Tuesday, November 16, 2010

love is forever~ 07


Lama sudah aku tidak menjejakkan kaki ke kampung. Sejak arwah Tok Wan meninggal. Ibu dan ayah sudah jarang pulang ke kampung kami. Ibu sedari kecil lagi sudah menjadi yatim piatu, tidak silap aku seawal umur Ibu 4 tahun. Ibu dan adik beradik ibu yang lain dijaga dan dibesarkan oleh Mak Long dan Pak Long. Angin pagi di kampung sangat menyegarkan. Walaupun kepala aku masih serabut memikirkan pelbagai benda, tapi terasa tenang dengan sapaan lembut bayu pagi. Semalam sampai ke sini pun dah lewat malam. Ummi dan baba risau melihat wajahku yang pucat lesu. Keadaan aku yang muntah-muntah, membuah senyuman di bibir mereka. Sangkaan mereka cepat-cepat aku sangkal. Mana mungkin! Haikal hanya tersengih-sengih melihat aku yang bersungguh-sungguh menolak anggapan ummi dan baba. Sakit hati!

” kenapa menantu ummi duduk sorang-sorang kat sini... takde nyamuk ke??” sapaan itu mematikan lamunan jauhku. Aku hanya tersenyum dan menggeleng. Ummi juga membalas senyuman, tangannya ligat membersihkan daun pisang. Nak membungkus nasi lemak katanya. Nasi lemak ummi sangat laris di kampung ini. Tiada yang setanding dengannya! Memang betul, seminggu selepas nikah dan kenduri, aku dah rasa air tangan ummi. Masakannya ringkas tapi enak. Macam tagline KFC, sampai menjilat jari!
“ Nanti Zu ikut ummi hantar nasi boleh?” setelah lama menyepi. Nak jugak aku jalan-jalan kat kampung ni, bila lagi kan?
“ Zu pergi hantar dengan Haikal boleh?” Alamak. Lain yang aku nak, lain pula yang dapat. Apa nak jawab. Ummi memang dah bersengkokol dengan Haikal ni, duga hatiku. Macam mana nak lari? ”Tak jadik la ummi, boleh? atau mengantuklah pulak.” ni semua jawapan dalam hati. Nak dengar tazkirah isteri solehah secara live dan percuma daripada Ustazah Syarifah, berani-berani lah jawab macam tu. Yang aku mampu buat masa ni, aku hanya mengangguk kecil sambil otak ku ligat memikirkan cara untuk mengelakkan diri daripada pergi berdua-duaan dengan Haikal. Ummi seakan tahu, hanya menggeleng dan tersenyum. Nasib lah!

++++++++++++++++++++++

Leka mengelap daun pisang yang sedia di basuh ummi. Kehadiran Haikal pun aku tidak sedar. Tersengih-sengih waktu pagi buta kenapa. Ah! Masih sakit hati dengan dia. Pandang pun rasa benci. Haikal sedar aku berubah riak wajah. Masakan tidak. Dengan ummi aku boleh bergelak ketawa, bila dia datang aku terus masam. Haikal tak ambil kisah. Dia mengambil tempat di sisiku. Di tolak lembut bahu ku dengan hujung jari. Aku memandangnya geram. Aku tak endah, sehingga lah beberapa kali Haikal melakukan yang sama.
“ish... nak ape ni.. kacau je” marah ku sambil menggosok bahu yang menjadi sasarannya sedari tadi. Siapa tak marah. Kita pandang. Dia boleh tersengih-sengih. Sekali tak apa lah jugak, dah berpuluh kali, panas lah!. Haikal tak menjawab, dia hanya buat isyarat. Memegang perutnya sambil tersengih.

“Ummi dah sedia masak kan, abang pegi la makan. Tersengih dekat sini kenapa” ujarku, mengerti akan isyarat yang dilakukan. Lapar, cari aku kenapa?

Ummi sedari tadi cuma ketawa kecil. Jawapan aku dan reaksi Haikal yang seperti anak kecil yang meminta makanan itu, menambahkan tawa ummi.

“Dah Zu, pergi teman suami manja kamu ni makan, dah tua-tua pun perangai macam budak umur setahun.” ummi bersuara selepas habis sisa tawanya dan setelah melihat aku tidak mengendahkan rajuk Haikal. Panas hati! Demi menjaga adab sebagai menantu, aku mendengar kata-kata ummi. Aku melangkah masuk ke dapur, menyiapkan sarapan untuk suami ‘tersayang’ walaupun tak berapa ikhlas aku rasa. Sebal!

“ Sayang… makan dengan abang tau.” Ujar Haikal sambil menuangkan air untuk kami berdua. Aku yang siap mencedokkan mee goreng untuk dia, terus duduk berhadapan dengannya, aku pun lapar. Ingat permainan anak kecilnya sudah tamat, rupanya masih ada episodnya lagi. Setiap kali suapan aku, dia pandang dan tersenyum. Satu, dua , tiga... ahh!

“ Abang kenapa?” marahku dan terus memandangnya. Geram! Apa lagi yang dia mahu aku sendiri tak tahu. Persoalan tinggal persoalan. Haikal tersenyum dan terus menghabiskan makanan yang masih tersisa dalam pinggannya. Aku dah hilang selera, baru sahaja mahu mengangkat pinggan makanku, langkah aku tersekat. Haikal mengambil pinggan aku dan menghabiskan makanan yang ada. Aku pandangnya dengan pandangan pelik dan penuh persoalan.

“ Membazir tak makan habis. lagipun berkat kan.. ” menjawab persoalan yang ada. Aku hanya diam. Memandangnya penuh makna. Kata-kata penuh makna dan tersirat. Dia memandang aku yang masih berdiri kaku di sisi meja. Matanya dikenyit kala aku melawan pandangan. Aku tersedar dari lamunan. Degup jantung pantas. Aku tak tahu nak buat apa bagi melindungi gugup yang ada. Aku lantas mengambil air yang tersedia dalam cawan dan kembali duduk dihadapan dia. Dia masih memandang. Pandang dan pandang. Apa lagi? Senyumannya kian mekar, bibirnya mula berbicara.

“ Sayang pun nak ambil berkat suami ke?” soalnya dengan senyuman penuh dibibir. Aku hairan. Apa yang dimaksudkannya. Aku hanya membuat pandangan tidak mengerti. Haikal menunjuk ke arah cawan minumanku. ‘ Alamak. Macam mane boleh tersilap ambil nih’ gusar hatiku sendiri mengawal malu yang menapak. Kebas mukaku kala ini. Aku tersilap mengambil cawan minuman. Aku ‘ter’ambil cawan Haikal, mungkin kerana terlalu gugup dengan kenyitan mata Haikal yang penuh menggoda. Dasar lelaki buaya! Aku meletakkan kembali cawannya, dan bingkas bangun dari situ. Malu kali ke berapa ni!

“Ala sayang.. teman la suamimu ini...” jerit Haikal setelah aku jauh ke depan. Masih kedengaran gelak tawanya yang bersisa. Aku hanya mempercepatkan langkah. Malu!

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders