Monday, February 28, 2011

ikan keli sambal!

assalamualaikum.

harini abc makan sambal ikan keli. yum3! tapi tak puas sangat sebab sambalnye dia jirus aje kat atas ika, so rasa sambal tak berapa diserap oleh isi ikan (betui ke ayat ni?) orang timur kata tak sera!

mudah sangat kalau orang2 muda nak masak. orang muda? hehehe remaja2 la.. takkan pandai makan aje kan.

SAMBAL IKAN KELI

rs.ikan keli

(gambar dari google, sebijik macam yang abc makan tadi,hehehe)

bahan-bahan:

ikan keli yang siap digoreng.

minyak untuk memasak 3 camca besar.

cili merah, hijau dan cili padi. (bagi kaw2 sikit!)

bawang besar

bawang putih

belacan (abc suka belacan! ^^v)

jus asam jawa

bahan perasa (gula, garam dan perasa yang disuka seperti secukup rasa dan sesedap rasa)

*halia boleh ditambah, sebab abc memang suka letak halia, abc rasa lagi sedap. tapi tak semua suka.

 

cara-cara:

1. kisar semua bahan-bahan tersebut kecuali bahan perasa.

2. panaskan minyak.

3. masukkan semua bahan yang telah dikisar.biar masak dahulu.

4. masukkan jus asam jawa dan sedikit air.

5. biar sebentar, kemudian masukkan bahan perasa.

6. bila agak pecah minyak (minyak dah nampak kat tepi sambal tu) masukkan ikan.

7.gaulkan ikan bersama sambal hingga semua bercampur sebati.

8. hidang dan makan!

+++

sesenang A B C kan3?

apa lagi masaklah untuk yang tersayang!

No comments: