Sunday, April 22, 2018

Mini Novel 2018 : Tuan Haji Esmael (T.H.E) Part 12


Part 12

Nur Ameena sudah pulang bercuti untuk majlis perkahwinannya hujung minggu ini. Sudah lama tidak pulang ke kampung, Nur Ameena terkejut dengan berita yang disampaikan adik-adiknya. Nur Annisa sudah tiga bulan menjadi isteri kepada Tuan Haji Esmael!

“Sampai hati Nisa tak bagitau sikit pun dekat akak yang Nisa dah kahwin. Sampai hati Nisa kan. Awat akak ni orang luaq ka?” Nur Ameena bersuara lirih. Kecil hati dengan Nur Annisa yang langsung tidak memberitahu apa-apa kepadanya.

“Nisa tak sempat nak pikiaq apa-apa pun kak Meena. Nisa bukan sengaja, betul-betul tak sempat nak cari siapa untuk mengadu.” Nur Annisa menggenggam tangan Nur Ameena, memohon agar kakaknya itu faham situasi dirinya.

“Tiga bulan. Takkan tak ada satu hari pun yang Nisa boleh buka telefon Nisa dan telefon akak bagitahu semua ni. Tak ada ka?” Nur Ameena masih berjauh hati. Hari ini pun, dia datang sendiri ke rumah Tuan Haji Esmael untuk bertemu dengan Nur Annisa.

“Telefon Nisa hilang lama dah. Nisa tak beli yang baru pun. Nisa kan tengah simpan duit nak sambung study.” Nur Annisa memberikan alasan, bukan sekadar alasan. Ia sebuah kebenaran.

“Habis tu Tuan Haji takkan tak ada telefon?”

“Nisa baru ja nak kenai Tuan Haji kak, kami baru ja rapat. Akak pun tau kan Nisa mana kenai sangat orang kampung kita.”

“Banyak betui alasan hang ni Nisa, geram kak tau dak!” Nur Ameena mengacah untuk mengetuk kepala Nur Annisa dan ketika itu Tuan Haji Esmael keluar dengan dulang yang berisi air.

“Nisa awat biaq laki hang yang buat ayaq?” Nur Ameena mengetap gigi menahan suara agar tidak di dengari oleh Tuan Haji Esmael. Nur Annisa sekadar tersengih menampakkan giginya.

“Jemput minum ya. Awat Annisa tak ajak kak masuk dalam ja.” Ujar Tuan Haji Esmael.
“Tak apa Tuan Haji, dekat sini pun okay. Sejuk sikit angin petang ni.” Nur Ameena membalas. Tuan Haji Esmael mengangguk sahaja sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

“Amboi… Tuan Haji layan hang macam permaisuri noh. Syok noh.” Nur Ameena mengusik Nur Annisa sebaik sahaja Tuan Haji Esmael hilang  dari pandangan mereka. Nur Annisa ketawa kecil.

“Alhamdulillah. Allah tu tak jadikan sesuatu untuk sesuatu yang sia-sia. Nisa baru belajar apa itu bahagia kak.” Nur Ameena tersenyum lebar. Nur Annisa ditarik ke dalam pelukannya.

“Allah Maha Baik. Kan kak selalu kata kat Nisa, sabaq satu hari nanti Nisa akan bahagia dan sentiasa gembira. Tengok sekarang, dapat Tuan Haji Esmael kut.”

“Ish… dari dulu orang dok syok kat Tuan Haji noh. Nisa tertanya-tanya juga. Lepas dah kenai hati budi dia, kenai sikap dia, memang patut pun satu kampung dok ligan dia.”

“Padan la hampa dua. Nisa pun ramai lelaki dok kejaq. Rasanya berapa pinangan yang Nisa dah tolak?” Nur Ameena menambah lagi membuatkan Nur Annisa mencebik bibir.

“Alah… Nisa orang kejaq sebab rupa paras saja. Bukan riak ya, Nisa sedaq yang tu. Tuan Haji Esmael sebab budi pekerti dia…”

“Dan duit ringgit dia…” Nur Ameena menambah.

“Betul. Risau juga Nisa yang tu…”

“Awat?”

“Banyak duit kan… mampu kahwin banyak.” Terus sahaja Nur Ameena mencubit paha Nur Annisa membuatkan Nur Annisa mengaduh kuat.

“Apa ni kak meena…?”

“Mulut jangan dok capui sangat. Doa tu Nisa, hang nak ka? Jadi sungguh baru hang tau.” Marah Nur Ameena.

“Nisa cakap ja… betui apa…”

“Apa yang betuinya tu? Saya join sekali boleh? Seronok tengok bersembang…” Tuan Haji Esmael datang lagi, kali ini dengan sepinggan karipap.

“Boleh haih… saya pun bukan orang lain, kak ipaq Tuan Haji juga. Rajin betui Tuan Haji masak, patut Nisa kui bulat.” Nur Ameena mengenakan Nur Annisa lagi. Tuan Haji Esmael melabuh duduk bersebelahan Nur Annisa di atas pangkin kayu.

“Saja, tak ada buat apa, saya masaklah. Dulu sorang, pi kedai ja senang. La ni ada orang boleh teman makan seronoklah masak.” Tuan Haji Esmael membalas.

“Apa yang betui tadi tu?” Tuan Haji Esmael menyoal sekali lagi.

“Ni Nisa ni, risau Tuan Haji kahwin lain. Yalah orang mampu…” Nur Ameena langsung tidak berlapik. Tuan Haji Esmael ketawa, Nur Annisa menjengil mata ke arah Nur Ameena. Mulut tak ada insurans!

“Tudia… kalau nak kahwin banyak buat apa saya tunggu tua macam ni… kalau nak dah lama Annisa… nak dapat Annisa pun susah, Allah juga mudahkan.” Nur Annisa mengerut dahi mendengar apa yang dikatakan Tuan Haji Esmael sebentar tadi.

“Maksud abang apa tu? Allah mudahkan untuk dapat Nisa?” Nur Annisa menyoal. Tuan Haji Esmael cuma ketawa kecil.

“Yang tu, satgi-satgi abang cerita noh. Ameena kenduri raya kedua la noh? Siap semua dah?” Tuan Haji Esmael menyoal Nur Ameena yang sedari tadi hanya memandang kedua-dua mereka.

“Aah, raya kedua. Mai la sebelum raya, rewang dulu. Abah nak masak sendiri juga, Meena suruh buat catering ja senang tapi abah kata nanti tak meriah.” Tuan Haji Esmael mengangguk.

“Syoklah kenduri kahwin, boleh pakai macam princess.” Suara Nur Annisa, ada nada sedih. Nur Ameena dan Tuan Haji Esmael saling berpandangan.

“Masa kahwin saja macam princess, tapi Nisa selepas kahwin sentiasa jadi princess. Eh, tak tak macam Queen.” Nur Ameena menjungkit-jungkit keningnya. Nur Annisa mencebik. Tuan Haji Esmael cuma tersenyum melebar.

“Boleh ka kita pi awal rumah ibu abah? Pi rewang?” Soal Nur Annisa kepada Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael mengangguk lagi.

“Tadi dekat surau, Imam ada bagitau dah. Rewang lelaki hari raya pertama lepas asaq. Kalau Nisa nak pi sebelum raya tu pun boleh. Abang izinkan. Abang pun kenalah ada, menantu pertama abah. Nanti apa orang kata pula.”

“Eloklah tu. Nanti Meena habaq kat ibu dengan abah. Mai tau. Kita kumpul ramai-ramai. Lepas kahwin nanti, Meena mesti payah nak balik. Suami Meena cuti ahad saja. Raya la kut nak boleh balik pun. Kalau sampai giliran sebelah Meena.” Nur Ameena menambah.

“InshaAllah, nanti Nisa dengan abang Aji Nisa sampai.” Nur Annisa melentok manja ke bahu Tuan Haji Esmael. Lagak manja. Nur Ameena mengerling, meluat.
“Toksah dok buat manja depan kak. Geli. Simpan naa hampa dua punya sweet and sour.” Nur Annisa ketawa, kemudian menjelir lidahnya. Tuan Haji Esmael sekadar menggeleng dengan senyuman melihat keletah dua beradik itu. Tidak dia menyangka Nur Ameena dan Nur Annisa serapat ini.

“Kak Meena nak balik dah, satgi ibu bising macam-macam. Yalah, kita kahwin awai sebelum anak manja dia kan. Payah…” Nur Ameena merujuk kepada Nur Ain. Hanem kurang setuju dari awal Nur Ameena menyatakan yang dia mahu berkahwin dengan pilihan hatinya.

“Alah… tak habih lagi melepas rindu takkan nak balik dah.”

“Esok-esok hang mai rumahlah. Kita gosip panjang naa… kak ada cerita pasai Kak Ain. Hang kena tau, nanti kat rumah kita sembang lain.” Ujar Nur Ameena sewaktu memeluk Nur Annisa sebelum berlalu pulang.

“Rapat juga Annisa dengan Ameena?” Soal Tuan Haji Esmael sewaktu mereka berdua mengemas pinggan dan cawan.

“Kak Meena awai lagi keluaq pi belajaq. Kami jadi rapat masa kat Universiti. Tempat belajaq kami tak jauh, selalu jumpa. Masa jumpa tulah kami saling luah semuanya. Tu yang boleh rapat. Kalau dekat rumah, ibu tak bagi adik beradik rapat dengan saya. Saya kan bawa sial.”

“Ish… tak sukalah dok cakap macam tu.” Tuan Haji Esmael bersuara dengan nada tegas.

“Dak… Nisa cerita ja. Abang, kenduri hat kita plan tu lagu mana?” Nur Annisa menyoal, tangannya sibuk membasuh pinggan dan cawan. Tuan Haji Esmael yang sudah melabuh duduk di belakang Nur Annisa cuma diam dan berfikir.

“Abang dok rasa nak buat hujung tahun. Tapi macam lambat nak perangkap kepala-kepala yang selalu dok buruk Annisa. Omar dengan Hussin dah dok dalam pasai kes lembu kambing tu. La nih, tinggai Nur Ain saja. Tak apa ka kita plan nak bongkar pasai dia?” Tuan Haji Esmael kembali menyoal.

“Nisa pun tak suka nak bongkarkan pasai dia. Nisa rasa bersalah. Busuk-busuk pun kakak Nisa juga. Erm. Nisa rasa, Nisa pi dengaq apa kak Meena nak habaq dululah. Nanti kita plan lain.” Ujar Nur Annisa sambil mengelap tangan yang basah.

“Okay juga tu. Dah nak maghrib ni, nak pi surau dak?” Soal Tuan Haji Esmael. Nur Annisa berkira-kira.

“Boleh juga, tapi Nisa tak masak apa lagi malam ni. Sat gi balik surau lewat pula kita makan.”

“Malam ni kita makan dekat warung Pak Berahim sajalah.”

“Seganlah. Tu warung kopi geng pak Lebai. Habih semayang pakat dok bergosip dengan warung tu. Apalah.” Nur Annisa sempat menyindir membuatka Tuan Haji Esmael ketawa.

“Tau saja dia nih.”

“Dulu abah suka dok pi, balik dok menyampai cerita. Kalau orang cerita pasai Nisa, balik ja dari surau, ibu terus amek penyangkut baju ka apa sajalah, ni ha… berbaluq badan Nisa ni. Kadang sampai tertanya-tanya, apa aku buat hari ni sampai kena tibai.” Nur Annisa bercerita dengan nada gurauan tetapi Tuan Haji Esmael terasa sayu. Hati lelakinya terusik. Laju sahaja dia menarik Nur Annisa ke dalam pelukannya. Nur Annisa kehairanan.

“Awat  ni?” Soal Nur Annisa, Tuan Haji Esmael hanya menggeleng kepala.

“Parut dekat belakang Nisa tu ibu ka buat?” Tuan Haji Esmael menyoal, Nur Annisa masih dipeluk erat.

“Aah… abah jarang naik tangan dekat anak-anak. Ibu lebih cepat. Parut tu Nisa dapat lepas Nisa balik dari mandi sungai. Sorang dari kawan Nisa hampir mati lemas. Balik tu, ibu ambik batang ubi, ibu tibai Nisa gila-gila. Separuh nyawa juga, mujuq Kak Meena ada, dia tarik Nisa, bawak lari masuk bilik.”

            “Kasihan isteri abang…”

            “Tak perlulah. Nisa okay. Semua tu buat Nisa jadi kuat, jadi Nisa yang sekarang ni. Allah tak uji kita saja-saja kan? Lagi pun Nisa paham kenapa ibu pukul Nisa. Orang asyik bising dekat ibu pasai Nisa. Ada saja yang tak kena. Alah, abang pun dah rasakan. Orang asyik cari dok buruk Nisa.” Nur Annisa masih tersenyum. Semua itu kenangan, kenangan yang mendewasakan dirinya.

            “InshaAllah, abang janji dengan Allah, abang akan pastikan semua parut-parut ni hanya akan jadi parut tetapi di hati Nur Annisa hanya ada memori cinta yang bahagia.”

            “Amin!” Nur Annisa laju sahaja mengaminkan kata-kata Tuan Haji Esmael. Tuan Haji Esmael kemudiannya mengucup lembut dahi Nur Annisa. Penuh kasih sayang.

            “Terima kasih, sayangkan Nisa.”

            “Terima kasih, terima saya seadanya.”

            “Abang ni suka merendah diri, meluat pula.”

            “Lah… apa pulak.” Tuan Haji Esmael mengejar langkah Nur Annisa yang sudah jauh ke depan.

            “Seadanya konon. Abang ada-ada. Banyak adanya. Nisa ni yang kurang ada.”

            “Itu pun salah?”

            “Toksah macam padi sangat, nanti Nisa ambik buat makan ja.”

            “Nak makan kena tunggu habis isyak. Baru syok.”

            “Haa tu kuning la tu abang Aji ni… ish! Gatai.”

            “Gatai pun tak apa aih… halal!”



to be continue... very soon.
 dah schedule, dulu ja keluaq kat blog ni ya.

KOMEN TAU!

5 comments:

Anonymous said...

sweetnya..sambung lagi noh..

Siti said...

apa yg abg haji rahsiakan tu...abg haji mmg dah lama ada hati ngan annisa ka...

Hafizza said...

👍👍👍

Aya Damia said...

Uishhh lagi kakk... makin syok plk ... hhehe

aTie said...

Makin menarik... X sabar nak tunggu selanjutnya...

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders