Tuesday, March 8, 2011

love is forever 15

LOVE IS FOREVER

Sudah sebulan aku di US. Keadaan di sini seperti tidak sesuai dengan aku. Walaupun baru sebulan lebih aku di sini, aku masih belum dapat menyesuaikan diri dengan baik. Cuaca yang tidak sama seperti di Malaysia, membuatkan aku selalu sahaja demam dan sakit-sakit. Along kata bukan cuaca yang membuat aku sakit tapi sebab hati aku yang masih rawan. Ah! Pedulikan. Aku sudah cuba dan rasa penat terus mencuba, membuang dia dari hatiku. Bagaimana? Haikal cinta pertama. Haikal cinta remaja! Hanya dia yang sentiasa bertakhta dihati kecil ini. Aku nyatakan cinta pada angin lalu, moga disampaikan pada dia yang aku cinta. Aku nyatakan rinduku pada dunia moga hati ini takkan pernah rasa sayu pabila aku terlalu merindui dirinya. Aku resah dalam cinta yang aku cipta. Aku kecewa dengan cinta yang aku dambakan. Bagaimana? Seawal usia muda, aku belajar semua. Terlalu pantas untuk hati ini menerima. Air mata seringkali menjadi teman setia. Bagaimana? Kuatkah aku mengatasi segala-galanya? Sesungguhnya, aku sedar, takkan pernah Allah menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka. Aku redha. Hanya kerna aku manusia biasa, aku tetap merasa kecewa.

Seminggu sebelum berangkat ke US, aku kembali ke Johor. Entah kenapa, hati ini tertarik untuk ke sana. Mungkin jua ingin mengimbau saat bahagia aku dengan dia. Mengingati buat kali terakhir sebelum semua kenangan itu aku kuburkan dalam jiwa yang paling dalam. Indah! Ya, indah waktu itu. Kami bercinta dan bahagia. Berbagai impian yang kami rencanakan untuk masa depan. Yang pentingnya, kami mahu dekat bersama. Ke mana sahaja asalkan ada dia, dan pastinya ada aku. Namun, kita manusia, hanya mampu merancang, DIA jua yang menentukan. Aku redha. Kenangan itu tersemat kemas, teguh tak pernah tersisir jauh daripada kotak minda.

“ Zu.. sayang abang..” ujarku sewaktu kami berehat di jeti Danga Bay suatu malam dahulu. Lengannya erat aku peluk. Haikal memandang wajahku sambil tersenyum penuh cinta. Penuh bahagia. Dikemaskan bahagian depan tudungku yang ditiup angin.

“ abang lagi sayang dekat Zu.. tersangat-sangat sayang.. ” digenggam erat tanganku.

“ Zu takut.. Zu takut hilang abang.. Zu bukan cinta pertama abang.. Zu..” belum sempat aku menghabiskan kata-kata, tangannya pantas menekup bibirku lembut. Dia menggeleng-geleng kepala sambil memandang aku penuh kasih sayang.

“ Zu memang bukan cinta pertama abang, tapi Zu cinta terakhir abang.. Jangan terlalu memikir masa depan, yang kita sendiri tak pernah tahu laluannya. Yang kita mampu sekarang... doa.. moga Allah merahmati hubungan cinta kita. Cintakan abang kerana Allah sayang...” Pujukan itu menusuk terus ke kalbuku. Air mata ini mengalir, bukan kerana sedih bukan kerana duka, tapi kerana bahagia yang tercipta. Hati kecilku terus berdoa, dan meminta.. Andai cinta ini, cinta yang Kau hadirkan untuk aku di dunia pinjamanMu ini, restuilah Ya Allah. Rahmatilah kami Ya Allah. Moga cinta kami terjalin dan kekal kerana CintaMU Ya Rabb.. Moga cinta kami cinta syurgawi.

Mengenang cinta itu, hati ini pedih, menangis penuh pilu, penuh sendu. Air mata ini tak bisa aku tahan lagi. Menangislah hati! Menangisi lah jiwa-jiwa luka. Aku perlu usir segala rasa. Aku perlu hapuskan segala duka, resah nestapa. Dibangku ini, cinta aku mekar dan mekar untuk Haikal. Dibangku ini kami mencipta sepenuh kepercayaan. Dan kini, dibangku ini aku menangis penuh kepiluan. Aku teresak penuh kekecewaan. Hati ini begitu pedih menerima hakikat cinta yang tidak kesampaian. Ya Allah, aku terlalu menyayangi dia. Aku terlalu menyintai dia. Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah. Kalaulah dia bukan cinta yang kau hadirkan untuk temani aku didunia ini, bantulah aku yang penuh duka ini, bantulah aku melupakan dia. Tak sanggup rasa terus dalam kecewa. Kuatkan aku! Kuatkan lah aku Ya Allah...

Ayuni datang memberikan kekuatan. Memeluk aku, menemani aku menangisi hati yang penuh terluka. Ayuni tahu segala cerita. Segala lara di jiwa.

“ Jangan menangis lagi Zu.. sabar.. ini semua ujian Allah.. mungkin ada hikmah..” pujuk Ayuni. Semenjak kejadian di Kuala Lumpur yang membawa kepada nasib aku kini, Ayuni tidak pernah putus memujuk dan memberi semangat kepadaku.

“ Ingat lagi tak kau pernah berpuitis untuk aku?, masa aku menangis sebab si Imran tak telefon aku…” soal Ayuni dalam esakan bersisa. Aku ketawa kecil, walaupun air mata masih setia berlinang. Masakan aku lupa.

“ Duhai hati yang mencinta. Usah kau tangis dia yang membuat kau kecewa. Usah kau rindu dia yang buat kau berduka. Tapi kenanglah sewaktu kau dan dia berkongsi satu rasa. Saat kau dan dia sedang bergelak ketawa. Saat kau dan dia bahagia. Tidakkah hatimu kembali berbunga?” aku masih ingat kata-kata yang aku ucapkan pada Ayuni, semasa dia tidak tentu arah kerana kehilangan Imran, kekasih hatinya selama seminggu. Salah Ayuni juga, dia yang lupa Imran ke luar daerah atas urusan kerja. Kelakar waktu itu. Sejurus ayat itu aku ucapkan, Ayuni memeluk erat aku. Dia mengangguk setuju. Aku hanya mampu ketawa. Dan kini, giliran aku. Benar, kenapa perlu aku menangisi segala duka itu? Aku lupa akan kata-kata aku sendiri.

Nafas berat ku lepas. Aku sapu air mata yang mengalir. Ya! Aku perlu kuat. Aku akan pergi jauh, aku akan lupakan Haikal. Biarpun cinta untuk dia bersisa dan kekal untuk selamanya. Aku mesti melupakan kepedihan dan kekecewaan ini. Aku tahu aku mampu.

+++++

Pembelajaran aku di sini masih lagi dalam keadaan untuk membiasakan. Namun begitu, alhamdulillah, aku tidak lagi tertinggal di belakang atau ditinggalkan. Aku boleh belajar dengan baik. Kebanyakkan kelas aku adalah pada waktu petang dan malam. Semua ini adalah kerana memberi peluang dan masa yang sesuai untuk pelajar –pelajar yang membuat part time. Aku perlu skor dalam setiap semester, aku inginkan keputusan yang cemerlang. Dan semester ini, aku mahu mencuba untuk memohon menjadi graduate assistant. Sekurang-kurangnya dapat juga aku duit poket, ramai senior aku yang menjadi graduate assistant dan dapat wang poket USD5000 setiap semester. Pulangan yang agak lumayan dan aku juga boleh menimba pengalaman ditempat orang. Aku teringin juga jalan ke merata tempat menarik di sini. Alang-alang sudah sampai, biarlah segenap pelosok aku pergi.

Hati ini seolah-olah sudah bisa melupakan. Aku terasa aku sudah kuat. Setiap kali aku teringat akan dia aku akan cuba menyibukkan masaku dengan buku dan kawan-kawan. Tapi aku tetap diduga. Dibalik kerianganku ada duka, dibalik ceria ku ada lara, selepas setahun tiada khabar berita dari Malaysia mengenai Haikal, Angah membawa berita duka. Mungkin mereka fikir aku sudah boleh menerima segala berita. Berita itu mengejutkan aku, malah hati ini bagai ditoreh dengan pisau yang tajam. Baru aku sedar, aku sentiasa berharap kehadiran dia buat kali kedua.

…. Haikal dah kawen dengan Alisya bulan lepas, adik dah tau ke? Angah dapat tau pun, baru minggu lepas, masa jumpa Baba dekat KL.. Adik bila lagi?.. hehehe..

Emel dari Angah petang ini, menyisir laju kebahagian yang baru aku bina. Angah mungkin tidak sedar aku masih berduka. Mungkin Angah mahu aku teruskan hidup seperti biasa. Aku tak bentah! Aku masih tertanya-tanya, benarkah? Lantas aku cuba menghubungi Along walaupun kos panggilannya mahal. Aku mahu tahu cerita sebenar!

“ Ye.. Baba cakap bulan lepas Haikal dan Alisya kahwin. Dengar kata Alisya dah pun mengandung.. Along pun baru tau dari Angah, Adik jangan fikir ye.. yang lepas biar lepas.. ” ujar Along dengan penuh berhati-hati. Sepanjang aku diperantauan, Along menjadi yang paling rapat berbeza sewaktu di rumah dulu, aku lebih rapat dan akrab dengan Angah.

“ Dia tak tunggu Zu ye Along..” soalku bodoh! Aku teresak. Aku tak tahu kenapa. Aku terlalu sedih tika ini. Aku mengharap, dan sangat berharap untuk kembali bersama dia. Aku menyesal kerana terlalu ego pabila maaf dia pinta. Sekarang aku yang merana!!

“ Adik jangan jadi bodoh! Sampai bila nak menangis untuk dia? Adik sikit saja lagi nak capai impian adik selama ni.. Sudah-sudahlah menangis!” Along seakan hilang sabar dengan tingkahku. Menangis dan menangis pada dia yang tidak pernah peduli. Sayup kedengaran marah Along dicorong telefon. Aku menangisi segala rasa pilu. Aku sudah cuba melupa dia, tapi bukan untuk selama-lamanya. Aku tak endahkan ingatan tentang dia yang menerpa bukan untuk membenci dia, tetapi mengelak rindu bertamu dijiwa. Ya Allah, redhakanlah hati ini. Jika bukan jodohku, jauhkan hati ini daripada mencintai dia. Setelah doa itu hatiku bisikkan, duniaku menjadi gelap gelita... dunia.. penuh pancaroba, oh dunia.. penuh dengan duka.. dunia, penuh gelak ketawa.. oh dunia.. tidakkan pernah kau terduga.. aku ingin tinggalkan dunia yang penuh lara.. aku ingin tinggalkan dunia penuh ceritera duka.

1 comment:

Anonymous said...

sedih baca...

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders