Wednesday, August 3, 2011

cerpen: Suami = teman baik

 

maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v

enjoy and comment!

+++

suami=teman baik copy

Panggilan telefon dari mama petang tadi membuatkan aku terfikir sehingga kini. Aku perlu membuat satu keputusan yang baik dan tepat. Ini kisah masa depanku. Pilihan aku akan mencorakkan hidupku kelak.

“ Mama ni, buat lawak pulak..” kata-kata mama aku sambut dengan gelak tawa. Dulu mama yang larang aku bercinta masa belajar, sekarang tanya aku nak terima tak pinangan entah sesiapa.

“ siapa pula buat lawak, budak ni..” marah mama dihujung panggilan. Eh? Takkanlah? Alamak! Apa aku nak jawab? First time ever aku kena pinang, selama ni fikir aku ni tak berapa nak jadi perhatian mak cik-mak cik kawasan perumahan aku.

“ apa jawapan iyah?” soal mama setelah lama aku menyepi dihujung talian. Aku melepaskan nafas berat. Aku mesti berikan jawapan yang terbaik, demi maruah keluarga aku sendiri. Keputusan tidak boleh ikut hati, sebab ikut hati mati, ikut nafsu palsu.

++++

Sudah cukup seminggu, dan kini aku sudah sedia bersama dengan satu jawapan. Mungkin menggembirakan dan mungkin tidak. Tapi ini jawapan yang aku perolehi. Jawapan yang bukan ikut hati bukan juga ikut nafsu remaja. Dengan bismillah, aku berikan jawapan kepada mama.

“ Abiyah dah ada jawapannya, mama”

“ baguslah, apa-apa pun keputusan iyah, mama dan abah terima dengan baik”

“ Alhamdulillah, mungkin jodoh abiyah dah sampai, Abiyah terima dengan hati terbuka ma” malu pula rasa bila aku memberikan keputusanku setelah seminggu tempoh yang aku pinta tamat. Rasa panas di pipi.

“ Alhamdulillah…” ujar mama dihujung sana. Mungkin mama sudah sedia melepaskan aku ke tangan si lelaki yang dia percayai.

“ tapi…”

“ tapi? Tapi apa iyah?” soal mama resah, mungkin mama fikir aku akan kenakan syarat apa-apa, agaknyalah.

“ ini keputusan abiyah, tapi kalau mama dan abah tak setuju, abiyah ikut aje, abiyah nak kahwin dengan penuh restu mama dan abah. Restu adik beradik abiyah.” ujarku penuh tulus. Terasa sayu apabila kata-kata itu aku tuturkan. Mama sambutnya dengan gembira.

++++

Majlis akan diadakan sebulan selepas aku konvokesyen. Majlis pertunangan akan diadakan sehari sebelum pernikahan, lebih kurang 2 bulan lagi. Aku yang minta begitu, aku tak mahu terlalu lama terikat dengan pertunangan. Kata orang, dugaan masa bertunang sangat banyak. Aku takut aku tidak dapat menghadapinya dengan baik.

Potret bakal imam hatiku, aku pegang erat. Dia tua lima tahun daripadaku, aku 23 tahun, dan dia 28 tahun. Berkerjaya sebagai seorang jurutera disebuah syarikat swasta, dan mempunyai sebuah syarikat telekomunikasi sendiri. Menurut cerita mama, bakal suamiku ini anak lelaki sulung dalam keluarganya, tapi adik beradiknya hanya empat orang. Berbeza dengan aku yang mempunyai enam adik beradik. Aku alang, abang-abang aku, along angah dan ucu, selebihnya perempuan termasuk aku, achik dan adik. Adik yang paling bongsu. Jarak Ucu dan adik jauh sebab itu, Ucu dapat gelaran macam anak bongsu. Selalu aje ucu pertikaikan dekat mama, tapi mama hanya ketawa. Abah pun sama.

Muhammad Qaiser Ilman... seindah namanya, raja berilmu yang terpuji. Mudah-mudahan dia akan memerintah keluarga kami kelak dengan penuh berilmu. insyaAllah. Hanya gambar yang aku ada, yang membolehkan aku mengenali dia. Pernah mama menyarankan aku bertemu dengan dia empat mata, tapi aku tak mahu. Aku tidak mahu bertemu dengan dia, aku mahu bibit cinta ini lahir benar-benar selepas lafaz akad nanti. Apa sahaja boleh berlaku dalam dua bulan ini. Dia pun tidak memaksa.

++++

“ Abiyah.. kenapa macam tak happy aje nak kahwin ni.” soal achik sedang dia membantuku memakai inai dijari. Aku paksakan sebuah senyuman. hati ini tiada siapa yang tahu. Aku resah. Bukan kerana aku gementar, bukan gelisah dengan pernikahan esoknya. Tapi resah dengan kata-kata Qaiser petang tadi. Aku fikir ini pilihan aku yang terbaik, tapi mungkinkah sebaliknya?

“ Maafkan saya, saya paksa untuk berjumpa awak petang ni sedangkan esok kita sudah boleh berjumpa.. saya ada perkara yang perlu dibincangkan dengan awak.” pantas Qaiser bersuara sebaik aku menghampirinya di taman permainan depan rumahku.

“ Perkara apa? Nampak seperti perkara yang besar..” ujarku. Gelisah pada wajah insan yang bakal menjadi raja dalam hidupku esoknya. Aku tahan debaran hati ini sedari tadi. Bertemu begini menggoyahkan hatiku. Jangan ada cinta sebelum masanya. Sabar Abiyah!

“ Saya harap awak terima dengan baik, dan saya mahu ia menjadi rahsia antara kita berdua.” debaran ini kian kencang, namun aku gagahkan untuk mengangguk. Apa sahaja yang ingin disampaikan akan aku cuba tanganinya dengan penuh hemah.

“ Abiyah!” jerit achik apabila aku jatuhkan tangan dipahanya, habis kotor dengan inai yang telah siap diletakkan dijari-jariku. Aku cuma tersengih meminta maaf, aku terbabas, bermimpi dalam jaga. Aku meresah menanti esok. Mungkinkan cinta saat lafaz akad akan terputik seperti yang aku harapkan selama ini. Jika aku mula tunaskan cinta, tapi mungkinkah dia akan rasa yang sama? Resah ini takkan pergi selagi aku memikirkan hal itu. Abiyah telah buat satu keputusan untuk hidup Abiyah. Abiyah telah meminta pada DIA sebelum Abiyah berikan jawapan, mana mungkin jawapan Abiyah salah. Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik buat hambaNya. Abiyah redha andai inilah ujian untuk Abiyah, ujian yang akan membuat Abiyah sentiasa ingat pada Allah, ujian yang tidak akan biarkan Abiyah lalai dalam ibadah Abiyah. Abiyah redha.

++++

Benar seperti aku inginkan. Cintaku jatuh pada dia, suamiku setelah akad dilafazkan. Air mata ini mengalir dipipi. Mungkinkah dia akan rasa cinta seperti yang aku rasa sekarang. Mungkin tidak! Masih terngiang butir bicaranya penuh kekecewaan semalam.

“ saya minta maaf, mungkin saya tak dapat nak cintakan awak Abiyah, saya cintakan orang lain.”

“ tapi kenapa awak masuk meminang saya?” soalku, sungguh aku terkejut, apa permainan yang cuba dia lakukan sekarang? Aku bukan barang!

“ Awak pilihan keluarga saya, saya sudah bincang dengan keluarga saya tapi ibu saya tak setuju dengan pilihan saya. Mereka sukakan awak Abiyah. Saya tak ada pilihan lain selain menerima awak.”

“perkahwinan bukan sebuah permainan Encik Qaiser!”

“ Saya tahu tu Abiyah, saya datang berjumpa dengan awak sekarang bukan sebab nak awak batalkan semua ni, tapi saya nak awak tahu semuanya sebelum kita bernikah esok, saya tak nak tipu awak Abiyah.”

“ Apa yang awak nak saya lakukan sekarang?” aku sudah tidak boleh hendak memikirkan apa-apa. Aku hilang kata, aku tidak tahu apa yang perlu dikatakan kini.

“Just be my wife and I‘ll be your husband. Berikan saya masa untuk terima awak dalam hati saya, dan masa untuk saya lupakan cinta hati saya.”

“ Berlakon depan semua? Begitu?”

“ tak.. jangan salah faham Abiyah. Saya cuma perlukan masa untuk terima awak.”

“ Baiklah..” aku tinggalkan dia sendirian. Aku kecewa. Tidakkah dia sedar, dia bagai menghiris sembilu pada daging hatiku? Hanya persetujuan yang boleh aku berikan. Aku tidak tahu mahu membantah atau menyokong. Aku keliru!

Air mata ku kesat. Qaiser kini didepanku. Aku memandangnya, dalam kira-kira mencari cahaya cintanya buatku. Tiada! Aku tidak jumpa sinar cinta dia buat aku. Aku nampak garis-garis kecewa diwajahnya. Aku tunduk menyalaminya setelah dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Terasa sejuk tangannya tika kami bersentuhan. Sempat dia bisikan kata maaf padaku sebelum, dahiku dikucupnya. Sekelian kali air mata ini tumpah. Qaiser memandangku, dia mahu aku mengerti, aku perlu berikannya sedikit waktu. Cinta bisa dipupuk, kasih bisa disemai. Aku mengangguk, aku mahu dia mengerti, aku sedia memberinya waktu seperti mana mahunya.

+++

Qaiser dibuli oleh semua saudara-saudara lelakiku termasuk abah. Kebiasaannya dikampung aku memang macam itu, pengantin lelaki kena basuh semua periuk belanga yang digunakan masa kenduri. Qaiser yang segak berbaju melayu biru laut, terpaksa menyinting lengan baju dan kaki seluar untuk membasuh periuk belanga yang penuh dibelakang rumah. Aku hanya mampu ketawa dengan muka cuak dan kasihan dia. Rasakan!

Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Semua yang ada dirumah ini menunjukkan tanda-tanda untuk masuk tidur, al maklum penat seharian harini. Qaiser belum lagi habis menyuci periuk dibelakang rumah. Aku jatuh kasihan, mesti dia penat dan kesejukan, iyalah sejam lebih bermain air dan sabun. Aku ke dapur untuk melihat keadaan dia, bekukah?, usik hatiku.

Dari pintu dapur aku melihat tingkahnya. Sekejap-sekejap mengesat peluh didahi dengan lengan bajunya. Penat? Aku hanya tersenyum, gaya macam tak pernah buat kerja berat aje. Aku melangkah untuk membantu.

“ Penat?” soalku sambil mengambil span dan pencuci. Aku duduk bersebelahan dengan Qaiser. Dia hanya mengangguk dengan membuat muka yang kononnya tersangat letih. Aku hanya ketawa kecil.

“ Abang memang tak pernah buat kerja berat eh?” soalku. Abang.. walaupun kehadiranku kau tak inginkan, aku tetap tahu siapa aku disisi Muhammad Qaiser Ilman. Sebagai isteri aku tahu tanggungjawabku, panggilan nama pada suatu juga tanda hormatnya kita pada mereka yang bergelar suami.

“ Takdelah tak pernah, cuma malam ni penat sikit, yelah harini kan seharian kita buat kerja, walaupun orang kata Raja sehari. Tapi penatkan.. nak posing sana posing sini..” jawabnya dengan tawa, aku tersenyum mengiakan. Memang penat! Ditambah dengan jurufoto yang banyak songeh, entah manalah Along upah.

“ Kalau abang penat, masuklah, biar Abiyah habiskan, tinggal sikit aje lagi ni” ujarku. Hanya tinggal dua periuk dan satu kawah lagi. Qaiser sudah pun lencun bermain air.

“ eh.. takpe, saya habiskan, Abiyah tak payahlah main air malam-malam macam ni, lagipun daripada petang tadi saya tengok Abiyah buat kerja.”

“Dah biasa dengan kerja kenduri, tiap kali cuti semester, Abiyah ikut Pak Usu, tolong kerja catering dia, sampai malam pun belum habis kerja. Penat tu memang dah terbiasalah.” Aku memang sudah terbiasa dengan kerja-kerja berat sebegini. Aku suka. Memang daripada sekolah menengah aku sering mengikuti Pak Usu dengan kerja-kerja cateringnya. Masakan katering Pak Usu sedap dan murah, jadinya memang akan banyak tempahan. Sekarang bertambah-tambah sebabnya Pak Usu membuat pakej katering dan pakej andaman. Oleh sebab aku ni anak saudara kesayangan Pak Usu, Pak Usu menaja penuh kenduri kahwin aku harini, penat juga nak membayar walaupun sedikit, ditolaknya mentah-mentah.

Kami berdua hanya melayan perasaan dengan tangan ligat membasuh periuk dan kawah yang masih kotor. Tak tahu nak borakkan tentang apa. Sampai bila aku mesti tunggu cinta Qaiser untuk aku? Tersiksakah aku selepas ini? Semua itu ada, sentiasa ada dalam fikiran aku.

“ Abiyah tak menyesal kahwin dengan saya?” soalnya memecah sunyi antara kami sedari tadi. Soalannya itu berat, berat daripada suatu amanah yang perlu dipikul. Aku pernah terfikir tapi aku tidak pernah berjaya mendapatkan jawapannya. Tangan yang ligat tadi semakin perlahan pergerakannya.

“ Abiyah tak dapat jawab soalan tu.”

“ Maaf.. saya bukan nak sakitkan hati awak.. saya..”

“ Tak apa, Abiyah faham.. bagi Abiyah, mungkin ini semua ujian untuk Abiyah, Abiyah redha.. mungkin suatu hari nanti Abiyah ada jawapan bagi soalan abang tu.” pintasku sebelum Qaiser sempat menghabiskan kata-katanya. Qaiser hanya mengangguk faham.

“ Kalaupun Abang tak cintakan Abiyah sebagai isteri abang.. bolehkan Abiyah minta abang sayang Abiyah sebagai teman baik abang?” teman baik, ya.. sebagai teman baik. Bukankah seorang isteri itu merupakan seorang teman baik kepada suaminya?

“Teman baik? Maksud Abiyah?”

“ ye, teman baik.. teman waktu suka abang, teman waktu sedih abang… teman baik.. teman yang paling rapat dengan abang..”

“ erm.. boleh.. Abiyah jadi teman baik saya. Saya memang takde BFF” ujarnya dengan senyuman. ada nada gurauan di situ, aku juga menyambutnya dengan senyuman, inilah langkah pertama aku dalam mengejar cinta suami sendiri.

Aku melangkah ke arahnya, lebih dekat. Tangan aku hulur padanya untuk berjabat. Qaiser memandang ke arah dengan pandangan berkerut. Aku tersenyum.

“ Saya Abiyah binti Abduh, saya nak jadi teman baik awak boleh?” ujarku seperti pertama kali kami bertemu dan berkenalan. Qaiser akhir faham dan menyambut huluran tanganku.

“ Saya Muhammad Qaiser Ilman Bin Qayyum, saya pun nak jadi teman baik awak.” ujarnya membalas perkenalanku. Kami ketawa. Macam budak-budak baru nak berkenalan. Malam ini banyak perkara yang kami bualkan, lain keadaan daripada sebelumnya yang hanya sunyi menemani kami berdua. Kami berkongsi kisah waktu kecil hinggalah kisah waktu kenduri siang tadi. Lebih mudah nak mengenali seseorang apabila orang itu dianggap dan dijadikan sebahagian daripada kita. Teman baik.. insan yang ada sangat suka dan duka. Insan yang sentiasa ada setiap masa. Insan yang kita berkongsi segala-gala. Yang paling penting, insan yang paling memahami diri kita yang sebenarnya. Tapi sampai bila kami hanya berteman tapi mesra? Takkanlah selama-lamanya?

++++

“ Abiyah!”

“ Ye, saya..” aku terkocoh-kocoh berlari anak ke pintu depan. Marahkan apa lagi Qaiser harini. Sehari kalau tak marah aku memang bukan Qaiser. Perkahwinan yang baru setahun jagung ini penuh dengan dugaan dan buat hati aku selalu menangis. Mungkin kami hanya teman baik, jadi Qaiser boleh marah aku sesuka hati dia, dan menganggap aku tidak pernah kisah.

“ Awak ada kemas bilik bacaan saya tak semalam?” soal Qaiser dengan muka bengis.

“ Aa.. ada.. a..da, kenapa ye?” aku gerun disoal sebegitu rupa. Selama 23 tahun aku hidup, abah dan mama jarang marah-marah pada aku, sebabnya aku seorang yang mengikut kata, yang dikatakan tidak boleh takkan pernah aku buat.

“ Mana fail warna biru saya? Dah puas saya cari dari tadi..” marah Qaiser.

“ takde dalam bilik tu?”

“ Kalau ada aku tak tanya la kau!” jerkahnya dan terus berlalu ke kereta. Enjin dihidupkan dan terus bergerak keluar rumah.

“ aku? Kau? Sampai hati abang..” hatiku terusik. Kasarnya dia pada aku. Kenapa? Aku melangkah ke bilik bacaan Qaiser ditingkat atas. Aku jarang ke situ, kalau ada pun aku masuk cuma untuk mengemas bilik, mencuci habuk yang ada. Kerjaku sebagai seorang guru membuatkan aku mempunyai banyak masa dirumah.

Aku mencari fail biru yang dikatakan hilang itu. Entah apa yang ada dalam fail itu yang membuatkan Qaiser mengamuk sakan pada aku pagi ni. Sarapan yang aku buat pagi ini langsung tidak disentuh. Wahai hati, sampai bila kau akan menangis begini? Kerusi dimeja aku tarik, ada benda yang terlekat dikaki kerusi. Aku tunduk melihat. Di sini rupanya kau fail biru! Desir hatiku. Fail itu aku ambil, dan aku selak lembaran yang ada di dalamnya. Allah! Hati ini sekali lagi dikejutkan dengan sesuatu yang tajam. Sakitnya pedih terasa. Allah, kuatkan aku.. kuatkan aku menerima kenyataan ini. Lutut ini bergetar, aku terasa lemah. Lembaran kertas itu aku ambil. Aku baca. Air mata ini kian lebat ditubir mata. Aku selak lagi fail biru itu, ada sekeping gambar. Qaiser.. ada senyuman yang tidak pernah aku lihat diwajahnya untuk aku. Disampingnya ada gadis yang sangat manis dan cantik dimataku. Pasti dia Aliya, gadis yang sentiasa dihati Qaiser. Aku lihat dibelakang gambar...

Aliya gadisku.. sentiasa dihatiku, kini hingga ke syurga.. QloveA..

Air mata ini tumpah akhirnya, aku tahan dari teresak-esak. Lembaran ditangan ku lihat berselang dengan gambar. Ya Allah, adakah aku penghalang cinta mereka? Ya Allah, tidakkah aku mampu membuatkan Qaiser mencintai aku? Aku teringat peristiwa dua minggu lepas, sewaktu majlis kesyukuran untuk ulangtahun pertama aku dan Qaiser.

“ tak ada tanda-tanda lagi ke si Iyah tu Qaiser?” soal Ibu pada Qaiser. Aku tika itu dibelakang rumah, menyidai kain buruk yang basah digunakan tadi, langkah untuk masuk ke dapur aku hentikan. Aku ingin tahu apa yang dibualkan dua beranak itu. Walaupun tidak elok, tapi hati ini mendesak untuk ambil tahu.

“ Tanda? Tanda apa ibu?”

“ Ala.. dah setahun kamu kahwin, tak mengandung lagi ke?”

“ ingat apa la ibu ni… belum kut.” jawab Qaiser berselang tawa.

“ apa yang lucunya? Cepat-cepat sikit, kamu tu dah 29, dah patut ada anak” ujar Ibu lagi.

“ entah-entah bini kamu tu mandul Qaiser!” sampuk Mak Long yang tiba-tiba masuk ke dapur. Hatiku tersiat pedih. Mandul? Mungkin tidak!

“ takde lah Mak Long.. belum ada rezeki.” Qaiser seolah-olah mempertahankanku.

“ dah periksa?” soal mak long lagi. Mak long memang tidak pernah menerima aku sebagai isteri Qaiser, sebab Qaiser sudah ada Aliya, anak Mak Long! Qaiser hanya menggeleng. Ibu senyap, ibu tahu Mak Long terasa hati pabila Ibu tidak setuju Qaiser mahu berkahwin dengan Aliya. Aku tidak tahu kenapa, pernah bertanya tapi ibu hanya senyum penuh makna.

“Kalau takde juga tanda-tanda, kamu kahwin aje satu lagi.” Mak Long memberikan idea yang sangat menyakitkan hatiku. Ibu terkejut, Qaiser juga.

“Aliya sentiasa tunggu kamu!” tekan Mak Long sebelum berlalu keluar. Aku memejamkan mata, mencari kekuatan. Ya, aku dan Qaiser sudah setahun menjadi suami isteri. Tetapi hanya di mata orang, di atas borang nikah. Tapi.. Qaiser tidak pernah menyentuhku, hanya ketika upacara membatalkan air sembahyang saat kami bernikah, di situlah aku merasa hangatnya ciuman Qaiser di dahiku. Ya Allah, hebat sungguh dugaan ini.

“ Ha... buat apa kat sini!”

Jerkahan itu membuat aku tersentak daripada lamunan panjang. Air mata yang mengalir pantas aku kesat. Akibat terkejut, fail biru itu terjatuh ke lantai, habis semua isinya berterabur. Aku tunduk pantas mengutip segala dokumen yang berterabur. Rupanya banyak lagi gambar yang ada di dalam fail ini. Antaranya gambar kami berdua sewaktu pernikahan. Qaiser menghampiri, aku serta merta memasukkan semua dokumen ke dalam fail biru. Aku serahkan kepada Qaiser setelah dia berada bertentang denganku. Qaiser merenungku dengan renungan tajam. Aku gerun. Aku tunduk ke lantai. Alamak, borang itu.. macam mana aku terlepas pandang. Minta-minta Qaiser tak perasan.

“ Buat apa lagi tercegat dekat sini, keluarlah!” marah Qaiser. Entah apa yang membuatnya terus memarahi aku. Mungkin dia takut hendak berterus terang. Mungkin dia mahukan persetujuan aku. Ya Allah, berikan aku jalan keluar. Aku tidak mahu terus dimusuhi oleh suamiku tanpa aku tahu sebabnya. Aku melangkah mahu pergi, teringatkan borang yang terjatuh dihujung kaki meja, membuatkan aku berpatah lagi.

“ Ha.. apa lagi?”

“ erm.. ini..” aku menghulurkan kepada borang itu. Seketika berfikir, aku tidak terus memberi kepadanya, Qaiser mendengus marah. Mungkin fikirnya aku seperti mahu mempermainkan dia. Aku lantas mengambil pen yang ada di atas mejanya. Aku turunkan tandatangan pada tempat yang ada. Di sini sah lah, aku sebagai isteri pertama kepada Muhammad Qaiser Ilman bersetuju untuk membenarkan Qaiser mengahwini, Nur Aliya Elis.

Aku redha. Mungkin ini dapat membuatkan Qaiser tidak lagi marah-marah. Mungkin juga ini membuatkan Qaiser lebih bahagia. Kebahagian Qaiser adalah segala-galanya. Aku mahu suamiku bahagia. Air mata bertakung ditubir mata, bila-bila bisa jatuh. Aku percepatkan langkah keluar dari situ. Kenapa Qaiser tak nampak nilai cintaku pada dia? Ya Allah, inikah pengakhirannya? Aku tak rela berkongsi kasih tatkala kasihnya tidak pernahku rasa.

++++

Qaiser terduduk. Dia meraup mukanya. Borang itu dia perhatikan. Hujung surat, tertulis nama Abiyah binti Abduh, yang baru sahaja menandatanganinya. Qaiser keliru. Antara cinta dan kasihnya. Teman atau cinta hati? Kalau dipilih kedua-dua, pasti ada yang terus terluka, terus terseksa, dan pastinya itu Abiyah, takkanlah selamanya dia perlu menangis?. Matanya dipejam, menahan kekusutan kepala yang bersarang selama dua minggu ini. Hatinya gelisah dan celaru, Abiyah terus menjadi mangsa. Dan Qaiser sedar, Abiyah sentiasa menjadi mangsanya, mangsa amarahnya, mangsa untuk dilepaskan rasa kecewa. Abiyah tak pernah melawan, Abiyah hanya akan tunduk, Abiyah hanya akan mengangguk dan mendengar dan Abiyah hanya akan menangis sendirian di dapur. Qaiser tahu semua itu, namun egonya menahan untuk berbuat baik terhadap ‘teman baik’nya itu. Qaiser mendengus lemah, kepalanya diletakkan terus ke meja. “Aku perlu cari jalan keluar..” bisik hatinya.

+++

Abiyah teresak-esak menangis di birai katil. Hatinya pedih dan terus terluka, berdarah. Hatinya tidak lagi kuat untuk menahan tangisan. Abiyah cemburu, Abiyah kecewa. Qaiser tidak sedar cinta Abiyah. Abiyah sabar selama ini, kerna cintanya pada Qaiser terlalu kuat. Gambar perkahwinan mereka ditenung. Wajah Qaiser ditelek. Tiada senyuman walaupun segaris. Abiyah tahu, Qaiser terpaksa demi ibunya. Abiyah faham, Qaiser tidak rela menikahinya. Abiyah tahu perasaan Qaiser yang tidak pernah mencintainya. Menangis tidakkan menyelesaikan segalanya. Abiyah pantas bangun, ingin berwudhuk dan solat. Hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.

+++

Aku panjat doa kepada Maha Agung. Pemilik cinta yang agung dan tiada tandingan. Sedikit demi sedikit, aku tenang. Tiada lagi tangisan walaupun hati ini pedih. Lamunanku tersentak, dengan tepukan kecil dibahuku. Aku pantas mengilas kebelakang. Qaiser? Qaiser duduk dibirai katil dengan senyuman tawar. Aku membalas senyumannya walaupun agak pahit. Aku palingkan wajah. Tidak mahu Qaiser lihat redupan wajahku. Aku tidak mahu dia tahu aku menangis. Aku hanya mahu dia tahu aku kuat dan tidak kisah akan apa-apa.

“ Saya minta maaf..”

“ maaf?..” soalku.. tidak pernah Qaiser begini.

“ maaf kerana berkasar.. saya tengah kusut.”

“ takpe.. saya faham.. jangan risaukan saya”

“ saya mintak maaf Abiyah… dan saya nak awak tahu.. saya masih berpegang pada janji saya sebelum kita kahwin dulu” janji? Aku sendiri tidak ingat apa yang kami janjikan. Janji kami?

“ janji?” soalku. Namun aku masih tidak memandang pada wajahnya. Aku lebih selesa begitu, aku tidak betah bila dia memandangku. Aku rasa getar. Aku rasa debar.

“ saya janji dengan awak sebelum kita berkahwin untuk cuba mencintai awak.. bukan janji untuk menduakan awak, Abiyah”

Saat kata-kata itu meniti dibibir Qaiser, seribu kesyukuran aku panjatkan pada Allah. Ya Allah, sesungguhnya keyakinanku padaMu tidakkan pernah tersia. Tiada lain yang aku pinta, hanyalah kasih, sayang dan cinta dari suamiku Muhammad Qaiser Ilman. Air mata mengalir perlahan pabila aku memejam perlahan mataku. Qaiser mendekati aku, dan bersila betul-betul di tepiku. Tangannya memegang mukaku, dan memalingkan ke arah dia. Aku tunduk memandang lantai, segan membiarkan mata ini membalas pandangan Qaiser. Jari kasarnya lembut mengesat air mataku. Sepantas kilat, dahiku dikucup hangat oleh Qaiser. “ Tetaplah menjadi teman baik saya,” bisik Qaiser perlahan. Makin terasa cintaku pada dia. Tidakkah dia tahu?

Tanganku digenggam. Erat. Kami lama begitu, seolah-olah membiarkan hati berbicara. Mungkin juga memanggil ketenangan hati supaya datang menyejukkan kembali hubungan ini.

“ Abiyah, saya nak mintak tolong awak..”

“ Tolong? Kalau mampu saya akan tolong..kalau tak..” aku hanya menjungkit bahu. Entah apa yang dimahukannya.

“ Saya lapar..”

“ la.. lapar.. kejap saya turun masak..” aku bingkas mahu bangun. Namun ditahannya.

“ eh.. kejapla.. tak habis cakap lagi..” aku kembali mengambil tempat disisinya.

“ masa dekat rumah Ibu dulu, awak ada masak nasi lemak sotongkan.”

“ ye.. kenapa? Nak makan eh?”

“ a’ah.. teringin la..” rengeknya, manja pula orang tua ni.

“ macam orang mengidam je abang ni..” ujarku dengan ketawa. Entah angin apa lah Qaiser malam ni.

“ mengidam? Erm.. itu kalau..” Qaiser tidak menamatkan bicaranya tapi gerak tubuhnya menyambung kata-katanya. Perlahan dia menarik tanganku kembali ke dalam genggamannya. Tubuhnya merapati tubuhku. Aku kaget. Apa dia cuba buat? Takkanlah.. aku tak ready! Cepat-cepat aku memejamkan mata. Terasa hangat bibirku tatkala bibirnya menyentuh bibirku. Terasa panas pipi. My first kiss! Usik hati kecilku.

“ abang akan tunggu sayang sedia.. dan cinta abang untuk sayang datang..” bisik Qaiser ditelingaku. Aku kembali membuka mata perlahan. Aku memandangnya segan-segan, mengangguk tanda aku mengerti, aku juga belum bersedia! Dua-dua menguntum senyum. Malam ini malam paling indah. Indah dengan penjelasan Qaiser, makin indah bila Qaiser mula membiasakan diri dengan perkataan ‘abang’ dan aku ‘sayang’. Terima kasih Allah.

+++

“ Abang tak boleh buat macam ni! Aliya dah bagitau dekat Mama yang kita nak kahwin hujung tahun ni!” rengek Aliya, terkejut bukan kepalang pabila Qaiser memutuskan hubungan cinta yang ada antara mereka. Hidup matinya hanya untuk Qaiser, itu motto Aliya sejak bercinta dengan Qaiser seawal umur remajanya, walau banyak lelaki yang datang dan pergi dari hidupnya, Qaiser tetap cinta hatinya. Qaiser tidak pernah menyentuhnya, tidak seperti Hakeem yang suka mengambil kesempatan terhadap dirinya. Qaiser tidak pernah bertindak nakal seperti Nazim yang selalu menidurinya.

“ Abang perlu tamatkan semua ini, abang kasihankan Abiyah. Dia sangat baik. Dia isteri abang.”

“ Abang ceraikan dia! Ceraikan!”

“ takkan!” kata-kata Aliya itu membuatkan Qaiser berasa geram. Takkan pernah Abiyah diceraikan, kerana jauh dilubuk hatinya dia merasakan dirinya tidak boleh sendiri tanpa adanya Abiyah. Aliya ditinggalkan terkulat sendiri. Ada dendam dalam hatinya. Abiyah pemutus cinta dia dan Qaiser. Abiyah merampas Qaiser daripadanya. Aliya takkan pernah kalah dengan sesiapa!

++++

Hubungan Abiyah dan Qaiser semakin baik dan rapat. Qaiser masih cuba menuntaskan rasa cintanya buat si isteri yang setia dan sentiasa mencintainya. Abiyah sedar akan hal itu dan sentiasa sabar menanti cinta Qaiser buatnya. Entah bila, tapi pasti akan tiba.

“kita nak makan apa untuk esok pagi?” Ujarku pada Qaiser yang leka menonton bola. Aku pula asyik melipat pakaian di penjuru ruang itu.

“ erm.. anything, Abang okay je.” Jawab Qaiser acuh tak acuh. Lelaki bila dah demam bola, makan pun bola la jugak.

“ Makan bola la eh..” tutur Abiyah perlahan.

“ Apa?” soal Qaiser, pandangannya terarah kepada ku. Aku kaget, dan menggeleng laju. Takut pula nak bergurau bila tengok muka Qaiser serius begitu.

“ Tak.. takde pape..” jawabku agak gagap.

“ Said it again.. I beg your pardon?” Qaiser mula melangkah ke arahku. Aku mula tak tentu arah. Kain yang sudah siap berlipat aku buka dan lipat semula. Qaiser sudah siap duduk bertentang denganku.

“ Cepatlah, apa Iyah cakap tadi.. Abang kurang dengarla..” Dengan sengaja, Qaiser mendekatkan wajahnya ke wajahku.

“ er.. bola.. bola-bola.. Abiyah nak masak sup bola-bola..” Ujarku dengan sengihan panjang. Qaiser ketawa besar setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Dicuit lembut pipiku yang mula merona merah kerana takut dan malu padanya. Biarpun kami rapat, lebih akrab dari seorang teman baik, tapi aku tak dapat buang perasaan malu kepadanya, mungkin lebih kepada segan!

“ Jangan tak masak pula sup bola-bola sayang tu esok.” Sindir Qaiser sebelum aku melangkah masuk ke bilik. Qaiser masih dengan ketawanya yang bersisa. Suka sangat bila dapat mengenakanku. Aku hanya mencebik dan menjerling. Bukannya dia senyap tapi makin bertambah gelak tawanya dengan reaksiku.

++++

Aliya mula mereka suatu rancangan penuh dendam. Bak drama melayu mahupun Indonesia. Perancangan dan langkah yang bakal di ambil Aliya ini sudah diketahui, namun apalah yang dapat disangka oleh si naif Abiyah. Tak terduga dek Qaiser, sejauh itu Aliya akan lakukan.

Sedang asyik berjogging sendirian di Taman Rekreasi berhampiran rumah mereka lewat petang itu, tak diduga Abiyah akan berlakunya malang bagi dirinya. Bukan Qaiser tak melarang Abiyah pergi sendirian tapi kedegilan Abiyah yang mahu bersenam kerana tidak sedap badan.

“ Abiyah pergi kejap aje”

“ Tunggu Abang balik, nanti kita pergi berdua”

“ Takpe, Abang banyak kerja kan.. Abiyah pergi kejap je. Around 15 minit lepas tu Abiyah balik”

“ Jangan degil boleh?” Soal Qaiser tegas tapi lembut, sedikit demi sedikit, hari demi hari rasa kasih kepada isteri mula bercambah.

“ Abang jangan degil boleh?” Soal Abiyah semula, manja.Qaiser mengeluh perlahan, terpaksa mengalah dengan kedegilan Abiyah, isterinya.

“ Hati-hati, jangan lama-lama” Qaiser sendiri sebenarnya rasa tidak sedap hati. Risau!

“ Okay Boss!”

Sedikit regangan badan dilakukan dalam perjalanan pulang ke rumah. Taman dan rumah tidaklah jauh mana, cuma 10 minit perjalanan. Abiyah berjalan mengikut arus kenderaan dijalan raya. Sedang asyik berjalan, sampai di suatu simpang, cermin besar disimpang di pandangnya sebentar, niat mahu mengambil gambar, teringat masa di kolej waktu belajar dulu, itulah aktivitinya dengan kawan-kawan selepas penat bersenam sekeliling kolej. Telefon dikeluarkan dari poket, sedang asyik mencari kedudukan yang cantik untuk mengambil gambar, Abiyah terperasan kenderaan yang nampak seakan memecut laju ke arahnya, Abiyah toleh pantas kebelakang dan...

Abiyah hanya rasa seolah terapung diudara dan terhentak, sakit! Tapi kelam. Abiyah tak ingat apa-apa selepas bunyi siren ambulans dan riuh rendah suara orang ramai. Abiyah hanya nampak wajah Qaiser yang tersenyum kemudian hilang diudara. Abang!

+++

“ She will be fine, Alhamdulillah. Isteri Encik sudah melepasi tahap kritikal. Kami akan ubah dia ke wad biasa, rawatan susulan akan kami lakukan. Banyak-banyak berdoa ye.”

Jawapan Doktor Harlini sebentar tadi memberi sedikit kelegaan kepada Qaiser. Tangan isterinya yang berselirat wayar, diambil, dikucup perlahan. Terkejut! Qaiser sangat terkejut semasa menerima panggilan daripada jirannya yang mengatakan Abiyah dilanggar lari dipersimpangan rumah mereka. Waktu itu dia baru bersiap untuk pulang, resah hatinya memaksa dia untuk pulang lebih awal. Keresahannya terjawab dengan panggilan daripada jirannya itu. Qaiser segera memecut ke Hospital.

“ Kenapa sayang degil, abang suruh tunggu abang, sayang taknak, kan dah sakit macam ni...” Rungut Qaiser perlahan sambil mengelus perlahan tangan isterinya yang masih tidur itu.

“ Cepat sihat sayang, jangan tinggal abang tau. Abang belum tunai janji Abang dekat sayang..” Qaiser mengucup perlahan tangan Abiyah yang masih digenggamannya.

Malam itu, Qaiser tidur di wad menemani Abiyah. Esok, awal pagi dia perlu ke Balai Polis berkenaan kes langgar lari tersebut. Hatinya geram, andai dapat pemandu tersebut, mahu dilanyak-lanyaknya. Tidak aman hidup orang yang berbuat salah ni, esok lusa pasti rasa sengsaranya, getus hati Qaiser. Telefonnya bergetar, Mama..

“ Assalamualaikum Qai, macam mana dengan Iyah?”

“ Waalaikummussalam, Alhamdulillah, dia okay dan stabil, masih tidur lagi. Doktor kata dah okay, tunggu dia sedar.” Dari jauh, kedengaran Mama mengucap syukur.

“ InsyaAllah, esok Mama dan Abah sampai. Jaga Iyah ye Qai.” Pinta Mama.

“ InsyaAllah Ma, sebaiknya saya jaga dia, macam dia jaga saya..” tutur Qaiser perlahan sambil memandang isterinya yang masih tidur.

Qaiser menghampiri Abiyah, dilabuhkan punggungnya ke kerusi disebelah Abiyah. Ditenung wajah isterinya yang calar-balar dan berbalut. Diraupkan wajahnya beberapa kali. Senyuman terukir dibibir. Terkenang sewaktu seminggu selepas mereka bernikah, mereka berdua ke Pulau Redang, Papa dan Mama bagi hadiah kahwin untuk mereka, kononnya sebagai bulan madu. Bagi Qaiser dan Abiyah bukan honeymoon tapi sesi perkenalan dan sesi bersama teman baik.

“ Sayang ingat tak masa kita nak pergi menyelam?” Qaiser ketawa sendiri.

“ Sayang menangis-nangis dekat tepi pantai. Abang sampai jadi pelik, kenapalah sayang menangis, dekat bilik bukan main lagi excited sangat-sangat nak tengok ikan la apa la. Abang malas nak layan, abang pergi menyelam dulu, abang ingat sayang akan turun menyelam lepas tengok abang dah menyelam, tapi tak, sayang lari balik bilik and tidur.” Qaiser ketawa lagi. Tangan Abiyah digenggam dan dielus perlahan.

“ Sayang kata malu nak pakai ketat-ketat, abang tak faham, terus sayang menangis lagi. Abang tak faham sampai naik fed-up. Abang betul tak faham masa tu. Masa abang tengok sayang bersiap nak keluar esoknya baru abang faham. You wear hijab, suit selam tu ketat sikit, mana sayang nak kan. Nampak macam alien la nanti. ” Qaiser ketawa lagi tapi perlahan. Dikucup perlahan tangan isterinya.

“ Tapi jawapan abang salahkan sayang.. sayang jawab tenang je bila abang bagi jawapan salah.. sayang kata, mungkin baju tu tak tunjuk warna badan Abiyah, tapi bentuk tubuh Abiyah, how does my body look, Muhammad Qaiser Ilman je boleh tahu, boleh tengok. Abang terkedu dengan jawapan sayang. Abang terharu. Abang rasa sangat bersyukur sebab dapat memperisterikan Abiyah, seorang gadis yang solehah. Abang sangat beruntungkan? Tapi abang..” Qaiser tersedu-sedu. Bahunya terhenjut-henjut kerna menahan tangis.

“ Abang minta maaf, abang taktahu kenapa cinta buat sayang tak ada dalam hati ni. Setiap hari, setiap saat abang berdoa, moga hati ni penuh dengan cinta buat Abiyah. Abang mintak maaf Abiyah, abang dah cuba... Abiyah terlalu setia dengan cinta Abiyah, Abang sedar Abiyah banyak terluka dengan abang. Abang sedar, cuma abang tak mampu nak berjanji. Maafkan Abang, abang gagal jalankan tanggungjawab abang..” Qaiser memeluk erat tangan isterinya. Segala resah hatinya diluah biarpun isterinya tidak mendengar. Takut, Qaiser takut andai isterinya pergi meninggalkannya tanpa sempat janjinya dulu ditunaikan. Janji untuk mencintai isterinya, Abiyah. Malam itu, Qaiser tidur disamping Abiyah, menemai Abiyah dan dia ditemani sedu sedannya sendiri. Cinta itu ada, kadang kita tidak sedar wujudnya ia, perlu batu penanda.

+++

Setelah urusan di Balai selesai, secepatnya Qaiser bergerak kembali ke Hospital. Mama dan Abah sudah sampai. Ibu dan Ayah Qaiser pun telah sampai, sejak awal pagi tadi lagi. Panggilan Mama menggusarkan. Abiyah mengamuk? Qaiser singgah ke rumah sebentar mengambil sedikit pakaian dan kelengkapan mandi. Mungkin akan berumah di Hospital untuk beberapa hari lagi.

“ Saya dah berikan ubat penenang, biarkan dia tidur, mungkin dia masih trauma dan terkejut.” Kata-kata doktor Harlini itu menghimpit telinga Qaiser sebaik dia tiba. Kelihatan Mama dan Ibu berpelukkan, masing-masing matanya berair bagai lepas menangis. Sebaik melihat kelibat Qaiser, Mama terus meluru ke arahnya.

“ Qai..”

“ kenapa ni Mama? Ibu?” Soal Qaiser cemas, apa yang berlaku kepada Abiyah sebenarnya?

“ Qaiser.. sini..” Panggil Abah. Qaiser menurut. Mama masih dipujuk Mak supaya besabar.

“ Kenapa ni Abah, Abiyah okay kan?” Abah dan Ayah mengangguk perlahan. Abah memegang bahu Qaiser erat.

“ Qaiser kena bersabar ye.. Abiyah ada mengalami sedikit masalah selepas kemalangan tu.” Tutur Abah perlahan, mungkin mencari ayat yang terbaik.

“ Masalah? Masalah macam mana tu Bah..?” Qaiser berdebar. Apa yang berlaku?

“ Masa Abiyah sedar tadi, semua okay, tapi tiba-tiba dia kata, dia tak boleh nak gerakkan tangan kanan dia, rasa kebas. Bila doktor check, ada sedikit masalah. Mungkin Abiyah akan mengalami kecacatan, tapi masih boleh dirawat.” Qaiser terduduk mendengar berita itu. Allah! Hanya itu yang bisa dinyatakan. Qaiser beristigfar beberapa kali.

“ Sabar Qaiser, Allah sedang menguji kamu berdua. Sabar dan banyakkan berdoa.” Ayah menepuk bahu Qaiser beberapa kali, seakan memberikan semangat buatnya.

“ Abiyah... Abiyah macam mana Bah?” Qaiser teringatkan isterinya, bagaimana Abiyah mahu menerima kenyataan itu?

“ Erm.. Abah terkejut dengan reaksi Iyah tadi, sepanjang hidup Iyah, dia tak pernah melatah bila diduga atau diuji, mungkin ujian ini berat untuk dia terima, dia meraung bila doktor cakap dia mengalami kecacatan. Abah tak tahu macam mana nak sabarkan, Abah sendiri terkejut dengan berita tu.” Abah mengambil tempat disisi Qaiser. Qaiser meraup wajahnya dan memandang terus kepada isterinya yang sedang terlena kerana ubat penenang. Kau tenangkanlah jiwanya Ya Allah, doa Qaiser dalam hati.

+++

“ Abiyah.. pandang abang sayang...” tutur Qaiser penuh lembut, memujuk. Sedar terjaga tadi, Abiyah hanya menyepi dan memaling wajah. Abiyah seperti marah pada Qaiser. Qaiser buntu.

“ Abang ada buat salah dekat Abiyah?” Soal Qaiser lagi. Tidak putus asa. Namun Abiyah masih mendiamkan diri.

“ Tak apalah kalau Abiyah tak nak tengok abang, tak nak cakap dengan abang. Abang balik dulu. Jaga diri.” Qaiser mula melangkah pergi, hatinya sedikit terluka dengan sikap Abiyah. Lama dia menunggu isterinya sedar dari lena, setelah terjaga, ini pula jadinya. Abiyah memandang Qaiser yang mula pergi. Hatinya sedih. Sedih teramat. Bukan dia benci, bahkan tidak sekali marah. Cuma dia kecewa dengan diri sendiri. Dia cuba bersuara.

“ Abang...” Panggil Abiyah perlahan. Belum sempat Qaiser melangkah keluar, dia berpaling. Alhamdulillah. Langkah diatur kemas ke arah isterinya yang tidak lepas memandangnya.

“ Abang.. Abiyah mintak maaf. Abiyah bukan marah.. Abiyah cuma malu..” Qaiser memandang wajah Abiyah dengan kerutan didahi.

“ Malu? What do you mean by malu?” Qaiser mula bersoal

“ Malu.. Abang akan malu ada isteri cacat macam ni.” Qaiser terkedu kemudian ketawa kecil. Kenapa perlu Abiyah berfikiran begitu? Ujar hati kecil Qaiser.

“ Boleh bagi alasan lain?” Qaiser bersoal lagi. Abiyah hanya senyap. Dilepaskan keluhnya perlahan. Qaiser mengambil tangan Abiyah, dan mengelus perlahan.

“ Tak baik mengeluh sayang..” Abiyah hanya tersenyum nipis.

“ Abiyah akan menyusahkan abang, dan mungkin kecacatan ini akan mengganggu terus dari cinta untuk hadir dalam hati abang buat Abiyah. Tak mustahil..” Ujar Abiyah teratur dan penuh lemah. Qaiser terdiam, fikirannya mencari bait kata terbaik untuk menenang hati Abiyah dari terus memikirkan perkara itu.

“ Siapa tahu soal cinta. Semua itu kerja Dia.” Ujar Qaiser sambil telunjuknya menunjuk ke atas. Abiyah hanya memandang lemah.

“ Siapa pula tahu soal hati, hanya diri dan Ilahi..” Sambung Abiyah. Qaiser mengucup lembut tangan isterinya yang terkulai bagai tiada fungsi. Abiyah memandang sepi, air mata bergenang ditubir matanya, dia tidak dapat merasa hangatnya kucupan itu, tangannya seolah hilang segala reseptor.

“ Sayang tetap teman baik Qaiser Ilman. Teman yang sejati. Abang dah tahu satu perkara” Qaiser mengujar soalan buat Abiyah, yang dilihatnya masih terus bersedih.

“ Perkara apa?”

“ Soal teman baik..” Qaiser memandang wajah Abiyah. Ditenung lama wajah isterinya, namun Abiyah isteri yang pemalu, matanya sering dilarikan jauh dari pandangan mata Qaiser. Teringin. Qaiser sangat teringin memandang mata yang berwarna coklat itu.

“ Abiyah tak faham..” Tutur Abiyah.

“ Kalau dulu, mungkin abang tak faham. Kenapa Abiyah suruh layan Abiyah sebagai teman baik. Boleh aje Abiyah tegaskan Abiyah ni isteri abang. Tapi tak, Abiyah tetap suruh anggap Abiyah kawan baik abang. Seorang isteri merupakan seorang teman di sisi suaminya. Sentiasa memberi semangat tika sang suami kejatuhan. Sentiasa menghiburkan hati sang suami tika kesedihan. Sentiasa tersenyum tika suami melihatnya. Dan itulah Abiyah Abduh, isteri Qaiser Ilman dan juga teman baik Qaiser Ilman.” Tika itu, Abiyah sudah basah dengan air mata. Biarpun lama untuk suaminya memahami erti dibalik “teman baik” yang dipinta dulu, Abiyah sungguh bersyukur. Cinta itu ada, manusia yang leka, sukar untuk menyedarinya. Allahuakbar!

++++

Setelah seminggu berumah di wad. Abiyah telah dibenarkan pulang. Tangannya masih sama biarpun beberapa rawatan telah dilakukan sepanjang seminggu itu. Abiyah tetap sabar, dan akan sentiasa tabah dengan adanya Qaiser di sisi yang tidak putus dengan semangat buat dia.

Ibu dan Ayah telah mengadakan kenduri kesyukuran kecil buat Abiyah. Mama dan Abah juga sudah merancang, jadinya mereka sepakat untuk mengadakannya di rumah Ibu. Sekali lagi Pak Usu menjadi penaja ikhlas. Abiyah tidak terkata apa, Cuma mampu bersyukur. Bersyukur dengan banyak perkara. Syukur masih diberikan peluang dan ruang untuk merasai kehidupan serta memenuh yang kurang pada diri. Syukur dieratkan hubungannya dengan Qaiser. Syukur atas segala nikmat pemberianNya. Qaiser sedari tadi sibuk mengemas meja dan kerusi. Kenduri memang seronok tapi mengemasnya yang penat. Abiyah tidak hanya goyang kaki. Sedari tadi berusaha membasuh pinggan mangkuk didapur, biarpun hanya sebelah tangan.

“ Abiyah... pergi rehatlah. Biar Ibu suruh orang habiskan semua ni.” Ujar Ibu sekembali ke dapur.

“ Sikit aje Bu, Iyah tak biasalah duduk saja ni.” Jawab Abiyah dengan senyuman. Ibu hanya mengangguk dan membiarkan Abiyah meneruskan pembasuhan. Teringat pesan Abiyah sekembali dari Hospital. “Jangan pernah layan Abiyah dengan kekurangan Abiyah. Abiyah tak hilang tangan, cuma Allah rehatkan ia dari fungsinya”. Semua kagum dengan Abiyah, biarpun awalan dulu, Abiyah sendiri tidak dapat menerima kenyataan itu.

“ Well.. well.. well.. ada show dekat dapur ni rupanya..” Suara sinis itu mengejutkan Abiyah dari leka dengan pembasuhannya. Abiyah kalih ke belakang. Aliya?

“ Show OKU. How does OKU basuh pinggan?” Ujar Aliya lagi diselangi ketawa sinis dan penuh ejekan. Abiyah hanya diam. Hatinya terusik. Sungguh!

“ Aku ingat kau dah mampus masa kemalangan tu.. apasal liat sangat nyawa kau ha!” Jerkah Aliya, matanya penuh amarah. Abiyah hanya diam tidak terkutik. Malas hendak dilayan, pasti menyakitkan hati.

“ Aik.. kau ni bisu dah ke?” Aliya memandang Abiyah dengan cerlungan mata yang tajam.

“ Apa awak nak Aliya?” Soal Abiyah serius.

“ Tanya lagi? Aku nak laki kau lah, kau dah rampas dia dari aku, sekarang kau tanya lagi? Bodoh!” Ujar Aliya penuh amarah dan angkuh.

“ Astangfirullah. Tiada soal rampas merampas dengan satu jodoh. Telah Allah takdirkan saya dan Abang Qaiser menjadi suami isteri. Siapa kita untuk menyangkalnya?” Abiyah menjawab penuh teliti dan teratur.

“ Jangan berlagak alim la perempuan.” Ujar Aliya geram, ditunjalnya dahi Abiyah beberapa kali. Aliya memandang tangan Abiyah yang beranduh.

“ Kau dah cacatkan. Jangan ingat dengan anduh kau ni, orang taktahu kau ni cacat?” Aliya mula menarik anduh itu hingga terputus talinya. Terkulailah tangan Abiyah yang tidak berfungsi itu. Abiyah terkejut, terus memeluk tangannya dengan tangan kiri. Aliya ketawa besar. Diangkat tangan kanan Abiyah dan dilepaskan, seolah-olah mempersendakan Abiyah. Abiyah mengelak.

“ Apa awak nak Aliya? Jangan ganggu saya!.” Ujar Abiyah tegas.

“ Aku nak Qaiser!” suara Aliya, kuat! Abiyah menggeleng perlahan.

“ Dia suami saya. Abang Qaiser suami saya Aliya. Tidak semudah itu saya boleh memberikan dia pada awak. Abang Qaiser bukan barang.”

“ Dia tak pernah sayangkan kau lah!” Abiyah hanya tersenyum.

“ Siapa awak untuk mentafsir hati Abang Qaiser?” Aliya mendengus geram. Dia menghampiri Abiyah, menarik tangan kanan Abiyah kemudian mahu menghentakkannya. Kudrat Abiyah tidak sekuat kudrat wanita psiko seperti Aliya. Tambahan pula, tangan kanan Abiyah tidak lagi dapat berfungsi. Tidak semena-mena, Aliya terjelepuk jatuh ke lantai. Abiyah terkesima.

“ Its work.. Alhamdulillah.” Entah dari mana Qaiser datang meluru ke arah Abiyah. Abiyah hanya memandang Qaiser yang menelek tangan kanannya. Aliya melopong.

“ Qai.. isteri you ni tolak I, I nak tolong dia betulkan anduh.. sakit..” Aliya cuba memancing belas Qaiser. Qaiser hanya tersengih.

“ Cukuplah menipu Aliya. I saw almost everything. Suara you tu, macam speaker yang orang pasang dengan kenduri kahwin you tau tak? So, stop all your acting and get out from here. Aku takkan percaya dengan kau lagi Aliya.” Ujar Qaiser penuh tegas dan sinis. Aliya terkesima.

“ Tapi dulu you janji dengan I nak kahwin dengan I. Jangan mungkir janji.” Rengek Aliya.

“ Janji kotor you? Ibu dah cerita semua dekat aku tentang perangai sebenar kau Aliya. Anak siapa pula kau bawak sampai nak cari aku sebagai pak sanggup kau?” Aliya terkedu. Bagaimana Qaiser boleh tahu? Aliya bangun dan terus keluar. Hatinya penuh dendam dan marah. Qaiser hanya menggeleng kepala.

“ Jangan garang sangat.” Tegur Abiyah perlahan. Qaiser memandang Abiyah dengan tanda tanya. Abiyah hanya tersenyum.

“ Geram aje.” Ujar Qaiser sambil kembali membelek tangan isterinya. Abiyah hanya tersenyum.

“ Cuba Abiyah gerakkan lagi tangan ni.”

“ Dah cuba, tak boleh. Mungkin tadi reflek sebab takut sangat kut.” Jawab Abiyah selepas mencuba beberapa kali untuk menggerakkan tangan kanannya. Entah bagaimana, tangan itu boleh menolak Aliya hingga terjelopok ke lantai.

“ So, Abang kena gigit dulu lah tangan ni, baru boleh gerak.” Ujar Qaiser bergurau, dengan gaya seperti mahu menggigit.

“ Eh.. ada pulak.” Abiyah mengelak. Qaiser hanya ketawa kecil. Diurut perlahan tangan Abiyah. Sungguh dia makin sayang pada isterinya.

“ Ada peluang untuk sembuh cepat kan sayang. InsyaAllah, nanti kita pergi jumpa doktor untuk buat rawatan fisioterapi ye.” Ujar Qaiser lagi, sambil membetulkan kembali anduh Abiyah. Abiyah hanya mengangguk perlahan. Qaiser memandang wajah isterinya, seperti selalu, Abiyah mesti melarikan matanya dari terus memandang ke mata Qaiser. Qaiser tersenyum. Dipegangnya muka Abiyah supaya memandangnya.

“ Sayang.. untuk pertama kali ini, abang minta sayang pandang mata abang..” Ujar Qaiser penuh kelembutan dan bernada romantik. Abiyah mula memerah pipinya. Aduh! Segan ni.. bisik hati kecil Abiyah.

“ Sayang..” Panggil Qaiser lagi. Abiyah perlahan-lahan memandang mata Qaiser. Pipinya terasa panas. Qaiser tersenyum. Mata coklat itu penuh cahaya dan bersinar. Hati Qaiser berdegup pantas. Allah, cinta itu sudah sedar dari lenanya yang panjang. Qaiser merapatkan wajahnya ke wajah Abiyah yang merah-merah itu. Hidung mereka berlaga. Abiyah terus memandang mata Qaiser biarpun, malu masih menyelubunginya. Entah kenapa, matanya terus terlekap ke mata hitam Qaiser. Perlahan-lahan, matanya terpejam. Terasa basah bibirnya tika disentuh oleh bibir Qaiser.

“ Malam ni tunggu abang ye.” Bisik Qaiser ke telinga Abiyah, setelah kucupan hangat itu dilepaskannya. Wajah Abiyah semakin memerah dengan kata-kata Qaiser. Qaiser ketawa dengan reaksi isterinya. Terima kasih Allah, kerana bangunkan cinta ini.

++++

“ Qai.. bangun Qai.. Iyah..” Ketukan bertalu-talu dipintu bilik, dan laungan Ibu membangunkan kami berdua.

“ Kenapa Ibu?” Ujar Qaiser.

“ Cepat siap, kita ke Hospital.” Qaiser yang masih mamai itu, menggosok-gosok matanya.

“ Kenapa Ibu? Siapa sakit?” Ujar Abiyah pula.

“ Aliya, dia kemalangan tadi, dekat ICU sekarang, dia nak jumpa Iyah. Cepat siap, Ibu tunggu dekat bawah.” Qaiser dan Abiyah saling berpandangan.

Dari jauh kelihatan Mak Long yang ditenangkan oleh Pak Long. Ibu terus mendapatkan Mak Long. Qaiser masih tetap erat menggenggam tanganku. Berita yang Ibu sampaikan memang memeranjatkan. Baru siang tadi dia memarahi Abiyah, tiba malam lain jadinya. Allah itu Maha Adil, kebenaran tetap akan bangkit biarpun lambat. Aliya kemalangan dalam cubaan melarikan diri ke luar negeri selepas rancangan kemalangan Abiyah terbongkar. Rakaman cctv rumah berhampiran telah merakamkan kejadian tersebut. Aliya yang dapat tahu perkara itu cuba melarikan diri. Keretanya yang laju memecut hilang kawalan selepas salah satu tayar kereta meletup dan terus melanggar besi penghadang di jalan. Aliya kritikal, Aliya sedang bertarung untuk hidup.

“ Siapa Abiyah?” Soal jururawat yang keluar dari ICU. Abiyah melangkah ke arah jururawat tersebut.

“ Saya Abiyah.”

“ Pesakit nak jumpa awak.” Abiyah mengangguk dan terus memandang Qaiser. Mohon kekuatan. Qaiser mengenggam erat tangan Abiyah. Abiyah melangkah menuruti jururawat tersebut. Hatinya berdebar.

Siap berpakaian seperti yang diarahkan. Abiyah melangkah ke arah Aliya yang sedang terlantar diatas katil. Keadaannya sangat menyedihkan. Allahuakbar.

“ I..yah..” Panggil Aliya, suaranya tersekat-sekat dan agak terganggu dengan alat bantuan pernafasannya.

“ Saya sini Aliya.” Ujar Abiyah, digenggam erat tangan Aliya. Dirapatkan wajahnya ke arah Aliya, mudah bagi Aliya untuk berbicara dengan dia, dan mudah juga untuk dia memahami tutur kata Aliya.

“ Ma..af..”

“ Demi Allah Aliya, sungguh saya telah maafkan semuanya. Awak tiada salah dengan saya lagi.” Abiyah cuba menahan sebaknya. Sungguh dia sedih melihat Aliya sebegitu, biarpun Aliya bertindak kejam terhadapnya.

“ Allah.. Al..lah dah ba..las.. keja..hat.an..sa..ya” Abiyah menggeleng laju mendengar tutur kata Aliya.

“ Al..lah..mur..ka den..gan.. sa..ya..ban..yak do..sa sa...ya”

“ Allah itu Maha Pengampun. Mintalah pada Dia. InsyaAllah masih ada masa.” Abiyah mula teresak perlahan. Allah, sungguh benar janji-janjiMu.

“ Tak..da..mas..a lagi.. Ma..afkan sa..ya.. sam..paik..an ma..af buat Qai..”

“ Nanti saya sampaikan, Aliya, mengucap Aliya..” Ujar Abiyah setelah melihat keadaan Aliya yang sudah tenat. Abiyah dengar perlahan, Aliya menutur perlahan nama Allah.

“ I..yah.. jan..ji den..gan sa..ya..”

“ InsyaAllah, apa dia Aliya?”

“ Se..lalu je..nguk pu..sa..ra sa..ya nan..ti” Allah! Abiyah terus teresak perlahan. Abiyah mengangguk perlahan.

“ Aliya mengucap.. LaillahaillaAllah... LaillahaillaAllah..” bisik Abiyah ke telinga Aliya. Dada Aliya berombak laju. Dan beberapa sangat kemudian, Aliya terus tenang terbaring. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali. Allahuakbar!

+++

“ Sayang.. jum kita balik. Dah nak panas ni.” Ujar Qaiser kepada Abiyah yang masih lagi duduk dipusara Aliya. Kini genap setahun pemergian arwah Aliya. Setiap hujung minggu Abiyah dan Qaiser akan meziarahi pusara Aliya. Jika tidak berjanji sekalipun, Abiyah ke sini. Biarpun Aliya membawa kepahitan dalam hidup Abiyah, namun kerana Aliya, Abiyah belajar tentang kehidupan. Dengan Aliya, Abiyah belajar menghargai nikmat Allah. Hampir 6 bulan Abiyah menjalani rawatan fisioterapi, berkat usaha dan doa, segalanya berhasil. Abiyah kembali dengan kehidupan normal. Tangannya sihat seperti sedia kala.

“ Nanti saya datang lagi.” Bisik Abiyah perlahan. Dengan berhati-hati Abiyah bangun dari duduknya. Qaiser membantu Abiyah yang nampak sukar untuk bangun, apatah lagi dengan perut Abiyah yang makin membesar. Qaiser memimpin Abiyah berjalan ke kereta.

“ Kita benar-benar teman baik..” Ujar Qaiser.

“ Suami isteri sememangnya teman baik. Abiyah pernah baca satu artikel, dengan menganggap isteri atau suami itu sebagai teman baik, insyaAllah, rumah tangga akan tenang dan bahagia.” Qaiser tersenyum dengan penjelasan Abiyah.

“ Macam kita.. Abang stress, Abiyah buat abang ketawa. Biarpun kena marah, Abiyah sengih aje, sampai abang tak jadi marah..” Qaiser ketawa, begitu juga Abiyah.

“ Tu la gunanya kawan.. Abiyah sakit, Abang teman Abiyah. Abiyah sakit kaki malam-malam, Abang urutkan.” Ujar Abiyah lagi, Qaiser masih dengan sisa ketawa.

“ Yela tu, Abiyah ngidam macam-macam, teruk abang kena cari, tengah malam nak makan durian belanda. Haila.. geram.. tapi sayang punya pasal.”

“ Amboi, merungut ye. Bukan Abiyah nak makan, baby abang ni yang nak makan, betul tak sayang.” Ujar Abiyah sambil mengusap perutnya.

“ yelah-yelah..” Qaiser ketawa. Dicuit pipi isterinya yang main berisi. Abiyah hanya mengaduh manja.

“ Teman baik macam mana pun. Isteri tetap isteri, perlu disayang dan dicintai. Oleh sebab itu, Qaiser Ilman berjanji didepan Masjid ini, untuk sentiasa menyemai cinta buat isteri, Abiyah Abduh, insyaAllah .” Ujar Qaiser, membuahkan senyuman penuh makna dibibir Abiyah. Abiyah memeluk erat tangan suaminya. Terima kasih Ya Allah.

Sebelum masuk ke kereta, Abiyah memandang terus ke arah pusara Aliya. Sambil mengusap perutnya yang sarat dengan tanda cinta Qaiser, Abiyah berbisik perlahan..

“ Terima kasih Aliya atas segalanya. Jika Allah mengurniakan saya seorang puteri, saya akan namakan dia sempena nama awak. Moga wajahnya kelak secantik awak.. saya doakan awak tenang disana..”

19 comments:

Miera Azli said...

jujur saya suka sgt bce cerite ni.. mungkin sbb bace dlm keadaan emosi yg sedih, jd menangis bace cerite ni.. tahniah ! cerite yg sgt menarik .

akubersamaCahya said...

terima kaseh. menulis juga memerlukan emosi. saya sendiri penah menangis dgn penulisan sy ^^v

thanks again.

blinkalltheday said...

best,suke jln citenye..

shana said...

best citer ni. menyentuh perasaan

akubersamaCahya said...

thanks u'ols! <3

zura asyfar addy rifqhiey said...

kite dh bace citer ni smlm tp takleh nk komen..mmg best...abc watlah novel plak pasal this cerpen..best2 :)

akubersamaCahya said...

zura: bukan taknak buat novel, cuma nanti jadik melalut..hehehe

Sofya said...

pertama kali akak singgah di sini..
dan tertariknya cerita ni..
mmg cukup menyentuh hati..
tahniah

Unknown said...

haih,..mmg tak tidur mlm ni kak..haha cite ni lain. bez..

belle.talib said...

sy menangis beberapa kali. kbai.
eheee...

akubersamaCahya said...

thank u..

jgn la menangis :)

pcha mj said...

mula2 baca rasa macam..alah cerita biasa je nih..tapi tahniah saya ucapkan..awak seorang penulis yang dapat mengubah tanggapan orang terhadap jalan cerita awak..teruskan menulis..saya suka karya awak

akubersamaCahya said...

tq michan. sy hanya mencuba yang terbaik :)

Anonymous said...

Best.... suka suka suka

Aya Damia said...

Best cite ni.

Unknown said...

Terlalu menghayati sampaikan mengalir air mata...

Si manis montel said...

Best

bus rental dubai said...

bus rental dubai it look really informative blog. we are waiting to hear some more

Bus rental Dubai said...

that is an amazing post with great terms used. continue with some more good stuffs bus rental Dubai

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders