Friday, March 11, 2011

hatiku dicuri CINTA.

cinta itu sangat unik
ada rasa

tapi tak nampak
ada getar

tapi tiada frekuensinya

+++

bukan nak mengisahkan abc kembali bercinta.
(masih mencari cinta selepas kahwin, amin!)

cinta tu tak boleh dipaksa?
ye. memang tak boleh dipaksa.
tapi boleh dipupuk rasa cinta tu.

cinta mesti ada persamaan?
keserasian lebih penting bagi abc. betulkan?
kalau ada persamaan tapi tak serasi, macammana?

kalau dah jodoh kena terima.
ye. semestinya.
tapi adakah yang datang bertanya kita terus setuju?
atas kata, cinta boleh dipupuk, keserasian bisa disemai?
tak!
tanyalah DIA yang menentukan semua arah kehidupan kita.
solat istikarah.
benar dia atau tidak.

ustazah masa sekolah pernah cerita dekat abc, macam mana ustazah boleh berkahwin dengan suami dia.
bukan dia tak pernah tolak peminangan orang, pernah! sebab selepas solat, ternyata bukan lelaki tersebut yang sesuai buat dia.

macam mana nak tau?
tanya yang arif dalam agama.
ustazah kata: saya ustazah pun tak boleh nak mentafsir sesuatu mimpi. bertanyalah pada yang lebih arif. ^^v

haa.. dengar tu! cara solat pun kena betul. nanti abc buat entri pasal solat istikarah ye.

sekarang pun, banyak kes bila peminangan ditolak.
gadis itu akan dikacau kerana dendam.
alahai manusia.
mana iman kamu!

andai bukan jodoh.
redha.
mungkin ada yang lebih baik menanti.
mungkin yang lebih baik dijanjikan untuk kamu.

baik untuk baik
jahat untuk jahat

yang jahat sudah jadik baik, macam mana?

baca tak cinta skodeng?
ayatnya abc petik dari seorang rakan sekolah.

"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tetapi janganlah berkata, dia terlalu baik iaitu tidak sesuai untuk diriku sebaliknya berusahalah untuk menjadi baik agar dikurniakan pasangan yang baik"


jika inginkan bunga yang mekar.
jadilah seekor kumbang yang segar.
yang gagah terbang kepada bunga itu
yang bisa menghisap madunya tanpa melukakan ia.

jika inginkan bulan yang indah
jadilah awan yang cerah.
siang melihatkan keindahan.
malam melihatkan ketenangan.

+++

kenapa mood kisah cinta?

hati berbunga-bunga untuk nikah hujung minggu!!










No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders