Tuesday, June 19, 2012

Love Is Forever ~ 26




Lewat malam itu, Haikal teragak-agak untuk memasuki bilik. Entah kenapa, rasa bersalah dan gembira bercampur aduk. Jika benar, Zulaikha hamil dialah insan paling bahagia dalam dunia. Bagaimana untuk kembalikan ceria pada wajah Zulaikha? Bagaimana untuk memujuk hati yang terluka? Memikirkan itu, Haikal jadi serabut!

            Pintu bilik dikuak perlahan, aku sedang asyik menyikat rambut yang kian panjang hingga ke paras pinggang. Teringat sejenak peristiwa mengenai rambutku. Disebabkan Haikal melarang aku memotong rambut, aku telah merajuk seminggu dengannya. Mana aku betah dengan rambut yang terlalu panjang, rimas! Tapi bagi Haikal, aku kelihatan sangat anggun berambut panjang. Ikal mayang. Macam-macam perlu dilakukan bagi memujuk aku kembali. Tapi bila namanya sayang dan cinta, sanggup buat apa saja. Lagi pula, aku cuma rajuk-rajuk manja.

            Perlahan-lahan Haikal menghampiri, dari balik cermin aku perasan akan kehadiran dan gerak geri Haikal. Aku bingkas bangun dari duduk dan terus menghala ke katil. Masih dalam rajuk! Iyelah takkan terus nak okay kan? Mahu juga rasa dipujuk, rasa dibelai. Belum sempat ke katil, langkahnya ditahan Haikal. Aku merengus perlahan.

            “Ada apa lagi, saya penat nak tidur.” Ujarku acuh tak acuh, tanpa memandang Haikal walau sedikitpun.

            “Sayang tak jadi balik JB?” soal Haikal, soalan yang agak bodoh.

            “Why? Awak suka saya balik JB? Okay fine, saya balik.” Jawabku dan terus merentap tangan yang berada dalam genggaman Haikal. Langkah cuba ku diatur ke arah almari pakaian. Melihat tindakan aku itu, Haikal terus memeluk pinggangku daripada belakang. Terkedu! Aku terkedu dengan tindakan Haikal. Deru nafas Haikal terasa hangat di belakang leher.

            “Please sayang, don’t leave me. Please.” rayu Haikal berkali-kali. Aku cuba meleraikan pelukan itu namun gagal. Haikal memelukku dengan begitu erat. Telingaku terus mendengar pujuk rayu Haikal.

            “I’m really-really sorry sayang. I’ve make a mistake again. Please, I beg you. Please don’t leave me.” Aku mengalah, aku cuba untuk tenangkan diri dalam pelukan erat Haikal.

            “Zu tak marah. Zu cuma terasa hati dengan apa yang b buat. Zu terasa macam ditipu. Malu dengan saudara mara.” Aku cuba menghuraikan segala rasa hatiku. Rajukku sudah dua hari, baru hari ini terasa penatnya. Ingat merajuk tak penat ke?

            “B mintak maaf sangat-sangat.  If I could turn back the time, I never done what I have done to you. B menyesal sangat sayang.” Tidak semena-mena, aku terasa basah di bahu. Aku pusingkan sedikit kepalaku untuk melihat Haikal. Ya Allah, adakah tingkah dan tindakan aku ini melukakan hati suamiku sendiri? 

            “B, please don’t. Jangan macam ni.” Aku memusingkan badan menghadap Haikal yang sudah mengendurkan pelukannya. Haikal meraup wajahnya berkali-kali. 

            “Zu mintak maaf kalau cara Zu, rajuk Zu buat hati b terluka.” Aku pula yang tidak tentu arah. Mau tidak, ini pertama kali aku melihat Haikal menangis kerana aku! Aku menarik Haikal supaya duduk dibirai katil.

            “B menyesal. B tak tahu nak buat macam mana lagi dah. B risau sayang tinggalkan abang lagi. Tinggalkan b buat kali kedua kerana tindakan bodoh b sendiri.” Entah berapa kali perkataan menyesal keluar dari mulut Haikal. Aku menggeleng laju, dan terus tangan memegang wajah suamiku. Sisa air mata di tubir mata Haikal, aku sapu dengan hujung jari dan terus mengucup kedua-dua belah pipi Haikal. Aku erat memeluk Haikal, seolah-olah memberikan sebuah semangat baru buat suamiku yang dalam keresahan.

            “Cukuplah sekali kita terpisah dan terseksa menanggung rasa cinta dan rindu. Zu tak mahu rasa perit tu lagi. Zu tak sanggup berjauhan dengan b. Tempat Zu adalah di sisi suaminya, Muhd Haikal Hazimi.” Mendengar tutur kata-kata, Haikal membalas pelukanku dengan pelukan yang lebih erat dan hangat. 

            “Maafkan b. Terima kasih kerana sentiasa mencintai b. B janji takkan buat lagi.” serta merta aku meleraikan pelukan. Aku memandang Haikal tepat ke matanya. Aku menggelengkan kepala, perlahan.

            “Jangan berjanji. B lupa? Kerana janji lah kita jadi macam ni. Kita serahkan sahaja hubungan kita ini kepada Allah. Yang kita perlu lakukan adalah usaha untuk mencapai hubungan yang kita mahukan dan hubungan penuh dengan redhaNya.” Aku bersuara penuh hemah. Haikal tersenyum. Pipi isterinya dibelai perlahan. Di elus pipi yang ditamparnya dek marah yang tidak ketahuan puncanya. Dikucup pipi itu lama, penuh dengan kasih sayang. Seolah kucupan itu boleh menarik kembali tamparannya yang lalu. 

            “B sepatutnya bersabarkan.” keluh Haikal.

            “ Tau pun. Panas baran tu tak hilang-hilang eh, tak tahu apa-apa terus aje nak marah-marah.” ujarku manja.

            “Ala, sorry la. Nak buat macam mana, dah memang perangai abang.” ujar Haikal dengan sengihan. Aku menjeling manja.

            “Perangai mangai, Sod Ba Ra. SABAR!” Aku membeliakkan mata.

            “Eh, ada ek kata ganda perangai mangai?” 

            “Ada, Dr. Zulakha Azra yang baru terbitkan, malam ni.” Terburai tawa kami berdua. Lama rasanya tidak bergurau begitu. Bergaduh pun ada hikmahkan?

            “Erm.. insyaAllah, b cuba untuk sabar lepas ni, tak nak marah-marah. Tapi kan sayang.. b rasa tak sabar la sekarang..” 

            “Tak sabar? Tak sabar apa?” aku bertanya dengan muka penuh tanda tanya.

            “Tu.. katil tu dah panggil, bilik pulak rasa sejuk semacam. Sayang pun nampak ‘hot’ aje.” Haikal tersenyum dengan penuh makna tersirat, keningannya sudah terangkat-angkat memberi isyarat. Aku yang mulai faham, menjelirkan lidah tanda meluat dengan ayat-ayat gatal Haikal. Malam itu kembali indah seperti sediakala buat aku dan Haikal. Kadang kala dalam hidup ini, kita perlu banyak bersabar dan cuba untuk memahami segala persoalan yang ada. Cinta yang ada jangan dipendam, luahkan biar orang sekeliling merasa dan kita jua yang akan bahagia. 


+++++
abc baru perasan, bab ni sikit sangat!
only 4 pages =.="
patutla~~ 
 
otoke? 
 ENJOY AND COMMENT! ^^

1 comment:

Sumayyah Nadhirah said...

wahh dah abis... =) suke2! cume mane yg 26 - 28? jump ke end?