Wednesday, June 20, 2012

Love Is Forever ~ 28



Seperti selalu, setiap pagi aku akan menyiapkan bekal makanan Asyaaf sebaiknya. Haikal sudah awal-awal lagi keluar, mahu ke luar Bandar katanya. Marahnya masih ada, tidak banyak cakap dengan aku, tapi dengan Asyaaf dilayannya sama seperti selalu. Hatiku terasa dan terusik tapi aku sabarkan, salah aku dan misiku masih belum berjaya. Misi? Aku mahu menyiasat gerak geri Alisya dan bersemuka dengan dia. Pagi ini aku tekad untuk menghantar Asyaaf ke tadika walaupun telah ditegah keras oleh Haikal. Entah kenapa, kedegilan aku terserlah waktu ini, aku tetap dengan misiku!

“Baca doa Mama...” Amboi pandai pula budak kecik ni bagi arahan. Aku pun dengar aje, doa naik kenderaan aku baca bersama selawat. Asyaaf tersenyum mengaminkan doa.

Check yourself, any pain? Comfortable?” Amboi-amboi, banyak pulak budak sorang nih! Aku ikutkan aje, periksalah mana tau ada tak selesa ke.

Seatbelt.” Aku menjeling Asyaaf, dan memakai tali pinggang keledar. Asyaaf ketawa kecil.

                        “Anak Mama macam cikgu sekolah memandu.” 

“Arahan daripada cikgu memandu mama jugak” Aku kalih pandangan terus kepada Asyaaf. Aku pandang Asyaaf, dan Asyaaf cuma tersengih dan mengangguk. Kerja Haikal rupanya, cikgu memandu basikal aku! Peristiwa manis semasa di London, waktu itu musim luruh, Haikal dan Asyaaf nak berbasikal, aku pun tergedik nak ikut, tapi basikal pun tak reti nak kayuh. Jenuh sehari Haikal ajar, sampai diorang tak jadi berbasikal hari itu. Tapi hujung minggu tersebut kami habiskan masa bertiga, aku sudah pandai berbasikal dengan tunjuk ajar cikgu memandu yang garang!

“Study rajin-rajin tau sayang.” Pesanku kepada Asyaaf dan aku kucup ubun-ubunnya. Asyaaf menyalami tanganku dan terus berlari masuk ke tadikanya. Kelihatan Sofia melangkah masuk ke perkarangan tadika. Aku menghampirinya.

                        “Assalamualaikum, Sofia.” aku menyapa dia.

                        “Waalaikummussalam, ye Puan Zulaikha.” 

Aku mula membongkar rahsia dan persoalan yang bersarang dalam fikiranku. Kecuaian Sofia itu boleh membahayakan Asyaaf. Aku bukan mahu memarahi Sofia tetapi mahu dia membantu aku dalam misiku.

“Saya minta maaf sangat-sangat Puan. Saya sepatutnya perlu menghubungi Puan dulu baru benarkan Asyaaf berjumpa dengan dia. Maafkan saya Puan.” berkali-kali Sofia memohon kemaafan atas kecuaiannya. Aku tidak mahu memperbesarkan hal tersebut, ini menjadi pengajaran buat Sofia untuk kerjayanya sebagai seorang guru di Pusat Pengasuhan.

I hope, this is the first and the last Sofia and I really hope that you can help me.” Ujarku, Sofia mengangguk kepala tanda setuju dan tersenyum. Mukanya kembali ceria, tidak seperti semasa aku menyoal dia mengenai Alisya.
Misiku akan berjaya, aku pasti!
 

Seminggu. Seminggu aku menunggu kedatangan Alisya. Seminggu juga aku dan Haikal tidak bertegur sapa. Aku cuba melayan marahnya, namun Haikal tetap dengan sikap autokratik dia. Kata Haikal kalau nak berbaik, jelaskan segala-galanya dari A hingga Z tidak tinggal walaupun titik dan koma. Aku? Aku tak mahu Haikal mengganggu perancanganku, jika hal Alisya sampai ke pengetahuan Haikal, pasti segala yang telah aku rangka punah! Marahnya takkan lama, fikirku, namun kini sudah masuk hari yang ke tujuh Haikal langsung tidak menegurku. Tambah pula dengan sikapku yang pelik beberapa hari ni. Kereta tak bagi dipandu, aku curi-curi seludup pandu. Telefon sentiasa berada dalam poket seluar atau baju. Suami mana yang tak syak bukan?

Orang selalu kata, sabar itu sebahagian daripada iman. Berkat kesabaran kita, kita akan peroleh apa yang kita mahu. Alhamdulillah, seminggu lamanya menunggu kedatangan Alisya dan hari ini adalah harinya. Sebaik menerima panggilan daripada Sofia, aku bergegas ke tadika Asyaaf. Apa-apa pun yang menghalangi, aku mahu menyelesaikan hal ini secepatnya. Aku tak mahu terus membuat suamiku berkecil hati, aku tahu erti dosa. Allah!

Gerak geri Alisya aku perhati dari jauh. Kelihatan dia sedang berbual dengan Sofia dan Sofia beberapa kali menggelengkan kepala. Mungkin Alisya sedang memujuknya untuk bertemu dengan Asyaaf. Dengan lafaz bismillah dan selawat, aku aturkan kaki melangkah ke arah mereka berdua. Aku perlu selesaikan masalah ini!

“Assalamualaikum...” aku menyapa sebaik sahaja aku menghampiri mereka berdua. Alisya kelihatan tergamam. Sofia hanya tersenyum. Aku membalas senyum Sofia dan memberi isyarat yang dia boleh pergi, meninggalkan aku berdua dengan Alisya. Alisya kelihatan tidak selesa, kaca mata hitam yang dia pegang, diambil dan pakai. Sekejap-sekejap dia betulkan selendang yang dipakainya. Aku hanya memerhati tingkahnya.

“Kenapa awak datang sini?” Aku memulakan soal jawab yang selama seminggu aku nantikan.

Nothing... Got to go…” Alisya cuba melarikan diri, lari dari dipersoalkan kedatangannya. Pantas aku memegang lengannya.

“Saya nak selesaikan segala-galanya hari ini Alisya. Saya masih hormat awak sebagai ibu kandung Asyaaf, saya harap awak beri kerjasama.” Aku cuba berdiplomasi dengannya. Alisya melepaskan keluhan kecil. Kaca mata hitamnya dibuka, dan dia mengangguk perlahan. Aku tersenyum.

Kami mengambil tempat dibangku hujung taman permainan yang bertentangan dengan tadika Asyaaf. Beberapa saat kami bagai melayani perasaan sendiri. Aku biarkan Alisya yang memulakan segala.

“I dah 5 bulan keluar dari penjara. I’ve learn so much thing there. I bersyukur yang I dipenjarakan. Kalau tidak I takkan pernah sedar yang selama ini terlalu banyak dosa I dah buat.” Alisya mulakan bicaranya. Sekejap-sekejap dia berhenti dan kemudian menyambung kisahnya. Aku setia mendengar ceritanya tanpa mencelah.

“I datang jumpa Asyaaf bukan untuk mengambil dia dari you dan Haikal. I tak mampu jadi ibu yang baik untuk Asyaaf seperti you Zulaikha dan tak mungkin I akan dapat carikan ayah terbaik untuk Asyaaf seperti Haikal. Korang berdua terlalu baik untuk dibanding dengan I atau siapa sahaja. I bersyukur sangat-sangat pada Allah, sebab Dia berikan Asyaaf ibu bapa yang terbaik.” Alisya mengesat hujung matanya. Aku mencapai tangannya, aku genggam erat, aku cuba memberikannya kekuatan. Mungkin benar dia sudah berubah. Tak lama, Alisya menolak tanganku.

“Jangan sentuh I!” Aku tergamam. Benarkah dia berubah atau dia hanya berpura-pura?

“I ada HIV Zulaikha, I kotor...” ujarnya lagi. Aku terkejut. SubhanaAllah, besarnya balasanMu kepada dia.

“I tak tahu bila I akan pergi. Sebab tu I datang sini, sebelum I pejam mata untuk selama-lamanya, I nak tengok anak I yang I buang dulu. I nak dia kenal I biarpun bukan sebagai ibu dia. I nak ada orang yang doakan I bila I dah tiada nanti.” Telingaku menangkap esakan kecil Alisya. Mungkin dia sudah belajar daripada apa yang telah dia lakukan. Allah, sungguh kataMu.Yang baik Kau berikan terbaik yang buruk balasnya buruk.

“I mintak maaf Zulaikha. I pisahkan you dari Haikal dulu. I mintak maaf. I’m really sorry.” Esakannya kian deras. Aku capai tangannya dan genggam erat. Aku siapa untuk tidak memaafkan dia?

“Saya manusia biasa Alisya. Tiada dendam untuk awak. Lagipun saya dah lupa segala perkara lama. Yang ada sekarang, saya teruskan kehidupan saya dan keluarga dengan sebaiknya.” Alisya masih dengan tangisnya.
“I janji Zulaikha, lepas hari ini I takkan ganggu you dan keluarga you lagi. I janji, I akan pergi jauh.” Alisya menggenggam erat tanganku seolah memberi erti yang dia memang maksudkannya. Aku hanya mengangguk perlahan.

“Tapi saya tak kejam untuk memisahkan hubungan awak dengan Asyaaf. Saya tahu, mungkin secara undang-undang awak tiada hak, tapi awak tetap ibu Asyaaf. Sampai bila-bila tiada siapa yang boleh menafikannya.” Alisya mengangguk, air mata dikesatnya.

“I tahu. Tapi I nak Asyaaf tahu, yang ibunya adalah Zulaikha Azra dan ayahnya adalah Haikal Hazimi. Bukan I. I tak nak Asyaaf malu dan terseksa nanti. Bolehkan Zulaikha?” Aku memandang wajah penuh mengharap Alisya. Apa lagi yang dapat aku katakan? Aku mengangguk perlahan.

“Lusa I akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. I nak habiskan sisa hayat I di sana. Mungkin di tempat suci dosa-dosa I selama ini akan diampunkan…” Sayu sahaja kata-kata Alisya.

“Allah itu Maha Pengampun. Maha Pengasih. Keampunan Allah itu luas. Seberat mana dosa kita, pasti Allah akan ampunkan, andai kita bertaubat dan mohon kepadaNya. Teruskan berdoa dan dekatkan diri pada Dia. InsyaAllah…” Aku sekadar memberi sedikit kelegaan pada hatinya yang walang.

“InsyaAllah. Moga I pergi dalam keadaan bersih. I harap sangat… tapi...”Aku memandangnya, tapi? Apa lagi yang digusarkannya?

                        “Tapi apa Alisya? Apa yang awak takutkan?”

                        “Boleh you tolong I?”

                        “Andai saya mampu, saya akan tolong. InsyaAllah.”

“Sampaikan salam I pada Haikal, dan sampaikan pada dia yang I mohon kemaafan daripada dia. Sampaikan surat ini kepada dia bila tiba masa yang sesuai…” Alisya keluarkan satu sampul kecil dari begnya.Aku ambil dan memandangnya.

                        “Apa ni?”

“I nak mintak maaf dari dia, dan dalam surat tu I nyatakan segala dosa dan silap I pada Haikal. I nak pergi dalam keadaan bersih dari dosa Zulaikha, hanya itu impian I.” Aku mengangguk tanda mengerti. Beratnya beban yang ditanggungnya, inilah balasan dunia dia, mungkin. Aku bukan siapa untuk mengatakannya. Aku hanya mengambil iktibar daripadanya.

“Dan satu lagi… boleh you sampaikan salam kemaafan I kepada Asyaaf. Bila Asyaaf sudah cukup matang dan dewasa, katakan pada dia, I minta maaf kerana tidak pernah menyusukan dia.” Alisya mengesatkan lagi air matanya, dibetulkan selendang di kepala dan kembali memakai kaca mata hitam, lalu dia bangkit dari duduk.

“I dah lakukan segala yang I inginkan sebelum I berangkat ke Mekah. Terima kasih Zulaikha kerana memaafkan I. You terlalu baik, dan Haikal memang bertuah memiliki you. Asyaaf… Asyaaf sangat bertuah ada you dan Haikal. I boleh pergi dengan tenang selepas ni…” Aku turut berdiri dan bertentangan dengannya. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

“Saya yang bertuah kerana bersuamikan Haikal dan ada anak seperti Asyaaf. Mereka berdua permata hati saya. Alisya…” Aku capai tangannya.

“Ajal maut, jodoh pertemuan, semua ditangan Allah… mungkin awak boleh sembuh, siapa tahu. Teruskan berdoa, pasti ada jalannya.” Alisya tersenyum dan mengangguk.

“I redha Zulaikha. Inilah balasan Allah pada I. Biarpun tak sembuh. I tetap bersyukur. Kalau tidak kerana sakit ini, I mungkin masih hanyut entah ke mana-mana. I bersyukur.” Manisnya hidayah Allah. Jika dulu dia manusia paling kejam dan penuh dosa. Kini dia manusia di bawah lembayung cinta Allah. Itulah aturan Allah. Allah berikan dia masa dan kesedaran untuk berubah dan kembali ke jalan yang benar. Kita? Kita belum tahu pengakhiran kehidupan kita.

Sepuluh minit sebelum Asyaaf habis kelas, Alisya sudah pulang. Alisya kelihatan lebih tenang, mungkin kerana niatnya untuk bertemu Asyaaf sudah tercapai dan untuk memohon maaf daripadaku sudah lunas. Hati mana lagi tidak tenang? Haikal… Bagaimana caranya untuk aku menyampaikan hal ini? Mungkin Allah ada caranya… Allahuakbar.

Malam itu, aku sediakan makanan yang istimewa buat Haikal dan Asyaaf. Semua makanan kegemaran mereka berdua aku sediakan. Orang akan kata macam ada udang yang sembunyi di balik batu, ya! Memang pun. Semua ini untuk memujuk kembali hati suami tersayangku, Haikal. Pujuk suami dengan merasuah perutnya, berjaya ke tidak? Nak mengurat suami kena mengurat anak dia dulu, boleh macam tu? Entahlah, aku hanya mencuba!


Jam sudah menghala ke angka 10. Ke mana Haikal, selewat ini belum lagi pulang. Asyaaf dan aku sedari tadi menunggu dia untuk sama-sama makan malam. Aku resah, hati ini seakan berlagu rentak yang tidak biasa aku dengarkan. Asyaaf setia menunggu ayahnya sehingga terlelap. Nombor Haikal telah beberapa kali aku dail, namun gagal mendapatkannya. Ya Allah, jangan biarkan sesuatu yang buruk berlaku kepada suamiku. Asyaaf di ribaan aku tepuk perlahan. Televisyen yang menayang drama kegemaranku juga tidak aku hiraukan, sebaliknya wajah jam dinding menjadi tatapan mataku acapkali. Resah! Mataku terasa berat yang amat, entah bila saatnya, aku hanyut dalam kegelapan kantukku.

Silauan cahaya mengganggu lenaku. Terasa malas hendak membuka mata, namun tersedar akan sesuatu, terus aku bangun dari pembaringan. Seingat aku, malam tadi aku menunggu Haikal di ruang tamu, macam mana pula aku boleh ada dekat dalam bilik? Hatiku menjengah segala persoalan yang mungkin. Haikal yang angkat? Kuatnya suami aku, berat badan aku sudah meningkat dua kali ganda ni pun mampu dia dukung. Tersenyum terukir dibibir tapi tak lama. Haikal balik pukul berapa? Mana dia? Sekali lagi aku bersoal sendiri. Pandanganku toleh ke sisi katil. Keadaan katil macam aku seorang aje yang tidur kat sini, detik hatiku sendiri. Pintu bilik dikuak dari luar, Haikal dan bantal?
                        “Abang tidur mana.” pantas sahaja aku menyoal.

“Dengan Asyaaf…” ujar Haikal endah tak endah, bantal yang dikelek diletakkan di atas katil. Tuala diambil dan terus melangkah ke bilik air.

“Tiba-tiba aje tidur dengan Asyaaf?” entah kenapa aku menyoal sedemikian. Langkah Haikal terhenti, pandangan yang tajam terus sahaja menikam wajahku.

When did that I can’t sleep with my son?” Alamak! Haikal dah meletus. Salah ke soalan aku tu?

“I’m just asking, don’t be mad. I know you are still mad at me. I’m not doing all this without a purpose. I’m doing all this because I love you, and I love Asyaaf.” Aku menjadi sedikit emosi. Benar, aku terguris dengan rajuknya. Betul, aku tahu aku salah. Tapi aku tak tahu bagaimana lagi caranya untuk memberitahu Haikal tentang Alisya.

If you love me, then why are you lying? And why you kept Alisya as your secret? Who am I to you?” Haikal lantang memarahi aku. Aku terkedu dengan air mata yang setia mengalir, dia tahu? Aku gerak perlahan-lahan menuruni katil. Perut yang terasa sedikit tidak selesa aku pegang, kejap. Aku menghampiri Haikal yang masih tajam memandangku. Aku cuba gapai tangannya, tapi ditepis. Aku pejam mata erat.

“Bukan Zu sengaja, tapi Zu nak selesaikannya sendiri. Zu tak nak B jumpa dengan Alisya. Zu takut…” belum sempat aku menghabiskan kata alasanku, Haikal memotong dengan sinis.

“Kenapa? Takut B pukul dia sampai mati?” Ah! Haikal ini sangat menguji hatiku. Sejak aku menipu dia kebelakangan ini, suhu amarahnya bagai sudah mencapai takat didih lahar gunung berapi! Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Perut ini makin terasa sakit.

                        “Bukan!” bantah ku.

“Kalau bukan, habis tu kenapa sembunyikan perkara tu?” aku memandang Haikal, mencari matanya, biar aku bongkar rahsia hatiku. Sejauh mana dia cintakan aku, dia perlu tahu, aku masih punya sifat cemburu, aku masih ragu-ragu! Baru sahaja mahu membuka mulut, perutku terasa sangat perit. Aku menunduk memegang perut. Allah! Kenapa dengan bayi-bayiku? Haikal hanya mendengus.

“Hah... Ni kenapa pulak? Berlakon lagi? Berlakon senak perut sebab tak tahu nak bagi alasan apa dah?” Haikal mendengus, dan terus berlalu ke bilik air. Aku yang kesakitan hanya mampu mengalirkan air mata. Inikah balasan derhaka kepada suami? Abang, maafkan Zu.

Air paip dari bilik air menunjukkan Haikal sedang mandi. Mungkin dia benar-benar fikir aku hanya berlakon. Aku gagahkan diri untuk bangun, tapi tidak berdaya. Aku terjatuh lagi. Jatuhan itu menyebabkan kesakitan semakin terasa. Aku mengesot ke meja kecil di tepi katil, ingin mengambil ubat penahan sakit yang ada. Belum sempat terus mengesot, aku terasa ada lendir basah di kaki. Aku pandang ke bawah. Allah! Darah… Otakku belum sempat untuk mentafsir apa-apa, duniaku menjadi gelap gelita.


++++++++++++++
jeng-jeng-jeng
^^
enjoy reading
much love readers!

9 comments:

blinkalltheday said...

ABC cepat la sambung, dah x sabar nk baca lagi nih.

Maya Dhira said...

alaaaaaaaaaaaaaaaaa

akubersamaCahya said...

sepatutnya kata... abc cepat post.. dh lama peram kut..

^^ orait... tapi bagi la debar2 dulu... hek3

aju said...

ye betul tu...cepat2 la post.

Unknown said...

Ala...baru je nak berdebar dah sambung. Terencat sekejap. Tak sabar nak tahu apa jadi.

Anonymous said...

debar yang tersgt debar dah ni...ha,cpt la post..hehe..=)

akubersamaCahya said...

ala.. lambat2 sket takleh?? ^^

nae nematoda said...

alaaa , sambung la...x lena nk tdor la klaw camni...hahaha , x sabar dh... mmg best :)

Anonymous said...

sis..
please..
smbg cpt ek..
nk sngt tau nih..
hehe ^^
~syu~

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders