Wednesday, August 17, 2011

emosi itu biasa

salam ramadan.

sementara ini, abc sudah hilang semangat untuk menulis. tapi jangan risau LIF SE sudah hampir siap semuanya. insyaAllah, dalam minggu ini abc akan selesaikan semuanya dan hidangkan buat bacaan anda semua. harap ia tidak mengecewakan pembaca. ^^v

semangat menulis yang abc katakan, adalah untuk berblog. entah. idea tiada, ilham apatah lagi. resah andai penulisan abc hanya sia-sia, tiada kebaikan tiada hiburan tiada isi kandungan. erm! abc mahu dapat walaupun sedikit kebaikan dalam setiap penulisan abc untuk yang membaca. bila dia membaca, dia dapat sedikit baiknya entri abc itu, dan menjadikan hari2nya lebih bermakna. walaupun hanya sebagai penghilang bosan. =)

buat apa ramai followers, buat apa trafik berjuta, namun tiada apa2 yang kita sajikan buat mereka yang membaca. mesti yang mengikut itu kecewa, yang datang itu hampa. abc mahu kesemuanya, entri penuh makna, rakyat berjuta, trafik sesak berjela-jela, manfaatnya? kita kongsi bersama2. ^^v

namun apa daya. abc juga seakan, blogger jalanan, masih banyak perlu dibaiki lagi. ilmu masih banyak belum dipenuhi. masih mencari identiti sendiri. abc masih cuba melakukan pelbagai benda, untuk menarik lebih pembaca dan memberikan satu makna selepas mereka menjengah ke sini. ^^v

+++

2 entri yang penuh dengan huruf! sengaja mencuba. try and error. ^^b
seronok jugak, tak payah mencari rajah. tapi abc tahu pembaca tak suka bila ada karangan. ini cuma bila emosi itu terlalu biasa menjengah dalam hari2 abc, hati ini terlalu mau untuk berbicara kadang mahu pula bersyarah.^^v

rindu zaman sekolah. rindu mahu menulis karangan tidak kurang 350 patah perkataan. dulu terseksa, sekarang mahu semahu-mahunya.

with love.. nur wateeqa