Friday, February 24, 2012

Novel : Janji Terpateri 5







Beg tangan di bahu aku betulkan kedudukannya. Beg pakaian aku seret membontoti langkah Angah ke kereta. Minggu lalu, Angah terpaksa balik lebih awal daripada rancangannya kerana ada urusan dipejabatnya. Ibu tidak benarkan aku menaiki bas ke Kuala Lumpur, bimbang dengan diriku yang sarat mengandung. Tapi, kalau aku memandu kereta sendiri lagi bahaya kan? Ibu mana tak risaukan anak-anak. Nak suruh Angah balik kampung dan ambil aku, macam menyusahkan dia pula, nak tak nak aku kena naik bas jugak.

“Macam mana perjalanan? Letih?” Angah mula menyoal ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah Angah. Aku yang cuba menyelesakan kedudukan hanya mengangguk dan tersenyum.

“Angah mintak maaf la Mus, tak dapat nak balik jemput Mus kat kampung.” 

“Tak apa la Ngah. Tak jauh mana pun. Dah sampai pun, Alhamdulillah.” Angah turut tersenyum dan mengangguk.

“Kak Idah dah masak dah. Tunggu Mus sampai. Suka benar la dia, ada geng kat rumah.” Aku ketawa kecil. Jam ditangan aku pandang sekilas.

“Awalnya Kak Idah masak? Baru pukul 11.” Angah memandangku, memberi senyuman dan memandang kepada pemanduannya.

“She has something to tell you. Something surprise and dot dot dot” Angah ketawa besar. Aku menjungkit kening tanda tidak faham.

“Ni mesti ada apa-apa ni, semacam aje bunyi? Angah pun nampak ceria. Cerita la…” Gesaku. Ketawa angah buat aku lagi tertanya-tanya dan sangat curious!

“Eh… tunggu la. Kak Idah nak cakap sendiri.”

“Tak sabar nak tau…” Aku cuba memujuk Angah. Angah hanya mengeleng kepala dan ketawa kecil.

“Nope. Kita singgah ambil Haziq dulu ye. Lepas tu balik rumah and tahu berita gembira.” Aku hanya mencebik dan mengangguk. Tak sabar, macam dah boleh agak!

Sampainya kami di perkarangan Tadika Haziq, sekumpulan kanak-kanak kelihatan berpusu-pusu keluar daripada Tadika. Indah pandangan tika itu, melihat kanak-kanak kecil yang bersuka ria, senyuman sentiasa dibibir mereka. Tiada masalah yang perlu difikirkan, kalau ada pun mesti mudah mereka menyelesaikannya. Kanak-kanak, masih belum bisa mengerti yang betul dan salahnya, baik atau buruk. Terkadang aku terfikir juga, indahnya jika aku terus menjadi kanak-kanak, tak perlu aku lalui kepayahan ini. Kepayahan yang kadangnya aku terasa sukar untuk menghadapinya, namun Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka. Allah itu Maha Mengasihani. Kerana itu, aku masih kuat berdiri, masih mampu mengukir senyuman dibibir ini.

“Mak Lang berangan??” Cuitan kecil dipinggang menyedarkan aku daripada lamunan yang melalut. Jauh benar aku berfikir. Aku pandang wajah si kecil itu dan menghadiahkannya sebuah senyuman.

“Mak Lang berangan nak jadi budak tadika balik.” Angah hanya ketawa dengan jawapanku, tapi tidak Haziq, dia ternganga. Aku mengjungkitkan kening.

“Kenapa pandang Mak Lang pelik?”

“Haziq cuma terpikir, ada ke budak kecik perut besar macam Mak Lang” Haziq kemudian ketawa besar, berselang seli dengan Angah. Anak dengan bapak sama aje perangainya. Aku mengjengilkan mata dan terus menggeletek tubuh kecil itu, sehingga dia mengibarkan bendera putih. Haziq sangat petah, tersangat petah sampai orang selalu ingat dia sudah sekolah rendah sedangkan baru tadika!

++++++++++

“Angah cakap Kak Idah ada surprise nak bagitau dekat Mus. Apa dia akak?” Ujarku sewaktu aku dan Kak Idah sibuk mengemas dapur selepas makan tengahari. Gulai tempoyak resipi Ibu memang terbaik!
“Angah pun mesti excited tu, akak suruh dia diam-diam jangan bukak topik tentang surprise ni langsung.” Kak Idah menjawab dengan tawa kecil. Gembira benar wajahnya.

“Memang dia excited tapi tak cakap apa dia, apa akak, cepatlah, berdebar Mus tunggu ni…” Aku menggesa Kak Idah yang tak lekang dengan senyuman sedari tadi. Tak semena-mena, Kak Idah menarik tanganku dan meletakkannya di perutnya. Aku hanya memandang wajahnya dengan riak tidak mengerti.

“Are you pregnant akak?” Kak Idah mengangguk dengan senyuman yang kian melebar. Aku menutup mulut yang ternganga dengan kedua tanganku. Sungguh terkejut!

“Akak tunggu 5 tahun untuk anak kedua ni. Syukur sangat Mustika, ingat sorang aje anak akak.” Aku dan Kak Idah sudah berpelukkan. 

Miracle kan akak… dulu doktor kata akak dah tak boleh mengandung, siapa tahu kuasa Allah kan.” 

“Sangat miracle, it is because of you. Sebulan lepas akak balik dari jaga Mustika masa demam dulu, akak dapat berita gembira ni. Masa tu awal sangat nak bagitau, sekarang dah 2 bulan berani la sikit.” Aku mengerut dahi dengan penjelasan panjang lebar Kak Idah.

“Kenapa sebab Mus pulak?” Kak Idah ketawa.

“Mustika bagi hormon orang mengandung dekat akak.” Kak Idah terkekek ketawa dengan jawapannya sendiri. Aku mencebik.

“Kuat hormon Mus ye kak.” Kami berkongsi kegembiraan petang itu. Saling bertukar cerita kandungan masing-masing. Kak Idah tak berhenti tersenyum. Sekejap-kejap perutnya diusap. Walaupun belum nampak bentuknya, tapi perasaan itu sudah subur. Siapa yang pernah merasa, memang tahu perasaan setiap ibu yang merasai detik ini.

+++++++++++++++++++

Irham melabuh duduk di sofa. Tali leher dilonggarkannya sedikit. Tubuhnya disandar selesa. Mata dipejamnya rapat. Segala serabut kerja di pejabat di usir jauh, mahu melapangkan fikirannya seketika.

“Penat sangat ke jadik Engineer ni bang?” Persoalan Lisa menerjah ke dalam ketenangan yang cuba dibina oleh Irham. Irham membuka matanya kecil. Hanya anggukan yang dia berikan sebagai jawapan. Lisa mencebik. Laptop yang dibawanya diletakkan di atas meja kopi dan di ‘on’ kan.

“Abang dah add Kak Mustika dekat Facebook?” Soalan itu membuatkan Irham membuka matanya besar. Terus sahaja dia mengubah posisi duduknya daripada menyandar ke duduk tegak. 

“Lisa ada Facebook Kak Mustika?” Irham mula menemuramah Lisa yang duduk di atas permaidani.

“Ada, dah lama Lisa add Kak Mustika.” Lisa menjawab sambil tangan dan matanya ligat di depan laptop.

“Kak Mustika dekat KL sekarang, pergi rumah abang dia.” Ujar Lisa lagi tanpa disoal.

How do you know?” Irham menjungkit kening.

“Status update dia la… dah dua hari dekat KL. Lusa baru balik Kedah.”

“Amboi, sakan dia update status dekat Facebook?”

“Tak lah, lepas Lisa baca status dia semalam, Lisa chatting dengan Kak Mustika. So, dari situlah Lisa tau.” Ujar Lisa sambil menunjukkan isyarat jari ‘peace’ kepada Irham. Irham tersenyum dengan tingkah adik kesayangannya itu.

“Selalu chatting dengan Kak Mustika?” Lisa hanya mengangguk dengan soalan itu. Irham cuma tersenyum. Entah kenapa, hatinya terasa senang dengan jawapan Nuralisa. Irham bangun dari duduknya dan mula melangkah naik ke bilik. Beg bimbitnya di capai. Baru beberapa langkah, Lisa bertempik.

“Abang, malam ni makan luar jom.” Irham yang sudah di anak tangga, Cuma berkalih badan sedikit.

“Lepas maghrib ye.” Jawapan itu membuatkan Lisa terloncat gembira.

“Sayang abang lebih lah!” Tempik Lisa sekali lagi. Irham hanya tersenyum, tau-tau aje duit baru masuk!

Lisa masih ligat di depan laptop pinjamannya daripada Mama. Laju sahaja jari jemarinya menaip di ruangan mesej facebooknya.

Lisa: Malam ni jumpa nak akak?....
CahayaAmzar: Jumpa? Dekat mana?...
Lisa: Pekena sup belut nak?
CahayaAmzar: Erm… takmau ada abang Lisa.
Lisa: Mama je. Abang outstation ^^
CahayaAmzar: Yeke? Erm…
Lisa: Please…please…. Rindu dekat akak.
CahayaAmzar: Okey. Akak tanya angah akak nanti ye. Boleh kut. ;)
Lisa: Oke. Set!

Lisa tersenyum dan terloncat kali kedua. Tipu sunat, dengan niat yang baik, tak salah kan? Lisa monolog sendiri. Malam ini, segala risiko akan ditanggungnya. Alah, budak 11 tahun takkan teruk mana di marah, betul tak? Lisa tersenyum lagi.

+++++++++++++++++++

            Walaupun tempat makanan yang Lisa cadangkan itu agak jauh dari rumah Angah, mujur Angah setuju hendak makan diluar. Angah kata bukan selalu nak bawa aku jalan-jalan di KL. Mujur, kalau tidak, alasan apa yang harus aku berikan kepada gadis cilik sedegil Nuralisa? Kadang terfikir, degil Lisa dan Irham sama!

            Restoran Raja Sup TTDI dipenuhi dengan kebanjiran pelanggannya. Penuh! Daripada mesej Lisa, dia sudah sampai dahulu daripada aku dan keluarga Angah. Tangan kiri masih erat memegang tangan Haziq, tangan kiri aku seluk ke dalam beg tangan dan mengambil telefon bimbit, lantas nombor Lisa yang baru aku perolehi lewat petang tadi aku dail.

            “Waalaikummussalam, akak dah ada depan restoran ni. Tak nampak Lisa pun.” Lisa lebih pantas menjawab panggilan sampai tak sempat untuk aku memberi salam.

            “Okay, akak tunggu sini.” Telefon aku matikan setelah Lisa sendiri yang akan mengambilku di depan restoran.         

            Beberapa minit kemudian, Lisa kelihatan melangkah laju ke arahku. Bila sudah berdepan, terus sahaja dia memelukku. Mata-mata yang ada hanya melihat. Aku hanya mampu tersenyum dengan tingkah gadis cilik itu. Setelah menyalami Angah dan Kak Idah, barulah Lisa menunjukkan kedudukan meja. Entah kenapa, hatiku berdetak laju.

            “Abang, ni la kawan Lisa tu…” 

            “Hai… A..” Bicara Irham mati di situ. Baru sahaja mahu menyapa ‘kawan’ Lisa yang disangka sebaya adiknya, tapi, Mustika?

            “Assalamualaikum, apa khabar Irham?” Angah pantas meredakan suasana yang tiba-tiba sepi. Tidak perasan akan Irham dek kerana kedudukannya yang membelakangi kami tadi. Sebaik dia kalih, aku sendiri tergamam. 

            “Waalaikummusalam. Baik, Alhamdulillah. Duduklah…” Irham menjawab, berbasa-basi. Aku menarik kerusi untuk Haziq, Kak Idah mengambil tempat di sebelah Angah yang duduk di sebelah Irham. Lisa pula disebelah Irham dan Haziq, ini menjadikan aku bertentang dengan Irham. Macam mana nak makan sup belut begini? Hati aki sendiri sudah terbelit-belit!

+++++++++++++++++++++++

 p/s: akibat lama meninggalkan cerita Mustika nih, abc sendiri kena ulang baca bab-bab lepas ^^b rindu nak menulis banyak-banyak... weeee~~~ baca dan komen yek. Much love readers!

2 comments:

blinkalltheday said...

suke2...best...sambung agi...bile diorg nak bersatu ni...

akubersamaCahya said...

erm... bukan mudah nk terima org yang lukakan hati kita... dan menjadi pengganti org paling kita syg kan ;)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders