Monday, March 12, 2018

Mini Novel 2018 : N&N (Part 14)

N & N

(Noh Daniel + Nur Nadia)


Part 14

Malam itu Noh Daniel merehatkan dirinya. Hari ini hari yang begitu panjang. Seharian masa dihabiskan dengan Nur Nadia. Noh Daniel berbaring di atas katil sambil membaca novel kegemarannya. Nadia yang baru selesai mengemaskan dapur turut merehatkan diri di sisi Noh Daniel. Melihat Noh Daniel begitu khusyuk membaca novel membuatkan dia mulai meloloskan diri di antara lengan dan badan Noh Daniel lalu merebahkan kepalanya ke dada Noh Daniel.

“Awak cuba goda saya ke?” Noh Daniel menyoal, hairan melihat Nadia manja sebegitu. Nadia cuba buat selamba walaupun jantungnya juga berdegup laju. Dia cuba untuk membiasakan diri dengan Noh Daniel.

“Mana ada. Saya pun nak baca apa awak baca.” Ujar Nadia sambil mengawal nada suaranya agar tidak jelas yang dia berdebar.

“Ingat nak goda. Saya on je.” Noh Daniel mengusik. Jujurnya hati lelakinya agak tertarik dengan tingkah Nadia. Manja dan menggoda!

“Jangan mengada eh. Baca cerita ni.” Nadia menunjuk ke arah novel yang dipegang Noh Daniel. Buat beberapa ketika mereka hanya diam dan membaca setiap aksara yang ada.

“Siapa Nurul Aulia?” Nadia menyoal, tiba-tiba.

“My ex-girlfriend.” Ujar Noh Daniel, bersahaja.

“Isteri Megat Hariz?” Nadia menyoal lagi.

“Ya. Cerita lama. Kenapa?”

“Dia ke yang buat awak benci saya tu? Orang yang awak sayang sangat and buat sayang jadi benci amat tu?” Nadia teringat Noh Daniel pernah memberitahu tentang seseorang yang seperti diri dia, yang membuatkan Noh Daniel melepaskan kebencian dan kemarahannya kepada Nadia.

“Erm...”

“Oh... sebab tu awak tumbuk dia malam tu? Marahnya. Berapa lama awak bercinta?” Nadia menyoal lagi. Soalan-soalan yang disimpan dari kedai makan siang tadi. Mahu bertanya semasa mereka makan tengah hari tetapi tidak mahu bertanya di depan Megat Hariz.

“Dari sekolah menengah sampai habis degree.”

“Lamanya. Macam mana boleh jadi isteri Megat?” Nadia menyoal lagi.

“Jodoh kut.” Noh Daniel membalas pendek.

“Kalau awak kata jodoh kenapa awak tumbuk Megat?” Nadia tidak berlapik, selalunya begitu.
“Saya tumbuk dia sebab masa tu saya masih marah dan kecewa.” Ujar Noh Daniel, tenang sahaja.

“Sekarang?”

“Saya dah ada Nur Nadia. Buat apa nak ingat lagi Nurul Aulia.”

“Kiranya, kalau saya tak ada awak ingat lagi kat dia?”

“Mungkin.”

“Erm...” Nadia cemburu.

“Jealous la tu. Siapa suruh tanya?” Noh Daniel membalas.

“Tak cemburu pun.”

“Siapa first love awak Nadia?” Noh Daniel menyoal. Nadia ketawa, membuatkan Noh Daniel berkerut di belakang Nadia.

“Tanya lagi?” Nadia membalas dengan soalan.

“Kenapa?” Soal Noh Daniel.

“Saya tak pernah bercinta Encik Noh. Encik Noh lah cinta pertama saya.” Jujur, begitu jujur Nadia membalas. Kenyataan yang membuatkan Noh Daniel tersenyum lebar. Terus sahaja satu ciuman diberikan di belakang kepala Nadia. Membuatkan Nadia mengangkat kepala dan memandang Noh Daniel sekilas sebelum kembali membaca novel yang dipegang Noh Daniel.

Nadia mengalih pandangan, memandang tepat ke arah Noh Daniel. Kepala masih diletakkan di atas dada Noh Daniel. Nadia memandang Noh Daniel tidak berkelip. Noh Daniel menutup novel dan meletakkannya di sisi. Dia membalas pandangan Nadia.

“Kalau Encik Noh sambung study nanti, saya macam mana?”

“Awak macam mana, macam mana?” Ujar Noh Daniel.

“Saya mesti rindu awakkan?” Noh Daniel mengusap pipi Nadia lembut.

“Awak yang suruh saya jangan tangguh study. Sekarang awak buat saya berat hati nak pergi.”

“Awak memang akan pergi kan?” Nadia mengecilkan matanya. Noh Daniel ketawa dan mengangguk.

“Jangan tangguh. Pergi sekarang. Kalau nanti lagi payah.” Ujar Nadia. Noh Daniel tidak faham.

“Kalau awak pergi sekarang, atleast apa yang kita rasa masih di peringkat awal. Kalau apa-apa jadi masa ni, mungkin kita tak akan rasa teruk sangat.” Nadia cuba menjelaskan.

“Apa akan jadi Nadia? InshaAllah. Semua akan baik-baik aje. Apa, awak ada plan nak lari dari saya ke?” Noh Daniel cuba untuk membuang semua yang negatif daripada fikiran Nadia.

“Tak adalah, mana tahu awak pergi sana jumpa cinta hati baru. Saya kat sini  tak adalah makan hati sangat bila awak bawa balik madu untuk saya.” Ujar Nadia dalam nada bergurau.

“Doalah. Doa. Saya okay je.” Noh Daniel membalas sedikit marah. Nadia tersenyum. Pipi Noh Daniel dicubitnya perlahan.

“Comel juga Encik Noh bila marah eh? Dulu nampak macam monster tapi sekarang.....” Nadia berjeda.

“Sekarang macam apa?”

“Shrek.” Nadia ketawa besar. Noh Daniel yang geram dengan jawapan Nadia membuatkan dia mencubit kedua-dua pipi Nadia. Nadia mulalah meronta minta dilepaskan pipinya. Malam berlalu dengan senda gurauan mereka. Lupa seketika masalah yang menyelubungi mereka beberapa minggu ini. Hati mereka bersatu, sama-sama memenuhi kekosongan yang ada dalam hati masing-masing. Lengkap menjadi satu jiwa yang penuh cinta.

Lewat tengah malam itu, Nadia bangun daripada pembaringan setelah melihat Noh Daniel telah nyenyak tidur. Telefon di ambil dan Nadia terus melangkah turun ke dapur. Nombor Irma Hanani dihubungi. Tidak tunggu lama, talian terus bersambut.

“Pandai pun kau telefon aku. Kenapa aku call sebelum ni kau tak angkat ha!” Irma menghambur kemarahan. Nadia menggenggam telefonnya erat. Disabarkan sahaja hatinya. Irma perlu disoal, Nadia perlukan jawapan segera.

“Aku cuma nak tahu, kenapa kau buat semua ni?” Soal Nadia. Irma dihujung talian ketawa besar.

“Padan muka kau!”

“Kenapa Irma, apa salah aku?”

“Banyak salah kau. Terlalu banyaklah perempuan!” Irma menempik.

“Apa aku buat dekat kau? Aku ingat kita baik-baik aje. Kau dah macam kakak aku Irma?” Nadia sukar nak percaya Irma yang mendalangi semua ini. Irma ketawa lagi.

“Bodoh betul! Aku baik dengan kau sebab aku nak gunakan kau! Takkan kau tak nampak. Bodoh!”

“Tapi kenapa sampai macam ni kau buat dekat aku?”

“Kau tak boleh bahagia!” Nadia memejam mata, air matanya mengalir laju. Sampai begitu sekali Irma membenci dirinya.

“Tapi kenapa? Aku tak faham, kenapa mesti kau buat semua ni?”

“Nadia, kau bodoh ke? Sejak kau masuk dalam keluarga aku, mak ayah aku asyik utamakan kau. Sikit-sikit Nadia-Nadia-Nadia. Semua benda mesti kau dulu, sedangkan aku ni anak diorang! Sampailah aku nak belajar pun tak boleh!” Irma begitu berdendam. Sejak dari tadi, suaranya tinggi.

“Tapi aku belajar dengan duit aku. Aku yang selalu jadi mangsa amarah ayah.” Nadia membela diri.

“Ayah pukul kau sebab tak dapat nak ratah badan kau bodoh! Ya kau belajar dengan duit kau. Sepatutnya itu untuk aku. Aku lebih berjaya dekat sekolah berbanding kau tapi kenapa aku tak boleh nak sambung belajar? Kenapa!!!!”

“Aku....” Nadia tidak boleh bersuara, Irma terus memotong kata.

“Sebab kau beralasan Tuan Hassan dengan ayah. Kahwin dengan Tuan Hassan konon! Sekarang ni aku yang kena gantikan kau perempuan tak guna! Aku jadi mangsa untuk gantikan kau! Aku benci kau!” Irma menempik lagi, dalam tangisan yang jelas kedengaran.

“Maksud kau? Aku... aku.” Nadia sukar untuk percaya.

“Betul kata ayah, kau memang bodoh! Sebab kau aku terkandas dalam kampung ni. Aku patutnya dekat luar negara sekarang ni. Budak cemerlang tapi kerja kilang? Kau buat aku jadi hina Nadia! Sekarang ni kau buat aku jadi isteri ketiga Tuan Hassan? Gembiralah kau kan. Aku benci kau Nadia!!!”

“Kenapa kau tak lari?” Soal Nadia. Hatinya luluh. Kasihan Irma. Nadia dirundung rasa bersalah.

“Macam kau?” Irma ketawa besar.

“Kau tahu aku terpaksakan? Kau dah lama tahu kan?” Nadia meminta sebuah pengertian tentang apa yang telah dilakukan beberapa tahun sebelum ini. Irma masih ketawa.

“Kau tinggal aku macam tu je Nadia. Aku tanggung semua kesan tindakan kau!” Marah Irma Hanani.

“Tapi mak dan ayah kau sayang kau. Aku tempat diorang lepaskan amarah diorang. Kau tahu. Kau nampak tapi kenapa kau masih marah aku? Kenapa kau salahkan aku?” Nadia membela diri.

“Sayang? Kau nampak diorang sayang aku? Aku pun mangsa Nadia! Lagi teruk, aku mangsa mak ayah aku sendiri dan juga kau!”

“Irma... aku minta maaf.”

“Dah terlambat Nadia. Aku benci kau sampai mati! Kau simpan dalam kepala otak kau yang aku akan pastikan setiap saat hidup kau hanya derita!”

“Irma... aku sayang kau.”

“Pergi mampus dengan sayang kau! Aku akan buat kau terus menderita Nadia!” Talian diputuskan. Irma Hanani seakan bersumpah dan tekad untuk terus menyiksa Nur Nadia. Nadia memandang sepi telefonnya. Air mata masih setia mengalir. Kenapa Irma? Kenapa?

“Siapa Irma?” Suara Noh Daniel di muka pintu dapur mengejutkan Nadia. Cepat-cepat air mata disapu. Suara yang masih tersisa tangisan dikawal sebaiknya.

“Tak. Tak ada sesiapa. Awak nak minum ke?” Nadia cepat-cepat menidakkan. Noh Daniel menghampiri. Telefon di tangan Nadia terus di ambil. Nadia kaget.

“Irma Hanani. Who is she? Kenapa telefon dia malam-malam buta macam ni?” Noh Daniel masih menyoal. Nadia tunduk ke lantai mencari jawapan yang boleh membuat Noh Daniel tidak terus menyoal. Noh Daniel tidak boleh tahu tentang Irma.

“Kawan lama. Tiba-tiba teringat dekat dia.” Nadia cuba menipu.

You are lying, right? Tell me, who is she?” Noh Daniel menekan. Nadia cuak.

“Kan saya kata kawan lama. Kawan masa sekolah dulu.” Nadia masih menipu.

“Dia ke orang dalam gambar tu?” Noh Daniel menebak. Jantung Nadia berhenti berdegup. Ligat akal mencari jalan keluar.

“Bukanlah. Kenapa tanya macam tu?” Nadia cuba senyum dalam keketaran yang dirasainya. Noh Daniel memandang Nadia. Nadia tidak pandai menipu, Nadia juga tidak tahu yang dia mendengar setiap butir bicara Nadia sejak awal lagi. Noh Daniel tidak mahu terus menekan. Telefon diserahkan kembali kepada Nadia.

“Okay. Tak nak bagitahu yang betul. I will find out about it my self.” Noh Daniel bersuara, bersahaja namun cukup membuatkan Nadia kecut perut.

“Buatkan kopi, bawa naik atas.” Ujar Noh Daniel sebelum naik ke atas. Nadia menghela nafas, lega. Bukan masanya lagi. Jika Noh Daniel tahu siapa di dalam gambar bersama-sama Suraya pastinya Noh Daniel akan terus membuat laporan polis. Irma Hanani, sudah seperti kakak buat Nadia walaupun mereka sebaya. Sejak hari ibu dan abah pergi, Irma Hanani banyak memujuk dia dari terus menangisi pemergian ibu dan abah. Saat Nadia cedera dipukul Pak cik Salleh, Irma orang yang datang meletakkan ubat pada semua luka-lukanya. Nadia masih tidak faham, kenapa Irma berdendam dan begitu marah dengan dirinya? Kerana dia lari dan tidak lagi pulang? Kasihan Irma menjadi pengganti dirinya menjadi isteri kepada Tuan Hassan.

to be continued ....
much love readers!
komen di bawah ya!

2 comments:

Unknown said...

mcm biasa.. best, tk prnh mengecewakn.. sukanyaaa =)

Khairun Najwa said...

👍👍👍

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders