Monday, December 31, 2012

Bye-bye 2012 Hello hai 2013

01.012.2013 jatuh pada hari esok. yeah!

Assalamualaikum, hye!
terima kasih jenguk blog abc ni yang agak bersawang, macam tempat tidur spiderman dah. hehehe
terima kasih menyokong abc 2012 dan sebelum2nya. insyaAllah 2013 abc akan terus aktif berblogging! Ameen!

2012 ada banyak sangat kenangan buat abc.
abc aktif menulis, abc habis belajar, abc konvo dan abc kuatkan hati dan iman untuk pilih tidak 'couple' sebelum kahwin (sangat2 bersyukur!)
yang pahit? abc tak nak tulis apatah lagi ingat! abc akan lupakan, sebab kepahitan tu memberikan kesan yang sangat negatif untuk diri abc (suka pikir banyak!)
Alhamdulillah, banyak sangat yang positif tahun ni berbanding negatif ^^

maaf ye, dah nak masuk 2013 tapi abc tak pos cerita cinta pun dalam blog. erm! maafkan ketidakkonsistenan abc ni... huuuu~~~

insyaAllah, 2013 abc akan lebih aktif, lebih konsisten (nak pos 1 cerita 1 bulan), lebih matang dalam penulisan dan lebih lain dari yang lain :)
abc ada azam besar tahun 2013, apa azam tu? lepas tercapai abc akan kongsikan bersama, insyaAllah (tengah berusaha nih)

untuk 2013, abc nak bagi hadiah/cenderamata/tanda kasih sayang kepada penyokong2 abc yang selalu memberikan kritikan membina kepada abc. tunggu masanya abc akan umumkan ye :) masih dalam proses.

abc nak join sayembara penulisan, doakan ye abc 'bertuah' dan berjaya dengan cemerlang hehehe
mana tahu Allah perkenankan doa abc dan korang2 semua ^^

2013 akan abc lalui dengan lebih baik, lebih bersemangat, lebih yakin dan lebih berani!

doakan tahun 2013 akan menjadi tahun yang lebih baik daripada yang sebelum2nya, Ameen!


best wishes (much love readers!)
nurwateeqa a.k.a abc

Thursday, December 27, 2012

2013 Azam Baru?



Semakin hampir ke detik tahun baru, 2013.
beberapa hari ni, hari-hari abc tanya adik perempuan abc apa azam dia tahun 2013 :)
abc?

ada satu azam yang sangat-sangat sedang usaha capai.
harap 2013 menjanjikan sesuatu untuk abc :)
apa dia? tentulah berkaitan dengan penulisan2 abc, insyaAllah.
usaha doa dan tawakkal ^^

apa azam baru korang semua?
boleh la share kat sini atau abc page (FB) ^^

much love readers!

Tuesday, December 25, 2012

UPdate Blog : sepanjang minggu lepas ^^

hai-hai-hai
ASSALAMUALAIKUM!

menulis pun kering idea hui3
so update blog kejap.


tiga hari tak tido (tido lepas subuh) sebab tengok drama ni
mak pun sampai kata, boleh tak tidur tengok cite Korea
hehehe kan nak cari menantu Korea dekat mak ^^

King 2 Heart.
best-best-best
sama best macam Nice Guy!

menitis air mata sikit, dan sangat stress!
tapi sangat belajar macam mana nak kenakan orang gila! ^^
tak rugi kalau tengok
rugi kalau tak tengok (bagi yang minat K-Drama la)

sekarang satu lagi drama Korea yang abc tengok, 
I MISS YOU
baru 13 episod, lagi 7 episod lagi.
best jugak ^^ 

hut-hut
abc dah berjaya buat kimchi
gambar abc dah share dalam instagram (@nurwateeqa)
nanti abc post sekali gambar dan resipi ye ^^

dukbokki tak buat lagi, cari rice cake tak jumpa hui3

++++

tak banyak yang buat last week, selain mengguling2kan diri atas tilam
dari semalam abc berusaha siapkan cerpen dan novel.
penulisan dah agak kaku sebab lama tak menulis.

okaylah, nak sambung tulis cerita cinta ^^ much love readers! 

Monday, December 17, 2012

abc nak ______ tapi _____, ????

Assalamualaikum :)



rindu nak jadi blogger, yang malam2 cari isi nak update entri.
kadang-kadang blogwalking sampai 2 3 pagi, masuk give a away, kuiz, tag tagging.
bestnya. tapi ermmm, sekarang sudah kurang rajin, kalau update entri pun mesti pasal masak, cerita korea dan apa yang abc buat aje :)



nak menulis cerita bagi habis tapi erm... mood entah ke mana, ilham langsung tak datang.
harap-harap minggu ni habis la taip cerita baru ye. mungkin kena pi bercinta kejap kut, tak pun layan jiwang karat. tak pun usha abang hensem... hahahaha




teringin nak makan kimchi tapi esok baru nak pergi beli barang. haaa... dukbokki sekali. insyaAllah abc confident boleh buat dua makanan Korea yang femes tuh! ^^v banyak kali dah tengok kat youtube, harap2 jadi dan sedap (dulu selalu sangat buat sushi hahahaha)

abc nak buat semua benda, tapi abc bukan jenis orang yang boleh buat dua kerja satu masa. nanti satu apa pun tak jadi =="

maaf ye belum update cerita, harap sabar menunggu dengan setia :)
much love readers!


Friday, December 14, 2012

Korean Drama: Nice Guy/Innocent Man


nice guy, korean drama!

syafiqa tanya abc, ending cerita ni macam mana, piqa kurang faham eh?
meh abc cerita.

for those yang gila cerita korea, jangan tak tengok cerita ni.
cerita ni bukan cerita korea yang comel2, cute2 tu
cerita dia dari episod 1 dah thrill gila!

 kang ma ru (song joong ki) sanggup mengaku salah dengan menggantikan tempat kekasihnya
yang membunuh seorang lelaki. oleh sebab itu dia dipenjara 5 tahun dan dibuang daripada akademik perubatan. kang ma ru merupakan pelajar yang pintar dan di jangka akan menjadi seorang doktor yang handal.

lepas 5 tahun, kang ma ru mula bekerja menjadi 'gigolo'. bertukar2 teman wanita.
sehingga dia bertemu kembali dengan kekasihnya yang telah berkahwin dengan lelaki lain.
cerita pun mula 'interesting' bila, kang ma ru cuba menjatuhkan kekasihnya itu dengan mendekati anak tiri kekasihnya.

kekasih dia sudah mula gilakan harta yang bukan milik dia. anak tiri dia (heroin drama ni) memang tak suka dengan ibu tiri dia yang merupakan perempuan simpanan ayah dia. 


gadis ni (abc lupa nama dia, susah nak sebut) seorang yang pemarah, perangai dia memang teruk. tapi dia sangat2 cintakan kang ma ru yang pada mulanya hanya mempergunakan dia untuk jatuhkan bekas kekasih dia tu.

abc suka pada kata2 gadis ni:
"saya tak kisah dia yang dulu. semua itu kisah dia yang dulu. sekarang saya hanya mahu dia di sisi saya"

bila mereka ni mula serius, pelbagai hal terjadi. sampailah gadis ni dan kang maru kemalangan.
gadis ni mengalami kerosakan otak yang teruk, kang maru pulak ada pendarahan dalam otak.
 
kang ma ru mula cintakan gadis ni, tapi sayang bila gadis ni dah ingat semula.
dia tak dapat nak terima kang maru. tapi lebih kepada marah sebab kang maru gunakan dia dan putuskan hubungan diorang sebelum diorang kemalangan.
 
episod akhir:
kang ma ru dibedah. selepas pembedahan yang 50/50 tu, dia mengalami masalah mengingat wajah2 orang. macam hilang ingatan jugak. doktor yang pernah melatih dia dulu, hantar dia ke Amerika untuk sambung belajar. akhirnya dia jadi doktor dan dia pilih untuk bekerja dia perkampungan.
 
 
gadis itu pun bukak restoran kecil di kampung tu, sebab nak tengok kang maru. kang maru tak ingat gadis tu.
tapi sebenarnya, dia takde mengalami masalah hilang ingatan, semua tu dia rancang.
kang ma ru nak mulakan kehidupan baru, dengan melupakan semua yang pernah dia buat sebelum ni.
dan dia nak permulaan yang baik dengan gadis tu. 
kang maru nak jadi seperti orang lain yang bercinta, semuanya manis dan indah. bukan kerana dendam dan marah. sebab tu dia buat2 dia hilang ingatan. dia nak rasa bercinta seperti orang lain :)

"awak paparazzi?"
"awak suka saya"

kang maru buat2 jual mahal, bila gadis terkantoi amek gambar2 dia.

last scene, kang maru bagi couple ring yang sebelum ni dia nak bagi tapi tak kesampaian.
^^v
 
  abc juga peminat lee kwang soo!
dia sangat pandai berlakon. :)
cerita cinta dia pun best jugak. watak kwang soo menghidupkan lagi cerita ni.
 
++++
 
satu drama yang lain dari lain. macam city hunter! :)
abc bagi 5 bintang dekat cerita ni. ^^v
 
song joong ki dalam running man dulu, cute2 tapi dalam ni macho habes!
 
okaylah, jangan lupa tengok ye! (kat youtube aje)
 
much love readers!
 
 



Resipi : Sotong masak stim

Jumaat 1 Safar 1434
1.2.34 lagi comey tarikh ni dari semalam kan ^^v

abc cuti menulis lama sangat, bila mula menulis mulala ter'stuck' sana sini.
sebab dah terhenti henti.
nak update entri pun jadi tak reti.
so, masuk dapurlah!

resipi2 abc kongsi mungkin biasa2, 
sebab abc kongsi resipi untuk orang2 bujang yang beralasan tak reti masak
hehehehe

okay terus kepada resipi ;)

+++++


sotong abc perapkan dulu, sebab nak bagi rasa lebih kepada sotong

bahan-bahan perapan:

1. halia 
2. garam
3. bawang putih
4. lada hitam
5. air asam jawa (pekat)

perap untuk 15 minit.
 
bahan- bahan stim:
 
kisar : bawang putih,lengkuas,serai, cili merah dan asam jawa.

mayang : bawang merah, halia, karot, daun bawang dan daun sup.

cara masak:

1. sediakan air untuk stim sotong.
2. sotong yang sudah siap perap, masuk ke dalam pelengat (untuk stim), lepas tu tuangkan bahan kisar dan tabur bahan mayang.
3. tengok gambar macam mana jadinya ^^
4. bila air dah mendidih, mulalah stim sotong tu.

dalam 15minit, siap masak!

boleh la makan panas-panas. ^^ adik2 abc suka berkuah, so memang banyak kuahlah sotong masak
stim ni. kalau korang tak suka kuah banyak, kurangkan kuantiti air masa kisar atau pun tumbuk bahan2 tu :)
sebab sotong keluarkan banyak air 

selamat mencuba!



Tuesday, December 11, 2012

hilang mood menulis.....

 abc tiada mood nak menulis.
mungkin sebab cuaca Kedah ni yang PANAZZZ
=='
abc tengah berusaha siapkan cerita CINTA ATAS PAKSA, novel.
ingat nak masuk pertandingan, entah boleh siap ke tak sebelum tarikh tutup hehehehe

lama sangat dah tak tulis cerita mustika ni.
apa ye jadi dengan dia hik3
jalan cerita dah ada, pengolahan aje cik penulis malas nak sambung aishhh
macam mana abc nak jadi penulis berjaya? ermmm

nak tulis cerita ni untuk cerpen christmas hek3
cerpen bulan 12. 
erm... cerita berangan sesorang nih.
takpekan kalau heroin tua sikit ^^v


+++++

for those yang suka drama korea, korang dah tengok cerita NICE GUY/INNOCENT MAN?

 make sure korang tengok cerita ni.
sangat-sangat best!
takde cinta comel2
semua tentang revenge dan kisah cinta yang lain dari lain.
two thumbs up for this drama!

love to watch joong ki and kwang soo in this drama ;)

"ni la keje abc sepanjang tidak menulis, abc gila korea jugak tau hik3"

much love readers ^^




Wednesday, December 5, 2012

kalau tak menulis, abc.........?

Selamat Tengahari semua^^
sudah hampir 2 minggu abc tidak menulis huhuhu =.='
mungkin sebab abc memikirkan beberapa hal lain?entahlah
novel nak kena siapkan bulan ni jugak huhuhu (kalah orang siapkan manuskrip!)
abc bukan bekerja, tanam anggur aje. mama lak cuti sekolah, abc lagi free
tapi entah kenapa tak menulis juga T_T

tapi abc bukan goyang kaki, tambah lemak aje tau ^^


abc sedang dalam proses membuat blaus.
entah kenapa, tiba2 rasa nak menjahit ^^
dah dua hari tapi belum siap.
hand sewing! ;)
malam ni nak buat finishing!


sedih jadik orang darah cair nih.
pakai inai 100jam pun tak merah =.=
tambah-tambah dekat kuku. pucat aje!
aishhh. camne la kalau nikah nanti, gamaknya pakai marker kut?


sejak berumur 20-an ni
abc sangat cintakan bunga!
owh, bakal suami, harap awak selalu bagi bunga ye.
ini semua bunga yang abc dapat.
masa besday dan konvo.
roses dah jadik potpouri ;)
tengok lili, sangat huduh bila kering aishhhh!


petang semalam sempat uli doh untuk buat karipap special :)
sedap-sedap-sedap
tapi sayang masa goreng warna tak cantik
so tak snap la gambar hehehe
mama kata, rupa tak cantik tapi sedap, takpe!
hehehe bangga sekejap.

semua gambar abc amek dari twitter dan instagram abc.
nak connect instagram dengan FB tapi macam takboleh aje sampai sekarang hui3
jom tweet2? 
@abc_eqa 
instagram: nurwateeqa
 
 abc tak ramai kawan yang tweet2
sunyi aje twitter abc, penuh dengan retis korea tweet bahasa korea
(harap dapat tweet2 dengan KHJ <3 br="br">

okey la, sudah zuhur, solat dan makan tengah hari pulak ^^
much love readers!
 

Monday, December 3, 2012

Resipi : Telur rebus goreng ala dukbokki!

Assalamualaikum.
dah lama tak share resipikan? ^^
tadi abc search resipi2 nak buat dukbokki, mudah aje tengok. cuma bahan2 dia tu ada ke tak dekat pasaraya kita hehehehe

lepas tengok tu dapat la inspirasi nak menyedapkan telur rebus yang banyak dalam peti tu.
tak mau cakap banyak, meh kita masak!

++++++







bahan-bahan bater:
tepung jagung
tepung gandum
lada hitam
telur sebijik
garam
kunyit

bahan-bahan kuah:
cili giling+kicap (gaulkan bersama)
bawang putih
halia
cili merah besar
garam dan gula

CARA PENYEDIAAN:

1. Telur mesti rebus dahulu. belah dua.
2. siapkan bater, goreng seperti goreng pisang :)
3. panaskan minyak, masukkan bawang putih dan halia.
4. masukkan cili giling yang siap dicampur dengan kicap (2cmb) - biarkan cili masak (klu tak masak nnt sakit perut)
4. masukkan bahan perasa dan gaul.

siap! hiaskan dengan daun bawang ^^

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA.




Sunday, December 2, 2012

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Alhamdulillah.
abc kembali ceria seperti selalu.
biasalah, hidup tiada ujian tak menariklah ^^

dua hari abc berfikir. ada betul ada tidak apa yang abc marahkan
biasalah abc juga manusia biasa, gadis yang punya perasaan.
apa-apapun, dua hari tu sangat memorable. mungkin akan kenang sampai bila2 :)
tapi tahulah abc, mana kawan mana lawan.

dua hari tu juga buat abc rasa nak 'berumah tangga'.
mujurlah takde yang meminang, kalau tak abc mesti terus kata YA SETUJU!
  hehehehe

lepas kesedihan tu, mood abc terumbang ambing
jadi tak menulis apa2 cerita.
sekarang dah bulan 12
abc belum siap novel.
nak masuk 'contest' tapi tak siap lagi.
macam mana?

dua cerpen abc ada dipenulisan2u :)

abc nak layan korea kejap sebelum menulis cerpen baru 'PENGGANTI'.
doakan abc terus diberikan ilham yang baik dan sehat tubuh badan ^^

much love readers!     
       

Tuesday, November 27, 2012

aku pun tahu menangis.

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
abc menulis dalam emosi yang bercelaru.

terkadang abc merasa tertekan kepada perkara yang sebelum ini dapat abc terima sebaiknya.
kadang2, abc terasa mahu tanggalkan akal yang waras untuk ikut hati yang terlebih berani. Mujur iman yang nipis memastikan hati terus dalam kawalan kesabaran. :(

abc ada perasaan.
ya kalau anda kenal abc, pastinya jarang boleh melihat abc menangis.
jarang mahu dengar abc sedih.
jarang mahu tahu abc terluka.

abc pernah putus cinta dan tidak langsung keluarkan air mata.
bagi abc, untuk apa menangis sesuatu yang tidak begitu penting bagi kita?

Hal peribadi (famili) yang banyak buat abc menangis.
ada suatu masa abc malu untuk menyanyi lagu nasyid Saujana yang pernah popular sekitar tahun 2001-2002.
entah la.. jiwa muda remaja T_T

hari ini abc tertekan lagi. mulalah akal jadik singkat dan pendek. hati mula meroyan. iman juga yang menyabarkan. sangat-sangat tertekan, dalam keadaan yang kurang sehat =="

sampai satu saat, hati yang menggila mula berdetik... mahu lari, mahu kawen lari, mahu yang lari-lari.
erm... iman pun mula menebal sedikit, mengingatkan kepada berita2 terkini di TV dan akhbar.
mungkin sebab sebegini, terjadinya hal2 dan masalah2 sosial sekarang. salah siapa? diri atau mereka2?

saat ini abc memerlukan sahabat. namun mesej abc tidak dibalas. mencari yang rapat, tiada =="

Ya Allah, hamba cuma ada Engkau.
susah dan senang, hanya diriMu.

betullah... teman waktu susah sukar dicari :)

#dear mr.Fiance' I wish u were here, lending me your shoulder and wiping my tears ;,(

Wednesday, November 21, 2012

Jemputan Walimah :)



saya menjemput kawan-kawan blogger saya untuk ke Majlis Sambut Menantu, Along saya
pada 24hb November (Sabtu ni) di Restoran Old Village Alor Setar :)

Jemput hadir dan memeriahkan Majlis ^^v

Monday, November 19, 2012

Ustaz bertemu bidadarinya.... T_T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....

Saya sedang menabahkan hati yang sedang bersedih, mungkin juga bergembira dalam air mata.
Ustaz, saya gelarkan dia begitu. sejak saya kenal dia di awal usia 18 tahun, saya amat mengagumi akhlak dan peribadinya. Hari ini saya dapat tahu, dia sudah bergelar suami kepada seorang bidadari (gadis pilihannya).


saya bukan kecewa atau dikecewakan. Ustaz tak kenal saya, hanya saya yang begitu mengambil tahu tentang dia. (admire sebenarnya... ^^) saya cuma terkejut, dalam diam-diam rupanya dia sudah punya pilihan hatinya. mungkin sudah lama dan saya tak tahu. :)

saya mengaguminya, kerana dia juga saya berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya. saya mahu seganding dengan orang-orang sebaik dia. saban hari ada sahaja ujian yang saya tempuhi untuk menjadi baik sebaik dia. saya belum mampu menjadi seperti dia... banyak salah dan silap saya... namun saya tetap berusaha sikit demi sedikit....

jujur saya katakan, saya sedih kerana bukan saya pilihan dia. mungkin saya terlupa, dulu saya pernah katakan pada diri, bukan dia yang saya mahu tetapi 'lelaki' seperti dia....

suka saya katakan, saya tidak mencintai dia. saya lebih kepada mengagumi dia. saya punya perasaan seperti wanita lain iaitu 'idaman'. ustaz adalah kategori lelaki idaman saya. yang mana saya akan hormat, taat dan setia. dia punya segala yang wanita inginkan. Agama, Pelajaran dan Peribadi.

kerana ustaz, saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk menjadi baik. ya kedengaran seperti hipokrit tetapi Allah tahu segalanya.... :)

buat Ustaz dan bidadarinya... Barakkallah... semoga cinta kalian hingga ke syurga, semoga dapat melahirkan mujahid dan sri kandi islam yang sentiasa berjuang di jalan Allah. Insya-Allah... Ameen Ya Rabb...

#sentiasa saya minta pada Allah, diketemukan insan seperti ustaz yang dapat memimpin saya ke jalanNya. ^^v

Saturday, November 17, 2012

Terima Kasih. :)

Alhamdulillah.
abc masih lagi ada dan sihat untuk menulis :)

malam tadi abc dapat suatu penangan yang hebat.
bukan tak pernah tetapi malam tadi menjadi sesuatu yang paling hebat
dalam sibuk-sibuk abc, dalam kelam kabut abc, lambat post cerita...
komen terbaik daripada readers buat abc tidur dalam senyuman. hehehehe

lagi karya abc diterima baik, alhamdulillah.
ada pula, agak ramai juga yang meminta dijadikan novel.
insha-Allah... kalau ada kudrat, masa dan ilham, abc tak pernah menolak untuk
jadikannya sebuah rentetan kisah cinta yang memuaskan semua pembaca :)

ada juga yang kata abc banyak follower?
kalau diblog dan FB orang kenal abc sebagai ABC
kalau di penulisan2u, orang kenal abc sebagai NURWATEEQA.
kedua-duanya orang yang sama :)
abc tak pernah kisah ramai atau tidak.
yang penting ada yang membaca dan mengkritik. ^^v
ada apa pada angka? cehhhhh! gurau je.

teringin juga nak membukukan karya.
tapi rezeki setiap manusia itu pada Allah.
mungkin Allah sudah tetapkan bukan masanya lagi.
ilham yang DIA bagi juga sekadar penulisan cerpen dan cerPAN bukan novel :)

abc sedang menyiapkan penulisan2 cerpen dan novel untuk satu pertandingan.
insyaAllah, yang mana readers cakap terbaik dan best itu yang abc guna untuk pertandingan tu.
mana tahu, esok lusa readers boleh simpan karya abc yang sudah dibukukan hehehehe

apa-apa pun.

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG MEMBACA KARYA ABC, YANG MEMBERI KOMEN YANG BAIK, YANG MEMBINA DAN MEMBUATKAN ABC TERUS BERUSAHA BERKARYA DENGAN LEBIH BAIK. TANPA ANDA SEMUA, ABC TIDAK KE MANA.

TERIMA KASIH DAUN KELADI, NANTI BACA DAN KOMEN LAGI :)

Tuesday, November 13, 2012

cerpen : Korban Kasih ^^

Nur Ansar melangkah keluar daripada pusat menderma darah itu dengan lemah longlai. Niatnya mahu menderma darah tidak kesampaian buat kesekian kalinya. Sedari berumur 18 tahun dia sudah mahu menderma, namun sehingga berumur 24 tahun masih belum berjaya. Aras hemoglobinnya rendah daripada yang telah ditetapkan oleh pakar. Nur Ansar mengeluh perlahan, jari yang disuntik untuk mengambil darah tadi dibelek, bibirnya dicuihkan. 

“Sebijik macam angsa!” Suara itu membuatkan Nur Ansar berpaling laju kebelakang. Abrisam!

“Patut aku terbau-bau benda masam, rupanya kau kat belakang aku.” Abrisam tersenyum dengan jawapan dari mulut Nur Ansar. Jawapan yang sama setiap kali dia mengusik Nur Ansar dengan angsa. Nama Ansar dikatakan hampir dengan perkataan angsa. Nur Ansar akan membalas dengan perkataan masam, menurut Nur Ansar, Nama Abrisam pula lebih kurang dengan perkataan masam.

“Eleh... aku baru aje mandi tau sebelum keluar tadi. Kenapa macam angsa aje nih? Gagal lagi?” Abrisam menyaingi langkah Nur Ansar. Nur Ansar mengangguk perlahan.

“Bila la nak boleh derma ni. Nak juga rasa darah baru.” Ujar Nur Ansar dengan nada kecewa. Abrisam tersengih sendiri mendengar rungutan Nur Ansar.

“Tiap-tiap bulan keluar pun tak puas hati lagi.” Abrisam ketawa besar. Nur Ansar menjeling tajam mendengar baris kata yang keluar dari mulut Abrisam. Mahu sahaja dia lepuk kepala lelaki itu dengan beg tangan yang dikeleknya.

“Jangan main-mainlah...” Marah Nur Ansar. Abrisam menekup mulut, menutup tawanya yang meletus besar sebentar tadi. Sekadar ingin bergurau, membuang kecewa dihati sahabatnya itu.

“Sorry Cik Nur Ansar.” Abrisam merapatkan kedua-dua telapak tangannya, bercantum. Nur Ansar menggeleng perlahan. Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangan, lalu pintu kereta dibuka.

“Sorry naik lori ye, aku nak balik dah ni. Kau datang dengan apa?” Soal Nur Ansar mengendahkan permintaan maaf Abrisam yang sememang jarang bersikap serius dengan Nur Ansar.

“Aku datang dengan kereta la, bawak Jameela... My buah hati...” Abrisam bersuara dengan nada ceria. Nur Ansar mengangguk perlahan. Jameela, gadis yang berjaya membuat Abrisam, seorang lelaki ‘cerewet’ tentang perempuan jatuh cinta. Jameela juga yang berjaya menyedarkan Nur Ansar, kawan baik tak boleh bercinta. Oleh sebab itu, Nur Ansar terus menyimpan cintanya buat Abrisam jauh dilubuk hati.

“Okay lah kalau macam tu, aku balik dulu...” Ujar Nur Ansar pantas. Abrisam menahan pintu kereta daripada ditutup oleh Nur Ansar.

“Kau ni, tak tanya pun aku dengan Jameela datang hospital buat apa kan?” Abrisam bernada kecewa. Nur Ansar mengeluh perlahan.

“Kau dengan Jameela buat apa dekat hospital ni?” Nur Ansar menyoal, sekadar menjaga hati sahabat baiknya. Abrisam tersenyum.

“Aku dengan Jameela datang buat ujian HIV.”Abrisam menjawab ringkas. Nur Ansar mengerut dahinya, hairan.

“Bukan selalunya ujian tu untuk....”

“Yup, aku dengan Jameela akan bernikah bulan depan.” Ujar Abrisam memintas kata-kata Nur Ansar. Nur Ansar terkedu, bibirnya terbuka akibat terperanjat dengan berita itu.

“Kenapa aku tak tahu pun?” Ujar Nur Ansar, masih terkejut.

“Sebab kau bukan pengantinnya...”Abrisam ketawa kecil, sekadar bergurau. Namun dia tidak sedar, jawapan itu bagai menghiris luka yang masih berdarah. Nur Ansar mengangguk perlahan, dia menunduk seketika, mencari kekuatan dan mahu mengelak riak wajahnya yang berubah disedari oleh Abrisam.

“Tahniah Abrisam Bin Hisham. Harap kenduri nanti jangan lupa jemput.” Tutur Nur Ansar setelah emosi dan riak wajahnya dapat dikawal. Namun degup jantungnya yang seolah-olah mahu berhenti tiada siapa tahu. Setelah itu, dia menutup pintu keretanya dan terus berlalu pergi, belum sempat untuk Abrisam mengucapkan terima kasih. Abrisam yang tadinya tersenyum, terus mati senyumannya, pelik dengan reaksi Nur Ansar yang bersahaja namun terlihat juga ‘sentap’nya. Merajukkah? Soal Abrisam di dalam hati.

+++++++++++++++

Nur Ansar duduk menekur tanah. Sesekali pandangannya dilepaskan ke atas. Melihat awan, burung-burung dan lambaian nyiur. Pemandangan itu membuatkan dia hanyut dalam kenangan lamanya.

“Ansar, kalau besar nanti awak nak tak jadi girlfriend saya?” Abrisam menyoal dengan mulutnya comot dengan coklat Cadbury yang dikongsi bersama Nur Ansar. Nur Ansar menggeleng laju.

“Awak tak suka saya ke?” Abrisam menyoal lagi.

“Saya tak nak jadi girlfriend.” Ujar Nur Ansar.

“Habis tu?”Abrisam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Nur Ansar tersenyum, dia menghampiri Abrisam yang duduk di atas pangkin di depan rumahnya. Pipi Abrisam yang dikotori coklat di sapu dengan sapu tangannya sehingga bersih. Abrisam tersenyum menampakkan giginya yang agak rongak.

“Saya nak jadi angel awak. Saya akan lindungi awak setiap masa.” Nur Ansar bersuara dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya.

Angel? Macam Charlie's Angel ye?” Abrisam menyoal kurang faham.

“A’ah macam tu lah. Angel kan cantik dan kuat!”

“Tapi kenapa angel bukan girlfriend?” Soal Abrisam sedikit kecewa.

“Sebab saya sayang awak.” Ciuman di pipi kanan itu membuatkan Abrisam terkaku, tak lama kemudian tersengih sendiri. Ciuman daripada Nur Ansar!

“Berangan atau mengenang?” Nur Ansar bingkas bangun daripada pembaringannya. Nenek yang baru pulang dari menoreh, menyapa Nur Ansar yang dilihatnya termangu sendirian dipangkin depan rumah.

“Eh, bila nenek balik?” Nur Ansar cuba mengubah topik, takut juga bila di soal tentang Abrisam.

“Baru saja. Nur... nenek tanya sikit boleh?” Nur Ansar teragak-agak untuk mengangguk. Hatinya seolah-olah dapat meneka apa yang ingin disoalkan.

“Nur sayangkan Abrisam?” Soalan nenek terus sahaja, tiada belok dan simpang siur!

“Ish, mencabarnya soalan nek!” Nur Ansar mengawal perasaannya dengan ketawa. Nenek berwajah tenang dan serius. Ketawa Nur Ansar mati.

“Sayang... dia kan kawan Nur dari kecik lagi.” Nur Ansar menjawab, wajahnya ditundukkan ke bawah. Nenek mengeluh perlahan.

“Jadi selama ni korang berdua hanya berkawan?” Nenek menyoal lagi. Nur Ansar mengangguk perlahan.

“Abrisam tak tahu Nur sayangkan dia lebih dari seorang kawan baik?” Nenek terus menerus menyoal. Persoalan kali ini membuatkan Nur Ansar menyembam mukanya ke ribaan nenek. Nur Ansar mula teresak-esak menangis.

“Kenapa tak bagitahu dia?” Nur Ansar menggeleng-gelengkan kepalanya. Nenek mengeluh perlahan. Dibiarkan Nur Ansar melayani perasaan sedihnya itu. Beberapa ketika kemudian, Nur Ansar mengangkat mukanya. Air mata yang telah membasahi wajahnya disapu kasar dengan telapak tangan.

“Biarlah Nur simpan rasa sayang Nur, rasa cinta Nur untuk dia sampai bila-bila nek. Nur tak layak untuk dia.” Nur Ansar kembali mengalirkan air matanya. Nenek menepuk perlahan belakang tubuhnya, cuba menenangkan Nur Ansar.

“Layak macam mana lagi? Setahu nenek korang berdua rapat sangat...” Nur Ansar mengangguk perlahan.

“Sebabkan kami rapat, Nur tahu dia tak sukakan Nur. Nur tak cantik nek, parut ni... parut ni yang membuatkan Nur tahu, Abrisam takkan dapat terima Nur sebagai bidadari dalam hidup dia.” Nur Ansar menyelak kain tudung yang menutupi separuh pipinya. Kelihatan parut yang agak panjang, dari hujung kening hingga ke bawah cuping telinga Nur Ansar. Nenek beristighfar perlahan.

“Nur dapat parut ni sebab dia jugakkan?” Nenek kembali menyoal. Nur Ansar mengangguk. Peristiwa hitam yang hampir meragut nyawanya itu kembali terlayar di mindanya.

Senja 12 tahun lalu, riuh satu kampung Abrisam cikgu Hisham diculik lelaki gila yang mengamuk sewaktu sedang bermain bola di hujung kampung. Semua penduduk mula berkumpul di balai raya membincangkan cara untuk menyelamatkan Abrisam daripada lelaki gila itu. Nur Ansar yang turut mendapat berita tersebut, terus sahaja ke tempat Abrisam dijadikan tebusan. Tanpa berfikir panjang, Nur Ansar terus sahaja merempuh masuk ke dalam rumah using tempat persembunyian lelaki gila itu. Abrisam berjaya diselamatkan dua minit lebih awal oleh penduduk kampung dan polis, namun Nur Ansar pula menjadi mangsa tetakan lelaki gila tersebut. Mungkin belum ajal, Nur Ansar berjaya diselamatkan.

“Kenapa kau buat macam tu?” Soal Abrisam selepas Nur Ansar sudah sedar dari koma. Nur Ansar tersenyum, namun Abrisam masam mencuka.

“Akukan nak jadi angel kau...” Nur Ansar menjawab dengan suara yang masih lemah. Abrisam merengus.

“Sekarang kau dah buruk, kau bukan angel aku lagi!” Ujar Abrisam tegas, lalu terus berlari keluar daripada bilik itu. Nur Ansar terpana, air mata mula bertakung ditubir matanya, mengalir perlahan sebaik dia mengelipkan kelopak matanya. Kata-kata Abrisam tadi merobek hati kecilnya. Sehingga kini, kata-kata itu masih jelas terngiang ditelinganya.

“Abrisam dan Jameela macam pinang dibelah dua...”Nur Ansar bersuara perlahan. Nenek menarik Nur Ansar ke dalam pelukannya.

“Nenek tahu Abrisam sayangkan Nur Ansar...” Nenek bertutur perlahan. Tangannya mengurut lembut belakang Nur Ansar, cuba menenangkan cucunya itu.

“Nur kan kawan baik dia...” Ujar Nur Ansar sekadar mahu melenyapkan rasa hiba. Nenek hanya mendiamkan diri. Pelukannya dieratkan. “Moga bahagiakan jadi milikmu, cu....”

+++++++++++++

Abrisam leka bermain dengan tablet barunya. Adik kecilnya, Aisyah sedari tadi memandang ke arahnya. Lukisan yang baru dilukis tidak dipedulikan lagi. Abrisam yang sedar dirinya diperhati, berpaling ke arah Aisyah.

“Dari tadi tengok abang, kenapa? Abang hensem sangat ye?” Abrisam mengangkat-angkat keningnya sambil menyoal. Aisyah menjuih bibir mungilnya.

“Perasan la abang ni.”

“Dah tu, asyik pandang abang aje, lukisan tu pun belum warna lagi. Kenapa?” 

“Aisyah hairanlah dengan orang dewasa ni....” Aisyah mula bersuara, Abrisam mengubah kedudukannya dari berbaring kepada duduk bertentangan dengan Aisyah yang duduk di atas permaidani.

“Hairan tentang apa?” Ujar Abrisam.

“Hairanlah, bercinta dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain.” Soalan itu membuat Abrisam menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Siapa?” Ujar Abrisam penuh hairan.

“Tanya lagi? Abang la... bercinta dengan Kak Nur, kahwin dengan Kak Meela.” Aisyah pantas sahaja menjawab. Abrisam ternganga.

“Bila abang bercinta dengan Kak Nur?” Abrisam menyoal lagi. Aisyah merengus kecil.

“Habis tu, bila pulak abang bercinta dengan kak Meela?” Aisyah yang baru berumur 7 tahun ni, terus menerus menyoal. Ada sahaja!

“Abang kenal Kak Meela sejak abang belajar dekat UTM lagi tau.” Abrisam melayani tiap persoalan si kecil itu.

“Tapi Kak Nur abang kenal dari kecik lagi kan?” Abrisam sekadar mengangguk.

“Haa... mestilah abang bercinta dengan Kak Nur dulu sebelum kahwin dengan Kak Meela.” Aisyah membuat kesimpulan. Abrisam ketawa kecil. 

“Kak Nur tak suka abang la, sebab tu abang kahwin denga Kak Meela.” Aisyah pula yang tergaru-garu kepala. Abrisam tersenyum.

“Kalau dia tak suka, kenapa setiap kali abang ada dekat rumah dia mesti hantar makanan kesukaan abang?” Abrisam mengangkat Aisyah ke atas ribaannya.

“Sebab kan dia kata dia baru belajar masak semua tu...” Aisyah cepat sahaja menggeleng.

“Bila abang takde dekat rumah, Kak Nur dah belajar semua tu dengan mak la. Kenapa nak belajar banyak kali pulak?” Abrisam terdiam sendiri. Dia sendiri tidak pasti dan dia baru sahaja tahu tentang itu.

“Betul tu, mak pun nak tanya kamu juga sebenarnya. Tapi dah jodoh kamu dengan Jameela, mak terima aje.” Emak Abrisam yang kebetulan baru memasuki ruang tamu turut mencelah.

“Tanya apa mak?” Abrisam dilanda kehairanan.

“Tanya kenapa kamu tak kahwin dengan Nur, tapi Jameela. Nur tu kalau kamu tak balik kampung ni, hari-hari datang. Banyak yang dia tanya pasal kamu. Kamu telefon ke tak, ada hantar emel ke tak.” Giliran ayah pula menyampuk belum sempat emak mahu menjawab.

“Nur dengan Sam kan kawan aje yah mak...” Ujar Abrisam. Ayah Abrisam sekadar mengangguk perlahan.

“Yelah, kami tertanya-tanya aje. Takpelah, jodohkan. Ha... Ayah baru edarkan kad jemputan, nenek Mah terkejut kamu nak kahwin. Ayah lupa yang dia ke Mekah masa kita pergi merisik dan meminang dulu, lupa pulak nak bagitau dia lepas dia balik.” Ayah meletakkan baki kad ke atas meja. Emak yang tadinya masuk ke dapur, kini datang dengan mendulang air minuman buat ayah.

“Yeke, patutlah Nur pun terkejut semalam masa Sam cakap Sam nak nikah dengan Jameela bulan depan.” Ujar Abrisam menokok tambah.

“Tak marah ke orang tua tu?” Soal Emak kepada Ayah. Ayah hanya menggeleng perlahan.

“Tak, cuma dia terkejut aje, takde ribut takde apa tup-tup anak bujang kita nak kahwin dah.” Abrisam tersenyum kecil dengan jawapan ayahnya. Emak sekadar mengangguk perlahan.

“Kamu memang tak bercinta dengan Nur?” Entah kenapa ayah menyoal lagi.

“Kami kawan aje ayah, kenapa ye?.” Jawab Abrisam ringkas.

“Takdelah, orang kampung yang mana tak tahu kamu dah bertunang, semua ingat kamu kahwin dengan Nur. Yelah dulu kamu berdua tu macam berlangkas. Ke mana aje kamu pergi mesti Nur ada, kamu pun macam tu jugak. Sampai la kamu masuk UTM, Nur masih di kampung. Sejak tu baru orang nampak Nur sorang-sorang.” Ujar Ayah, dengan ketawa kecil. Senang dengan mengingati anak-anaknya waktu kecil dulu. Abrisam hanya mengangguk, mindanya menerawang jauh. Persoalan Aisyah, cerita tentang Nur Ansar yang tidak diketahuinya dan telahan orang kampung membuatkan Abrisam terfikir sendiri seolah-olah ada rahsia tersembunyi disebalik semuanya.

“Dah la Sam, tak payah fikir banyak. Tolong mak kejap, belikan mak tepung pulut. Semalam kata teringin nak makan onde-ondekan?” Suara emak mematikan lamunan Abrisam. Abrisam bingkas bangun dan terus mengambil kunci motor. Kedai runcit Pak Ali di hujung jalan menjadi destinasinya.

+++++++++++

“Semuanya 9 ringgit aje Nur.” Pak Ali menyerahkan bungkusan itu kepada Nur Ansar yang sudah tersedia dengan not RM10 di tangan. Pak Ali kemudian memulangkan baki wang kepada Nur Ansar.

“Pak Ali baru dapat jemputan dari Cikgu Hisham. Pak Ali terkejut juga ingat kamu yang kahwin dengan Si Abrisam tu, yelah kamu selalu datang kedai Pak Ali tapi tak cakap apa-apa pun.” Pak Ali membuka cerita, Nur Ansar terdiam sendiri. Hatinya tidak dapat menerima apabila ada yang mula bercerita tentang itu. Nur Ansar mengawal riak wajahnya. Dia menguntum senyum yang hambar.

“Ish, ada pula macam tu Pak Ali. Siapalah nak dekat saya ni Pak Ali?” Ujar Nur Ansar sekadar bergurau. 

“Yelah Pak Ali, pakwe lama dia tu belajar tinggi, hensem pula tu... mestilah cari yang sama padan. Takkan nak yang duduk kampung, takat pandai masak menjahit aje, dah tu pulak cacat!” Suara sumbang kutu kampung mula membingit telinga Nur Ansar. Jika dulu, sebelum Abrisam pergi belajar jauh di selatan, Abrisamlah yang sering membela dia. Selepas pemergian Abrisam ke Johor, Nur Ansar mula membiasakan diri diganggu dengan kutu kampung itu semua. Namun hari ini, hatinya bagai tidak biasa menerima gangguan itu. Hatinya pedih dengan setiap bait kata mereka. Nur Ansar terus melangkah laju keluar daripada kedai.

“Eh Nur?” Tegur Abrisam yang baru sahaja sampai di depan kedai. Apa lagi, suara ketawa kutu kampung itu kembali kuat dan mengejek-ngejek Nur Ansar. Abrisam saling memandang kedua-duanya tanpa suara. Nur Ansar terus melangkah laju tanpa berkalih sekali pun.

“Korang ni, dari dulu sampai sekarang asyik nak mengacau Nur aje kan!” Marah Abrisam. Kutu kampung itu hanya ketawa.

“Hero Nur sudah balik, tapi kesian bawak balik heroin baru!!!” Mereka semua ketawa besar sebelum melangkah pergi. Abrisam menggenggam penumbuknya erat. Ikut akal pendeknya sudah habis dibelasah mereka semua, namun disabarkan sahaja hatinya. Abrisam terfikir, bagaimanakah hidup Nur sepanjang 5 tahun dia keluar dari kampung itu?

++++++++++++

Abrisam menunggang motor perlahan sepanjang sawah dihujung kampung. Petang-petang begini, memang seronok ambil angin di sini. Abrisam memandang ke seluruh kawasan sawah. Dari jauh dia terpandang susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Motornya dipulas minyak agar laju sedikit. 

“Nur Ansar.....!” Tempik Abrisam dari hujung sawah. Nur Ansar betul-betul berada ditengah sawah dengan kerbau belaannya.

“Sam kau buat apa kat sini?” Soal Nur Ansar sebaik dia menghampiri Abrisam yang sedari tadi menenggek di atas motor dan memekik memanggilnya.

“Tu dia, sombongnya... tak boleh ke aku datang sini?” Soal Abrisam. Nur Ansar tiada riak wajah.

“Aku tak nak orang cakap bukan-bukan aje nanti. Kau tu lepas raya minggu depan dah nak jadi laki orang.” Abrisam mencebik dengan kata-kata Nur Ansar.

“Alah... semua orang tahu kita kawan baikkan.” Nur Ansar masih tidak beriak, tangannya ligat menanggalkan sarung tangan yang dipakainya dan kasut getah yang dipakai untuk ke tengah sawah tadi.

“Ye, tapi keadaan dah tak sama. Tak manis orang tengok. Nanti yang jadi mangsanya aku jugakkan.” Nur Ansar membidas, agak kasar. Senyuman Abrisam termati dengan kata-kata Nur Ansar.

“Jadi kau marahkan aku?” Abrisam menyoal. Nur Ansar mengeluh berat.

“Tak marah, aku tak nak terus hidup bawah bayangan kau.”

“Bayangan aku?” Abrisam tidak faham.

“Sekarang kecoh satu kampung kau akan kahwin, kecohnya sebab bukan aku pengantin perempuannya. Kau faham tak yang tu?” Nur Ansar mengetap bibir menahan rasa.

“Aku tak faham betullah, apa masalah aku nak kahwin ni dengan kau?” Abrisam mula bersuara tinggi. Dia sudah bosan mendengar hal yang sama.

“Sebab tu lah, aku harap kau tak datang sini, rumah aku atau jumpa aku. Aku pergi dulu.” Nur Ansar terus meminta diri, sarung tangan, kasut getah dan parang di ambilnya lalu terus mahu melangkah pergi. Namun Abrisam menahan dengan mencengkam erat lengan Nur Ansar. 

“Dulu aku ajak kau jadi kekasih aku, tapi kau jugak yang tolakkan?” Soal Abrisam dengan wajah bengis. Nur Ansar cuba menarik lengannya daripada cengkaman Abrisam. 

“Aku tak layak untuk kau.” Suara Nur Ansar. Abrisam mengeratkan lagi cengkamannya.

“Setiap kali aku cakap tentang cinta, kahwin, isteri, jawapan kau tetap sama dari dulu lagi. Kau nak juga jadi angel yang entah apa-apa tu!” Abrisam mula mengungkit kisah lama.

“Dan aku tahu aku tak layak jadi angel untuk kau.” Tutur Nur Ansar perlahan dengan matanya dipejam erat menahan tangis.

“Ye sebab kau cacat, parut kau tu jadikan kau buruk. Buruk untuk jadi seorang.....” Nur Ansar merentap erat lengan sebaik cengkaman yang erat itu kian longgar dengan setiap bait kata yang keluar dari mulut Abrisam. Nur Ansar terus berlari pulang ke rumahnya, meninggalkan Abrisam yang terdiam kerana baru menyedari sesuatu yang selama ini dia tidak pernah fahami.

“Seorang bidadari... Bidadari....” Abrisam menutur perlahan, Nur Ansar yang berlari meninggalkan dia jauh dihadapan hanya diperhatikannya. Tak dikejar, tak dihalang. Baru hendak berpaling, bunyi hon yang panjang menarik perhatiannya. Tubuh Nur Ansar dilihatnya terbang melayang sebelum jatuh terhempas di atas jalan. Abrisam tergamam, semuanya begitu pantas tanpa dia mampu untuk melakukan apa-apa.

“Kenapa dia tak pernah balas emel saya nek?” Abrisam menyoal dalam sendu. Wajah Nur yang pucat dengan wayar-wayar yang berselirat dipandangnya sayu.

“Nur Ansar sudah banyak pendam perasaan dia. Bila dia termenung, menangis baru nenek tahu dia sedih. Dia cetak semua emel Sam. Setiap hari dia baca. Nur segan nak balas. Setiap emel Sam cerita tentang kehidupan baru Sam di Universiti, tapi Nur masih di kampung, kawasan tempat mainan Sam dari kecil. Kata Nur apa lagi dia nak cerita.” Nenek mengesat air matanya dengan hujung baju kurung yang dipakainya.

“Abrisam banyak tanya pasal perasaan dia, tapi dia senyap aje. Abrisam sayang Nur, sayang sangat. Tapi Nur tak pernah balas, tak pernah cakap perasaan dia.” Abrisam tersendu lagi. Nenek menepuk perlahan bahu Abrisam.

“Nur sayangkan Abrisam, dari kecil sampai sekarang. Cuma Nur malu untuk mencintai Abrisam walaupun sebenarnya cinta itu sudah lama ada. Nur pendamkan, sampailah satu emel dari seseorang yang membongkar perasaan Nur untuk Abrisam pada nenek.” Abrisam mengesat air matanya yang mengalir.

“Emel?”

“Petang tu, Nur balik dalam basah kuyup, wajah dia muram, mata dia bengkak. Dia hulurkan emel tu dekat nenek. Emel tu dari seorang kawan Abrisam, yang menyuruh Nur tidak membalas semua emel-emel Abrisam. Kata emel tu lagi, Abrisam dengan dia sedang saling mengenali hati, kehadiran Nur menganggu dia dan Abrisam. Sejak hari tu, Nur tak pergi lagi ke kedai internet tu untuk cetak emel dari Abrisam.” Abrisam terdiam.

“Sebab tu dia datang rumah, setiap hari jumpa Mak dan Aisyah. Nur datang tanyakan khabar Abrisam. Mulanya mak hairan tapi lama-lama mak sudah terbiasa.” Emak Abrisam mencelah.

“Kenapa Nur tak cakap Nur cintakan Sam?” Abrisam menyoal Nur Ansar yang terbujur kaku. Hanya mesin yang membantu Nur Ansar untuk terus bernafas.

“Sejak Abrisam marahkan Nur waktu Nur cedera ditetak dulu, sejak itu Nur terasa dirinya tidak lagi layak untuk Abrisam. Cinta dia untuk Sam dia simpan dalam hati. Yang terluah hanyalah bidadari....” Nenek cuba menjelaskan segalanya kepada Abrisam.

“Sam marah sangat dulu, Nur hampir tergadai nyawa dengan kejadian tu, dia tak sepatutnya ke situ waktu tu. Bidadari...Sam tak faham semua tu nek... Bila Sam faham, semuanya dah terlambat.” Abrisam teresak-esak menangis di tepi katil yang menempatkan tubuh lemah Nur Ansar. 

Hari ini genap 7 bulan Nur Ansar hidup dibantu mesin untuk bernafas. Nenek redha pada Allah, tidak mahu cucunya terseksa hidup hanya berjasad. Menurut pakar, semua organ dalam badan Nur Ansar telah rosak teruk akibat kemalangan tersebut. Nenek redha. Hari ini doktor akan mencabut mesin yang membantu Nur Ansar untuk terus hidup. Hari ini Nur Ansar akan pergi buat selamanya dari bumi yang fana. Kisah Nur sudah sampai ke akhirnya, cintanya sahaja yang dibawa bersama-sama.

Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

++++++++++++++++++++


“Nur... awak tahu tak bidadari tu apa?” 

“Nenek kata, bidadari tu seorang yang cantik yang akan sentiasa menemani seorang lelaki yang baik.”

“Saya baik tak Nur?”

“Baik... sebab tu saya selalu teman awak.”

“Awak bidadari saya ye Nur?”

“Ye, saya nak jadi bidadari awak sampai bila-bila.”