Sunday, May 8, 2011

love is forever ~ 21i

LOVE IS FOREVER

“ Apa kamu buat ni Zulaikha?! Ayah tak pernah ajar kamu buat semua ni!” sedari tiba di sini, ayah terus menerus memarahiku, walaupun bermati-matian aku cuba menjelaskan duduk perkara sebenar. Aku tak bersalah! Gila! Aku takkan pernah berzina, astagfirullah! Ibu tidak habis lagi dengan esakannya. Aku erat memeluk kaki ayah, dan cuba meraih simpati ibu. Aku betul-betul tak bersalah. Ya Allah apa semua ini!

“Zu tak buat ayah, demi Allah, Zu kena perangkap ayah.. zu sumpah ayah..” bagaimana harus aku jelaskan semuanya? Aku ditangkap oleh JAIK di sebuah hotel murah dengan seorang lelaki yang aku sendiri tak kenal, tapi lelaki itu mengaku kami pasangan kekasih, drama apa yang sedang berlaku?

“ Ayah taktahu nak kata apa dah dengan kamu Zu!” Ayah nyata tidak percaya dengan penjelasanku. Aku masih erat memeluk kaki ayah. Aku risau hilangnya kasih ayah, hilangnya cinta ibu. Ibu sedari tadi tidak mahu memandangku, seolah seperti jijik. “Ibu, Zu takkan buat semua tu..” rintih hatiku.

“ Next week kena turun mahkamah, sebab adik kata dia kena perangkap..” Along yang datang selepas berbincang dengan pegawai-pegawai agama, menyampaikannya pada ayah dan ibu. Aku pandang Along meminta simpati. Along hanya mengeluh. Dari jauh, aku lihat “kekasih” aku tersenyum mengejek di depan pintu pejabat. Siapa dia? aku takut memandangnya. Apa yang telah dia lakukan padaku?

Hiruk pikuk suara lelaki membuatkan aku terjaga, kepala yang pening membuatkan aku sukar untuk membuka mata. Aku terasa sangat sejuk. Perlahan aku cuba memaksa mata untuk membuka kelopaknya selepas ada suara wanita menyuruh aku bangun. Apabila aku terjaga, aku lihat seorang wanita bertudung labuh, menyuruh aku berpakaian dan tika itu aku sedar yang aku hanya berselimut tanpa ada seurat benang dibadan. Dibirai katil, ada seorang lelaki yang hanya bertuala. Apa yang berlaku? Tanpa bersuara apa-apa aku terus berlari ke bilik air yang ada di dalam bilik itu dengan kadar segera berbalutkan tubuh dan kepala dengan selimut. Aku jadi seperti orang bingung. Aku cuba fikir duduk perkara sebenar, apa yang terjadi dan apa yang sedang terjadi? Kenapa aku tidak berpakaian? Setelah siap berpakaian, aku keluar, tika itu aku baru tersedar daripada kebingungan. Aku ditangkap kerana berkhalwat, terduduk aku, lemah kaki tak berdaya. Terbayang wajah ibu, ayah dan Haikal. Allah!

“ Ayah tak mahu panjangkan cerita, Zulaikha ayah akan kahwinkan dengan lelaki itu, seberapa segera, kalau boleh hari ini juga!” bagai halilintar, keputusan ayah buat aku terpana. Tidak! Aku diperangkap.

“ Tapi Ayah..” Along cuba mempertahankan tapi Ayah tegar dengan jawapannya. Ibu masih dengan esakkannya. Aku merangkak ke arah ibu.

“ Ibu percayalah Zu ibu, demi Allah, Zu sanggup junjung Quran, Zu tak buat semua tu..” ibu menolak pelukanku. Aku terkedu dengan perbuatan ibu.

“ Percaya tak percaya, semua sudah jadi! Zu nak ke taknak, Zu kena kahwin juga, baru ibu percaya!” Tegas, sangat tegas. Allah apa patut aku lakukan. Along hanya menggeleng, habis kata bila Ayah dan Ibu bersuara. Aku tiada daya untuk berkata apa-apa. Untuk sekian kalinya, aku menangisi nasib diri yang tidak tenang dari dirundung malang. Buat sekian kalinya, aku dihimpit keseorangan dengan semua orang menunding jari ke arahku bagia seorang pesalah. Allah, mampukah aku terus kuat dengan ujian sehebat ini? Aku memeluk lutut, terhenjut-henjut tubuhku menahan tangisan yang tiada penghentian. Pada siapa harus aku nyatakan aku tidak bersalah, pada siapa aku harus aku katakan, aku diperangkap oleh syaitan bertopeng manusia! Tapi pada siapa?

“ Saya percayakan Zu..” Suara itu membuat semangat aku yang entah ke mana terbangnya saat Ibu dan Ayah hilang percaya mereka padaku, kembali menyinggah. Aku angkat wajah, dan dia terus tersenyum padaku. Tanpa aku sedar, dirinya aku peluk seeratnya.

“ Demi Allah, awak.. saya tak buat semua tu, saya buka aje mata, saya...” aku tidak dapat meneruskan kata, kejadian yang baru berlaku pagi tadi menjengah ke ruang mata.

“ Dah, jangan nangis dah, saya percaya dan saya tahu awak takkan pernah buat semua tu, Ibu suruh bawa awak balik, nanti dekat rumah kita bincang lagi, okay?” Haikal cuba berkompromi. Hadirnya dia membawa suatu semangat yang hilang. Tapi cukupkah percaya dia untuk membuat Ibu dan Ayah kembali percaya padaku?

“ Tapi Ibu dengan Ayah dah benci saya...” Aku menangis lagi didadanya yang aku sandarkan wajahku. Ditepuknya bahuku perlahan sekadar memberi semangat.

“ Tak, bukan benci, Ayah dengan Ibu cuma terkejut. Kita balik dulu ye, asar dah nak habis. Dekat rumah kita bincang lagi ye sayang.” Aku cuma mengangguk lemah, Zuhur pun belum aku tunaikan. Allah, ampunkan hambaMu ini yang leka dalam ujian yang Kau hadirkan buat diri. Haikal membantu aku yang sudah lembik kerana terlalu banyak mengguna tenaga menangis untuk bangun dan berdiri. Nyata dalam aku tak sedar Ibu, Ayah dan Along sudah pulang terlebih dahulu, dan entah bila Haikal tiba dengan membawa kata penuh keyakinan, percaya dalam keluargaku sendiri gusar. Dalam duka aku mencari seseorang untuk menjadi obor semangat, dan dia hadir membawa selautan kata azimat, harapan setinggi gunung. Bolehkah aku katakan, dialah penyelamat?

+++

“ Allah, andai dugaan ini bisa aku lalui dengan baik, kirimkan aku sedikit kekuatan dalam kelemahan jiwa. Andai ujian ini mampu aku tempuh tanpa rasa sakit, kirimkan aku cahaya untuk menerangi hati yang malap, agar bisa hambaMu ini menemui jalan keluar.” Aku mengaminkan doaku, telekung aku buka dan lipat. Tudung yang ada aku sarungkan. Mereka semua telah sedia menunggu aku dibawah. Perkara ini perlu dibincangkan segera. Namun aku masih belum temui, kata-kata yang bisa aku pakai untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya. Ayah dan Ibu masih bertegas untuk aku mengahwini si jantan tak guna itu, siapa dia? Apa mahunya? Kenapa dia menghancurkan hidup aku? Kenapa?!

Langkah aku atur ke ruang tamu dengan basmallah. Moga Allah memberikan aku jalan keluar daripada kedukaan ini. Hatiku begitu yakin pada DIA, setiap yang Allah tentukan akan ada hikmahnya. Pasti!

Aku mengambil tempat disebelah ibu. Ibu sudah basah air mata. Masih sedihkah ibu? Masih percayakah ibu aku ini melakukan perbuatan terkutuk itu? Belum sempat aku duduk selesa, ibu terus memelukku.

“ Maafkan Ibu Zu... kenapalah Ibu tak percayakan anak Ibu, maafkan Ibu.” Hati anak mana yang tak runtun pabila ibu yang melahirkan kita, yang menyayangi kita, menangis memohon kemaafan daripada kita? Aku pandang wajah Ayah yang tenang, wajah Along yang tersenyum dan juga Haikal yang tidak pernah lekang senyumannya.

“ Ayah pun minta maaf Zu, ayah terkejut bila dapat berita kamu kena tangkap basah, sedangkan pagi tu kamu kata kamu pergi hantar kereta. Ayah dah fikir macam-macam, dalam percaya dan tidak, kenapa kamu buat benda macam gitu sedangkan kamu dengan Haikal boleh kembali bersama, takda siapa halang, rupanya lelaki tu bukan Haikal.” Ayah bersuara dengan tenang, Along dan Haikal hanya mengangguk perlahan. Ibu masih bersisa tangisan. Aku diam mendengar setiap bait kata, aku cuba imbas perlahan perkara sebelum kejadian. Samar-samar.

Rupanya Haikal benar-benar ada ketika aku ditarik masuk ke sebuah kereta oleh beberapa orang lelaki. Memang Haikal yang aku nampak sebelum dunia aku jadi kelam. Haikal sudah menanti aku di Taman Jubli setengah jam awal dari yang kami janjikan. Dia nampak aku memandu masuk ke Caltex, dari biarkan aku membuat pusingan jauh untuk ke Taman Jubli lebih baik dia melintas jalan ke Caltex yang berhadapan taman itu. Dari seberang jalan, Haikal melihat sebuah kereta waja hitam memintas kereta yang aku pandu, melihatkan keanehan perilaku mereka semua, Haikal terus melintas jalan secepatnya, dan makin mara ke arahku apabila melihat salah seorang daripada lelaki tersebut cuba menarik aku keluar dari kereta. Kerana melintas dengan gopoh, Haikal tidak sedar ada kenderaan yang meluncur laju dijalan. Patutlah bayang-bayangnya hilang dari pandanganku. Haikal dilanggar!

“ Mujur kereta tu sempat brek, jadi saya tak teruk kena langgar, luka-luka sikit aje.” Ujar Haikal panjang lebar.

“ Jadi ada dalang yang rancang semua ni..” Along bersuara setelah lama mendiamkan diri. Ya! Pastinya ada, jika tidak siapa yang merancang penculikan aku dan membuat perangkap agar aku ditangkap khalwat dengan.. lelaki itu!

“ Siapa lelaki tu?” Soalku pada semua yang ada. Aku sibuk menangis sehingga aku tidak mengambil tahu perihal lelaki yang kononnya kekasih aku.

“ Zhamry Sabri, ejen hartanah.. katanya kawan Zu masa Universiti dulu?” ujar Along. Zhamry? Mana ada kawan aku bernama Zhamry, dan senyumannya di pejabat agama itu penuh dengan rahsia.

“ Zu mana ada kawan nama Zhamry, lagipun muka dia memang Zu tak familiar.”

“ Saya dah laporkan pada pihak polis, kes penculikan Zulaikha dan ini akan memudahkan kes mahkamah nanti. Semua ini memang telah dirancang. Hanya kita tak tahu siapa. Ibu dengan Ayah dengan risau, nanti Haikal dan Along akan uruskan.” Ujar Haikal, dan disokong oleh Along sepenuhnya.

“ Tapi ibu tetap nak Zu kahwin, kalau boleh dalam minggu ni.” Kata-kata ibu buat aku terpempan. Bukan aku sahaja, Along juga dan semesti Haikal. Belum sempat aku bersuara, Haikal pantas memangkah dan membantah.

“ Tak! Saya tak setuju!” Bantahan Haikal membuatkan Along dan Ayah beriak penuh kehairanan.

“ Orang sekeliling ni dah tahu Zu kena tangkap basah, ibu taknak nanti-nanti orang mengeji..” Aku diam tiada suara, niat untuk membantah jadi terbantut. Kenapa aku sering buat ibu kecewa?

“ Biar saya yang kahwin dengan Zulaikha, bukan orang lain.” Haikal bersuara lagi, kali ini aku tidak lagi dapat menahan diri untuk bersuara. Aku tidak dapat terima sesiapa, aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku waktu aku tidak sedar diri, pabila aku bangun semua pakaianku sudah tiada yang menutup tubuh. Aku mungkin hilang segalanya. Tidak! Haikal mesti tak dapat terima aku yang entah suci entah tidak. Aku terasa jijik dengan diri sendiri.

“ Memang ibu nak Haikal yang berkahwin dengan Zulaikha, bukan orang lain. Haikal aje yang boleh selamatkan Zulaikha.” Aku menggeleng laju. Aku lantas berdiri.

“ Zu tak boleh, Zu tak boleh nak kahwin dengan sesiapa, tak boleh!” setelah itu, aku terus melangkah laju ke bilik. Semua di situ terkejut dengan reaksi yang aku berikan. Di bilik, aku duduk ditepi katil, memeluk lutut dan menangisi nasib diri. Ya Rahman.. kuatkan aku!

“ Saya bukan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, saya tak terfikir pun untuk ambil keselamatan dengan semua ni..” entah bila Haikal memasuki bilik ini, dan entah bila di menghampiri aku. Haikal turut duduk di sisiku. Aku pandang Haikal sekilas sebelum melarikan wajah ke tempat lain.

“ saya tak dapat nak terima siapa-siapa, dan awak pasti takkan terima saya jugak..” ujarku dalam linangan air mata.

“ Kenapa pula saya tak terima awak? Awak je taknak dekat saya.” Haikal cuba bersenda.

“ Masa saya sedar pagi tadi, saya tak pakai apa-apa, hanya berselimut je awak..” Tangisanku kian menjadi-jadi. Haikal sekadar beristigfar panjang.

“Saya sendiri tak pasti, saya ni masih...” Tak dapat aku menghabiskan ayat. Terasa malu pada diri sendiri. Allah, tidakkah berat ujian ini?

“ Kita pergi buat test?” Haikal mula bercadangan. Aku menggeleng laju.

“ Saya takut kalau betul-betul, saya dah takde apa-apa..” Haikal mengeluh tatkala aku kembali teresak menangis, dia menarik aku agar bersandar padanya.

“ What ever happen, saya akan tetap terima awak. Hanya Zulaikha Azra yang saya mahukan, hanya awak.” Kata-kata yang penuh keikhlasan dan penuh tulus. Kenapa hati ini tidak pernah terbuka untuk menerima dia kembali? Kenapa mesti ada tembok penghalang antara kami? Allah, jika dia sememangnya imam untuk aku dan bakal anak-anakku, kenapa payah untuk kami mengecap sebuah mahligai bahagia?

“ Maafkan saya..” Ujarku setelah lama melayan rasa. Hanya maaf mampu aku lafazkan untuk Haikal, dia datang dengan penuh kepercayaan biarpun aku membencinya. Kenapa dia bisa menerima aku seadanya, tetapi aku tidak? Kenapa dia masih boleh memberikan sepenuh percayanya, tetapi tidak aku?

“ Kita kahwin ye..” Aku hanya mampu mengangguk. Sekalipun hatiku tidak mahu, nama baik Ibu dan Ayah harus aku jaga, sampai bila aku mahu mereka berendam air mata dengan nasibku? Biarlah keinginan ibu aku turutkan, andai ini bisa membuat Ibu gembira dan senang hati. Dan Haikal, aku akan cuba membuka hati untuk menerima dia kembali walaupun tembok besar antara kami belum dipecahkan. Duhai hati yang mencinta, ikhlaskanlah hatimu menerima dugaan Maha Esa, andai ini jalan keluarnya, aku terima dengan penuh redha.

15 comments:

Kiki Zarime said...

lg3...

Anonymous said...

bagus haikal!!!! awak jadi penyelamat yang aku tak sangka-sangka...

awak telah membuatkan saya rasa bersalah atas kata-kata saya pada n3 sebelumnya....

aku puji kau haikal tapi aku masih terkilan kerana kau sudah ada anak dengan perempuan lain....

kau telah berasmaradana dengan perempuan lain selain zulaikha walaupun alisya tu dah halal buat kau pada waktu itu....

tapi sungguh aku tidak mampu membuang rasa terkilan ini.. sungguh!!!!

dan..

aku masih tidak mampu membuang kebencianku padamu haikal..

walau baik manapun kau semepas ini.. aku masih tidak mampu memaafkan orang yang mendutai cinta....

sungguh aku masih membencimu walau sejuta kebaikan yang kau hadiahkan pada zulaikha sekalipun... kerana aku tidak mampu mengusir kenangan itu dari kamus hidupku...

mengingatkan kau telah bersama perempuan lain membuatkan aku rasa amat2 membencimu tidka kira kau baik atau buruk selepas itu....

aku benci pada orang yang curang!! aku benci!!!!! benci sebencinya....!!!!

Hafia Hana said...

nk lg...
cpt la kawen zue ngan haikal ni

Anonymous said...

eeeiii.. haikal ni memang nak ambil kesempatan kan??

well, u know haikal!!!

cinta berlandaskan nafsu semata-mata..

jangan-jangan lepas ni bila alisya dah pulang semula... terus diceraikan sekali lagi zulaikha dan curang dengan alisya....

then, kawen semula ngan alisya then.. dapat anak lagi..

menyampah tau aku pada kau ni haikal....

menyampahhhhhhhhhhhh sangat2!!!!!!!!!!!!

Farina Irwani said...

sakitnya hati.............

akubersamaCahya said...

anonymous:

maaf andai penulisan sy terkesan pada awak.. ^^v cerita ni masih jauh penghujungnya. betul ke Haikal curang?! atau hanya andaian Zulaikha? bukan ke perempuan suka berandai? hehehe.. Apa cerita Alisya dan Haikal? Asyaaf anak Haikal atau bukan? nanti kan jawapannya.. hanya Haikal yang tahu dan Zulaikha perlu beri kesempatan pada Haikal untuk memperjelaskan. =)

Farina Irwani said...

bilakah semua ini akan berakhir....

akhiri lah penderitaan dan keperitan dalam hidupnya...

akubersamaCahya said...

akan berakhir. tunggu episod akhir..hehehe

intan abd wahab said...

firasat kuat mngtakan bhwa semuanya rncngn haikal..knp harus brjmpa ditmpat lain sdgkn haikal slalu kluar msuk kerumah zulaikha???
tntng ank tu rs2nya mmg bkn ank haikal kn prnh diberitahu olh mak zu dan haikal jgk marah bl zu memprsoalknnya....
pada pnulis syababs diucpkn dan mntk tlg kmskinikn bab n3 dgn tratur...

blinkalltheday said...

aah,sy pun rasa ni seme rancangan haikal laaa...sb ssh sgt nk dpt zue..hope sgt writer bg clue..

Ad_dEen said...

erm..smapai macam tu skali zulaikha di aniaya?
harap2 zulaikha masih suci..
saya percaya yg ashraf bkn anak haikal..
apsal cik anon sorang ni emo ye????
adoih tak paham...

Anonymous said...

emosi la korang ni... Haikal tak jelaskan apa2 lagi da korang entam da hehehe

akubersamaCahya said...

^^v tunggu ye, abc ada 2 paper (final exam) lagi b4 abc sempat korek rahsia haikal and investigate org yg aniaya zulaikha..hehehehe..

anonymous said...

Wahhh emosi betul para bembaca disini yer...itu bermakna penulis telah berjaya memanipulasi emosi pembaca huhu..keep it up

Unknown said...

😂😂😂ape ni???

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders