Monday, August 30, 2010

love is forever~ 02


Alhamdulillah dapat jua aku menjejakkan kaki ke menara gading. Impian pertamaku telahpun tercapai.. alhamdulillah syukur pada Allah… Universiti Teknologi Malaysia terima kedatanganku, moga lebih banyak kejayaan yang bakal ku perolehi.. amin… walaupun banyak yang menduga sepanjang aku belajar dahulu…

Aku selamat diijabkabulkan dengan Muhd Haikal Hazimi bin Muhd Anuar, seminggu selepas kedatangannya ke rumahku. Ibu dan ayah akur dengan rayuan keluarga Abang Haikal. Abang Haikal telahpun berjanji untuk membenarkan aku mencapai segala cita-citaku. Aku sepatutnya rasa bahagia, namun entah mengapa hatiku begitu sayu, mungkin kerna aku pernah kecewa terhadapnya. Aku redha.. aku hanya mengikut ceritera yang telah tertulis buat ku. Aku terima seadanya.

“ Woi cik kak, hang berangan pa?” sergah yuni teman bilikku, tersentak aku dari lamunan panjang..

“ Hang ni. Mana ada pa… saja rindu kat mak aku la..” bohongku, buku yang sedari tadi di hadapanku ku selak.

“ rindu mak?? Ke rindu suami hang tu??” sengaja yuni mengusik hatiku.. Dialah tempat aku meluah segala suka duka ku. Dia juga satu-satunya teman yang tahu aku sudah bersuami seawal usia ku kini.

“ ye tak ye juga kan… aku dah ada suami..” gurauku pada yuni.. yuni yang geram dengan tingkahku mencampakkan bantal ke arahku, aku hanya mampu ketawa dengan tingkahnya. Di fikir-fikirkan sudah hampir satu semester aku di Universiti namun, selama itu juga aku tidak pernah menghubungi Abang Haikal walaupun sekejap. Bukan aku lupa atau terlupa. Aku sengaja, aku takut untuk jatuh cinta padanya. Aku sebenarnya masih ragu-ragu dengan perkahwinanku. Aku tidak pasti samada dia ikhlas mengambilku sebagai isterinya atau tidak.

“ Baiklah Puan Zulaikha, Cik Ayuni nak keluar kejapnya, banyak lagi nak kena selesaikan..” ujar yuni menghentikan tawaku yang masih bersisa.

“ Ok Cik Yuni!” sengaja aku tekankan perkataan Cik, aku tahu dia menyindirku..

Aku tidak suka ditinggalkan sendirian, pasti aku akan mengenangkan insan yang telah menjadi teman hidupku… belum sempat aku mengumpul angan-angan, telefon bimbit ku berdering, lantas ku menjawab panggilan yang ku tak ketahui pemanggilnya, nombornya tiada dalam simpananku…

“ Helo….”
“Assalamualaikum… sayang…?”
“siapa??’ ujarku agak hairan si pemanggil itu memanggilku dengan panggilan sayang…
“ ni Haikal la..” jawabnya sambil ketawa kecil
“ oh, abang Haikal.. zu takde nombor abang, sorry..” jawabku ikhlas
‘ takpe… erm… zu sihat?”
“Alhamdulillah… abang?” ujarku kembali
‘sihat juga… zu..” ujarnya seakan ada suatu yang ingin disoalnya
“ ye.. kenapa?”
“ dekat mana sekarang?” hatiku berdegup kencang.. aku tidak pernah memberitahu padanya yang aku telah pun menyambung pengajian di Universiti
“zu.. dekat UTM…” jawabku gugup
“kenapa abang tak tahu?” soalnya lagi
“Zu tak sempat nak cakap…” jawabku berdalih
“ abang rasa dah lima bulan Zu kat UTM kan.. takkan tak sempat nak cakap lagi..” ujarnya menjeratku
“ perlu ke zu cakap?” ujarku geram, dia sengaja mencari marahku
“ abangkan suami Zu… abg kena tahu” suaranya lagi, aku dihempap rasa geram dan marah..
“ sekarang abang dah tahu kan… so apa lagi… nak Zu cakap juga? Ok.. abang, Zu dekat UTM Skudai, ambil jurusan Pendidikan.. puas??” jawabku geram.
“ apa ni sayang…? Abang cakap elok-elokkan…”
“Stop calling me ‘sayang’” jawabku lalu terus mematikan talian.. aku sendiri tak mengerti mengapa aku perlu memarahi dia, dia tak bersalah, dia hanya bertanya.. aku dihambat rasa tertekan lagi.

Telefonku berdering lagi. Aku ragu-ragu untuk menjawabnya. Aku tertekan setiap kali aku mendengar nama Haikal apatah lagi suaranya. Aku sebenarnya tak tertahan menanggung rasa rindu padanya. Cinta yang telah lama berputik dulu kini telah kembali mekar dalam hatiku. Cuma aku malu untuk mengakuinya, kerna aku tahu cintanya bukan milikku. Selepas seminggu aku bergelar isteri kepada Muhd Haikal, aku tidak sengaja mendengar perbualan telefonnya, tidak tahu siapa tapi yang pasti ia nya dari seorang wanita. Haikal mengatakan rasa rindu dan cintanya pada si pemanggil, kala itu hati ini seakan-akan hancur. Apa makna perkahwinan kami ini pada dia? Sehingga kini persoalan itu tak lagi terjawab. Di sebabkan hal itu aku kini memendam rasa, aku ragu dengan tiap kata-katanya.

Telefon ini masih berdering, entah untuk yang ke berapa kali. Aku membiarkan sahaja. Aku tak mahu hati aku dipermainkan oleh seorang lelaki yang telah sah menjadi suami kepadaku. Deringan telah berhenti, lalu ku matikan terus telefonku biar tiada yang menggangguku saat ini. Aku perlukan suatu ketenangan.

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders