Friday, February 25, 2011

love is forever- 12

LOVE IS FOREVER

Kami pulang ke Johor keesokan harinya, di awal pagi, aku ada kuliah yang perlu aku hadiri esoknya. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Kata-kata dan sindiran Mak Long masih terngiang-ngiang ditelinga. Haikal menggenggam tanganku, matanya masih fokus kepada pemanduan. Genggaman tangannya itu seolah memberi kekuatan kepada aku. Aku membalas, dengan mengeratkan genggaman tangan. Aku sangat perlukan dia ketika ini, dan dia ada. Dibawa tanganku ke bibirnya, ciuman hangat dihadiahkan kepadaku. Hatiku terus berdoa. Moga kami terus begini selamanya. Aku terlalu mencintai dia, sejak dulu dan kini cinta itu kian mekar dan utuh dijiwaku. Perjalanan 6 jam terasa begitu panjang, kerana kami berdua hanya melayan perasaan masing-masing. Selepas kami singgah makan tengah hari, barulah Haikal menghantarku ke kolej kediaman. Perpisahan akan berlaku. Hatiku terasa amat sayu. Seminggu bersama dia membuat aku bahagia. Ya, aku pasti merinduinya, pasti!

Haikal mengeluarkan bagasiku daripada belakang kereta. Aku cuma memerhatikan dia, tidak sanggup untuk berpisah rasanya. Keluhan Haikal kedengaran. Senyuman manis tetapi sayu dia hadiahkan kepadaku. Aku menyambutnya dengan senyuman tawar. Entah kenapa laju kakiku melangkah mendekati dia, dan terus memeluknya. Haikal tergamam sebentar dengan reaksi drastikku, lalu terus mengeratkan pelukan.

” Abang, mesti rindukan bantal peluk abang malam ni..” guraunya. Aku ketawa kecil. Aku bahagia. Tersangat bahagia. Setelah lama berkeadaan begitu. Aku leraikan pelukan. Malu juga kalau ada yang mengintai. Tanganku tetap digenggam, erat.

” Nanti abang pindah ke Johor eh, kita duduk serumah..” ujarnya. Aku tersenyum. Beria-ria dia ni.

” sabar la, tak lama dah.. biar Zu habis belajar dulu ye.” aku menolak lembut cadangan baik Haikal. Bukan tidak mahu serumah. Aku masih belajar, muda lagi. Aku masih tak boleh hendak bahagia masa kalau duduk luar kampus. Lagipun mesti susah kalau ada tugasan berkumpulan. Jawapan aku mengundang riak sedih diwajahnya walaupun dia bersetuju. Aku menyalami tangannya, masa untuk berpisah sementara. Dahiku dikucup lembut. Haikal akan terus pulang ke Kuala Lumpur malam ini. Keretanya bergerak perlahan keluar dari kawasan kolej. Aku melambai perlahan. Seminggu bersamanya seakan tidak cukup. Aku masih punya tanggungjawab sendiri. Begitu jua dengan Haikal. Perpisahan ini akan membuah rindu, memekarkan dan menyegarkan cinta kami. Mudah-mudahan.

++++++++

Kehidupan sebagai pelajar aku jalani seperti biasa, tugasan yang tertinggal selama seminggu aku kejar semampu boleh. Nota kuliah aku salin daripada Ayuni. Usikan Ayuni aku biarkan sahaja. Malu! Namun keindahan dan bahagia itu aku akui. SMS menjadi alat perhubung aku dan Haikal. Tiap malam Haikal akan menelefon aku, tiap malam juga Haikal akan mendodoikan tidur aku, al-maklum jadi pelajar ni agak memenatkan.

Hari-hari berlalu dengan terlalu pantas. Rindu dan cinta sentiasa menjadi perkara wajib hidup aku sepanjang menjadi pelajar. Kepada siapa lagi kalau bukan suami tersayang. Setiap hari aku menerima mesej cinta. Setiap hari aku mendapat panggilan rindu. Cinta kami cinta jarak jauh. Walaupun hampir setiap minggu Haikal akan datang ke Johor semata-mata hendak bertemu denganku. Aku bahagia. Tersangat bahagia. Tapi menjengah juga ke dasar hati ini rasa curiga, sampai bila? Adakah bahagia ini untuk selamanya?

+++++++

Namun keindahan dan kebahagian yang disangka berpanjangan rupa-rupanya penuh ranjau berduri. Aku sungguh tidak menyangka Haikal sanggup menodai rasa cinta aku padanya. Aku sungguh kecewa! Apa salah aku pada dia? Apa lagi yang dimahukan dia? Cinta? Apa makna cinta pada dia, sungguh aku kecewa! Persoalan-persoalan ini tidak pernah terjawab hingga kini. Kejadian yang melukai hati dan cinta aku itu berlaku terlalu pantas diakhir semester aku di UTM. Tak sangka, rasa hati aku selama ini benar belaka. Panggilan rindu setiap hari berkurang masa demi masa. Hari demi hari. Jika dulu sentiasa ada mesej cinta, tapi makin lama makin hilang, hilang bagai tiada khabar. Kadang seminggu lamanya.

Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Suatu malam Haikal menghantar mesej cinta rindunya. Aku tersenyum namun sementara. Mesej itu bukan untuk aku. Kata cinta dan rindu dalam mesej itu bukan untuk aku. Ia adalah untuk Alisya Farha, bekas tunangannya dulu. Hatiku dicarik rasa cemburu. Dihambat rasa kecewa. Namun kerana cinta, aku biarkan sahaja, mungkin Haikal sekadar menguji cintaku. Hal ini ku biar hingga aku lupa dan harap itu hanya mimpi saat mata terbuka.

Dua bulan kemudian, aku dihantar oleh Fakulti Pendidikan untuk ke Seminar Kerjaya di KLCC. Mungkin sudah takdir, sewaktu makan malam di sana, aku dapat melihat jelas, kemesraan dua merpati sejoli yang sedang menjamu selera di restoran yang sama. Air mataku mengalir laju tatkala melihat si gadis tanpa segan silu mencium mesra pipi si teruna. Lagak si teruna bagai sungguh bahagia berada disamping si gadis cantik jelita di tambah hadiah yang cukup istimewa. Tanpa sedar, laju kaki ini mengorak langkah ke arah pasangan bahagia itu. Si gadis aku tarik daripada pelukan si teruna, dan pipi si teruna menjadi habuan tamparanku.

” Zu... Zulaikha...” ucap Haikal gagap sambil memegang pipinya.

” Hah! Ini Zulaikha.. Zulaikha Azra! Sampai hati abang buat Zu macam ni, Zu percayakan abang, Zu sayang abang.. tapi apa semua ni.. apa!” jerkahku, air mata sedari tadi merembes laju. Seolah menjadi teman aku kala ini. Makin ku sapu makin laju linangannya.

”Zu.. Abang boleh jelaskan.. abang..”

” Jelas apa! Apa lagi yang nak dijelaskan?! Semua dah jelas Haikal, sangat jelas!” jawabku tegas penuh amarah yang tidak lagi mampu ku tahan. Hati ini pedih. Tak ku biar Haikal menghabiskan kata-katanya.

” Zu.. apa yang Zu nampak, apa yang Zu lihat, bukan sebenarnya sayang..”

” Sayang? Ini awak kata sayang? Sudahlah Haikal, aku bodoh percaya dengan kau dulu. Sebab sayangkan kau, aku pertaruh zaman remaja aku semata-mata untuk selamatkan maruah kau. Kenapalah aku bodoh peercaya jantan macam kau ni.”

” Zulaikha!” tengking Haikal, marah dek kekasaran bahasa yang aku gunakan, aku bukan aku saat itu. Yang ada hanyalah hati yang hancur. Segala hormat aku pada dia, hilang sekelip mata. Saat Alisya kembali memaut lengan Haikal, aku berundur. Namun sempat juga aku meminta pada Haikal, jika selama ini, semua ini hanyalah permainan darinya, berikanlah aku kebebasan. Tika itu barulah dia aku maafkan.

++++++++

Berita ini akhirnya sampai juga ke telinga orang tua kami. Ibu dan ayah sudah habis kata untuk menasihatkan aku. Kata mereka hubungan kami masih boleh diselamatkan. Yang menyentuh hatiku ialah pabila ummi dan baba sanggup turun dari jauh untuk memujuk aku. Ummi menangis semahunya meminta aku memaafkan Haikal. Menurut khabar dari Baba, keadaan Haikal sudah tidak seperti dulu, sudah tidak terurus dan sering berkurung di bilik jika tidak ke pejabat. Boleh dikatakan sebahagian besar masanya kini adalah dipejabat. Entah kenapa, hatiku seakan beku. Tiada lagi air mata untuk aku menangis, kering, seolah-olah kering nya hati aku untuk dia.

2 comments:

Farah Hanim said...

setelah sekian lama menunggu ~ :D

akubersamaCahya said...

adik.. ala.. dah banyak episod pun.. tak tgk eh penulisan2u?? hehehe.. takpe pasni akak post kat blog aje