Friday, January 20, 2012

Melodi CINTA = sendiri.



Tidak sepi sendiri
Sunyi hati, berisi
Mudah jua mencari
Redhanya ilahi.


Lumrah dalam hidup. Tambahan pula, pabila umur menginjak dewasa. Saya sedar itu. Namun tidak pernah sedar natijahnya membawa pulang cinta yang hanya mainan jiwa remaja. Sukar bila keluarga sudah mula bersuara. Perlukah sekali lagi saya katakan, “hanya kawan?”. Acapkali saya berfikir sendiri, kenapa terlalu mudah hati ini menerima? Teman pernah memberi kata semangat, yang lepas adalah sejarah, lupakan! Teruskan kehidupan dengan cara baru.
 
Saya sedang mencuba. Mencari jalan yang terbaik untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini. Kisah lama? Tidak akan saya lupa walau secebis. Saya biarkan dalam kotak ingatan. Ya memang menyakitkan dan memeritkan jiwa, tetapi ia menyedarkan saya, membetulkan bengkoknya jalan yang saya lalui kini. Alhamdulillah. Dalam buruknya dosa yang saya sendiri ukir, saya lihat ada baiknya ia untuk masa sekarang. 

Manusia sering sahaja bertanya kepada saya, kenapa dan mengapa serta bagaimana. Saya tidak pernah mampu menjelaskan. Saya hanya menjawab dengan satu senyuman, “adalah, biar saya dan DIA yang tahu”. Hanya itu, walaupun tidak cukup memuaskan hati seorang manusia, akan tetapi itu jawapan terbaik. Perkara itu ‘aib’ bagi saya. Biarlah bukan apa-apa, tetapi ia memalukan. Moga Allah mengampunkan saya. 

“Sesungguhnya yang paling utama di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa.” 

Surah Al-Hujurat: ayat 13


Saya mencari imam buat diri, kerna saya tidak mampu mengimami.

No comments: