Thursday, August 11, 2011

kisah puasa: nafsu Bazaar itu besar!

salam ramadhan

ini entri ke 8 tentang puasa.

dah nak masuk hampir 2 minggu kita berpuasa.

macam mana ibadah?

sudah berapa juzuk quran?

Alhamdulillah.

sama-sama kita mengejar nikmat dan peluang sepanjang bulan mulia ini, insyaAllah.

kali ini al kesah Bazaar.

Bazaar Ramadhan

tak rasa ramadhan kita, kalau tidak ke bazaar, ye kan?

macam mana sunat nya solat terawih.

bazaar ni pun dah jadi macam sunat juga untuk kitakan.

kadang bukan beli apa pun.

pergi menengok aje. (abc la tu..)

abc hanya nak berkongsi pendapat dan pandangan

ini semua dari apa yang jadi dengan adik abc.

tak bagi beli, kesian dia kecik2 dah puasa (kecik la sangat)

so as a reward kita beli apa dia nak.

abc ikut aje, hulur duet.

macam2 dia beli, roti john, ayam panggang 2 paha, banyak lagilah

masa berbuka, dia makan roti john aje.

ayam? abc yang habeskan.

mula la mama + abc + along membebel pasal ni.

ramadhan_big

 

bukan adik abc aje, orang lain pun sama kan?

kadang dari taknak beli, jadi nak beli.

aishhh!

kat rumah tadi dah siap masak kueh.

pergi bazaar, berKueh Mueh kita beli.

kat rumah tadi dah siap bancuh air masuk peti

kat bazaar berbungkus2 air kita beli lagi.

Ya Allah.

nafsunya besar sungguh!

nafsu siapa?

nafsu si bazaar ke?

erm.. kita sendiri.

nafsu tu melonjak2 saat tengok makanan.

bila dah berbuka, ada makanan yang langsung tak disentuh.

ada pulak, kat bazaar tadi nampak sedap aje, sampai meleleh air liuq

balik-balik, makan, hampeh!

bazar ramadhan

hai awak, tak tengok berita ke? Malaysia punya pembuangan sisa makanan paling tinggi?

macam ni la kita manusia. nafsu tu memang tinggi.

nak kata syaitan yang dok bisik2, syaitan dah kena rantai bulan puasa ni.

ha.. yang tinggal? Nafsu dalam diri.

kalau kita ni dah terbiasa membazir, waktu bulan puasa pun membazirlah.

sedar tak?

oleh itu abc sarankan.

2 minggu lebih lagi berpuasa ni, kita intai diri kita.

benda mazmumah apa yang kita buat jugak walaupun bulan puasa.

dari situ, kita dapat muhasabah diri kita.

kita dapat sedar, kelemahan diri kita. betul tak?

+++

dengan melihat orang lain, dalam masa yang sama kita menasihati diri kita sendiri

insyaAllah.

No comments: