Sunday, November 28, 2010

love is forever~ 11





Tidur yang panjang. Selepas solat sunat semalam, Haikal adakan sesi pillow talk dengan aku. Banyak yang dia tegur. Dia faham, aku belum sedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sepenuhnya. Dia juga faham, aku menjadi isteri pada usia yang muda dan keadaan yang memaksa aku menjadi isteri kepada dia. Menangis aku malam tadi. Sebab itulah lena aku panjang dan hampir saja nak terbabas subuh. Nasib! Haikal sedar cinta aku pada dia. Dan dia nak aku tahu yang dia sangat cintakan aku. Walaupun aku bukan cinta pertama tapi aku cinta terakhir dia. Dia sanggup tunggu aku terima dia sepenuhnya. Aku terharu, sungguh! Dia dah senarai apa yang aku kena dan boleh buat dan yang tidak boleh. aku tak tahu bila pula dia sempat buat list do’s and dont’s ni. Tapi aku geram bila baca, main-main betul!

Sayang kena:

1. Tidur satu katil, sebantal lagi bagus! ^^,
2. Bahasa diri sayang! Bukan Zu. Ingat tu! =P
3. Dengar cakap abang. =)
4. Bagitau orang sayang isteri orang dah! ( taknak sayang kena ngorat, =,( )
5. Tidur peluk abang. =P
6. Mandi dengan abang. Hehehehe

Sayang tak boleh:

1. Pakai tudung bila dengan abang dalam rumah! Aurat lagi ke? =P
2. Tidur tanpa abang. ^^,
3. Makan tak tunggu abang =)
4. Mandi tanpa abang.
5. Solat sorang-sorang.
6. Pegi mana-mana tak ajak abang, ingat yang nih.
7. Tak pegang tangan abang waktu kita jalan-jalan tau! =)

Sayang boleh:

1. Tidur peluk abang. =)
2. Ajak abang mandi sama-sama. =P
3. Cium abang kalau rindu + cinta + nak pujuk. =*
4. Bermanja-manja dengan abang setiap masa =)
*p/s: abang akan tambah dari masa ke semasa oke. Love u sooo much. Muah-muah!


List ni dia bagi masa aku tengah siapkan tempat tidur. Katanya apa yang ditulis tu, bermula malam ni, sengajalah tu, tahu-tahu aku nak tidur bawah lagi. Berpeluh aku malam tadi, malu! Walaupun sudah pernah sekatil dan dipeluk Haikal masa di hotel dulu, tapi kali ini rasanya lain dari yang lain. Mungkinkah kerana cinta?

+++++++


Sehari sebelum berangkat pulang ke Johor, aku sempat mengikut ummi ke rumah Mak Long Haikal yang mengadakan kenduri untuk perkahwinan anak sulungnya, Suria. Dari situ, aku sedar yang kehadiran aku ke dalam keluarga Haikal amat tidak dialu-alukan. Rupanya Mak Long sangat berhajat Suria dijodohkan dengan Haikal. Selepas bekas tunang Haikal memutuskan pertunangan mereka disaat akhir, Mak Long mencadangkan Suria sebagai pengganti. Haikal menolak dan memilih aku. Kebencian Mak Long terserlah dan jelas semasa aku turut serta membantu untuk kenduri Suria, habis-habisan aku diperli di celah penduduk kampung yang ada. Malu. Terasa hina. Aku dikatakan gatal, kerana berkahwin diusia muda. Penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa hanya ketawa, kerana Mak Long menyindir dalam gurauan. Ada yang mengerti hanya menggelengkan kepala. Ummi hanya mampu menggeleng dan menyuruh aku memekakkan telinga. Hendak dijadikan cerita, aku yang leka melayan perasaan malu, habis kuih karipap yang aku goreng hangus. Bertambahlah sindiran untuk aku, kononnya aku tidak pernah masuk dapur, tidak pernah memegang senduk, dalam erti kata lain, aku tidak pandai memasak. Aku tebal muka, oleh kerana aku orang luar dan dia orang tua, aku sabarkan diri. Air mata yang sudah lama bertakung, mula mengalir ditubir mata. Sedih! Ummi mengajak aku pulang lebih awal yang dijangka, Baba dan Haikal hairan. Ummi bercadang mahu pulang malamnya, tapi kami pulang pada petang itu juga. Terima kasih ummi. Air mata aku mengalir tanpa malu sepanjang perjalanan. Ummi hanya mampu meminta maaf dan menyuruh aku bersabar. Malam itu aku tidur awal. Haikal hairan. Setiap pertanyaannya aku biar jadi persoalan. Aku terluka.



3 comments:

Fiqah Alias said...

(^_^) so sweet yg tertulis dalam list tu....huhu...

Unknown said...

huhu..ciannya 'aku' lam cta neh..

akubersamaCahya said...

=)
story is not a reality~

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders