Saturday, August 13, 2011

aku, suami juga teman baek?

salam ramadhan.

sudah 2 minggu kita berpuasa kan. puasa kali ini sedikit mencabar dengan cuaca yang panas terik. Alhamdulillah hari sejuk sesejuknya. hujan dari pagi sampai petang.

melihat tajuk etri mungkin korang terpikir abc nak sembang tentang cerpen abc lagi kan?

suami=teman baik copy

alhamdulillah. penerimaan yang baik dari para pembaca di penulisan2u. komen sangat membina. sebenarnya., abc kurang berpuas hati dengan cerpen ini, terasa hambar dan kosong. mungkin abc menulis berhenti-henti, yelah buat sekerat berapa bulan kemudian baru sambung. hehehe. to all readers, thanks! komen anda sangat membantu abc.

++

berbalik kepada tajuk entri.

hari ni abc sempat tonton cerita hindustan kat TV3, mula terfikir, mesti bosan sebab takde shahRukhkhan, or salman khan, ada amitabh bachan aje. tapi meleset! ceritanya totally awesome!

cheeni_kum

CHEENI KUM

percintaan lelaki 64 tahun dan gadis 34 tahun. cerita dia komedi romantik. and memang komedi pun!

tapi, payah kalau tengok dengn budak kecik. adik abc tanya apa tu KONDOM. alamak! mampus aku nak terang. then dengan hemah abc jawab, barang orang dewasa punya. (abc tau adik masih blur… oh man.. apa patut abc jawab?)

berbalik kepada cerita, tidak banyak halangan kepada percintaan diorang, cuma bila nak kawen ayah perempuan tu tak bagi sampai mogok lapar. of cause la, menantu tua 6 tahun dari mertua!

cheeni-kum-6

apa yang menarik cerita ni bagi abc, pengisian dia. tidak salah untuk bercinta dengan lelaki yang lebih berusia bukan? dan sememangnya cerita ini betul, ya! perempuan sangat suka lelaki yang matang. teringat ayat Neena “ lelaki sangat lambat untuk matang, dan kenapa saya perlu tunggu untuk itu?”

so do i! pernah abc menulis entri tentang kenapa abc suka lelaki matang. (SINI) tetapi lelaki sangat kompleks. kadang2 usia baru belasan tetapi dia lebih matang dari lelaki berumur 30tahun. ada juga lelaki tua tetapi pemikiran masih belasan. ini mungkin disebabkan perjalanan hidup mereka. pengalaman mematangkan kita bukan?

bila dah tengok cerita ni, mula teringatkan Idris dan Adam. Haikal, Qaiser, Adam Asyaaf.

cheeniKUm

abc suka dengan watak yang lebih tua dan sikap matang diorang, macam idris sulaiman (Selagi ada dia) dan adam (adam dan hawa). perbezaan umur yang ketara dan cara mereka dalam mengawal sikap pasangan juga cinta mereka yang tidak kerana nafsu semata2. Aishhh.. tergoda!

kalau difikirkan, korang perasaan atau tidak, watak2 dalam karya abc juga, abc suka men’tua’kan si lelaki berbanding perempuan. takde yang sebaya, semua lelaki lebih tua. kematangan jejaka sentiasa menjadi idaman! ^^v

+++

usia bukan satu perbandingan. tetapi kematangan menjadi pertaruhan. wanita suka dibelai, salah ditegur penuh hemah, bukan cacian atau makian atau sumpah seranah. wanita suka hatinya diusik kata cinta, bukan kata nista tatkala amarah menusuk jiwa. wajah tidak perlu kacak mana, asal hati memberi cinta sepenuhnya. diri tak perlu semewah mana, asal ikhlas dalam bicara kerinduan. ^^v

+++

abc tak kata lelaki muda tak matang, cuma janji mereka kadang2 penuh kepalsuan. dan cinta kadang jadi permainan.

namun cinta satu pengalaman. pengalaman yang mematangkan!

namun kadang abc sendiri bertindak tanpa kematangan. =.=”

 

p/s: jangan terasa bagi yang membaca, ini hanya perkongsian.

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders