Showing posts with label kisahCintaABC. Show all posts
Showing posts with label kisahCintaABC. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Walimatulurus.Walimah.Majlis.

Kalau ada yang menyoal, kenapa busy sangat, cikgu je pun.
kalau ada yang menyampah, kata nak update tak update.
kalau ada yang pergi tak kembali ke blog, dah tutup padan pun tak update.
maaf berjuta maaf.
abc sibuk melukis dan menukil kisah cinta abc sendiri.

seikhlas hati abc menjemput kalian yang banyak memberi semangat kepada abc untuk
terus menerus menghasilkan karya cinta; ke majlis perkahwinan abc.


kalau berhampiran, kalau berkesempatan, kalau kenal di mana, datanglah memeriahkan majlis. :)
abc harapkan doa dari kalian supaya majlis berjalan lancar dan doakan kebahagian abc selamanya. ameen.

p/s: jangan malu jangan segan, abc jemput anda datang :)

Wednesday, December 11, 2013

Sibuk dengan Majlis :)

Maaf.
Blog tergendala.
abc sibuk dengan Majlis.
Majlis Tahlil dan Kesyukuran serta cukur jambul baby boy and girl yang dah masuk 3 bulan.

Tak besar majlisnya, tapi disebabkan di campur dengan kehadiran 'VVIP' untuk berjumpa famili abc.
jadi majlis jadi besar :)

Nervous tapi bahagia.

abc akan uploadkan gambar-gambarnya nanti :)

kalau sudi follow instagram abc @nurwateeqa

dekat situ banyak gambar-gambar terkini hiburan sensasi abc semasa ke semasa :)

okay, bye!

Thursday, August 15, 2013

Kahwin :)

Jam 1.16 A.M 15 Ogos 2013

Alhamdulillah. masih boleh menulis di sini.
Maaf, adik abc pun dah bising "bila nak sambung cerita?"
"lama dah tak post cerita" "Dugun2 tu macam mana"
abc membalas dengan "ermmm tau... ahhh dah la"
Yes I know Im giving to many reasons huhuhuhu
Maaf kan abc. mood menulis ada, tapi kakak tuan empunya badan mula kena penyakit M
Malasssssssssssss memanjang! ^^v

kembali ke tajuk entri : Kahwin.

menulis cerita cinta, tak pernah baca pulak baca dalam novel orang tulis persediaan nak kahwin.
baca-baca, jumpa terus kahwin. mudahnya NOVEL! kalau realiti... pecah kepala wooo..

ehem-ehem *blush* yes, niat di hati abc mahu menukar status remaja kepada dewasa ahaks.
tetapi kita merancang Allah jua menentukan. banyak perkara perlu dipertimbangkan, terutama CIK PUAN MAMA.

Masih belum serius berbual dengan mama, masih dalam nada gurauan. Sebab? Si dia pun belum bersedia, abc lagiiiiiiii la... (tulis cerita mudah berbanding hal sebenaq woo) berkahwin bukan macam main pondok-pondok. bukan macam main kahwin-kahwin dan penting sekali (I simpan ni dalam hati I dan minda I) kahwin bukan macam dalam novel. happy after a few conflict. Its never like fairy tales, happy ever after.

Pengalaman insan-insan disekeliling buat abc sangat berfikir panjang dalam soal ni. Kawan-kawan ramai dah menukar status, abc taknak sebab itu abc pun 'rush' nak tukar status. Kenapa abc tetiba berfikir soal nikah kahwin? sebab tak mahu berkawan terlalu lama. :) abc nak CINTA LEPAS NIKAH. abc nak rasa apa yang Allah janjikan kepada kita, Cinta yang halal itu sangat indah :) (bercinta sebelum kahwin bagai nak rak, macam mana nak rasa kan3?)

Dulu meremang bulu roma bila soal nikah kahwin timbul untuk diri sendiri. Sekarang? Biasa-biasa, sebab dah terlalu biasa dengar orang tanya "bila nak kahwin?" tambah-tambah bila adik kita dah nak timang anak. huwaaa~~~

0249 PM 15 ogos 2013

semalam mengantuk sangat jadi, tulisnya separuh terus log off :)
jadi abc sambung siang-siang pulak hehehe

taktahu nak sambung apa, idea semua takde, keluar dengan 'bersin' yang tak berhenti-henti.
oh! alah sungguh dengan habuk dan bulu kucing (I'm a cat lover!)

abc harap doa dari kalian semua. moga-moga sempat habiskan beberapa cerpen yang tergendala selama beberapa bulan :'(

doakan kesihatan abc
doakan juga kebahagiaan abc. (doa cepat tukar status hehehe)

sayang korang semua ^^v
love: abc_nurwateeqa




Wednesday, January 23, 2013

Sweet 16th - Raihan!

Selamat Hari Lahir yang ke 16 
semoga pada usia ini, an mok jadi lebih matang dalam berfikir dan dalam setiap tindakan.
semoga perolehi lebih banyak kejayaan dalam apa jua yang an mok lakukan.
ingat, bila sudah berjaya jangan lupa diri.
kenang kembali jasa orang tua dan adik beradik yang sentiasa ada waktu susah senang kita.
adakalanya kita rasa kekurangan, rasa dipinggirkan, rasa di'buli' dalam keluarga, nyatakan itulah yang akan kita rindui bila berjauh daripada keluarga :)
iqah dah rasa semuanya dan mungkin ada banyak yang belum iqah rasa lagi.
tapi iqah akan sentiasa ada untuk menegur dan membetulkan.
insyaAllah semuanya untuk menjadi seorang muslimah yang terbaik.
iqah doakan an istiqamah dalam ibadah yang an lakukan.
insyaAllah Allah sentiasa ada bersama kita.

ada kala kita rasa benci
adakala kita rasa sayang
adakala kita rasa marah
adakala kita rasa terlalu kasih
itulah perasaan yang mematang kita dalam perjalanan kehidupan kita.
ingat! sentiasa SABAR.
diamkan bila marah.
diamkan bila benci
luahkan sayang
tunjukkan kasih.

iqah doakan yang terbaik buat adik perempuan iqah 
siti nur raihan!

i love u an mok :)


Tuesday, December 25, 2012

UPdate Blog : sepanjang minggu lepas ^^

hai-hai-hai
ASSALAMUALAIKUM!

menulis pun kering idea hui3
so update blog kejap.


tiga hari tak tido (tido lepas subuh) sebab tengok drama ni
mak pun sampai kata, boleh tak tidur tengok cite Korea
hehehe kan nak cari menantu Korea dekat mak ^^

King 2 Heart.
best-best-best
sama best macam Nice Guy!

menitis air mata sikit, dan sangat stress!
tapi sangat belajar macam mana nak kenakan orang gila! ^^
tak rugi kalau tengok
rugi kalau tak tengok (bagi yang minat K-Drama la)

sekarang satu lagi drama Korea yang abc tengok, 
I MISS YOU
baru 13 episod, lagi 7 episod lagi.
best jugak ^^ 

hut-hut
abc dah berjaya buat kimchi
gambar abc dah share dalam instagram (@nurwateeqa)
nanti abc post sekali gambar dan resipi ye ^^

dukbokki tak buat lagi, cari rice cake tak jumpa hui3

++++

tak banyak yang buat last week, selain mengguling2kan diri atas tilam
dari semalam abc berusaha siapkan cerpen dan novel.
penulisan dah agak kaku sebab lama tak menulis.

okaylah, nak sambung tulis cerita cinta ^^ much love readers! 

Monday, November 19, 2012

Ustaz bertemu bidadarinya.... T_T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....

Saya sedang menabahkan hati yang sedang bersedih, mungkin juga bergembira dalam air mata.
Ustaz, saya gelarkan dia begitu. sejak saya kenal dia di awal usia 18 tahun, saya amat mengagumi akhlak dan peribadinya. Hari ini saya dapat tahu, dia sudah bergelar suami kepada seorang bidadari (gadis pilihannya).


saya bukan kecewa atau dikecewakan. Ustaz tak kenal saya, hanya saya yang begitu mengambil tahu tentang dia. (admire sebenarnya... ^^) saya cuma terkejut, dalam diam-diam rupanya dia sudah punya pilihan hatinya. mungkin sudah lama dan saya tak tahu. :)

saya mengaguminya, kerana dia juga saya berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya. saya mahu seganding dengan orang-orang sebaik dia. saban hari ada sahaja ujian yang saya tempuhi untuk menjadi baik sebaik dia. saya belum mampu menjadi seperti dia... banyak salah dan silap saya... namun saya tetap berusaha sikit demi sedikit....

jujur saya katakan, saya sedih kerana bukan saya pilihan dia. mungkin saya terlupa, dulu saya pernah katakan pada diri, bukan dia yang saya mahu tetapi 'lelaki' seperti dia....

suka saya katakan, saya tidak mencintai dia. saya lebih kepada mengagumi dia. saya punya perasaan seperti wanita lain iaitu 'idaman'. ustaz adalah kategori lelaki idaman saya. yang mana saya akan hormat, taat dan setia. dia punya segala yang wanita inginkan. Agama, Pelajaran dan Peribadi.

kerana ustaz, saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk menjadi baik. ya kedengaran seperti hipokrit tetapi Allah tahu segalanya.... :)

buat Ustaz dan bidadarinya... Barakkallah... semoga cinta kalian hingga ke syurga, semoga dapat melahirkan mujahid dan sri kandi islam yang sentiasa berjuang di jalan Allah. Insya-Allah... Ameen Ya Rabb...

#sentiasa saya minta pada Allah, diketemukan insan seperti ustaz yang dapat memimpin saya ke jalanNya. ^^v

Monday, October 8, 2012

Surat Cinta : menulis dengan cinta.




Aku menulis dengan penuh kecintaan hanya kepada mu : 
Khalif Haikal J.

Assalamualaikum cinta hatiku.

Semoga kau baik-baik sahaja jauh nun di sana. Sentiasa dibawah kecintaan Yang Maha Esa, sentiasa dalam lindunganNya. Aku kan terus mendoakan kesejahteraanmu di sana.

Cinta hatiku, hari ini hari yang seterusnya kamu dihatiku. Dan aku tahu, sentiasa kau dihatiku, sentiasa. Semakin hari cintaku padamu mekar, bagai mawar yang baru mengembangkan kelopaknya satu demi satu setiap hari. Dan aku akan pastikan, ia takkan layu sebagaimana hayat mawar yang sementara. Cintaku padamu tiada akhirnya. Kerna doaku pada Dia yang mewujudkan rasa cinta ini, kekalkan cintaku kepada mu hingga ke syurga.

Cinta hatiku, jarak memisahkan kita. Negara yang berbeza. Menghirup udara yang berbeza, namun tetap memandang bulan mentari yang sama. Dengan itu, tak pernah antara kita merasa jauh malah terlalu hampir antara kita. 

Cinta hatiku, aku menulis tinta ini kerna tika ini aku terlalu merinduimu. Terasa degup jantungku berirama luar biasa. Detaknya melodi yang tidak biasa ku rasakan. Melihat sahaja gambar wajahmu, menenangkan degupan rinduku. Melihat senyummu, bisa membuatkan bibirku yang sentiasa menyebut namamu turut tersenyum. Betapa kamu aku rindu, betapa kamu aku cinta.

Cinta hatiku, aku senantiasa menghitung waktu. Detik bila bisa kita bertemu empat mata. Detik bila bisa kita berbicara, menyata rindu yang ada, menyata betapa kita saling mencinta. Detik bila bisa kita menghulurkan segala apa yang terpendam di jiwa. Aku yakin, detik itu akan tiba. Mungkin esok, lusa mahu hari seterusnya. Biarlah bertahun ku menanti, aku berjanji akan terus setia menantimu, kerana kamu cinta hatiku.

Cinta hatiku, warkah ini akan aku nokhtahkan ia di sini. Akan ada coretan untuk mu di lain waktu. Nantilah bila aku benar tak mampu menampung rindu yang membebani jiwaku. Waktu itu akan aku kirimkan warkah rindu dan cintaku buatmu. Janjiku untuk setia, janjiku mencinta, janjiku untuk terus menantikanmu. Sayangilah, cintailah aku sebagaimana aku menyayangi dan mencintaimu. Moga kasih kita hingga ke syurga. Mohon jua kasih DIA.

Kerna cinta, kerna rindu, aku dari kejauhan untuk kamu.
Nurwateeqa.

Sunday, September 16, 2012

Anak Cucu baru ^^


pagi hari, selepas tidur lepas solat subuh (tak tidur satu malam hari tu)
dalam ngantuk-ngantuk
mak telah kejutkan kami sekeluarga, dengan membawa pulang seekor anak kucing!

sebelum ni, kami nak ambik kucing mak tak bagi.
sebenarnya boleh, tapi bersyarat, syarat yang sangat berat =='

kalau kucing buang 'najis' dia merata-rata
orang yang ambik kena bersihkan.

hahahaha
berat sungguh!

tapi mak memang selalu bersihkan kucing2 ni yang tak berapa
kenal 'toilet'!
so, mak memang boleh bela banyak mana pun.
 
kami namakan dia : KATIE (hari tu, Kate dan William datang Malaysia)
 
nama awal2, ket sebab mak ambik dekat Market. hehehe
tapi nak bagi best, jadik Katie! ^^
 
Mama Chilo tak suka, same goes to Derlo
but okay, for Bello and Olelo.
kamu assume, Mama Chilo dan Derlo betina
so jeles dengan kecomelan Katie. :p
 
+++
 
syarat nak masuk rumah (untuk kucing)
kena mandi setiap minggu dan mem'buang' dalam toilet!
 
kalau tidak.... jejak kasihlah diorang ^^
 
okeis. cukup mengarut takat ini.
much love Readers <3 br="br">
 



Sunday, September 2, 2012

Cikgu. Dia. Maaf.

Salam Syawal.
Salam 1Malaysia.
Salam Perpaduan.

hari ni bukak FB sahaja penuh kawan-kawan cikgu saya kongsi satu link blog.
malam ni ada pulak yang kongsi link blog yang membidas atau balas balik al kisah 
seorang pemilik blog yang ter'lebih' komen profesion perguruan.

anda semua tahu kan siapa?

akibat keterlebihan yang dilakukannya, dia dikritik, dimarah dan banyak lagi.

isu sensitif.
yang bukan guru pun marah.

yang bergelar guru/cikgu dan bakal guru lagi lah marah.
abc? TERASA HATI, MARAH, tapi abc faham,
hak dia untuk bersuara dan abc ambil yang POSITIF 

abc dah baca entri blog dia,
dah baca entri blog cikgu2 yang membalas kembali
dan abc dah baca komen2 di entri2 tu

dalam komen-komen tu dia ada memohon maaf daripada para cikgu.
dan sebab tu jugak dia telah mendelete blog dia.

korang boleh baca dekat sini :

entri dia : DIA

entri : cekgu abbas

entri: Izzul

++++

walaupun ada orang yang tidak dapat terima kata2 maaf dia,
sebab mengatakan dia masih angkuh dan masih tidak mengaku salah dia.

jadi, sekarang sebagai guru apa yang boleh kita buat?

jawapan abc, sebagai anak seorang guru, sebagai bekas guru (6bulan jadik cikgu) dan bakal guru (insyaAllah dalam masa terdekat), abc menerima maaf dari dia, dan harap dia belajar daripada salah dia kali ini. 

untuk apa kita menjadi guru kalau tidak menerima kata maaf daripada orang lain?
untuk apa kita menjadi guru kalau terus memusuhi dia yang pernah membuat silap?
dan untuk apa jadi guru kalau kita terus memarahi dia?

sebagai guru, kita ada sabar yang tinggi bukan? 
tidak perlu kita jadi selancang dia 
sebaliknya lebih lembut jiwa dalam menangani hal sebegini.

biarpun kita dihujani seribu malah jika sejuta hinaan.
kita tetap berusaha segigihnya mendidik anak bangsa kita.
atas satu sebab yang utama, iaitu
KITA ADALAH SEORANG GURU.

seorang guru bukan MENGAJAR
tetapi MENDIDIK.

 ++++

buat dia:

saya minta maaf, pada awal saya membaca entri anda, saya juga termarah
terkata dan terguris hati.
saya dulu tidak pernah terfikir akan menjadi guru.
tapi sekarang saya jatuh cinta pada kerjaya ini.
walaupun belum bergelar guru, minda saya sentiasa terfikirkan
bagaimana saya dapat mendidik anak bangsa supaya mereka punya
masa depan yang CERAH dan supaya "tidak merempat ditepi jalan".

saya cintakan kerjaya ini, tanpa terfikirkan hal-hal yang anda nyatakan.
terima kasih buat anda, kerana menyedarkan.
bahawa kerjaya guru sangat MENGUNTUNGKAN.

jadi guru banyak pahalanya kan?

p/s: saya cuma guru biasa, yang sentiasa mendoakan kejayaan anak bangsa tanpa meminta balasan dunia.


Friday, August 31, 2012

cerpen melalut.

Salam Syawal.

Salam Merdeka.

abc berehat sebab demam.
waktu siapkan CIA, editing and re-format ^^ CIA
abc demam, batuk selsema.

biasalah alah sangat-sangat dengan habuk dan cuaca sejuk
sejak-sejak asthma hui3

Alhamdulillah, sudah sehat tapi masih sengau.
abc sedang menghabes beberapa cerpen.
ada yang re-type, re-format, re-re-re lagilah.

ada yang termacam tersama cerita lama2 dulu pulak. aishhhh!
idea sudah kurang, sebab cinta sudah tarak. hu-hu-hu

.......

watching batman ni harap-harap boleh dapat siapkan cerpen satu.
esok abc join konvoi merdeka KELAB WAJA :)
syiokkkk!

doakan abc diILHAMI idea yang baek dan menarik serta boleh memberikan kita ilmu dan pengajaran.
taknak lah penulisan abc menjadi suatu yang sia-sia. ^^

apa yang penting??? KOMEN DAN KRITIKAN DARIPADA ANDA SEMUA.

much love readers


#currently abc terfikir nak bukukan semua cerpen abc dan jadikan hadiah istimewa buat pembaca blog abc yang bertuah, amacam care tak??? hek-hek-hek

Wednesday, August 29, 2012

Mimpi. Lili. Dia

Salam Syawal.
last entri sebelum tidur. 

semalam mimpikan suatu yang indah.
tapi mimpi mainan tidur kan?

mimpi abc:

lelaki chinese look. 
dia bagi abc 9 kuntum bunga lili.

apa maknanya ye?

lepas google, abc dapat beberapa jawapan.

9 kuntum : mencintai satu sama lain selamanya

bunga : Lily

Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai ciri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi

+++

nak tahu lebih lanjut, boleh check link kat bawah ni ^^



+++

abc sangat sukakan bunga lili.
tu yang men'sweet'kan mimpi abc :)

boleh buat cerpen nih.

p/s: komen takde lagi nih untuk CIA part 2 erm.....

 

Friday, August 24, 2012

First Kiss Thailand Movie!


mula abc download aje.
sebab latest movie.
lagi teruja bila movie ni adaptasi daripada novel!
confirm best kan :)

lepas tu tengok trailer.
sweet!

harini baru sempat nak tengok even dan download lebih kurang 2 minggu ^^
cerita dia best sangat.
ayat-ayat dia (love quotes) yang ringkas dan bermakna. abc suka tu ^^v

mula takut nak tengok, sebab cerita thailand kadang-kadang ada yang tidak ditapis sangat
hehehehe
tapi bila dah tengok, oke aje.
cerita yang ringan, ringkas, manisssss aje.

yang sedih, memang sedih. huhuhu

nak cari novel dia. ;)

rasa-rasa ada tak?


Friday, June 29, 2012

nak ini pada tanggal 23th!


hanya mahu ini.
ini aje ^^

p/s: menanti mawar2 doa daripada kalian yang menyayangi aku :)

Sunday, February 26, 2012

Bila abc jatuh cinta.

Assalamualaikum w.b.t

Sudah hari Ahad, esok ada satu kelas sahaja ^^
abc sedang habiskan JP Bab 6, dan mengatur jalan cerpen bulan 3.

hati dan fikiran masih terlekat dengan "Heartstrings". (Jangan sampai jadik najis! ingatan untuk diri sendiri ^^b)
sebab tu bangun awal pagi, kemas bilik, uruskan mana-mana perlu diuruskan dan sambung menulis.

tapi assignment masih belum jalan. huuu~~~



abc jatuh cinta?
jatuh cinta pada ketenangan yang hati abc rasakan.
jatuh cinta pada pengurusan diri yang sedikit demi sedikit menjadi lebih baik.

dalam asyik jatuh cinta, terasa juga kosong. Rindu!
rindu dekat Mak dan adik-adik.
bangun pagi terasa nak call, tapi mana ada orang dekat rumah.

abc masih dalam dunia sendiri. erm... susah nak jelaskan. =.="
mungkin lebih senang nak cakap, abc dalam dunia fantasi (berangan).
sebab tu, terasa senang hati aje.
bahayakan... sebab realiti itu bukan fantasi!



p/s: realiti bukan fantasi, segmen Melodi Hati. ^^

Thursday, February 2, 2012

my wedding shoes ^^

Assalamualaikum w.b.t

I'm so excited!
ya... i'm not getting married yet, just yet! hehehe

abang-abang abc akan melangsungkan hari bahagia mereka. ^^
famili abc akan *busy* tahun ni. owh my!

abc yang terlebih excited nampak gayanya ;)
i just love with wedding's things.....

okay, after sharing a wedding card yesterday, hari ni abc nak share gambar-gambar kasut pengantin yang sangat cun dan *gorgeous* please believe me! abc tak tipu punya lah. korang akan cinta, just like me! ^^

+++++

abc akan kongsi gambar-gambar kasut daripada koleksi Rosa Clara (LINK)
kasutnya simple, kemas dan chantek!

memang taste abc lah ^^




abc suka yang ini!

abc tak pernah pakai heels ^^ abc lebih suka dan selesa dengan wedges (bagi la berapa inch pun ^^).


koleksi Rosa Clara lebih kepada heels
wedges kurang cun cikit hehehe but still gorgeous!


tabitha simmons satin wedges
yang ini kemas. simple design.


pengantin perempuan jarang pakai wedges masa wedding
tapi untuk pengetahuan, ia nampak lagi comel dengan wedding dress tau! 
erm.. mungkin orang jarang buat kan ^^

comel kan?

 LINK



okay, setakat itu aje lah ^^ nak lagi? klik lah link bagi setiap gambar yang abc letakkan tu. semua abc google aje.. hehehe

kepada bakal pengantin, cari kasut yang paling cun, bukan setakat baju aje cun, kasut pun orang tengok tau! hehehe....


p/s: yang penting akad nikah kan ^^ much love readers!

Wednesday, February 1, 2012

Saya nak cepat-cepat ada anak!

Salam Februari 2012.

sekejap aje masa berlalu, 18hari lagi sebelum balik ke Johor!

enrti pertama bulan Februari.

++++

abc baru lepas baca 'perbualan' ibu muda dan bakal ibu muda di facebook. sangat seronok pulak baca kegembiraan dan perbincangan mereka tentang hal-hal keibuan. abc tak boleh nak masuk campur, tak ada pengalaman lagi. hehehe


kecintaan abc kepada baby sangat tinggi. sangat sukakan baby. ^^ dari kecik, sangat-sangat teruja dengan baby. tambah-tambah baby boy. ;)

my only son ^^
adik-adik dah besar, anak sedar baru seorang. insyaAllah, this year dapat lagi seorang, semua hoping for a girl and abc harap boy lagi. i love baby boy! hehehe

abc rasa, baby girl kuat nanges, tak tough! pastu baby girl selalu takut dekat abc, geram punya pasal abc akan beliakkan mata or *cubit* bagi nangis. keh-keh-keh

baby boy? selalu senang nak tackle! ^^



sekarang sudah kurang kes pembuangan bayi, Alhamdulillah. but abc kata kurang, sebab masih ada. kejam! bodoh siapa yang buat dosa dengan membuang dan membuang+bunuh anak mereka yang keluar dari rahim mereka. bukan kepada ibu sahaja kepada bapa yang bodoh dan bodoh kerana tidak mahu bertanggungjawab dan turut subahat dalam membunuh waris mereka sendiri!.

bila timbul kes-kes pembuangan bayi, abc selalu cakap dekat mama, kenapa eh diorang tak buang depan rumah kita? boleh ambil jadik anak angkat.

kadangkadang bila pergi buang sampah, selalu kata dekat adik, cuba tengok-tengok mana tau ada baby orang buang dekat sini. harap dengar suara baby menangis. erm...

abc sangat nak ada baby. ^^ umur baru 23 (belum lagi). bukan kes gatal or gedix tapi memang perasaan itu ada. kenapa?

  • abc nak rasa perasaan bila ada nyawa dalam rahim
  • abc nak rasa baby gerak-gerak dalam rahim (masa adik dulu, penah tengok perut mak bergerak-gerak)
  • the feeling of being a *mom*
mungkin terlalu awal (dari dulu kut feeling ni hahaha) insyaallah suatu hari nanti pasti dapat rasa. ;)
bila itu, abc serahkan segalanya kepada Allah.

p/s: mengingati PCOS membuat abc takut dan sentiasa berharap sihat seperti orang lain. ^^ moga Allah mendengar doa abc.

Monday, January 30, 2012

kompilasi hari bahagia.... mereka ^^

abc nak kongsi gambar perkahwinan kawan-kawan abc.

mereka cantik
mereka manis
mereka bagai puteri
tapi benar... merekalah ratu sehari ;)

Fatin Sherina
Fatin Sherina
Noorehan

Noorehan
Mashitah
Mashitah  

sebenarnya, ada lagi dua orang kawan abc yang kahwin, tapi itu tak dapat pergi, jauh di Timur ;)
moga mereka bahgia bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

jeles jugak ^^
mereka sudah bertemu pemilik tulang rusuk mereka, tapi abc? bila ye.... 

moga yang hadir persis yang abc mahukan. Yang Terbaek semua dari Allah. insyaAllah.

Monday, January 16, 2012

Saya sudah bertemu cinta sejati!

Syukur pada Ilahi.
Alhamdulillah ;)

cinta di hati tidak dapat dipendamkan lagi.





taraa.... buku-buku yang membuat abc jatuh cinta! teramat!

BAHAGIANYA MERAYAKAN CINTA

pengisian yang baik.
buku yang baik buat abc yang terlalu suka bersoal dan bercerita tentang cinta!

ada lagi 3 kupon untuk penebusan, tapi dah bajet RM100 untuk adik-adik ;)

+++++

abc balik hari ni.
balik Kedah!

jumpa esok pagi ye ;)

doakan perjalanan abc selamat ye.

Friday, January 13, 2012

aku dan cinta, bagai tak bisa dipisahkan.

Assalamualaikum w.b.t

satu entri sebelum masuk tidur. ;)
tengah pagi, memang banyak nak diperkatakan.
inilah waktu memuhasabah diri yang banyak compang campingnya.

abc sekadar berkongsi jiwa dan hati
berkongsi juga entri-entri lama.

waktu mematangkan diri kita.

abc percaya pernyataan di atas.
sebab itulah abc. kesilapan demi kesilapan abc buat dalam hidup dan ia sangat memberi pengajaran kepada diri abc. sehingga membina kembali diri yang sebenar-benarnya.

abc dan kisah cinta. memang tak dapat dipisahkan.
ada sahaja dramanya. entah kenapa, abc tidak mengelakkan diri daripada 'cinta yang tak matang!'
jujur abc katakan. abc menjebakkan diri kerana ingin 'rasa' apa nikmatnya 'cinta remaja'.

dan JUJUR dan IKHLAS abc katakan. 'SAYA SANGAT MENYESAL!'

orang tua selalu kata; sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

yes, abc dah rasa diri macam tak guna ;(

bukan abc riak nak cakap pasal diri. sekadar berkongsi. (abc tekankan di sini sekelian kalinya)

dalam kehidupan remaja yang abc lalui. cukuplah 4 tahun abc membuang masa dengan kisah cinta yang tiada kesudahannya. bagi yang berjaya ke jinjang pelamin, tahniah abc ucapkan ;)

kenapa abc menyesal?
kecewa sangat. frust menonggeng. poyo????
apa pun persoalan dan jawapan, biar abc dan Allah yang tahu.

apa yang buat abc sedar?
Allah itu Maha Penyayang. DIA yang sedarkan abc tentang 'sebuah kehilangan'
abc hilang sesuatu, yang hingga kini abc tidak ketemu kembali Allahuakbar!


dan mujur ada KAWAN yang kembali membuka jalan untuk abc kembali menjadi diri sendiri. saat hilang pedoman, saat ketandusan pintu keluar, KAWAN datang dengan menyuluh jalan keluar buat diri. Alhamdulillah. ;)

cukuplah abc menulis tentang 'penyesalan'. abc tahu, ada yang bermonolog dalaman saat ini dengan ayat "POYO AJE!" ^^, aku cuma mahu sedarkan diri, dia dan sahabat-sahabat yang aku cintai.


abc kongsikan di sini, beberapa entri KISAH CINTA abc. (abc tak pernah delete post lama-lama, tak malu ke tak delete? Ah.. malu? kenapa tak difikirkan dari dulu???huhuhu)

bukan kisah apa pun. kisah kecintaan abc kepada manusia bernama lelaki..(ayat berani mati aje kan?)
abc banyak sangat tulis pasal cinta. kadang termalu sendiri. sebab rasa macam..... er.... macam... terhegeh, tergedik, dan "BIANG"! ;p





masuknya abc ke dalam usia 23 tahun, buat abc terasa lebih sukar hendak menegur salahnya satu perkara. diri terasa tak layak, diri terasa malu sendiri. nak membincangkan sesuatu, terasa tiada teman. moga Allah kembalikan aku ke jalanNYA, penuh barakah penuh redha.

apa yang abc mahu? menjadi diri sehebat yang mampu, kerana sekarang aku terlalu malu untuk menghadap DIA.




p/s: menulis ceritera cinta, kadangkala buat aku termalu sendiri. aku angankan yang sempurna tapi diri penuh cacat cela!


Saturday, December 24, 2011

kekasihku, barah otak peringkat akhir.

Alhamdulillah. masih berjaga.
ada misi yang belum selesai.

abc sekadar nak berkongsi kisah.
mungkin abc tak tahu sepenuhnya.
tapi nak kongsi rasa.

sepanjang menulis novel Janji Terpateri.
sukar sebenarnya nak mendalam jiwa Mustika.
seorang wanita muda yang kehilangan suami tatkala dia hamil.
sukar bukan.
abc belum berkahwin, belum juga hamil
bagaimana rasa itu mahu hadir???

inilah gunanya bacaan dan pengalaman orang lain.
orang kata, penulis suka berimaginasi.
ada masanya. mungkin masa yang jenaka2 atau yang romantika
tapi ada yang sebahagiannya melalui pengalaman dan bacaan.


sepetang menaiki bus untuk pulang ke kolej dari perpustakaan.
radio, tak tahu siaran apa (naik kereta kawan)
DJ tengah baca ucapan2 daripada pemanggil

ada satu mesej yang berbunyi.

"teman lelaki sedang koma di hospital, dia menghidap barah otak peringkat akhir"

kami yang mendengar hanya mampu mengucap panjang. tak pernah terlintas dalam minda.
bagaimana jika insan yang aku cinta sakit sebegitu???

bagaimana hari-hari yang bakal aku lalui?
erm....

teringat waktu zaman di matrik. selalu nak dapat 'bf' yang sakit.
masa tu terpengaruh cerita2 luar yang tayang kisah macam tu.
nampak sweet and sedih kononnya.
entah. mungkin waktu2 pra-matang. 


sekarang?
tak tahu nak komen macam mana.
tak sanggup nak berada dalam situasi sebegitu.

korang macam mana?


picture: favim.com

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders