T.H.E - PART 4
Part 4
Ibu yang sedang memasak di dapur mengerling
Nur Annisa yang baru melangkah masuk ke ruang dapur bersama-sama dengan Ahmad
Aish dan Ahmad Atif. Muka ibu masih masam mencuka sejak kejadian semalam. Nur
Ain yang sedang memotong sayur di meja dapur terus bangun dan naik ke atas
rumah.
“Awat dok sembang berdua dengan Tuan
Haji dekat pondok tu? Awat dok tunjuk gatai sangat?” Ibu mula bersuara, sinis
sekali. Nur Annisa mengeluh perlahan.
“Nisa duduk situ, Pak cik yang
datang teguq. Nisa tak buat apa-apa pun ibu. Tengah cerah. Abah pun dok ada kat
luaq tu.” Nur Annisa menjawab dengan teratur. Ibu merengus kasar.
“Menjawab. Belajaq tinggi sampai
pandai nak menjawab dengan aku.” Ibu mula naik suara. Nur Annisa mengeluh lagi.
“Tak ibu. Nisa minta maaf. Apa salah
Nisa sampai ibu marah sangat dengan Nisa.”
“Dok tanya lagi? Aku pi mana-mana
harini semua dok mengata aku ni tak reti ajaq anak. Dok biaq anak dok jauh dok
bagi belajaq tinggi, alih-alih dok buat tak tentu hala bila balik kampung.
Panas telinga aku ni Nisa.”
“Nisa belajaq tinggi sebab nak banggakan
ibu dengan abah. Nisa nak jadi contoh buat adik-adik. Nisa nak tolong ibu
dengan abah. Salah ka ibu? Nisa tak dak buat dosa apa. Fitnah semua tu.”
“Fitnah apa kalau orang dah nampak?
Hang jangan nak tipu aku lagi dah. Aku dah tak percaya apa. Dari dulu lagi hang
ni macam-macam. Lepas hang buat taik, hang dah rampas bakal suami kak Ain. Kak
Ain tu dah berkorban macam-macam hang tau dak. Senang ja hang balik sini hang
buat pasai.” Ibu terus memarahi Nur Annisa. Nur Annisa sudah bermain air mata.
“Habih tu ibu nak Nisa pi dari sini
ka? Macam tu?”
“Kalau hang paham baguih la. Aku dah
penat dengan hang.” Ibu terus naik ke atas. Meninggalkan Nur Annisa yang sudah
berendam air mata.
‘Kalau itu yang ibu nak.’ Nur Annisa
kemudian terus ke biliknya. Baju di dalam almari dikeluarkan dan terus
dimasukkan ke dalam beg. Hati Nur Annisa kecewa. Amat kecewa. Tidak sangka
ibunya langsung tidak percaya akan dirinya. Kiranya pemergian dia selama dia
belajar jauh dari keluarga lebih menggembirakan ibu? Begitu? Sungguh dia
kecewa.
“Hang nak pi mana dengan beg semua
ni?” Abah menegur sebaik sahaja Nur Annisa keluar dengan beg bajunya. Abah yang
baru pulang dari solat Asar di surau.
“Nisa nak pi Ipoh. Kawan Nisa kata
ada kerja kosong dekat sana.” Ujar Nur Annisa. Ya, sebelum dia membuat
keputusan untuk menetap di kampung selama satu tahun, dia telah pun menerima
tawaran kerja sementara di Ipoh, Perak. Kawan sebilik di Universiti yang
carikan kerja itu untuk dia. Tetapi disebabkan hatinya mahu menetap di kampung,
jadi tawaran itu ditolak. Selepas ibu mahu Nur Annisa keluar dari rumah, terus
sahaja kawannya dihubungi, mujur sahaja kerja itu masih menunggu dia.
“Hang dok mengarut apa ni Nisa?
Jangan dok buat malu aku.” Suara abah sudah naik satu oktaf.
“Ini yang terbaik bah. Nisa ni tak
ubah macam kambing hitam dalam keluarga kita. Nisa rasa, baik Nisa keluaq dari
rumah ni.”
“Habih tu yang hang setuju nak nikah
dengan Tuan Haji dua minggu lagi tu apa dia pulak? Hang ni Nisa jangan dok buat
pasai!” Abah sudah merah muka menahan marah. Nur Annisa kembali teringat
perbincangannya dengan Tuan Haji Esmael.
“Tuan Haji layaknya untuk Kak Ain
bukan Nisa. Tak pa nanti Nisa cakap sendiri dengan Tuan Haji.” Nur Annisa mahu
melangkah pergi, namun abah merentap tangannya, menahan dia dari pergi.
“Abah tak izin hang keluaq dari
rumah ni. Kalau hang betui nak keluaq jugak, hang keluaq malam ni lepas hang
nikah dengan Tuan Haji.” Abah terus mengeluarkan telefon dan menghubungi Tuan
Haji Esmael. Abah mengatur pernikahan yang dirancang dua minggu lagi ke malam
ini. Nur Annisa terpempan. Abah!
“Apa abang buat ni? Dia nak keluaq
biaq pi dekat dia. Yang pi kalut nak bagi nikah dengan Tuan Haji tu pasai apa?”
Ibu mula bersuara, sebaik sahaja mereka satu keluarga berkumpul di ruang tamu rumah
petang itu.
“Tuan Haji dah melamaq dia nak buat
jadi isteri. Kita dah setuju. Kalau Nisa keluaq rumah, pi mana pun kita tak
tau. Macam mana dengan janji kita dengan Tuan Haji? Hang nak kita tambah malu
ka?” Abah kembali menyoal ibu yang sudah mencemberut wajah. Nur Annisa menunduk
menekur lantai rumah. Seburuk itukah yang telah dia lakukan kepada keluarganya?
“Ain yang patut kahwin dengan Tuan
Haji, bukan Nisa.” Nur Ain mencelah.
“Betui, itu yang kita rancang dari
dulu lagi.” Ibu menambah. Abah menggeleng kepala laju.
“Dah tak dak jodoh depa dua. Kira
beruntung kita ni Hanem, Tuan Haji nak jugak jadi besan kita. Hang pun tau,
kita ja beria nak Ain kahwin dengan Tuan Haji tapi Tuan Haji tu tak tau setuju
ka tak lagi. Apa-apa pun, malam ni lepas isyak Nisa akan bernikah dengan Tuan
Haji. Imam semua aku dah bagitau.” Abah membidas kata-kata Nur Ain dan ibu.
Semua yang ada hanya diam dan mendengar sahaja. Keputusan telah abah putuskan,
siapa lagi mampu mengubahnya?
Selepas solat isyak, Nur Annisa duduk
bersila di atas sejadah. Masih bertelekung. Baju kurung putih, persalinan nikah
yang dihantar oleh pemandu Tuan Haji lewat petang tadi dipandang sepi.
Ya,
dia bersetuju untuk menerima Tuan Haji
Esmael kerana saat ini itulah yang terbaik. Jodoh yang baik.Namun jauh dalam
hati, ada sesuatu yang menolak yang menyebabkan dia berat hati. Nur Ain.
Memikirkan Nur Ain yang langsung tidak bertegur sapa dengan dia menyebabkan dia
berat hati.
Masih
jelas dalam ingatannya, saat dia menerima keputusan yang cemerlang dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), betapa tegar Nur Ain meremukkan hatinya.
“Aku
nak hang keluar dari rumah. Hang pastikan ibu dengan abah hantaq hang pi
asrama. Aku meluat nak tengok hang dok rumah ni. Hang ingat tu.” Tanpa sebab
yang jelas dan munasabah Nur Ain menghalau Nur Annisa pergi.
Nur
Annisa menyentuh lembut persalinan nikahnya. Air matanya menitis di pipi.
Mungkin air mata yang terakhir di rumah ini. Tidak mahu membuang masa Nur
Annisa bingkas bangun dan bersiap. Bersiap sedia menjadi isteri kepada Tuan
Haji Esmael.
“Kenapa tergesa-gesa?” Soal Tuan
Haji Esmael selepas selamat mereka dinikahkan. Nur Annisa sekadar menggeleng
kepala. Tuan Haji Esmael sekadar mengeluh perlahan. Orang kampung mula membuat
cerita. Ada sahaja mulut yang mahu mengata. Ada juga yang sampai sanggup ke
rumah Tuan Haji Esmael semata-mata mahu menyampai cerita yang entah dari mana
asalnya.
“Tekak sakit lagi ka?” Tuan Haji
Esmael memancing Nur Annisa untuk membuka suara. Nur Annisa memandang Tuan Haji
Esmael dengan pandangan yang kabur dengan air mata. Tuan Haji Esmael sudah
cuak.
“Lah… toksah dok menangis la. Sat gi
orang kata saya buat apa dekat Annisa.” Tuan Haji Esmael gelabah. Nur Annisa
mencebik, air mata yang mula mengalir di sapu dengan belakang tangan.
Sebaik sahaja tetamu semua beransur
pulang. Giliran Tuan Haji Esmael untuk meminta izin untuk pulang ke rumah dan
membawa Nur Annisa bersama-sama dengannya.
“Cik Man. Saya bawa Annisa balik
rumah saya ya. Cik Man jangan kisahkan orang kata apa. Kita tau apa yang betui
apa yang salah. Pekakkan saja. inshaAllah saya akan jaga Annisa sebagaimana Cik
Man jaga dia.” Tuan Haji Esmael memeluk erat tubuh abah. Abah menepuk belakang
Tuan Haji Esmael perlahan. Air mata abah yang mengalir cepat-cepat abah kesat dengan
tangannya.
“Abah serah Nisa dekat Tuan Haji ya.
Baik buruk dia, abah harap Tuan Haji terima. Kalau sampai satu masa Tuan Haji
rasa Nisa ni hanya menjadi beban, hantaq balik elok-elok dekat abah ya.” Pesan
abah, pesanan yang membuatkan Nur Annisa yang tadi sudah berjanji kepada
dirinya tidak lagi mahu menangis, kini kembali berendam air mata.
“Nisa minta abah dengan ibu halalkan
makan minum Nisa. Halalkan semua yang abah dengan ibu bagi dekat Nisa sepanjang
Nisa belajaq. Terima kasih ibu lahirkan dan besarkan Nisa. Maafkan Nisa ibu.”
Tangan abah dicapai dan dicium. Saat ingin mencapai tangan ibu, ibu terus
melangkah pergi. Ibu langsung tidak bersuara mahu pun memandang Nur Annisa. Nur
Annisa terluka.
“Biaqlah. Nanti Nisa balik sini
selalu ya. Bukan jauh pun rumah kita.” Pesan abah sebelum Nur Annisa masuk ke
perut kereta. Nur Annisa melambai tangan ke arah keluarganya. Hanya ada abah,
Nur Alia, Nur Aishah dan Ahmad Aish serta Ahmad Atif. Ibu dengan Nur Ain
langsung tidak menampakkan muka. Nur Ameena masih belum tahu cerita.
“Kenapa tergesa-gesa? Maaf kalau
asyik tanya soalan yang sama.” Tuan Haji Esmael menyoal lagi di dalam kereta,
soalan yang sama. Nur Annisa menyapu pipinya yang basah dengan air mata. Bibir
terukir senyuman tawar.
“Awat? Pak cik percaya orang kampung
kata pasai saya tu ka?” Nur Annisa menebak. Telinganya pedih mendengar tuduhan
dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Hanya kerana abah mengatur pernikahan
mereka secara tiba-tiba.
“Saya pun manusia biasa Annisa. Saya
nak tau saja. Bagi senang hati saya.” Tuan Haji Esmael sudah bersuara tegas.
Mungkin terkesan dengan kata-kata Nur Annisa.
“Kalau saya kata hat depa kata semua
tu betui. Pak cik nak buat apa?” Nur Annisa membalas dengan sinis. Hatinya
sendiri terluka dengan semua tohmahan itu. Dia juga tahu Tuan Haji Esmael sudah
ragu-ragu dengan dirinya. Tuan Haji Esmael beristighfar panjang.
“Saya tak percaya. Saya tau Annisa
orang yang macam mana.” Masih tegas dan tenang. Nur Annisa tersenyum lagi,
masih tawar.
“Kalau tak percaya kenapa dok tanya?
Kalau tak rasa ragu mesti tak tanya. Tak apalah. Terpulang. Lepas ni kalau nak
buang saya pun saya terima.” Nur Annisa membalas, berjauh hati. Tuan Haji
Esmael menarik nafas panjang.
“Bukan macam tu. Saya cuma tanya.
Bila saya tanya abah, abah kata kena cepat ja. Risau juga saya pasai apa.” Tuan
Haji Esmael berjeda. Menyusun ayat agar Nur Annisa tidak terluka.
“Kalut nak menikah sampai orang
kampung kata saya ni dah mengandung. Kan? Saya tau pasai Cik Hussin pi rumah
pak cik habaq saya ni dah mengandung dan tengah cari pak sanggup. Betui dak?” Nur
Annisa mencelah saat Tuan Haji Esmael mahu menyambung kata. Tuan Haji Esmael
menelan liur.
“Tak apalah pak cik. Sedangkan ibu
pun buang saya, tak heran kalau suami saya pun buang saya. Mana ada lelaki yang
nak jadi pak sanggup, Omar pun nak kahwin anak dara.” Nur Annisa sudah seakan
mati rasa.
“Istighfar Annisa. Cerita
betul-betul dekat saya, apa yang jadi sebenaqnya.” Tuan Haji Esmael yang sedang
memandu cuba memujuk hati Nur Annisa. Jauh benar yang difikirkan Nur Annisa.
“Ibu sebenaqnya nak kak Ain yang
kahwin dengan Pak cik, bukan saya. Bila Pak cik kata nak kahwin dengan saya ibu
marah. Kak Ain pun. Ibu suruh saya keluaq dari rumah. Macam yang saya selalu
buat. Pergi jauh dari depa semua. Jadi, saya nak keluaq kalau itu yang
gembirakan hati ibu. Abah tak bagi, abah kata saya boleh keluaq tapi sebagai
isteri pak cik.” Nur Annisa teresak-esak menangis. Tangannya menekup wajahnya.
Tuan
Haji Esmael mengangguk perlahan. Hati dia juga terasa sayu mendengar cerita
itu. Tegarnya mak cik Hanem menghalau Nur Annisa hanya kerana bukan Ain menjadi
pilihan dia. Tuan Haji Esmael menggosok belakang tubuh Nur Annisa memujuk
isterinya dari terus menangis.
“Saya
tau pak cik pun ragu-ragu kan. Terima kasih sebab tetap datang dan terima saya
jadi isteri. Terima kasih.” Nur Annisa memandang Tuan Haji Esmael. Hanya
senyuman dan anggukan yang diberikan.
‘Kalau
Annisa tahu betapa gembiranya hati saya malam ni. Terasa penuh saat ijab dan
qabul dilafazkan. Terasa bahagia saat Nur Annisa mencium tangan saya. Hanya
Allah sahaja yang tahu betapa saya cintakan Nur Annisa.’ Hati Tuan Haji Esmael
berbisik sendiri. Senyumannya terukir, lebar dan kian lebar saat Nur Annisa
memeluk lengannya sepanjang perjalanan itu.
‘Terima
kasih Tuan Haji Esmael. Terima kasih kerana jadi wira buat Nur Annisa kedua
kalinya. Terima kasih. Nisa akan bahagiakan Tuan Haji. Nisa janji.’ Nur Annisa
berjanji dalam hati, sambil tangannya mengeratkan lagi pelukan.
to be continue next 2 weeks.
sorry! abc balik kampung dulu.
7 comments:
Will miss thiss...huhu
2 minggu...lama tu
😭😭😭😭😭
xsabaq. abc nk pi dok Kat bendang. amek angin bendang. Blk Dr kg abc post part seterusnya ya. tq!!!
Aduh.. Lamanya nak nunggu... Apa2 pun selamat balik Kg ABC... Kampung Best... Kan
Alahai sweetnya THE... Mesti rindu kat THE dua minggu ni
Bestnyaaa..dah lama tak baca abc tulis..ni pon tau dr ig abc...keep it up abc...
Ya i saw ur comment on ny ig. Hahaaa baca N&N sementara tunggu THE isnin nanti hehe
Post a Comment