Friday, August 19, 2011

puding triffle + oreo.

salam ramadhan al mubarak.

Alhamdulillah. sudah masuk hari yang ke 19. 10 hari lagi untuk kita meninggalkan bulan yang penuh barakah.

Tapi! masih sempat kita nak buat juadah yang simple sangat macam PUDING TRIFFLE OREO nih. ^^v

P8170448 P8160447

Bahan-bahan:

  1. kek swiss roll (boleh guna lebih2 kek yang dijual dekat kedai kek, or kek span)
  2. oreo
  3. koktel buah-buahan
  4. susu penuh krim (300ml)
  5. telur (sebijik)
  6. tepung kastad (1 sudu besar)
  7. gula pasir (80gm)
  8. serbuk jelly
  9. air

Cara-cara:

  • Masak Kastad
  1. masukkan susu, telur, tepung kastad dan gula dalam periuk.
  2. kacau bahan2, dan guna api perlahan. (masak kastad kena selalu kacau, takut berketul2)
  3. masak sampai likat.
  • Masak Jelly
  1. masukkan jelly dan air dalam periuk hingga mendidih
  • Masuk ke dalam bekas
  1. bekas diisi isi siap dengan kek dan oreo yang dihancurkan. (buat lebih awal, before masak kastad)
  2. masukkan kastad yang siap dimasak tadi.
  3. sudukan koktel buah-buahan
  4. tuangkan jelly yang telah siap dilarutkan
  5. sejukkan.

+++

SIAP!

mudahkan? dulu abc pun ingat susah ^^v, okay jangan lupa untuk mencuba ye.

2 comments: