Sunday, March 20, 2011

love is forever- 16

LOVE IS FOREVER

 

“Yah... nak lat...” rengek si kecil kepada ayahnya yang masih berdengkur sedari tadi. Si ayah mula memberi reaksi apabila si kecil 3 tahun itu mula memijak perutnya. Matanya menunjukkan keletihan yang teramat sangat. Layu dan tidak bermaya. Si kecil yang kini berada di atasnya di pandang penuh kasih sayang. Didukung si kecil, mengubah kedudukan ke sisinya. Lalu dia bangun dan duduk bersila bertentangan dengan si kecil.

“ Asyaaf kacau ayah tidur ye..” dicuit hidung anak kecil itu. Si kecil hanya tersenyum dan meniru tindakan ayahnya, hidung ayah dicuit, terkekek dia ketawa.

“Yah.. nak lat..” ujar Asyaaf dengan pelat yang pekat. Ayahnya mengendong dia, dan berjalan ke arah dapur. Permintaan anak tersayang mesti ditunaikan. Di depan peti sejuk, Asyaaf diturunkan dari kendongan. Peti sejuk dibuka, sebekas coklat disuakan kepada si kecil. Berlari Asyaaf apabila bekas coklat sudah dalam genggamannya. Ayahnya hanya ketawa. Bahagia melihat senyuman anak kecil itu.

“ ha.. bagus la tu, rosak lagi la gigi si Asyaaf tu. Kamu ni Haikal, manjakan sangat anak kamu tu! Tak boleh lah macam tu..” marah Puan Sharifah yang melihat tingkah anaknya yang terlalu memanjakan cucunya yang seorang. Manja biar berpada-pada. Bukan tidak boleh tetapi ada batasnya. Jangan terlalu memberi, nanti takut jadi macam anakku Sazali.

“ Asyaaf aje senyuman Haikal ummi.. hidup Haikal hanya ada Asyaaf” ujar Haikal, mengambil tempat di sisi Ummi yang sedari tadi menyiang sayur untuk masak tengah hari. Wajah sugul Haikal terserlah. Letih, penuh kesayuan.

“ Ummi tau, tapi cara kamu tu salah. Sekarang dia kecil lagi tak apa la, bila besar kamu dah manja-manja sangat, sekali pun kamu tak pernah nak marah,macam mana dia nak dengar cakap kamu? Leter Ummi. Risau kemanjaan yang diberikan pada Asyaaf kelak akan merosakkan Asyaaf sendiri. Bahaya!

“ Kita yang didik dia ummi, nanti bila Asyaaf sudah besar sedikit, Haikal tau tegasnya macam mana..” ujar Haikal penuh keyakinan. Ummi hanya mengangguk. Haikal pastinya bijak mendidik anaknya, sebagaimana Ummi dan Baba mendidik dia. Cuma hanya diharapkan, Asyaaf tidak mensia-siakan cinta yang terbaik pernah dikurniakan dalam hidup dia. Tak mahu si kecil itu nanti merasai dan melalui apa yang ayahnya pernah lalui.

Asyaaf yang leka menghabiskan coklat dalam tangannya diperhati dari sofa. Asyaaf anugerah terindah selepas Zulaikha. Asyaaf cinta kedua selepas pertamanya pada Zulaikha. Asyaaf senyumannya selepas senyuman dia pada Zulaikha. Asyaaf dan Zulaikha adalah nyawanya. Haikal meraup wajahnya. Terlalu jauh dia mengelamun. Terlalu jauh... Zulaikha kisah lama. Zulaikha kenangan lama. Zulaikha sejarah lama. Namun Zulaikha tidak pernah sesaat terpadam wajahnya dalam hati Mohd Haikal Hazimi.

Mengenang Zulaikha, bagai menghiris sembilu pada luka lama. Air mata mula bertakung dikelopak, tunggu saat untuk mengalir deras. Bagaimanakah dia? Bertapa aku berdosa pada cinta hatiku. Aku terlalu berdosa membuat dia terluka dan membawa lara jauh ke negara orang.

Lamunan Haikal terhenti, Asyaaf mendekati Haikal dan menunjukkan tangannya yang kotor dengan coklat yang dimakannya tadi. Haikal mengelap mulut dan tangan Asyaaf dengan tisu, barulah Asyaaf didukung untuk dibawa ke sinki. Tangan dan mulut Asyaaf dicuci dengan air. Asyaaf seakan suka bermain dengan air yang mengalir dari pili. Haikal pula asyik bermain dengan anaknya. Di acah-acah tangan Asyaaf ke arah air mengalir. Bukan main suka si kecil itu.

“Asyaaf rindu ibu tak?” pipi Asyaaf dicium bertalu-talu. Persoalan Haikal seolah-olah pada angin dan mungkin hatinya sendiri. Masakan kanak-kanak sekecil Asyaaf mengerti. Asyaaf mengelak daripada terus dicium oleh Haikal. Dia melonjak-lonjak badan supaya diturunkan ke bawah. Asyaaf sangat aktif tapi pandai membawa diri. Mudah untuk menjaga Asyaaf. Asyaaf anak yang mendengar kata tapi sangat manja. Bukan sahaja Haikal, malah baba dan Aida pun suka memanjakan Muhd Asyaaf Hakimi. Asyaaf bagai pengubat semua duka pada setiap insan yang hampir dengannya, terutama si Ayah tersayang.

+++++

“ Emm… sedapnya bau.. ibu masak apa ni ibu.. sampai ke atas baunya..” Ujarku sambil menjenguk ibu di dapur. Rambut yang mengurai aku ikat jadi satu. Sudah lama aku idamkan rambut panjang melepasi bahu. Bukan tak pernah cuba menyimpan rambut, pernah. Tapi aku rimas. Sekarang bila dah makin dewasa, rambut panjang pula menjadi keselesaan.

“ ikan keli masak lemak cili padi… favourite Zu lah..” tutur ibu tersenyum. Sibuk sekali tangannya mengacau kuah dalam periuk. Aku membuka peti sejuk, tekak terasa dahaga pula. Air buah marigold aku ambil dan tuangkan isinya ke dalam cawan yang tersedia di atas meja.

“Zu.. atas meja kat depan ada kad jemputan kahwin, Baba hantar semalam..” ujar ibu. Bila perkataan ‘Baba’ keluar dari bibir ibu, aku tersentak! Seboleh mungkin aku mahu jauhkan diri dan telinga daripada mendengarnya. Apa sahaja berkaitan Haikal aku mahu jauhkan, biarpun kini sudah 3 tahun berlalu. Namun aku kuatkan hati. Aku tahu aku perlu hadapi semua ini sebaik sahaja kakiku menjejak bumi Malaysia.

“Baba datang semalam?” soalku

“ Baba datang, tapi Zu dah tidur, dia tak bagi kejut.. Zu kan baru sampai semalam.” terang ibu sambil sibuk membasuh pinggan. Aku mengangguk dan melangkah ke ruang tamu. Sempat juga aku berseloroh dengan ibu,

“ siapa kahwin? Abang haikal kahwin baru ke?”

“ kamu ni.. apa cakap macam tu? Si Aida.. adik Haikal.” marah ibu. Tidak suka aku berkata seperti itu. Mungkin ada hati yang akan terluka dengan kata-kataku. Tapi aku hanya menampal rasa yang bermain dihati tika ini.

Aku labuhkan punggung ke bangku kayu jati, di taman rehat ibu. Kata ibu, ibu baru beli bangku ini sebulan lalu, hasil duit penjualan nasi lemak. Ibu mendapat resipi dari Ummi, dan masa yang ada membuatkan ibu cuba-cuba menjual nasi lemak setiap pagi di depan rumah. Alhamdulillah, sekarang pelanggan nasi lemak ibu kian bertambah.

Kad ditangan aku selak. Terpampang nama Aida dan Hariz. Masih aku ingat pada si manis Aida, kami bertemu dua mata ketika di hari pernikahanku. Dari Aida aku ketahui segala macam perihal Haikal. Kisah Haikal ketika kecil, kisah cinta monyet Haikal dan segala tabiat Haikal yang masih kekal hingga Haikal dewasa. Aida sangat rapat dengan aku kerana umurnya yang lebih kurang sebaya denganku. Tapi kami terputus hubungan apabila aku membawa diri ke luar negara. Kerana nila yang biru setitik, putih susu dalam belenga terus hilang, itulah yang aku pegang selepas Haikal mengecewakan hatiku. Bukan niat nak berdendam tika itu, Cuma keadaan yang berlaku terlalu cepat dan berat untuk aku tanggung sendirian. Cara terbaik ialah dengan berdiam diri dan pergi jauh dari semua bayangan semalam.

+++++

Hari ini Ayah dan Ibu membuat kenduri kesyukuran atas kepulangan aku kembali Malaysia dan sebagai doa untuk kebahagiaan masa depan aku. Dan kata Ayah, sebagai tanda syukur Zulaikha Azra dapat menjalani segala ujian dengan baik dan kuat. Zulaikha Azra kembali menjadi Zulaikha Azra yang dididiknya dari kecil. Ayah sangat gembira dengan kepulangan aku ke Malaysia, ayah pernah kata, dia pernah terfikir yang aku akan terus menetap di sana. Ayah tidak sanggup hilang anak yang masih bernyawa. Aku tidak sangka begitu sekali impaknya kepada keluargaku. Sungguh! Aku menyesal dengan segala perbuatan tak berakal aku dulu. Mujur tiada yang tahu keadaan aku sewaktu aku pengsan di sana dahulu, jika tidak? Aku tak pasti...

Aku fikir hanya kenduri untuk saudara dan jiran terdekat, rupanya tidak. Sebuah kanopi siap dipasang diluar rumah. Aku tanyakan pada Ibu, jawapan yang mudah;

“ dah lama rumah kita tak meriah, kenduri last dulu masa Angah kahwin.. tunggu Zu.. erm.. bila la agaknya”

Aku tiada jawapan. Terkaku. Aku terlupa, dulu masa aku kahwin kenduri hanya di sebelah lelaki. Cadangan kenduri sebelah perempuan selepas aku habis belajar. Ibu nak buat paling meriah, tapi lain yang terjadi. Itulah namanya ketentuan Allah. Manusia hanya mampu merancang. Aku hanya mengangguk dan tersengih, tiada balasan untuk membalas jawapan ibu yang ringkas dan padat.

Pagi itu kami sekeluarga sibuk menyiapkan rumah dan memasak. Pak Su sekeluarga tiba awal pagi untuk membantu. Kendurinya selepas maghrib nanti. Persediaan yang baik perlu dilakukan. Lagi pula, sudah lama kami tidak membuat kenduri besar, susah juga hendak mengatur semua. Semua menu Ibu sudah tetapkan, aku ditugaskan membuat pudding triffle sebagai pencuci mulut dan buah tangan untuk tetamu nanti. Aku tidaklah pakar tapi sekadar boleh-boleh aje. Aku ambil tempat di dapur kering, senang membuat kerja sendiri, tidak pening. Kak Ngah ada mahu menolong tapi aku lebih selesa buat sendiri dan keadaan Kak Ngah yang sarat itu membuatkan aku jatuh kasihan. Aku suruh dia tolong tengok sahaja. Sakit juga pipi aku kena tarik dengan dia, geram katanya. Semua orang suruh dia duduk tengok, sudah penat sekadar nak tengok katanya. Orang mengandung kembar, siapa yang nak bagi buat kerja?

Sedang leka memasukkan kek span dan orea hancur ke dalam bekas kecil, terdengar ruih-rendah di ruang tamu, dan namaku dilaung panggil. Kenapa? Cemas sahaja suara Ibu. Aku terkocoh-kocoh ke depan,tudung yang aku ikat ke belakang aku ungkaikan ikatan dan melepasakan ia ke depan. Langkah kakiku terhenti, Ummi! Pantas kaki ini melangkah kepadanya, tangannya ku raih, ku kucup dan tubuhnya ku peluk erat.

“ Maafkan Zu Ummi…” ujarku. Air mata ini aku tahan. Tak mahu tumpah dihadapan ramai orang. Aku mahu mereka tahu aku kuat dan aku sudah boleh menghadapi semua ini.

“ tak apa- apa lah Zu.. semua dah lepas..” Ummi melepaskan pelukan. Pipiku dikucup kiri dan kanan. Ummi seperti Ibu ku sendiri. Sayang pada Ummi tiada belah bagi seperti aku menyayangi Ibu. Ibu yang memerhati, mengelap air matanya dengan hujung tudung. Baba aku turut salami, maaf juga aku pinta. Seperti Ummi, Baba juga mengatakan yang sama, perkara lepas biarkan lepas, asalkan hubungan kekeluargaan ini tidak putus.

Setelah beberapa minit berborak dan bertanya khabar serta bertukar cerita, aku meminta diri untuk menyambung kerja yang terbengkalai. Isu Haikal langsung tidak timbul, dia juga tidak hadir. Itu sangat melegakan. Aku belum bersedia menemuinya.

Tika di dapur, aku lihat seorang anak kecil sedang makan oreo yang telah aku hancurkan. Enak! Gaya si kecil itu menikmati oreo seperti baru pertama kali merasainya. Aku duduk bertentang dengan dia. Anak kecil itu memerhatikan aku. Tangannya berhenti menyuapkan oreo ke dalam mulutnya. Mukanya takut-takut. Mungkin tidak mengenali aku agaknya. Aku sengaja menjenggilkan mataku. Akhirnya tangisannya meletus. Aku ketawa. Ummi berlari mendapatkan si kecil itu.

“ Asyaaf.. kenapa ni..” pujuk Ummi sampai mencuci mulut anak kecil itu. Asyaaf namanya,manis, putih, berbulu mata lentik dan berlesung pipit di kedua pipinya. Tembam! Itu yang membuat aku geram. Aku masih bersisa ketawa.

“ takut dekat Zu ke budak ni.. ” ummi meneka dan tepat sekali. Aku mengangguk. Anak kecil itu aku dekati. Aku ambil dia dari dukungan Ummi. Tangisannya makin kuat. Oreo yang masih di dalam plastik aku keluarkan dan ku sua ke mulutnya. Senyap!

“ Asyaaf takut kat acik ke sayang? Ujar ku memujuk. Pipinya yang basah dengan air mata ku sapu dengan tangan dan ku kucup penuh kasih. Entah kenapa, hati ini tatkala melihat dia pertama kali tadi, terasa jatuh kasih pada dia.

“ Anak siapa ni Ummi?” ujarku, persoalan setelah terfikir, jika dia cucu Ummi, anak kepada siapa? Aida baru hendak berkahwin. Haikal? Jika Haikal, pasti Alisya ada di sini. Ya Allah.

“ Asyaaf duduk dengan mama Zu ye.. Mak Tok Mi nak buat keje.” Ummi tidak mengendahkan persoalanku. Dia hanya berpesan kepada si kecil ini yang hanya tahu mengangguk. Aku pelik, mama Zu? Aku ke tu?

“ Anak siapa ni ummi? Haikal?” soalku lagi, sebelum sempat ummi melangkah pergi. Ummi berpaling kepada aku, sambil mengangguk dengan senyuman. Sejauh mana pun aku mahu lari, hubungan keluarga yang rapat dan baik ini membuatkan aku terikat. Sejauh mana pun aku membenci, hubungan keluarga ini akan memaksa hati ini untuk terus memaafkan. Hal yang lepas biarkan lepas Zulaikha! Apa perasaan Haikal dan Alisya kalau mereka berdua melihat aku mengendong anak mereka begini? Marahkah?

Persoalan itu aku biarkan. Biarpun anak Haikal dan Alisya, aku tak kisah. Aku tidak berbuat apa-apa yang salah. Aku suka dengan tingkah si kecil Asyaaf yang pandai mengambil hati. Asyaaf turut ‘membantu’ aku membuat pudding triffle. Mungkin kerana melihat aku menghancurkan oreo dalam bekas itu dengan sudu, dia juga melakukan yang sama. Aku hanya tergelak kecil dengan tingkahnya. Asyaaf tak banyak ragam. Mendengar kata, dan bijak. Bibirnya hanya ada senyuman yang manis. Semanis ayahnya. Aku terlebih berfikir. Aku istighfar sendiri dalam hati, berdosa memikirkan suami orang Zulaikha! Sedang aku leka dengan hati sendiri, aku disedarkan dengan panggilan si kecil, panggilan itu membuat aku terkedu.

“ Ma.. yo yo..” Asyaaf memanggil aku dengan panggilan Mama. Secepat itu dia belajar membahasakan siapa aku? Aku perhatikan Asyaaf. Air mata kini penuh ditubir mata. Jari tangan kiri si kecil itu mencuit hidungku. Aku tersedar ke dunia nyata. Tangan kanan Asyaaf penuh dengan oreo disuakan ke bibirku. Dia mahu menyuapku dengan oreo yang dia hancurkan. Aku membuka mulut, penuh oreo Asyaaf suap ke dalam mulutku. Aku tergelak dengan perilakunya. Asyaaf juga ketawa geli hati. Pandai kenakan aku, budak kecil ni, gumam hatiku. Air mata berlinang juga. Aku bahagia tika ini. Jika aku masih bersama Haikal, pasti aku sudah mempunyai anak sebaya Asyaaf.

Dari kejauhan ada mata-mata yang memerhatikan tingkah aku dan Asyaaf dengan air mata dan senyuman. mereka hanya mahukan aku bahagia.

+++

Dengan bantuan tak seberapa daripada si kecil itu, kerja membuat puding triffle sempat aku habis sebelum zuhur. Asyaaf sudahpun terlena di pahaku saat ini. Penat mungkin. Aku meminta pertolong Mak Su untuk mengemas apa yang patut. Aku mahu mengangkat Asyaaf ke dalam bilik. Sedari tadi aku tak nampak batang hidung Alisya. Ke mana entah, mungkin tidak datang. Mungkin Asyaaf hanya datang bersama Ummi dan Baba. Setelah aku meletakkan Asyaaf ke atas katilku, dia merengek mahukan susu. Aku ke dapur mencari Ummi, Asyaaf juga perlu mandi, badannya penuh dengan oreo.

Baba memberikan satu beg baju kecil dan seraga barang-barang Asyaaf yang baru dikeluarkan dari kereta. Raga aku bawa ke dapur dan susu Asyaaf aku sediakan. Kebiasaan di One Happy Family dahulu, membuatkan aku tidak kekok untuk membuatkan susu untuk si kecil itu. Aku kembali ke dalam bilik dengan susu dan beg baju Asyaaf. Aku pujuk Asyaaf untuk bangun mandi sebelum dia kembali tidur. Mungkin kerana mengantuk, sukar jadinya hendak memujuk. Setelah aku berjanji mahu berikan oreo barulah dia setuju.

“ Siapa ayah Asyaaf” soalku pada si kecil yang sedang enak minum susu bancuhan aku. Aku baring mengiring disisinya. Pahanya ku tepuk perlahan, mendodoinya tidur. ubun-ubunnya ku cium beberapa kali. Entah kenapa, aku semakin sayang kepada si kecil ini. Persoalanku dia angguk sahaja. Aku soal lagi.

“ mana Ibu Asyaaf?” kali ini dia pandang terus ke wajahku. Beberapa minit kemudian dia tersenyum dan jari kecilnya menunjuk pada ku. Aku pelik. Aku tanya lagi.

“ Siapa Ibu Asyaaf?” kali ini dia hanya mengangguk. Matanya sudah layu. Pahanya ku tepuk perlahan. Aku yang sudah keletihan turut sama tertidur bersama dia.

+++

“Assalamualaikum..”

Ucapan salam itu membuatkan semua orang terpaku dan memandang ke pintu masuk. Perbualan yang rancak terhenti seketika.

“ Haikal ke.. mari masuk, mari” jemput Ayah tatkala Haikal yang terjenggul di pintu. Perbualan yang terhenti bersambung semula. Tetapi kisah berkisar kepada khabar Haikal dan perkembangan terbarunya. Syarikat Haikal kini makin maju. Sekarang dia sedang berfikir untuk mengusahakan kolam ikan keli di kampungnya. Sambil membuat perniagaan baru, dia juga boleh membantu memberikan pekerjaan kepada anak kampungnya. Setelah lama dan banyak cerita yang dikongsi, Haikal teringatkan anak kecilnya.

“ Asyaaf mana Ummi…”

“ tidur dari Zuhur tadi, penat menolong orang kat dapur.” Ummi ketawa geli hati, sambil bercerita tingkah Asyaaf pagi tadi membantu aku membuat puding triffle. Namun begitu, namaku tidak disebut. Seakan adil, dihadapanku nama Haikal tidak disebut walau sekali dan begitu juga dihadapan Haikal. Orang tua kami sangat memahami.

“ Haikal nak pergi tengok dia boleh Ibu?” soal Haikal meminta kebenaran.

“ Boleh aje anak kamu kan, kamu naik tangga tepi tu, Asyaaf dalam bilik yang betul-betul tepi tangga tu” ibu memberikan arahan mudah. Haikal meminta diri untuk melihat anak kecilnya. Sudah rindu kata. Ucapan itu disambut ketawa oleh yang lain. Ummi mula bercerita tentang Haikal dan Asyaaf mengenai perihal Haikal yang terlalu menyayangi Asyaaf sehingga tidak pernah memarahi si kecil itu. Tidak pernah, walau sekadar isyarat muka.

Pintu diketuk perlahan. Takut ada sesiapa yang menjaga Asyaaf terkejut jika dia meluru masuk. Setelah beberapa kali ketukan dan tiada balasan dari orang dalam bilik, tombol pintu dipulas perlahan. Dari muka pintu, terlihat sekujur tubuh gadis sedang lena memeluk anak kecilnya. Langkah kaki laju diayun ke katil. Hatinya berdegup laju dan pantas. Siapa gadis itu? Kenapa perlu ada rasa getar ini?

Haikal menghampiri katil, perlahan. Wajah anaknya yang sedang asyik lena dengan ditangannya masih ada botol susu dipandang penuh kasih, dicium dahi si kecil itu. Ditubuh anaknya, tangan wanita itu terletak elok seperti sedang memeluk si kecil itu. Wajah gadis itu dipandang. Zulaikha! Tidak disangka. Sungguh! Jantungnya makin laju berdegup. Dan semakin pantas apabila si gadis itu mula bergerak-gerak seperti sudah sedar dari lenanya. Dari kedudukan duduk, Haikal terus bangun. Berdiri tegak disisi katil. Zulaikha yang sudah tersedar, terkejut dengan wajah lelaki dihadapannya kini. Terus bangun pantas dari pembaringan. Kelu lidah. Seminit dua bertentang mata, baru kami tersedar ke alam nyata. Aku betulkan tudung dikepala, mujur aku tertidur tadi aku masih bertudung. Kalau tidak, malunya...

Aku mula mahu melangkah, tidak sedar ada lilitan hujung selimut yang masih terlekat ditubuh. Disebabkan itu, dengan tidak sengaja aku mengejutkan Asyaaf yang tengah nyenyak tidur. Asyaaf mula merengek, dengan pantas aku mengambil botol susu yang aku telah siap bancuh awal tadi dan memberikan kepada Asyaaf. Haikal hanya memerhati. Sengaja aku bancuh dua botol, menurut Ummi, Asyaaf minum banyak susu sekarang, habis sebotol nak lagi macam tidak boleh berhenti. Aku mengambil tempat di sisi Asyaaf. Bajunya aku kemaskan. Setelah beberapa ketika, Haikal juga mengambil tempat di sisi Asyaaf. Aku rasa tak senang. Mula rasa getar dalam hati. Alisya! Mati aku kalau Alisya nampak aku dan Haikal begini. Aku tak nak dia fikir aku mahu membalas dendam dengan perbuatan dia dulu. Aku tak nak meruntuh rumah tangga orang lain walaupun dahulu Alisya pernah berbuat demikian. Aku masih ingat tapi aku bukan pendendam! Haikal mengacah-acah Asyaaf, si kecil itu ketawa walaupun sedang menghisap botol. Genggaman tangan Asyaaf erat pada jari-jari aku. Aku mula rasa rimas. Keadaan yang janggal itu membuat aku rimas. Aku dan Haikal bagai halimunan untuk diri masing-masing. Aku bingkas bangun dan mahu turun ke dapur. Biarlah Haikal bersama dengan anaknya pula.

Belum sampai ke pintu, Asyaaf kelam kabut bangun daripada pembaringan, akibat mahu memanggil aku, Asyaaf tersedak dengan air susu. Tangisannya mula bergema dan mula termuntah-muntah. Aku pantas berlari kepadanya yang kini dalam dukungan Haikal. Haikal juga terkejut dengan reaksi Asyaaf tadi.

“Mama…” Asyaaf mula berteriak. Hati ini bagai tersiat bila mendengar tangisannya. Sayangkah si kecil ini pada aku yang baru dikenalinya pagi tadi? Asyaaf aku ambil dari Haikal. Aku pujuk dia daripada tangisan yang kian menjadi-jadi. Dipeluk erat leherku, bagai tidak membenarkan aku pergi.

“ syhhh.. mama tak pergi mana la sayang… mama ada ni..” aku terus memujuk si kecil itu. Asyaaf masih teresak-esak. Haikal masih memerhati tapi dengan senyuman, untuk apa aku tak pasti. Setelah tangisan Asyaaf reda, aku tukar bajunya yang sudah kotor dengan muntahnya sendiri akibat tersedak susu. Habis cadar dan selimut di atas katil. Aku mandikan Asyaaf sekelian kalinya. Haikal pula sibuk mengemaskan katil, cadar yang kotor ditukar, sempat juga berbalah tadi, aku suruh biarkan, aku akan tukarnya sendiri. Haikal masih degil dan bersikap autokratik, macam dulu!

Setelah aku siap mandikan Asyaaf, Haikal telahpun siap menyediakan kelengkapan untuk Asyaaf. Tak aku nafikan, Haikal sangat pandai menguruskan anaknya. Asyaaf pula senang hendak dijaga, cakap aje nak pakaikan lampin, pasti dengan sendiri dia akan terus baring di atas lampin yang telah kita sediakan.

“ dah lama Zu sampai Malaysia?” soalan itu mengejutkan aku yang sedang asyik melihat dan mengacah si Asyaaf. Tak dijawab, aku akan jadi seperti seorang yang kurang ajar. Dia pernah menjadi suami aku, aku perlu biasa dengan keadaan yang janggal ini. Keadaan janggal kalau dibiasakan akan boleh menjadi perkara biasa dan selesa.

“ dah dekat dua minggu dah…” ringkas dan menepati soalan. Haikal mengangguk tanda mengerti. Dipakaikan Asyaaf baju dan seluar, rambut anaknya disisir rapi. Lengkap semua, Haikal mengemas kembali semua barangan Asyaaf, nampak dengan jelas kebiasaan Haikal melakukan semua itu. Dan sedari tadi aku masih dengan persoalan, mana Alisya? Terasa nak bertanya tapi mulut dan bibir terasa berat. Aku biarkan sahaja. Asyaaf telahpun menghabiskan susu botolnya yang ketiga. Banyak sungguh budak kecil minum susu, patutlah gebu!

“ Ma… yoyo..” Asyaaf bersuara setelah bangun menghadap aku. Aku geleng tapi dengan senyuman..

“ Takleh..”

“Ma... yoyo…”

“ Takleh, nanti gigi anak mama rosak… tengok gigi”

Asyaaf meniru cara aku menunjukkan gigi. Aksinya membuatkan aku ketawa geli hati. Haikal hanya tersenyum dan kemudian mendekati kami.

“ Asyaaf sayang mama..” suruh Haikal pada Asyaaf. Si kecil itu tidak membantah. Leherku dipeluk erat, pipiku dicium bersungguh. Habis basah dengan air liurnya. Aku terkekek gelak. Haikal pun sama. Habis pipi kiri, pipi kanan pula diciumnya. Pandai sungguh Asyaaf mengambil hati orang. Aku membaringkan Asyaaf ke tilam, lalu mengeleteknya. Ketawa besar si kecil itu. Tambah pula bila Haikal menciumnya bertalu-talu.

Gurauan itu terhenti apabila pintu bilik terbuka. Ummi datang menghampiri kami bertiga dengan senyuman.

“ amboi, seronoknya kamu semua ni, tak nak makan ke? Haikal, kamu dari sampai tak makan-makan lagi.”

“ Asyaaf ni Ummi.. manja pula dengan Zu.. cepat betul mesranya..” ujar Haikal dengan ketawa yang masih berbaki. Asyaaf sudah main sendiri dengan toys yang dibawanya bersama.

“ Tu.. anak kamu pun tak makan lagi kan Zu.. bawak dia turun..” Kata-kata Ummi itu membuat aku kaget. Kenapa anak aku? Kalau didengar oleh Alisya, boleh mati aku.

“ Anak Haikal la Ummi.. Zu pun terlupa yang Asyaaf belum makan,asyik bagi susu aje dari tadi.” ujarku dalam senyuman, moga apa yang aku cakap ini tak menyakitkan hati sesiapa. Namun salah sangkaanku. Senyuman Haikal termati. Aku pelik, kenapa? Asyaaf memang bukan anak aku. Aku baru kenal Asyaaf pagi tadi.

“ takpelah, biar saya bawa anak saya turun makan.” Haikal spontan berkata dan terus mendukung Asyaaf. Asyaaf mula merengek. Dan bila Haikal melangkah mahu keluar, Asyaaf mula menangis memanggil aku. Sayangnya Asyaaf pada aku. Ummi hanya menggeleng dan keluar lebih awal, mungkin penat melihat aku dan Haikal masih bertelagah.

“ Nangis kenapa?!” tengking Haikal pada Asyaaf. Terkejut anak kecil itu, bertambahlah teriaknya. Aku terkesima, menurut Ummi, Haikal tak pernah marah anaknya walaupun sekadar memberi isyarat mata. Haikal mula menepuk kuat punggung Asyaaf. Walaupun berlapik lampin tebal tapi anak kecil tahu ayahnya sedang menghukumnya. Aku geram dengan perilaku Haikal. Marahkan aku tak mengaku Asyaaf anak aku? Pelik!

“Apa awak ni! Marah budak ni.”

“ Ini anak saya, awak apa peduli”

Asyaaf mula meronta-ronta mahu aku mengambilnya. Haikal masih memarahi Asyaaf supaya berhenti menangis. Geram dan hilang sabar dengan sikap Haikal. Aku menarik Asyaaf ke dalam pelukanku.

“ Marahkan saya, jangan hukum Asyaaf!” jerkahku pada Haikal.

Haikal masih bermuka tidak puas hati. Aku terus melangkah ke bawah membawa Asyaaf yang masih teresak-esak menangis. Sudah puas aku memujuk, oreo yang dia suka pun dia tolak. Aku faham perasan dia, sedih dimarahi insan paling dia sayang. Setelah lama menangis, Asyaaf terlena dipangkuanku. Penat menangis agaknya.

“ Kenapa riuh rendah tadi Zu..” ujar Ibu yang kebetulan lalu mahu ke depan rumah. Aku yang kebetulan berada diruang tamu ditegurnya.

“ Abang Haikal tu bu.. marahkan Zu, tapi lepas dekat Asyaaf.. apa lagi menangislah budak kecil ni.” aku melepas geramku pada Haikal kepada Ibu. Ibu mengangguk tanda faham.

“ Sayang budak ni kat kamu Zu.. kesian Asyaaf, tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu..” ujar Ibu dengan riak sedih dan mengusap kepala Asyaaf yang nyenyak tidur diribaanku. Tak pernah dapat kasih sayang ibu?

“ maksud ibu? Mana Alisya?”

“ lepas lahirkan Asyaaf, Alisya menghilang diri, belum susukan Asyaaf pun. Taktau ke mana”

Ya Allah. Kasihannya anak kecil ini. Haikal? Ya Allah, aku fikir hanya aku yang terseksa selama ini, ternyata dia pun sama.

“ Ummi cakap, Asyaaf ni pun, tak tahu samada anak Haikal atau tak.. erm.. nantilah kita cerita panjang, Ibu banyak kerja, kamu jangan lupa makan, ajak Haikal.” ibu terus ke depan, banyak lagi perlu dipersiapkan sebelum kenduri malam ini.

Bukan anak Haikal? Alisya hilang? Asyaaf? Terlalu banyak persoalan dalam fikiran aku kini. Kasihan anak ini, patutlah sayangnya dia padaku. Mungkin dia fikir ibunya sudah pulang, ternyata bukan. Dalam melayan fikiran sendiri, Haikal perlahan menuruni tangga, aku pandang sekilas. Geram!

Haikal mengambil tempat betul-betul disisi aku di atas sofa itu, rambut Asyaaf diusap perlahan. Dahi anak itu dikucup lama. Ada air mata di tubir matanya. Menangiskah dia?

“ Maaf.”

“ ha..?”

“ abang mintak maaf”

“ untuk?’

“ semua..”

“ tak faham”

“ apa sahaja yang buat Zu marah dan bencikan abang selama ini, abang mintak maaf” ujar Haikal tanpa memandang wajahku. Ikhlaskah dia?

“ Pergi la makan, semua ada kat dapur..” ujarku, aku tak mahu mengimbau masa lalu. Aku belum sedia untuk kembali membicara tentang semua itu. Aku akan cuba mengelak untuk masa ini. Nanti? Mungkin , mungkin aku perlu selesaikan segala persoalan yang sentiasa ada dalam kepala dan tidak pernah terjawab. Haikal mengeluh kuat. Bukan aku sengaja untuk tidak menyatakan bahawa aku sudah memaafkan, Cuma aku perlukan jawapan kepada suatu kepastian. Aku sudah terlalu lama menyimpan seribu persoalan. Jika dulu aku pergi kerana menjeruk rasa, kini aku kembali, penuh persoalan didada. Aku hanya inginkan ketenangan dan hidup tanpa ada sebarang persoalan. Asyaaf? Kembalinya aku seperti semakin merumitkan suasana yang tersedia kusut!

5 comments:

Kiki Zarime said...

mcm mane nk bc citer ep yg dulu2??
anybdy can answer me

akubersamaCahya said...

yoonmin: klik aje dekat label atas tu, nurwateeqa. nanti keluar semua. ^^v enjoy reading k.

Anonymous said...

bestt la citer ni,,sambung lagi...nak zu dgn haikal,,,

blinkalltheday said...

hope diorg rujuk balik..hope alisya dah diceraikan..ape yg dah berlaku 4 thn lepas ea?nak tau sgt..

Hafia Hana said...

bile nk msk kn nxt n3..
x sbr tgu
nk diorg baek blik

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders