanya tepat memandang ke arah Shadha. Shadha berkerut, menahan amarahnya.

            Yes. It is mine!” Shadha mengambil anak patung beruang dan jam tangan itu daripada Daniel. Daniel mencebik sahaja. Matanya terus memandang ke segenap ruang bilik itu. Matanya kemudian memandang ke arah bingkai gambar di atas meja kecil ditepi katil. Dahinya berkerut.

            “Kenapa gambar saya ada kat situ?” Daniel menunjukkan ke arah meja kecil itu. Shadha yang sedang memakaikan kembali jam tangan kepada anak patung beruang, terhenti serta merta. Matanya terus memandang ke arah yang ditunjukkan Daniel. Alamak!

            Daniel ketika itu mula melangkah menghampiri meja kecil itu. Shadha yang sudah mula gelabah, terus melangkah lebih laju menyaingi langkah Daniel. Bingkai gambar itu dicapai lalu terus dimasukkan ke dalam laci. Tubuhnya menghalang meja kecil itu daripada Daniel. Daniel sudahpun berpeluk tubuh di depannya.

            “Bukan gambar awak la…” Shadha cuba menafikan. Daniel mengangkat sebelah keningnya.

            Show me…” Daniel menghulurkan tangan kanannya.

            No…. It’s just nothing….” Shadha masih lagi menggunakan tubuhnya menjadi perisai kepada meja kecil itu. Daniel melepaskan keluhnya perlahan, wajah Shadha ditenung dalam dan tajam.

            Are in love with me?” Daniel menyoal. Shadha terperanjat dengan soalan itu, matanya terbuka besar sebelum menggeleng laju.

            No!” Shadha menidakkan.

            Then, show me the picture.” Ujar Daniel tegas.

            “Bukan gambar awak.” Jawab Shadha.

            So? Let me see that picture Shadha Shadiqah.” Daniel menolak tubuh Shadha ke tepi, namun Shadha masih membatukan dirinya di meja itu.

            No… awak tak boleh tengok…” Shadha bersuara yang sudah menjadi seperti rengekan akibat menahan tangis. Dia akan malu besar kalau Daniel melihat gambar tersebut! 

            “Saya nak tengok gambar tu.” Daniel bersuara lagi. Kali ini, dia menggunakan tenaga lelakinya untuk menolak tubuh Shadha ke tepi daripada menghalangi meja tersebut. Tolakan itu kuat hingga menyebabkan Shadha tersembam ke atas katilnya. Shadha terkesima sendiri.

            “Mata saya tak rabun, dari jauh saya dah nampak. Kenapa awak simpan gambar saya?” Shadha hanya mendiamkan diri. Daniel sudah pun memegang bingkai gambar yang cuba disembunyikan Shadha tadi.

            Shadha tidak tahu mahu melakukan apa. Akhirnya dia terus baring di atas katil dan menarik selimutnya menutup seluruh tubuhnya. Kepalanya semakin berdenyut. Sakit kepalanya yang sudah lega sedikit tadi kini semakin kuat terasa. Shadha termalu sendiri, menyimpan perasaan terhadap suami yang tak sudi.

            “La… Shadha…” Daniel ketawa melihat perlakuan Shadha. Selimut Shadha ditariknya. Shadha memegang erat selimut yang menutupi tubuhnya.

            Just go…” Shadha bersuara dalam esakan. Daniel terpempan. Bingkai gambar itu diletakkan kembali di atas meja kecil. Dia hanya ingin bergurau, tidak sangka boleh membuatkan Shadha menangis.

            “Kenapa nak menangis pulak ni?” Daniel menghampiri Shadha yang berbungkus di atas katil, lalu terus bersila di sisi isterinya itu. Shadha mengeratkan pegangannya pada selimut, setelah merasakan kehadiran Daniel Hakim di sisinya.

            “Shadha….” Panggil Daniel sambil mencucuk kepala Shadha dibawah selimut itu dengan jari telunjuknya. Shadha cuba menepis tangan Daniel dari bawah selimut, tidak berjaya malah meletuskan tawa Daniel.

            “Shadha, awak ni lawaklah.” Daniel cuba menarik selimut yang menutupi Shadha sekali lagi. Shadha yang sudah sebal dengan tindakan Daniel terus sahaja bangkit daripada pembaringannya, selimut yang menutupinya.

            “Saya sakit kepala la… tu, gambar tu ambillah balik.” Shadha mengesot tubuhnya sedikit, lalu mencapai bingkai gambar tersebut lalu meletakkannya diribaan Daniel.

            “Lah… malam nanti awak tak boleh tidur pulak.” Daniel mengusik.

            “Takde maknanya.”Pantas sahaja Shadha menepis usikan Daniel. Daniel ketawa kecil.

            “Ada maknanya, bila awak simpan gambar saya dalam bilik awak. Ada maknanya bila awak letak gambar saya sebelah katil awak. Ada maknanya bila awak malu macam ni.” Ujar Daniel, hidung Shadha dipicitnya. Daniel lantas bangun dari duduk dan melangkah keluar dari bilik. Shadha memegang hidungnya terasa kebas-kebas dipicit Daniel. Sebelah tangannya pula menepuk perlahan dadanya, yang berdegup laju sedari tadi. 

            “Malunya!” Shadha bersuara sendiri. Tangannya menekup wajahnya, lalu kepalanya digeleng-geleng laju.

            “Kata pening?” Suara Daniel melihat perlakuan Shadha.

            “Ha?” Shadha terperanjat, terhenti segala perlakuannya.

            “Tadi peningkan? Digeleng-geleng kepala tu kenapa, nanti lagi la pening.” Daniel bersuara lagi, tubuhnya di sandarkan di pintu bilik Shadha.

            “Awak bukan dah keluar ke?” Shadha tidak menjawab, tetapi kembali menyoal, menutup malunya yang berkelakuan entah apa-apa.

            “Dah, terlupa nak bagi ni balik.” Daniel menghampiri Shadha yang sudah panas mukanya.

            “Tak nak… Awak ambillah balik.” Shadha menolak. Daniel ketawa kecil, namun tetap menghulurkannya kepada Shadha.

            “Saya letak dekat sini eh, nanti malam awak bolehlah cium-cium macam selalu.” Daniel meletakkan semula bingkai gambar yang menempatkan gambarnya itu ditempat asalnya. Shadha mengetap bibir dengan kening yang berkerut.

            “Macam mana awak tahu?” Shadha menyoal perlahan, tanpa sedar soalan itu menjeratnya sendiri.

            “Haa?! Seriously? I’m just kidding by saying that…” Daniel ketawa besar, Shadha menekup mulutnya. Wajahnya disembam terus ke bantal di tepi. Terus merengek malu!

            “Awak keluar je la……” Shadha bersuara tanpa mengangkat mukanya. Sejak bila Daniel Hakim pandai mengusik macam ni? Hati Shadha bentak sendiri.

            “Puan Shadha Shadiqah sudah jatuh cinta sama Encik Daniel Hakim” Daniel berpeluk tubuh di hadapan katil. Sengaja mahu mengusik hati Shadha Shadiqah yang tentu sahaja berdegup tanpa kawalan.

            Shadha tidak menjawab, hanya menggeleng kepalanya yang masih tersembam di atas bantal. Yang kedengaran hanyalah rengekkannya. Daniel ketawa kecil. Hatinya sedikit terusik dengan sikap Shadha ini yang belum pernah dilihatnya.

            “Malu ke jatuh cinta dengan suami sendiri?” Daniel menyoal. Persoalan itu membuatkan Shadha terdiam kaku. Lantas dia mendongak.

            “Sebab suami saya tak rasa apa yang saya rasa.”Shadha menjawab perlahan. Mata yang mulanya tenang merenung wajah Daniel, kini dilarikan. Daniel mengetap bibir erat dan mengangguk perlahan.

            “Kadang-kadang, apa yang kita rasa, tak semestinya kita luahkan, dan tak semestinya kita tunjukkan. Ia dapat dirasa… sini…” Ujar Daniel sampai perlahan menepuk dada. Seketika mereka berdua terdiam sendiri, membiarkan masa berlalu sepi. Beberapa ketika, Daniel melangkah keluar daripada kebisuan mereka berdua. Shadha hanya memandang sepi langkah Daniel. Jawapan Daniel membuatkan Shadha diam terkaku. “Dia rasa apa yang aku rasa?”Hati Shadha berbisik sendiri. Tak mampu berfikir dalam kepala yang berpusing, akhirnya Shadha terlena dalam sibuk mindanya mencari jawapan yang pasti.

++++++++++++

            Opah Imah sudah memberi kata putus. Shadha terdiam kaku di penjuru ruang tamu. Dalam keramaian tetamu yang hadir di rumahnya hari ini. Dia bagaikan tersisih walaupun sebenarnya dialah watak utama ketika ini. Dia tidak mampu untuk berkata apa ataupun menegakkan haknya.

            “Opah, apa semua ni?” Daniel meraup wajahnya beberapa kali. Wajah Opah Imah yang berdiri di sisinya ditenung dengan mata yang merah menyala. 

            “Setahun lebih kamu kahwin Dan, tapi masih macam orang asing!” Opah Imah bersuara kuat dan tegas. Bisa menggetarkan hati orang disekelilingnya.

            Yes! I admit that, tapi sekarang ini rumah tangga Dan. Biar Dan yang jaga, biar Dan yang buat keputusan semuanya.” Daniel Hakim membentak, membuatkan Opah Imah terkesima lantas merenungnya dengan renungan tajam.

            “Sekarang kamu tahu pulak ini rumah tangga kamu, tahu tanggungjawab kamu. Apa yang kamu buat selama setahun ni?!” Bidas Opah Imah.

            “Opah yang paksa Dan untuk kahwin dengan Shadha. You started it, it’s all your fault.” Daniel mula menunding jari, mula meluahkan rasanya.

            “Sebab itu Opah datang nak baiki semua. Demi kebaikan kamu dan juga Shadha.” Opah Imah bersuara lagi, mengakui salahnya.

            But, its nonsense!”Bentak Daniel.

            I want you to marry your love one and yet you said it is nonsense?” Opah Imah keliru.

            “Shadha macam mana? Perasaan dia?” Daniel menyoal dalam soalan yang diberikan Opah Imah. Opah Imah tersenyum sinis.

            “Selama ni kamu tak ambil tahu pun perasaan dia, kenapa sekarang kamu sibuk nak ambil tahu?” Opah Imah menyindir.

            Look Opah, Shadha dah jadi isteri Dan for more than a year. Dan takkan belakangkan dia, tambah-tambah dalam hal ni.” Daniel bersuara tegas. Datin Munah mula panas punggung, berbeza dengan Dato’ Othman yang tersenyum dengan kata-kata Daniel. Darin menjeling tajam Shadha dengan bibirnya diketap kuat.

            “Opah dah cakap dengan dia sebelum ni, dia tak bantah pun.” Opah Imah bersuara bersahaja. Semua mata-mata memandang Shadha yang berdiri kaku di penjuru ruang tamu.

            “Sha… cakap apa yang Sha nak ye…” Mak Esah bersuara, memandangkan semua menantikan jawapan daripada mulut Shadha.

            “Sha… Sha… Saya…” Shadha mengenggam erat jemarinya. Bibirnya bagai beku dek terlalu cemas dan terlalu banyak perkara yang di dalam fikirannya.

            “Kamu setuju tak dengan cadangan aku tu Shadha?” Opah Imah mencelah dalam gagap Shadha untuk bersuara. Shadha memanggung wajah, seketika matanya memandang semua wajah yang berada di hadapannya dan lama matanya tertancap pada raut wajah suaminya yang keruh dan seolah-olah berharapkan sesuatu.

            “Sha tak sanggup….” Tidak dapat menyuarakan seluruh perasaannya, akhirnya Shadha membuka langkah laju ke bilik. Biarlah apa pun yang berlaku di belakangnya. Dia tidak kisah, asalkan dia tidak dilukakan dengan mendengar persetujuan suaminya untuk berkahwin dengan wanita yang dicintainya. Tambahan pula di hadapan orang-orang yang membenci dirinya.

            Shadha menyandar tubuh ke pintu bilik yang dikunci. Tangisannya tidak dapat dibendung lagi. Jika semalam dia cuba mencari jawapan kepada rasa yang dirasai suaminya. Tetapi hari ini, dia perlu mencari jawapan pasti bagi dirinya, bersama atau melepaskan penderitaan ini pergi? Shadha keliru dan tidak pasti. Dalam derita yang dirasa, sebenarnya dia mencinta. Dalam buruk layanan Daniel, dia senang di samping suaminya. Dalam sunyi tanpa cinta, dia sebenarnya setia. Dalam diam seolah tiada rasa, cinta itu sentiasa ada dan sentiasa dibajainya. 

            “Dan tak setuju. 100 percent disagreed with all this nonsense!” Daniel bangkit dari duduknya dan bersuara lantang. Semua yang ada melihatnya. Darin terperanjat. Datin Munah menggenggam tangannya menahan geram dihati. Dato’ Othman hanya diam dan mengangguk perlahan.

            “Daniel, you kata you sayangkan I. Kenapa sekarang you tak nak kahwin dengan I?” Darin mula merengek manja, tangan Daniel dipeluknya.

            “Bila pulak I cakap I sayangkan you?” Daniel menarik tanganya daripada pelukan Darin.

            All this time, you act like you love me.”Darin merengek membentak lagi.

            Act! Yes, just acting.”Daniel membidas sinis. Darin menghentak kakinya, akhirnya meluru ke arah Ibunya yang mula mencerlun marah ke arah Daniel.

            “Sampai hati kamu main-mainkan hati anak Mak Long Dan?” Datin Munah mula bersuara.

            “Saya tak pernah cakap dekat dia saya sayang dia apatah lagi cinta. She is my cousin, memanglah saya baik dengan dia.” Ujar Daniel, cuba menjernihkan kesalahfahaman antara mereka.

            But all this while, kamu bagi dia harapan….”

            “Dah la Munah, kamu ni. Takkan nak runtuhkan rumah tangga anak saudara kamu sendiri? Sepatutnya kamu ajar anak kamu ni, baikkan hubungan mereka suami isteri tapi ni tak, sebaliknya pula. Insaf-insaflah Munah oi…” Dato’ Othman mencelah kata-kata Datin Munah yang belum habis dilontarkan.

            “Papa? Bukan nak sebelahkan anak sendiri, menangkan orang luar.” Datin Munah mula membebel.

            “Orang luar apanya? Anak menantu kita lah jugak.” Dato’ Othman membidas laju. Datin Munah hanya mampu menjeling tajam suaminya itu.

            What ever it is, Dan takkan duakan Shadha. Jahat Dan, salah Dan hanyalah antara Dan dan Shadha. Apa-apapun yang berlaku, ia antara kami berdua. Apapun pengakhiran kami berdua, biar kami yang tentukan. Opah, Ibu, Pak long dan Mak long tak perlu masuk campur. Dan dan Shadha tahu apa yang kami mahukan. Darin I’m sorry, I hanya boleh mencintai seorang, hati I tak boleh dibelah-belah.” Daniel bersuara tegas dan jelas, sebelum terus berlalu naik ke bilik. Setahun lebih sudah cukup untuk dia berfikir sebaiknya hubungan yang dibina bukan atas pilihannya. Setahun lebih sangat cukup untuk dia mengenali isteri yang bukan pilihan hatinya. Kini hanya dia dan Shadha yang perlu memilih jalan mana yang terbaik untuk mereka terus melangkah ke hari-hari yang seterusnya. 

+++++++++++++

            Shadha masih membungkam di dalam biliknya. Usai solat isyak dia mengambil keputusan untuk terus berkurung di dalam bilik. Dia masih tidak tahu apa hasil perbincangan petang tadi. Doa Shadha, moga bahagia miliknya. Shadha menarik lutut rapat ke dada, dagunya diletakkan ke atas lututnya. Gambar Daniel di atas meja kecil, dipandang penuh kasih. Air matanya masih setia mengalir. Ketukan di pintu membuatkan Shadha cepat-cepat menyapu air matanya yang mengalir di pipi dengan jari-jemarinya.

            “Shadha… Saya masuk ye.”Ujar Daniel setelah pintu bilik Shadha dikuak sedikit. Tanpa menunggu jawapan daripada Shadha, Daniel terus sahaja melangkah masuk dan menghampiri Shadha yang duduk di katil.

            “Shadha…” Daniel memanggil lagi. Shadha masih membatu, wajahnya dipaling bertentangan dengan kedudukan Daniel.

            “Shadha, saya tahu awak yang menjadi mangsa dengan semua ni. Untuk itu saya minta maaf.” Daniel bersuara lagi. Dia melabuh duduk di sisi Shadha.

            “Awak minta maaf, sebab awak setuju dengan keputusan Opah Imah?” Shadha mula bersuara namun wajahnya masih dipalingkan ke arah lain. Daniel menarik nafas dalam-dalam.

            “Tak. Saya tak sekejam yang awak fikirkan Shadha. Mungkin saya memang berlaku kejam dengan awak setahun ni, tapi saya tak pernah terlintas untuk duakan awak.” Daniel berterus terang. Shadha mengesat air matanya yang masih mengalir.

            “Jadi awak sudah pilih antara saya dan Darin?” Shadha masih tidak memahami apa yang berlaku petang tadi. Daniel hanya tersenyum.

            “Awak selalu salah sangka saya dengan Darin. Pernah saya ingatkan awak, Darin hanyalah sepupu saya. Bukan kekasih. Tiada isu pilih antara dua. Kalaupun saya perlu memilih, saya akan pilih yang telah menjadi hak saya.” Ujar Daniel panjang lebar. Shadha hanya diam, sesekali tangannya mengesat air matanya yang sedari tadi setia mengalir.

            “Jadi apa keputusannya?” Shadha menyoal, wajahnya masih lagi tidak memandang Daniel. Daniel terus naik ke atas katil dan duduk bersila berdepan dengan Shadha. Shadha yang masih erat memeluk lutut ditarik supaya bertentang dengannya. Shadha hanya menurut, kepala masih menyembam dilutut. 

            “Pandang saya.” Daniel bersuara perlahan. Shadha diam dengan kedudukan yang sama. Kebisuan Shadha dan perlakuannya yang kaku membuatkan Daniel terus sahaja mengangkat wajah Shadha dengan tangannya supaya memandang ke arahnya.

            “Kita bincang, boleh?” Daniel masih lagi memegang wajah Shadha yang sedikit terkejut dek tindakan Daniel yang diluar dugaan itu. Shadha mengangguk dan melarikan wajah daripada terus dipegang oleh Daniel. Shadha mengesat sisa air mata dengan belakang tangan. 

            “Awak nak tahu keputusannya?” Daniel menyoal bagi memulakan perbincangan pertama mereka sebagai suami isteri setelah setahun lamanya. Shadha mengangguk perlahan.

            “Kita berdua yang akan tentukan keputusannya.”Shadha berkerut dahi.

            “Maksud awak?” Shadha menyoal lagi.

            “Ini rumah tangga kita Shadha, jadi kitalah yang patut buat keputusannya.” Daniel bersuara, serius. Shadha memandang Daniel tak berkelip.

            “Ish, janganlah buat muka tak percaya.” Daniel membentak kecil melihat wajah Shadha yang penuh kehairanan.

            “Yelah, selama ni awak….”

            “Okay-okay, saya mengaku semua tu. Tak payah sebut ye.” Daniel memintas. Semua orang sukar percaya dengan sikap Daniel yang berubah tiba-tiba.

            “Okay, sekarang macam mana?” Shadha hanya menurut, lantas terus menyoal lagi keputusan masa depan mereka berdua.

            “Macam saya cakap sebelum, kalau ikut saya, just go with the flow. Ke mana dia bawa kita, ke situlah kita.” Daniel menjawab, ringkas.

            “Tapi sampai bila?” Shadha tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan Daniel.

            “Biar masa menentukannya.” Shadha mengeluh lemah. Dalam serius Daniel ada juga yang terasa seolah-olah dia sedang bermain-main.

            “Sabar saya mungkin tak selama tu…” Ujar Shadha. Daniel terdiam. Namun dia akui, Shadha sudah terlalu banyak bersabar.

            “Okay, sekarang awak cakap dekat saya, apa yang awak mahu, pengakhiran bagi masalah kita sekarang.” Daniel membuka ruang untuk Shadha meluahkan apa yang dipendamnya selama ini. Shadha memandang terus ke anak mata Daniel untuk seketika. Kemudian nafasnya ditarik sedalamnya.

            “Apa yang saya mahu adalah kebahagiaan hidup bersama awak. Awak menerima saya sebagai isteri awak, yang mempunyai hak kepada awak selayaknya sebagaimana seorang isteri. Itu sudah cukup bagi saya.” Ujar Shadha penuh pengharapan. Daniel hanya mengangguk perlahan.

            “Menerima awak sebagai isteri saya, dengan itu awak sudah bahagia? Macam tu?”Daniel menyoal lagi.

            “Apalah yang dimahukan oleh isteri selain haknya sebagai isteri kepada suaminya?” 

            “Tanpa cinta?”Soal Daniel, ragu.

            “Cinta akan datang kemudian.”Ujar Shadha ringkas.

            “Kalau tak datang?” Daniel menyoal lagi, seolah sukar baginya untuk mempercayai cinta itu akan terlahir akhirnya. 

            “Daniel….” Shadha menggenggam kedua belah tangan Daniel.

            “Saya tahu saya bukan pilihan awak, jadi perkara pertama yang awak perlu lakukan adalah dengan menerima saya sebagai isteri awak yang sah. Izinkan saya untuk zahirkan rasa hati saya dengan segala apa yang awak lakukan. Izinkan saya untuk jadi isteri awak dunia dan akhirat.” Perlakuan Shadha dan kata-kata Shadha membuatkan Daniel terpaku. Bagai ada yang merenjat tubuhnya tatkala Shadha menyentuh tangannya ketika itu.

            “Walaupun ia mengambil masa yang panjang untuk cinta itu hadir, awak sanggup untuk terus bersabar dengan saya?”Entah kenapa Daniel menyoal begitu. Shadha mengangguk perlahan.

            “Sama macam awak cakap, just go with the flow. Sebelum kita ikut flow tu, awak perlu buka hati awak untuk menerima saya. Selepas itu, kita ikut flow yang Allah sudah tentukan buat kita.” Shadha bersuara lagi, menjawab persoalan Daniel. 

            “Jadi awak akan bertepuk sebelah tangan ajelah untuk sementara ni?” Daniel menjungkit-jungkit keningnya, sekadar mengusik Shadha. 

            “Tak. Saya ambil tangan awak ni saya tepuklah.” Ujar Shadha sambil sebelah tangannya menepuk-tepuk tangan Daniel. Daniel ketawa dengan perlakuan Shadha. Shadha turut ketawa bersama. 

            “So, itu keputusan kita?” Daniel mahu menamatkan diskusi tidak rasmi mereka berdua.

            “Yes.”Shadha menjawab dengan yakin.

            “Awak yakin?”Daniel menyoal lagi. 

            “100 percent confident!”Shadha menjawab dengan penuh yakin, sambil tangan kanannya diangkat.
            “Ceh… confident konon, jangan menangis sorang-sorang dalam bilik sudah.”Daniel mencuit hidung Shadha dengan jarinya. Shadha mencebik.

            “Biarlah… erm… bilik kita?” Shadha mengerakkan jarinya, mengisyaratkan sesuatu kepada Daniel.

            “Tak kisah, indeed tempat seorang isteri di sisi suaminya.”Jawab Daniel dengan senyuman, walaupun kedua-duanya sudah merah muka!

            “Yes, akhirnya! Saya suka sangat decoration bilik awak. Nampak elegant dan tenang aje. Tak macam bilik saya.” Shadha menukar suasana supaya tidak janggal dengan jawapan Daniel tadi.

            “Siapa suruh awak cat warna warni macam ni? Awal-awal dulu dah okay dah, pandai-pandai decorate sendiri.” Daniel membidas, Shadha hanya tersengih seperti kerang busuk. Akhirnya mereka terdiam sendiri, memerhati sekeliling bilik tanpa bersuara. Beberapa ketika mereka hanya membisu sendiri, merasa lega dengan satu keputusan yang telah diambil.

            “Minggu depan sekolah mula cutikan?” Ujar Daniel mencecah kesunyian. Shadha yang sedang menyelak majalah mengangguk perlahan.

            “A’ah, kenapa?” Soal Shadha.

            “Minggu depan saya pergi Singapura lagi. Jom?” Shada terbuntang matanya, tidak percaya.

            “Serius?” Soal Shadha tidak percaya dengan ajakan Daniel.

            “Serius la. First step towards our decision.” Ujar Daniel membuatkan Shadha sangat teruja.

            “Yeah! Thank you Abang Danny…”Shadha membuat suara comel, membuatkan Daniel terkesima.

            “Ish… geli! Be matured Shadha.”Daniel memicit hidung Shadha. Shadha ketawa kecil, tangan menepis tangan Daniel.

            “Gurau je la. Passport saya kena buatlah saya takde passport.”

            “Esok kita pergi. Lepas awak habis sekolah, saya ambil awak then kita terus pergi.”Ujar Daniel.

            “Habis tu kereta saya?” Daniel mengeluh perlahan. Shadha masih ‘blur’.

            “Shadha, esok Abang Danny awak ni hantar awak pergi kerja la. Ada faham?” Shadha tersengih sendiri dengan persoalan kanak-kanaknya. Dia mengangguk perlahan tanda sudah jelas dengan semuanya. Daniel tersenyum, banyak lagi yang perlu dia fahami tentang Shadha Shadiqah. Terlalu banyak yang belum dia ketahui. Masa akan menjelaskan semuanya, kerna masa jua yang akan terus menentukan masa depan mereka berdua. 

            Adakalanya cinta yang kita pinta takkan hadir semudahnya. Ia perlukan usaha. Ia perlukan kesabaran. Memupuk cinta memerlukan ruang dan masa. Ia tak boleh dipaksa-paksa, jika tidak yang hadir hanyalah kepalsuan yang dimainkan mata bukan rasa. Cinta itu berperingkat, mulanya suka, kemudian kasih lantas terbitlah sayang, akhirnya cinta akan terbina. Begitulah hakikatnya cinta selepas nikah. Menerima lamaran tandanya kita menyukai jodoh yang hadir. Menerima dia sebagai suami atau isteri, menjadikan kita kasih kepadanya. Saban hari bersama dia menjadikan kita sayang kepadanya. Lantas rindu mula berbunga, hingga terbitlah cinta yang kita idamkan. Cinta itu akan ada, walaupun masa yang diambil terlalu lama. Yakinkan hati pada Allah, DIA jua yang mewujudkan rasa itu di dalam hati kita. Insha-Allah. 

++++++++++++

            “Tahniah akak.” Mak Esah tersenyum gembira.

            “Kan aku dah kata, mesti jadi punya plan kita ni.”Ujar Opah Imah yakin.

            “Mujur Dato’ okay aje, takut juga saya. Ye lah kita gunakan diorang untuk jayakan rancangan kita tadi.” Mak Esah bersuara lagi, masih tersenyum gembira.

            “Aku dah bincang dengan Othman dah sebelum datang. Dia setuju, dia pun tak suka dengan sikap Munah dan Darin tu. Dia suruh ajar sikit.” Opah Imah ketawa kecil.

            “Tapi saya kesian juga dekat Darin tu. Mengharap aje muka dia. Rasa bersalah juga gunakan dia”Ujar Mak Esah, penuh rasa bersalah.

            “Takpelah… hari raya nanti aku minta maaf.”Opah Imah bergurau. Mak Esah hanya mampu tersenyum dengan jawapan itu. Kedua-dua mereka menghela nafas lega, syukur kepada yang Esa. Segalanya akan baik-baik aje selepas ini, hati mereka yakin.


 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
hype! maaflah, cerpen ni banyak kurangnya.
terhenti banyak kali.
ending pun banyak masalah sebelum dapat habiskan =.="
komen ye. moga dengan komen anda semua abc dapat tingkat penulisan abc di masa depan.

           


30 comments:

Anonymous said...

touching laaa kak.. huhu.. tp ending dia sweet..

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

salam abc , hehehe.... best n amantap...
setakat ni , sy rasa cerpen ni ok , x ada yg kurang... smapai roomate sy tegur , kenapa mata cm nangis time bca cerpen ni... hehehe
tq abc.... good luck :)

akubersamaCahya said...

sedih ke korang? huhuhu
abc buat cerpen santai aje ni. maaf ye kalau ter'sebak' dada korang huhuhuhu

thank u so much!

Ika said...

best2. :D

Anonymous said...

not bad.... tp geram kat suami dia 2...da ke berpemikiran mcm 2....ish2...

sharifah nurhidayah said...

sedih... sebak rasanya..tp daniel cool gila... bagus2..

akubersamaCahya said...

^^ thank u!

zura asyfar addy rifqhiey said...

besttttt...

einaz lynna said...

touching weii... best gilerr

Farahiyah Ishak said...

Uhuk ;'( Tak sedar pun air mata dah mengalir. Best sangat! Ada part 2 ke? :D

aqmar said...

buat la part 2 =)

xpon novelkan ja =) insyaAllah ABC ada bakat terpendam dlm penulisan..
suka2 cerita ni! xsuka kat Derin!! Boleyh plak Daniel layan Sha mcm tu..
(ttba rasa nak kawen!!!)
:D

Anonymous said...

best...rasa x puas baca pl :)

Anonymous said...

Okei jew best cukup rse sume cite nie.....

riyadh said...

best lahhh!! thumbs up!! tp sedih gak laa sebab husband dia layan dia camtu..n diorg kawin smpai sethun pun,xde perkembangan..ermm,keras btulhati suami dia erkk??

akubersamaCahya said...

heeeee.. tq :)

-nuha's life- said...

nak part 2 plisss.....hehe best sgt

Cahayatt said...

serius bestttttttt....
mmg touching, tp sweet ending...
so, xde hal...
no pain no gain kan...

asfiedaimpiana said...

stress baca + geram...tp penat kan nak tulis perjalanan watak tu yer ;)

akubersamaCahya said...

tak letih. cuma kadang2 terbawa2 dlm diri heh! :)

part 2? errrr semua cerpen abc kena ada part 2 and novel? alamak! =="

insyaAllah ^^v

fazi syah said...

bt laa part 2..tgk dan ni terima x isteri dia..hehe

Anonymous said...

Mmg best! slu bc nding mst tahpape tpi ni bbza gler

Anonymous said...

berapa kali air mata keluar baca cerita ni. sangat sedih, tapi ending dia berbaloii!!! thumbs up!

Anonymous said...

akak best sgat cerpen nie..emm boleh tak kasi ending lgi best...

cahaya kerinduan said...

Nice story...,,taklah berbelit2,,jln critanya jlas,,good luck penulis,,truskan brkarya yer;3

Sitii Munirah bt Azman Shah said...

So sweet nya,,jalan cerita yg menarik,teruskan usaha

nasibahrusdy said...

serius tetiba ada bawang kat sebelah katil ni haa. baca cm biasa je tapi menangis tetiba. cerpen yg best dan cerpen pertama yg buatkan saya menangis

Phonophobia said...

Tak puas la akak.. Part 2 pleaseee

Anonymous said...

Comell sangat cara daniel usik shadah. Seriusss menagis baca cerpennn ni.thumbs up to writer

akubersamaCahya said...

Tq semua. 😊😊😊😊

Lasmiati Sopankabir said...

Best sgt sgt sgt sgt!!!!!