salam ramadhan
walaupun dalam kesihatan yang tidak berapa baik, tapi abc taknak bertangguh dalam menulis entri. bila lagi nak jadi blogger berjaya, setiap jam patut ada entri tau! Oh..MrBen i adore you!
abc membelek gambar2 sepanjang aktiviti sebelum puasa hari tu. ada satu gambar yang membuatkan abc tersangat nak berkongsi dengan anda semua. kenangan semasa abc kecik2, sewaktu kami tinggal sekampung dengan penduduk orang asli di Pos Dipang Perak. waktu tu abc 6 tahun. hanya setahun kami di situ tetapi kenangannya macam 10 tahun. sampai sekarang abc ingat semua yang abc main di sana. Tok Batin yang memaksa mama pindah, katanya ada bala. ya, setahun lepas tu, kawasan mereka dilanda banjir lumpur yang dasyat. ramai yang kami kenal telah mati dalam kejadian tu.
okey, bukan kisah sedih. kisah kenangan.
korang tau buah apa ni? cuba teka?
nama dia, buah berangan. sedap!
dulu, belakang rumah kami ada pokok nih, setiap petang, along angah akan eprgi kutip dan bawak balik, banyak gila! tapi saiz dia taklah gedabak macam dalam gambar. abc 6 tahun masa tu, masih ingat abc masak buah ni sendiri. buah ni kita masak dengan pasir dalam kuali.
erk.. masa cari dalam google images, baru tau buah berangan ni kulit luar dia macam buah rambutan aje. =.=” dah berapa tahun ni baru tau. hahaha
pape pun.. buah berangan sekarang mahal gilaaaaa! sebungkus RM5! tu dia… i miss my old time. sob..sob..sob..
++
orang asli sangat baik, tambah-tambah bila dengan seorang guru. I miss my kawan2 di sana.. =)
No comments:
Post a Comment