Jadual 'update'

Thursday, August 18, 2011

Biskut Chip Coklat Badam!

salam ramadhan.

abc bukanlah jenis yang suka buat biskut raya nih. entah kenapa, mood nak buat dan semangat itu datang ^^v

biskut chip coklat

sangat mudah nak buat biskut ni. tambahan buat orang yang malas macam abc nih. ^^v jom kita tengok, macam mana abc buat biskut nih.

bahan-bahan:

  1. tepung gandum 200gm
  2. serbuk koko 20gm
  3. serbuk vanilla 1camt
  4. badam 50gm
  5. coklat chip (hershey’s kalau nak nampak ketul2) 50gm
  6. mentega 150gm
  7. gula perang 150gm

cara-cara:

mentega

campur mentega dan gula pasir, pukul hingga kembang

tepung koko

sementara tu, ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk vanilla.

badam

apabila mentega dan gula dah kembang, masukkan bahan2 ayak ke dalamnya, dan akhir sekali masukkan badam dan coklat chip.

biskut raya

kemudian, bentuk2kan biskut raya anda! ^^v

bakar dalam ketuhar bersuhu 180’c selama 20 minit.

+++

senangkan? jadi gadis2 dan jejaka2 bujang tiada alasan untuk tidak mencuba! hehehe

anak2 dara bolehlah mencuba, mana tau leh menambat hati mak mentua waktu raya nanti =)

p/s: satu adunan boleh dapat 100 biji.

No comments: