Monday, September 13, 2010

love is forever~ 04


Cahaya yang terik diwajah membuatkan aku tidak selesa. Namun masih terasa malas untuk membuka mata. Aku berpusing ke kira dan kanan. Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu, lantas membuatkan aku membuka mata. Betul, aku bersama Haikal sedari malam tadi. Aku bangun daripada pembaringan. Aku lihat tudungku tersangkut kemas. Yang masihku ingat, aku tidak membuka tudung sehinggalah aku terlelap. ”pasti kerja dia..”rungut hatiku.. Haikal tiada dalam bilik, entah ke mana. Aku melangkah ke bilik air membersihkan badan. ”Ah...baju tak bawak pulak”rungutku sendirian. Perasaanku sebal. Membuatkan permulaan hari yang tidak selesa bagiku.

Selesai membersihkan badan tanpa menukar pakaian, aku keluar dari bilik air. Haikal sudahpun ada bersama sarapan pagi. Aku menutup rambutku dengan tuala. Haikal menghadiahkan senyuman padaku.
"Pergi mana?” ujarku sambil melangkah mendapatkan beg tanganku. Mujurlah aku seorang yang agak well-prepare, perfume,bedak,losyen dan beberapa kelengkapan lain sentiasa aku bawa kemana-mana saja.
“Keluar shopping kejap..”jawab Haikal ringkas dan menghulurkan aku beberapa beg kertas. Aku mengambil tanpa banyak soal. Ada baju, tudung dan …. Sungguh aku tak percaya.
“ Ni pun awak beli?” ujarku sambil mengangkat dua set pakaian dalam.
“ Ye la.. awak bawak ke sayang?” ujarnya sambil tersenyum penuh makna..
Aku tahu aku dah tersilap soalan. Pipiku terasa kebas. Lalu aku terus ke bilik air,menyalin pakaian. Cantik. Hanya itu yang terucap melihat tudung yang Haikal belikan. Warna hijau daun pisang memang warna yang paling aku suka.

++++++

Aku mengambil tempat ditepinya untuk bersarapan. Ringkas tapi nampak enak. Nasi goreng seafood, itu yang tercatat. Nampaknya tak dapatlah aku merasa sarapan. Aku alah dengan makanan laut. Aku menuang air teh dan menghirup perlahan. Haikal leka dengan telefonnya. Sedari tadi membelek telefon, entah apa yang dia buat.
“ kenapa baju and lain-lain tu abang beli dua, satukan dah cukup?” ujarku memecahkan keheningan antara kami.
“ Kejap lagi kita nak pergi jalan-jalan, esok petang abang hantar sayang balik UTM.” Jawapan yang membuat aku kan aku hampir-hampir tersembur.
“Eh.. jangan main-main ye, semalam masa abang ambil Zu, abang kata satu malam je.” Marahku.
“Sayang takde kelas pun kan… semalam kita tidur je, tak sempat meluang masa..” jawapan yang menyakitkan hati. Aku tak suka diperlakukan seperti itu, menyakitkan hati. Aku mengambil langkah untuk hanya mendiamkan diri.
“ tak makan?” soalnya. Aku buat taktahu. Majalah yang ada aku belek, membiarkan soalannya tiada jawapan.
“Sayang…abang tanya ni…” panggil Haikal, nada yang agak keras. Aku buat taktahu. Aku seakan memberontak dengan mendiamkan diri. Majalah ditanganku direntap. Rentapan yang menyebabkan cawan yang berisi teh tertumpah ke pahaku. Mujur dah tak berapa panas. Aku jerling Haikal. Haikal mengambil beberapa helai tisu dan mengelapkan air yang tertumpah.
“Abang cakap, tak jawab.. ni lah balasan… suami cakap dengar..jawab…” entah apa lagi yang dia omelkan.. aku dah pun ke bilik air membersihkan seluar, tak banyak pun yang tumpah.
Aku ambil kertas yang tertulis menu dan hulurkan kepadanya.
“Nasi goreng seafood..So…” soalnya.
“Zu tak boleh makan seafood…alergik.” Jawabku sambil membetulkan tudung.
“ kenapa tak cakap….abang order lain ye..” ujarnya sambil melangkah ke telefon.
“ Tak payah la, nanti kita makan kat luar je..” jawabku. Haikal hanya mengangguk dan kembali mengambil tempat disisiku..
“Panas tak air tadi…” ujarnya sambil memandang terus kepadaku. Aku membalas pandangannya, lantas aku tertawa. Teringat bebelannya sebentar tadi. I never thought of marrying a guy who is nagger.
“Gelak pulak…serius ni..” Haikal tarik muka. Terasa hati.
“ tak panas pun… abang ni kuat berleteran ek…ibu pun tak berleter macam abang..” ujarku sambil ketawa panjang.
“ Biarlah…” ujarnya ringkas, merajuk. Aku berhenti ketawa namun masih bersisa dengan senyuman.
“Kita nak ke mana?” ujarku tidak mahu Haikal dengan rajuknya.
“Excited ye sayang?” soalnya seakan hilang rajuknya tadi. Aku menjuihkan bibir.
“Tanya aje la.. Eh.. Thanks tudung ni and lain-lain tu.. pandai ek abang pilih.” Ujarku sambil membetulkan tudung dikepala. Haikal hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.
“By the way.. How do you know, Zu takde kelas..?” soalku mahukan kepastian. Haikal seakan tahu segala-gala mengenai aku. Haikal mengangkat telefon ku dan menunjukkan satu nama. Ayuni.
“Abang bukak telefon Zu.. ei…” geram, aku terus mengambil telefonku daripadanya.
“Sayang, no secret between us…” ujarnya sambil menyuap nasi yang masih berbaki. Sayang katanya kalau tak makan, ,membazir. Mendengar jawapannya membuatkan aku terus mengambil telefonnya dan membelek semua nombor yang ada.
“ Nombor aweks je banyak..” ujarkan dan meletakkan telefonnya ke meja. Aku kembali menghirup teh yang baru dituangkannya kepada ku.
“Jealous ke… well.. u know me..” ujarnya sambil membuat gaya model. Aku ketawa melihat gayanya. Keadaan ketika itu seperti kami yang dulu, saat kami berkenalan. Kegembiraan dan kesenangan yang sama seperti dulu. Sikapnya sentiasa membuat aku senang berdampingan dengannya.

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders