Friday, April 29, 2011

love is forever ~ 20

LOVE IS FOREVER

Hampir dua minggu aku tertangguh untuk melapor diri di UTM. Ada sahaja halangan dalam perjalanan ke sini. Segalanya ada hikmah, mungkin. Penat dengan perjalanan 6 jam dari Kuantan, aku merebahkan diri di katil yang empuk lagi selesa. Untuk beberapa hari aku akan menyewa di Scholar Inn UTM. Aku belum dapat rumah untuk menyewa. Haikal kata dia akan uruskan, ada kawan katanya. Senang bila ada orang suka, hidup goyang kaki aje” bisik hatiku, nakal!

Sedang asyik merehatkan pinggang yang sakit-sakit ni, telefon bimbitku berdering, siapa pula yang telefon waktu-waktu begini, jam ku belek, 5.00 petang. Dengan kemalasan aku bangun ke meja solek dan mengambil telefon yang berada dalam tas tanganku. Ibu!

“ Assalamualaikum..” dari jauh kedengaran suara ibu, aku terlupa untuk menelefon ibu sesampai ke UTM tadi.

“ Waalaikummussalam ibu..”

“ Dah lama sampai, Zu?”

“ Alhamdulillah, lebih kurang pukul 4 tadi, sorry bu, Zu terlupa nak call.” Sewajarnya aku meminta maaf, mesti Ibu dan Ayah sudah kerisauan dengan anak daranya yang seorang ni. Dara ke? Of course!

“ Takpe, masa Zu ke pejabat tadi, Haikal dah telefon ibu, dia kata Zu pergi lapor diri, mujur sempat katanya.” Haikal lebih cekap dan pantas, patut Ibu sayang. Erm!

“ Oh.. A’ah.. sampai pukul 4, mujur office hour, kalau tak jenuh kena tunggu esok.”

“ Jangan lupa makan, nanti sakit lagi, jangan susahkan Haikal sangat.” Susahkan ke? Haikal yang nak disusahkan kut, hatiku berbasa basi sendiri.

“ Dia suka disusahkanlah bu..” aku buat lawak bodoh, kalau ibu nampak aku tersengih macam kerang wangi, mesti kena cubit dah sekarang ni.

“ Pandai la kamu tu.. nak susahkan dia takpe, kahwin. Nikah balik.” Alamak! Gedebuss! Kena sebiji dekat kepala aku. Buat lagi lawak tali gantung, kan dah terjerut leher.

“ Nikah? Tak naklah.. Zu nak tunggu Donald Trump, kaya banyak!” seronok pula bergurau dengan ibu, macam-macam lawak bodoh aku reka.

“ kalau dekat ni, dah lama ibu piat-piat kamu Zu. Aih! Main-main budak ni.” Ibu sudah mengamuk. Aku yang di sini hanya ketawa sendiri. Macam-macam ibu pesan, takut sangat aku tak makan, takut aku masuk hospital lagi. Ibu jauh. Nasihat ibu buat aku sayu. Masih aku ingat tatkala aku masih belajar dulu, asalkan nak periksa aje, aku akan telefon ibu, hantar jadual periksa. Bila ibu cakap, “ hari-hari ibu baca yassin, buat elok-elok tau” mulalah bergenang air mata. Tapi dulu, Haikal tempat aku luah rasa terharu, penat dia nak pujuk bagi aku berhenti menangis. Habis saja exam, Haikal sudah tunggu depan kolej, nak bawa aku balik jumpa Ibu. Baikkan dia. Sangat baik. siapa sangka, penangan Alisya masih kuat pada dia. Aku siapa jika hendak dibandingkan dengan Alisya.

Sedang baru aku merebahkan badan untuk kesekian kalinya, telefonku berbunyi lagi. Kali ini mesej pula. Telefon ditangan aku belek, mesej yang baru sampai itu aku baca. Haikal, apa yang dia nak pula ni.

Haikal: ... siap2, in 10 mins i fetch u. Kita pergi hi-tea eh. =)...

Hi-tea kemende, aku solat asar pun belum. Pantas aku membalas mesej kepadanya.

Zulaikha: ... hi-tea hello-tea, i tak solat asar lagi, baju pun belum tukar =P..

Haikal: pegi mandi, solat, al-mathurat jgn lupe, at 6 kita kuar, half an hour from now. Oke. Roger!

Nak tak nak, aku terpaksa juga ikut arahan ketua tak bertauliah tu. Perut kena jaga, lagi pula aku mana ada transport kat sini, datang dengan si ketua bersara tu. Tuala yang ada aku ambil dan menapak ke bilik air, setengah jam sahaja untuk bersiap, kena cepat kalau tak nak dengar radio buruk berbunyi nanti.

++++

“ Nak ke mana untuk hi-tea kita Encik Haikal?” soalku pabila dia aku hampiri.

“ Baru nak tanya Zu.. any suggestion?” kita tanya dia tanya pula.

“ erm.. minum petang je kan.. bukan pakej makan malam kan?” perut aku kena jaga selalu, buat aku makan kuih aje karang, malam jenuh nak jalan ke kafe sorang-sorang pula.

“ ye lah.. minum petang, hi-tea, malam nanti kita keluar lain.” Jawabnya dengan senyuman. Suka sangat dia, ingat lagi ayat dia pagi tadi semasa dalam perjalanan ke sini. “ A week.. i have a week.. spending time with Zulaikha Azra.. yeah!” menyampah aku dengar. Sakit hati nak lawan cakap dengan dia. Jenuh aku tolak untuk dihantar ke sini, aku nak balik dengan bas aje, sebab minggu depan aku balik ke Kedah bolehlah ambil kereta. Ummi dan Baba menyokong Haikal 100%. Aku kalah dengan majoriti 3-2. Asyaaf aku angkatkan tangan dia, menjadikan aku 2 dan diorang 3. Lucu bila teringat proses undian tak rasmi tu.

“ kalau macam tu, kita beli kuih goreng-goreng, and then kita pergi lepak-lepak Danga Bay, amacam?”

“ Lepak? We are not that young dah..” aku menjelir, bukan tua lagipun.

“ okey i change that word.. kita pergi ambil angin dengan Danga Bay.”

“ ha.. baru betul. Lepak tu, terasa saya macam 19 tahun pulak.” Haikal ketawa, aku hanya mencebik. Menyampah!

Pisang goreng, tempe goreng and teh pudina panas. Macam dulu-dulu. Every weekend, kami buat perkara yang sama. Beli kuih, dating di Danga Bay. Aku rasa aku buat rancangan yang agak salah petang ni kan. Biarlah, yang lepas mesti aku lepaskan.

Kami mengambil tempat dibangku yang kosong. Kuih-muih yang dibeli aku letak di antara kami. Haikal sibuk membuka ikatan airnya, yang aku rasa tak berjaya. Aku tersenyum melihat aksi dia. Kerutan di dahi menunjukkan dia sudah tertekan dengan ikatan tali pada bungkusan air yang tidak dapat dibukanya. Aku biarkan, angin petang di sini buat aku rasa tenang. Perlahan air teh pudina itu aku sedut, panas. Sedang asyik melayan air yang sedap tu, Haikal menghulur bungkusan air yang tidak berjaya dibukanya di depan mataku. Aku pandang Haikal, dengan riak wajah penuh persoalan kenapa? Haikal buat muka sayu. Buat muka comel pula!

“ Have mine..” aku menghulur bungkusan airku kepadanya. Pantang diajak, terus disedut air yang aku hulurkan. Belum sempat nak pesan, air tu panas, Haikal dah meluahkan semula air yang disedut. Aku ketawa besar, kalut sangat!

“ Panas!”

“ Saya tak sempat nak pesan, terus awak sedut.” Jawabku dengan sisa ketawa.

“ Suka awak tengok saya sakit macam ni..” Haikal mula merajuk. Suaranya mengendur.

“ Ala-ala.. sorry la.. awak buat lawak saya gelaklah.” Aku masih dengan senyuman tawa. Airnya yang sudah berjaya aku buka ikatan aku hulurkan kepada Haikal. Di ambilnya, muka masih dengan rajuk. Aku ambil pisang goreng dan menghulurkan padanya. Haikal memandang aku, lama. Aku mendekatkan pisang goreng pada mulutnya. Dia tersenyum. Dah tak merajuk la tu. Pisang goreng yang aku hulur terus dimakan. Bersuap-suap pula jadinya. Aku termalu sendiri. Cara memujuk yang mudah tapi ter ‘over’ aku rasa, ‘over’ untuk aku dan dia. Tidakkah sikap aku begini akan terus memberi harapan pada dia?

Lama melayan perasaan masing-masing sambil menikmati keenakkan pisang dan tempe goreng berserta teh pudina, Haikal mula bersuara.

“ Seronok study dekat UK?” Aku kalih pandangan tepat pada wajahnya yang sama sedang memandangku. Mata kami bertentang, leka. Tika tersedar dari pukau matanya, aku memaling wajah dan hanya mengangguk dengan persoalannya. Seronok? Aku terseksa di sana.

“ Yang saya tahu awak sambung sana just untuk setahun setengah aje, kenapa boleh jadi 3 tahun?” Haikal soal lagi. Aku melepas pandang jauh ke laut. Persoalan itu, patutkah di soalnya? Tidakkah dia tahu aku terseksa dengan cintanya?

“ Tiada apa yang tunggu saya di Malaysia, untuk apa saya balik cepat-cepat? Lagi pula, itu sahaja peluang saya untuk berada di negara orang, entah bila pula saya nak ke sana lepas ni..” jawabku panjang lebar, mengharap dia tidak akan menyoal aku lagi. Aku melepas keluh perlahan.

“ Oh..” perlahan Haikal menjawab, seperti ada lagi yang ingin di soalnya.

“ kenapa?” Aku dapat rasa ada yang belum terjawab, dan dia seolah-olah tahu sesuatu.

“ Tak ada apa-apa, saja tanya..” jawabnya dengan senyuman yang tak lekang. Haikal ni macam-macam betul, sengaja membuat aku resah sendiri. Kami menyambung melayan perasaan masing-masing. Aku mengunyah perlahan pisang goreng yang aku makan. Tiba-tiba ingatan aku lepas pada Asyaaf. Rindu!

“ rindu..” keluhku perlahan, tak sangka Haikal mendengarnya.

“ Rindu?” soalnya, kalut. Wajahnya sudah penuh dengan senyuman melebar. Aku ketawa perlahan dan menggeleng kepala melihat telatah Haikal.

“ Rindu kat Asyaaf la..”

“ Oh.. dekat ayah Asyaaf..?” Soal Haikal mengada-ngada. Aku mencebik.

“ Dah dekat sebelah, nak rindu apanya..” jawabku selamba.

“ kiranya, if i’m not here right now.. Zu rindulah?” pandai dia nak mengenakan aku.

“ Iyelah kut.” Aku sengaja melayan usikannya. Haikal ketawa kecil. Aku juga.

“ Kena tulis dalam diari ni..” ujar Haikal.

“ Diari? Since when u ada diari?” aku mengerut kening, hairan.

“ Since you were far-far away from me.. since we are not together.” Aku terdiam. Haikal juga. Hilang senyuman dibibirnya yang terukir cantik sebentar tadi. Haikal mengeluh perlahan dan mula bersuara semula.

“ Zu taknak bincang soal kita.?” Aku mengeluh perlahan. Masih berharapkah Haikal? Aku mendengus lembut, melepas beban yang aku simpan, sedikit demi sedikit.

“ Bukan taknak, tapi bukan dalam masa terdekat ni..”

“ Boleh saya tahu bila?”

“ Bila saya dah sedia untuk berbincang..” jawapan yang membuat Haikal mengeluh buat kesekian kalinya. Dia meraup wajah, perlahan.

“ We should discuss on it, kita kena uraikan tembok antara kita. Tembok yang halang hati awak untuk kembali mencintai saya..” ujar Haikal panjang lebar.

“ Bukan saya tak cinta awak.. saya cuma..” aku terdiam, menggigit bibir. Haikal agak terkejut dengan pernyataan yang aku luahkan tadi. Alamak! Silap ayat!

“ You love me? Really? Alhamdulillah!..” Haikal bingkas bangun dari duduk, dan memandang tepat kepadaku dengan senyuman penuh gembira. Aku sudah terasa kebas-kebas, tak sedap duduk. Belum sempat nak jelaskan apa-apa, Haikal dah menjerit ke laut.

“ TERIMA KASIH ALLAH!! ZULAIKHA AZRA.. I LOVE U TOO!!”

Aku bingkas bangun ke arahnya, dan menariknya dengan menarik hujung bajunya, supaya kembali ke bangku tempat kami duduk tadi. Orang ramai dah mula memandang dan senyum-senyum. Aku malu!

“ awak ni! Bila pula saya cakap i love u!!” bentakku. Haikal tersenyum memandangku.

“ I love u too!”

“ saya tak cakap i love u pun!!”

“ I love u too!” malas nak layan Haikal, aku pantas mengambil tas tanganku dan mula melangkah ke kereta. Menyampah!

“ Zu..” panggil Haikal. Aku pusing ke arahnya. Dari jauh Haikal membuat isyarat tangan.

... saya sayang awak..

Aku mencebik dan membalas.

... saya benci awak...

Haikal ketawa dan mula melangkah ke arahku, aku meneruskan langkah ke kereta. Seminggu ini akan ada macam-macam kisah, antara aku dan Haikal. Aku penat sebenarnya jika berada berdua dengan Haikal. Aku penat menahan jantung ini dari terus berdegup laju dan pantas. Aku penat menahan tunas cinta dalam hati yang kelopaknya kian mekar. Aku penat menahan rasa!

“ Asyaaf ada pernah sebut, Ucin.. apa eh Ucin?” soal aku pada Haikal semasa perjalanan pulang ke UTM petang tu.

“ Ucin? Oh.. Upin Ipin, tiap-tiap petang, asyik layan cerita tu je dia..” jawab Haikal dengan ketawa, mungkin terusik hatinya mengingat telatah anak kesayangannya tu.

“ Upin Ipin?”

“ Ye, kenapa?” soal Haikal, hairan dengan sikapku yang seperti tidak percaya. Aku hanya menggeleng kepala dan tersenyum sendiri.

Barulah aku tahu apa itu Ucin, Ucin yang buat aku ter’pengsan’ akibat malas nak layan rengekkan Asyaaf, sampailah aku kena leter dan marah dengan Haikal. Aku hanya tersenyum. Ucin-ucin, Upin Ipin rupanya!

2 comments:

Ad_dEen said...

best la..
sambung lagi ye..
cepat-cepat...:)

lia said...

nk lg!!!!!<3
best arrr cite ni...

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders