Pengganti 4
Haikal memandang Imtiyazz
yang kelihatan begitu resah di muka pintu. Telefon bimbit ditangan beberapa
kali dibelek gadis genit itu. Haikal mengerut dahinya, lalu terus melangkah
menghampiri adik perempuannya itu. Bahu Imtiyazz terus dipeluk dan dia turut
sama memandang keluar, mahu melihat apa yang di cari oleh adiknya itu.
“Apa yang adik cari?”
Soal Haikal. Imtiyazz berdecit kecil, wajah Haikal dipandangnya sekilas.
“Abang Dan bawak Kak Suha
tadi, muka Abang Dan bengis sangat. Dah setengah jam, selalunya lima belas
minit aje dah sampai balik rumah. Adik risaukan kak Suha.” Imtiyazz
menjelaskan. Penjelasan yang membuatkan Khaliff Haikal terkesima. Kerutan
didahinya bertambah.
“Abang Dan bawak ke
mana?” Soal Haikal, kalut!
“Bawak balik rumah kak
Suha la kut, entahlah!” Imtiyazz menjawab penuh gelisah. Tidak menunggu lebih
lama, Haikal terus masuk ke dalam rumah dan mencapai kunci keretanya.
“Kalau Abang Dan dah
balik, give me call or just text me.” Pesan Haikal laju tanpa sempat Imtiyazz
mahu bersuara. Kereta dihidupkan dan terus di bawa menyusuri jalan besar. Ke
mana? Haikal hanya mengikut rasa hatinya.
20
minit pencarian Khaliff Haikal akhirnya membuahkan hasil, susuk tubuh Suha
kelihatan di hentian bas berdekatan rumahnya. Suha kelihatan menunduk menekur
lantai. Tanpa membuang lebih banyak masa, Haikal terus sahaja memberhentikan
keretanya betul-betul di hadapan hentian bas itu. Kelihatan Suha cuba berjalan
perlahan ke arah telefon awam di sebelah hentian itu.
Haikal
memandang Suha atas bawah. Gadis itu kelihatan lain daripada hari-hari
sebelumnya. Suha yang masih tidak menyedari Haikal di situ, hanya membatukan
diri di belakang telefon awam.
“Suha?”
Khaliff Haikal mula bersuara apabila melihatkan Suha yang resah memeluk tubuh
sendiri di belakang telefon awam itu. Suha mengangkat wajah dengan takut-takut.
Tubuhnya dipeluk erat. Haikal terpempan. Wajah gadis itu!
“Siapa
buat kau macam ni?” Haikal menghampiri Suha yang sudah bergenang air mata
sebaik melihat wajah Haikal di hadapannya. Haikal menanggalkan cardigan yang
dipakainya lalu membalut tubuh gadis itu yang sedang menggigil menahan tangis.
Haikal jatuh sayu, di pandang gadis dihadapannya itu atas bawah. Tudung yang
sudah tidak terurus dan pakaiannya yang sudah kotor dengan palitan tanah.
“Tell
me! Siapa yang buat kau macam ni?” Haikal menyoal sekali lagi dan laju sahaja
Suha merembeskan semua air mata yang sedari tadi di tahan-tahan. Tubuh Suha
melurut jatuh ke tanah. Haikal kalut, bahu gadis itu mahu di paut namun dia
sedar, Suha masih dihormatinya.
“Cakap
dengan aku, siapa?!” Haikal meninggikan suaranya. Khaliff Haikal resah, resah
melihat keadaan Suha begitu. Resah dengan tangisan Suha yang menjerut hati
lelakinya. Resah kerana dia tidak mampu melakukan apa-apa untuk gadis itu.
Suha
menggeleng beberapa kali dengan tangisan yang tidak berkesudahan. Khaliff
Haikal duduk berdepan dengan Suha yang masih menangis, dia mengeluh kasar.
“Sekali
lagi aku tanya, siapa yang buat kau macam ni?” Haikal masih belum berpuas hati
selagi tidak mendapat jawapan dan mendengar suara gadis itu. Suha masih
menggelengkan kepalanya. Telefon yang berdering terus sahaja di angkat
panggilannya.
“Abang
Kal, abang Dan dah balik.” Imtiyazz bersuara di hujung talian.
“Macam
mana dia?” Soal Haikal.
“Muka
dia macam luka sikit.” Jujur Imtiyazz menjawab. Haikal merengus kasar. Membuat
andaian yang melukakan hati lelakinya. Janganlah benar telahan ini! Jerit
hatinya sendiri.
15
minit membiarkan Suha berada dalam tangisannya, Khaliff Haikal mula bertindak
seperti Haikal yang selalunya. Lengan Suha yang berlapik baju kurung yang
dipakai dicapai dan direntapnya dengan sedikit kasar, sehingga menarik tubuh
gadis itu supaya membuntuti langkahnya. Suha yang sudah tidak berdaya dek
menangis terlalu lama hanya menuruti tanpa sebarang tentangan. Khaliff membuka
pintu kereta dan menolak tubuh Suha masuk ke dalamnya. Tanpa menunggu lebih
lama, Haikal terus sahaja menekan minyak dan kereta mula menyusuri jalan kelam
yang hanya diterangi cahaya lampu neon.
“Kalau
kau tak cakap sampai esok sekali pun, aku dah tahu siapa! Tapi lebih baik kau
sendiri yang cakap sebelum aku apa-apakan kekasih kau tu!” Haikal yang lama
mendiamkan diri akhirnya meluahkan kemarahannya. Lantang sekali suaranya
sehingga menggegarkan segenap ruang kereta. Suha tersentak sehingga terjungkit
kedua-dua belah bahunya. Namun, Suha masih mengunci rapat bibirnya. Tidak
bersuara walau senada. Sesekali jari jemarinya mengesat air mata yang masih
setia mengalir di pipi.
“Dia
potong lidah kau ke sampai langsung tak bersuara!” Ujar Haikal lagi, bengang!
“Hantar
saya balik” Mendatar sahaja suara itu menjengah telinga Haikal yang sudah
mematikan enjin keretanya di hadapan rumah yang perit untuk Suha walaupun
sekadar memandang. Pandanga Haikal jatuh sebentar ke wajah gadis yang sentiasa
menganggu tidur malamnya. Wajah itu kali ini kelihatan memberat dengan sesuatu
yang takut untuk dia andaikan.
“Kenapa?
Masalah kalau dibiarkan macam kanser jadinya. Makin memburuk. Selesaikan Suha,
kita selesai segera.” Haikal terus sahaja melangkah keluar daripada perut
kereta setelah bersuara senafas. Suha masih mendiamkan diri sehinggalah pintu
kereta dibuka dari luar.
“Aku
akan sentiasa ada untuk kau.” Kata-kata yang menikam tajam lubuk hati Suha. Air
mata yang kering ditubir kini kembali membasah. “Kenapa sekarang baru hati
yakin yang mana intan yang mana kaca?” Suha menyoal hatinya sendiri.
Empat
mata yang berada di ruang tamu rumah mewah itu terus memandang kea rah Haikal
dan Suha sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
“What
you have done Haikal?!” Bergema suara Puan Johanna setelah melihat keadaan Suha
yang sangat memberikan persoalan besar. Imtiyazz terlopong dan kemudian terus
melangkah laju memeluk tubuh Suha yang sangat lemah ketika itu. Haikal tersenyum
sinis mendengar persoalan itu. Haikal berpeluk tubuh.
“What
have I done? Or what Daniel did to her!” Haikal bersuara dengan suara yang
tinggi, bergema seisi rumahnya. Bukan mahu bersikap kurang ajar tetapi hatinya
sakit apabila soalan Puan Johanna itu seolah-olah mahu mempersalahkan dirinya.
“Daniel?”
Puan Johanna menyoal, tak lama dia kembali bersuara.
“Imtiyazz
call your brother now!” Puan Johanna mengarah dengan begitu tegas. Wajahnya
memerah menahan kemarahan. Imtiyazz melepaskan pelukannya kepada Suha dan terus
melangkah menaiki anak tangga. Suha menggeletar, tidak mampu untuk berdepan
dengan lelaki itu.
Selepas
beberapa minit Imtiyazz memanggil, Daniel turun dengan lagak biasa. Seolah-olah
tiada apa yang berlaku.
“Ada
apa mama?” Soal Daniel, sambil melabuh duduk di sofa berdepan dengan Suha yang
menundung menekur lantai.
“Don’t
pretend bro, be a man!” Haikal mengherdik. Daniel mengerling tajam.
“Don’t
act like a hero bro...” Daniel membidas. Haikal laju sahaja mencengkak kolar
baju Daniel dan hampir sahaja penumbuk mengenai wajah Daniel.
“Stop
it!” Puan Johanna menempik. Geram dengan sikap anak-anak lelaki.
“Mama
nak selesaikan masalah, bukan tambah masalah.”
“Dia
punca semua ni ma, memang patut Haikal tumbuk dia.” Haikal menambah, penumbuknya
sekali lagi di acu ke wajah Daniel. Daniel menepis
“I
said stop it Haikal!” Pekik Puan Johanna.
“Daniel,
bagitau mama apa kamu dah buat dengan Suha?!” Puan Johanna menyoal tegas.
Daniel tersenyum sinis, matanya memandang tepat ke arah Suha yang berada di
hadapannya.
“Buat
apa?” Daniel kembali menyoal tanpa menjawab persoalan Puan Johanna. Haikal
menahan sabar, bibirnya diketap kuat.
“Kamu
jangan nak berdalih, kamu tengok Suha ni! Kamu jangan fikir mama tak tahu apa
yang kamu dah buat dekat dia!” Puan Johanna semakin hilang kesabarannya.
“We
both want it... Isn’t it Suha?” Daniel bersuara dengan riak bersahaja dan tanpa
rasa bersalah. Dengan sengaja dia cuba mempermainkan Suha. Suha menggeleng
laju, wajahnya di angkat ke atas, sehingga bertemu dengan pandangan Daniel yang
sedari tadi tidak berganjak daripada memanjang Suha. Pandangan yang begitu
sinis!
“Kau
memang kurang ajar!” Haikal akhirnya berjaya menghadiahkan satu tumbukan ke
wajah Daniel. Sabar sudah dimeter akhir, kata-kata yang keluar daripada mulut
Daniel menambah bara yang sedia ada di hati Haikal.
“Haikal!”
Puan Johanna sudah tidak tahu cara menghalang si baran Haikal.
“Dia
melampau mama! Too much!” Haikal menolak jatuh Daniel yang masih boleh ketawa.
Bibir yang berdarah dikesat dengan jari, langsung tidak membalas tetapi hanya
ketawa. Ketawa yang sengaja dibuat-buat untuk menambah sakit hati kepada orang
lain.
“Daniel,
kenapa teruk sangat perangai kamu ni? Mama tak pernah ajar kamu macam ni! Mama
tak kira, kamu mesti bertanggungjawab!” Tegas Puan Johanna. Namun Daniel masih
dengan sisa tawanya.
“Bertanggungjawab?
Mama.. Mama... Why should I?” Daniel kembali menyoal tanpa sedikit riak
bersalah. Haikal panas telinga, panas hati.
“Daniel!
Kamu yang buat semua masalah ni, jadi kamu mesti bertanggungjawab!” Puan
Johanna mulai bengang!
“Buat
apa? Tell me, what have I done?” Daniel menyoal lagi. Suha sudah kembali
bermain air mata.
“Jangan
berdalih!” Haikal menempik. Matanya seolah berapi mencerlun memandang ke arah
Daniel.
“Ask
her, what I have done to her? What?!” Daniel bersuara lagi, cuba mempertahankan
dirinya. Suha menggenggam kuat jemarinya. Pandangannya masih ditundukkan,
seakan mahu menjauhi segala apa yang berada di hadapannya.
“Suha,
bagitau auntie apa yang berlaku...” Puan Johanna menyoal dalam nada yang
dikendurkan, takut untuk memberi tekanan kepada gadis itu. Suha mendiamkan
diri. Gerak tubuhnya juga kaku. Keadaan senyap beberapa ketika.
“See?
Even she can’t tell us what have I done, couse I did nothing!” Daniel merengus
marah, lalu terus melangkah ke biliknya kembali.
“Daniel,
I’m not done talking!” Puan Johanna memanggil.
“Apa
lagi mama... Daniel tak buat apa-apa, I’ve told you we both want it.” Daniel
tersenyum sinis. Puan Johanna beristighfar sendiri.
“Demi
maruah awak sendiri awak sanggup berdiam diri?” Haikal mula bersuara memarahi
sikap Suha. Suha menyapu air mata yang mengalir di pipi. Tidak menjawab
persoalan Haikal, Suha bingkas berdiri.
“Saya
minta maaf menyusahkan keluarga Puan. Saya minta diri. Apa sahaja yang berlaku
saya akan lupakan, saya minta halal semuanya. Saya minta maaf.” Tidak menunggu
lama, Suha terus sahaja melangkah keluar. Namun langkahnya tersekat.
“Nak
lari? Nak lari daripada masalah yang tak selesai?!” Haikal menyoal lagi dengan
nada yang sama, tinggi!
“Masalah
apa? Biar saya selesai sendiri!” Suha mula bersuara melawan kata dengan Haikal.
“Macam
mana nak selesai sendiri kalau masalah ni melibatkan orang lain?! Cuba cerdik
sikit Suha!” Haikal membidas.
“Saya
nak balik.” Suha cuba menarik tangannya yang masih dicengkam erat oleh Haikal.
“Im,
bawa Kak Suha tukar baju.” Haikal menolak tubuh Suha ke arah Imtiyazz yang
sedari tadi menjadi pemerhati. Puan Johanna menggeleng kepalanya laju. Tanpa
menyoal banyak, Imtiyazz menarik tangan Suha supaya mengikut langkahnya.
“Apa
yang kamu cuba buat Haikal?” Puan Johanna menyoal.
“Haikal
tahu Daniel dah rosakkan Suha. Kalau Daniel tak nak mengaku, Suha tak nak
cakap. Haikal sanggup ma, Haikal sanggup bertanggungjawab untuk semua ni.”
Suara Haikal, membuatkan Puan Johanna mengerut dahinya.
“Maksud
kamu?” Soal Puan Johanna seakan tidak mengerti.
“Haikal
akan kahwin dengan Suha.”
Jam sudah menunjukkan
angka 11 malam. Ayah dan Ibu sudah mundar mandir di hadapan rumah. Risau akan
anak gadis mereka yang belum lagi pulang. Tidak pernah anak gadis mereka itu
pulang selewat ini. Sudah berkali-kali mereka cuba menghubungi anak mereka itu
namun tidak berangkat.
“Saya risau la bang...
Mana Suha ni pi...” Mak cik Raudhah bersuara lagi. Sudah beberapa kali soalan
itu terpacul dari mulut tua itu. Pak cik Sulaiman sekadar menggeleng kepala.
Hati tuanya sangat risau, namun tidak mahu menambah kerisauan isterinya, dia
sekadar mendiamkan diri.
Cahaya lampu kereta yang
berhenti di hadapan rumah mereka membuatkan kedua-duanya bingkas berdiri.
“Suha ke bang, siapa
punya kereta tu...?” Mak cik Raudhah bersuara lagi, sambil kakinya laju
menyaingi langkah Pak cik Sulaiman ke arah pagar rumah.
“Ayah, Ibu...” Laju
sahaja Suha mendapatkan kedua-dua ibu bapanya.
“Hang pi mana Suha, lama
ayah dengan ibu hang tunggu...” Soal Ayah sebaik anak gadisnya itu menyalami
tangan tuanya.
“Maaf pak cik, saya ada
hal sikit nak bincang dengan Suha, jadi saya tahan dia dari balik rumah.” Belum
sempat Suha menjawab, Haikal lebih pantas bersuara. Ayah memandang Suha sebelum
kembali memandang ke arah anak muda di hadapannya ini.
“Saya Haikal, abang
kepada pelajar Suha.” Haikal memperkenalkan diri setelah melihat pandangan ayah
Suha yang penuh persoalan. Pak cik Sulaiman hanya mengangguk kepala.
“Masuklah dulu nak...”
Mak cik Raudhah bersuara, setelah melihat suaminya hanya berdiam diri.
“Takpelah mak cik, dah
lewat sangat.” Haikal menolak baik.
“Hal apa yang
dibincangkan dengan Suha?” Ayah kemudian menyoal, dalam hatinya penuh keraguan.
Suha mula tidak keruan. Haikal masih dengan lagak tenang. Ibu mula menggeleng
kepala dengan sikap terburu-buru suaminya. Suha ditarik supaya melangkah
menyainginya masuk ke dalam rumah.
“Saya nak melamar Suha
jadi isteri saya pak cik.” Lembut sahaja suara itu menutur kata-kata. Suha
terpempan. Mak cik Raudhah tersenyum, sudah di agak sedari tadi. Pak cik
Sulaiman tersenyum kecil terus sahaja dipelawa Haikal masuk ke rumah.
“Esok saya bawa mak dan
wakil saya untuk bincangkan hal ni, itu pun kalau pak cik dan mak cik izinkan.”
Suara Haikal lagi.
“Benda yang baik jangan
lengahkan.” Jawapan Ayah bagai halilintar yang menyambar tubuh Suha. Suha
terkaku, terkedu. Allah dugaan apa lagi!
+++++++++++++++
sorry!
maaf ye lewat sangat sambung.
lagi dua episod, untuk tamat!
tunggu ye. :)
jangan lupa komen kat bawah.
much love readers!